Post Last Edit by sue_cinta at 4-11-2010 16:53
Reply 1009# doden
sue cuba buat effect nie...maybe ader lagik forumer yg bley wat lebey gempak or hampir samer ngan efek poster Unstoppable tuh...
TAJUK : Tutorial mudah utk Efek 'Unstoppable' Poster (Look-a-like)
MASA : 15-30 minit
KESUKARAN : Beginner ~ Intermediate
APLIKASI : Photoshop CS4
LANGKAH 01
Buka fail 'Unstoppable1' di dalam Photoshop CS4. FILE >> OPEN dan pilih fail. Jika anda rasakan gambar tersebut perlu dilakukan recovery; terutamanya tekstur kulit...sila lakukan sedemikian. Di sini sue akan bersihkan sedikit wajah Chris Pine di dalam sampel gambar ini menggunakan file:///C:/DOCUME%7E1/kskb/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot.png'Spot Healing Brush Tool'. Kemudian, merge layer dengan menekan butang CTRL + E.
Original
with Skin recovery
LANGKAH 02
Buat duplicate kepada imej background, LAYER >> DUPLICATE LAYER dan kemudian tukarkan 'Blending Mode' layer tersebut kepada 'Overlay'.
Duplicate dengan overlay blending
LANGKAH 03
Masukkan pula Adjustment layer style 'Photo Filter' dengan IMAGE >> ADJUSTMENT >> PHOTO FILTER. Setkan setting seperti gambar di bawah:
~Tick color : #ba9900
~Density: 75%
Photo Filter
LANGKAH 04
Masukkan pula Adjustment layer style 'Level' dengan IMAGE >> ADJUSTMENT >> LEVEL. Ubah slider 'Midtones' kepada 0.60
Level adjustment
LANGKAH 05
Duplicate layer 'Level adjustment' dari Langkah 4 dengan menekan butang 'CTRL + J'. Kemudian, pilih 'Brush Tool' dan tukar warna 'Foreground' kepada warna hitam...tetapkan brush size kepada 200px dan 'Opacity' kepada 25% dan brush kawasan di bahagian kiri subjek dalam imej.
Duplicated Level Adjustment with masking edit
LANGKAH 06
Kemudian, masukkan pula 'Hue & Saturation Adjustment' layer IMAGE >> ADJUSTMENT >> HUE & SATURATION dan masukkan setting seperti berikut:
Hue: 0
Saturation: -25
Lightness : 0
Hue & Saturation Adjustment
LANGKAH 07
Utk memudahkan kita mengembalikan warna anak mata subjek kepada warna yang asal, sila 'select' atau pilih ke semua layer adjustment sambil menekan button 'SHIFT' seperti gambarajah di bawah.
Kemudian, drag ke semua layer yg telah di'highlight'kan tadi ke icon 'Folder' di bahagian bawah.
Masukkan ke dalam Folder
LANGKAH 08
Masukkan 'Masking Layer' kepada layer folder tersebut dengan menekan button 'Mask' di bawah.
Folder with masking layer
Gunakan Brush tool dengan warna foreground hitam dan saiz bersesuaian utk 'revealed' semula warna mata subjek.
Revealed semula warna anak mata subjek
LANGKAH 09
Setelah selesai, 'Merged' ke semua layer menjadi satu dengan menekan button CTRL + E. Kemudian buat satu duplicate kepada fail tersebut dan namakan nya 'High Pass'. Pergi ke FILTER >> OTHER >> HIGH PASS dan masukkan nilai setting 'Radius' :- 3.5px
High Pass filter
Kemudian, tukarkan 'Blending mode' layer tersebut kepada 'Soft Light'.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Gambar final sue dah buat sedikit pengubahan kepada surrounding structures and lighting effect...sila bandingkan yew.... hope tutorial nie dapat membantu......
BEFORE
FINAL
|