|
Ilmu tasauf dan tarikat [+ gabungan thread mohdmus]
[Copy link]
|
|
1000# baghal
Kemudian beliau membacakan ayat berikut ini: Adapun orang yangmemberikan hartanya di jalan Allah dan bertakwa, dan membenarkan adanyapahala yang terbaik (surga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginyajalan yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinyacukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akanmenyiapkan baginya jalan yang sukar
Ayat yang dibaca kemudiannya telah menerangkan maksud kata-kata baginda s.a.w bila ditanyakan "apa perlunya beramal"
tentang siapa dipermudahkan dan siapa yang di sukarkan sebagai takdirnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaykum wbt,
Tasawwuf itu ilmu, tariqah tu praktikal ilmu(amali). Asalnya nak mencapai Ihsan (Hadith 40 Imam Nawawi, No 2).
RasuluLlah Al Mustafa menyampaikan (tabligh) Islam dalam bentuk sebati. Nak mudahkan orang belajar, Ulama' sistematikkan ilmu-ilmu itu. Bila bab mengenal Allah, maka dinisbahkan nama Ilmu Tauhid, bila bab hukum hakam, dinisbahkan sebagai Ilmu Fiqh, bila bab akhlaq dan kesempurnaan (ihsan) dinisbahkan sebagai tasawwuf.
Allahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
1000# baghal
Ayat yang dibaca kemudiannya telah menerangkan maksud kata-kata baginda s.a.w bila ditanyakan "apa perlunya beramal"
tentang siapa dipermudahkan dan siapa yang di sukarkan seba ...
Nazrulism Post at 29-1-2010 00:31
'Kelak' yg Rasulullah gunakan itu menunjukkan kesudahan atau akibat yg diterima utk org berbuat baik dan buruk..
tapi ayat yg di bawah ini bukan rekaan saya..
Barangsiapa yang telah ditentukan sebagai orang yang berbahagia, maka dia akan mengarah kepada perbuatan orang-orang yang berbahagia. Dan barangsiapa yang telah ditentukan sebagai orang yang sengsara, maka dia akan mengarah kepada perbuatan orang-orang yang sengsara. Kemudian beliau melanjutkan sabdanya: Beramallah! Karena setiap orang akan dipermudah! Adapun orang-orang yang ditentukan sebagai orang berbahagia, maka mereka akan dimudahkan untuk melakukan amalan orang-orang bahagia.Adapun orang-orang yang ditentukan sebagai orang sengsara, maka merekajuga akan dimudahkan untuk melakukan amalan orang-orang sengsara |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nazrulism at 5-2-2010 12:44
1005# baghal
Aku dah terangkan tentang "apa gunanya kita beramal" dari maksud hadith tu!
dan ini juga bukan cakap aku sendiri;
Al-A'raf :175
Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.
Janganlah kita memfitnah Allah.. dengan mengatakan Allah menjadikan mereka semata-mata untuk dijadikan bahan bakar di neraka sepertimana dakwaan orang2 musyrik.. "perlakuan mereka semuanya kerana kehendak Allah" |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nazrulism at 5-2-2010 12:44
1005# baghal
Aku dah terangkan tentang "apa gunanya kita beramal" dari maksud hadith tu!
dan ini juga bukan cakap aku sendiri;
Al-A'raf :175
D ...
Nazrulism Post at 5-2-2010 12:06
Adapun orang-orang yang ditentukan sebagai orang sengsara, makamereka juga akan dimudahkan untuk melakukan amalan orang-orang sengsara..
Adakah Tuan nak nafikan hadis di atas tentang jalan sengsara juga dimudahkan Allah?
Sebenarnya semua hadis dan ayat Al-Quran tentang perlu beramal, saya tidak tolak..malahan saya sendiri sentiasa beramal dan mengharapkan rahmat ampunan dari Allah Taala..
Saya kopipes lagi Surah Ar-Ra'd ayat 11 yg menjadi sandaran puak muktazilah, yg mendakwa usaha ikhtiar makhluk boleh memberi bekas atau kesan atau merubah takdir Allah..
Firman Allah;
Ertinya:"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia."(Surah Ar-Ra'd:11)
Selalu org kopipes sekerat je..tapi cuba baca sampai habis, adakah usaha makhluk dapat menghalang ketentuan Allah?
Adakah amalan kita dapat mengubah takdir ketentuan Allah yg telah tertulis sejak azali di kitab Lauh mahfuzh..
Firman Allah;
Ertinya:"Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari Al-Qur'an dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarrah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh)."(Surah Yunus :11)
Ertinya:"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Surah Al-Hadiid :22)
Banyak lagi firman Allah mengenai Lauh Mahfuzh, kitab suratan hidup semua makhluk..siapa kita untuk mengubah ketentuan Allah ini?
Saya ulangi lagi persoalan kita, dimana titik persamaan diantara ketentuan Allah sejak azali dengan usaha ikhtiar makhluk? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nazrulism at 6-2-2010 22:18
Adapun orang-orang yang ditentukan sebagai orang sengsara, makamereka juga akan dimudahkan untuk melakukan amalan orang-orang sengsara..
Adakah Tuan nak nafikan hadis di atas tentang jalan seng ...
baghal Post at 6-2-2010 16:10
Adakah saudara maksudkan Allah tidak boleh mengubah apa-apa yang tertulis di Luh-Mahfuz?
(ketentuan, peraturan, undang2, hukum, sebab-akibat yang berlaku atas sesuatu)
Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: jadilah engkau! Lalu menjadilah ia.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #117)
.. jika dah jelas jawapan pada soalan tu.. saudara akan memahami maksud "dikehendakiNya" di ayat berikut dan ayat-ayat yang seumpama dengannya:
Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya) dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #272)
sepertimana diterangkan oleh FirmanNya;
At-Takwir
27 Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:
28 Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.
29 Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
Kerana itulah kita disuruh ikut perintahNya dan mengharapkan RahmatNya.
dimana titik persamaan diantara ketentuan Allah sejak azali dengan usaha ikhtiar makhluk?
Jika saudara faham apa yang aku tulis.. saudara akan temui titik pertemuan ketentuan Allah sejak azali dengan usaha iktiar manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
1008# Nazrulism
Adakah saudara maksudkan Allah tidak boleh mengubah apa-apa yang tertulis di Luh-Mahfuz?
(ketentuan, peraturan, undang2, hukum, sebab-akibat yang berlaku atas sesuatu)
Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: jadilah engkau! Lalu menjadilah ia.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #117)
.. jika dah jelas jawapan pada soalan tu.. saudara akan memahami maksud "dikehendakiNya" di ayat berikut dan ayat-ayat yang seumpama dengannya:
Dengan kehendak Allah bukan makhluk..kita bicara keupayaan makhluk merubah.
Saya kopipes sekali lagi hadis Nabi yg kita sayangi..
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri telah memberikan contohpenanaman aqidah yang kukuh ketika baginda mengajari anak bapa saudarabaginda, Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma dalam sebuah haditsyang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tirmidzi dengan sanad yang hasan.Ibnu Abbas bercerita,
“Pada suatu hari aku pernah berboncengan di belakang Nabi (di ataskendaraan), beliau berkata kepadaku: “Wahai anak, aku akan mengajariengkau beberapa kalimat: Jagalah Allah, niscaya Allah akan menjagamu.Jagalah Allah, niscaya engkau akan dapati Allah di hadapanmu. Jikaengkau memohon, mohonlah kepada Allah. Jika engkau meminta tolong,minta tolonglah kepada Allah. Ketahuilah.kalaupun seluruh umat (jin dan manusia) berkumpul untuk memberikan satupemberian yang bermanfaat kepadamu, tidak akan bermanfaat hal itubagimu, kecuali jika itu telah ditetapkan Allah (akan bermanfaat bagimu). Ketahuilah.kalaupun seluruh umat (jin dan manusia)berkumpul untuk mencelakakankamu, tidak akan mampu mencelakakanmu sedikitpun, kecuali jika itu telah ditetapkan Allah (akan sampai dan mencelakakanmu). Pena telah diangkat, dan telah kering lembaran-lembaran”.
Nabi sabda telah kering lembaran2 dan pena telah diangkat...tapi kalau Allah berkehendak, Dia berupaya..
Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya) dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #272)
Sama jugak..Allah memberi petunjuk kpd sesiapa yg dikehendakiNya..bukan keupayaan makhluk
At-Takwir
27 Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:
28 Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.
29 Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
Mungkin Tuan xprasan, ayat di atas menerangkan Al-Quran sebagai peringatan bagi org yg mahukan kebenaran (Islam). tetapi org itu tidak dpt menentukan kemahuannya sendiri, melainkan semuanya telah diaturkan oleh Allah yg mentadbir alam..
Mudah2an Tuan juga mendapat kefahaman yg banyak..
Tuan harus faham, titik persamaan yg saya maksudkan ialah dalam kita meniti hidup kita ini, bagaimana kita sandingkan , kita selarikan diantara tauhid iaitu mengEsakan Zat (Diri) Allah, mengEsakan Sifat Allah, mengEsakan Nama Allah, mengEsakan Af'al Allah yg tempatnya di dalam hati, yg kekuasaanNya MUTLAK, ketentuanNya MUTLAK disamping kita juga melaksanakan pekerjaan makhluk dan menjadikan syariat Islam sebagai guideline.
Kalau kita kata ,kita berkeupayaan, berkuasa melakukan sesuatu, maka kekuasaan Allah tidak lagi mutlak kerana ada beberapa persen keupayaan makhluk memberi kesan atau bekas.
Untuk apa kita ucap, "tiada daya upaya melainkan daya upaya Allah" ..
Cuba Tuan fikir, Nabi dah bagitau kita banyak tanda2 akhir zaman yg bakal berlaku..kalau makhluk berupaya mengubah suratan hidup, tentu tanda2 itu dapat dielakkan..tentu sekarang Dajjal xkan keluar sebab dia tau dia akan di bunuh oleh Nabi Isa..kenapa kita tidak dapat mengelak mati? makan la ubat banyak2 kalau ubat itu berupaya menyelamatkan nyawa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam mohdmus,
teruskan usaha yg baik utk beri penerangan mengenai tasawuf / tarekat.....sy tgk dah lama thread M & M ini tidak membincgkn dgn detail mengenainya...
Jgn layan sgt provokasi dari puak yg pro wahabi dan yg sewaktu dgnnya...
Selmt berjuang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin Tuan xprasan, ayat di atas menerangkan Al-Quran sebagai peringatan bagi org yg mahukan kebenaran (Islam). tetapi org itu tidak dpt menentukan kemahuannya sendiri, melainkan semuanya telah diaturkan oleh Allah yg mentadbir alam..
hmmm.. saudara yang tak perasan kot.. sila baca balik (yang aku warnakan merah tuu )
At-takwir
29 Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
Secara ringkasnya:
1. Tuhan tentukan segala-galanya didunia ini mengikut sifat sesuatu, hukum tertentu, peraturan tertentu, sebab-akibat tertentu. (ketentuan sejak azali)
2. Manusia di bekalkan akal, naluri, nafsu (kudrat berkehendak) untuk melaksanakan perbuatannya yang tertakluk kepada ketentuan Allah mengikut sifat sesuatu perbuatan, hukum/peraturan/undang2 sesuatu perbuatan yang mengakibatkan sesuatu dari sebab melaksanakannya, mengikut pilihan berdasarkan naluri @ nafsu @ akal, sebaiknya pilihan manusia hendaklah mengikut petunjuk (wahyu) dan bimbingan Rasul.
3. Walaupun manusia telah melaksanakan ikut segala ketentuan (peraturan/hukum/undang2 sebab dan akibat)- TETAPI Akibat dari Sebab yang dilaksanakan masih tertakluk kepada kekuasaan Allah (kehendaknya) untuk menjadikan Akibat itu menurut peraturan sebab-akibat atau tidak.
cth:
1.Api (penyebab) -->terbakar (akibat); sebagai peraturan/hukum/undang2 sebab akibat.
2.Manusia pilih Api untuk membakar (bukan pilih Air untuk membakar )
3.Terpulang kepada KEHENDAK ALLAH.. api itu mengakibatkan Terbakar atau tidak.
Kerana kuasa Allah mengatasi segala-galanya.
“Pada suatu hari aku pernah berboncengan di belakang Nabi (di ataskendaraan), beliau berkata kepadaku: “Wahai anak, aku akan mengajariengkau beberapa kalimat: Jagalah Allah, niscaya Allah akan menjagamu.Jagalah Allah, niscaya engkau akan dapati Allah di hadapanmu. Jikaengkau memohon, mohonlah kepada Allah. Jika engkau meminta tolong,minta tolonglah kepada Allah. Ketahuilah.kalaupun seluruh umat (jin dan manusia) berkumpul untuk memberikan satupemberian yang bermanfaat kepadamu, tidak akan bermanfaat hal itubagimu, kecuali jika itu telah ditetapkan Allah (akan bermanfaat bagimu). Ketahuilah.kalaupun seluruh umat (jin dan manusia)berkumpul untuk mencelakakankamu, tidak akan mampu mencelakakanmu sedikitpun, kecuali jika itu telah ditetapkan Allah (akan sampai dan mencelakakanmu). Pena telah diangkat, dan telah kering lembaran-lembaran”.
Fahamkan;
Jika semua makhluk berkumpul untuk memberi satu pemberian manfaat atau untuk mencelakan kamu (yang merupakan sebab) tidak akan memberikan manfaat atau kecelakaan (yang merupakan Akibat) KECUALI dengan kehendak Allah berlaku sesuatu samada mengikut sebab atau tidak.
"Pena telah diangkat, dan telah kering lembaran-lembaran"
Perjalanan Alam ini telah diatur dengan peraturanNya,
Perintah dan larangan telah diterangkan melalui Rasul dan KitabNya.
Penyerahan Makhluk Harus kepada Kekuasaannya... bukan kepada lembaran yang telah kering itu.
Walau kita telah melakukan amal kebaikan (sebab) seolah syurga(akibat) hanya sejengkal dari kita.. Tetapi Kekuasaan Allah lebih mutlak mengikut kehendaknya samada akibat itu mengikut sebab (amal) atau tidak - Tapi kita mesti yakin akan keadilan Allah dan meneruskan usaha ikhtiar dan memohon RahmatNya.
Kerana pemahaman segala -galanya telah ditentukan (seolah tahu apa yang Allah tentukan) atau jalan mudahnya meyerah pada Takdir, kita ketinggalan untuk mengkaji setiap kejadian yang dijadikan Allah dialam ini dengan akal anugerah Allah untuk berusaha memakmurkan dunia ini sebagai Khalifah yang diamanahkan
INGAT: Nabi s.a.w tidak menyuruh berserah kepada Takdir.. Tapi menerima ketentuan takdir itu samada baik atau buruk. |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk apa kita ucap, "tiada daya upaya melainkan daya upaya Allah" ..
Untuk menyatakan apa yang kita lakukan sebagai usaha dan ikhtiar mengikut kemampuan daya upaya kita yang terhad.. kerana tidak mungkin usaha dan ikhtiar kita boleh sampai ketingkat Maha Sempurna bagi mempastikan usaha dan ikhtiar kita memperolehi apa yang kita mahukan.
Hanya Daya Upaya Allah yang mampu mempastikan semuanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam mohdmus,
teruskan usaha yg baik utk beri penerangan mengenai tasawuf / tarekat.....sy tgk dah lama thread M & M ini tidak membincgkn dgn detail mengenainya...
Jgn layan sgt provokasi dari pu ...
serihartatie Post at 7-2-2010 12:09
Saya pun rindukan mohdmus..dah lama dia xbalik rumah..jadi saya buat cam rumah sendiri la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by baghal at 8-2-2010 02:54
Untuk menyatakan apa yang kita lakukan sebagai usaha dan ikhtiar mengikut kemampuan daya upaya kita yang terhad.. kerana tidak mungkin usaha dan ikhtiar kita boleh sampai ketingkat Maha Sempurna ...
Nazrulism Post at 7-2-2010 13:47
Berkata Syeikh Ibnu Atho'illah;
Kalimah 'Laa haula wala quwwata illa billahi' bermaksud tidak ada daya untuk mengelak diri dr bahaya kesalahan dan tidak ada kekuatan untuk berbuat amal kebaikkan kecuali dengan bantuan pertolongan Allah dan kurnia RahmatNya semata-mata.
Firman Allah;
Ertinya:" Katakanlah: Hanya kerana merasakan kurnia rahmat Allah lah kamu boleh bergembira, dan itulah yang lebih baik (berguna) bagi mereka daripada apa yang dapat mereka kumpulkan sendiri.(Surah Yunus:58)
Bersandar pada amal usaha itu beerti lupa pada kurnia rahmat Allah yg memberi taufiq, hidayah kpdnya yg akhirnya pasti ia ujub ,sombong, merasa sempurna diri, sebagaimana yg telah terjadi pd iblis ketika ia diperintah bersujud kpd Nabi Adam as , ia berkata:
"Aku lebih baik dari dia (Adam)."
Juga telah terjadi pd Qarun, ia berkata;
"Sesungguhnya aku mendapat kekayaan ini krn ilmuku semata-mata."(Al-Qashash: 78)
Bila kita dilarang menyekutukan Allah dengan berhala, batu karbala, kayu, pohon dll, maka janganlah menyekutukan Allah dengan kekuatan diri sendiri, seolah-olah merasa ada kekuatan dan dapat berdiri sendiri tanpa pertolongan Allah, tanpa rahmat taufiq hidayah dan kurnia Allah..
Pendapat Tuan tiada daya upaya itu adalah krn had batas upaya makhluk adalah tidak tepat..bila Rasulullah saw menyebut 'tiada' adalah menunjukkan penyerahan diri secara mutlak kepada Allah, tidak ada upaya melainkan kudrat iradat Allah pd makhluknya..
Fahaman Tuan kategori muktazilah..makhluk ada daya upaya sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nazrulism at 8-2-2010 09:46
Post Last Edit by baghal at 8-2-2010 02:54
Berkata Syeikh Ibnu Atho'illah;
Kalimah 'Laa haula wala quwwata illa billahi' bermaksud tidak ada daya untuk mengelak diri dr bahaya kesalahan dan ...
baghal Post at 8-2-2010 02:52
sedara yang tak faham, telah saya katakan manusia ada pilihan dan kehendak, Allah yg menggerakkan dan yang memberi bekas akan perbuatan manusia.... Dan sedara tak dapat memahami antara kehendak manusia dan kehendak Allah kerana fahaman sedara tentang takdir adalah fahaman jabariah, hanya menutupi dengan kata "saya juga beramal dan berusaha"!
Jika dah sedara kata apa yang sedara lakukan tidak boleh membawa apa-apa kebaikan atau keburukan kepada diri sedara dan semuanya adalah perbuatan Tuhan (ditentukan)-
1.Adakah seruan Rasul s.a.w supaya beramal baik dan meninggalkan mungkar itu untuk menentang ketentuan Tuhan dan perbuatan Tuhan.
2.Tuhan membalas dengan syurga/neraka atas perbuatan Tuhan sendiri.
3.manusia yang terpaksa melakukan apa sahaja kerana tidak mempunyai kehendak sendiri kemudian dihukum atas perbuatan yang menjadi kehendaknya sendiri. (kamu kata zalim perbuatan begini).
Jika fahaman Nabi s.a.w dan sahabat seperti kamu, mereka boleh sahaja berdiam diri menunggu apa sahaja yang telah ditentukan akan berlaku... Mungkin Nabi s.a.w pun tak perlu keluar dari Gua Hira untuk menghadapi ancaman musyrikin.
Tak payahlah kopipes Terjemahan Al Hikam kat sini.... Elok kamu baca syarah Al-Hikam untuk memahami lebih lanjut apa yang dikatakan oleh Ibn Atho'illah itu.
"Sesungguhnya aku mendapat kekayaan ini krn ilmuku semata-mata."(Al-Qashash: 78)
Bila kita dilarang menyekutukan Allah dengan berhala, batu karbala, kayu, pohon dll, maka janganlah menyekutukan Allah dengan kekuatan diri sendiri, seolah-olah merasa ada kekuatan dan dapat berdiri sendiri tanpa pertolongan Allah, tanpa rahmat taufiq hidayah dan kurnia Allah..
Yang jadi masalah ucapan qarun itu adalah perkataan "kerana Ilmuku semata-mata" (faham muktazilah)
Tiada siapa yang menyekutukan Allah bila meletakkan setiap kesalahan kerana kesilapannya (kehendak/pilihan) sendiri dan meletakkan amal kebaikannya kerana kurnia/pemberian Allah.
- Yg jadi masalah bila manusia kata segala perbuatan baik/buruknya adalah perbuatan Tuhan keatas dirinya (faham Jabariah) dan akhirnya jika ia beribadat.. maknanya perbuatan Tuhan beribadat kepada Tuhan. Akhirnya menjurus kepada fahaman sufi "Yang menyembah sama seperti yang disembah" (faham wahdatul-wujud) |
|
|
|
|
|
|
|
1015# baghal
jabariyah berserah 100%...
qadariyah berusaha 100%...
nabi ajar usaha dan berserah, dua2 ada...ikut yg tu la...
betulkan sy kalo sy salah,....wallahua'lam... |
|
|
|
|
|
|
|
1015# baghal
jabariyah berserah 100%...
qadariyah berusaha 100%...
nabi ajar usaha dan berserah, dua2 ada...ikut yg tu la...
betulkan sy kalo sy salah,....wallahua'lam...
ussopp Post at 8-2-2010 12:30
Setuju tu Tuan......
Ahli Sunnah, Usaha dan Iktiar akan tetapi Allah jualah yang memberi bekas....
wallahua'lam... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya pun rindukan mohdmus..dah lama dia xbalik rumah..jadi saya buat cam rumah sendiri la..
baghal Post at 8-2-2010 02:17
adakah mohdmus dah tak minat dengan nick mohdmus? sekarang dia guna nick lain... haha... cuba teka nick baru dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ussopp at 8-2-2010 22:25
1018# salikin
benar saudara salikin....
sesiapa yg berkata begini, tak kira dia wahabie ka, sufi ka, tarikat ka, hatta geng jabariyah atau qadariyah itu sendrik, kalo dia kata camnie, maka, dia berkata benar....sesuai dgn utusan terakhir(SAW) |
|
|
|
|
|
|
|
1020# ussopp
Semoga Tuan, kami dan sekelian di Rahmati oleh Allah swt......Amiin....
Hadis riwayat Ali ra., ia berkata:
Kami sedang mengiringi sebuah jenazah di Baqi Gharqad (sebuah tempat pemakaman di Madinah), lalu datanglah Rasulullah saw. menghampiri kami. Beliau segera duduk dan kami pun ikut duduk di sekeliling beliau yang ketika itu memegang sebatang tongkat kecil. Beliau menundukkan kepalanya dan mulailah membuat goresan-goresan kecil di tanah dengan tongkatnya itu kemudian beliau bersabda: Tidak ada seorang pun dari kamu sekalian atau tidak ada satu jiwa pun yang hidup kecuali telah Allah tentukan kedudukannya di dalam surga ataukah di dalam neraka serta apakah ia sebagai seorang yang sengsara ataukah sebagai seorang yang bahagia. Lalu seorang lelaki tiba-tiba bertanya: Wahai Rasulullah! Kalau begitu apakah tidak sebaiknya kita berserah diri kepada takdir kita dan meninggalkan amal-usaha? Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang telah ditentukan sebagai orang yang berbahagia, maka dia akan mengarah kepada perbuatan orang-orang yang berbahagia. Dan barang siapa yang telah ditentukan sebagai orang yang sengsara, maka dia akan mengarah kepada perbuatan orang-orang yang sengsara. Kemudian beliau melanjutkan sabdanya: Beramallah! Karena setiap orang akan dipermudah! Adapun orang-orang yang ditentukan sebagai orang berbahagia, maka mereka akan dimudahkan untuk melakukan amalan orang-orang bahagia. Adapun orang-orang yang ditentukan sebagai orang sengsara, maka mereka juga akan dimudahkan untuk melakukan amalan orang-orang sengsara. Kemudian beliau membacakan ayat berikut ini:" Adapun orang yang memberikan hartanya di jalan Allah dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (surga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya jalan yang sukar" (Sahih Muslim) |
|
|
|
|
|
|
| |
|