CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Santeira

[SERAM HOTEL]kisah seram di hotel (dalam dan luar negara)

  [Copy link]
Post time 23-6-2014 04:16 PM | Show all posts
nak cerita pengalaman dekat perdana hotel taiping .. pergi reramai tapi yang kena cuma bilik yang tepi dengan tangga ... dari tingkap boleh nampak macam tapak kubur lama ... antara kejadian pelik :
1) bilik bawah boleh dengar bilik atas alih2 kan perabot
2) air pili mengalir dengan sendiri, bila pergi check pili tutup
3) atas katil terasa ada yang lompat2
4) pintu bilik air sentiasa terbuka tutup walaupun tak ada angin
5) memang tak boleh tidur bulu roma sentiasa meremang
6) di tangga sentiasa dengar orang turun naik berlari-lari walau malam dah larut

wallahualam ..

berhati-hati lah kalau ke sana

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2014 10:48 PM | Show all posts
acuz posted on 20-6-2014 11:13 AM
As salam kacanghazel.. selama ni saya SR je..cuma rase nak reply lak awak punya post nih hehe..
b ...

comelnya hantu2 tu. boleh pilih2 kan. kiki

actually ni bukanlah hotel. just bilik aku sendiri. aku selalu kena usik. aku rasa dia lelaki la. sebab bila nampak lintasan gitu, macam body lelaki. dia tak kira time dan tak peduli suami aku ada ke tak (suami aku rajin outstation). bila aku nak lelap je, kalau dia nak usik, dia akan start slow2 nak naik atas aku. like orang merangkak dari kaki. duvet aku akan obvious sangat macam kena tekan. aku akan cepat2 gerakkan kaki aku. then, fine. kalau terlambat, beliau akan hempap laa aku. dan aku start laa suara tak lepas. penat acik tau.

sekali tu aku dah macam penat dengan segala usikan tu, aku cakap kuat2 kat laki aku (like mengadu). "Semalam kan bang, ada laa orang tu kacau. mula2 ketuk almari laa...ketuk2 tingkap bilik air laa...main lari2 laa...abang marah laa dia." sambil aku ngadu tu, aku jeling2 kat port yg beliau suka berdiri (tepi wardrobe).

suami aku tahu dah sebab aku always mengeluh bila kena kacau. suami aku balas kuat2, "eh, janganlah kacau bini aku. nanti aku marah nanti. kesian laa dia nak tido, apa ni siang2 pun nak kacau. dah laa malam selalu kacau" (ye ye kan suami aku melayan skrip aku tadi...hahaha)

esok tu suami aku kata dia tido. pastu ada orang sergah dia "Heii!!!". kuat gila suami aku kata. macam marah benar. suami aku buka mata tak nampak apa laa kan.

sejak suami aku sound tu tak de laa aku kena kacau lagi dah. kecik hati agaknya aku mengadu dan dia kena sound. jadik hantu pun nak touching. kikikiki

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 10:53 PM | Show all posts
robertocarbos posted on 23-6-2014 04:03 PM
Erkkk...ternampak thread ni...nak kongsi jugak la
pengalaman dekat Mayang Sari hotel (kot name die) ...

Woh, ko tak amek gambar ke? Nak tgk gak kesan calar n lempang tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 11:48 AM | Show all posts
Cerita lama di hotel (tak ingat nama) di Manjung. Masa tu cuti sekolah, kami 3 beranak (anak masa tu umur 5 tahun) main redah ke Lumut tanpa survey/booking hotel mana-mana, kira nak walk-in ajelah. Sebab plan nak ke Pangkor keesokan harinya, kami pun cariklah hotel di sekitar Lumut untuk bermalam, tapi biasalah FULL HOUSE. Merata carik dari hotel mahal sampai hotel bajet, sumer full. So kami ke Manjung, pun sumer full house kecuali satu hotel bersebelahan bangunan kedai, nampak macam banyak kereta so oklah kitorang try tanya (ngeri lah nak tanya kalau hotel tu kosong je kan?). Alhamdulillah ada satu bilik kosong. Kami pun cekin & pergi ke bilik. Naik lif, sampai level bilik tu, jalannya macam dalam horror movie, bayangkan lorong yang sunyi dan kelam, panjang lurus ke depan, hamik!. Saya dah sengih-sengih je kat hubby. Anak ni memang tak biasa dimomok-momokkan dengan cerita hantu, dia pun ok je. Sampai pintu bilik saya pun bukakla kunci (hotel lama), masukkan kad dalam slot, bilik pun cerah macam biasa, tunggu anak & hubby masuk, hubby pun tutup pintu. Pop, blackout! Senyap, sambil raba-raba slot tu, tarik balik & masukkan balik, Alhamdulillah nyala semula. Ok, takde pape lah tu, hotel lama biasalah longgar sana longgar sini, kami berbual sambil nak menyedapkan hati.

Lepas solat jamak Maghrib & Isya' kami yang kelaparan ni keluarlah carik makan kat kedai berdekatan. Dah lama pastu kami balik, sambil mengharungi jalan horror yang sama, sambil berdoa dalam hati takde benda nak kacau kami malam ni. Masuk bilik, tutup pintu, POP, BLACKOUT sekali lagi! Dah tak sedap hati tapi takkan nak cekaut, kat mana pulak nak tido nanti? Anak ni dah terkebil-kebil je mata dia (so comel bila ingatkan). Kami pun basuh kaki, basuh muka, naik atas katil, bukak tv melayan perasaan. Bila dah ngantuk, nak switch off lah tv tu kononnya. Hubby kata tak payah, biarkan ON aje. Buat pertama kalinya selepas banyak hotel dah menginap, di sinilah hubby tak benarkan switch off tv. Ok, ikutkan aje walau ada rasa pelik. Alhamdulillah kami tidur lena tak lena (sebab terbangun beberapa kali, rasa cam tak sedap badan) sampai jam loceng berbunyik. Saya kejutkan hubby & anak untuk solat Subuh sambil mamai-mamai tengok tv. Pastu baru teringat, bukanke semalam hubby kata tak payah switch off tv, abihtu kenapa dia tutup? Bila tanya dia, dia kata dia tak tutup pun tv tu, kami pun serentak tengok plug kat dinding, dah tercabut dari soket kau! Ok, kemas-kemas barang, tak sempat solat subuh, cekaut terus, solat kat masjid je. Yang peliknya, masa kuar dari hotel tu, kereta yang semalam penuh tu, tinggal beberapa bijik je kat luar, patutla selama kitorang kuar masuk macam tak nampak ada tetamu hotel yang lain. Receptionist lelaki berdua tu pun semacam je sengihnya masa melayan kami masa tuh....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 01:24 PM | Show all posts
noraja posted on 24-6-2014 11:48 AM
Cerita lama di hotel (tak ingat nama) di Manjung. Masa tu cuti sekolah, kami 3 beranak (anak masa tu ...

penjimat lektrik rupanya hantu ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 01:27 PM | Show all posts
mamarayyan2010 posted on 23-6-2014 04:16 PM
nak cerita pengalaman dekat perdana hotel taiping .. pergi reramai tapi yang kena cuma bilik yang te ...

atas katil terasa ada yang lompat2?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2014 05:09 PM | Show all posts
uori posted on 24-6-2014 01:24 PM
penjimat lektrik rupanya hantu ni

Dulu pernah holiday ramai2 satu keluarga besar di tempat salah satu tanah tinggi kt Msia ni dan bermalam kt bungalow ni. Tengok dr luar mmg spooky sikit apetah lagi kalo masuk dalam. Tapi memang besar dan byk bilik. Aku dh tak ingat jumlah sebenar bilik yg ada tp rasa mcm ade 7-8 bilik.

Biasa laa bila dh ramai2 memang kecoh dengan macam2 perangai. Nak jadi citer malam tu lepak laa geng2 sepupu yg kepala gila2 berkumpul dlm satu bilik(bilik yg tingkap bilik atas corner yg bwh chimney tu-sila tngok gmbr) utk berborak. Biasa laa dah borak mesti laa diselangi dengan ketawa terbahak-bahak x hengat dunia masing2. Citer punya citer punya citer tak perasan satu rumah dah sunyi.. Semua ahli keluarga dah tidur tinggal kami je yg bising x tdo lagi. Tengok jam masa tu baru pukul 11.30mlm... byk lagi benda nk borak sbb masing2 jarang jumpa. So masing2 sambung gelak ketawa. Sebelum tu uncle kami dah datang ketuk pintu bilik ckp kt kami "suka sangat ni. Hari dah jauh malam..." sbb dia tngok ktorg galak sakan sgt ketawa kuat. Tapi masing2 jenis tak makan saman, kejap je ckp perlahannya pastu 5minit kemudian kembali gelak ketawa.

Ketawa punya ketawa tetiba salah sorang sepupu aku yg duduk menghadap tingkap tu nampak sesuatu. Serta-merta muka dia jadi pucat lesi. Then dia dh start senyap dah. Kami yg duduk membelakangkan tingkap x tahu lg. Then ktorg tanya dia kenapa ni? tetiba je lain macam. Pastu tanpa sepatah kata dia guna jari telunjuk dia je tunjuk ke tingkap. Ktorg yg lain pun tengok laaa..skali nampak susuk berbaju putih tanpa kepala tengah berdiri(kalo korang tengok gmbr bungalow tu sikit punya tinggi tu boleh smpai tingkat atas). Apelagi drpd ketawa terus menjerit masing2 smpai terjaga semua orang dalam rumah tu. Pakcik ktorg yg memula pesan td dtg bilik terus suruh kami semua masuk tdo tanpa bertanya apa2.

Esok siangnya masa breakfast, semua ahli keluarga tanya ape yg terjadi. Rupa-rupanya bukan ktorg je yg nmpak tp salah sorang aunty ktorg yg lepak depan fireplace(sebab sejuk) kt tingkat bawah pun nampak kelibat tu lalu tanpa kepala. Then apelagi uncle ktorg pun sekolahkan kami dan pesan next jangan suka sangat bila pertama kali datang tempat baru. Tapi mujur la benda tu tunjuk diri gitu je just nak diamkan kami. Takdela nk kacau sampai meleret-leret ke Subuh.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 08:22 AM | Show all posts
noraja posted on 24-6-2014 11:48 AM
Cerita lama di hotel (tak ingat nama) di Manjung. Masa tu cuti sekolah, kami 3 beranak (anak masa tu ...

pagi tu awk ker yang on kan tv pagi tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2014 08:48 AM | Show all posts
AshkieLa posted on 24-6-2014 05:09 PM
Dulu pernah holiday ramai2 satu keluarga besar di tempat salah satu tanah tinggi kt Msia ni dan be ...

seramnya  
gila tuh nampak hantu takde kepala.
tapi tengok tempat tu pun memang seram semacam je
kat cameron ke?

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 09:03 AM | Show all posts
nak nyebuk la jugak.

aku penah stay dekat hotel g****l*** dekat bandar kuantan. aku outstation sorang, masa tu dah maghrib, aku baru lepas habis keje and takde hotel nak bermalam sebab malas nak drive balik KL malam2. pusing pusing, berenti dekat dua tiga hotel semua bilik kecik dah penuh kata diorang. sampai la aku nampak hotel ni and ada bilik kosong.

kat lobby tu macam meriah la sebab banyak family, so aku takde la panik ke ape. bila naik bilik, tingkat 3 kot bilik aku, sunyi sepi. lepas tu nampak la macam diorang tengah buat renovation work ke ape ntah. bilik kemas, bersih. aku apa lagi since dah sorang bukak la tv kuat kuat.

masuk pukul 10 tu, start bunyik orang buat keje. memang bising la. lagi aku kuatkan tv, lagi kuat bunyik. masa tu aku tak suspek ape2 lagi. dalam pukul 11 tu aku turun pegi kereta ambik barang, masa keluar bilik tu memang sunyi sepi, satu manusia pon takde. kat lobi pulak dah kosong takde orang dah.

masuk bilik balik, stat dengar balik bunyik orang bekerja. sepanjang malam, time tu memang baru la aku sedar apa yang sedang terjadi. aku berjaga sepanjang malam tak tido. esok pagi nye dengar bunyik azan je, aku terus mandi and terus nak check out. aku turun bawah, budak kaunter tu tengah tido. aku kejut dia, cakap nak check out "awalnye kak nak check out" aku pandang je dia, terus dia diam and tak cakap pape dah. terima kasih pon tak dengar dah. haha.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
uori posted on 24-6-2014 01:27 PM
atas katil terasa ada yang lompat2?

yer memang klau ingat mcm tak sanggup harungi..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 12:12 PM | Show all posts
mamarayyan2010 posted on 25-6-2014 12:00 PM
yer memang klau ingat mcm tak sanggup harungi..

bila gugel, nampak cantik je hotelnya
tak nampak usang atau ngeri pun
tak sangka, kan
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 12:43 PM | Show all posts
uori posted on 25-6-2014 08:48 AM
seramnya   
gila tuh nampak hantu takde kepala.
tapi tengok tempat tu pun memang ser ...

fraser's hill...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 01:31 PM | Show all posts
miskay posted on 25-6-2014 12:56 PM
Ternampak thread ni nak kongsi satu kisah
Tak de la seram mana cuma agak misteri
Bukan kay yang ke ...

kebetulan jek la tu

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 04:24 PM | Show all posts
bila sy pndg, tgk darah keluar membuak2 dr mulut dia, tp dia relaks je gosok gigi mcm tkde apa2..sy dh rasa lain..rasa cm nk panggil member len dtg tgk..sy pun ckp kat dia; "sekejap eh nk balik dorm.." dia jawap; "sekejap ke, dah tahu...." tk tau


seramm sihh
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 05:13 PM | Show all posts
nak share jugak. kot ada sapa-sapa yang boleh jawab persoalan yang menjadi tanda tanya bagi aku ni.

Ada satu malam tu aku tumpang tido kat rumah sepupu aku (rumah bujang). Macam biasa, kami akan bentangkan tilam kat hall dan tido ramai-ramai. (3 orang je).

Malam tu mata aku ni rasa mengantuk gila. Belum pukul 11 malam lagi dah tersengguk-sengguk tahan ngantuk. Last terlena macam tu je. Agak dalam jam 3pagi macam tu, aku rasa macam ditindih. Mengantuk punya pasal nak buka mata pun dah tak mampu. Aku mengiring ke arah lain. Dalam nak lena balik tu, rasa macam ditindih sekali lagi.

Entah apa kepeliknya aku siap mimpi lagi. Dalam mimpi tu kononnya aku mengadu kat sepupu aku yang aku ni, tak bole tido asyik kena tindih je. Sepupu aku senyum je kat aku. Aku cakap kat dia, aku nak azan lah kuat-kuat. Rimas tak bole tido. cepat-cepat, sepupu aku cakap, jangan azan nanti "ada" yang marah!". Kononnya aku berdiri dan azan, belum habis azan, aku terus jatuh".....

Aku tersedar diri mimpi sebab sepupu aku kejutkan. Dia terkejut, dengar aku menjerit, suara "lain" kata dia..

Yang ni bukan yang jadi tanda tanya kat aku. Yang buat aku tertanya-tanya adalah,

Pada masa yang sama, sebelum aku jerit tu. Sepupu aku yang sorang lagi (kan kami bertiga) tiba-tiba terjaga dari tido dia sebab terkejut tiba-tiba ada "cahaya" berbentuk bulat dan terang sangat kat lengan dia. Dalam beberapa saat dia nampak macam ada kumpalan asap yang membentuk
seperti "lelaki" di dinding sebelah dia. Pas tu dalam 2 3 minit tu baru aku "menjerit".

Malam tu kami pasang yassin dan ruqyah sampai ke subuh. Tapi di tingkap luar rumah kedengaran seperti ada yang membaling batu berulang kali ... esok nya sepupu aku cerita dia selalu dengar ada suara yang menjerit sayup-sayup antara jam 2pagi hingga subuh.

Sorry ye macam dah lari tajuk pulak. aku bukan stay kat hotel tapi rumah.

Last edited by Naurah_rik on 25-6-2014 05:24 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2014 03:01 PM | Show all posts
syahoney posted on 12-10-2011 04:02 PM
dekat tepen mmg banyak hotel2 yg 'misteri2' ni even hotel tu ada bintang n nama! ye la kala ...

aku selalu dok kamal lodge tu.. even balik menggeletis jam 2-3 pagi .. ok lah setakat ni.. selalu aku minta bilik belakang dekat ngan parking..

lepas ni kalau aku lepak sana lagi aku alert sekeliling..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 05:17 PM | Show all posts
robertocarbos posted on 23-6-2014 04:03 PM
Erkkk...ternampak thread ni...nak kongsi jugak la
pengalaman dekat Mayang Sari hotel (kot name die) ...

pakcik tu orang ke hantu?

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 10:14 AM | Show all posts
uori posted on 25-6-2014 12:12 PM
bila gugel, nampak cantik je hotelnya
tak nampak usang atau ngeri pun
tak sangka, kan

betol ... masa book pun tak rasa lagi keseramannya .. dah sampai masuk bilik baru lew tau .. kalau terpaksa juga duk sana nak wat macam mana kan ..  makhluk tu pun ada di mana2 .. cuma nya kalau dapat bilik tepi tangga ... elak2 kan lah
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2014 03:27 PM | Show all posts
Seram jugak baca pengalaman korang. Selama bermlm di hotel2 sana sini, belum pernah experience paranormal or mistik ni.

Kalau tak, harus tak mau dok hotel dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.457995 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list