CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gammbir33

Susah ke nak buang saka?

  [Copy link]
 Author| Post time 10-12-2012 04:35 PM | Show all posts
zehra2 posted on 10-12-2012 04:16 PM
khatam pun baca.. letih mak.. rasa mcm baru balik perang.. baca soal jwb korang..
maka nya aku teri ...

Wahhhh laju merempit..weiiii..tak takut xcident ka??? hehehe

Betul tu cam safamn tulis tu..mulakan dengan diri sendiri dulu..

Zehra ade sakit berkait ngan kanser tu..HK pernah cakap dulu..biasanyer kanser berpunca dari saka dari jenis2 hantu yg suka makan darah manusia...lama kelamaan effect pada jasad mangsa tu..jadilah kanser.

tapi bila dah jadi sakit dokter jgn lupe rawatan dokter tetap penting di smping bantuan dari rawatan alternatif tu..

cer contact wak HK hensem. tu..untuk kepastian.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2012 04:56 PM | Show all posts
gammbir33 posted on 10-12-2012 04:35 PM
Wahhhh laju merempit..weiiii..tak takut xcident ka??? hehehe

Betul tu cam safamn tulis tu..mula ...

HK tu hantukiller tu ke?
kena contact, guna no hp yg dia paste kan tu laa?

hmm.. mcm yg aku ckp laa.. setakat ni aku takde rasa sakit2 pun.. lebam2 badan & letih aje..  demam skit2 laa.. sesungguhnya leukimia pun bukan lah jenis kanser yg menyakitkan.. cuma letih selalu.. tp mcm aku ckp td, belum ada tanda sel2 kanser tu.. cuma platelet aku tak normal mcm org biasa..
dah tentu aku bukan keturunan mahsuri wlupun sel darah putih lebih dari org biasa..

kita ada akal.. kita bulih fikir. kalau dulu2 kita sedih.. tp bila kita tau puncanya, kita belajar skit2.. kita kena terima hakikat.
setakat ni emak aku ok.. takde gangguan apa2.. tak dpt bayangkan camne nak bg tau emak yg aku ndak berubat.
dah ada aku pun sorang diri aje. tu sbb tak berapa berani nak pergi  sana sini..

kalau la boleh berubat kat forum ni aje..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2012 05:10 PM | Show all posts
zehra2 posted on 10-12-2012 04:56 PM
HK tu hantukiller tu ke?
kena contact, guna no hp yg dia paste kan tu laa?

ha. a, betul lah tu Hantukiller tu.

tapi kalo rase tak perlu utk rawatan yer tak perlu..

tapi rungsing gak sebab sekarang nih badan masih kuat..nanti bila badan dah mula sakit. kedrat dah kurang,pitis dah tak banyak..saka2 lah buat hal..huhuhu susah gak tuh..

apa2 pon tanya hati sendirik..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 11:24 PM | Show all posts
saya nak tnya sket..xtau lah dah ada yg komen psl ni atau blum kat post2 blkng..byk sgt nak belek...
if sesorg tu ada saka bidan, pastu dia pegi berubat dan dah dibuang saka tu..ada kemungkinan tak saka tu blh datang blk pada pesakit tu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 11:25 PM | Show all posts
dan selalunya apa perubahan yg boleh kita rasa bila dah hilang saka tu dlm badan kita?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 11:38 PM | Show all posts
darkchoc posted on 10-12-2012 11:24 PM
saya nak tnya sket..xtau lah dah ada yg komen psl ni atau blum kat post2 blkng..byk sgt nak belek... ...

tgk cara buangnye cam ne...

klu bunuh ..confirm tak dtg balik..dh mati cam ne nk dtg kan??

klu di cabut n dipasak...tgklaa perawat yg buat tu..pasak nye camne..

tp klu takat cabut buang pastu anto kesana sini..rasanye (ni pendapat aku yg tak arif ye..percaya jgn)
perawat balik atau kita berpisah je ngan perawat tu senang2 je jin saka tu masuk balik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2012 12:37 AM | Show all posts
safamm posted on 10-12-2012 11:38 PM
tgk cara buangnye cam ne...

klu bunuh ..confirm tak dtg balik..dh mati cam ne nk dtg kan??

oh mcm tu..tq atas penjelasan tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 03:04 AM | Show all posts
Boleh ke sang saka tu dtg dari benua lain yg bahasanya pelik²?
i.e. cina, urdu, arab, etc. yg x difahami...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2012 09:02 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 11-12-2012 03:04 AM
Boleh ke sang saka tu dtg dari benua lain yg bahasanya pelik²?
i.e. cina, urdu, arab, etc. yg  ...

Boleh ler sesangat...diorang pegi obersea pun tak yah macam kita naik kapal terbang,langkau jer kaki, dah sampai....gunung ngan gunung tu macam tempat diorang pijak jer.....kalu nak tau, duk tepi laut, panggil jer Nyi Roro Kidul....jap lagi dengor ler....sora dia....ha ha ha

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2012 09:52 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 11-12-2012 03:04 AM
Boleh ke sang saka tu dtg dari benua lain yg bahasanya pelik2?
i.e. cina, urdu, arab, etc. yg  ...

Aku boba jawab deh..

bagi golongan jin tak ade bangsa2 seperti manusia nih..
malay
cina
india
europa
arab

yang ade..

azazil
iblis
iprit
jin kapir
jin islam
dewa2
hantu2

dari segi pergerakan, mereka memang laju..dlm sekejap saja boleh mengelilingi dunia kite nih..jadi tak de maknanyer pembahagian bangsa mengikut keluasan bumi ni.

soalan boleh ke tidak merasuk dan bercakap dlm bahasa2 yg lain..jwbnyer boleh sangattt..
setelah di kuasai otak dan lidah..maka boleh laaa bertutur dlm apa bahasa pon.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 02:51 PM | Show all posts
kdg2 mcm seriau pulak nak bersemuka dgn saka..
bila nak berubat, tentu laa kita kena mengakui hakikat saka tu mmg ada pd kita..

seronok kot saka tu ikut  shopping kat pavillion..

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2012 10:40 PM | Show all posts
Jika gitu para saka yg x dihalang
dek sempadan kolonial ni bebas
bergerak serata dinia gtu?

Mgkin ke depa tu tau mana duduk nya si Dajjal hari ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 03:28 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 11-12-2012 10:40 PM
Jika gitu para saka yg x dihalang
dek sempadan kolonial ni bebas
bergerak serata dinia gtu?

walaupun jin tak kira saka atau bukan boleh mengelilingi dunia dlm sekelip mata, tapi jin saka lebih suka memerap dalam diri 'tuan'nya atau di 'rumah' tuannya.... so pasal dajal ke apa, biasanya depa tak ambil peduli
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 03:31 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 11-12-2012 10:40 PM
Jika gitu para saka yg x dihalang
dek sempadan kolonial ni bebas
bergerak serata dinia gtu?

Bukan ko ke yg kurung dajal-dajal tu(iskandar zulkarnaen)


Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2012 01:04 PM | Show all posts
hantukiller posted on 12-12-2012 03:31 PM
Bukan ko ke yg kurung dajal-dajal tu(iskandar zulkarnaen)

Pertamanya, tu kn gelaran
yg diberi kpd Iskandar/Alexander juga yg terkemudian
yg asal/pemulanya x diketahui apa ke namanya yg sebenar
yg byk mengatakan pd zaman nabi Ibrahim a.s.

Keduanya, yg ditembokkn tu bkn si Dajjal
tp kaum Yakjuj & Makjuj...

walaupun jin tak kira saka atau bukan boleh mengelilingi dunia dlm sekelip mata, tapi jin saka lebih suka memerap dalam diri 'tuan'nya atau di 'rumah' tuannya.... so pasal dajal ke apa, biasanya depa tak ambil peduli
Saya tanya gtu sbb, Dajjal ni ujian akhir zaman
jika umat akhir zaman yg diuji tu Jinn dan Manusia
maka, la ni depa tgh diuji le...para jinn, saka, etc.
Lps ni giliran manusia le plk bila munculnya tu dlm bentuk manusia
Kalau yg x ambil peduli tu para jin/saka yg jahil le kot - dgn tuannya skali le.

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2012 01:58 PM | Show all posts
rasa diekor tak amik tau sbb diorg pun same syiok klu semuanye hanyut...
huhuhuh..tak tau la..ce tanya diekor..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-12-2012 03:47 PM | Show all posts
Saya tanya gtu sbb, Dajjal ni ujian akhir zaman
jika umat akhir zaman yg diuji tu Jinn dan Manusia
maka, la ni depa tgh diuji le...para jinn, saka, etc.
Lps ni giliran manusia le plk bila munculnya tu dlm bentuk manusia
Kalau yg x ambil peduli tu para jin/saka yg jahil le kot - dgn tuannya skali le.


Maaf saya kurang paham..kat perenggang tu..boleh jelaskan lagi tak??

Adekah maksud sedare, jin2 sekarang dalam/telah menghadapi ujian fitnah dajjal?? dan selepas ini dajjal akan muncul dari kalangan manusia dan membuat fitnah akhir zaman sebagaimana yg di sebut dlm hadis akhir zaman tu???

setahu saya lah kan..hasil bacaan2 tentang yakjuj dan makjuj tu (gog/magog) dari keturunan salah satu dari 10 kabilah israel yg engkar kepada nabi musa dahulu dan telah sesat dlm perjalanan mereka yg mendiami kawasan2 pergunungan tak silap belah2 rusia/monggol/ tak brape ingat lah pulok..puak2 syntia/monggol..

dlm sejarah peradaban manusia ade tercatat tentang kekejaman dan kemusnahan yg telah di buat oleh puak2 ini, yg menghancurkan iraq,babylon dan lain2..

berkenaan dengan dajjal..banyak pendapat mengaitkan sebagai simbolik/kiasan dari hadis nabi tu..bermakna satu kaum/negara yg kuat,kaya,kejam, dan boleh membuat sesuatu sesuka hatinyer di dunia ini..menyebabkan mana2 negara yg ingkar umpama neraka dan yg patuh padanyer akan turut dapat limpah kekayaan dari dajjal itu...ramai yg kaitkan dengan freemanson/yahudi/amerika dan lain2 wallahu aklam

soalan adekah jin pon tahu??? jawabnyer mereka pon tak tahu sebab semua tu berita ghaib/akan datang dari hadis nabi..jin tak akan tahu pasal berite akan datang..kalo tak caya cer gi mintak no ekor kat org yg kene rasuk tu..ekekeke..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2012 04:02 PM | Show all posts
Surah AL KAHFI.
[94]
Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”
[95]
Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
[96]
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, ddia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”.
[97]
Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
[98]
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2012 04:06 PM | Show all posts
HADIS PASAL DAJJAL AKHIR ZAMAN

Sahih Muslim dari al-Nawwas ibn Sam'an:
(Dari buku Jerusalem ms 148)

Rasulullah s.a.w. telah menyebut tentang Dajjal di suatu pagi. Kadangkala baginda menyebut tentangnya sebagai tidak penting dan kadangkala sebagai penting (kejahatannya) seolah-olah dia berada di antara pohon-pohon kurma.

Apabila kami berjumpa dengan baginda di waktu petang dan baginda melihat (tanda-tanda takut) pada muka-muka kami, baginda bertanya: "Apakah halnya dengan kamu?" Kami menjawab: "Wahai Rasulullah, engkau telah bercakap tentang Dajjal pagi tadi (kadang-kadang sebagai) sesuatu yang tidak penting dan kadang-kadang sebagai sesuatu yang penting, sehingga kami merasakan dia berada di antara pohon-pohon kurma."

Baginda menjawab: "Aku khuatir tentang banyak perkara berkaitan kami selain daripada Dajjal. Sekiranya ia muncul ketika aku masih bersama kamu, aku akan berdepan dengannya bagi pihak kamu, dan jika dia muncul ketika aku tidak lagi bersama kamu, seseorang lelaki mesti berdepan dengannya bersendirian dan Allah s.w.t. akan menjaga setiap orang Islam bagi pihakku (dan memeliharanya dari kejahatan Dajjal. Dia (Dajjal) adalah seorang lelaki, berambut kerinting dan buta sebelah matanya. Aku membandingkannya dengan Abdul al-Uzza ibn Qatan. Sesiapa yang hidup dan melihatnya mestilah membaca pembukaan surah al-Kahfi ke atasnya. Dia akam muncul di antara Syria dan Iraq dan akan menyebarkan kejahatan ke kiri dan ke kanan. Wahai hamba Allah! Berpeganglah kepada kebenaran."

Kami bertanya baginda lagi: "Berapa lamakah dia akan hidup di atas bumi?" Baginda menjawab: "Selama empat puluh hari, satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan hari-hari berikutnya seperti hari-hari kamu."

Kami bertanya: "Wahai Rasulullah, cukupkah solat sehari untuk solat di mana sehari menyamai setahun?" Baginda menjawab: "Tidak, tetapi kamu mesti mengira jangka waktu tersebut (dan bersolat)." Kami bertanya: "Wahai Rasulullah, berapa cepat dia akan berjalan di atas bumi?" Baginda menjawab: "Seperti awan yang ditiup angin. Dia akan mengajak manusia ke agama yang salah, mereka akan mengesahkan kepercayaan mereka kepadanya dan memberi respon mereka kepadanya.

Dajjal kemudian akan memerintahkan langit untuk menurunkan hujan yang akan menumbuhkan tanaman. Selepas itu, haiwan ternakan mereka akan menjadi gemuk dan berisi susu. Kemudian dia akan pergi ke sekumpulan orang yang lain dan mengajak mereka. Mereka akan menolak ajakannya dan dia akan beredar dari mereka, mereka akan mengalami kemarau dan mereka akan hidup melarat.

Dia akan berjalan di atas padang pasir dan berkata kepadanya: "Keluarkan khazanahmu." Khazanah-khazanah tersebut akan keluar dan berkumpul di hadapannya seperti sekawanan lebah (ini merujuk kepada minyak dan khazanah bumi yang lain).

Dia kemudiannya akan memilih seorang pemuda dan memotong tubuhnya kepada dua bahagian dan mengasingkannya kepada dua bahagian dengan jarak seperti seorang pemanah dengan sasarannya. Dia akan memanggil (pemuda) dan pemuda itu akan datang kepadanya sambil ketawa dan bergembira.

Ketika inilah Allah akan menurunkan Isa anak Maryam. Dia akan turun di menara putih di sebelah timur Damascus dengan memakai dua helai kain kuning muda dengan kedua-dua tangannya di atas kepak dua malaikat. Apabila kepalanya tunduk, akan jatuh peluh dari kepalanya dan bila dia mengangkat kepalanya semula, peluh itu akan bertebaran seperti mutiara. Setiap orang kafir yang mencium bau badannya akan mati dan nafasnya akan menjangkau sejauh penglihatannya. Dia akan mencari Dajjal sehingga ke pagar Ludd, menangkapnya dan membunuhnya.

Kemudian sekumpulan orang yang telah dilindungi oleh Allah akan datang kepada Isa anak Maryam dan dia akan menyapu muka-muka mereka seraya memberitakan tentang kedudukan mereka di dalam syurga. Di sinilah Allah akan berfirman kepada Isa a.s.: "Aku telah jadikan di antara hamba-hambaKu segolongan manusia yang tidak dapat dikalahkan; bawa orang-orang ini dengan selamat ke Tur", kemudian Allah akan menghantar Yakjuj dan Makjuj yang akan turun dari segenap cerun. Yang pertama daripada mereka akan melewati Tasik Tiberias dan meminum air darinya. Apabila yang terakhir dari mereka melewatinya, dia akan berkata: "Dahulu pernah ada air di sini."

Nabi Isa dan para sahabatnya kemudiannya akan terkepung di sini (di Tur, dan mereka akan mengalami kesusahan yang amat sangat) sehingga kepala seekor lembu akan lebih bernilai dari seratus dinar.

Rasul Allah Isa a.s. dan para sahabatnya akan berdoa ke hadrat Allah, dan Allah akan menghantar serangga yang akan menyerang leher-leher mereka dan mereka semua akan mati keesokan paginya. Nabi Isa a.s. dan sahabat-sahabatnya akan turun ke bumi dan mendapati bumi dipenuhi dengan bau bangkai yang teramat busuk. Nabi Isa a.s. dan para sahabatnya akan memohon kepada Allah yang akan menghantar burung yang lehernya seperti unta yang akan mengangkat bangkai-bangkai ini dan membuangkannya ke tempat yang dipilih Allah.

Kemudian Allah akan menurunkan hujan di mana tiada satu pun rumah yang dibuat dari tanah liat atau dari (khemah) kulit unta yang dapat mengelak darinya dan ia akan membasahi bumi sehingga ia kelihatan seperti cermin. Kemudian bumi akan diperintah dengan mengeluarkan hasilnya dan dipulihkan semula rahmatNya dan sebagai hasilnya akan tumbuh buah delima yang besar sehingga boleh dimakan oleh segolongan orang dan mereka dapat berlindung di bawah kulitnya.

Seekor lembu akan menghasilkan susu yang banyak sehingga sekumpulan orang dapat meminumnya. Unta susu pula akan memberi susu yang banyak sehingga seluruh puak tersebut boleh minum darinya. Dan kambing yang menyusu akan menghasilkan susu sehingga seluruh ahli keluarganya dapat minum darinya.

Ketika itu Allah s.w.t. akan menghantar angin yang sejuk yang akan memberi keselesaan kepada manusia sehingga ketiak mereka. Dia akan mengambil nyawa setiap Muslim dan hanya orang-orang zalim yang melakukan zina seperti seekor keldai yang akan tinggal.

Dan selepas itu akan tiba Kiamat ke atas mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 12:58 AM | Show all posts
gammbir33 posted on 13-12-2012 04:06 PM
HADIS PASAL DAJJAL AKHIR ZAMAN

Sahih Muslim dari al-Nawwas ibn Sam'an:

good sharing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.668455 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list