CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
Post time 27-2-2015 11:46 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 27-2-2015 11:05 AM
"Keturunanku akan kembali menuntut."

Nafarel...

Ubi Lekir tu macam mana rupanya ek? sedap tak? bulat ke bujur ke lonjong ke...manis ke pahit ke kelat ke

adakah sama ngan Hang Lekir??

ceh..rupa hang lekir pun aku tak tau..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2015 12:05 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 27-2-2015 12:08 PM

"Rouman."

Rouman tersenyum lalu menganggukkan kepalanya sekali sebagai tanda menyapa. Sikapnya yang suka tersengih-sengih itu hilang sama sekali. Dia juga berpakaian lebih kemas, bukan jubah kotor dan camping yang membaluti tubuhnya. Matanya menyorot sama ke arah tiga pemuda tadi walaupun kelibat mereka telah tiada.

"Apa...kau tidak berjual di pekan hari ini?" Soal Kai tanpa memandang Rouman.

"Tidak."

Kai mengangguk. Kemudian, mereka terdiam.

"Sudah lama Desa Maiya ini tidak dikunjungi oleh tetamu dari luar." Rouman memecah sunyi. Kepalanya tergeleng sedikit apabila berkata.

"Mereka datang dengan tujuan."

"Aku tahu." Balas Rouman. Kai berpaling ke arah Rouman.

"Apa sebenarnya yang bermain di fikiranmu, Rouman?" Soal Kai.

"Aku cuma mahukan kemakmuran kembali ke Lembah Keramat." Rouman menjawab. "Sejak perang itu berakhir, Lembah Keramat sudah tidak lagi seperti dulu. Tiada lagi pedagang-pedagang yang mahu singgah di sini. Tempat ini telah disumpah, Kai."

"Rouman...Rouman. Sehingga kini, kau masih percaya dengan sumpahan. Itu semua karut, Rouman."

"Terpulang kepadamu." Suara Rouman kedengaran jengkel. Dia tahu, Kai tidak percaya tentang sumpahan yang melanda Lembah Keramat. Oleh itu, dia tidak mahu berbicara lanjut. Biarlah jika Kai tidak mahu percaya. Biarlah jika seluruh penduduk Lembah Keramat mengatakan dia gila. Rouman tetap yakin, tempat ini telah disumpah.

"Lalu, bagaimana mereka itu mampu mengembalikan kemakmuran ke Lembah Keramat?" Kai bertanya lagi.

"Bukan mereka."

Terangkat kening Kai.

"Anak Raja Zulkhan itu."

"Maksudmu?"

"Jika anak Raja Zulkhan itu dapat dijejaki, aku pasti, dia akan dapat merungkaikan sumpahan ini. Tempat ini akan kembali seperti sediakala."

"Kau yakin?"

"Aku cukup yakin sekali." Tegas suara Rouman.

"Adakah kau yakin, anak Raja Zulkhan masih hidup?"

Soalan dari Kai kali ini membuatkan Rouman berjeda. Sungguh, dia tiada jawapan kepada soalan itu. Sejak puteri itu dibawa pergi, tiada lagi khabar berita yang didengari tentang anak Raja Zulkhan. Ianya terus hilang ditelan waktu. Ratu Sellie tidak berfikiran waras ketika membiarkan puterinya diambil. Tujuan puteri itu dibawa pergi juga tidak diketahui. Adakah untuk dibela? Atau adakah untuk memastikan tiada lagi keturunan Zulkhan yang bernyawa? Tiada sesiapa yang tahu.

"Aku yakin, anak Raja Zulkhan masih hidup." Rouman menjawab juga, dengan perlahan walau hatinya sendiri berbelah bahagi. Namun begitu, dia masih berpegang pada satu kalimah. Harapan.

Kai memandang wajah bekas pembesar itu, agak lama. Kemudian, dia menghela nafas dalam-dalam lalu dihembus keluar. Tiada lagi bicara yang terbit antara mereka.

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 12:23 PM | Show all posts
tadak tanda2 untuk mengenali puteri kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2015 01:05 PM | Show all posts
Ipo replied at 27-2-2015 11:46 AM
Ubi Lekir tu macam mana rupanya ek? sedap tak? bulat ke bujur ke lonjong ke...manis ke pahit ke  ...

Menurut Encik Google, Ubi Lekir sebenarnya takleh makan, beracun. Tapi saja aku pilih Ubi Lekir sebab bunyi macam 'gah' gitu

Untuk melihat rupa sebenar ubi lekir, aku cadangkan ko google sendiri...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2015 01:06 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 27-2-2015 12:23 PM
tadak tanda2 untuk mengenali puteri kah?

Ada.

Dan aku sedang memikirkannya....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 04:44 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 27-2-2015 01:05 PM
Menurut Encik Google, Ubi Lekir sebenarnya takleh makan, beracun. Tapi saja aku pilih Ubi Lekir se ...

ni yang aku jumpa..pasal pokok lekir..




tapi ubi pulak macam ni plak..



hahah..aku pening...tgk pokok kat atas tu tinggi..
kat tangan mamat tu plak..seketul jek, siap ada bunga gitu..

gigih mengugel

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-3-2015 12:23 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 1-3-2015 12:25 AM

Kediaman Zaffar

Awal petang sudah mula menyapa waktu. Angin bertiup perlahan. Ada masanya menolak awan lalu menutup sebahagian matahari daripada menyinari bumi Amariya. Adakalanya awan tampak mendung, tidak tahu sama ada membawa hujan bersama.

Zaffar mendongak ke atas, memerhatikan awan yang melakari langit biru itu. Sesekali, dia menarik nafas dalam-dalam lalu terhembus kembali. Urusan pentadbiran Amariya sudah selesai dan kini, dia bersendirian dalam kamar di rumahnya sendiri. Rumah agam yang didiaminya bersama dua anak lelaki dan beberapa hamba sahaya, tanpa kehadiran wanita yang dipanggil isteri.

Linora. Wanita itu sudah lama meninggalkannya. Berbelas tahun yang sudah. Wanita itu, tidak pernah memahami kehendaknya. Langsung tidak mahu mengerti akan kemahuannya itu. Kata Linora, dia terlalu mementingkan diri sendiri. Kata Linora, dia tidak pernah puas. Linora merasa terpinggir sendirian tatkala dia menyusun rencana untuk menjadi yang paling berkuasa satu hari nanti. Perhatian yang Linora mahu darinya sebagai seorang suami tidak pernah mencukupi. Linora juga menganggap dia tidak berhati perut.

Salahkan dia bercita-cita setinggi langit?

Keturunan keluarganya sudah lama menjadi penasihat kepada pemerintah Amariya. Pada Zaffar, kebijaksanaan keluarganya yang menjadi faktor utama kemakmuran Amariya. Dan dia tidak mahu sekadar  menjadi penasihat buat selama-lamanya. Dia mahu lebih dari itu. Dia mahu memiliki Amariya itu sendiri.

Itu yang Linora sukar untuk menerima.

Linora akhirnya memilih untuk pergi mencari kebahagiannya sendiri, tanpa dia. Dan anak-anak mereka.

Dia tahu, Linora tersiat hati dan perasan tatkala dia memberi kata dua. Setia bersama atau pergi sebatang kara. Bulat tekad Linora sehingga sanggup berpisah dengan anak-anak. Lalu Linora kembali ke tempat asalnya, jauh dari Amariya. Dia tegar membiarkan pemergian itu. Bagi Zaffar, wanita dangkal seperti itu, tidak layak berada di kalangan keluarganya.

Zamzam dan Zuhril, diasuh dengan caranya sendiri. Anak-anak itu diasuh tegas. Jika hitam yang dia mahu, hitamlah jadinya. Bukan putih, bukan juga kelabu. Anak-anak itu adalah pendukung cita-citanya setinggi langit itu. Dan dia akan melakukan apa saja, asalkan impiannnya terlunas.

Kau lihat sajalah, Linora. Kau akan menyesal kerana meninggalkan aku.

Dengusan kasar keluar dari mulutnya. Wajah wanita yang pernah berkongsi hidup dengannya suatu masa dulu terbayang di ruang mata. Dalam hati, ada kesumat dendam dan entah mengapa, berbaur rindu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Okay..firasat aku menyatakan jauh lagi perjalanan cerita ko ini untuk sampai ke penghujungnya separuh jalan pon tak sampai lagi neh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2015 01:38 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 1-3-2015 02:01 AM

“Bapa.”

Teguran secara tiba-tiba itu membuatkan Zaffar berpaling. Lega hati tatkala melihat wajah dua anaknya depan mata namun disembunyikan di sebalik riak dingin. Teramat jarang sekali dia menzahirkan rasa kasih-sayang buat anak-anaknya itu. Bagi Zaffar, itu tidak penting.   

“Pulang jua kalian berdua. Gendala apa yang menyebabkan kalian berdua pergi semalaman?” Soal Zaffar. Zamzam dan Zuhril dipandang bergilir-gilir. Zamzam, anak sulungnya itu lebih menyamai dirinya, terutamanya dari segi rupa. Juga sangat bercita-cita tinggi dan panas baran sikapnya. Kelebihan Zuhril pula adalah dari segi rupa dan bijak dalam berkata-kata. Dan Zuhril juga, banyak menyerupai Linora. Antara sebab mengapa Zaffar melebihkan Zamzam daripada anak keduanya itu.

"Agak panjang kisahnya.” Balas Zamzam. Zuhril pula hanya mendiamkan diri, membiarkan Zamzam yang berbicara. Memang begitulah selalunya tatkala berhadapan dengan Zaffar. Zuhril jarang membuka mulut lebih-lebih lagi apabila Zamzam ada bersama. Ini kerana seringkali buah fikrannya dipandang remeh. Dia dianggap terlalu muda untuk memberikan sebarang pendapat.

“Duduklah anakanda.” Suruh Zaffar. Zamzam dan Zuhril menurut. Penat lelah perjalanan pulang masih belum hilang namun mereka tahu, Zaffar pasti murka jika mereka melengah-lengah menyampaikan berita. Oleh itu, sejurus menjejaki rumah, mereka segera menemui Zaffar.

“Apa berita yang kau dapat, Zamzam?” Zaffar terus bertanya.

“Begini bapa...” Dan Zamzam terus bercerita. Tiada sedikit pun maklumat yang tertinggal. Zaffar mendengar dengan tekun. Ada ketikanya, keningnya berkerut.

“Panglima Kai...masih hidup rupanya.” Zaffar berkata perlahan setelah Zamzam habis bercerita.

“Benar...bapa.” Balas Zamzam. Zaffar angguk dan kemudian, diam berfikir. Kai, Nafarel dan Judasi. Mereka itu bergelar Harimau Keramat. Dia tahu, Nafarel telah terkorban di medan perang. Judasi masih hidup dan hanya dia saja yang tahu kedudukan Judasi. Tidak disangka, Kai juga masih bernyawa. Bagaimana agaknya sikap Judasi seandainya Judasi tahu yang Kai masih hidup? Atau sebenarnya Judasi telah lama tahu yang Kai masih hidup? Zaffar menggeleng. Nyata si peramal itu masih banyak helahnya.

“Anak Zulkhan berada dekat dengan takhta.”  

Tak semena-mena, ramalan Judasi dahulu terngiang-ngiang di telinga Zaffar.

Takhta...mungkinkah anak Zulkhan itu...

“Bapa...” Zamzam memanggil apabila melihat Zaffar berjeda lama. Zaffar memandang Zamzam lalu tersenyum sedikit.

“Rasanya, kalian berdua pasti kepenatan. Pergilah berehat.” Suruh Zaffar lantas memberi tanda bahawa dia mahu menamatkan bicara sampai di sini. Zamzam dan Zuhril saling memandang sebelum mengangguk.

“Baiklah bapa. Kami mohon diri dulu.” Zamzam meminta diri. Zaffar mengangguk. Zamzam dan Zuhril berlalu pergi.

Zaffar kemudiannya terdiam sendiri. Pelbagai perkara bermain difikiran. Satu demi satu perkara direncana. Yang penting, dia perlu berjumpa Judasi lagi. Dia perlu memastikan, siapa sebenarnya anak Raja Zulkhan itu. Dia yakin, Judasi punyai jawapan yang dia mahu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 01:42 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 1-3-2015 01:24 AM
Okay..firasat aku menyatakan jauh lagi perjalanan cerita ko ini untuk sampai ke penghujungnya   ...

Aku bajet lagi 10 bab...kot?

Tak berani lak nak target. Kang jadi macam @Ipo. Nak tamat...nak tamat, tak tamat, tamat. Lagi berjela pulak belitnya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 07:21 AM | Show all posts
baru sekerat jalan ni conan...banyak liku lagi ni..
syakilla belum terdedah dia siapa sebenarnya..

“Pulang jua kalian berdua. Gendala apa yang menyebabkan kalian berdua pergi semalaman?” Soal Zaffar.


err..gendala tu maksudnya halangan kan?? tergendala...terhalang..


sori...sekali lagi aku ketandusan perkataan bahasa melayu
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 07:22 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 1-3-2015 01:42 AM
Aku bajet lagi 10 bab...kot?

Tak berani lak nak target. Kang jadi macam @Ipo. Nak tamat...na ...

ko jangan jadi macam aku..declare nak tamat..tak tamat sampai ke sudah..

kononnya declare tu sebab nak cepat habiskan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 09:26 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 1-3-2015 01:42 AM
Aku bajet lagi 10 bab...kot?

Tak berani lak nak target. Kang jadi macam @Ipo. Nak tamat...na ...

Tau xper...

mana Qi ni lama ilang... aku tetap nk speku ariana tu anak zulkhan..
syakila tu anak raja amariya sebenar...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Qi mana qi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 01:36 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 1-3-2015 01:40 PM
Ipo replied at 1-3-2015 07:21 AM
baru sekerat jalan ni conan...banyak liku lagi ni..
syakilla belum terdedah dia siapa sebenarnya. ...

Yup.

Gendala = rintangan / kacau / halangan dan yg seumpama dengannya.

Aku pun tak tau mampu pergi berapa kerat ni ha. Bajet kurang lebih 10 kerat. Tak tauler kot terkurang


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 01:41 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 1-3-2015 09:26 AM
Tau xper...

mana Qi ni lama ilang... aku tetap nk speku ariana tu a ...

Ariana..ariana.  ARANIA ler....

Qi ada...muncul next chapter.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2015 01:43 PM | Show all posts

Qi ada kak. Tengah gigil nak buat presentation

Thanks for reading KakZue, walaupun agak mengarut ceritanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 02:18 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 1-3-2015 05:23 PM

BAB 33

Pejabat Alpha Tech

Ketika ini, jam sudah melepasi lapan setengah pagi. Ruangan pejabat di tingkat empat, Wisma Alpha itu sudah hampir dipenuhi pekerja walaupun waktu berkerja bermula tepat pada pukul sembilan.

Qi juga tidak terkecuali. Sebenarnya, dia sudah berada di pejabat semenjak pukul lapan pagi lagi. Sengaja menghadirkan diri lebih awal. Tekun dia mengadap komputer riba. Dia perlu membuat beberapa semakan terakhir. Harinya telah tiba. Hari ini, dia perlu membuat pembentangan dihadapan beberapa orang pengurus untuk proses penilaian. Ini baru peringkat pertama. Sekiranya berjaya melepasi peringkat penilaian ini, maka peringkat seterusnya adalah pembentangan dihadapan wakil Tresna Bank.

Isk. Terasa gugup pula. Kecut perut memikirkannya. Harapnya, semoga segalanya berjalan lancar.. Namun untuk dia berpatah balik, tidak mungkin. Bukan saja jawatan SSE menjadi sandaran, air muka Puan Azlina juga perlu dijaga.

Come on. You can do this, Qi!  

Kata-kata semangat diberikan buat diri sendiri. Tak lupa juga pesan Puan Roziah supaya kerap berselawat. Qi menurut saja. Saat ini, segala petua diperlukan agar dia tidak pengsan depan para penilai nanti. Sesekali, terasa perutnya seperti memulas. Bagai ada rama-rama berterbangan di dalamnya.

Qi meneliti sistem rekaannya buat kali terakhir. Setelah benar-benar berpuas hati, barulah Qi menarik nafas. Tiada apa lagi yang perlu diubah suai. Kertas yang tergeletak atas meja pula dicapai lalu Qi terus membacanya. Dia telah membuat beberapa nota sebagai rujukan ketika membuat pembentangan itu nanti.

Fokus Qi terhenti apabila melihat kelibat Shida menghampiri lalu terus menuju ke meja kerja di sebelah. Senyuman diberikan buat Shida namun gadis itu membalas mahu tak mahu sahaja membuatkan Qi mengangkat bahu. Sejak akhir-akhir ini, begitulah sikap Shida. Seolah-olah dia telah membuat kesalahan besar pada gadis itu. Tapi apa? Qi sendiri tidak tahu. Berat sekali mulutnya untuk bertanya. Perlukah dia bertanya?

“Qi...”

Pandangannya teralih lagi. Yang muncul dihadapannya kini adalah Rafi. Terkejut sedikit namun Qi tetap melemparkan senyuman walau kurang ikhlas. Dia juga tahu, kedatangan Rafi ke tempatnya pun bukanlah dengan niat suci murni.

“So...today is the day?” Soal Rafi. Qi angguk saja. Perihal dirinya dipilih sebagai wakil untuk mendapatkan kontrak Tresna Bank, sekaligus calon pengganti Alvin sebagai SSE bukan lagi makhfi. Rata-rata, kebanyakan pekerja Alpha Tech sudah tahu mengenai perkara itu. An open secret bak kata orang barat.

“Kau yakin ke, kau boleh buat?” Rafi senyum sinis. Kening Qi terangkat. Sudah dapat mengesan unsur provokasi dari nada suara Rafi.

“InsyaAllah.” Jawab Qi, pendek. Malas sebenarnya mahu melayan Rafi.

“Aku betul-betul peliklah. Kenapa dalam ramai-ramai orang, Puan Azlina pilih kau?” Rafi menembak soalan lagi. Qi menarik nafas.

“Manalah aku tau. Kau tanyalah Puan Azlina sendiri...” Qi menjawab. Mendatar saja suaranya. Hati sudah terasa sedikit panas.

“Heh.” Rafi ketawa, tampak menyindir.

“Bro, kalau kau tak ada benda penting nak cakap dengan aku, lebih baik rasanya kalau kau...” Qi membuat isyarat kepala, mengarah ke pintu, menyuruh Rafi supaya pergi saja dari situ. Baran hatinya semakin meruap. Kehadiran Rafi benar-benar mendatangkan gangguan padanya. Menghilangkan tumpuannya.

“Kalau nak diikutkan, kau tak layak langsung.” Rafi begitu berterus-terang sekali. Qi memandang Rafi. Nampak benar yang Rafi tidak berpuas hati.

“Apa yang kau tak puas hati sebenarnya ni?” Suara Qi sudah meninggi. Dia juga sudah bangkit dari duduk. Matanya memicing tepat kepada wajah Rafi. Tajam. Fikiran dan sikapnya yang tidak menentu kebelakangan ini semakin menjadi-jadi.

“Waahhh. Hebat kau sekarang. Sejak jadi calon jawatan SSE, bukan main berani lagi. Baru calon SSE, bro. Kalau jadi Project Manager, entah macam mana pulak berlagaknya.”

“Kalau kau tak ada benda elok nak cakap, baik kau blah lah.” Balas Qi, berang.

“Qi...” Rafi geleng dan gelak sinis. “Terus-terang aje. Kau dengan perempuan sihir tu, ada skandal...kan?”

Sekelip mata, Qi merenggut kolar baju Rafi dengan kasar sehingga terdorong ke depan. Sabarnya sudah hilang. Rafi lebih tinggi dan lebih tegap namun Qi tidak peduli. Rafi kelihatan sebesar kepala mancis saja padanya ketika ini. Rafi pula terkial-kial mahu melepaskan pegangan Qi dari kolar bajunya. Yang sebenarnya, dia terkejut. Tak dijangka Qi akan bertindak sekasar ini. Tidak disangka juga, Qi yang selalunya pendiam itu berubah sikap secara tiba-tiba.

“Kurang ajar.” Penumbuk kiri sudah sedia diangkat. Bila-bila masa saja dia akan melepaskan tumbukan. Biar diajar sedikit mulut Rafi agar tidak lagi lancang.

“Qi!” Shida sudah terjerit menyaksikan apa yang berlaku depan mata.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Beberapa pengurus orang??? apakah pekerjaan itu? Bibik ka??


Maghfi tu apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 05:29 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 1-3-2015 05:30 PM
cmf_conan replied at 1-3-2015 05:20 PM
Beberapa pengurus orang???  apakah pekerjaan itu? Bibik ka??

Adoiyyaiii. Camna boleh terbalik lak susun perkataan?

Dah betulkan...

Makhfi = sembunyi / selindung / rahsia.

Sejak-sejak 'duduk' kat Amariya ni, aku rajin cari perkataan yg bunyik bombastic gitu.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.135398 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list