CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: man_utd

ALAF 21..

 Close [Copy link]
Post time 13-7-2007 11:52 AM | Show all posts
Originally posted by aprilsnow at 13-7-2007 10:16 AM
sambung rissa, jgn x sambung tau....nak tau gak camner kesudahannyer..



kalau dah tahu kesudahannya dah tak best lagi llah april
ade lain2 konflik lagi dlm novel tu, tapi masuk akal lagilah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2007 11:57 AM | Show all posts
tgh hari ni nak beli Rahsia Hatiku pulak lah....mggu lepas kat popular ade diskaun 20%..harap2 mggu ni ade lagi
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2007 12:55 PM | Show all posts

Reply #1123 EXLESSIA's post

novel kak pah mmg best..suke sgt dgn kisah norjinah&razif...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2007 12:59 PM | Show all posts

Reply #1124 rissa_razz's post

xcited sgt nak tau laa rissa...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2007 01:47 PM | Show all posts

Reply #1119 aprilsnow's post

ni la aku sayang ngan ko kuc

camana eh cover, lom ada lagi la dlm website alaf
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2007 02:08 PM | Show all posts
Ryana Adrina ni penulis baru ke?...haku dah baca novel ni...best aku suka & tak boring....tak mcm penulis baru yg mengolahnya. nak ulas panjang2 aku tak reti apa kata kita tunggu komen dari april je. tetapi kepada pencinta2 novel alaf. nak buat koleksi mmg tak rugi.aku nak bg 3 setengah bintang utk novel ni...***1/2




Haku dah habis baca citer nie semalam....jalan cerita mudah, x berbelit2 atau meleret2...
hakupun bagi 3 1/2 bintang gak cam acun..

Citer nie sebenarnya mengungkap kenangan cinta pertama Athirah, watak utama dlm novel nie. Kisah cinta pertama di zaman sekolah antara Athirah dan Irfan Iskandar yang terus menjadi bayangan dlm hidupnya sehingga dewasa.

Hubungan mereka terputus bila Irfan yang melanjutkan pelajaran ke luar negara tidak lagi menghubungi Athirah selepas Irfan menjalin hubungan dgn Siti Syazwani yg dikenalinya di luar negara.

Bila Irfan yg sudah bergelar duda dan menpunyai 2 puteri dan sedang merancang bertunang dgn setiausahanya Zuriana, dia dipertemukan semula dgn Athirah .2 anak Irfan serta ibunya terlebih dahulu menjumpai Athirah akibat suatu peristiwa di hospital. Mereka saling berhubungan dan semakin akrab tanpa menyedari Athirah dan Ifran saling mengenali antara satu sama lain malah mereka berdua pernah bergelar kekasih suatu waktu dahulu.

Konflik meletus bila Irfan jatuh cinta semula dgn Athirah.Fitnah yg dicipta oleh bakal tunangan Irfan akibat kecewa dgn Irfan dan dendam pada Athirah mencetuskan kemarahan keluarga Athirah.Sebagai seorg sellibriti TV terkenal,Athirah  dicemuh masyarakat sekeliling.Kerana kecewa dgn keluarga juga demi menjaga keharmonian  semua Athirah memutuskan utk meletak jawatan dan melanjutkan pelajaran ke luar negara tanpa pengetahuan Irfan juga keluarga.

Takdir mengatasi segalanya. Sudah tersurat mereka berdua memang tercipta utk bersama. Athirah akhirnya kembali dr pelariannya dan berkahwin dgn Irfan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2007 02:18 PM | Show all posts
Wah..rahsia hatiku ni blom kuar lagi kat Brunei...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 11:26 AM | Show all posts

Reply #1129 aprilsnow's post

ntah naper.. kalo alaf21...novelis baru ni... kureng sket nak masuk list
selalunya... ntah apa2 citer nyer
aku beli my feveret writer je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2007 11:44 AM | Show all posts

Reply #1132 EXLESSIA's post

terpulanglah, ikut citarasa masing2...xder paksaan sbb kuasa membeli di tangan pembaca
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 01:48 PM | Show all posts

Reply #1133 aprilsnow's post

stuju ngan ko kuc.....kdng2 kita teringin mencuba penulis yg berbeza, mana tau kita bleh jatuh cinta dengan hasil penulisan dia pastu bleh jadi fev writer plak
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 02:43 PM | Show all posts
novel kak pah yg baru best tak?
aku baru beli yg norhayati berahim pny tajuk hati yg luke...apa beza ngan hati yg terluka?
macam lain jer skit tajuk tu..
die kate kembali semula atas permintaan ramai...
aku beli skali ngan terima kasih kekasih...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 02:55 PM | Show all posts

Reply #1135 marchflower's post

ha'ah..haku pun ade ternmpk buku nie, cover hitam lak tu...takut cover jer lain march, isinya sama....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 02:57 PM | Show all posts

Reply #1136 aprilsnow's post

kalau same tak pe lah sbb merata march cari tak jumpe....
novel ape lagi yg best korang dah bace ek?
bagi idea jap...
march nak p beli la....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 08:43 PM | Show all posts

Reply #1137 marchflower's post

march, banyak lagi buku alaf21 yg baru. minah sempat balik kampung johor, dlm kekonon ziarah mak tok menyelam nyinggah angsana.. wah nengok sesak semacam aje kat kedai buku cemerlang. ada novelis alaf21 turun jb rupanya..
paling haru tu bila nengok byk buku baru alaf, ada buku baru eka fahara tajuk BELAIAN JIWA.. covernya ada gambar opera house kat sidney tu, terbang lah jugak duit beli buku.... dengar dengar ada lagi satu DAMBAAN BAHAGIA. ni aku nengok kat blog..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2007 07:40 AM | Show all posts

Reply #1138 minahleter's post

min, nanti ko abis baca 'belaian jiwa' ko review kat sini k.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2007 01:20 PM | Show all posts

Reply #1139 jujun's post

minah ni rajin membeli tapi nak baca lambatlah sikit.. tak pe tak pe nanti minah cuba baca pelan pelan.

ni ada lagi satu buku dari penulis Maria Alina... minah ambik dari laman web alaf... banyaknya buku baru..meriah sungguh, tak tahu mana satu nak sambar ... dan bila lah pulak nak selesai baca. Harga buku ni pun RM19.90


RAHSIA HATIKU merupakan novel terbaru daripada penulis yang baru mencipta nama di Alaf 21, Maria Alina kini sudah berada di pasaran.

Novel yang penuh suka duka seorang gadis yang ingin mengembalikan hubungan kekeluargaan yang keruh ini pasti menyayatkan hati anda. Iman Najwa cuba meraih kasih sayang nenek yang menilainya setaraf dengan sampah terbuang. Dia turut berhadapan dengan kemelut cinta tiga jejaka. Antara Alif Iskandar, Badrul dan Kamil merupakan jejaka yang paling rapat dengannya.

Antara kasih sayang, cinta dan persahabatan; antara ego, cemburu dan dendam; juga antara kesetiaan, kecurangan dan pengorbanan... merupakan permainan sandiwara dalam hidupnya. Mampukah dia mengotakan janji dan impiannya menjadi suatu kenyataan? Dapatkah dia memaut sekeping hati nenek yang keras bersalut kebencian itu. Siapakah jejaka yang bertuah bertakhta di hatinya?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2007 01:57 PM | Show all posts

Reply #1140 minahleter's post

pada pandangan ceduk cerita nie okey je, boleh la kalo x de ape nak dibaca.
terlampau banyak sangat kebetulan, org nie saudara ngan sinun, yg doktor pulak kebetulan pernah merawat hero dsb, berbelit-belit.
tapi x tau la citarasa masing2 ek .........
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2007 03:02 PM | Show all posts
Tak sabar nak tunggu kemunculan novel terbaru Aisya Sofea..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2007 03:09 PM | Show all posts
DAMBAAN BAHAGIA tu sape lak yang tulis
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2007 03:11 PM | Show all posts

Reply #1143 zubaidahmior's post

hah, ni pung dari web alaf... kak zubaidah boleh buat banyak pilihan sekarang nak beli novel alaf..kalo ada budget apa kata beli semua yg baru ni..lepas tu mai citer kat kami kat sini ni...

NOVEL TERBARU ALAF 21 BERTAJUK 'KUDAMBA BAHAGIA' KINI SUDAH BERADA DI PASARAN

SEORANG penulis baru, Dhiya Zafira kini muncul dengan novel sulungnya bertajuk Kudamba Bahagia' sedang menanti anda di kedai-kedai buku berhampiran anda.

Alia tidak pernah tahu apa itu cinta. Pertama kali bertentangan dengan Adnan Taufik, dia rasa gundah. Apa yang ada pada lelaki itu hingga mengganggu lenanya? Apakah benar wujudnya cinta pandang pertama? Dia sendiri meraguinya. Namun, dia terpaksa terima kenyataan. Cintanya berputik saat senyuman indah itu terukir buatnya.

Adnan Taufik tidak menyangka, mencintai alia akan mengheretnya ke lembah penderitaan. Entah mengapa, cinta yang lahir dari kesucian dan keikhlasan hati akhirnya terkubur juga. Sesungguhnya, cinta mereka tidak kuat untuk menahan gelombang yang melanda.

Bagi Alia, dia tidak mengerti mengapa tiba-tiba Adnan Taufik perdi dari sisinya. Sedangkan ketika itu dirinya dibaluti bahagia. Salah faham yang berlaku menyebabkan mereka menyimpan dendam yang bukan sedikit.


Tajuk: Kudamba Bahagia
Halaman: 492
Harga: RM18.00

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.123423 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list