Spageti Olio
Bahan-bahan:
400 gm spageti
1 kg udang sederhana besarnya
1 biji lemon, diperah dan ambil airnya
4 sudu besar hirisan parsli
1 sudu teh serbuk cili (flakes)
4 ulas bawang putih, diketuk
60 ml minyak makan
1 tin kecil bilis jeruk (anchovy fillets)
8 ulas bawang putih, dicencang
Garam secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Masak spageti dalam air mendidih, dibubuh sedikit garam dan minyak hingga lembut.
2. Gaul udang, jus lemon, parsli, cili, bawang putih (yang diketuk), minyak makan dan garam.
3. Panaskan kuali atas api sederhana, masukkan campuran udang.
4. Masak 3 minit atau hingga udang masak. Keluarkan udang dan bawang putih.
5. Perlahankan api, masukkan 60 ml minyak.
6. Bubuh bilis jeruk, bawang putih dan kacau hingga jeruk hancur.
7. Tuskan spageti, gaulkan dengan sos tadi.
8. Bubuh udang bergoreng dan kacau rata. Angkat dan taburkan parsli. |