|
suasana di stadium sultan muhamad ke IV setelah abis perlawanan Kelantan Vs Terengganu
![](http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/419891_109996759125412_16563771_n.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
KAFA 'pilihan' FAM
NAMPAK gayanya, Kelantan terus menjadi persatuan ‘pilihan’ Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk ‘menyumbang’ sumber kewangan kepada badan induk bola sepak negara itu.
Mana tidaknya, hampir setiap tahun Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berada dalam senarai pasukan yang dihukum oleh FAM atas kesalahan-kesalahan membabitkan faktor keselamatan.
Hukumannya bukan belasan ringgit Malaysia, tetapi puluhan ribu.Boleh dikatakan bahawa KAFA setakat ini, antara penyumbang sumber kewangan terbanyak kepada FAM menerusi denda yang dikenakan, hanya disebabkan kerenah penonton.
Sejak beberapa tahun lalu, FAM kecewa kerana setiap kali berlangsungnya perlawanan liga, stadium di semua negeri kosong, tetapi apabila penonton kembali membanjiri stadium, FAM pula yang mencari peluang untuk menghukum pasukan.
Penonton buat hal sikit, FAM ‘senyum’ kerana bagi mereka, pasukan terbabit pasti akan didenda.
Bila denda yang begitu tinggi nilainya dikenakan kepada pasukan terbabit, tidak mustahil selepas ini, stadium akan kembali kosong, dan peluang FAM untuk raih duit daripada denda, akan berkurangan.
Semalam, FAM sekali lagi menghukum KAFA dengan jumlah yang begitu besar iaitu RM62,500.
Selain itu, FAM juga memberi amaran kepada KAFA bahawa pasukan mereka bakal beraksi tanpa kehadiran penyokong sekiranya aspek keselamatan tidak diberi keutamaan.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Ednan Othman mengesahkan bahawa KAFA telah didenda dengan jumlah tersebut berdasarkan empat kesalahan ketika aksi perlawanan menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Sultan Muhammad IV pada 15 Januari lalu.
Ednan memberitahu, keputusan itu dibuat berdasarkan bukti serta laporan daripada pegawai pertandingan yang melibatkan isu keselamatan di Stadium Sultan Muhammad ke pada aksi Liga Super.
Jelasnya, KAFA didenda sebanyak RM20,000 atas kesalahan penyokong membaling mercun dalam stadium ketika perlawanan berlangsung.
“Bagi kesalahan kedua, KAFA didenda sebanyak RM2,500 ekoran kesalahan penonton membaling objek di luar padang serta kesalahan ketiga, penyokong membaling objek kepada penyokong-penyokong Johor DT yang menyebabkan KAFA didenda sebanyak RM20,000.
“Kesalahan keempat KAFA adalah gagal menyedia piawaian keselamatan yang lebih terjamin yang mana KAFA didenda sebanyak RM20,000.
“Hukuman tersebut adalah paling minimum dan KAFA tidak dibenarkan membuat rayuan, namun Kelantan tidak mengaku salah (atas pertuduhan itu).
“FAM menangguhkan (hukuman) seketika untuk menghukum KAFA beraksi tanpa kehadiran penyokong selepas menyaksikan kegagalan mereka berhubung dengan isu keselamatan.
“Begitupun, kami memberikan peluang kepada KAFA dan pihak kami akan menghantar pegawai-pegawai untuk menilai tahap keselamatan di Stadium Sultan Muhammad IV (bermula pada perlawanan menentang Perak pada 1 Mac depan).
“Jika masih gagal berbuat demikian, mereka bakal berdepan dengan hukuman beraksi tanpa penonton,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tatatertib FAM di Wisma FAM Kelana Jaya, semalam.
Pada mesyuarat tersebut, Ednan turut memutuskan bahawa Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar kecil) digantung dua tahun enam bulan selepas didapati bersalah melanggar Statut FAM iaitu Artikel 88.
Katanya, Shahidan yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Kewangan FAM dan AJK Bola Sepak Wanita didenda sebanyak RM38,000 di atas tiga kesalahan mempersoalkan kredibiliti FAM.
Selain itu, Shahidan turut didenda RM1,000 selepas didakwa menghina jawatankuasa tatatertib FAM apabila gagal membalas surat pertuduhan pada masa yang ditetapkan.
info : Kosmo
Hmmm...bab ambik duit laju jer FAM buat kerja..bab pembangunan bolasepak dah 28 tahun duk tang gak![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
![](http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/17651_477410345642044_666313772_n.jpg) ![](static/image/smiley/onion/thumb.gif)
Di Politeknik Kok Lanas sudah dilancarkan tabung bagi membantu KAFA. Harap nanti ada tabung yang akan disediakan di stadium SSMIV untuk penyokong-penyokong lain menderma. |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/521519_469516163102393_1810839590_n.jpg)
Last edited by cecurut on 21-2-2013 03:28 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
cecurut posted on 21-2-2013 03:24 PM ![](static/image/common/back.gif)
Di Politeknik Kok Lanas sudah dilancarkan tabung bagi membantu KAFA. Harap nanti ada tab ...
terbaek la...elok gak lancar tabung ni...selepah kira hantar yg tu kat FAM ![](static/image/smiley/onion/thumb.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
kecik82 posted on 21-2-2013 03:49 PM ![](static/image/common/back.gif)
terbaek la...elok gak lancar tabung ni...selepah kira hantar yg tu kat FAM
pok aji nobita telah bersuara ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
" Allah swt telah menggerakkan hati seorang lagi presiden Pb negeri utk mengkritik FAM..kalau sebelum ini kenyataan media hanya hal agak kecil spt prestasi HM dan hal bayaran pd pasukan negeri TAPI KALI INI LEBIH SERIUS DGN DAKWAAN PENGADIL FAM TIDAK BERMUTU DAN AMATUR..INI MELETAKKAN LIGA M DLM SITUASI TIDAK BERMUTU,TIDAK BERWIBAWA,DAN PENGENDALIAN PERLAWANAN YG TIDAK SEMPURNA.IA SATU LAGI KENYATAAN MEDIA YG BERPROFIL TINGGI DAN DI BUAT TANPA KEBENARAN KONGRESS...APA PULA AGAKNYA TINDAKAN JK DISIPLIN FAM...!! |
|
|
|
|
|
|
|
KAFA lakukan pemerikasaan awal stadium
![](http://www.theredwarriorsfc.com/main/images/gallery/News/21_2.jpg)
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang diwakili oleh Setiausaha Agongnya, Tuan Hj Azman Ibrahim, akan berada di Stadium Sultan Muhammad IV jam 10 pagi 21 Februari 2013 bagi meninjau persiapan menjelang perlawanan AFC 2013. Beliau akan disertai oleh Penolong Pengurus Pasukan, Wan Badri, Pegawai Media, Mohd Zuki dan pegawai-pegawai dari Perbadanan Stadium Kelantan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Secretleaf tawar hadiah meriahkan Piala AFC
KOTA BHARU, 20 Februari – Penaja pasukan Kelantan, Secretleaf International Sdn Bhd (Secretleaf) turut serta memeriahkan saingan Kelantan di peringkat Piala AFC musim ini dengan menganjurkan peraduan istimewa untuk pelanggan dan penyokong pasukan.
Ketika sidang media yang berlangsung di The Red Warriors Station @ KtC baru-baru ini, Pengarah Urusan Secretleaf, Amir Ramadzan Ibrahim berkata Peraduan Beli dan Bola yang dianjurakan dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bermula dari 15 Februari hingga 15 Mac akan datang.
Presiden KAFA, Tan Sri Hj Annuar Musa yang turut sama dalam sidang media berkenaan berkata, langkah penaja mengadakan peraduan yang melibatkan penyokong seperti yang dilakukan oleh Secretleaf adalah pendekatan kerjasama yang baik bagi faedah penyokong pasukan.![](http://www.theredwarriorsfc.com/main/images/gallery/News/3002.jpg)
Penyokong pasukan yang merupakan pengguna produk Secretleaf mungkin tidak pernah terfikir akan diterbangkan bersama pasukan ke Vietnam untuk menyaksikan sendiri perlawanan pasukan kesayangan mereka.
Peraduan ini menawarkan dua hadiah utama berupa tiket penerbangan, tiket perlawanan dan penginapan 3 hari 2 malam ke Danang Vietnam bersempena kejohanan Piala AFC 2013.
Hadiah lain berupa sebuah iPad Mini 16GB Wifi untuk pemenang kedua dan 10 hadiah saguhati berupa hamper produk Secretleaf bernilai RM300 setiap satu.
Peraduan akan berlangsung dari 15 Februari hingga 15 Mac. Borang serta syarat-syarat penyertaan boleh di dapati dari pejabat Secretleaf Cawangan Kota Bharu dan di Kafe The Red Warriors.
|
|
|
|
|
|
|
|
Padang bola sepak rumput tiruan di Kelantan
![](http://www.theredwarriorsfc.com/main/images/gallery/News/t12.jpg)
Alhamdulillah, dalam rundingan dengan KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN mengenai pembinaan stadium TRW yang baru. Kita juga diluluskan dua padang bola astro turf setiap satu bernilai RM2 juta dan akan dibina tahun ini juga. Satu di Panji, Kota Bharu dan satu lati di Akademi Red Warriors di Ketereh. Terima kasih KAFA ucapkan atas keprihatinan untuk kemajuan bola sepak Kelate kita.
|
|
|
|
|
|
|
|
![](http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/574653_514502018589134_1127029235_n.jpg)
akan di hantar ke wisma FAM kelak ![](static/image/smiley/default/laught16.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
cecurut posted on 21-2-2013 04:35 PM ![](static/image/common/back.gif)
akan di hantar ke wisma FAM kelak
kemah lagu nih make dale tu |
|
|
|
|
|
|
|
razzmat posted on 21-2-2013 04:56 PM ![](static/image/common/back.gif)
kemah lagu nih make dale tu
oh Tidak??? aku selalu kutuk mamat ni...![](static/image/smiley/grapeman/01.gif) ![](static/image/smiley/grapeman/09.gif)
Kelantan intai Ahmad Fakri?
Wartawan Sinar Harian
21 Februari 2013
Ahmad Fakri
PEMAIN kebangsaan yang kini beraksi di Portugal, Ahmad Fakri Saarani dikhabarkan sedang diintai Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk memperkuatkan pasukan juara treble itu mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Ahmad Fakri yang kini beraksi bersama Atletico Sport Clube Reguengos (Atletico SC) dalam Divisyen Tiga Portugal dikatakan berada dalam pemerhatian pihak pengurusan tertinggi Kafa untuk didaftarkan beraksi bersama The Red Warriors (TRW) tidak lama lagi.
Sumber dalaman Kafa memberitahu, nama Ahmad Fakri memang berada dalam perancangan untuk dibawa masuk menyertai kem Kelantan apabila jendela pendaftaran pemain dibuka pada 8 hingga 22 April ini.
“Namun segala-galanya bergantung pada rundingan antara pihak Kafa dengan wakil pemain berkenaan. Saya tidak boleh mengulas lebih lanjut kerana perbincangan tersebut melibatkan individu-individu tertentu sahaja,” katanya.
Malah kelibat Pengurus Peribadi Ahmad Fakri, Faisal Zakariah bersama ejen pemain Portugal yang berpangkalan di Singapura, Marco Guimaraes di Stadium Sultan Muhammad IV, malam kelmarin bagi menyaksikan pertemuan Kelantan menentang Terengganu memperkukuhkan lagi mengenai usaha Kelantan untuk mengikat pemain itu.
Difahamkan, Guimaraes mengadakan perbincangan tertutup dengan Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa di sebuah hotel sebelum berlepas pulang ke ibu negara, semalam.
Untuk rekod, saingan Divisyen Tiga Portugal akan berakhir, Mac sebelum musim baru bermula, Ogos nanti. Dan Ahmad Fakri dikatakan berminat kembali beraksi dalam liga negara setelah tidak terbabit perlawanan kompetitif bersama Atletico SC bagi tempoh yang panjang.
|
|
|
|
|
|
|
|
kecik82 posted on 21-2-2013 05:01 PM ![](static/image/common/back.gif)
oh Tidak??? aku selalu kutuk mamat ni...
Kelantan intai Ahmad Fakri?
Nengok rupo pun doh tahu le... apa le pok aji nobita ni weii main tibai beli jer ![](static/image/smiley/onion/pray.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|