CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
Post time 27-3-2014 04:06 PM | Show all posts
tahniah zack....
langkah pertama dh Berjaya...
langkah kedua.... jeng...jeng...jeng...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2014 04:37 PM | Show all posts
Menarik sunnguh... tak sabar nak tunggu endingnya...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2014 04:39 PM | Show all posts
we want more... we want more...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 10:32 AM | Show all posts
not bad, Zack..

da ad kemajuan.. huhuuhu

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 11:04 AM | Show all posts
lampi la zack ...

hehehe .... setelah sekian lama ambe tidak memunculkan diriiii ...

As salamualaikum everybodyyy

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2014 11:39 AM | Show all posts
zack ni.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-3-2014 08:48 AM | Show all posts
Salam uols,

@mizuki20 Selamat datang...

@fazss Thanks for reading


Sebelum sambung.... nak OT sikit.

Saya nak jual buku-buku berikut. Sila PM kalau berminat.



1) Sutera Bidadari - RAM
2) Versus - Hlovate
3) Bougainvillea - Packy Siddque
4) Perangkap Ajal - Zaer Rihaz
5) Jet & Jonah - Ika Madera
6) 13 Jam AE380 - Evelyn Rose
7) Bisik - Syaihan Syafiq
8) Koyak - Syaihan Syafiq
9) Katarsis - Anastasia Aemilia
10) Bayang - Nami Cobb Nobbler
11) Heroin - Amal Hamdan
12) Projek Memikat Suami - Hanina Abdullah
13) Sweet & Sour - Nasz


Mod @NaylaArisha. Kalau tak sesuwei nak iklankan kat sini iols delete... Last edited by Nicki_Meow on 31-3-2014 08:51 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2014 08:59 AM | Show all posts
hotmum posted on 28-3-2014 11:04 AM
lampi la zack ...

hehehe .... setelah sekian lama ambe tidak memunculkan diriiii ...

Hai orang kampung!

Pekabo? Lama tak nampak...busy sangat ke? Anak uols dah berapa orang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2014 09:08 AM | Show all posts
Episode 42

Aduh! Fail lah. Macam mana tak teringat pulak ni?

Zack menolak rambutnya ke atas. Nafas ditarik dalam. Lif semakin hampir menuju ke Ground Floor dan Zack meresah. Zareen disebelahnya hanya berwajah tenang seperti biasa. Senyum nipis sekali-sekala.

Macam mana nak cakap ni?

Zack keras mengerah otaknya supaya berfikir. Mahu tak mahu, dia perlu juga berterus-terang. Pastinya nampak janggal dan gagal di situ tapi, apa lagi yang boleh dibuat?

Nak ajak dating konon. Puik!

Nafas kasar dihembuskan dari bibir. Dalam keterujaan kerana berjaya mengajak Zareen keluar, dia terlupakan sesuatu.

Ya, dia terlupa. Hari ini dia memacu motorsikal ke tempat kerja. Jadi, nak dating macam mana? Takkanlah nak ajak Zareen naik motor pula?

Walaupun Zareen memakai suit dan seluar panjang pada hari ini, tapi untuk mengajak Zareen menaiki motorsikal memang tak kena. Lagipun, seumur hidupnya, dia tak pernah mengajak mana-mana perempuan membonceng motorsikal termasuk Liana walaupun Liana pernah berstatus awek. Yang pernah hanyalah Puan Mariah tapi Puan Mariah bukanlah awek. Dan Farizah…yang secara tak sengaja, menjadi pembonceng.

Pintu terbuka saat lif mencecah Ground Floor. Zack dan Zareen melangkah keluar.

“Cik Reen…” Dalam serba tak kena, Zack bersuara juga. Langkah terhenti. Zareen memandangnya dengan wajah tanda-tanya.

“Macam mana nak cakap ek?” Zack sengih kerang. Zareen mengangkat kening.

“Saya terlupa, saya tak drive kereta hari ni. Saya bawak motor. Jadi, err…macam tak sopanlah pulak kalau nak ajak Cik Reen naik motor dengan saya.”  Zack berkata setelah puas memikirkan ayat yang sepaling sesuai. Tak mungkin dia mahu mempelawa Zareen membonceng motorsikalnya. Dan dia juga sedar. Selepas ini, peratusan untuk mengajak Zareen keluar pastinya tinggal sifar.

“Next time ajelah Cik Reen, kita pergi beli kamera. Tak pun nanti, saya cari ajelah quotation..” Zack menyambung kata, pasrah. Peluang hilang begitu saja, sekelip mata. Oh, kejamnya dunia!

Failed! Gila failed!

Zareen menggelengkan kepala. Lantas, beg tangannnya di seluk. Kunci kereta miliknya dikeluarkan lalu dihulurkan kepada Zack. Zack terkebil-kebil.

“Naik kereta Cik Reen ke?”

Zareen angguk.

“Betul ni?”

Zareen angguk lagi.

“Cik Reen tak kisah ke?”

“Tak.” Zareen memberi jawapan pendek. Zack teragak-agak. Kunci ditangan Zareen dipandang saja.

“Awak tunggu apa?” Soal Zareen. “Tunggu saya tukar fikiran?”

“Tak…tak.” Zack mengggeleng pantas. Kunci di tangan Zareen dicapai. Senyuman disembunyikan dari bibir dengan rasa sedikit lega. Nampaknya, dunia tidaklah sekejam mana.

***
Last edited by Nicki_Meow on 31-3-2014 09:11 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2014 09:21 AM | Show all posts
Honda City biru milik Zareen membelah Lebuhraya Persekutuan. Zack memandu tenang sambil sesekali, mencuri pandang Zareen disebelahnya. Lagu di radio menjadi peneman perjalanan. Sekali-sekala, terbit perbualan santai antara mereka.

Zack seolah tak percaya kerana berjaya mengajak Zareen keluar walau dikaburi dengan alasan – urusan pejabat. Beli kamera untuk kegunaan pejabat, kira atas urusan pejabatlah…kan?

Tak kisahlah atas urusan apa sekalipun. Yang penting, Zareen bersetuju nak keluar dengan dia.   

“Midvalley?” Soal Zareen ketika Zack membelokkan kereta ke arah pusat membeli-belah Midvalley. Zack mengangguk sambil tersenyum.

Zack memilih parkir di bahagian C1. Dua pusingan, pantas mata Zack menangkap lampu reverse sedang menyala. Zack memberi memberi lampu isyarat arah kiri. Kereta terus diparkir apabila Vios putih meninggalkan tempat itu. Enjin dimatikan lalu mereka keluar dari kereta. Berjalan seiring masuk ke dalam MidValley.

“Kedai mana yang kita nak pergi sebenarnya ni?” Zareen menyoal lagi saat mereka berada di atas travelator.

“Kedai Danny.” Jawab Zack. “Danny ada dua kedai. Yang kat Midvalley ni kedai kamera. Lagi satu, dekat Jalan Chan Sow Lin. Yang tu, lebih pada studio….” Terang Zack.

“Oh..kedai Danny.” Balas Zareen. “Leceh sangat ke nak mintak quotation pada Danny?” Zareen menembak soalan lagi.

“Taklah leceh mana pun.”

“Habis tu, kenapa awak beriya sangat ajak saya keluar beli kamera? Mintak ajelah quotation pada Danny…”

“Memang saya saja nak cari alasan, ajak awak keluar…”  Zack menjawab tanpa memandang Zareen, hanya menjeling Zareen melalui ekor mata. Kelihatan Zareen seperti tergamam mendengar jawapannya tadi. Zack senyum sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2014 09:37 AM | Show all posts
Zack berjalan dengan kelajuan sederhana, membiarkan Zareen menyaingi langkahnya menuju ke bahagian tengah pusat beli-belah, terus ke tingkat satu. Dia sudah beberapa kali mengunjungi kedai Danny. Malah, sekiranya ada rakan-rakannya mahu membeli kamera atau apa jua barang yang berkaitan, maka Zack dengan senang hati merujuk Danny kepada mereka. Mudah berurusan dengan orang yang sudah dikenali.

Melangkah masuk ke dalam kedai, segera Zack terpandangkan Danny yang sedang duduk di balik kaunter, memerhatikan sesuatu di skrin komputer riba.

“Danny.” Sapa Zack lalu mengangkat tangan.

“Halo boss…” Danny membalas sapaan dengan senyuman. Zack dan Zareen dipandang bergilir-gilir.

“Halo…” Danny menyapa Zareen pula.

“Hi Danny.” Zareen senyum.

“Okay…so. Apa brand you mau?” Danny pantas menembak soalan, sudah sedia maklum akan tujuan kedatangan Zack ke sini. Zack sudah menghubunginya lebih awal tadi.

“You kasi rekomenlah. Janji best price…” Balas Zack.

“Harga you tak payah takut ma. Mesti best price punya aku bagi…” Ujar Danny. “You suka apa brand?

Zack terfikir-fikir. Dia sudah mempunyai kamera peribadi berjenama Canon EOS D100. Kali ini, terasa ingin bertukar angin pula. Jenama Nikon bermain difikiran.

“Nikon.” Pantas Zack menjawab. Menjeling sebentar Zareen disebelah. Almaklumlah, kamera itu bukan dia yang akan membayarnya. Tambahan pula, bajet beli kamera pun dia tak tahu. Kalau terlebih bajet nanti, susah pula.

“Nikon…boleh. You ambil D3100 pun sudah okay ma…” Sambung Danny. “Atau you mau Canon…”

Dua buah kamera dikeluarkan Danny lalu diletakkan di atas kaunter. Perbualan diantara Danny dan Zack mula bertukar rentak, menjadi lebih serius. Danny yang sememangnya arif dalam hal kamera dan juga seorang jurugambar profesional, memberi penerangan secara menyeluruh tentang fungsi dan kelebihan diantara kedua jenis kamera itu. Zack, tekun mendengar sementelah kamera dan fotografi adalah minatnya. Cuma, masa saja kurang ada untuk menjadikan minatnya itu kepada sesuatu yang lebih realiti.

Selama ini, Zack memang menyimpan hasrat untuk membuka perniagaan sendiri yang ada kena-mengena dengan grafik dan fotografi. Sekarang inipun, dia mencari pendapatan sampingan dengan membuat rekaan kad jemputan dan pelbagai. Dari kad jemputan kahwin hingga ke rekaan cetakan T-Shirt, dia mengusahakannya bersama Fitz atau nama sebenarnya Hafiz, rakan sekuliah semasa di UiTM Melaka dulu. Last edited by Nicki_Meow on 2-4-2014 10:59 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2014 09:42 AM | Show all posts
“So, macam mana? You suka mana satu?” Danny bertanya setelah habis penerangan diberikan.

“Itu, you kena tanya sama I punya Boss…dia yang bayar.” Jawab Zack. Tangannya membelek-belek Nikon D3100, sebagai satu hint kepada Zareen, yang dia lebih berkenan dengan jenama itu. Dia yakin, jenama pilihannya tidak akan melebihi bajet yang ditetapkan.

Perrghhh. Pilih macam beli kamera sendiri. Padahal, company punya.

“Boss, you suka yang mana?” Soalan Danny terarah pula kepada Zareen. Zareen senyum. Semenjak tadi, dia hanya mendengar tekun perbualan dan perbincangan diantara Danny dan Zack, tidak menyampuk walau sepatah kata. Dia memang tidak arif tentang kamera. Bagi Zareen, kedua-dua kamera itu ada  kelebihannya. Lagipun, bukan dia yang akan menggunakannya nanti, tapi Zack atau mungkin, Joe Zulkifli. Jenama apa yang akan dibeli, semuanya bergantung kepada harga.

Dan Zareen perlu menggunakan kepakarannya menawar harga termurah.

“Best price?” Zareen senyum. Danny turut tersenyum. Sudah biasa berurusan dengan pelanggan, maksud Zareen mudah difahami.

“Don’t worry, boss. I kasi you best price punya.” Danny terus menyebut harga kedua-dua jenama kamera.

“Tak ada diskaun lagi ke, Danny?” Zareen bersuara, menelah tuah. Manalah tahu, Danny mahu menurunkan harga lagi.

“Boss, ini I cakap sama you betul-betul punya. I jual best price sama you. Lain punya shop aaa, tak ada ini price. Kamera campur all the accessories aaa, sudah murah ler... I bagi…” Jawab Danny, penuh keyakinan.

Zareen terangguk-angguk. Menimbang tara di antara dua jenama kamera.

“Macam mana Cik Reen?” Soal Zack. Tangannya masih memegang Nikon D3100. Lensa kamera dihala kepada Zareen dan tanpa meminta kebenaran, gambar Zareen ditangkap dengan sengaja.

“Zack, stop.” Zareen langsung memberi amaran, tidak mahu gambarnya diambil lagi. Amaran Zareen bagaimanapun, tidak diendahkan. Beberapa keping gambar Zareen, Zack tangkap lagi.

“Zack!” Suara Zareen meninggi sedikit.

“Sorry, cannot resist.” Ujar Zack dalam senyuman. “It’s my habit. Saya memang suka ambil gambar yang memikat hati saya…”     

Zareen terdiam dan kemudian, menggelengkan kepala.

“So, Cik Reen setuju nak beli yang mana satu?”

Zareen masih diam. Harga kedua-dua kamera lebih kurang sama. Berbeza beberapa puluh ringgit sahaja.

“If you ask me, saya lebih suka yang ini.” Zack menyambung kata sambil menunjukkan kamera di tangan.

“Kenapa awak pilih yang tu?” Soal Zareen.

“Sebab, gambar awak dah ada dalam ni…”

Zareen memutarkan biji mata. “Zack…boleh tak awak…”

Zack menghala lagi kamera ke arah Zareen.

Klik!

Last edited by Nicki_Meow on 31-3-2014 11:45 AM

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 10:02 AM | Show all posts
Nicki_Meow  .. thanks coz dah sambung balik.. cumanya i luv if zack stay with kate hikhikhik hopefully ending dia sesuatu yg menyeronokan
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 10:30 AM | Show all posts
Gatai jugk zack nih
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 10:43 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 31-3-2014 08:48 AM
Salam uols,

@mizuki20 Selamat datang...  

terima kasih Nicki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2014 10:48 AM | Show all posts
azahianas posted on 31-3-2014 10:02 AM
Nicki_Meow  .. thanks  coz dah sambung balik.. cumanya i luv if zack stay with kate hikhikhik hope ...



Zack dengan Kate eh? Tengoklah kot ada FA Undi masuk Kate.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2014 10:50 AM | Show all posts
sarizu posted on 31-3-2014 10:30 AM
Gatai jugk zack nih

Ala-ala romeo, tapi tak berapa nak menjadik gitu kan....

Nak kena menuntut ilmu romeo lebih sket....




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2014 11:04 AM | Show all posts
“Zack!” Zareen tidak meneruskan ayat. Zack senyum sambil mengangkat kening sekali.

“Fine.” Suara Zareen mendatar memberi persetujuan. Zack senyum lagi. Kamera di tangan diletakkan kembali di atas kaunter untuk Danny memasukkannya dalam kotak.

“Tolong delete gambar saya dalam tu…” Zareen bersuara perlahan disebelah Zack, sambil menunggu untuk membuat bayaran.

“Tengoklah macam mana…” Balas Zack, menyembunyikan senyum.

Setelah habis urusan di kedai Danny, Zack memujuk Zareen untuk makan tengahari dulu. Perutnya sudah lapar minta diisi di samping mahu memanjangkan masa berdua dengan Zareen. Zareen menolak, memberi alasan bahawa masa makan tengahari sudah tamat sepuluh minit yang lalu. Mereka perlu segera kembali ke pejabat.

“Rileklah Cik Reen. Makan dulu. Lapar…”

“Kita kena balik office sekarang…” Zareen menolak pantas. Zack menggelengkan kepala.

“Cik Reen, saya dah kerja lama kat hotel tu. Bukannya saya tak tahu prosedur office. Kita ada masa tiga jam untuk keluar atas urusan pejabat.”

“Urusan pejabat?” Balas Zareen. "Urusan pejabat apanya?"

“Kita keluar beli kamera untuk office use. That can be consider, urusan pejabat. Betul tak?” Alasan kurang bernas tetapi masih boleh diguna-pakai. Lantaklah. Bernas tak bernas, belakang kira.

Zareen mendiamkan diri. Nampak benar wajahnya tidak bersetuju untuk berada di sini lebih lama.

“Kalau Cik Reen nak balik dulu, pergilah." Zack menyambung kata. "Tapi..." Zack senyum nakal. "Cik Reen kena ingat, kunci kereta Cik Reen...ada pada saya…” Kunci kereta ditayang depan Zareen.

“Zack.” Zareen mula geram. Sikap tenangnya luntur setiap kali melayan kerenah Zack.

“Saya memang tak ada pilihan…kan? Terpaksalah saya teman awak makan..” Zareen bersuara, sedikit meninggi. Nak balik ke pejabat naik apa kalau begini? Teksi? Terniat di hati mahu merampas kunci di tangan Zack tetapi, terlalu berdrama pula nanti.

“Sebenarnya...awak ada pilihan.” Zack berkata.” Awak boleh pilih untuk balik dulu, tinggalkan saya kat sini. Kalau GM tanya, tolong jawab yang saya keluar atas urusan pejabat.”

Kening Zareen terangkat.

“Ataupun, kita boleh pergi makan dulu. Baru balik office.” Zack memandang Zareen, menantikan jawapan. “What say you?” Kunci kereta masih kekal ditayang depan Zareen.

“Zack...” Zareen melepas nafas perlahan. “Awak ni…”

Zack senyum. “Saya rasa, saya tahu pilihan awak yang mana satu…” Kunci kereta disimpan kembali dalam poket seluar sebelah kiri.

“Jom..” Ajak Zack.

“Nak makan kat mana?” Zareen bertanya.

“Nasi ayam? Atau Cik Reen prefer tempat lain?”

Zareen mengangguk saja tanda tiada bantahan.

***
Last edited by Nicki_Meow on 31-3-2014 01:43 PM

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 11:06 AM | Show all posts
lomantiknye zack
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 11:14 AM | Show all posts
Lupa nk bgtau...Vios putihhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.118742 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list