CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

   Close [Copy link]
Post time 9-12-2010 09:01 PM | Show all posts
Reply 1029# sang_arjuna


    nasib baik! ingat dia nak buat cik pai ayam bini kedua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2010 09:06 PM | Show all posts
takyah nak teka teki teka tekuk
sang_arjuna Post at 9-12-2010 15:56



   betul betul betul
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 09:09 PM | Show all posts
Reply 1037# sang_arjuna


    jangan le jadikan jangan le jadikan jangan le jadikan

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 11:22 PM | Show all posts
kalau e novel smiley aka sang arjuna... kalau habis sebelum 6 bulan kira baik dah tu.
sbb pen ...
sang_arjuna Post at 9-12-2010 15:55

hehhehe
tapi suka la baca, dh dua tahun stop beli novel  sbb penulis yg  diminat xaktif kuar novel baru
ni e novel first baca (sebelum ni xmo baca novel online sbb x sangup berpinau bijik mata plus xleh baca sambil tonggang tonggeng)
dahlia jgn rambang2 mata lagi.. amek je amir tuhh parid dh tak teruna!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 11:24 PM | Show all posts
Reply  midar

kalau sempat malam kang ada n3
sang_arjuna Post at 9-12-2010 16:21



    sempat sempat sempat..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 11:41 PM | Show all posts
Reply 1036# sang_arjuna


Hah..hah.. Sue tergelak baca entri2 Smiley niih.... macam2 'analogy' yg Smiley buat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-12-2010 11:52 PM | Show all posts
ooo abang upanya.....
huhuhu nak gi jupe dahlia ker....
jauhkan..jauhkan
iwimz Post at 9-12-2010 17:50


susah nak jauhkan
KK tu kecil je
kaypo pun jumpa derang kot nanti
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 11:53 PM | Show all posts
Reply 1026# sang_arjuna


Haa.... tahun 60an...  If your mom kept maid in the 60s..years back then..... You must be somebody's daughter..  
(Anak mak& ayah lah..heh..heh.. )

By the way, you do have wonderful writings here.. keep it up... Thumbs upp!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2010 11:54 PM | Show all posts
Reply 1044# lepapilon
siapa penulis yg lepapilon minat tu?
ma lee chuswan ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2010 11:58 PM | Show all posts
Dahlia menyelusuri rak di Pasaraya Bintang mencari stok barang  dapur yang  sudah kehabisan. Hatinya masih berkira sama ada nak buat karipap yang di pesan. Aah… buat sajalah. Kalau Cikgu Amir tak ambil aku hantar ke rumah jiran dan ke masjid. Mesti habis punya, dapat pahala lagi. Sedang tangannya mencapai tepung dan majerin, telinganya menangkap suara lelaki dari celah rak.

“ I’m still in KK. I baru jumpa Mir tadi.”

Diam

“ Nampak okay tapi I tak tau lah macam mana dia boleh tinggal di sini. Dah lah bandar ni boring, rumah dia kecil pula tu. Kalau I jadi dia tak sampai sebulan I dah cabut balik KL. ”

Diam

“ Ya.. I tahu. Dia masih marah dengan Mummy pasal pisahkan dia dengan Sarah. Jenuh I nak pujuk dia suruh balik jumpa Mummy. One of the reasons dia tak nak balik sebab dia takut kita perangkap dia lagi. Balik rumah saja ada tok kadi dengan pengantin perempuan. Mana tak trauma. Sampai I kena sumpah yang benda macam tu takkan jadi lagi.”

Very interesting, detik hati Dahlia. Walaupun aku tak tahu hujung pangkal kisah keluarga si empunya suara. Cerita seterusnya tenggelam bila suara dari intercom mengumumkan harga istimewa barangan di pasaraya. Sebaik pengumuman tamat, Dahlia memasang telinga semula.

“ I tak balik malam ni. I have to meet someone”


“ Tak.. tak bukan perempuan lah. Sayang, stop being paranoid. I nak jumpa my ex Malay College friend. I’ll see you tomorrow. Take care of Mummy. Bye”

Suara itu macam pernah aku dengar. Tapi di mana? Hai… kepochinya aku. Cepat nya aku terjangkit perangai Mak Bedah kampung. Macam tak ada kerja lain yang lebih bermanafaat. Dahlia terus menuju ke bahagian makanan beku untuk mendapatkan daging kisar. Ubi kentang masih banyak di rumah. Dia menyemak semula barangan yang telah di letak dalam bakul agar tak ada yang tertinggal. Orait… semua cukup. Langkah di atur pantas menuju kaunter bayaran. Cuaca makin redup. Tempat parkirnya agak jauh. Dia melepas pandang ke luar pintu utama pasaraya. Sebuah Porsche Cayenne warna hitam terpakir di depan. Kereta mewah model ini jarang di lihat di pekan KK. Takkan keluarga di raja datang beli barang dapur kot.

“ RM 39.30, kak” Suara juruwang mengejutnya. Dahlia terkial kial mengambil wallet dari beg.

“ Biar saya bayar. Dunhill satu, dik” Dahlia mengangkat muka. Lelaki yang berdiri rapat di sisinya menghulurkan not RM50 ringgit. Mata Dahlia membulat melihat Datuk Azmi sedang tersenyum lebar.

“ Jangan Datuk. Biar saya bayar sendiri” Inilah rupanya tuan empunya suara tadi. Patutlah macam pernah aku dengar.  Duit RM 50 sudah bertukar tangan. Dahlia  rasa bersalah.

“ Its okay. Saya ikhlas. Bukannya mahal pun. “  tukas Datuk Azmi. Kotak rokok di letak dalam poket seluar. “ Here, let me carry that for you.”

Adoyai… bukan saja dia nak jadi sponsor karipap, tapi sanggup jadi balaci aku. Baik bebenor Datuk Azmi ni. Takut pula termakan budi. Dahlia cepat mencapai beg plastik.

“ Tak payah Datuk. I can manage. Terimakasih  sebab tolong bayarkan.” Dahlia bergegas keluar. Rintik hujan mula menyapa bumi.

“ Dahlia, sebenarnya I datang KK  sebab ada benda penting nak cakap dengan you. Can we go somewhere for a drink?” Datuk Azmi memegang lengan Dahlia. Pembuluh darah Dahlia mula menyempit. Apa dia ingat Islam memberi kelonggaran  untuk pegang perempuan bukan muhrim setelah bermusafir lebih dua marhalah? Setahu aku yang di bolehkan cuma menqasar dan jamak sembahyang.  Dahlia menarik tangannya. Ulat bulu dah naik daun.

“ Sorry Datuk. Saya kena balik sekarang. Nanti tak sempat masak untuk dinner. Bapa saya kena makan right on time” Suaranya tegas. Kakinya melangkah pantas ke arah kereta.

“ Dahlia, tunggu kejap. I ada something untuk you dari Puan Sri. Lagipun I nak bagi duit bonus yang Perkasa baru declare untuk semua staf. You pun dapat pro rata.  Boleh I ikut you ke rumah? Lagi selamat kalau I bagi duit you kat sana. ”

Bonus? Ada something dari Puan Sri? Hatinya mula berbelah bagi. Siapa tak nak duit? Tapi mampus lah aku kena leter dengan Babah kalau aku bawa Datuk ini balik. Pulak tu , dia bawa kereta  yang jauh lebih mahal dari sebiji rumah kat kawasan aku. Mesti leher Usu dan jiran lain macam zirafah menjenguk dari belakang jendela tingkap masing masing. Sah , besok aku akan jadi berita muka depan.

“ Dahlia, takkan I nak datang rumah pun you tak kasi? I datang dari jauh ni”

Rintik hujan yang makin kasar mempercepatkan  Dahlia membuat keputusan. Mata Datuk Azmi sudah galak menilik bahagian yang tidak sepatutnya bila baju putih yang di pakai mula melekap ke tubuh. Dia cepat membolos masuk ke dalam Myvi.

“ Jemputlah datang tapi selepas Isya’, ya. Saya dengan bapa saya nak pergi masjid. ” Pintu kereta di tutup. Aku perlu masa untuk bagi briefing pada bapa tersayang. Babah masih tak puas hati sebab aku belum bagi kata putus pada keluarga Farid. Jangan pula dia salah sangka  aku ada skandal dengan Datuk Playboya ini.

Kereta nya meluncur meninggalkan Datuk Azmi. Alamak, aku terlupa bagi alamat rumah aku. Pandai pandai lah dia cari. Kalau ada rezeki aku untuk dapat bonus, sampailah dia nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 12:01 AM | Show all posts
tambah lagi satu buaya yg nak dekat cik pai ayam...
cikgu amir kena bertindak dgn super duper pantas..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 12:03 AM | Show all posts
Reply  lepapilon
siapa penulis yg lepapilon minat tu?
ma lee chuswan ke?
sang_arjuna Post at 9-12-2010 23:54


ma lee chuswan tu penah dgr nama dia tapi tak penah baca
samsiah mad noor (dia mcm dah beraleh ke penulisan sastera2 je )
abdul rahim awang
ramli awg murshd
matt romeo
** suka follow pelulis yg nama ala2 kampong ja.. yg nama vogeh2 x brani nak beli
ikut cite kaka smiley ni pon sbb tajuk dia bunyi kampong2 sket
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 12:13 AM | Show all posts
wah.. another buaya is coming....
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 12:19 AM | Show all posts
saingan terdekat amir hehhe
btl la prasangka amir sblm nih DNA sama mesti terpaut pd 'benda' yg sm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2010 12:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 10-12-2010 00:26

“ Jemput minum Datuk” pelawa Hj Zul.

Datuk Azmi meneguk kopi panas yang di hidangkan. Syak wasangka bermain di hati Hj Zul. Kata hatinya  ada sesuatu yang pelik bila bekas boss anaknya bertandang ke rumah. Dahlia cuma pegawai biasa di tempat kerja lama nya, mana mungkin dia bekerja rapat dengan CEO syarikat. Tapi dia menyembunyikan keresahan. Sudah menjadi adat orang Melayu. Tetamu mesti di layan dengan baik.

“ Sedap kopinya. Kek yang Dahlia selalu buat pun sedap sedap. Untung Uncle dapat anak yang pandai masak.” Puji Datuk Azmi.

Uncle? Panggilan Abang lebih sesuai untuk Babah. Dahlia menyembunyikan senyum. Perasan muda agaknya Datuk ni. Tak sedarkah yang rambut dia pun dah mula beruban di pelipis.

“ Sedap kah? Boleh lah. Dia ikut arwah mak dia. Suka masak” Balas Hj Zul.

Dahlia cuma senyum nipis mendengar pujian bapanya. Get to the point lah Datuk. Mana duit aku? Matanya menjeling pada beg berlogo Melium Group warna silver. Apa ada di dalamnya?

“ Oh begitu. Mana anak  Uncle yang lain? Uncle dan isteri memang asal dari Kuala Kangsar kah?” Riak wajah Datuk Azmi macam teruja sangat nak mendengar salasilah keluarga Dahlia.

“ Kakak Dahlia di Amerika ikut suami buat Phd. Adik dia ,my only son, di Mesir belajar Medic. Kita memang asal orang sini tapi saya dengan isteri bekerja di KL. Lepas pencen baru kami balik semula ke KK.” Jelas Hj Zul. Tak kuasa aku nak ber uncle uncle dengan orang yang tak berapa nak muda ni. Kalau Farid panggil aku Uncle memanglah logik. Bila teringatkan Farid yang selalu menelefon bertanya khabar, rasa resah kembali melanda. Toyota Vios mana boleh challenge Porsche Cayenne. Tapi takkanlah anak aku ada apa apa dengan boss dia. Tak perlu tanya pun aku tahu yang Datuk Azmi sudah beristeri. Apakah Dahlia sanggup jadi perampas? Ya Allah! Mana aku nak letak muka  kalau ianya benar berlaku.

“ Oooh , I see. Sunyilah Uncle kalau Dahlia tak ada.” Komen Datuk Azmi

Tiada reaksi dari Dahlia mahupun Hj Zul. Datuk Azmi berdehem.

“ Oh ya, terlupa pula. Dahlia, ini hadiah dari mak I. Hope you like it. I pun tak tahu apa yang dia beli.” Datuk Azmi menyerahkan beg kertas berwarna silver pada Dahlia.

Dahlia menelan airliur bila melihat isi nya. Walauwei , beg kulit jenama Aigner warna kelabu pekat . Busuk busuk pun mesti seribu dua. Tapi membeli beg harga seribu lebih bagi Puan Sri Sabihah sama seperti beli aiskrim  untuk orang biasa. Apapun aku cukup gumbiraaaaa! Kalau nak beli dengan gaji sendiri, entah bila lah aku mampu. Tak sia sia aku mengadap buku resipi cupcake. Berbaloi baloi hasilnya.

“ Cantiknya beg ni.  I really like it. Please say thank you to Puan Sri.” Dahlia menyimpan semula beg ke dalam dustbag.   Hj Zul memerhati dengan sinis. Sampai emak dia pun dah suka Dahlia. Ini sudah kes serius.

Datuk Azmi menyeluk poket kemeja dan mengambil sekeping cek.

“ Ini cek bonus Dahlia. Performance appraisal awak bagus. You achieved your KPI. Uncle, Dahlia pekerja cemerlang di Perkasa Holdings”

“ That’s good” balas Hj Zul tanpa emosi.

“ Terimakasih Datuk. Tak payahlah nak puji saya. Saya cuma buat kerja yang di suruh. ” Dahlia melipat cek yang di beri sambil tersenyum lebar. Jumlah empat bulan gajinya tolak EPF dan cukai. Lumayan beb. Syukur Alhamdulillah.

“ Er…Datuk nak kopi lagi?” Dahlia mempelawa. Jam dah menunjukkan hampir pukul 10.30.  Hj Zul makin resah. Tak ada adab kah Datuk ni. Datang bertandang sampai lewat malam. Selagi dia tak balik aku tak boleh tidur. Jangan bagi peluang dia berduaan dengan Dahlia. Modus operandi lelaki matang ini mudah mencairkan gadis muda.

Datuk Azmi menggeleng. “ Terimakasih Uncle. Saya tak boleh minum banyak sangat kopi, nanti susah  tidur.  Sebenarnya saya datang ni ada hajat.”

Jantung Hj Zul dan Dahlia sama sama melompat macam peserta synchronised diving, melantun dari paksi.

“ HAJAT?” Mereka bersuara senada. Mata Hj Zul yang tadi mengantuk terus celik. Muka Dahlia keruh. Dah penat aku dengar perkataan hajat . Berapa banyak hajat aku kena tunaikan? Hajat Farid untuk berkahwin dengan aku, hajat Cikgu Amir supaya aku buat karipap.  Kali ini hajat apa pula?

“ Begini Uncle, mak saya Puan Sri Sabihah tak berapa sihat. Dia rindu kat Dahlia. Dulu masa Dahlia di KL, dia selalu buatkan  kek untuk keluarga kami. Uncle, boleh tak kalau saya bawa Dahlia ke KL sehari dua. Mak saya teringin nak jumpa dia.”

Jantung Hj Zul kembali mengepam darah pada kadar normal. Fuhh… nasib baik lah dia tak minta nak jadi menantu aku. Silap haribulan Dahlia jadi anak yatim piatu. Hj Zul mengurut dada.

“ Susahlah nak pergi , Datuk. Kedai buku tak ada orang nak jaga. Pembantu saya tu baru seminggu bekerja. Saya tak konfiden nak tinggal dia seorang diri.” Dahlia memberi alasan. Bukan aku tak nak ke KL. Rindu ku pada KLCC, Bukit Bintang dan Midvalley membuak buak. Tapi kalau aku pergi, aku terpaksa menurut titah perintah Puan Sri Sabihah. Alamatnya aku kena mengadap tepung, gula , mentega dan telur. Lagipun aku nak tinggal di mana? Sya dengan Wawa dah ada housemate baru.

“ Maaf Datuk. Bukan saya tak nak benarkan Dahlia pergi. Tapi anak saya nak bertunang tak lama lagi. Banyak persiapan kena buat” Puas hati Hj Zul bila muka Datuk Azmi berubah. Ada hati nak mengorat anak aku, ya.

Datuk Azmi mengurut dagu. Nampak gayanya penat jerih aku tak membuahkan hasil kali ini. Tak mengapalah. You win some, you lose some. Ramai lagi perempuan yang menanti. Lagipun Dahlia gadis yang baik. Spesis terpelihara yang sesuai untuk di peristerikan, bukan di buat stok geli geli. Kalau dia belum ada calon, aku boleh kenalkan dia dengan Amir. Rasanya Amir mesti berkenan. Citarasa kita ada persamaan. Tapi sayang, dah terlambat.

Ewah.. ewah. Pandai pandai saja Babah buat cerita aku nak tunang, desis Dahlia. Namun dia mendiamkan diri. Lebih selamat.

“ Congrats Dahlia. Tapi you tak nak ke turun KL sekejap?  Boleh cari barang hantaran dan pakaian untuk majlis pertunangan nanti.  Di KL ada banyak choice. Apa kata you ajak bakal tunang you sekali. Uncle pun ikutlah sama. Pasal tempat tinggal jangan risau. Saya ada kondo yang kosong. Kesian mak I. Dia nak sangat jumpa Dahlia. ”

“ Macam mana Babah?” Dahlia memandang Hj Zul. Buat pertama kali malam itu, wajah Hj Zul nampak tenang.

“ Bagus juga cadangan Datuk.  Biar saya bincang dengan tunang Dahlia. Dia kerja bank, bukan senang nak cuti.  Macam ni lah, nanti saya telefon Datuk bila kita nak pergi.”

Datuk Azmi mengangguk lalu bangun dari sofa.“  Baiklah Uncle. Dahlia, harap harap you dapat datang segera. Jangan hampakan hajat my mother. Saya minta diri dulu. Thanks for the lovely coffee.”
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 12:35 AM | Show all posts
blh plak datuk azmi beruncle2 bagai ngan cikgu zul....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2010 12:48 AM | Show all posts
gelinyahh baca gaya datok azmi ni ckp dengan cikgu zul kihkih sukanya kak smiley letak entry baru tq tq hihi
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 01:28 AM | Show all posts
thanxxx...

heee suke2
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 02:42 AM | Show all posts
yeay
itu je ke mlm ni
jenguk haris ngan zakia plk
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 02:44 AM | Show all posts
silap besor la tok, org tua mcm cikgu zul tu semestinya teror bab membaca niat udang sebalik mee udang kamu tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.253176 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list