|
All about Nora Danish versi 14 [BAHAYANYA WANITA 20/8 - 24/8 DI ISTANA BUDAYA]
[Copy link]
|
|
Spain uolllllsssssssss! |
|
|
|
|
|
|
|
ida88 posted on 17-8-2014 01:15 PM
Spain uolllllsssssssss!
yapp...x saba nak tgk mlm ni uollss !!!
Mohon TT @cikanggun ...update tajok utk peringatan mane2 yg menunggu drama ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
yes update nnt ek..pukul bepa citer spain mula... |
|
|
|
|
|
|
|
ikanmasin posted on 17-8-2014 01:47 PM
yes update nnt ek..pukul bepa citer spain mula...
mlm ni...pkol 9 kalo x silap...tv3. |
|
|
|
|
|
|
|
murasaki posted on 17-8-2014 01:01 PM
cc: @ujio
oh cool..
thanks yang...
|
|
|
|
|
|
|
|
Oleh Rudy Imran Shamsudin
Segar di Singapura
Hampir setahun usaha membawa pementasan Bahayanya Wanita ke Singapura, akhirnya visi menjadi nyata apabila mula dipentaskan di The Star Performing Arts Centre, malam tadi.
Sambutan cukup menggalakkan apabila jualan tiket habis sebelum tarikh pementasan. Persiapan rapi juga dilakukan sebelum menyeberangi Tambak Johor, Rabu lalu dengan latihan giat di Istana Budaya (IB).
Banyak perubahan jalan cerita dilakukan bagi memberi kelainan. Bagi memantapkan lagi corak persembahan, beberapa wajah baru turut ditampilkan sebagai pelakon utama.
Raja Ema dan Neelofa antara wajah baru dalam pementasan kali ini bersama pelakon asal, Nora Danish, Erra Fazira, Zizan Razak dan Datin Seri Umie Aida. Malah pelakon dan pengacara popular Singapura juga turut terbabit.
Selebriti Metro Ahad berpeluang meninjau sesi latihan Bahayanya Wanita sebelum mereka ke Singapura. Pengarahnya, Erma Fatima meluahkan rasa lega apabila berjaya dipentaskan di Singapura selepas lebih setahun usaha itu tertangguh.
Kata Erma, 45, tawaran membawa Bahayanya Wanita ke Singapura datang ketika ia dipentaskan di Istana Budaya pada Disember 2012. Sudah tentu dia berbesar hati apabila karya dihasilkan ditagih peminat di Singapura.
“Pada peringkat awal, ia mahu dihasil­kan dalam skala besar terutama membabitkan teknikal tetapi penganjur berhadapan masalah membawanya ke sana.
“Pelakon bukan masalah utama tetapi set dan teknikal. Tenaga kerja juga perlu difikirkan apatah lagi Bahayanya Wanita mempunyai babak besar terutama membabitkan Kampung Mak Janda.
“Hampir enam bulan tawaran itu senyap, produser di Singapura datang lagi kepada saya dan menyatakan persetujuan untuk menepati syarat yang saya berikan bagi mementaskan Bahayanya Wanita di Singapura.
“Saya berbesar hati dan bertuah kerana penganjur berani mengambil risiko dan mahu mementaskannya. Saya melakukan banyak perubahan untuk memberi kelainan supaya penonton di Singapura menonton karya segar berbeza ketika di IB dulu,” katanya.
Mengenai perubahan jalan cerita, Erma menafikan ia dilakukan untuk mengurangkan kos sebaliknya menegaskan, tindakan itu dilakukan kerana mahu penonton dan peminat di sana menyaksikan jalan cerita berbeza.
“Sewaktu dipentaskan di sini, ramai penonton dari Singapura turut menyaksikannya. Apabila dipentaskan pula di Singapura, ia tidak adil untuk mereka yang membeli tiket dan hadir menyaksikan persembahan sama. Disebabkan itu saya ubah hampir 40 peratus jalan cerita asal.
“Saya anggap persembahan kali ini menggabungkan karyawan seni dua negara dan ia sangat istimewa. Jalan ceritanya juga saya cuba gambarkan keadaan dan suasana di sana dengan mengambil latar perkembangan industri perfileman tempatan bermula di Jalan Ampas,” katanya.
Kata Erma, sebahagian besar babak membabitkan mahkamah syariah sudah ditiadakan. Tumpuan dilebihkan pada watak utama, Farhana yang dilakonkan Nora Danish, Maadon (Zizan), Kamelia (Erra Fazira), Sharifah Maruka (Umie Aida), Murti (Ziela) selain Suti, lakonannya sendiri.
“Satu watak baru utama, ibu Farhana dilakonkan Raja Ema diperkenalkan manakala Neelofa membuat penampilan istimewa. Walaupun wataknya kecil, cukup memberi impak kepada perjalanan cerita Bahayanya Wanita versi baru ini.
“Watak-watak Mak Janda dimainkan pelakon dan penari Istana Budaya juga pada saya penting dan besar. Kali ini saya ubah wanitanya menepati temanya iaitu Bahaya. Sebelum ini Bahayanya Wanita menggambarkan wanita-wanitanya lemah dan sering ditipu Maadon.
“Untuk versi baru ini, Mak Janda di Kampung Janda juga saya gambarkan benar-benar gatal dan bercita-cita memang mahu mengahwini lelaki tempatan bagi mendapatkan kerakyatan,” katanya.
Mengenai pemilihan Raja Ema dan Neelofa, kata Erma memang sejak pementasan pertama lagi dia mahu melamar kedua-dua pelakon ini tetapi waktu itu mereka terikat dengan komitmen kerja lain. Bagaimanapun kali ini mereka diberi tahu awal dan berminat membabitkan diri.
Walaupun ada perubahan jalan cerita, pelakon asal Bahayanya Wanita akui ia bukan satu masalah kerana sesi latihan intensif dijalani hampir dua minggu memberi ruang untuk mereka membiasakan diri dengan corak persembahan baru.
Nora yang memegang watak Farhana berkata, walaupun melakonkan watak sama dia juga harus menghafal skrip dan mempelajari beberapa corak tarian baru agar ia selari dengan jalan cerita yang diubah Erma kali ini.
“Jika dulu Zizan keluar dulu sebagai pembuka pentas, kali ini Farhana diperkenalkan dulu. Sudah tentu ada perubahannya. Saya juga banyak bergandingan dengan Raja Ema sebagai ibu kali ini.
“Bagi saya, perubahan dibuat memantapkan lagi jalan cerita Bahayanya Wanita versi Singapura. Mereka yang pernah menyaksikan pementasan dulu akan dapat merasai perbezaannya,” katanya.
Umie yang kini bertudung, turut mengubah penampilannya sebagai Sharifah Maruka, isteri pertama Maadon lakonan Zizan. Corak lakonannya juga diubah pagi disesuaikan dengan penampilan barunya.
“Jika dulu Sharifah Maruka nampak kasar dengan rambut besar, tetapi kali ini tidak lagi. Begitupun, saya menggayakan tudung agak menonjol dari sudut perhiasan. Permainan watak juga tidaklah keterlaluan tetapi saya akan pastikan pembawaan watak itu tidak akan mengubah ‘mood’ jalan cerita,” katanya.
Lofa pula menjelaskan, dia terima tawaran Erma kali ini kerana berasakan ia menjadi satu landasan terbaik untuknya berjinak-jinak dengan pentas teater.
“Ini lakonan pentas pertama saya. Tambah pula saya hanya memainkan watak pembantu, jadi tidaklah terlalu berat dilakukan. Pada saya, peluang diberikan Erma satu langkah terbaik untuk saya belajar sesuatu dalam dunia lakonan pentas,” katanya.
Mengenai kemungkinan Bahayanya Wanita dipentaskan kembali di IB, Erma akui memang ada perancangan itu dilakukan. Malah katanya, mengikut perancangan, mereka mahu mementaskan Bahayanya Wanita dengan judul Bahayanya Wanita II di IB terlebih dulu sebelum ke Singapura.
Bagaimanapun, IB menyarankan pementasan dibuat di Singapura terlebih dulu supaya apa yang dipersembahkan itu menjadi eksklusif untuk peminat teater di sana.
“Sebaik pulang dari Singapura, kami akan disambung di pentas IB bermula pada 20 Ogos hingga 24 Ogos. Segala maklumat lanjut mengenainya akan dibuat sebaik keperluan dan jadual ditetapkan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/17
Credits: hmetro.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
rajanoora With batman bag pack from Ende Min
Seronoknya Gunong @minramli @cholaholla 2h
|
|
|
|
|
|
|
|
rajanoora Dah mandi @cholaholla @minramli 2h
|
|
|
|
|
|
|
|
rajanoora Gunong trying to grill chicken @cholaholla 2h
|
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu hadiah pengikut ke sejuta
Rasanya ramai tahu status pengikut lebih sejuta aktres popular Nora Danish.
Cik Pang turut berbangga dengan ‘pencapaian’ artis jelita itu yang cukup terbuka berkongsi kisah seharian dalam laman sosial Instagram miliknya.
Ye lah, Cik Pang pun bukan ada ramai pengikut dalam laman Instagram. Boleh kira dengan jari jumlah pengikut Cik Pang tapi dari situ juga lah Cik Pang dapat sumber untuk ruangan ini.
Cuma Cik Pang nak ingatkan satu perkara. Ingat lagi tak Nora pernah beri kenyataan akan bagi hadiah istimewa kepada peminat jika berjaya mencecah sejuta pengikut?
Jadi, siapa yang bertuah mendapat hadiah dari Nora? Cik Pang pun apa lagi, risiklah dengan Nora.
Nora juga akui pernah keluarkan kenyataan mahu memberikan sesuatu yang istimewa kepada peminat.
Tapi kenyataan itu keluar secara spontan dan buat masa ini, dia belum terfikir lagi nak bagi hadiah apa.
Antara contoh diberi, Nora mungkin akan pakai papan tanda bertulis terima kasih kepada pengikut sejutanya sambil berdiri di puncak bukit atau gunung.
Ataupun, Nora akan merakam tarian dia menari gila-gila untuk hiburan mereka juga.
Nora tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan majlis makan-makan berkumpul bersama peminat satu hari nanti.
Katanya, semua perkara itu masih dalam perancangan dan apabila sudah betul-betul diputuskan nanti, pasti akan berlaku.
Apatah lagi, Nora sekarang sibuk dengan pementasan teater Bahayanya Wanita di Singapura kemudian ke Istana Budaya pula.
Kalau Cik Pang, tak nak lah hadiah panjat gunung atau menari atau makan-makan.
Cik Pang nak hadiah, Nora buat pengumuman akan berkahwin dengan ‘teman istimewanya’, siapa lagi kalau bukan jejaka dengan jolokan nama Bossned. Rasanya itulah hadiah paling bermakna buat peminat, kan?
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/17
Credits: hmetro.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 posted on 17-8-2014 02:06 PM
mana boleh kalah...my nyawa..my prince katanya...korg ada?...
xpe...halal katanyeee
|
|
|
|
|
|
|
|
ujio posted on 17-8-2014 02:04 PM
oh cool..
thanks yang...
No problemo
|
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 posted on 17-8-2014 02:11 PM
Oleh Rudy Imran Shamsudin
Segar di Singapura
All out laa kan dorang ni berteater...balik singapore, sambong kat tanah air plak...perghhh masyuk, masyuuuukkk.
Makin angau, x keruan laa si ned lps ni sbb ND bizi
Tp ok kot...sbb kat KL je...bleh jenguk bila2 masa.
|
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 posted on 17-8-2014 01:10 AM
bossned_ Late night supper with mama @noritasujak , Ami @sallytalib and yaya @danishnadya ... ...
lovely la gambar ni....kehkehkeh...ned ni Nampak berubah ajer aku tengok bila kwn dgn nowa....berubah pada kebaikan la....kehkehkeh...cenderung pada tanggungjawab, bapa mithali, pandai amek ati org tua....ececehhh....bagus bagus...aku sukerrr....kehkehkeh... |
|
|
|
|
|
|
|
noradanish Selesai sudah theater #bahayanyawanita di The Star, Singapore. Alhamdullilah. Tq singapore. Til we meet again. #bahayanyawanitainsingapore 19min
|
|
|
|
|
|
|
|
noradanish My beautiful dress by @ashraffzainal , tq darling. I just love this one 17min
|
|
|
|
|
|
|
| |
|