|
baru terfikir..syaitan ada nama? setahu kroit jin je ada..![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kroit92 at 25-8-2007 02:26 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
baru terfikir..syaitan ada nama? setahu kroit jin je ada..
Yang tadi tu adalah dari kalimah "La ila ha illallah"
Syaitan dan Iblis memang ada banyak nama iaitu nama2 yang membuat kejahatan / specialty untuk melakukan kerosakan.
Sebenarnya dia hanya memesongkan manusia , itu janji dia kepada Allah dan diperkenankan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1063 rdzaccess's post
owh..pasal tadi lak..salin yang "ka*****" tu jek..ek? pastu??? |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://img523.imageshack.us/img523/9152/blackdeathnj2fv0.jpg)
Aku bekerja kat Bukit Cahaya, Shah Alam, Jalan nak pergi ke Sungai Buloh ( Kat Kawasan Perumahan Mah Sing)
Projeknya adalah membina Padang Golf, 18 lubang dan rumah ( Banglo mewah).
Kawasan untuk rumah banglo ni berbukit-bukit ( kalau aku ada duit pun memang aku nak beli ).
Tapi sayang berpuluh ribu kali sayang, duit dah ada projek terbengkalai.
Sekarang duit tak cukup dah , so lupakan jerlah.
Aku berkerja sebagai pegawai eksekutif untuk syarikat pembinaan ni.
Pagi kerja , petang aku pancing ikan sebab ikan di lepaskan kat 6 buah kolam kat situ.
So tak der sapa yang gi pancing sebab dalam pembinaan so eksesnya hanya mereka yang authorized ajer lah.
Untung aku.
Well, more stories...
Kantor sementara aku ni adalah lebihkurang seratus meter gitu, dari kantor management, ke dalam sedikit.
Kalau hujan lebat, tak leh buat kerja-kerja tanah cuma buat re-schedule dan siapkan lapuran.
Aku nyer kerja selalunya up dated. Majikan aku adalah syarikat yg di daftarkan di Bursa Saham, so expectation memang tinggi.
Aku betul2 enjoy kerja sebab pendapatan banyak. Tapi di sebabkan kekadang tidak bersyukur maka tak lah nampak hasilnya pendapatan tersebut. Elaun jer Rm 520.00 - entertaiment no limit. Lain suma boleh claim. Kereta company, fully maintain. Henfon company, bill kurang kena jawab, sebab tak berkomunikasi.( Selalunya kalau kurang lagi baik kan...?)
Tu lah kalau tidak bersyukur kepada Allah walaupun solat tak tinggal...
The stories goes on...
(Aku minggu depan tak der kat M'sia,....so ingat2lah...)
Okay ,,,Kantor ( Site Office ), dengan kongsi pekerja kontrak hanya lebihkurang 50 meter sahaja.
Selalu kalau ada apa2 , aku ambik batu, aku baling kat bumbung diorang. Diorang akan datang, kalau tak der kerja.
Penghuni kongsi terdiri dari Bangla dan Indon, dan mereka seperti keluarga aku.
[ Last edited by rdzaccess at 25-8-2007 09:12 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
bersambung lg ker...citer la sampai abis seblm brcuti tu![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Aku selalu gak selepas habis waktu bekerja pergi memancing ngan seorang pekerja aku yang bernama Dasuki.
Perjalanan dari kantor ke tasik yang luasnya adalah lebihkurang 2 km persegi mengambil masa agak-agak 45 minit.
Melalui jalan ladang kelapa sawit yang berdekatan.
Satu hari tu hujan, renyai dan aku ngan motor ( kereta ku tinggalkan ) dan Dasuki membonceng di belakang memulakan perjalanan ke tasik tersebut untuk memancing.
Di dalam perjalanan terdapat daun pelepah sawit yang gugur dan agak-agak berserakkan di laluan kami.
Maka aku meminta Dasuki mengalihkan pelepah sawit kerana jika tayar motor tertusuk akan payahlah perjalanan kelak kerana boleh membuatkan tayar pancit.
Di dalam ladang sawit yang luas dan berbukit bukau, untuk menolak motor yang pancit bukan lah satu pekerjaan yang mudah.
Kami sampai ke tasik dan mula memancing.
Jam 6 petang maka kami memulakan perjalanan pulang.
Lumayan jugak rezeki kami hari tu, aku memancing haruan dan juga ikan putih ( mata merah).
Dasuki hanya memancing haruan.
Ikan mata merah adalah dalam 2 kg dan haruan di himpunkan adalah dalam 23 ekor.
Dalam perjalanan pulang adalah satu dua pelepah sawit yang masih menghalang perjalanan kami tetapi dapat aku elakkan.
Pada satu tempat ada satu lagi pelepah sawit, tetapi kali ini ia menghalang dengan merintangi jalan.
Tidak dapat aku mengelakkannya kerana di kiri jalan adalah parit yang berair dan kanan pulak adalah terdapat himpunan pelepah sawit yang dipotong oleh pekerja.
Aku memperlahankan motor dan Dasuki melompat turun seraya berkata
" Bang, saya kasi alih bang. Saya tunggu kat depan"
Aku pun menunggu sehingga ia selesai menarik pelepah sawit tersebut.
Pelepah sawit sememangnya panjang dan berat jika basah.
Mengalihkannya haruslah berhati-hati lantaran durinya yang bisa.
Kalau terkena dan tercucuk; dan jika lambat membuat rawatan memungkinkan tempat terkena terpaksa dipotong kudung.
Dasuki memegang hujung pelepah sawit tersebut.
Dia menggenggam dan menarik ke tepi.
Sekoyong-koyong dia hendak menarikalihkan pelepah tersebut , aku lihat seolah-olah Dasuki terkedepan pulak .
Dasuki melepaskan pelepah sawit dan berlari ke arah ku.
Aku pun terus memecut melewati pelepah sawit dan Dasuki melompat membonceng dan terlalu amat rapat kat aku, sehinggakan aku dah mula duduk kat atas bakul motor.
Yang lebih susah lagi aku hendak mengendalikan motor aku adalah kerana pehanya terlalu rapat ke badan motor sehingga aku sebenarnya duduk atas peha dia.
" Bang,... laju bang, laju bang, laju bang" dia berkata dari belakangku.
Aku pulak terkial-kial untuk menguasai motor aku dengan keadaan kedudukan dia di belakang dan juga keadaan jalan tanah yang berlumpur dan kekadang berpasir lembut di sebabkan oleh hujan yang turun pada mulanya.
[ Last edited by rdzaccess at 25-8-2007 11:53 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti saya cuti dalam cuti...![](static/image/smiley/default/lol.gif)
'Ghost Festival' tu dah tau dah macam maner...
Kawan Cina ada ceritakan...
[ Last edited by rdzaccess at 25-8-2007 10:32 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya sampai jugak kat kantor.
Kami berdua tercungap-cungap dan kemudian gelak sakan.
Kekawan kongsi yang lain pun tumpang sekaki mendengar akan cerita kami.
" Kenapa awak tak tengok dulu sebelum tarik?" soalku.
" Nampak macam pelepah sawit , bang....betul-betul macam pelepah sawit" Dasuki memberitahu.
" Nasib baik awak tak tarik tang kepala , kalau tak kena ngap" aku menambah.
" Ular sawa tu diam jer macam tu bang, aku datang dekat dia tak gerak pun " Dasuki membalas.
Kemudian menambah " Bang... besok tumpang aku pergi pekan, aku nak ambik nombor" pinta Dasuki.
" Haa..ah..okay, kita pergi lepas habis kerja" aku membuat janji.
|
|
|
|
|
|
|
|
Di sana aku amt dikenali dan dihormati oleh pekerja-pekerja.
Mungkin sifat ku yang mudah mesra dan amat mudah menyelesaikan masalah.
Sehinggakan duit aku yang sebanyak Rm50.00 mereka jumpa pun mereka pulangkan,
Walaupun aku tak ambik kisah.
Aku pernah jugak dihalau pulang oleh pekerjaku sendiri kerana mengelap tingkap kantor dan menyapu lantai setelah habis kerja. Mereka kata itu bukan kerja aku dan walaupun mereka sudah berpakaian biasa dan berkain pelikat, mereka masih lagi menghabiskan kerja-kerja yang sebegini yang sepatutnya tugas aku.
Ada juga mereka masak untuk aku dan kami beramai-ramai makan bersama-sama.
Pernah jugak mereka membawa air minuman yang dibubuh dalam gelas besar dan berpiring, menatang perlahan-lahan sehingga ke meja ku dari dapur kongsi.
Dan aku merindui mereka dan situasi yang sebegini masih ku kenang sehingga kini.
Semasa kegawatan ekonomi, mereka harus pulang.
Mereka berjumpaku dengan tangisan dan memeluk ku.
Ada yang tidak mahu pulang ke Indonesia , sanggup melakukan kerja apa saja asalkan berada di bawah jagaan ku, dan bukan dengan majikan yang lain.![](static/image/smiley/default/cry.gif)
Tetapi mana mungkin, keadaan amat sukar ketika itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Well the story goes on...
Jalan dari kantor aku menghala ke kongsi Bangla pulak adalah naik bukit yang agak curam.
Apabila selepas hujan dan kiranya jalan ke tapak banglo boleh dilalui oleh jentera berat maka kerja-kerja akan diteruskan sehingga terkadang-kadang tamat sehingga jam 11 malam.
Selalunya selepas maghrib pekerja Bangla yang melakukan kerja penjagaan rumput untuk lapangan golf akan duduk bertinggung di sepanjang jalan di hadapan kantor aku sehinggalah ke depan kongsi mereka.
Mereka menikmati pemandangan terang tanah dan kegelapan malam dengan di terangi lampu gaslin.
Keadaan yang nyaman bersebelahan ngan bukit dan hutan rimba begitu mengasyikkan sekali.
Mereka hanya sempat menikmatinya hanya seketika cuma.
Selepas itu tiada lagi pekerja Bangla yang duduk lepak begini lagi.
Aku pun kehairanan, selepas aku menghabiskan kerja lewat pada suatu hari.
Tiada kebisingan dan tiada teguran.
Masing-masing aku dapati hanya berada di kongsi dan suara kebisingan mereka bercakap memang kedengaran dari sana.
Aku turun dari kantor dan pergi mendapatkan mereka.
Masing-masing hanya menggelengkan kepala samada itu bemakna tidak tahu atau tidak mahu memberitahu.
Aku pulang ke rumah setelah itu tetapi tidaklah mengambil berat sangat, mungkin ada operasi dari pihak berkuasa.
Esok malam nya seperti biasa , barulah aku tahu kenapa.
Di ceritakan oleh Dasuki dan Toriyono.
[ Last edited by rdzaccess at 25-8-2007 11:56 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Petang itu aku berada di kongsi yang didiami oleh Dasuku dan Toriyono.
Sambil mereka menghidangkan minuman teh dan goreng pisang, aku mendengar cerita mereka.
Kejadian berlaku ketika aku bercuti.
Maka aku mendengar akan cerita mereka bahawa terdapat penampakkan kat depan kantor aku.
Semua mereka yang ada kat situ ; semuanya melihat.
Bercerita lagi Dasuki dan sesekali disampuk dan ditambah oleh Tariyono.
|
|
|
|
|
|
|
|
wahhh! ada cite.... jap jap nak baca. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana ada..tu... ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
weyyy! rdza tipooooo!!!! tadi ada aaa :@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Grrr ! Tak khoser i nak bace... U! Uwekk! ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
" Pada malam tu, hujan saja dari pagi sampai malam. tapi sikit-sikit.
Barang pun tak banyak yang ada, rumput dah abis, kena order lagi,
mungkin minggu depan baru sampai.
Kami dah cuci lori lepas tu kami simpan."
Dasuki berhenti sebentar mengambil cokodok dan mengunyah.
Matanya memandang ke arah luar.
Semacam memastikan tak de apa yang mengganggu.
" Saya lepas mandi masak nasi, Yono basuh baju.
Lepas tu kami dengar heboh-heboh kat luar kongsi tu.
Bangla bising-bising lepas tu senyap. Masa tu ada yang lari-lari masuk kongsi."
Dia diam , kunyahan masih berlaku, mengambil cawan dan menuangkan air ke dalam cawan dan memberikan kepadaku. " Nah , abang, air, minumlah" katanya.
Aku mengambilnya dan menghirup perlahan.
Dia kemudiannya menuang ke dalam dua buah cawan dan mengambil satu dan minum.
Yono kemudian datang dan duduk di sebelahnya.
"Saya dan Yono keluar kat pintu ni dan menjengok. Tak nampak apa-apa pun."
" Masa tu kul berapa? aku menyoal.
"Kuranglebih jam 8.30 bang.' dia memberitahu.
Aku terpaksa mengambil tahu kerana kalau perkerja-perkerja ini cuti atau keluar dari kongsi maka akan adalah masalah bagi aku.
Ini kerana tiada pekerja nanti yang melakukan kerja.
" Dah agak jam 10.00 malam macam tu, aku dan Yono pun tidur, sejuk , sedap tidur bang."
" Kami esoknya kerja dan Bangla bagi tahu diorang nampak hantu jalan - jalan naik kat situ terus macam pergi kat atas sana. Ikut jalan ni" sambungnya sambil menunding jari ke atas jalan berhadapan ngan kantor ku.
" Macam mane rupa dia?" soal ku.
" Dia pakai putih, perempuan, rambut panjang" dia menjawab.
Selepas agak nak habis cokodok dah tu maka aku pun mengajak mereka pergi ke rumah kongsi Bangla.
Kami berjalan beriringan dan aku lihat tiada ketakutan sedikit pun dari mereka. Mungkin mereka pun dah biasa kat kampung agaknya.
Kami tiba setelah menaiki bukit yang dikatakan lokasi penampakan dan kini berada di hadapan pintu kongsi.
Aku memanggil nama salah seorang pekerja yang ditinggal kat kongsi.
" Ishaq Ali !, Ishaq Ali ! panggil ku dengan nada agak kuat.
Terdengar beberapa hentakan kai di lantai kongsi yang di perbuat dari papan lapis.
Sambil tersengih dengan kain sarung dan t-shirt pagoda berwarna putih dia mendapatkan aku. Beberapa kawan dia yang lain mengekori nya.
" O, baiya, bila mari" tegurnya.
Kami kemudian masuk ke dalam kongsi dan duduk di atas pangkin.
Beberapa orang lagi sedang menonton talibesen.
Mereka dan aku pun duduk dan kami menjadi lima orang dan aku memulakan bicara.
Soal ku adalah berkisar mengenai penampakan.
" Ya adalaah. Saya sumaaa naaampak. Itu gani pun nampak. sumaaaa orang nampak."
Maka dia pun menerangkan perwatakan penampakan tersebut.
Kawan dia yang dua orang lagi menggangguk- anggukkan kepala tanda setuju.
Sesekali yang menonton tv pun menoleh ke arah kami.
Setelah sudah maka aku pun pergi ke kantor untuk memandu pulang seraya didiringi oleh Dasuki dan Taryiono.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah online tu...cepat2 sambung citer ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|