CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mohdmus

Ilmu tasauf dan tarikat [+ gabungan thread mohdmus]

[Copy link]
Post time 9-3-2010 01:39 AM | Show all posts
1051# Nazrulism


Takut?  Hmmm...takutnyaaa....sembang bab yg zahir , yg jelas pun taksefahaman, mcmana nak sembang bab kasyaf/laduni..dah tu samakan pulakdgn sanad...lari tajuk tu..mungkin tu sufi sesat, kesufian saya adasanad sampai ke Rasulullah SAW. Nanti lah ya...selesaikan satu2..
baghal Post at 24-2-2010 09:37


hampa dua orang ni dok sembang sanad sampai ke rasulullah saw. Cuba tanya pada diri masing2, kalau Allah maha kuasa, maha kaya, maha segala-galanya, kenapa dosa syirik Allah tak boleh ampun? dan kenapa Allah perlu berselawat ke atas rasulullah saw?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2010 01:41 AM | Show all posts
" Dialah yang awal, dialah yang akhir, dialah yang zahir dialah yang batin. "

'DIA' tu siapa?

Kita bincang bab ni dulu la lagi bagus...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 11:07 AM | Show all posts
Maknanya 6 hari Allah, xsama 6 hari kita?  Mungkin hari ke-7 Tuhan cuti..Tuhan pun terikat ngan hari/masa.. inilah penjelasan paling bernas dr Tuan..


Tuhan cuti ?... kelakarlah kamu  ni baghal.
Kalau Tuhan terikat dengan masa.. maknanya sehingga sekarang ni, Tuhan menganggur.. tiada berbuat apa-apa.. semuanya ikut apa yg tertulis

Tuan yg masukkan soal iradat kauniyah dan iradat syariat..hurai la dulu

Nak kena suap juga nampaknya

   Iradah Kauniyah qadariyah ialah kehendak yang berkenaan dengan takdir Allah terhadap alam semesta. yaitu perintah yang berkenaan dengan takdir Allah terhadap alam semesta. Contohnya, firman Allah dalam surat Yaasin ayat 82: "Sesungguhnya perintah Allah apabila Dia mengkehendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: 'Jadilah!', maka terjadilah ia."
    Iradah syar'iyah ialah kehendak yang berkenaan dengan syari'at atau apa yang dicintai Allah dalam agama.  yaitu perintah yang berhubugnan dengan syari'at, seperti perintah tentang shalat, zakat, puasa, dan lain-lain. Makhluk mempunyai keinginan dan kehendak, tetapi keinginan dan kehendaknya itu mengikuti keinginan dan kehendak Al Khaliq.

Injil yg saya beriman cuma satu, saya xpernah keliru dgn 1..tp Injil Tuan byk, harap Tuan jgn keliru..

satu tu.. injil yg mana satu yg sedara ikut tanpa keliru?  

Pi basuh muka dulu aih...apsal melalut nih...depa tu guru mursyid saya la, kenapa? tak percaya ya?

.... jumpa dekat mana... dalam mimpi atau depa boleh menjelma ?

1. Tuan kena fikir.. kenapa Musa menyalahkan Adam..

Sebab Nabi Adam dah makan buah khuldi yg dilarang Allah.., kalu xmakan, tentu Nabi Adam tidak diturunkan ke dunia..dan sudah tentu skrg kita semua dlm syurga..

Nilaikan semula... Adakah Adam diturunkan kedunia kerana makan buah atau kerana Adam memang diciptakan untuk diturunkan ke dunia? Tulisan merah tu macam fahaman orang kristian pulak !

2. Apakah sesuatu perkara yg Allah telah tentukan dengan penciptaan Adam.

Adam menjawab: Kamu Musa, Allah telah memilihmu untuk diajak berbicaradengan kalam-Nya dan Allah telah menuliskan untukmu dengan tangan-Nya.Apakah kamu akan menyalahkan aku karena suatu perkara yang telah Allahtentukan empat puluh tahun sebelum Dia menciptakan aku?


Musa menyalahkan Adam kerana Adam melanggar larangan (iradah syari'ah) atas pilihannya sendiri selepas di hasut oleh syaitan.. Tapi Adam menjawab, segala yg berlaku atas kesilapannya terpengaruh dengan syaitan kerana kelemahan (sbg manusia) yg ditakdirkan. Tapi sebab terkeluarnya Adam dari Syurga kerana telah ditentukan (Iradah kauniyah) bahawa manusia hendak diuji didunia.

3. Kenapa disebut "yang Allah tentukan 40 tahun sebelum penciptaan Adam".

Nabi Adam maksudkan, kenapa perlu salahkan dia di atas perkara yg telah Allah tentukan sebelum dia lahir..

Musa tidak menyalahkan Adam atas apa yg telah ditentukan Allah.. tetapi Musa mempersoalkan pilihan yg telah di buat oleh Adam ketika di hasut oleh Iblis.
   Kenapa disebut telah ditakdirkan 40 tahun sebelum Adam dicipta (Adam tidak dilahirkan)
   Adakah Luh Mahfuz juga ditulis 40 tahun sebelum Adam dicipta ?
   Adakah usia Alam ini 40 tahun lebih tua dari Adam ?

Ok? Dah boleh bgi saya makan ikan?

Dah banyak ikan tu.. jangan makan mentah... masak ler dulu

Dan jangan lupa Joran tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 12:02 PM | Show all posts
1063# Nazrulism
rindu betui kat Tuan..lama menyepi no..

Tuhan cuti ?... kelakarlah kamu  ni baghal.
Kalau Tuhan terikat dengan masa.. maknanya sehingga sekarang ni, Tuhan menganggur.. tiada berbuat apa-apa.. semuanya ikut apa yg tertulis


Tak pernah dengar tentang Allah jadkan Alam ini dalam enam masa/hari ?.. berapa lama enam masa/hari itu disisi Allah berbanding berjuta-jutatahun masa didunia ini yg masih belum habis hingga sekarang.

Dah lupa ka cerita 'sedetik' Tuan tu..dan sapa yg mula bg nas 'sedetik' tu Tuhan jdkan alam 6 hari..sekarang ni agaknya sapa yg ikat Tuhan dgn masa...nas tu betui tp mungkin nas tu xsesuai..cari lain la..ok? Selamat mencuba..


Iradah Kauniyah qadariyah ialah kehendak yang berkenaan dengan takdir Allah terhadap alam semesta. yaitu perintah yang berkenaan dengan takdir Allah terhadap alam semesta. Contohnya, firman Allah dalam surat Yaasin ayat 82: "Sesungguhnya perintah Allah apabila Dia mengkehendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: 'Jadilah!', maka terjadilah ia."


Ha..ini mcm la..kita kongsi bersama

berkenaan huraian di atas, bukankah manusia juga termasuk dlm alam semesta...jd sebagaimana Allah menjalankan bulan dan bintang mengikut takdirnya, manusia juga begitu..segalanya telah ditakdirkan.

Ini rukun syahadah 1 - 3..tauhid rububiyah


Iradah syar'iyah ialah kehendak yang berkenaan dengan syari'at atau apa yang dicintai Allah dalam agama.  yaitu perintah yang berhubugnan dengan syari'at, seperti perintah tentang shalat, zakat, puasa, dan lain-lain. Makhluk mempunyai keinginan dan kehendak, tetapi keinginan dan kehendaknya itu mengikuti keinginan dan kehendak Al Khaliq.


Ini termasuk dlm rukun syahadah ke-4..bab iktiqad... tauhid huluhiyah


satu tu.. injil yg mana satu yg sedara ikut tanpa keliru?


Firman Allah dlm Surah Ali Imran
Ertinya;

3. "Dia menurunkan Al Kitab (Al-Qur'an) kepadamu dengan sebenarnya; membenarkan kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil, "

48. "Dan Allah akan mengajarkan kepadanya Al Kitab , Hikmah, Taurat dan Injil."

65." Hai Ahli Kitab, mengapa kamu bantah membantah  tentang hal Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan sesudah Ibrahim. Apakah kamu tidak berpikir?"

Itu la Injil saya...isyh..mcm thread kristian la pulak, nak kena explain pasai Injil yg org Islam percaya..

Kalu Tuan ada Injil lain, boleh la kita berkongsi..Injil Tuan kan banyak...


jumpa dekat mana... dalam mimpi atau depa boleh menjelma ?


Kalu nak bukti, kena jumpa saya la dulu, xyah provokasi kat sini...

Awai2 lagi dah bagitau..tentulah saya terima dari pewaris depa...

Cuma nak bagitau satu lagi..depa ni tok guru sufi...ada masalah ngan depa ka?


Nilaikan semula... Adakah Adam diturunkan kedunia kerana makan buah atau kerana Adam memang diciptakan untuk diturunkan ke dunia? Tulisan merah tu macam fahaman orang kristian pulak !


OOO...maknanya memang Adam ni sebelum makan buah tu, dia dah ditakdirkan untuk turun ke dunia..

isyh..isyh..naya betui Tok Adam, nampaknya dia dah diprogramkan mcm tu...


Musa menyalahkan Adam kerana Adam melanggar larangan (iradah syari'ah) atas pilihannya sendiri selepas di hasut oleh syaitan.. Tapi Adam menjawab, segala yg berlaku atas kesilapannya terpengaruh dengan syaitan kerana kelemahan (sbg manusia) yg ditakdirkan. Tapi sebab terkeluarnya Adam dari Syurga kerana telah ditentukan (Iradah kauniyah) bahawa manusia hendak diuji didunia


Ya ka? Nabi Adam tak cakap macam tu pun..jauh lari tajuk nampaknya

Allah dah takdirkan manusia ni lemah..maknanya kalu manusia buat salah, jgn la hot sangat..dah takdir ma..
nampaknya Tuan juga dah berjinak mengatakan banyak kejadian dah memang ditakdirkan Allah..bagus!! teruskan...


Musa tidak menyalahkan Adam atas apa yg telah ditentukan Allah.. tetapi Musa mempersoalkan pilihan yg telah di buat oleh Adam ketika di hasut oleh Iblis.


tapi Nabi Adam jawab" Kamu Musa, Allah telah memilihmu untuk diajak berbicara dengan kalam-Nya dan Allah telah menuliskan untukmu dengan tangan-Nya. Apakah kamu akan menyalahkan aku karena suatu perkara yang telah Allah tentukan empat puluh tahun sebelum Dia menciptakan aku?"

Kenapa Nabi Adam tidak terus jawab, itu salah aku kerana pilihan aku..tapi Nabi Adam jawab perkara tu sudah tertulis sebelum dia lahir..oppss dicipta.   why? why?


Kenapa disebut telah ditakdirkan 40 tahun sebelum Adam dicipta (Adam tidak dilahirkan)
   Adakah Luh Mahfuz juga ditulis 40 tahun sebelum Adam dicipta ?
   Adakah usia Alam ini 40 tahun lebih tua dari Adam ?


Nabi yg sabda mcm tu, aku pun tak lahir lagi masa tu, mana nak tau...Tuan tau?


Dah banyak ikan tu.. jangan makan mentah... masak ler dulu

Dan jangan lupa Joran tu


Nak makan apa ikan ghope tu...mcm ikan plastik jer...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 12:13 PM | Show all posts
hampa dua orang ni dok sembang sanad sampai ke rasulullah saw. Cuba tanya pada diri masing2, kalau Allah maha kuasa, maha kaya, maha segala-galanya, kenapa dosa syirik Allah tak boleh ampun? dan k ...
cottomate Post at 9-3-2010 01:39


Tuan ada guru yg sanad perguruannya sampai kpd Rasulullah SAW?


Ha..menarik ni....agak2 kenapa Allah xampun dosa syirik...dan kenapa Allah berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW...?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 12:34 PM | Show all posts
" Dialah yang awal, dialah yang akhir, dialah yang zahir dialah yang batin. "

'DIA' tu siapa?

Kita bincang bab ni dulu la lagi bagus...
cottomate Post at 9-3-2010 01:41


Bukan taknak bincang bab ni..

Firman Allah;

Ertinya:" Dan perumpamaan=perumpamaan ini Kami buat untuk manusia; dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu."(Surah Al-'Ankabuut: 43)


Sabda Nabi SAW: "Tidak akan berkata sesuatu kaum dgn perkataan yang tidak sampai kepada akal mereka itu melainkan mereka memberi fitnah ke atas mereka (sesuatu kaum)."

Menurut Imam Ghazali dlm Ihya Ulumiddin:"Sesungguhnya di larang menceritakan rahsia itu kerana kecetekan fahaman (pengetahuan orang awam) umtuk menerimanya."

Berkata Abu Hurairah (ra) drpd Nabi SAW:
Ertinya:"Tidak melebihi Abu Bakar daripada kamu dengan sebab banyak berpuasa dan tidak pula dengan sebab banyak bersolat, tetapi dia melebihi kamu dengan sebab rahsia yang tetap di dalam hatinya."

Berkata Abu Hurairah (ra) lagi:
Ertinya:"Aku memperoleh daripada Rasulullah SAW dua bijana ilmu. Satu daripadanya boleh kunyatakan, manakala satu lagi, tidak boleh kunyatakannya. Jika aku menyatakannya, nescaya halkum ku di sembelih orang".


Saya rasa cukup utk menunjukkan bukan semua ilmu dpt dibicarakan secara umum utk mengelakkan fitnah krn salah faham..eloklah membicarakan bab ni dgn guru yg arif dlm bab ni..

'Hal' kita ngan bini adalah halal..tp kalu cerita kat orang jadi haram..

Ada dua jenis manusia yg suka cerita hal atas katil dgn org yg xsepatutnya, pertama jenis yg tak tau hukum...kedua jenis yg taktau malu...

tp kalu Tuan nak bicara jugak..silakan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2010 02:04 PM | Show all posts
rindu betui kat Tuan..lama menyepi no..

.. merantau sekejap

Dah lupa ka cerita 'sedetik' Tuan tu..dan sapa yg mula bg nas 'sedetik' tu Tuhan jdkan alam 6 hari..sekarang ni agaknya sapa yg ikat Tuhan dgn masa...nas tu betui tp mungkin nas tu xsesuai..cari lain la..ok? Selamat mencuba..

Apa tuan fikir... 6 hari tu dah habis ker jika diukur dengan masa manusia ?.. tuan yg ikat Tuhan dengan masa.. semuanya bergantung pada program yg ditetapkan diawal.

bukankah manusia juga termasuk dlm alam semesta...jd sebagaimana Allah menjalankan bulan dan bintang mengikut takdirnya, manusia juga begitu..segalanya telah ditakdirkan.

Manusia ada sedikit kelebihan... kebolehan (dengan IzinNya) memilih, untuk bertindak sebagai khalifah .. mentadbir dan mengurus. Jika tidak... tiada gunanya diturunkan  perintah dan larangan kepada manusia.
   Berbeza dengan fahaman sufi... taufik dan hidayah datang dari bisikan atau melalui cara lain, perintah dan larangan hanya merupakan ganguan kepada terekat dan suluk mereka.

Ini termasuk dlm rukun syahadah ke-4..bab iktiqad... tauhid huluhiyah

Tentang Uluhiyah... hendaklah mengikut Al-Quran dan Sunnah.. BUKAN ikut cara yg diajar oleh tok guru sufi.

. "Dia menurunkan Al Kitab (Al-Qur'an) kepadamu dengan sebenarnya; membenarkan kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil, "

BUKAN membenarkan 'kitab' yg ada pada mereka sekarang !

48. "Dan Allah akan mengajarkan kepadanya Al Kitab , Hikmah, Taurat dan Injil."

Beriman dengan apa yg telah diajarkan kepadanya (Rasul s.a.w) .. BUKAN dari buku mereka itu!

65." Hai Ahli Kitab, mengapa kamu bantah membantah  tentang hal Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan sesudah Ibrahim. Apakah kamu tidak berpikir?"

Dakwaan mereka tentang Ibrahim juga dibantah.. bermakna kitab yg ada pada mereka tiada yg tulen.... Injil yg mana satu saudara ikuti tanpa ragu-ragu dan keliru ?

Kalu Tuan ada Injil lain, boleh la kita berkongsi..Injil Tuan kan banyak...

Saya tak ikuti mana-mana injil... kalau tuan nak kongsi tentang injil, boleh ke board kristian.

OOO...maknanya memang Adam ni sebelum makan buah tu, dia dah ditakdirkan untuk turun ke dunia..

Kalau Adam tak makan buah tu.. dia tetap akan diturunkan ke dunia.

isyh..isyh..naya betui Tok Adam, nampaknya dia dah diprogramkan mcm tu...


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.  (  سورة البقرة  , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #30)

Ya ka? Nabi Adam tak cakap macam tu pun..jauh lari tajuk nampaknya

nampaknya Tuan juga dah berjinak mengatakan banyak kejadian dah memang ditakdirkan Allah..bagus!! teruskan...

Itu huraian dari apa yang dikatakan oleh Adam (sedara yg minta huraian )
Dari awal saya dah kata.. semuanya ada kaitan dengan takdir.. termasuk kemerdekaan memilih manusia juga sebagai takdir Tuhan. Samada dalam takdir IlmuNya, Takdir ketentuanNya, Takdir KemahuanNya, Takdir  keizinanNYa.

tapi Nabi Adam jawab" Kamu Musa, Allah telah memilihmu untuk diajak berbicara dengan kalam-Nya dan Allah telah menuliskan untukmu dengan tangan-Nya. Apakah kamu akan menyalahkan aku karena suatu perkara yang telah Allah tentukan empat puluh tahun sebelum Dia menciptakan aku?"

Jadi kita kena tahu apa jawapan Musa pada soalan Adam (warna merah).. barulah kita tahu samada kerana takdir yg telah ditetapkan ataupun kerana kesilapan pilihan Adam.

Kenapa Nabi Adam tidak terus jawab, itu salah aku kerana pilihan aku..tapi Nabi Adam jawab perkara tu sudah tertulis sebelum dia lahir..oppss dicipta.   why? why?

Kerana Adam tidak mahu meletakkan konsep dosanya akan ditanggung oleh orang lain .. penyebab manusia diturunkan ke dunia (spt fahaman kristian)

Nabi yg sabda mcm tu, aku pun tak lahir lagi masa tu, mana nak tau...Tuan tau?

Tujuan saya tanya tu... agar sedara dapat berfikir dan dapat memahami bahawa lembaran yg telah kering itu tidak terikat dengan skala  0 masa manusia.

Nak makan apa ikan ghope tu...mcm ikan plastik jer


  yg ko nampak mcm ikan plastik tu.. Plastik pembungkusnya.
Plastik tak boleh makannnnnnn!
( ini pun nak kena bagitahu ker.. ishk ishk ishk)
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 06:51 PM | Show all posts
Sementara kaum yang anti Tarekat/Sufi merasa telah bercermin dengan benar, padahal mereka tidak mengetahui jika cermin yang digunakan itu adalah cermin yang buram, retak, dan cara bercermin yang keliru. Ketika mereka menuding orang lain, sesusungguhnya mereka sedang menuding diri sendiri.(kira3 mcm manusia bebal la)

Kata-kata yang muncul dari para Sufi sesungguhnya harus difahami menurut kesimpulan Bathiniyah dari kandung Al-Qur’an dan Sunnah. Misalnya ketika seseorang mempraktikkan Ihsan, “Seakan-akan engkau melihat Allah, dan jika tidak melihatNya, Allah melihatmu” pastilah menimbulkan pantulan cahaya Ubudiyah yang agung dengan sesuai dengan kondisi psikholohis rohani masing-masing hamba Allah. Pantulan cahaya Ilahi inilah yang tidak boleh difahami oleh orang yang tidak pernah mengalami perjalaan rohani keimanan dan keihsanan.

Mukasyafah atau keterbukaan Rahsia Ilahi adalah Hak Allah yang diberikan kepada yang dikehendakiNya. “Allah berbuat sebagaimana yang dikehendakiNya.” Termasuk menghendaki hambaNya untuk mengetahui yang ghaib, Rahsia takdir, dan Rahsia alam semesta raya, baik yang fizik maupun yang metafizik.

Diantara Rahsia yang dianugerahkan oleh Allah kepada para Sufi adalah mengenal Rahsia huruf hijaiyah dalam Al-Qur’an. Sebab, hakikat huruf-huruf itu adalah Asma’ Allah, dipastikan memiliki hubungan korelatif dan apresiatif secara berkuasa dengan kehidupan hamba, alam semesta bumi langit seisinya, dan alam akhirat, bahkan Asma’, Sifat, Af’al dan DzatNya.

Mereka menuduh bahawa kaum Sufi menjauhi Qur’an dan Hadits, lalu mendahulukan mukasyafah. Ini tuduhan yang tidak benar, kerana seluruh aspek Mukasyafah sesungguhnya merupakan penafsiran dari Al-Qur’an dan Sunnah itu sendiri. Setiap Mukasyafah harus ditimbang dengan Qur’an dan Sunnah, hal demikian sangat popular di kalangan Sufi. Kerana itu dalam dunia Sufi, sangat dibezakan mana yang bisikan Jin, Syaitan, Malaikat, Ilham, dan yang langsung dari Allah.

Ibnu Abbas ra, sendiri telah menegaskan bahawa dirinya diberi Ilmu oleh Allah Ta’ala, sebahagian boleh disebarkan (umum), dan sebahagian bila disebarkan justeru ia akan dikafirkan dan dibunuh oleh banyak orang. Ertinya, aspek Mukasyafah sangatlah individual, dan memang tidak boleh diungkapkan kecuali pada ahlinya atau orang tertentu yang relevan dengan manfaat dunia akhiratnya.

Mengenai Wihadatul Wujud, Hulul, Al-Faidl (ilmuniasi), sesungguhnya justeru tidak ada dalam dunia Sufi. Yang ada adalah Widatus Syuhud. Orang yang pertama kali mengatakan Wahdiatul Wujud adalah Ibnu Taymiyah yang memang anti dengan pengalaman Dunia Sufi. Ia menuduh Sufi itu Wahdiatul Wujud, sebuah tundingan yang jauh dari pengalaman rohani Sufistik. Kerana Wahdiatul Wujud sering diertikan dengan panteisme, sedang konsep Sufi tentang penyatuan hamba dan Allah jauh dari panteisme. Penyatuan itu bersifat rohani dan musyahadah (penyaksian mata hati, mata ruh dan mata Rahsia batin. Bukan wujud fizik. Hal demikian pun diurai secara lembut melalui kaedah-kaedah Sufi agar tidak menyimpang dari Tauhid, sebagaimana dijelaskan secara terperinci oleh Ibnu Athaillah as-Sakandary dalam kitab Al-Hikam.

Kalau kita membaca Al-Qur’an dengan pandangan kulitnya, formula dan penafsiran ayat belaka, maka kita pun ketika memahami wacana Sufi juga akan terjebak sedemikian rupa. Kerana itu dalam tradisi Sufi harus ada Mursyid/Murabbi Kamil Mukammil yang membimbing, agar mereka tidak terkena ghurur (tipudaya) dalam menempuh perjalanan menuju kepada Allah. Tidak begitu mudah orang memahami pandangan Ibnu Araby, Abu Yazid al-Bisthamy, Junaid al-Baghdady, Bisyr Al-Hafy, Syeikh Abdul Qadir al-Jilany, Abdul Karim al-Jily, Al-Hallaj, maupun Abul Hasan asy-Syadzily.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2010 09:33 PM | Show all posts
wah orang sufi dapat ilmu melebihi Rasul s.a.w, ada yg perlu disebarkan dan ada yg perlu disembunyikan sedangkan Rasul s.a.w hanya menerima Ilmu untuk disebarkan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 09:45 PM | Show all posts
Syaikh Ihsan Ilahi Dhahir rahimahullah berkata dalam bukunya At Tashawwuf al Mansya' wal Mashadir :" Ketika kita memperhatikan dengan telitiI tentang ajaran sufi yang pertama dan terakhir (belakangan) serta pendapat-pendapat yang dinukil dan diakui oleh mereka di dalam kitab-kitab sufi baik yang lama maupun yang baru, maka kita akan melihat dengan jelas perbedaan yang jauh antara Sufi dengan al Qur'an dan As Sunnah. Begitu juga kita tidak melihat adanya bibit-bibit sufi di dalam perjalanan hidup Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dan para shahabat beliau , yang mereka adalah (sebaik-baik) pilihan Allah dari kalangan mahlukNya (setelah para Nabi dan Rasul ) , tetapi kita bisa melihat bahwa sufi diambil dari percikan kependetaan Nasharani , Brahmana (Hindu) dan Yahudi serta kezuhudan agama Budha.[ hal 27]  

Syaikh Abdurrahman al Wakil rahimahullah berkata di dalam kitabnya Mashra'ut tashawwuf :"Sesungguhnya tasawwuf itu adalah tipuan / makar paling rendah / hina dan tercela. Setan telah membuatnya menipu para hamba Allah dan memerangi Allah Azza wa Jalla dan rasulNya. Sesungguhnya tasawuf adalah (sebagai)  topeng kaum Majusi agar ia terlihat sebagai seorang yang Rabbani , bahkan juga topeng semua musuh agama ini (Islam). Bila diteliti ke dalam akan ditemui di dalamnya (ajaran sufi itu) Brahmaisme, Budhisme, Zaratuisme, Platoisme, Yahudisme, Nashranisme, dan Paganisme "
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 10:58 PM | Show all posts
Zaman berzaman berlalu, di mana ilmu tasauf terus mengibarkan sayapnya dalam memainkan peranannya dalam pembentukan umat Islam yang mantap. Walaupun dalam masa yang sama, tasauf juga sering mendapat tentangan yang hebat samada daripada musuh-musuh Islam mahupun dari kalangan umat Islam sendiri (yg Jahil Murakab jer).

Jika direnung semula, kita akan dapati bahawa, ada di kalangan umat Islam yang menentang tasauf berdasarkan beberapa faktor antaranya: jahil/bengong  tentang hakikat tasauf, dengki/syak/Zhon terhadap gerakan tasauf ataupun tidak mahu mengambil manfaat daripada ilmu tasauf itu sendiri kerana cintakan keduniaan dan sebagainya.

Daud al-Fathani tokoh Tarekat Syathariyah

Ketokohan Sheikh Daud al-Fathani dalam bidang fiqh diperakui oleh semua ulama di Asia Tenggara yang memahami dan mengkaji sejarah Islam di rantau ini. Demikian juga ketokohannya dalam bidang usuluddin, tauhid dan ilmu kalam yang kiranya tidak perlu dijelaskan lagi.

Juga dibicarakan dengan mendalam dalam buku berjudul Perkembangan Ilmu Tasauf (Jilid 1). Namun begitu, masih belum dianggap lengkap dan sempurna sekiranya tidak dibicarakan ketokohannya dalam orde Tarekat Syathariyah, yang mana adalah salah seorang Sheikh Mursyid Kamil Mukammilnya.

Sesungguhnya di Asia Tenggara tercatat dua orang sahaja ulama tokoh besar orde tarekat ini yang terkenal. Mereka ialah Sheikh Abdur Rauf al-Fanshuri dan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Murid Sheikh Abdur Rauf al-Fanshuri bernama Sheikh Burhanuddin Ulakan menyebarkan Tarekat Syathariyah itu ke Pariaman, Minangkabau.

Bahawa pada suatu masa dahulu tarekat ini pernah memegang peranan yang terpenting dalam dakwah Islamiah di Asia Tenggara. Bahkan ia adalah satu orde tarekat yang terbesar pengikutnya di Asia Tenggara sebelum masuknya Tarekat Qadiriyah dan Naqsyabandiyah.

Syathariyah berkembang di Pulau Jawa, yang terbesar pengikutnya di Cerebon, Jawa Barat. Penyebarnya yang terkenal ialah Sheikh Abdul Muhyi Pamijahan,murid Sheikh Abdul Rauf al-Fansuri iaitu Sheikh Abdul Malik (Tok Pulau Manis) Terengganu, Sheikh Yusuf Tajul Khalwati, semuanya adalah murid Sheikh Abdur Rahman Al-Fansuri.

Di mana sahaja Tarekat Syathariyah dikembangkan di zaman mutakhir iaitu dimulai akhir abad ke 18 hingga ke abad ini, Sheikh Daud bin Abdullah Al-Fathani tetap dikenal dan disebut namanya.

Salah seorang muridnya mengenai Tarekat ini seumpama Sheikh Zainuddin Sumbawa. Nama sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani lebih bersemi di hati umat Islam pengikut Tarekat Syathariyah di negeri-negeri di Alam Melayu, bahkan sampai-sampai ke Campa dan Burma. Salasilah tarekat ini di Asia Tenggara ini banyak bersambung dengan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fahthani.

Daripada Sheikh Daud al-Fathani dikenal pula ulama besar yang berasal dari Patani sebagai khalifah-khalifah Mursyid Tarekat Syathariyah seperti Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fatani, Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa
al-Fatani, Sheikh Ismail bin Abdul Qadir bin Mustafa al-Fatani dan lain-lain.

Sheikh Daud bin Abdullah al- Fatani berpendapat bahawa pimpinan seorang sheikh Mursyid sangat penting, beliau menulis sebagai berikut :

"Ketahuilah! Kadang-kadang seorang Salik yang belajar itu melihat bahawa tiada sesuatu jalan untuk sampai kepada Allah, dia ragu dengan bermacam-macam amalan yang sangat banyak. Kadang-kadang dia tercengang dengan banyak ilmu pengetahuan yang telah dikuasainya. Apabila murid yang Salik itu mempunyai sheikh yang Arif Billah (Ahlil Hakikat), maka hendaklah dia kembali kepada sheikhnya dan berpegang teguh atas petunjuknya".

Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani menulis selanjutnya: "Bahawa dia (sheikh) adalah penolongnya dari pertolongan Nabi Muhammad s.a.w. Selamanya berhadap ke hadrat Tuhannya, apabila dikerjakan maka limpah pertolongan Ilahiyah daripada Allah pada hati penghulu kita dan dari hati penghulu kita - Nabi Muhammad s.a.w -kepada sekelian hati pada sheikh (Masyaikh), dari satu kepada satu sampai kepada hati yang melakukan zikir. Bahawa yang demikian itu menjadi pemberian Allah".
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 11:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nazrulism at 9-3-2010 23:33

AL-HULUL WA AL-ITTIHAD
Sebagaimana kelomppok sufi berkhayal, siapa saja yang menempuh jalan ilmu batin, pada akhirnya akan mencapai tingkatan melebur bersama dzat Allah. Ketika itulah ia menempati dzat tersebut, hingga bercampur sifat ketuhanan dengan tabiat kemanusiaan. Bentuk lahirnya manusia, tetapi hakikat batinnya adalah sifat ketuhanan.  Orang-orang yang berpikiran demikian, misalnya Al-Hallaj, ibnu Al-Faradh, Ibnu Sab'in dan lainnya dari kalangan sufi. Berikut ini di paparkan sebagian perkataan mereka :

Al-Hallaj berkata :  Maha Suci yang menampakkan sifat kemanusiannya, Kami rahasiakan sifat ketuhanannya yang cemerlang, Kemudian Ia menampakkan diri pada mahluknya, Dalam bentuk orang yang sedang makan dan minum, Hingga mahluknya dapat menentukannya, seperti jarak antara kedipan mata dengan kedipan yang lain. Siapakah dia ? Dialah Rabbu Al-Arbab yang tergambar dalam seluruh bentuk pada hamban-Nya, Fulan.   

Dan Ibnu Al-Faradh berkata :   Tidaklah aku shalat kepada selainku, dan tidaklah shalatku kepada selainku ketika menunaikan dalam setiap raka'atku.  Dan cukuplah bagi orang-orang sufi merasakan kesedihan tatkala Ibnu Al-Faradh berpayah-payah dibalik fatamorgana. Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata, tatkala menceritakan keadaan Ibnu Al-Faradh : "Orang yang mengucapkan sya'ir tersebut ketika meninggalnya mengucapkan syair sebagai berikut :  Jika kedudukanku dalam cinta disisi-Mu, tidak seperti yang pernah aku jumpai, maka sesungguhnya aku telah membuang-buang umurku. Angan-angan yang menancap dalam diriku beberapa lama, dan pada hari ini aku mengiranya sebagai mimpi kosongku belaka.  

At-Tusturi berkata :   Akulah yang dicintai dan yang mencintai, tidak ada selainnya.  Para syaikh tasawuf tersebut mencari-cari dalih dengan hadits yang berbicara masalah wali. Padahal, segala dalih dan alasan itu tak mendukung mereka. Misalnya sebuah hadits :  "Artinya : Tidak henti-hentinya seorang hamba mendekatkan diri kepadaku dengan perbuatan-perbuatan yang disunnahkan hingga Aku mencintainya. Maka jika Aku mencintainya, Akulah yang menjadi pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, dan penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, dan tangannya yang dia julurkan, dan kakinya yang dia langkahkan. Maka, jika ia meminta kepada-Ku, sungguh aku akan beri. Dan jika ia minta perlindungan kepada-Ku, sungguh Aku akan melindunginya". [Hadits Riwayat Bukhari, akan tetapi kami ringkas sesuai dengan makna pembahasan].  
   Hadits ini menunjukan dengan sangat adanya pembedaan dan pemisahan. Dalam hal ini ada 'Abid (yang beribadah) dan Ma'bud (yang diibadahi). Sa-il (yang meminta) dan Mas-ul (yang diminta), 'A-idz (yang minta perlindungan) dan Mu'idz (yang melindungi). Sedang, orang-orang sufi tersebut mengaku bahwa Allah berdiam dalam dzat hambanya. Yaitu, jika Dia menjadi dia dan keduanya menjadi dua dzat yang menyatu.  Betapa anehnya ! Bagaimana akal orang-orang sufi tersebut menerimanya dengan cara membenarkan kebohongan ini ? Dan bagaimana pula hingga lisan mereka mengulang-ngulangnya ? Sungguh, Kursi-Nya seluas langit dan bumi, maka bagaimana mungkin jasad manusia dapat menampung-Nya ?.  
   Adapun hadits berikut :  "Artinya : Langit dan bumi-Ku sempit bagi-Ku, akan tapi hati hamba-Ku yang beriman lapang bagi-Ku"  Maka hadits ini adalah hadits palsu menurut kesepakatan para ulama ilmu hadits.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 11:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by salikin at 9-3-2010 23:41

Mengenai Wihadatul Wujud, Hulul, Al-Faidl (ilmuniasi), sesungguhnya justeru tidak ada dalam dunia Sufi. Yang ada adalah Widatus Syuhud. Orang yang pertama kali mengatakan Wahdiatul Wujud adalah Ibnu Taymiyah yang memang anti dengan pengalaman Dunia Sufi. Ia menuduh Sufi itu Wahdiatul Wujud, sebuah tundingan yang jauh dari pengalaman rohani Sufistik. Kerana Wahdiatul Wujud sering diertikan dengan panteisme, sedang konsep Sufi tentang penyatuan hamba dan Allah jauh dari panteisme. Penyatuan itu bersifat rohani dan musyahadah (penyaksian mata hati, mata ruh dan mata Rahsia batin. Bukan wujud fizik. Hal demikian pun diurai secara lembut melalui kaedah-kaedah Sufi agar tidak menyimpang dari Tauhid, sebagaimana dijelaskan secara terperinci oleh Ibnu Athaillah as-Sakandary dalam kitab Al-Hikam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2010 12:11 AM | Show all posts
WIHDAH AL-WUJUD
Pemahaman hulul wa al-ittihad mengantarkan para sufi pada perkataan wihdah al-wujud. Istilah ini berdasar pola pikir orang-orang sufi bermakna, bahwa dalam hal ini tidak ada yang wujud kecuali Allah. Maka, tidaklah segala yang nampak ini kecuali penjelmaan dzat-Nya semata. Yaitu, Allah. Maha Suci Allah, Rabb kita, Rabb yang Maha Mulia dari apa yang mereka sifatkan.  
      Ibnu Arabi berkata : "Tidak ada yang tampak ini kecuali Allah, dan tidaklah Allah mengetahui kecuali Allah".  Dan termasuk dalam keyakinan ini adalah orang-orang yang mengatakan :"Akulah Allah, Maha Suci Aku". Seperti, Abu Yazid Al-Bustahmi.  Katanya : "Rabb itu haq dan hamba itu haq. Maka, betapa malangku. Siapakah kalau demikian yang menjadi hamba ? Jika aku katakan hamba, maka yang demikian itu haq, atau aku katakan Rabb, sesungguhnya aku hamba".  Dikatakan pula :  "Suatu saat hamba menjadi Rabb tanpa diragukan, dan suatu saat seorang hamba menjadi hamba tanpa kedustaan".  
         Keberanian mereka kepada Allah sampai puncaknya ketika tukang sya'ir mereka, Muhammad Baha'uddin Al-Baithar mengatakan :  "Tidaklah anjing dan babi itu melainkan sesembahan kita, dan tidaklah Allah itu melainkan rahib-rahib yang ada dalam gereja-gereja".  Pensyarah kitab Aqidah At-Thahawiyah, Ibnu Abil 'Izzi Al-Hanafi, berkata :"Perkataan yang demikian itu mengantarkan manusia pada teori hulul wa al-ittihad.
          Hal ini lebih keji daripada kafirnya orang-orang Nashrani. Karena orang-orang Nashrani mengkhususkan menyatunya Alllah hanya dengan Al-Masih, sedangkan mereka memberlakukan secara umum terhadap seluruh mahluk. termasuk keyakinan mereka pula, bahwa Fir'aun dan kaumnya memiliki kesempurnaan iman, sangat mengenal Allah secara hakiki.  Termasuk dari cabangnya pula, bahwa para penyembah berhala berada diatas kebenaran, dan mereka sesungguhnya beribadah kepada Allah, tidak kepada lainnya. Keyakinan lainnya, tida ada perbedaan dalam penghalalan dan pengharaman antara ibu, saudara perempuan dan yang bukan mahram. Dan tidak ada perbedaan antara air dengan khamer, zina dengan nikah. Semuanya itu berasal dari sumber yang satu. Dan termasuk cabangnya pula, bahwa para nabi mempersempit manusia. Maha Tinnggi Allah dari apa yang mereka katakan".  
         Keyakinan semacam ini merupakan puncak tertinggi dari kekafiran, yang dengannya hancurlah seluruh agama, membatalkan seluruh syari'at, dihalalkan seluruh perkara yang diharamkan, dan disamakannya orang yang beriman dengan orang fasik, orang bertaqwa dengan orang binasa, muslim dengan mujrim, yang hidup dengan yang mati.
        Berfirman Allah Subhanahu Wa Ta'ala . "Artinya : Apakah Kami hendak menjadikan orang-orang muslim seperti orang-orang yang suka berbuat dosa, bagaimana kalian dengan apa yang kalian putuskan. Apakah kalian mempunyai kitab yang dapat dibaca ? [Al-Qalam : 35-37].  
        Benar, mereka mempunyai kitab selain Al-Qur'an. yaitu, Al-Fushush Al-Hikam dan Al-Futuhat Al-Makkiyah. Dan telah berfirman Allah Subhanahu Wa Ta'ala .  "Artinya : Apakah Kami hendak menjadikan orang yang beriman dan beramal shalih seperti orang-orang yang membuat kerusakan di muka bumi. Ataukah Kami hendak menjadikan orang-orang yang bertaqwa seperti orang-orang kafir". [Shad : 28].  
         Dan apa yang di paparkan , semua itu adalah perkataan mereka yang diucapkan dengan lisannya. Yang syaikh paling senior diantara mereka selalu mengulang kekafirannya dan menyatakan kefasikannya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2010 12:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by salikin at 10-3-2010 01:08

Tuduhan terhadap Dunia Wali

Mereka yg jahil murakab menuduh kaum Sufi, dengan suatu tuduhan melulu.Diantara tuduhan mereka yang kontra pada dunia Sufi, tentang Kewalian antara lain:

1. Sufi dituduh mengutamakan Wali daripada Nabi.

2. Para Wali dianggap sama dengan Allah dalam setiap sifatNya, bermula dari salah paham mereka mempersepsi tentang ragam dunia Wali dengantugas-tugas rohani masing-masing, seakan-akan tugas itu menyamai tugas Allah.

3. Para Wali seperti memiliki dewan, majlis, berkumpul di gua Hira atau bukit Qaf untuk menunggu takdir.

Tiga tundingan itulah yang membuat orang salah paham terhadap duniaSufi.

Jawapan org Sufi khas utk Org-org jahil Murakab...

Ummat Islam sepakat adanya para Auliya' atau kekasih-kekasih Allah.Bahkan mereka yang kontra terhadap dunia Tasawuf pun memiliki definisi khusus, menurut penafsiran rasmi mengenai para Wali ini, yang tentusaja berbeza jauh antara langit dan bumi dengan pemahaman kaum sufi.

1. Kaum Sufi tidak pernah menempatkan darjat para Wali lebih unggul dibanding para Nabi dan Rasul. Para Auliya adalah sebagai pewaris dan pemegang amanah Risalah setelah Nabi Muhammad SAW wafat.

Sebagai Khalifah dan sekaligus juga sebagai pewaris Nubuwwah. Jika, muncul ungkapan-ungkapan kehebatan para Auliya dalam kitab-kitab Tasawuf, sama sekali tidak ada satu pun kata atau isyarat yang menunjukkan keunggulan maqam Auliya' dibanding maqam Anbiya dan Rasul. Semata hanya ingin memperkenalkan jika para Auliya' diberi karomah (hal-hal yang di luarnalar akal rasional) oleh Allah swt, apalagi para Anbiya dan Mursalin.

2. Para Sufi yang diangkat darjatnya oleh Allah meraih maqam Kewalian atas KehendakNya, diberi anugerah, fadlal dan rahmatNya, menurut kehendakNya. Kesalahpamahan mereka yang kontra terhadap dunia Wali semacam  bersumber pada fenomena karomah, fenomena hikmah-hikmah terdalam yang tidak boleh dipahami oleh mereka, kerana hanya merujuk pada teks Qur'an dan Hadits tanpa mengenal hakikat kedalaman dibalik ayat-ayat Al-Qur'an dan Sunnah itu.

Apakah mrk berani menyalahkan Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Abul Hasan Asy Syadzily, Hujjatul Islam Al Ghazali, Ibnu Arabi. Al-Bisthami, Asy-Syibli, Junaid Al Bahgdadi, para Imam Mazhab, yang sangat terkenal sebagai para Auliya' Allah, dan sama sekali mereka jauh dari persepsi kita tentang kewalian itu? (kecuali mrk itu org jahil ataupun musuh Islam serta Org-org yg kuat gosok)

Padahal mereka adalah para penjaga Al-Qur'an dan as-Sunnah, sangat kuat menjaga Syariat, Tarekat dan hakikat Risalah Nabi besar Muhammad saw.Jadi jika ada Istilah Abdal sebagaimana juga pernah disebut oleh Nabi Muhammad SAW, tentu saja, tidak susah memahami tugas-tugas para Wali itu. Sedangkan siapa pun dalam menjelajah dunia rohani, metafizika, dunia hakikat sentiasa justeru akan tersesat sepanjang perjalanannyat idak dibimbing oleh Wali(Guru) yang Mursyid, Kriteria Wali Mursyidt entu tidak sesederhana yang mereka pahami. Kata Iman dan Taqwa saja, sangat berlapis-lapis kedalamannya, dan beragam pula wilayah implementasinya dalam dunia jiwa para hamba Allah. Apakah sebegitu mudah orang mengaku menjadi Wali Allah, hanya kerana merasa beriman dan merasa bertaqwa dan bahkan mengaku merasa dirinya beramal soleh? Sedangkan tahap agar hamba Allah boleh bebas dari rasa takut dan gelisah saja sulitnya bukan main. Gelisah terhadap cubaan dunia dancubaan akhirat, takut terhadap fitnah dunia dan siksa akhirat, pun manusia akan sulit membebaskan psikhologinya. Padahal para Wali itu tidak pernah takut dan tidak pernah susah, sebagaimana dijelaskan dalam Al-Qur'an.

Inilah yang dipresentasikan dunia Tasawuf sebagai tradisi ilmu-ilmu Islam bidang hakikat, yang juga boleh difahami manakala melalui pendekatan hakikat pula, dengan logika bathiniyah yang suci. Sebab wilayah hakikat bukanlah wilayah rasional ujian, juga bukan wilayah inderawi. Itu pun harus dalam bimbingan mereka yang telah meraih kesempurnaan hakikat sebagai Insan Kamil.

Kerana itu Ibnu Arabi, membagi komuniti para auliya’ menurut komuniti kebajikan yang disebut dalam berbagai ayat Al-Qur'an, misalnya,komuniti Sholihun, Muhsinun, Shobirun, Syakirun, Dzakirun, Mujahidun,Muttaqun, 'Aminun, Mukhlishin, Mukhlashin, 'Abidun, dan ratusan komuniti Sholeh disana yang tentu saja, merupakan kelayakan moral yang begitu dalam. Jika Allah menyebutkan suatu kelompok moral, dengan menggunakan istilah tertentu, pasti memilki Rahsia tertentu pula. Kata Robb, beza dengan kata Ilah, beza lagi dengan penyebutan yang menggunakan Sifat dan Asma' sepetri Al-Khaliq, Al-Bari', al-Mushowwir, misalnya.

Munculnya istilah Ghauts, Quthub, Abdal, Nuqaba', Nujaba', tentumemiliki dasar-dasar yang tersirat dalam Al-Qur'an dan Sunnah, dantugas-tugas amanah kewaliyan mereka tentu Allah sendiri Yang Maha Tahu,yang dengan KemahakuasaanNya, dan Iradah MutlakNya, memberikan sewenang dan tugas khusus. Dan semua tugas itu juga dlm rangka meneruskan amanah Rasulullah saw.

3. Soal adanya dewan para Wali, sesungguhnya juga tidak boleh disamakan sebagaimana kita memahami majlis sosial politik, dengan dewan pimpinan tertentu itu, dengan cara pemilihan ketua dewan atau ketua organisasi.Bahawa dalam dunia Kewalian ada hirarki struktur secara rohani, pasti sangat berbeza hirarki strukturalnya dengan dunia sosial manusiawi.Kalau suatu saat memang ada tugas bermajlis di gua Hira', itu bukan suatu tugas yang boleh dinilai sebagaimana berkumpulnya sebuah majlis PBB atau Jom Heboh TV3 dsbnya. Namun, kerana tugas kasuistis,menyangkut perkara moralitas ummat manusia di dunia, bahkan yang hidup maupun yang sudah mati, yang begitu nampak jelas dalam Alam Mukasyafah mereka, melalui Nur Ilahi.

Tetapi wajar jika kita mempersoalkan, adanya kelompok tertentu yang mengaku dewan para wali, lalu membuat pertemuan alam ghaib, lalu mereka merasa sebagai para wali, padahal tidak lebih dari sebuah tipudaya alam Jin dan Iblis, boleh saja demikian. Kerana Iblis dan Syaitan pun punya kelompok tandingan Wali yang disebut dalam Al-Qur'an "Auliya'as-Syayathin". Atau para Wali Syaiton, yang seringkali menggunakan jubah agama. Mereka berjubah, tapi penuh dengan kebusukan, ketakaburan, riya' dan 'ujub, hubbud dunya (cinta dunia), penghamba nafsu dan takut mati
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2010 08:51 AM | Show all posts
Asal Usul agama Sufi


Kata tasawuf dan sufi tidak dikenal pada awal Islam. Ia terkenal (ada) setelah itu atau masuk ke dalam IIslam dari umat-umat yang hidup di belakang hari.  Syaikhul Islam ibnu Taimiyah rahimahullah mengatakan dalam Majmu' Fatawa-nya :"Adapun kata sufi tidak dikenal di 3 masa yang utama ) shahabat, tabi'in, tabi'it tabi'in) dan hanya dikenal setelah masa itu. Hal ini banyak dinukil oleh para imam , seperti imam Ahmad bin Hambal , Abu Sulaiman Ad-darani dll. Diriwayatkan bahwa Sufyan Ats-Tsuari berbicara tentang masalah ini (sufi) , tapi sebagian mereka mengatakan riwayat tsb dari Al Hasan Al Bashri.  Dan Sufi itu tidak ada dalam Islam. Ada yang mengatakan bahwa asalnya adalah dari kata Shuuf (bulu domba) dan inilah yang terkenal di kalangan banyak orang. Dan sufi yang pertama muncul adalah dinegeri Basrah.  
       Orang yang pertama kali mengadakan gerakan sufi ini adalah sebagian dari sahabat Abdul Wahid bin Zaid , ia adlah seorang sahabat Al Hasan Al Basri. Ia (Abdul Wahid) populer di Basrah dengan sifatnya yang keterlaluan dalam zuhud , ibadah , rasa takut dll. Tidak ada penduduk kota itu yang spt dia.  Abu Syaikh telah meriwayatkan dengan sanad-sanadnya dari Muhammad bin Sirin bahwa telah sampai berita kepadanya tentang sebagian kaum yang lebih mengutamakan pakaian dari bulu domba. Ia berkata :" Sesungguhnya ada suatu kaum yang lebih mengutamakan memakai pakaian bulu domba. Mereka mengatakan ingin meniru pakaian Isa bin Maryam, sedangkan bimbingan dari nabi kita lebih kita cintai. Nabi juga memakai pakaian dari kapas dll , atau komentar yang senada dengan itu.  Kemudian beliau (Ibn Taimiyah) melanjutkan :" Mereka menisbatkan kepada pakaian yang dhahir, yaitu pakaian dari bulu domba, maka mereka disebut shuffi.... Akhirnya beliau (ibn Taimiyah) berkata :" Maka inilah asal tasawwuf, kemudian berkembang menjadi beraneka ragam dan bercabang-cabang” [Majmu Fatawa : XI: 5-7 , 16, 17]  
            Disini diterangkan bahwa tasawuf tumbuh dinegeri-negeri Islam melalui para ahli ibadah dari Basrah sbg hasil dari sikap keterlaluan mereka dalam zuhud dan ibadah. kemudian hal itu terus berkembang melalui kitab-kitab orang belakangan dan ditanamkan dinegeri-negeri kaum muslimin melalui ideologi-ideologi llain seperti Hindu, Budah dan kepasturan Nashrani. Hal ini sesuai dengan apa yang dikatakan Muhammad bin Sirrin yang berkata :"Sesungguhnya ada suatu kaum yang lebih mengutamakan memakai pakaian bulu domba. Mereka mengatakan ingin meniru pakaian Isa bin Maryam, sedangkan bimbingan dari nabi kita lebih kita cinta." Jelaslah bahwa tassawuf memiliki ikatan dengan agama Nashrani !!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2010 10:51 AM | Show all posts
Post Last Edit by baghal at 10-3-2010 10:54

Mari kita lihat siapa ibn Taimiyyah kesayangan Tuan Nazrulism..

Pendapat Para Ulama’ terhadap Ibn Taimiyah

Berdasarkan kpd bbrp masalah yg telah dicetuskan oleh Syeikh Ibn Taimiyah, para ulama’ masing2 mengemukakan pendapat ttg beliau. Selain daripada ijma’ ulama’ yg mengkafirkan sesiapa yg beri’tiqad dg Qidam al-’Alam, batasan dan binasanya neraka. Kita juga akan dpt melihat pandangan ulama’ ttg beberapa masalah yg lain yg menjadi pegangan beliau. Secara ringkasnya, kami bawakan pandangan bbrp ulama’ ttg beliau dibawah ini:

(1) Imam al-Hafiz ibn Hajar al-Asqalani berkata di dlm kitabnya “al-Durar al-Kaaminah” (ketika menterjemahkan pribadi Ibn Taimiyah), m.s. 144, jld. berbunyi:

“para ulama’ telah menggelarkan Ibn Taimiyah dg tajsim berdasarkan apa yg telah beliau tulis di dlm kitabnya “al-Aqidah al-Wasithiyah, al-Hamawiyah” dan lain2nya. Sebagai contoh, beliau berpendapat bhw tangan, kaki, betis dan wajah adl sifat2 hakikat bagi Allah Ta’ala, Allah beristiwa’ ditas ‘arasy dg zat-Nya..”

Imam Ib Hajar menambah lagi:

“Dia dihukum dg munafiq kerana perkataannya (kritikan) terhadap Sayidina Ali..”

Katanya lagi:

“Ibn Taimiyah juga dihukum zindiq kerana berpendapat bhw tdk boleh beristhighathah (meminta pertolongan) daripada Nabi saw”

Di dlm kitab Fath al-Bari, m.s. 66, jld. 3 pula, beliau menegaskan:

“…Hasilnya, mereka telah berpegang dg pendapat Ibn Taimiyah ttg haramnya bermusafir utk menziarahi maqam Rasulullah saw dan kami mengingkarinya. Inilah seburuk2 masalah yg dinuqilkan daripada Ibn Taimiyah.”

(2) Imam al-Hafiz al-Zahabi berkata di dlm kitabnya Zaghl al-Ilmu, m.s. 23 (ulasan oleh Imam al-Kauthari, dicetak oleh percetakan al-Taufiq 1347H, Damsyik):

“Sesungguhnya aku telah melihat sesuatu yg telah menimpa Ibn Taimiyah. Beliau telah disingkir, dihukum sesat dan kafir serta tdk dipercayai antara kebenaran dg kebatilan. Sebelum beliau menceburi bidang ini (falsafah), beliau merupakan cahaya yg menerangi kehidupan, lebih2 lagi ttg al-Salafnya. Kemudian cahayanya itu menjadi gelap gulita..”

(3) Imam Taqiyuddin al-Husni (pengarang kitab Kifayah al-Akhyar) berkata di dlm kitabnya “Daf’u Syabah man Syabbaha wa Tamarrad”, m.s. 123, (cetakan Isa al-Baabi al-Halabi) berbunyi:

“Syeikh Zainuddin Ibn Rajab al-Hanbali adl salah seorang daripada ulama’ yg menghukum kafir Ibn Taimiyah. Dia mempunyai penolakan keatas Ibn Taimiyah. Dia juga pernah mengangkat suara dg keras mengkufurkan Ibn Taimiyah di dlm beberapa majlisnya. Disamping itu, Imam al-Subki juga mempunyai hujah utk mengkufurkannya..”

Pada halaman yg lain, beliau mengatakan:

“banyak masalah2 yg dilakukan oleh Ibn Taimiyah menyimpang daripada kebenaran.”

(4) Imam al-Subki berkata di dlm kitabnya “al-Durrar al-Madiyah fi Rad ‘ala Ibn Taimiyah: “kesemua perkataan beliau diatas tadi berkenaan dg masalah usul merupakan kekufuran yg amat jelas disamping byk lagi masalah cabang yg lain.” Lihat al-Taufiq al-Rabbani karangan Jama’ah ulama’, m.s. 31.

(5) Imam Ibn Hajar al-Haitami berkata di dlm kitabnya “al-Fatawa al-Hadithiyah” berbunyi:

“Ibn Taimiyah ialah seorg hamba yg dikecewa oleh Allah, disesatkan-Nya, dibodohkan-Nya, dibutakan-Nya dan dihina-Nya. Dg alasan inilah para ulama’ tampil utk menjelaskan betapa rosak keadaannya dan betapa dusta perkataannya. Sesiapa yg ingin mengetahui keadaan ini, maka hendaklah mengkaji perkataan Imam al-Mujtahid yg disepakati keimamamannya iaitu Abi Hasan al-Subki, anaknya al-Taj al-Subki, Syeikh al-Imam al-I’z Ibn Jama’ah dan para ulama’ lain yg sezaman dg mereka yg terdiri daripada al-Syafi’ieyah, al-Malikiyah dan al-Hanafiyah..”

(6) Imam Waliyuddin al-Iraqi berkata di dlm kitabnya “al-Ajubah al-Mardiyah an al-A’silah al-Makkiyah” [23] berbunyi:

“Syeikh Ibn Taimiyah sebagaimana yg diketahui, ilmunya mengatasi akalnya. Keadaan ini membawanya kpd ijtihad yg mencarikkan ijma’ dlm masalah yg banyak. Dikatakan mencapai 60 masalah.” “Dengan masalah tersebut, maka ramai orang memperkatakan ttg dirinya, mencela dan mengujinya. Para ulama’ yg sezaman dengannya pula segera tampil menolak pendapat Ibn Taimiyah menjelaskan kepincangannya dan membid’ahkannya.” Beliau mati di dlm penjara kerana perbuatannya itu. Penyokong2 Ibn Taimiyah menganggap bhw beliau adl seorang daripada ulama’ yg mengatakan dg tegas bhw tdk ada kemudharatan sekiranya terdapat perselisihan pendapat di dlm masalah furu’ jika perkara itu terhasil daripada ijtihad. Tetapi org yg berselisih pendapat dg beliau mengatakan bhw beliau bukan sahaja berselisih pendapat di dlm masalah furu’, bahkan byk lagi masalah2 usul yg bertentangan dg pendapatnya. Tdk semua perkara furu’ boleh berselisih apabila telah disepakati oleh para ulama’.

(7) Imam al-Kattani pula di dlm kitab “Fahras al-Faharis”, m.s. 201-2, jld. 1, mengatakan:

“Seburuk2 dan sejahat2 apa yg dinuqilkan daripada Ibn Taimiyah ialah perkataannya terhadap hadith “turun Tuhan kita pd satu pertiga malam..” seperti turunnya aku ini.

( 8)Imam Ahmad Muhammad al-Siddiq al-Ghumari di dlm kitabnya “Ali al-Imam al-’Arifin” menjelaskan sedikit sebanyak kedangkalan pendapat Ibn Taimiyah terhadap Sayyidina Ali r.hu. Pada m.s. 55, beliau menegaskan dg katanya:

“Apa yg telah dijelaskan oleh Ibn Taimiyah terhadap Sayyidina Ali r.hu itu menunjukkan bhw beliau seorang ketua munafiq pd zamannya.” Hal ini terbukti mengikut apa yg dijelaskan oleh Baginda saw kpd Ali r.hu di dlm satu hadith sahih yg diriwayatkan oleh Imam Muslim, maksudnya:

“Tidak ada org yg menyintaimu melainkan dia seorang yg beriman. Tdak ada yg membencimu melainkan dia seorang yg munafiq.”

(9) Imam al-Kauthari di dlm kitab “Maqalat” m.s. 35 menyifatkan bhw Ibn Taimiyah adl seorang pengikut Ibn Malikan, ahli falsafah yahudi apabiila beliau (Ibn Taimiyah) menisbahkan suara kpd Allah Swt dan pendapatnya yg mengatakan menjelmanya benda2 yg baharu pd zat Allah Swt. Pada m.s. 241 pula, beliau mengkritik tindakan Ibn Taimiyah yg menuqilkan hasil2 penulisan al-Mujassimah ke dlm kitabnya. Manakala pd m.s. 242 beliau mengemukakan beberapa contoh nuqilan Ibn Taimiyah yg menunjukkan kpd aqidah al-Tasybih.

(10) Syeikh Mansur ‘Awais pula menyifatkan pendapat Ibn Taimiyah ini lebih cenderung kpd tajsim. Sebagai contoh, di dlm kitabnya “Ibn Taimiyah Laisa Salafiyan” (Ibn Taimiyah bukanlah seorang Salafi, m.s. 216), beliau secara tegas mengemukakan satu bab yg khusus berbunyi “Ibn Taimiyah menuju ke arah tajsim.”

Sebenarnya byk lagi pendapat ulama’ dan hukuman yg dikenakan keatas beliau. Tetapi, sudah memadai dg beberapa ucapan yg jelas daripada ulama’ yg mu’tabar. Penjelasan Sultan Qolaawoon, perbicaraannya dg ulama’ di mahkamah sehingga beliau dihukum penjara, fatwanya tentang talak, serta fatwa dpd fuqaha mazhab yg empat cukup utk membuktikan kpd kita ttg kontroversinya.

Kredibiliti beliau sbg seorang tokoh dipertikai oleh para ulama’. Bahkan mereka mengenakan hukuman yg berat thdp beliau. Hukuman yg sebegini pula tdk akan berlaku sekiranya berkisar ttg perkara yg kecil atau masalah furu’iyyah (cabang). Apa yg nyata, tentunya Ibn Taimiyah melakukan satu kesilapan yg amat besar sehinga beliau menerima hukuman yg sedemikian.

Namun begitu, dlm beberapa penilaian, kita akan mendapati penyokong Ibn Taimiyah tetap berpegang teguh dan ta’sub kpd pendapatnya. Manakala penentang beliau akan terus menentang kerana kebatilannya yg menyalahi ijma’ dan pandangan ulama’ besar yg lain.

Natijahnya, perlulah bagi kita membuat pertimbangan yg wajar antara pro dan kontra terhadap pemikiran Ibn Taimiyah utk mencari jalan penyelesaiannya. Masih ramai lagi para ulama’ muslimin yg mu’tabar utk diijadikan qudwah atau ikutan. Pendapat Imam Mujtahid Mutlak dlm mazhab yg empat amat sesuai dipraktikkan. Begitu juga dg kredibiliti dan kreativiti syeikh2 mazhab itu sendiri. Tinggalkanlah pembawa masalah dan pencetus kesamaran kerana aqidah itu perlu dibina diatas dasar yg mantap. Hal ini penting supaya kekuatan dalaman kita dpt dicernakan bagi menyemarkkan kefahaman yg mampan dan semangat jihad dlm saf perjuangan Islam. Wallahu a’alam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2010 11:00 AM | Show all posts
Kelemahan Ali di Mata Ibnu Timiyah:

Di sini akan disebutkan beberapa pendapat Ibnu Taimiyah dalam melihat kekurangan pada pribadi Ali:

Disebutkan dalam kitab Minhaj as-Sunnah karya Ibnu Taimiyah, bahwa Ibnu Taimiyah meremehkan kemampuan Ali bin Abi Thalib dalam permasalahan fikih (hukum agama). Ia mengatakan: “Ali memiliki banyak fatwa yang bertentangan dengan teks-teks agama (nash)”. Bahkan Ibnu Taimiyah dalam rangka menguatkan pendapatnya tersebut, ia tidak segan-segan untuk mengatasnamakan beberapa ulama Ahlusunnah yang disangkanya dapat sesuai dengan pernyataannya itu. Lantas dia mengatakan: “As-Syafi’i dan Muhammad bin Nasr al-Maruzi telah mengumpulkan dalam satu kitab besar berkaitan dengan hukum yang dipegang oleh kaum muslimin yang tidak diambil dari ungkapan Ali. Hal itu dikarenakan ungkapan sahabat-sahabat selainnya (Ali), lebih sesuai dengan al-Kitab (al-Quran) dan as-Sunnah”[6].

Berkenaan dengan ungkapan Ibnu Taimiyah yang menyatakan bahwa banyak ungkapan Ali yang bertentangan dengan nash (teks agama), hal itu sangatlah mengherankan, betapa tidak? Apakah mungkin orang yang disebut-sebut sebagai ‘syeikh Islam’ seperti Ibnu Taimiyah tidak mengetahui banyaknya hadis dan ungkapan para salaf saleh yang disebutkan dalam kitab-kitab standar Ahlusunnah sendiri perihal keutamaan Ali dari berbagai sisinya, termasuk sisi keilmuannya. Jika benar bahwa ia tidak tahu, maka layakkah gelar syeikh Islam tadi baginya? Padahal hadis-hadis tentang keutamaan Ali sebegitu banyak jumlahnya. Jika ia tahu, tetapi tetap bersikeras untuk menentangnya-padahal keutamaan Ali banyak tercantum dalam kitab-kitab standar Ahlusunnah yang memiliki sanad hadis yang begitu kuat sehingga tidak lagi dapat diingkarinya- maka terserah Anda untuk menyikapinya! Lantas, apa kira-kira maksud dibalik pengingkaran tersebut? Karena kebodohan Ibnu Taimiyah? Ataukah karena kebencian Ibnu Taimiyah atas Ali? Ataukah karena kedua-duanya? Bukankah Ali termasuk salah satu Ahlul Bait Nabi,[7] dimana sudah menjadi kesepakatan antara Sunnah-Syiah bahwa pembenci Ahlul-Bait Nabi dapat dikategorikan Nashibi atau Nawashib? Lantas manakah bukti bahwa Ibnu Taimiyah adalah pribadi yang getol menghidupkan kembali ajaran salaf saleh, sedang ungkapannya banyak bertentangan dengan ungkapan salaf saleh?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2010 11:08 AM | Show all posts
Ibnu Taimiyyah bukan ulama Sunni maka siapa yang mengambil kata2nya, juga bukan dari kalangan Sunni...jelas Tuan Nazrulism?

Yang lebih parah lagi, setelah ia meragukan semua keutamaan Ali bin Abi Thalib, dari seluruh ungkapannya tersebut, akhirnya ia pun meragukan Ali sebagai khalifah. Hal itu merupakan konsekuensi dari semua pernyataan yang pernah ia lontarkan sebelumnya. Mengingat, dalam banyak kesempatan Ibnu Taimiyah selalu meragukan kemampuan Ali dalam memimpin umat. Oleh karenanya, dalam banyak kesempatan pula ia menyebarkan keragu-keraguan atas kekhalifahan Ali. Tentu saja, metode yang dipakainya dalam masalah inipun sama sebagaimana yang ia terapkan sebelumnya -seperti yang telah disinggung di atas, yaitu; dengan cara menukil beberapa pendapat yang sangat tidak mendasar, dan tidak jujur sembari mengajukan pendapat pribadinya sebagai pendapat tokoh-tokoh salaf saleh.

Berikut ini adalah beberapa contoh dari ungkapan Ibnu Taimiyah dalam masalah tersebut:

1. “Diriwayatkan dari Syafi’i dan pribadi-pribadi selainnya, bahwa khalifah ada tiga; Abu Bakar, Umar dan Usman”.[32]

2. “Manusia telah bingung dalam masalah kekhilafan Ali (karena itu mereka berpecah atas) beberapa pendapat; Sebagian berpendapat bahwa ia (Ali) bukanlah imam, akan tetapi Muawiyah-lah yang menjadi imam. Sebagian lagi menyatakan, bahwa pada zaman itu tidak terdapat imam secara umum, bahkan zaman itu masuk kategori masa (zaman) fitnah”.[33]

3. “Dari mereka terdapat orang-orang yang diam (tidak mengakui) atas (kekhalifahan) Ali, dan tidak mengakuinya sebagai khalifah keempat. Hal itu dikarenakan umat tidak memberikan kesepakatan atasnya. Sedang di Andalus, banyak dari golongan Bani Umayyah yang mengatakan: Tidak ada khalifah. Sesungguhnya khalifah adalah yang mendapat kesepakatan (konsensus) umat manusia. Sedang mereka tidak memberi kesepakatan atas Ali. Sebagian lagi dari mereka menyatakan Muawiyah sebagai khalifah keempat dalam khutbah-khutbah jum’atnya. Jadi, selain mereka menyebutkan ketiga khalifah itu, mereka juga menyebut Muawiyah sebagai (khalifah) keempat, dan tidak menyebut Ali”.[34]

4. “Kita mengetahui bahwa sewaktu Ali memimpin, banyak dari umat manusia yang lebih memilih kepemimpinan Muawiyah, atau kepemimpinan selain keduanya (Ali dan Muawiyah)…maka mayoritas (umat) tidak sepakat dalam ketaatan”.[35]
Jelas sekali di sini bahwa Ibnu Taimiyah selain ia berusaha menyebarkan karaguan atas kekhalifah Ali bin Abi Thalib kepada segenap umat, ia pun menjadi corong dalam menyebarkan kekhalifahan Muawiyah bin Abu Sufyan. Sedang hal itu jelas-jelas bertentangan dengan akidah Ahlusunnah wal Jama’ah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2010 12:08 PM | Show all posts
1067# Nazrulism
Apa tuan fikir... 6 hari tu dah habis ker jika diukur dengan masa manusia ?.. tuan yg ikat Tuhan dengan masa.. semuanya bergantung pada program yg ditetapkan diawal.


relax..cuba baca apa yg Tuan tulih elok2...

1. Tuan tulih 6 hari Allah Taala belum habis berbanding masa manusia, maknanya sampai sekarang la...jadi, bukankah Tuan yg mengikat Allah dgn 6 hari Allah Taala...

2. Saya tulih, takdir Allah telah di tulis (berdasarkan Al-Quran dan Hadis) di dlm kitab Lauh Mahfuz..dan lembaran yg telah spt yg Nabi sabdakan, bermaksud tidak ada perubahan lg dlm takdir Allah krn Allah itu Maha Sempurna..mustahil Dia nak buat pembetulan di atas TulisanNya..

Yg terikat dgn masa adalah takdir makhluk Allah yg telah di tulis dlm kitab Lauh Mahfuz..

Jgn persoalkan kenapa, kerana ianya diluar pemikiran kita..walaupun semuanya telah tertulih tp kita tetap tidak tahu apa yg bakal berlaku..maka, pilihan kita itu telah ditentukan Allah sebagaimana kita wajib beriman dgn perkara baik dan prkara buruk yg bakal kita tempoh krn ianya drpd Allah..


Manusia ada sedikit kelebihan... kebolehan (dengan IzinNya) memilih, untuk bertindak sebagai khalifah .. mentadbir dan mengurus. Jika tidak... tiada gunanya diturunkan  perintah dan larangan kepada manusia.


Firman Allah;

Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.(al-Insaan:30)

Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan semesta alam.(At-Takwiir :29)

Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan (dengan Dia).(Surah Al-Qashash :68)

Berbeza dengan fahaman sufi... taufik dan hidayah datang dari bisikan atau melalui cara lain, perintah dan larangan hanya merupakan ganguan kepada terekat dan suluk mereka.


Nampaknya Tuan mengambil hujah dr Ibnu Taimiyyah yg di tolak pendapatnya oleh ulama Sunni...


Tentang Uluhiyah... hendaklah mengikut Al-Quran dan Sunnah.. BUKAN ikut cara yg diajar oleh tok guru sufi.


Jadi Tuan tak setuju la dgn Tok Kenali dan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain Bin Mustafa Al-Fathani..?

BUKAN membenarkan 'kitab' yg ada pada mereka sekarang !

    48. "Dan Allah akan mengajarkan kepadanya Al Kitab , Hikmah, Taurat dan Injil."

Beriman dengan apa yg telah diajarkan kepadanya (Rasul s.a.w) .. BUKAN dari buku mereka itu!

    65." Hai Ahli Kitab, mengapa kamu bantah membantah  tentang hal Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan sesudah Ibrahim. Apakah kamu tidak berpikir?"

Dakwaan mereka tentang Ibrahim juga dibantah.. bermakna kitab yg ada pada mereka tiada yg tulen.... Injil yg mana satu saudara ikuti tanpa ragu-ragu dan keliru ?

    Kalu Tuan ada Injil lain, boleh la kita berkongsi..Injil Tuan kan banyak...

Saya tak ikuti mana-mana injil... kalau tuan nak kongsi tentang injil, boleh ke board kristian.


Nampaknya Tuan lebih suka menjawab dr mengambil berat isu yg benar...

Saya percaya Injil krn ianya rukun iman tetapi zaman dah maju, dunia dah berubah..kita wajib ikut Al-Quran..cuma kita tak nafikan Injil adalah kitab yg diwahyukan Allah kpd Nabi Isa dan Nabi Isa bukan membawa ajaran kristian...

Aduh..patut ka saya tulih mcm ni..kalu Tuan xmau percaya Injil , its ok!!! tutup cerita....

Kalau Adam tak makan buah tu.. dia tetap akan diturunkan ke dunia.


Dah confirm Tok Adam ni kes naya...disalahkan atas sebab pilihannya tetapi rupanya takdir dh siap tulih dia kena turun ke bumi gak....isyh..isyh..isyh..


Itu huraian dari apa yang dikatakan oleh Adam (sedara yg minta huraian )
Dari awal saya dah kata.. semuanya ada kaitan dengan takdir.. termasuk kemerdekaan memilih manusia juga sebagai takdir Tuhan. Samada dalam takdir IlmuNya, Takdir ketentuanNya, Takdir KemahuanNya, Takdir  keizinanNYa.


Kamu Musa, Allah telah memilihmu untuk diajak berbicara dengan kalam-Nya dan Allah telah menuliskan untukmu dengan tangan-Nya. Apakah kamu akan menyalahkan aku karena suatu perkara yang telah Allah tentukan empat puluh tahun sebelum Dia menciptakan aku?


Kerana Adam tidak mahu meletakkan konsep dosanya akan ditanggung oleh orang lain .. penyebab manusia diturunkan ke dunia (spt fahaman kristian)


Kata Musa: Wahai Adam, kamu adalah nenek moyang kami, kamu telah mengecewakan harapan kami dan mengeluarkan kami dari surga.

Nampaknya Nabi Musa yg Rasul Ulul Azmi pun tak faham mcm Tuan faham...


Jadi kita kena tahu apa jawapan Musa pada soalan Adam (warna merah).. barulah kita tahu samada kerana takdir yg telah ditetapkan ataupun kerana kesilapan pilihan Adam.


Tapi Adam menjawab, segala yg berlaku atas kesilapannya terpengaruhdengan syaitan kerana kelemahan (sbg manusia) yg ditakdirkan.

Ini ka jawapan utk takdir yg Allah dah tulih 40tahun sebelum Nabi Adam dicipta?


Tujuan saya tanya tu... agar sedara dapat berfikir dan dapat memahami bahawa lembaran yg telah kering itu tidak terikat dengan skala  0 masa manusia.


Kalu mcm tu, apa maksud Nabi lembaran yg telah kering?

Lembaran adalah kitab yg telah siap di tulih, apa yg berlaku telah tersimpan dlm kitab tu..sekiranya manusia hari ni buat perubahan, maknanya Allah kena bukak balik kitab tu dan sambung cerita..sebab byk lagi pilihan manusia yg kena tulih..2kali keja nih!!

yg ko nampak mcm ikan plastik tu.. Plastik pembungkusnya.
Plastik tak boleh makannnnnnn!


Tuan salah kedai beli nih...beli kat Ibnu Taimiyyah buat pa..dia mmg jual ikan plastik...bukan salah pembungkus, mmg betui plastik...nampak cantik tp x boleh makan...buat pa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.076584 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list