CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
 Author| Post time 1-4-2014 04:38 PM | Show all posts
merahsilver2U posted on 1-4-2014 04:27 PM
konpius i tau....

itu la... rasanya watak tempelan je...



Tak bosanlah kak. terima kasih lagi ada sebab sudi baca...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2014 04:40 PM | Show all posts
Kuala Terengganu
Terengganu


Nama dan nombor yang terpapar di telefon bimbitnya mengundang senyum. Segera Akmal menekan punat hijau.

“Assalamualaikum Reen…” Sapa Akmal apabila talian bersambung.

“Waalaikummusalam…abang…”

“Reen…kenapa ni?” Kening Akmal berkerut sedikit. Jelas kedengaran suara Zareen yang agak cemas. Terdengar pula tangisan Irfan menjadi muzik latar.

“Reen, kenapa dengan Irfan?” Soal Akmal lagi, mula menjadi tak keruan. Dalam hati beristighfar. Moga tiada sesuatu yang buruk berlaku pada Irfan.

“Abang… boleh tak abang pujuk Irfan?” Zareen membuat permintaan.

“Kenapa dengan Irfan?”

“Dia merajuk. Nak jumpa abang…”

“Oh..okay. Bagilah telefon pada Irfan…”

Senyap beberapa saat. Teka Akmal, telefon sedang bertukar tangan.

“Ayah…” Kedengaran suara Irfan teresak-esak.

“Irfan…kenapa nangis sayang?”

“Irfan...Irfan nak ayah…” Sedu-sedan suara Irfan sedikit sebanyak menyentuh hati Akmal.

“Ayah sibuk sayang. Kan ayah kerja…”

“Nak ayaaaaaahhhh…”

Akmal menarik nafas panjang. "Kenapa Irfan nangis ni?"

"Irfan nak ayaaahhhhhhhh..." Ayat yang sama diulang Irfan.

“Okay..okay. Macam ni…kalau Irfan nak jumpa ayah, Irfan kena janji satu benda dulu…”

Irfan teresak-esak tak menjawab.

“Irfan kena janji, tak mau nangis-nangis. Macam mana ayah nak datang kalau Irfan nangis?”

“Maksu cakap…maksu cakap…” Irfan tersedu. “Maksu cakap, nak ajak jumpa ayah baru…”

Akmal terdiam seketika. Perkataan ‘ayah baru’ menyebabkan dia tersentap sedikit.

“Siapa ayah baru tu?”

“Tak tahu…” Irfan masih teresak. “Irfan taknak ayah baru. Irfan nak ayah...”

Akmal terdiam lagi.
Last edited by Nicki_Meow on 2-4-2014 09:49 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2014 04:43 PM | Show all posts
“Ayah…”

Suara Irfan mengejutkan Akmal.

“Irfan janji dulu dengan ayah, tak mahu nangis, baru ayah datang…”

Di hujung talian, Irfan seperti tersedak-sedak mahu menghentikan tangis.

“Dah…ayah. Irfan tak nangis dah…janji…” Ujar Irfan, walau masih dalam sedu.

“Good boy. Kalau macam tu, hari Jumaat nanti ayah datang jumpa Irfan ya?”

“Hari Jumaat tu…bila?”

“Tiga hari lagi.”

“Mama…ayah cakap nak datang lagi tiga hari…” Terdengar suara Irfan menjerit kepada Zareen. Akmal senyum sendiri.

“Ayah..ayah. Nanti Irfan nak pergi taman…” Tangisan Irfan sudah berhenti.

“Okay…” Dalam senyuman, Akmal menjawab.

“Lepas tu, nak makan KFC.”

“Okay…boleh…”

“Yeayyyyy….”

Akmal ketawa lalu menggelengkan kepala. Keletah Irfan sentiasa mencuit hatinya. Rindu kepada anak arwah Asyraf itu semakin kuat. Sama kuat dengan rindu pada mamanya…

Akmal menarik nafas perlahan.

“Irfan sayang ayah tak?”

“Sayang.”

“Kalau sayang...tak mahu nakal tau?”

“Okay.”

“Dengar cakap mama. Tak mahu nangis-nangis lagi…”

“Okay.”

“Kasi ayah cakap dengan mama sekejap….”

“Mama…ayah nak cakap.”

Senyap beberapa saat. Pastinya, telefon sedang bertukar tangan lagi.
Last edited by Nicki_Meow on 1-4-2014 04:48 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2014 04:44 PM | Show all posts
“Abang…” Suara Zareen menerjah. “Thanks sebab tolong pujuk Irfan.”

“Kenapa teruk sangat Irfan menangis?”

“Zaralah tadi. Gurau tak kena tempat...”

Akmal senyum.

“Reen…”

“Ya?”

“Reen sihat?”

“Sihat. Abang sihat?”

“Alhamdulillah.”

Terdiam sebentar.

“Reen..”

“Ya?”

“Siapa ayah baru tu?”

Zareen terdiam lama di hujung talian.

“Reen…” Akmal tak senang duduk.

“Tak ada siapalah. Zara tu yang gurau lebih-lebih sangat.”

Ayat Zareen kurang meyakinkan tetapi Akmal tidak mahu bertanya banyak buat masa ini.

“Abang betul-betul ke nak datang Jumaat nanti?” Soal Zareen.

“Iya. Abang dah janji dengan Irfan. Takkan abang nak mungkir janji? Lama tak jumpa Irfan, rindu pulak.”

Terdengar Zareen ketawa kecil.

“Dengan mama Irfan pun abang rindu..”

“Isk…abang ni…”

Akmal senyum sendiri.

“Okaylah Reen. Kita jumpa hari Jumaat nanti.”

“Abang kirim salam pada abah, mak, Nani..ya?”

“InsyaAllah…”

“Assalamualaikum.”

“Waalaikummusalam…”

Talian dimatikan. Akmal meletakkan telefon bimbitnya kembali di atas meja.

Ayah. Baru.

Dua perkataan ini mendatangkan resah. Last edited by Nicki_Meow on 2-4-2014 09:57 AM

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 11:07 PM | Show all posts
Fuhhh...pnjg lg cite ni nih

* I dh edit...Huhu... Last edited by sarizu on 1-4-2014 11:09 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2014 11:08 PM | Show all posts
Ehhh...apsl kuar icon tu?

I tkn yg ni la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2014 11:54 AM | Show all posts

Nicki....

ada lagi tak sambungan....??





Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2014 12:22 PM | Show all posts
sambung lagi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2014 12:38 PM | Show all posts
Nicki_Meow  ... jgn lupa ya hikhik zack n kate
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 03:52 PM | Show all posts
mana zack ni...ai dah rindu dkt zack ni......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2014 09:20 AM | Show all posts
Salam,

Sambung sikit untuk hari ni.

@sarizu    Dah jadi CerPAN, panjang lagi le jawabnya....

@UsuFie  @ovina   Ada sambungan. Slow-slow lah yek. Idea yilek...

@azahianas   Tegar betul uols menyokong Zack dengan Kate ek....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2014 09:34 AM | Show all posts
Episode 44

MyVi hitam yang dipandu oleh Zack meluncur di atas jalanraya dengan kelajuan sederhana. Hanif pula masih menunjukkan wajah tanda-tanya, bercampur dengan bengang. Muka Zack yang selamba menyebabkan hatinya mula suam-suam panas.

“Sebenarnya, kau nak mintak tolong apa?” Hanif menyoal buat kali ke tiga.

“Nantilah aku cerita. Tunggu tuan punya badan ada sekali. Senang…” Jawapan yang lebih kurang sama juga Zack berikan.  

Beriya Zack mengajak keluar malam ini. Selain ajak makan, Zack turut mengatakan mahu meminta bantuan. Bantuan apa? Hanif tak tahu. Zack memberi alasan ‘tunggu tuan punya badan ada sekali.’ Masalahnya, pemilik tuan punya badan pun dia tak tahu siapa. Zack bagai mahu berteka-teki pula. Di sebabkan malas hendak banyak bersoal-jawab. Hanif menurut saja.

Dan disebabkan malas hendak bersoal-jawab juga, dia terus diselubungi teka-teki.

“At least, boleh tak kau beritahu, kita nak pergi mana?” Hanif menyoal lagi.

“Rileklah Nep. Yang kau gabra sangat, apahal?”

“Kau jangan nak bawak aku pergi tempat bukan-bukan…sudah.” Hanif beri amaran.

“Tempat bukan-bukan mana pulak?”

Hanif gelak besar. Zack memutarkan biji mata, pantas memahami maksud kata Hanif.

“Wak lu! Kau ingat, aku layan tempat-tempat macam tu?”

“Manalah tau? Dari tadi aku tanya, kau tak nak jawab. Macam ada rahsia besar je.Sebab itu aku bagi warning awal-awal. Karang, tak pasal-pasal masuk 999.”

“Okay apa, masuk 999? Glamour dowh…” Zack sengih. Hanif geleng kepala.

Tatkala Zack membelokkan kereta ke arah Vista Tasik, kening Hanif berkerut. Otaknya dikerah untuk mengingati sesuatu.

“Zack, kita nak jumpa siapa sebenarnya ni?”

Zack menjawab dengan sengih lagi. Keretanya di parkir di tepi jalan. Enjin dibiarkan hidup.

“Ini, rumah kakak tiri kau kan?”

Zack angguk beberapa kali. Matanya melilau memandang ke arah luar. Tepat jangkaannya. Farid ataupun mamat saiko, ada di sini. Keretanya juga diparkir di tempat yang sama. Setiap kali. Seolah-olah tempat itu memang didaftarkan khas atas nama Farid. Sepertinya Farid memang tak ada kerja lain selain memerhatikan Amy, mengintip pergerakan Amy. Memang patutlah Amy rimas.

Ikutkan hati, mahu saja dia memberi amaran pada Farid. Tapi, menurut Amy, Farid memang tak faham Bahasa.

Gila saiko...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2014 10:06 AM | Show all posts
“Zack...” Panggil Hanif. Zack menoleh. “Apahal sebenarnya ni?” Tidak boleh tidak, Hanif menyoal lagi.

“Kau nampak mamat tu?” Soal Zack pula.

“Mana?”

“Yang bawah lampu tu…”

“Yang sandar tepi Lancer tu?”

Zack angguk.

“Kenapa dengan mamat tu?” Soal Hanif buat kesekian kali. Siapa lelaki yang disebutkan Zack, dia kurang pasti. Langsung tak ingat siapa.

“Mamat tulah punca masalah ni.”

“Masalah apa, Zack? Masalahnya sekarang, kau pun sama jugak bermasalah. Dari tadi aku tanya, apa masalahnya? Kau tak jawab-jawab sampai sekarang.”

Zack sengih lagi. “Nantilah aku cerita. Aku suruh Amy turun dulu.”

Hanif terdiam. Zack terus mengeluarkan telefon bimbit dari poket jeans sebelah kiri tanpa menyedari, wajah Hanif berubah. Mesej ringkas dihantar kepada Amy, untuk memaklumkan bahawa mereka sudah sampai.

“Zack…” Panggil Hanif. Zack menoleh dengan kening terangkat.

“Sejak bila kau berbaik dengan Amy?”

“Itu hari.” Zack tidak memberi jawapan tepat. Dia pun tak tahu, bila masa yang tepat dia dan Amy berbaik.

Hanif mengangguk perlahan. Dalam hati, sedikit kaget. Segan dan teruja bergaul. Dia pernah berjumpa dengan Amy hanya sekali. Semenjak itu, terdetik di hati untuk berkenalan lebih lanjut. Tetapi, dek kerana segan, niat itu di pendam hingga terus dilupakan. Lagipun, Zack tidak pernah berbaik dengan Amy. Pasti janggal jika tiba-tiba saja, dia mahu meminta Zack menjadi orang tengah.

Sekarang, mungkin dia berpeluang. Jantungnya tiba-tiba berdegup lebih laju dari biasa. Gelisah semacam rasanya.

“Amy dah sampai.” Zack berkata. Dari cermin pandang belakang, Zack melihat Amy berjalan ke arah keretanya. Terus Zack keluar dari kereta diikuti Hanif di sebelah sana.

Zack menyapa dengan senyuman. Amy senyum dengan kening terangkat. Matanya terarah pula pada Hanif lalu senyum segan.

“Hai…”

Hanif angguk dan turut tersenyum, tanpa suara. Tak tahu apa yang hendak dikatakan pada Amy.

“Kak, ni Hanif. Hanif, Amy. Ala, korang dah pernah jumpakan?” Zack berkata. Amy dan Hanif senyum dan angguk lagi.

Amy menjeling pandang kepada Farid di seberang jalan. Dia tahu, Farid memerhatikannya sejak dia keluar dari pintu masuk Vista Tasik. Dan pandangan mata Farid semakin tajam tatkala melihat dia berbual dengan Zack dan Hanif.

Zack turut memandang sekilas ke arah Farid lalu menggelengkan kepala.

Memang bermasalah betul Mamat ni…

“Jomlah.” Zack mengajak Amy masuk ke dalam kereta. Amy mengangguk. Mereka bertiga masuk ke dalam kereta milik Zack.

Amy memerhatikan lagi Farid di seberang jalan. Bahasa tubuh Farid jelas menampakan berang. Amy tarik nafas panjang. Terasa cuak namun perasaan itu cuba dibuang jauh. Selama ini, dia bersabar saja dengan tingkah laku Farid. Tapi, sebagai manusia biasa, kesabaran itu ada hadnya. Walaupun Farid tidak pernah bertindak diluar jangkaan, Amy benar-benar rasa rimas dengan sikap Farid. Panggilan telefon dan setiap mesej yang diterima dari Farid begitu menjengkelkan. Mahu ditukar nombor telefon, terasa rugi berbuat begitu. Lagipun, tiada guna berbuat begitu. Tak dapat telefon, Farid tegar menunggu di kawasan tempat tinggalnya. Begitu juga di tempat kerja. Macam tak ada kerja lain...

Terfikir juga sama ada tindakannya ini betul atau tidak. Sengaja berpura-pura mempunyai teman lelaki yang baru dengan harapan, Farid akan mengalah dan terus hilang dari hidupnya. Mahukah Farid mengalah? Adakalanya, Amy terfikir untuk menurut saja saranan Noni, teman sepejabatnya agar membuat laporan polis. Masalahnya, polis pun belum tentu mahu menerima kesnya. Entah-entah, digelakkan sahaja.

"Zack...aku cuaklah." Amy bersuara. Risau juga seandainya Farid berbuat yang bukan-bukan.     

"Jangan risaulah. Kitaorang kan ada..." Balas Zack.

Kereta MyVi hitam bergerak meninggalkan kawasan itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2014 12:27 PM | Show all posts
Kerana tidak tahu mahu ke mana, Amy akhirnya mencadangkan untuk melepak di McDonald Jalan Cheras sahaja. Tiada bantahan lalu Zack memandu kereta ke situ. Sepanjang perjalanan, Amy dan Zack banyak berbual dan beberapa kali, bertikam lidah seperti selalu. Hanif lebih banyak berdiam diri. Tidak tahu mana hendak dicelah perbualan diantara Amy dan Zack.

Restoran makanan segera itu kurang sibuk walaupun hari minggu. Sama ada memang secara kebetulan yang restoran itu tidak sibuk setiap kali mereka datang ataupun, mereka memang bertuah kerana setiap kali datang, restoran itu kurang sibuk.

Nak kata McDonald itu tak berapa laku, seperti kurang logik pula. Anggap sajalah kebetulan. Senang sikit buat cerita.

Hanif menawarkan diri untuk membeli hidangan. Masih ada rasa segan untuk berbual dengan Amy. Setelah memilih makanan, Zack dan Amy pergi mencari tempat duduk manakala Hanif beratur di kaunter.

Sementara menunggu, Zack mengeluarkan telefon bimbit dan mencari halaman ke mukabuku. Kata laluan ditaip. Nama seseorang dicari sambil otaknya mengira perbezaan waktu di Malaysia dan United Kingdom. Jumpa. Namun butang hijau disebelah nama yang dicari tidak menyala tanda orang tersebut tidak berada dalam halaman mukabuku. Tak mengapalah. Mungkin orang tersebut sedang sibuk menjalani kehidupan seharian.

Sebenarnya, boleh saja dia terus menghantar mesej di Whatsap Kate. Tapi, sengaja tidak mahu berbuat begitu.

Di dalam lubuk hati, Zack sedikit terasa. Melalui email ataupun ketika berbicara dilaman chatting, dia tahu yang Kate semakin rapat dengan sepupunya yang bernama Chad itu. Gambar Kate dan Chad juga beberapa kali hinggap di halaman mukabuku milik Kate. Bukanlah dia cemburu namun Zack merasakan, Kate seolah-olah sudah mendapat pengganti ‘kawan’ yang baru.

Kalau bukan cemburu, terma apa yang lebih sesuai?

Zack geleng kepala. Terasa sikapnya kurang rasional. Siapa dia untuk menentukan hidup Kate? Dia tidak berhak menentukan dengan siapa Kate patut berkawan. Kate bukanlah kanak-kanak lagi. Sama seperti dia, Kate berhak untuk mencari kebahagiaannya sendiri, bukan?

It’s okay, Kate. Kalau kau happy, aku pun tumpang happy.

Laman muka buku didaftar keluar. Zack mengangkat muka lalu anak matanya bertembung dengan Amy yang secara kebetulan, sedang memerhatikannya.

Janggal.

Lama mereka saling merenung sebelum Amy tunduk, melarikan anak mata. Last edited by Nicki_Meow on 9-4-2014 11:00 AM

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 02:00 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 31-3-2014 08:59 AM
Hai orang kampung!  

Pekabo? Lama tak nampak...busy sangat ke? Anak uols dah b ...

anak masih 4 ... belum bertambah .... ekekekekkekeke
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngapee xleh repot polis plak? Seksual harrassment apa farid tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2014 09:06 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 7-4-2014 03:34 PM
Ngapee xleh repot polis plak? Seksual harrassment apa farid tu

Bukan tak boleh. Saja taknak pergi report. Tipikal mentaliti... pergi report polis pun belum tentu dilayan katanya...

Selalukan...jumpa orang camni...

Btw, kalau ikut prosedur, selagi tak mendatangkan kecederaan, polis memang tak boleh buat apa-apa kan? Setakat failkan report aje gitu. Ke camna?  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2014 09:09 AM | Show all posts
Hanif datang membawa dulang penuh berisi makanan. Muka Zack dan Amy dipandang bergilir-gilir. Pelik. Masa dalam kereta tadi, bukan main lagi kedua-duanya berbual rancak. Sekarang ini, senyap pula.

Dah bergaduh balik ke?

Dulang makanan diletakkan di atas meja. Hanif mengambil tempat duduk disebelah Zack. Yalah, takkan tiba-tiba nak duduk disebelah Amy pula? Nampak agak gelojoh jika begitu…

“Apsal korang ni?” Soal Hanif. Sejak petang tadi membawa ke malam, hidupnya dipenuhi dengan tanda soal gara-gara Zack. Kini, Amy turut sama menjadi punca tanda-soalnya.

“Tak ada apa-apa. Okay je…” Jawab Zack. Sebenarnya, dia pun tak tahu kenapa dia tersenyap begitu.

“Awak order McChicken kan?” Hanif menyoal Amy. Amy angguk dan senyum. Sebiji McChicken Hanif letak depan Amy. Amy pula, pantas mahu mencapai Sundae coklat kegemarannya tetapi…

“Wei. Aku punyalah tu.” Amy tertinggi suara apabila melihat Zack lebih pantas mencapai Sundae.

“Iya ke?” Zack membuat wajah selamba.

“Kan aku dah pesan pada Hanif tadi…”

“Ala…kau makanlah yang lain.” Ujar Zack, tanpa rasa bersalah. Amy pandang dulang makanan. Hanya ada McFlurry Oreo sebagai pemanis mulut. Dia tak mahu. McFlurry Oreo bukan kegemarannya.

“Apsal tadi kau tak nak suruh Hanif beli?” Suara Amy masih lagi meninggi. Geramnya pada Zack bertambah. Dah tahu nak makan, tadi taknak order!

“Lupalah…” Jawab Zack, pendek. Masih selamba, masih tanpa rasa bersalah.

“Monyet!” Amy melepaskan geram. Keterlaluan? Dia peduli apa. Zack lebih keterlaluan kerana mencuri aiskrimnya.

“Apa kau panggil aku?” Zack turut bersuara.

“Monyet!” Ulang Amy.

“Kau tu, beruk Mat Yeh!” Zack membalas.

“Kaulah beruk!”

“Kau pun sama!”

Hanif tepuk dahi. “Dah kenapa dengan korang ni? Pasal aiskrim aje pun. Itu pun nak gaduh ke?”

Tiada siapa yang memperdulikan Hanif.

Zack dan Amy terus bertikam lidah. Benar, mereka sudah berbaik. Tetapi, tabiat dari kecil itu memang sukar dibuang. Walau perkara sekecil Aiskrim Sundae berperisa Coklat itu pun, boleh menjadi punca pertengkaran.

Hanif bangun dari kerusi. Malas mahu melayan kerenah kanak-kanak berusia '27 tahun' itu. Last edited by Nicki_Meow on 9-4-2014 11:04 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 10:30 AM | Show all posts



cute la pulak..gaduh2 camtu...

jgn ada yg kena siram air dah ya...


Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 10:43 AM | Show all posts
sajelah tu nak create conflick dlm diri pembaca. Mesti manuskrip belum mencecah 450 mukasurat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.165827 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list