CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miawpink

[MISTERI SETEMPAT]sekumpulan remaja hilang di VILLA NABILA

 Close [Copy link]
Post time 19-11-2013 09:48 PM | Show all posts
kat CI cite jantan ni beritahu astro awani yang dia tido kat surau n siap solat...  ekekekeke...  tepuk dahi aku...  tang mana surau kalo polis jemput ko ngan gepren kat umah kawan ko tu...  alahai...

pastu mak plak dok cium2 pipi bagai...  ni aku terperasan kat berita tv3...  alahai mak... patut la anak rosak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2013 10:03 PM | Show all posts
bulanbulat posted on 19-11-2013 07:17 PM
so gamba hantu konon korang nampak bulat bulatkan tu, apa?

kita yg tak nampak ni diam2 je
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 10:34 PM | Show all posts
ni spesis bdk campak je kat ulu tebrau tu..menyusahkan org
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss posted on 19-11-2013 09:48 PM
kat CI cite jantan ni beritahu astro awani yang dia tido kat surau n siap solat...  ekekekeke...  te ...

betul2 tah yg mana betul...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
so rakyat malaysia yg percaya telah tertipu dgn tipu daya manusia
berjimba la syaitan dpt menyesatkan manusia dengan cite sebegini..mediumnya manusia jgk..

tgk berita td marah betul reaksi polis sb membuang masa dorang..byk lg kes realiti dan besar nk selesaikan..

so kesimpulannye..lepas ni dh xpayah percaya sgt..lantak korangla nk hilang..sape suruh cari penyakit
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 11:52 PM | Show all posts
Faraj dan zakar sendiri yang gatei, disalahkan hantu nabilla! Tak pasal2 nabila pulak yang jadi bahan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2013 12:42 AM | Show all posts
edoraixora posted on 18-11-2013 04:56 PM
aku dah tag die...tapi macam x jadik jer

harap kau mdengar seruanku ini wahai amir

sori2, baru dapat online. 1 hari lebih tak online teman wife baru bersalin kat hospital petang semalam

tak sempat merempit lagi benang ni, rasanya semua dah tau berita sebenar yang remaja hilang tu cuma sorang, izzat izzuddin, hilang bukan kena sorok, tapi 'menyorok' kat rumah kawan

Memang betul sy pernah ke villa nabila sekitar bulan 5 tahun 2008 dulu. masa tu tengah tunggu kedai printing compile tesis final jadi ada la gap 2, 3 hari sebelum submit kat supervisor. Time tu kolej dah sunyi, ramai yang dah balik cuti sem. Tinggal sy dgn kwn2 junior yg malas nak balik awal je kat kolej. Memang boringlah sebab ramai takde. Jadi sorang kawan sy ni ajak pergi villa nabila secara spontan. Masa tu pukul 3 pagi. Sy dgn sorang lagi kawan terus cakap setuju. Sampai kat pak guard tipu cakap nak balik kampung Kalau tak, mananya lepas nak keluar U pagi2 buta camtu.

Sebenarnya kitorang bertiga masing2 ada sebab yg sama kenapa tak nak stay kat bilik sorang2 malam tu....kitorang kena ganggu kat bilik masing2 pada hari sebelum tu. Masing2 duk sorang2 sebilik, mana tak seriau hehe.

Dipendekkan cerita (kitorang pergi kacau mak nyah dulu sebelum Subuh kat Jalan Orked haha), sekitar pukul 6:30 pagi sampai kat kaki bukit nak menghala ke villa nabila (kitorang datang dari arah belakang). Tapi sampai kat villa tu dalam pukul 7, sebab makan masa setengah jam nak pujuk sorang kawan kitorang ni naik atas. Takut sampai nak nangis. Last2 dia tunggu je dalam kereta. Jadi sy dgn kawan yg bagi idea nak ke villa ni pergi berdua, sy bawak kamera Canon PowerShot A470 masa tu.

Sampai atas bukit, ada beberapa buah rumah termasuk banglo tinggal yg dah terlalu usang kat situ. Kawan sy tu pernah masuk dalam beberapa tahun sebelum tu, katanya dah jadi sarang penagih. Sarang je, penagihnya takde masa tu. Sy snap gambar luar, ada la beberapa keping gambar yg nampak mcm ada penampakan pelik. Sayang pulak gambar ori ntah hilang ke mana, rasanya ada dlm hdd lama yg dah rosak. Yg ada pun cuma gambar yg pernah sy tempek kat blog.

Tapi sebenarnya rumah dan banglo yg kitorang pegi tu bukanlah Villa Nabila yg dimaksudkan. Villa tu sebelah je dgn banglo tinggal ni. Kitorang perasan villa 3 tingkat tu masa dah nak balik, terlindung di sebalik daun2 pokok besar. Cuma masalahnya kitorang tak tau macamana nak ke sana sebab antara banglo tinggal dgn villa nabila tu ada jurang. Disebabkan kitorang datang dari arah belakang, jadi tak nampak pintu masuk ke villa nabila tu.

Daripada makluman yg sy dpt, nama Villa Nabila sebenarnya tak wujud. Ntah macam mana boleh naik nama ni sedangkan nama sebenarnya villa tu Christine Palace. Mungkin orang buat2 cerita, nak bagi sedap bunyi dia letaklah nama Villa Nabila. Kalau letak nama Villa Salmah tak sedap pulak bunyinya

Disebabkan kes 'orang hilang' ni blog sy terima 20 ribu unique visitor semalam. Tak pernah dapat capai sebanyak tu. Biasa sekitar 1500 sehari je (sekarang ni dah drop teruk cuma sekitar 200-300 sehari sebab dah jarang update dan dah takde mood nak blogging).

Sekian
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 12:49 AM | Show all posts
yg kesiannya.. ada yg sanggup pegi ngan laki tengah2 malam buta nak tangkap gambor hantu dalam rumah buruk nak roboh tuh.. padahal bebudak tuh tengah bersedap-sedapan ngan awek kat umah kawan...kah...kah...kah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2013 12:54 AM | Show all posts
satu mesia kena tipu. wartawan berita lagilah suka kalau ada cerita macam ni. last2 david teo jugak yg untung sbb dpt promosi percuma pasal highland tower. budak2 tu pergi sana lepas terpengaruh dgn filem highland tower katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 01:30 AM | Show all posts
misteri sungguh...hmmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
amirezu posted on 20-11-2013 12:42 AM
sori2, baru dapat online. 1 hari lebih tak online teman wife baru bersalin kat hospital petang sem ...

Tahniah..dpt baby....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 03:54 AM | Show all posts
ala ending yg mengecewakan....
sama mcm ending pilem2 hantu melayu yg berakhi dgn mimpi...

iols expect something yg havoc la...

cthnya : budak yg hilang tu dijumpai tidak sedarkan diri di sebuah bilik bawah tanah.. bilik bawah tanah tu pula menyimpan banyak barang2 artifak yg rata2 nya bernilai jutaan ringgit... then di sebelah bilik tersebut terdapat 1 ruang yg agak besar. rupanya dlm ruangan tersebut pihak polis menemui sekumpulan 23 org budak yg telah mati dibunuh dan mayat2 mangsa tidak berkepala... setelah disiasat rupenye terdapat hampir 100 tubuh mayat yg disimpan di dalam ruangan tersebut, dan keadaan fizikal mayat ada yg sudah reput & berbau.. termasuk juga yg berulat... dan pihak polis mengeluarkan kenyataan bahawa penemuan mayat2 tersebut telah merungkai misteri kehilangan beberapa penduduk tempatan jb yg tidak ditemui selama ini...

budak yg di jumpai dlm bilik artifak itu kemudian dipulihkan tenaga batinnya melalui kaedah tradisional... tetapi malangnya budak tersebut telah bisu & buta selepas dipulihkan semangatnya...

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 07:40 AM | Show all posts
jadik topik hangat kat cafe tadi
koliang2 yang dok berlonggok
semua dok kutuk

hahaahah skrg orang bukan bangsa dia pung
handal bab2 wat citer auta nehh

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 07:47 AM | Show all posts
Hazabbb sangat okehh??? Memang jadi sejarah. Rasa nak ketuk2 je kepala budak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 08:00 AM | Show all posts
kurang hajo. tgk berita mlm td rasanya klu budak tu ada dpn mata mmg dh kena balun kot.
lps ni klu dia hilang lagi..toksah dok kalut2 carik laaa. biarpun dh sebulan 2 hilang. lantak pi kt dia. klu hilang lg lps ni, aku xde dh nk doakan dia selamat n dijumpai..baik hilang terussssss. menyusahkan orang je. yg maknye pun,siap cium2 pipi.. backup anak bagai..."ini kali pertama izzat gagal hubungi saya bila dia xbalik rumah". tolonglah makcik. pasal ni la anak makcik tu perangai mcm hamjad. dh makcik duk backup je bila dia dh bt salah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2013 08:30 AM | Show all posts
kat tb 3 ckp polis yg jumpa budak ni
pada hal kat surat khabar ckp budak ni sedap tdo ngan gf dia....
asal tb3 auta?
mak dia siap pelok cium macm siang tu bru jmpa ank..
kat belog mazidul da mlm tu jmpa ank
siap ayh dia ckp x caya ank dia kna culik makhluk alus...


persoalan np tb3 x nk gtau izat tu sedap tdo ngan gf dia?
gtau je
hot chat hot fm da bincang kan pasal ni

Remaja yg dikatakan hilang memohon maaf kpd semua kerana menyusahkan.

#HotChat: Menyusahkan orang.
Cth: Saya selalu susahkan jiran, tolong masak utk kitorang.
Kawan ofis selalu susahkan saya, mintak tolong 'punch-card' sbb dia dtg lambat.

Pernah terkono macam ni tak? Kongsikan dgn #AMKrew.


sedap je minta maap ye dik...
glemer ko dik..
menipu satu mesia
semoga nabila saman ko dik
terkencing la ko nk byr saman

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2013 08:54 AM | Show all posts
nah troll



budak ni mmg mintak penampor n kaki kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2013 09:03 AM | Show all posts
suterabiru123 posted on 20-11-2013 08:54 AM
nah troll

kih kih kih
sian sian sian
sian tok moh
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 09:08 AM | Show all posts
last2 kat umah kawan dia je..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 09:15 AM | Show all posts
RatuDunia94 posted on 20-11-2013 03:54 AM
ala ending yg mengecewakan....
sama mcm ending pilem2 hantu melayu yg berakhi dgn mimpi...

kalau betul la sinopsis nih... mau iolls tak dpt tido malam setahun...



confirm David Teo amik wat citer hahha...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.087569 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list