|
Adalah dalam seminggu setelah itu barulah aku tahu bahawa mereka bercakap benar.
Pada masa itu aku sekali lagi harus menyiapkan kerja agak lewat.
Ini adalah disebabkan , aku harus mengira gaji mereka ( tutup kong).
Seperti biasa Dasuki dan Yono duduk di atas lantai sambil mengira-ngira yang ntah apa pun aku tak tahu.
Mereka ada mengambil dua helai kertas dan melakarkan sesuatu.
Padaku mungkin mengira gaji atau mentelaah nombor untuk di beli esok setelah ada menerima gaji.
Sedang aku dok asyik dengan alat pengira dan memasukkan data , Dasuki memecah kesunyian.
" Abang besok ada keluar" soal nya.
" Ya, ada, kenapa" soal aku pula membalas.
" Saya mau tumpang. Jam berapa abang keluar?" tanya lagi.
" Pagi saya datang kantor sekejap. lepas tu pergi opis, sudah selesai sana saya kembali" aku memberitahu akan jadual ku.
"Nanti sudah sampai, abang tunggu sama aku, ye ?" katanya.
" Okay , awak nak keluar pergi mana?" Aku menyoal.
" Biasalah bang, tikam nombor" Taryono mencelah.
" Hai , itu hari sudah kena, lagi tak cukup ?" aku memberi peringatan.
" Itu hari abang kasi, duit nak tikam tak banyak, belum gajian" terangnya.
" Mana nak banyak. Kan saya tanya berapa nak, awak cakap 1000 cukup, kenalah satu ribu, cukuplah tu" Aku pulak berkata.
Mereka berdua ni ada mintak aku nombor.
Jadi aku tanyalah berapa yang mereka hendak, jadi setelah mereka congak-congak maka mereka bersetuju dengan jumlah tersebut.
Mereka ingat aku memain cakap sebab , aku meminta sebuah al Qur'an selepas itu aku menyelak kepada beberapa juzuk dan berdo'a, lalu aku menuliskan nombor.
Aku memberi peringatan hendaklah mengambilnya sekadar cukup ngan jumlah pendapatan 1000.
Mereka beli satu ringgit. Maka kena hadiah pertama.
Aku beritahu mereka bahawa ini adalah pemberian dari Allah
kerana mereka dalam kesempitan dan bukan untuk yang lainnya.
Mengapa mereka harus menyembah tokong cina yang ada kat tapak pembinaan tu.
Ia adalah syirik dan lagi perbuatan sia-sia.
" Bang, bagilah nombor, bang" pinta Dasuki dengan senyuman.
" Aaah,... sudah...tak payah, cukuplah tu boleh hidup" kataku menolak.
Mereka berdua pun diam dan aku meneruskan kerjaku.
Dalam agak-agak lima belas minit macam tu, Yono kedengaran membisik sesuatu.
Aku memandang kepadanya dan Dasuki menggamit aku dengan tangannya supaya datang hampir.
Kantor aku adalah dua tingkat dan di bawahnya hanyalah tiang perencah.
Di perbuat begini tinggi agar air tidak memasuki ke dalam bilik kantor apabila hujan lebat.
Air akan turun mencurah-curah daripada bukit-bukit di sekelilingnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun datang mendapatkan mereka berdua.
Berdiri di antara mereka dan meninjau ke bawah.
Aku mendapat masalah untuk memokuskan pandanganku.
Taryono menarik bahuku supaya rapat lagi.
Pintu bilik kantor di perbuat daripada jenis sliding dan berkaca gelap sepenuhnya.
Aku kemudian pergi ke dinding yang berdekatan dan menutup lampu.
Keadaan luaran sekeliling menjadi terang pada penglihatanku.
Mataku sudah boleh melihat dengan agak baik.
Malam itu tidaklah gelap sangat kerana bulan menyuluh terang.
Kami diam. Taryono dan Dasuki memberi sepenuh tumpuan melihat di luar.
Aku pula tercari-cari apa yang mereka hendak tunjukkan kepadaku.
Agak lama jugak aku meninjau di sekeliling.
Dasuki dan Taryono menoleh seketika kepadaku.
Taryono kemudian memegang daguku dan mengalihkan ke tempat yang mereka pandangtumpu.
Agak-agak beberapa detik maka dapatlah aku melihat dan faham ngan apa yang mereka maksudkan.
Hatiku berdebar-debar dan mungkin juga hati mereka.
Sememang nya nampak jelas.
Sesusuk tubuh dengan agak perlahan berjalan atau mungkin boleh dikatakan gliding di atas jalan.
Menyusuri perlahan-lahan seperti amat payah sekali menaiki bukit yang berada di hadapan kami.
Dalam pada itu debaran dada dan degupan jantung tidak kedengaran.
Semacam ia berhenti menikmati pemandangan yang amat jarang dapat di temui.
Perlahan dan perlahan ia menyusuri.
Macam orang yang putus bercinta gamaknya berjalan.
Sepenuh tumpuan kami berikan, susuk tubuhnya agak kurus mungkin disebabkan oleh pakaian labuhnya yang berwarna putih kelam.
Mungkin dahulunya ia seorang wanita cantik yang jelita.
Berambut panjang yang boleh menggoda jikalau ditiup angin tetapi sayangnya tiada tiupan angin pada malam itu.
Ia berjalan dan berjalan dan kali ini sememang telah hampir kepada kami.
Dengan bilik kantor yang gelap dan bercermin gelap juga maka kami yakin dia tidak perasan atau tidak nampak bahawa kami ada mengintai atau pun melihatnya dengan nyata sekali.
Atau mungkinkah...?
|
|
|
|
|
|
|
|
rdza...sambung cepat sebelum ko pegi becuti...![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
meh aku sambungggg......
Dengan bilik kantor yang gelap dan bercermin gelap juga maka kami yakin dia tidak perasan atau tidak nampak bahawa kami ada mengintai atau pun melihatnya dengan nyata sekali.
Atau mungkinkah...?
sambungan......
dan tiba tiba taryono dan dusuki menyanyi,"dan mungkin bila nantiiii......kita kan bertemu lagi......satu pintaku jangan kau.........." sekali taryono dan dusuki menyanyi lagu PETERPAN daaaaa.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Ekekeke Grind wat lawak! ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://imgcash4.imageshack.us/Himg181/scaled.php?server=181&filename=mothmancardk4.jpg&xsize=640&ysize=480)
Ia terus berjalan menyusur dan memperdulikan kami yang mengintai di sebalik cermin.
Melewati kami dan kemudian semakin jauh dan hilang di telan kegelapan malam.
Setelah beberapa lama barulah kami merasa tenteram namun keseraman masih ada.
Aku kemudiannya memetik suis dan cahaya lampu menerangi semula kantor ku.
Aku mengemaskan kertas-kertas yang berkenaan , memasukkannya ke dalam beg , diiringi oleh teman ku yang dua orang tadi dan terus pulang ke rumah.
Esoknya aku bekerja seperti biasa namun aku akan pulang sebelum jam tujuh malam untuk hari-hari selanjutnya.
[ Last edited by rdzaccess at 27-8-2007 10:28 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
wakakaka.....aku heran...kawan engko dua orang tuh orang jawa ker orang rawa??dusuki dan taryono..macam mamat indon bina binaan jer bunyiknyer...ekekeke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1088 GRINDSAKHTANIC's post
ye la tu grind....
kan rdz ada ckp indon n bangla....
aku penah keje ngan kompeni yg ada pekerja indon....
kebanyakkan dorg ni baik n alim skit.....
pastu rajin laktu....
jgn xpecaya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kami pada ketika itu memang membuat pembinaan.
Membina rumah banglo untuk kelab golf.
Kedua-duanya ; Dasuki dan Taryono adalah orang jawa dari Indonesia.
Mengikut cerita mereka , di sana keadaan adalah amat payh sekali.
Terpaksa menggendung air yang di beli.
Ini adalah disebabkan ketiadaan paip air.
Namun begitu, keluarga mereka adalah terjaga.
Mereka ada menunjukkan foto kampung mereka dan rumah mereka walaupun di perbuat dari separuh batu dan kayu namun ia adalah besar sekali macam dua kali banglo di sini luasnya. |
|
|
|
|
|
|
|
~~Dasuki melepaskan pelepah sawit dan berlari ke arah ku.
Aku pun terus memecut melewati pelepah sawit dan Dasuki melompat membonceng dan terlalu amat rapat kat aku, sehinggakan aku dah mula duduk kat atas bakul motor.
Yang lebih susah lagi aku hendak mengendalikan motor aku adalah kerana pehanya terlalu rapat ke badan motor sehingga aku sebenarnya duduk atas peha dia.
" Bang,... laju bang, laju bang, laju bang" dia berkata dari belakangku.
Aku pulak terkial-kial untuk menguasai motor aku dengan keadaan kedudukan dia di belakang dan juga keadaan jalan tanah yang berlumpur dan kekadang berpasir lembut di sebabkan oleh hujan yang turun pada mulanya.~~
aku gelak gile bile bace part ni...sbbnye aku dok bygkan keadaan diorg kat atas moto time tu...wakakakaka.....![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
~Yang lebih susah lagi aku hendak mengendalikan motor aku adalah kerana pehanya terlalu rapat ke badan motor sehingga aku sebenarnya duduk atas peha dia~ ......aku pun tergelak sorang2 dpn pc baca perenggan ni..![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
best!best!sambung lagi rdza....![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1097 seroja's post
|
|
|
|
|
|
|
![](http://www.clicksmilies.com/s1106/liebe/love-smiley-072.gif)
dah jatuh chenta.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|