Post Last Edit by bunick at 6-8-2010 15:03
Hadif Iman melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Lampu jalan dan lampu kenderaan yang bertali arus di jalanraya sedikitpun tidak mampu mengusir bayangan gadis manis yang ditemuinya dua minggu lepas. Kenapa dia tak call aku? Desis Hadif Iman sendirian. Silapnya jugak sebab tak ambil details gadis manis pemilik nama Chengkeh Rozana itu. Hanya sebaris nama di kad pengenalan berwarna biru itu sahaja yang melekat di ingatannya. Takkan nak hafal nombor kad pengenalan pulak!
“Berangan apa ni bang? Teringat buah hati ke?” adik yang baru sahaja balik menyapanya.
Hadif senyum je. Tak tau nak cakap apa pada adik. Rasa malu pulak nak berterus terang yang dia sudah tertawan pada gadis yang hanya ditemuinya sekali sahaja. Silap-silap tiga hari tiga malam adik akan mentertawakan dia sebab jatuh cinta pada pemandu yang kehilangan lesen memandu.
“Adik tengok lately ni abang asyik termenung je. Ada masalah ke?”
“Masalah hati…..” pendek je jawapan Hadif.
“Ada cinta dalam hati la ni? Ada rindu dalam dada, ada kasih yang mula berputik, ada sayang yang bertandang punya kes la ni?”
“Sejak bila pulak adik pandai bagi ayat-ayat jiwang ni?” Hadif Iman kehairanan pula dengar ayat-ayat puitis meluncur laju dari mulut adiknya.
Adik gelak je, dia sendiri pun memang hairan bila dia cakap macam tu. Semuanya terpacul dari mulutnya secara spontan. “Siapa gadis bertuah tu bang?” tanya adik lagi. Memang bertuahlah gadis yang dapat memiliki Hadif Iman kerana abangnya itu jauh berbeza dengannya yang agak lepas laku. Hadif Iman adalah sebaik-baik lelaki yang dia kenal selepas ayah mereka sendiri. Hadif Iman yang penyabar, baik hati, pemurah dan segala sifat baik yang tidak ada pada dia semuanya terkandung dalam keperibadian abangnya.
“Entah la dik. Abang pun tak tau macam mana nak cari orang yang dah curi hati abang ni…” Keluh Hadif Iman.
“Abang ni jatuh cinta kat puteri bunian ke?”
“Ada pulak puteri bunian, perempuan tu makhluk biasa macam kita jugak la…”
“Mana lah tau…dah abang cakap tak tau mana nak cari perempuan tu. Tapi abang jumpa dia kat mana?”
“Errrr….abang tahan dia masa roadblock…” Hadif Iman mengaku jugak akhirnya. Makin lama disimpan dalam hati, resah itu makin menggigit jantungnya sendiri.
“Tak minta nombor telefon dia?”
“Tak, tapi abang bagi nombor telefon abang. Sampai sekarang dia tak call pun.” Kecewa sahaja nada suara Hadif Iman.
“Hmmm… adik rasa perempuan tu sengaja main tarik tali kot. Abang tunggu lagi seminggu, kalau dia tak call jugak maknanya dia tak sudi la tu.” Selamba je adik cakap. Mulut dia memang tak ada insurans. Insurans nyawa dia pun company yang bayar….
“Kita tengok je la dik….”
“Sabar ye bang…orang baik macam abang ni Insyaallah akan dipermudahkan jalan oleh ALLAH. Lainlah adik ni. Selalu sangat terjumpa perempuan yang tak betul…”
“Beg adik dah dapat ke?”
“Belum lagi, selalu lupa nak pergi kaunter aduan tu.”
“Jangan lambat sangat, kesian kat owner beg tu. Entahkan ada barang penting kat dalam beg yang dia nak pakai.” Nasihat Hadif kepada adiknya.
“Nantilah, esok adik pergi.” Janji Adik. Boleh percaya ke janji seorang lelaki bernama Hijjaz Amin ni????
“Adik dah makan?” Soal Hadif tiba-tiba. Dari tadi dia menunggu adiknya itu pulang. Hajat di hati mahu mengajak adik makan di luar.
“Belum…abang nak belanja adik makan ke?”
“Jom…” Hijjaz bangun dari sofa dan terus capai kunci kereta.
“Kita nak makan kat mana?”
“Kita pergi Kampung Baru nak?”
“Adik ikut je…”
Vios berwarna perak milik Hadif Iman terus meluncur laju membelah malam. Perut yang kian berkeroncong minta diisi membuatkan Hadif menambah kelajuan kereta itu. Namun, dia kembali memperlahankan keretanya. Mana boleh pegawai JPJ bawak kereta melebihi had laju yang ditetapkan….
Sebaik sahaja memarkir kereta, pandangan Hadif melekat pada meja yang diduduki oleh dua orang gadis. Serasakan bulan telah jatuh ke riba, bagai mimpi jadi nyata. Dan buah cempedak kini telah bertukar menjadi nangka muda. Masak lemak campur ikan kering pun sedap nangka muda tu.
“Abang tunggu apa lagi ni…jom lah turun!” suara adik mengejutkan Hadif Iman yang leka memerhatikan meja yang terletak diluar gerai itu. Dia membuka seat belt dan pintu keretanya telah pun dibuka dari luar oleh si adik. Bila masa pulak adik ni keluar dari kereta?
“Abang masuk dulu,adik nak pergi fogging jap.” Adik beredar ke bawah pokok besar yang terdapat ditepi jalan besar. Dah memang jadi kebiasaan dia untuk merokok sebelum makan, appertizer kononnya. Dan dia tak boleh merokok depan Hadif Iman sebab abangnya itu memang alergik dengan asap rokok.
Hadif Iman membaca bismillah dan terus menonong ke meja yang diduduki oleh dua orang gadis. Tawakkal ajelah….
“Assalamualaikum…” Hadif memberikan salam.
“Waalaikummussalam....bang, kami tak nak beli CD cetak rompak.” Tanpa mengalihkan pandangan dari kueytiaw tomyamnya, Bunick menjawab salam yang diberikan oleh Hadif Iman.
Chengkeh yang sedang menyudu nasi goreng daging merah ke dalam mulutnya terkaku bila melihat Hadif Iman tersenyum manis di hadapannya. Nak senyum ke tak ni….
“Ingat saya lagi?” Hadif Iman masih tersenyum pada Chengkeh.
Bunick yang menyedari ada kuch kuch kota hai antara Chengkeh dan penjual Cd cetak rompak itu mengalihkan pandangannya pada Hadif Iman. Diorang ni kenal ke?
“Hadif Iman kan?” Chengkeh mengulum senyum. Sungguh dia rasa macam nak melompat je sekarang ni.
“Err….ni ke tuan punya nombor telefon yang aku ‘ter’ buang tu Chengkeh?”
“Awak buang nombor telefon saya?” Hadif Iman pandang Bunick.
“Tak sengaja…” Bunick angkat tangan tanda minta maaf pada pegawai JPJ yang handsome tu.
“Patutlah awak tak call saya.” Hadif tengok balik Chengkeh yang dah beku macam ais kat dalam mangkuk lai chi kang atas meja.
“Sebab tu lah…” Keluar juga suara emas dari mulut Chengkeh.
“Boleh saya mintak nombor telefon awak?” Laju sahaja suara Hadif meluncur keluar dari mulutnya. Dia sendiri tidak percaya yang dia boleh bertindak pantas. Tidak mahu kehilangan untuk kali kedua.
“Boleh, boleh…” Bunick jawab bagi pihak Chengkeh. Tengok Chengkeh yang dah malu-malu kucing Siam ni rasanya memang tak ada halangan kalau Bunick bagi nombor telefon Chengkeh pada Hadif Iman.
Cepat-cepat Hadif Iman keluarkan telefon bimbit dari dalam poket seluar. Dia tekan keypad handphone bila satu persatu nombor Bunick bagitau dia. Ucapan terima kasih dia kalungkan buat Bunick yang cukup bekerjasama itu.
“Okeylah, saya tak nak ganggu you alls makan. Nanti saya call awak.” Hadif cakap kat Chengkeh yang masih diam membisu. Malu barangkali. Pipinya sudah merona merah, menambahkan kemanisan pada wajah bujur sirih itu.
“Come and join us..” Bunick ajak Hadif duduk satu meja dengan mereka.
“Takpe, saya dengan adik saya. Maybe next time..” Tolak Hadif perlahan. Kenapa lah ditolak pelawaan Bunick tu Hadif, kalau tak dapatlah kau tatap wajah kesayangan yang dah dua minggu muncul dalam mimpinya. Tapi takpelah, takut nanti tak tertelan pulak nasi bila asyik sangat tengok muka Chengkeh.
Hadif Iman berjalan ke arah adiknya yang sudah pun melabuhkan punggung di gerai yang terletak di hujung jalan. Bayangan Chengkeh dan Bunick hilang dari pandangan. Namun senyum tetap melebar di bibirnya. Nombor telefon Chengkeh sudah ada dalam genggaman, tinggal kini dia hanya perlu bertindak untuk memenangi hati si dara itu sahaja.
|