hehehehe cal senyum tengok gambar2 kat tamu kianggeh tu... in one of the pics ada gambar one of my grand aunts selling goods and one of my cousin buying goods
Banyak juga kuih-kuih tradisional brunai di jual di tamu kianggeh...
(p/s maaf banyak tak tahu nama2 kuih ni.... )
kat bawah ni (atas tarikh tu) , salah satu kuih favorite kita..
kat tempat kita di panggil 'kuih bata', kalau tak salah di brunei dipanggil 'kuih gatas'
Abang muhammad & isteri, salah seorang penjual kuih-kuih di sini...dalam bersembang-sembang, sempat lagi isterinya membungkus dua-tiga jenis kuih untuk kurasa..walaupun berkali-kali daku menolaknya...sebab dah kenyang breakfast tadi..
tadi dia kata kuihnya itu tahan sampai ke petang....memang benar dan sedap..!!
12/3 di jemput oleh Laila Tempawan di Hotel Brunei ke Restoren Aminah Arif untuk menikmati hidangan ambuyat...
di sini juga berkenalan dengan porumer yang lain...Nani & Mutiara..
Mod Lun belanja makan ambuyat...tunggu bila mod lun nak blanja lagi....