|
[Jenayah]
(VOL 11) KES KEMATIAN ZULFARHAN UPNM - #1906 - Akmal Akif bebas..18 lagi dipangg
[Copy link]
|
|
Lama ku tinggalkan thread..last perbicaraan april haritu ada update ke uols |
|
|
|
|
|
|
|
mmg kesilapan x hantar hospital, tapi iron org samapai jerit2 sakit, ramai2 pendera itu xde sorg pun simpati timbangrasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-5-2018 07:18 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
alepmama replied at 7-5-2018 10:43 PM
Lama ku tinggalkan thread..last perbicaraan april haritu ada update ke uols
Xda info dr informer.
|
|
|
|
|
|
|
|
bila next date perbicaraan agaknya kan
|
|
|
|
|
|
|
|
next tak silap 14 & 16 mei. tak lame dah
|
|
|
|
|
|
|
|
yup btol. tp disebabkan dorg ada bwk arwah pegi klinik n cuba selamatkan arwah takut seksyen bertukar jadi 304k je. so mmg not fair la. tp still mengharapkan mmg ada yg akan kena jerut leher nanti. baru puas aty kami rakyat malaysia ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari ni sehingga Rabu ada sambungan perbicaraam
Harap sgt ada yg update di sini
Jgn dek kerana cerita tang PRU14 jadikan thread ni terus tenggelam |
|
|
|
|
|
|
|
saya setia dgn thread ni. in sya allah. smga dipermudahkan |
|
|
|
|
|
|
|
waiting for latest update.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sending support & patiently waiting for #Justice4Farhan update. |
|
|
|
|
|
|
|
Bang mat sabu pegang portfolio Kementerian Pertahanan harapnya ambil serius kes tentera kena dera termasuk kes upnm ni. Jgn pulak upnm bertukar jadi sekolah henry gurney.
|
|
|
|
|
|
|
|
ada cross timeline kaka tentang case ni
ada kawan dari Johor post
sentiasa dihati
nak masuk bulan posa semula
waktu gini lah arwah kena dengan setan melaon2 tu
semoga kau tenang disana anakanda Zul Farhan
|
|
|
|
|
|
|
|
copy dpd benang lg 1
Punca kematian Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang dipercayai didera oleh rakan satu universiti adalah disebabkan kombinasi antara ‘hypervolemia', masalah jantung dan buah pinggang yang dialaminya.
Perkara tersebut diberitahu di Mahkamah Tinggi oleh seorang pakar forensik.
mStar Online melaporkan, Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang Dr Salmah Arshad, 37, berkata hasil dari bedah siasat mendapati mangsa mengalami pembengkakan jantung dan kegagalan sel ginjal.
Foto: mStar Online
“Kombinasi itu boleh menyebabkan kematian,” jawapannya ketika pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Seri M. Ramachelvam, yang mewakili Muhammad Afif Najmudin Azahat, pada perbicaraan hari keenam kes itu.
“Semua (bahagian badan), ia kombinasi. Saya tak boleh cakap yang mana satu (kesan lecur di badan yang menyebabkan kematian)."
Bedah siasat juga mendapati terdapat 90 kesan luka lecur darjah 1 hingga 3 di seluruh badan, termasuk punggung dan zakarnya.
Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin, Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali yang semuanya merupakan penuntut UPNM mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM, antara pukul 4.45 pagi dan pukul 5.45 pagi, 22 Mei 2017.
Tuduhan terhadap mereka yans kesemuanya berusia 22 tahun dikemukakan mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati mandatori.
Perbicaraan akan disambung Rabu ini di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Adik arwah ada update dekat ig.sorry tak reti nak tepek.
Tp update ringgkas je.. salient point dia dr salmah tu kata kematian mungkin berpunca dari alahan ubat antibiotik..ada sinar buat okt utk terlepas hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
don't worry. think positive. still ada point lg. OKT penyebab sume ni. harap takkan lepas mcm tu je. Dr salmah ckp klu bawak ke hospital arwah ada peluang tgi utk hidup. tp OKT tak kisah n dibiarkan arwah bergantung dgn ubat-ubat tu sume. so mmg tak de sape blh detect la arwah alergic ubat ke ape. klu bawak ke hosp cpt mungkin arwah blh diselamatkan. lgpn tak semua OKT yg bawak arwah pergi klinik kan. setakat 2 3 org. OKT ada 6 org. selebihnya buat apa? ada dorg ambik tau psl arwah? ada dorg kisah. mmg aku hrp sgt at least sorg dua kne jerut leher nanti. sepatutnya mmg kne bwk arwah ke hospital. bkn klinik biasa. kt hospital pn ada special unit klu melecur terbakar semua ni kan. sory OKT klu kau trlepas dunia akhirat nti kau takkan senang2 trlepas. kesian pn hawa. doa seorg ibu tu senang Allah makbul. semoga Pn Hawa kuat dgn semua ni
|
|
|
|
|
|
|
|
i still rasa kalau kena pun atas sebab kecuaian bukan sebab niat membunuh..mmg rasa pon bukan niat OKT nak bunuh, maybe just mencederakan dengan sengaja...
pasal jerut leher tu hahahh..i baru baca once of PH punya manifesto under perundangan, depa suruh mansuhkan hukuman gantung sampai mati sebab if im not mistaken, golongan lawyers yang tak agree dengan hukuman gantung ni atas alasan nyawa manusia bukan ditentukan oleh hukuman manusia dan mati dengan gantung tu kejamm...okt tu rasanya pengalaman dok penjara tu pun dah teruk kott, rasakan...
|
|
|
|
|
|
|
|
yeke hurmmm. dh buat org meninggal dorg aman2 je kena penjara kan. keluar penjara umur 28 29 cm tu. haihhhhh seronok la makan free je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Update untuk harini 16 May 2018
Kes bunuh UPNM: Pengamal perubatan Islam dakwa dapat petunjuk Zulfarhan curi komputer riba
KUALA LUMPUR: Seorang pengamal perubatan Islam memberitahu Mahkamah Tinggi dia mendapat petunjuk mengatakan Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia dipercayai didera rakan seuniversitinya, tahun lalu, mencuri sebuah komputer riba.
Abdullah Md Seh, 56, bapa kepada seorang daripada tertuduh dalam kes pembunuhan itu, berkata petunjuk tersebut diperoleh selepas mengadakan solat hajat dan solat sunat istikharah bagi membantu pelajar UPNM mencari individu yang mencuri komputer riba yang dikatakan hilang di universiti tersebut.
“Petunjuk datang dari gerak hati, nampak nama. Saya ada guna ‘barang’ jugak. Nama (Zulfarhan Osman) nampak, timbul pada pandangan saya,” kata bapa kepada Muhamad Ashraf, tertuduh ke-18 yang didakwa dengan sengaja mencederakan Zulfarhan Osman.
Abdullah merupakan saksi pendakwaan ke-13 berkata demikian ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah pada prosiding perbicaraan hari ketujuh kes itu, hari ini.
Ketika saksi menceritakan perkara itu, keluarga mangsa, keluarga tertuduh dan orang awam yang berada di galeri awam di dalam bilik bicara kelihatan berbisik-bisik dan kedengaran keluarga mangsa ketawa sinis.
Menceritakan lanjut, bekas pesara tentera itu berkata dia dihubungi oleh seorang lelaki yang mendakwa dirinya pelajar UPNM dan rakan kepada Muhamad Ashraf memberitahu ingin meminta pandangannya mengenai kes kecurian komputer riba di UPNM.
Memberitahu dia tidak mengingati bilakah panggilan itu diterima, Abdullah berkata pemanggil tersebut membacakan senarai nama beberapa individu yang disyaki mencuri komputer riba dan dia mencatitnya pada sehelai kertas sebelum melakukan solat hajat dan solat sunat istikharah.
“Saya tulis nama-nama itu dalam kertas. Kertas tu dah tak ada dah, sebab benda ni dah lama, saya tak simpan. Jadi salah seorang daripada (senarai nama) tu ada petunjuk mengatakan dia mencuri, tetapi tidak ada bukti,” katanya yang juga kemudiannya memberitahu Muhamad Ashraf bahawa Zulfarhan Osman adalah orang yang disyaki mencuri komputer riba itu.
Kepada soalan Othman mengapa Abdullah memberitahu nama orang yang disyaki mencuri itu kepada anaknya dan bukan kepada lelaki yang menghubunginya, saksi tersebut berkata ia kerana dia tidak mempunyai nombor telefon pemanggil dan dia diberitahu pemanggil adalah rakan kepada anaknya.
Abdullah berkata dia bagaimanapun beberapa kali berpesan kepada anaknya dan rakan-rakan supaya menyelesaikan perkara itu dengan baik, tidak bertindak di luar batasan dan mengadakan solat hajat, kerana tiada bukti dalam kes berkenaan.
Sementara itu, saksi pendakwaan Ke-14, Sarjan Mohd Tarmizi Saad, 39, yang bertugas di Pusat Perubatan UPNM memberitahu dia menemui sekeping nota yang diselit di pagar depan pusat perubatan itu pada 23 Mei 2017, kira-kira 9 hari sebelum Zulfarhan Osman meninggal dunia pada 1 Jun 2017.
Mohd Tarmizi memberitahu, dia kemudian membuka nota itu yang ditemui dalam keadaan berlipat dan di dalamnya tertera ayat, “Kalau ada hati perasaan, ada sifat perikemanusiaan, saya minta sangat-sangat pergi ‘ambush’ bilik 4-10, Blok Satria (depan masjid). Dalam tu ada pesakit sangat-sangat perlukan rawatan segera. SEGERA!!! – Hamba Allah.”
Saksi itu berkata dia kemudian mengambil nota bertulis tangan itu dan menyerahkan kepada Kapten Haryani Hassan, jurulatih bertugas pada hari berkenaan untuk tindakan lanjut.
Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin, Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM, antara pukul 4.45 pagi dan pukul 5.45 pagi, 22 Mei 2017.
Pertuduhan terhadap mereka yang kesemua berusia 22 tahun itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mang-sa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 4 Jun.
http://www.freemalaysiatoday.com ... curi-komputer-riba/ |
|
|
|
|
|
|
|
Ada petunjuk Zulfarhan Osman curi komputer riba
KUALA LUMPUR - Seorang pengamal perubatan Islam memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dia mendapat petunjuk mengatakan Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia dipercayai didera rakan seuniversitinya, tahun lalu, mencuri sebuah komputer riba.
Abdullah Md Seh, 56, bapa kepada seorang daripada tertuduh dalam kes pembunuhan itu berkata, petunjuk tersebut diperolehinya selepas mengadakan Solat Hajat dan Solat Istikharah bagi membantu pelajar UPNM mencari individu yang mencuri komputer riba yang dikatakan hilang di universiti tersebut.
“Petunjuk datang dari gerak hati, nampak nama. Saya ada guna ‘barang’ jugak. Nama (Zulfarhan Osman) nampak, timbul pada pandangan saya,” kata bapa kepada Muhamad Ashraf, tertuduh ke-18 yang didakwa dengan sengaja mencederakan Zulfarhan Osman.
Abdullah merupakan saksi pendakwaan ke-13 berkata demikian ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah pada prosiding perbicaraan hari ketujuh kes itu, hari ini.
Ketika saksi menceritakan perkara itu, keluarga mangsa, keluarga tertuduh dan orang awam yang berada di galeri awam di dalam bilik bicara kelihatan berbisik-bisik dan kedengaran keluarga mangsa ketawa sinis dengan mengatakan “wow”, “wow”, “hebatnya bomoh”.
Menceritakan lanjut, bekas pesara tentera itu berkata dia dihubungi seorang lelaki mendakwa dirinya pelajar UPNM dan rakan kepada Muhamad Ashraf memberitahu ingin meminta pandangannya mengenai kes kecurian komputer riba di UPNM.
Memberitahu dia tidak mengingati bilakah panggilan itu diterima, Abdullah berkata, pemanggil tersebut membacakan senarai nama beberapa individu disyaki mencuri komputer riba dan dia mencatitnya pada sehelai kertas sebelum melakukan solat hajat dan solat sunat istikharah.
“Saya tulis nama itu dalam kertas. Kertas tu dah tak ada dah, sebab benda ni dah lama, saya tak simpan. Jadi salah seorang daripada (senarai nama) tu ada petunjuk mengatakan dia mencuri, tetapi tidak ada bukti,” katanya.
Kepada soalan Othman mengapa Abdullah memberitahu nama orang disyaki mencuri itu kepada anaknya dan bukan kepada lelaki menghubunginya, saksi tersebut berkata, ia kerana dia tidak mempunyai nombor telefon pemanggil dan dia diberitahu pemanggil adalah rakan kepada anaknya.
Abdullah berkata, dia bagaimanapun beberapa kali berpesan kepada anaknya dan rakan-rakan supaya menyelesaikan perkara itu dengan baik, tidak bertindak di luar batasan dan mengadakan Solat Hajat, kerana tiada bukti dalam kes berkenaan.
Sementara itu, saksi pendakwaan Ke-14, Sarjan Mohd Tarmizi Saad, 39, bertugas di Pusat Perubatan UPNM memberitahu, dia menemui sekeping nota diselit di pagar depan pusat perubatan itu pada 23 Mei 2017, kira-kira sembilan hari sebelum Zulfarhan Osman meninggal dunia pada 1 Jun 2017.
Mohd Tarmizi memberitahu, dia membuka nota itu dalam keadaan berlipat dan di dalamnya tertera ayat : ‘Kalau ada hati perasaan, ada sifat perikemanusiaan, saya minta sangat-sangat pergi ‘ambush’ bilik 4-10, Blok Satria (depan masjid). Dalam tu ada pesakit yang sangat-sangat perlukan rawatan segera. SEGERA!!!’ - Hamba Allah.
Saksi itu berkata, dia kemudian mengambil nota bertulis tangan itu dan menyerahkan kepada Kapten Haryani Hassan, jurulatih bertugas pada hari berkenaan untuk tindakan lanjut.
Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin, Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM, antara pukul 4.45 pagi dan pukul 5.45 pagi, 22 Mei 2017.
Pertuduhan terhadap mereka yang kesemua berusia 22 tahun itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 4 Jun. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/je ... puter-riba-1.835250 |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya baca nota surat layang tu.. sebak sangat.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|