CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
 Author| Post time 23-8-2022 05:15 PM | Show all posts
Malam Bertuah

Kat tempat aku ni ada satu urban legend.  Tempat aku ni agak pedalaman sikit, kalau nak masuk sini kene lalu satu jalan yang merentasi ngarai (canyon).  Kat sinilah urban legend tu. Dikatakan, sapa-sapa yang bernasib baik akan ditahan oleh seorang pejalan kaki kat jalan tu mintak tumpang.  Pejalan kaki tu bila ditumpangkan mesra dan peramah je macam manusia biasa, tapi bila sampai je ke tempat aku ni, dia akan tiba-tiba je ghaib.  Ramai dah yang kena dan cerita ni selalu jadi buah mulut orang di tempat aku, diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.



Aku ada seorang kawan bernama Biera.  Pada satu malam, Biera ni menaiki kereta merentasi jalan tu nak balik ke rumah dia dari bandar.  Biera memang kerja kat bandar, jadi dia memang dah biasa dah lalu jalan ni, beratus beribu kali dah tak terkira dah.  Tapi dia tak pernah pun kena kacau bila lalu situ.  Masa tu dah musim sejuk, Biera bawak kereta tak laju pun sebab jalan licin dan berbengkang-bengkok, dan macam biasa dia pasang radio untuk hilangkan sunyi.   Biera sampai ke satu kawasan jalan tu yang agak lurus sikit, masa nilah Biera berani nak pecut sikit.  Sekali tu, tiba-tiba, Biera tersuluh pada seorang lelaki yang berdiri di tepi jalan sambil meluruskan tangan kirinya tanda nak tumpang.  Terkejut jap Biera.  Biera tertanya gak ape bendalah lelaki ni buat kat sini tengah-tengah malam macam ni? Pastu baru dia teringat pasal urban legend tu... Tapi Biera masih berhusnozon, tu memang manusia biasa je tu.  Biera tak berhenti pun sebab dia tahu tak jauh dari situ dah ada kabin-kabin, kalau lelaki tu jalan terus je nanti dia jumpalah kabin tu.

Biera pun teruskan pemanduan sampailah dia keluar dari ngarai tu.  Sekarang ni dia dah masuk ke kawasan lembah pulak.  Tiba-tiba, radio kereta Biera tertutup sendiri.  Biera pun tunduk sikit belek-belek radio tu.  Dia pun hidupkan semula radio tu dan bila dia mendongak dia tertengok cermin pandang belakang.  Jatuh jantung Biera apabila dia ternampak lelaki yang tahan dia tadi sekarang ni dah ada di tempat duduk belakang dia!  Biera cuba nak pasang lampu dalaman kereta, tapi lampu tak hidup pulak.

Biera terlampau takut sampai mulutnya terkunci.  'Lelaki' itu yang bukak mulut dulu.  "Bawak aku ke bandar terdekat".  Biera pun angguk tanda faham jelah.  Biera jeling telefon tapi skrin telefon dia gelap je.  Nak capai telefon tu tapi tak berani pulak.  Biera pun bawak jelah kereta tu.  Hampir 20km jugak dia memandu dalam keadaan senyap sunyi, 'lelaki' tu pun cuma tegak pandang ke hadapan je.  Si Biera ni dah takut nak terkencing-kencing dah.

Sampai je di bandar yang dimaksudkan, ngam-ngam je dah masuk sempadan bandar tu, 'lelaki' tu terus ghaib hilang begitu sahaja.  Biera pun apa lagi tekan minyak kuat-kuat sampailah ke bandar kami ni.  Ambil masa sejam la jugak Biera nak sampai tu.  Sampai je ke rumah, Biera terus menceritakan apa yang terjadi pada dia tadi.  Ayah Biera cakap, Biera bukanlah orang pertama yang kena gangguan ni...

Ada banyak kisah pasal lelaki tu, tapi takde sapepun yang tau siapakah sebenarnya lelaki tu.  Tapi ramai sependapat yang lelaki tu mati di kawasan ngarai tu.  Dikatakan, pada satu malam yang sejuk, lelaki tu cuba tahan kereta tapi takde sapa yang nak tumpangkan dia.  Dan akhirnya dia pun mati beku di situ.  Rohnya terperangkap di ngarai tu dan sentiasa mencari jalan nak keluar dari situ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2022 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 23-8-2022 05:15 PM
Malam Bertuah

Kat tempat aku ni ada satu urban legend.  Tempat aku ni agak pedalaman sikit, kalau n ...

xbertuah la org yg jmpa...ingt dpt nsib baik lps tumpang kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 12:17 PM | Show all posts
jiwakacau06 replied at 24-8-2022 09:20 AM
xbertuah la org yg jmpa...ingt dpt nsib baik lps tumpang kan

hahahha kan... jadik takut lagik ada...

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Shuji_Okishima at 26-8-2022 12:56 AM
chauky314 replied at 24-8-2022 12:17 PM
hahahha kan... jadik takut lagik ada...


Seram pula main tumpang2 ni.. Kuss semangat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2022 04:38 PM | Show all posts
Brujeria

Dalam budaya Latin Amerika ni, sumpahan sihir ni dikenali sebagai Brujeria.  Aku ada pengalaman tersendiri berdepan dengan brujeria ni.

Aku seorang wanita yang dah berusia 21tahun.  Sekarang ni aku dah tak duduk dengan keluarga tapi tempat tinggal aku sekarang ni cuma 30 minit je dari rumah keluarga aku.  Walaupun kami berasal dari Mexico, tapi kami dah lama menetap di USA.  Keluarga aku ni sangat warak.  Setiap hari Ahad keluarga aku akan datang ke gereja Katolik untuk sembahyang.  Walaupun begitu aku dah lama tak pegi gereja, tapi aku memang ada niat satu hari nanti aku akan kembali jugak ke gereja. Keluarga aku selain daripada berpegang teguh kepada agama, diorang ni pun percaya kepada perkara-perkara ghaib yang tak boleh dilihat dengan mata kasar.

Peristiwa ni terjadi betul-betul lepas aku habis sekolah menengah.  Beberapa tahun sebelum tu, atuk aku meninggal dunia dalam keadaan yang tragis.  Satu hari tu ayah dan abang aku saja kemas-kemas stor pastu terjumpalah satu kotak ni penuh dengan barang-barang lama milik mendiang atuk aku.  Barang-barang biasa je, macam sijil kerakyatan atuk aku, gambar-gambar atuk dan nenek tapi ada satu benda ni menarik perhatian ayah aku.  Sebentuk loket berwarna ungu keemasan.  Loket tu bukanlah sesuatu yang bernilai tinggi pun, tapi kalau nak suruh kitorang pakai memang taknaklah sebab tak trendy.  

Ayah aku keluarkan beberapa barang dari kotak tu termasuklah loket tadi tu, pastu ayah aku susun dalam bingkai dan dijadikan plak peringatan kecil. Plak tu ayah aku kasi kat nenek aku. Nenek aku masa tu masih tinggal bersama kami, jadi plak tu disimpan di satu sudut ni bersama-sama gambar-gambar kami yang lain.  Sejak kami letak plak tu lah bermulanya benda-benda pelik dan seram di rumah kami.

Yang paling aku ingat, aku balik rumah lepas hadir ceramah agama di satu pagi ni nampak ada gelas pecah di tengah-tengah meja.  Pokok-pokok bunga kami mati, bukan layu lagi dah.  Anjing-anjing kami taknak masuk ke satu bilik ni.  Mula-mula gangguan gitu-gitu je, tapi makin lama makin melarat pulak.  Tengah-tengah malam kami dengar bunyi benda jatuh.  Macam kerusi di dapur, pinggan mangkuk di sinki dan sebatang lampu panjang tiba-tiba je jatuh tak terusik.

Nenek dan mak aku dah mula rasa ada sesuatu yang tak kena, jadi diorang buat satu upacara doa ni sambil menyalakan lilin, tapi menurut kata mereka, lilin-lilin tu cuma menyala beberapa saat je lepas tu terpadam sendiri.  Walaupun aku masa tu pun bukan budak kecik lagi, tapi benda paling aku ingat la, aku dikejutkan tengah malam tu oleh nenek aku, pastu nenek aku suruh aku berkumpul di ruang tamu.  Dalam keadaan separa tidur dan berbaju tidur tu aku pun pegi jelah. Tengok-tengok semua ahli keluarga aku, nenek, ayah, ibu dan adik-beradik aku tengah melutut sambil berpegangan tangan.  Mereka sama-sama melafazkan doa dalam bahasa Sepanyol.  Aku pun ikut sama pegang tangan diorang dan berdoa.



Hampir sejam jugaklah kami berlutut tu. Aku pun dah naik letih dan mengantuk.  Kami dah nak tamatkan je sesi berdoa mengejut tu, apabila kami semua terdengar satu bisikan yang bukan datang dari bilik tu, "dejame en paz" (tinggalkan aku sendirian).  Semua orang terkejut malam tu tapi mujurlah takde lagi peristiwa seram selepas malam tu.  Esoknya balik dari sekolah, aku perasan yang loket dalam plak peringatan atuk aku tu dah dibuang.  Aku tertanya jugak tapi ibu dan nenek aku enggan nak jawab apa-apa persoalan dari aku. Sejujurnya aku pun tak tau apa yang terjadi pada malam semalam dan suara sapa yang berbisik tu, yang aku tau lepas je loket tu dibuang, rumah kami kembali aman damai dah.

Rahsia loket tu hanya terbongkar pada tahun lepas, selepas nenek aku meninggal.  Rupa-rupanya loket itu dihadiahkan oleh abang mendiang atuk aku kepada atuk aku.  Tak lama lepas tu, atuk aku pun meninggal.  Kami takdelah nak tuduh apa-apa tapi kami yakin itu bukan kebetulan....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 14-8-2022 03:29 PM
Jangan Berhenti

Aku seorang tentera dan baru-baru ni aku diberikan arahan oleh pihak atasan untuk b ...

ok yg ni mmg seram. cara penceritaan pun boleh buat mcm kita lak yg berada di situasi tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2022 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama tak masuk thread ni.. Maceh tt post citer best2
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2022 01:18 PM | Show all posts
mekasih TT.. citer yg best2! nanti tepek lagi ye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2022 05:01 PM | Show all posts
Bulatan Pari-pari

Cerita ni terjadi pada tahun 2007 tapi setiap kali keluarga aku berkumpul mesti diorang akan ungkit pasal kisah ni.

Nenek aku yang aku panggil nana ni ada memiliki sebidang tanah kecil tempat dia membela sekumpulan lembu dan seekor keldai. Dalam ladang dia ni ada satu kawasan ni yang dipanggil fairy circle atau bulatan pari-pari.  Kawasan ni sebenarnya tempat cendawan tumbuh tapi dalam bentuk bulatan. Nenek aku ni orang Ireland jadi bagi masyarakat Irish ni diorang percaya dengan kewujudan pari-pari, dan salah satu pantang larang diorang adalah jangan kacau bulatan pari-pari ni.  Jadi nenek aku memang tak pernah usik kawasan tu, walaupun rumput dah memanjang dia biarkan je tempat tu.  



Sekali tu, nenek aku ni kawen lagi. Atuk tiri aku ni tak percaya dengan benda-benda macam ni, dia rasa itu semua karut je.  Atuk kiri aku ada cadangan dia nak bersihkan bulatan cendawan tu tapi nenek aku tegah.  Sampai bergaduh-gaduh jugaklah nenek aku dan suaminya pasal perkara ni.  Nak dijadikan cerita, satu hari tu nenek aku pergi mana ntah takde kat rumah, atuk tiri aku pun amek kesempatan tu pegi potong rumput di kawasan tu termasuklah dengan cendawan-cendawannya sekali.  Bila nenek aku dapat tahu, nenek aku jadi sakit hati dan sedih dengan perbuatan atuk tiri aku dan berhari-hari jugaklah diorang ni tak bercakap.

2 minggu kemudian, semua lembu-lembu nenek aku yang tengah bunting gugur serentak.  Nenek aku sangat sangat patah hati sebab nenek aku ni memang pembiak lembu yang berpengalaman, dia jaga lembu-lembu bunting macam anak sendiri.  Sebelum ni memang nenek aku pernah jugak berdepan dengan pengalaman lembu keguguran ni tapi setakat seekor dua ekor, takdelah sampai semua sekali gugur.

Masa kejadian tu aku masih lagi seorang bayi yang belum pun masuk usia setahun.  Bila tengok nenek aku sedih, mak aku pun datanglah melawat nenek aku ni bawak aku sekali.  Kami berdua duduk di rumah nenek temankan dia untuk beberapa hari.  Entah macam mana, balik tu aku dijangkiki chicken pox.  Doktor pun heran macam mana aku boleh kena chicken pox dan jangkit dari mana sebab chicken pox takkan menyerang bayi bawah umur setahun.  Tapi syukurlah aku akhirnya sembuh juga walaupun semua orang risau dengan keadaan aku.

Sampai sekarang nenek aku kadang-kadang akan tinggalkan cebisan kek dan air barli sebagai hadiah mintak maaf pada pari-pari tu sebab dah musnahkan tempat diorang, tapi atuk tiri aku masih beranggapan yang nenek aku ni buat benda mengarut.  Aku selalu jugak bermalam di rumah nenek, setiap kali aku datang situ naluri aku mesti akan dijentik dengan rasa keajaiban.  Aku dapat rasakan aura magikal datang dari ladang nenek aku tu.

Tapi aku tak nak nafikan mungkin apa yang terjadi tu cuma kebetulan sahaja....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2022 11:42 AM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 12-1-2021 11:53 PM
Hi uols untuk entry kali ni kita take a break jap dari citer seram. I nak share satu legenda yang me ...

ada lagu for this lagenda.. blackbriar-selkie one of my fav song
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2022 03:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestnye ade update cerita baru.. Keep up the good work TT.. Many thanks..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2022 12:41 PM | Show all posts
Kene Kacau Di Bali

Cuti musim panas 2018, aku dan sekumpulan kawan-kawanku pergi melancong ke Bali, Indonesia.  Kumpulan kami seramai 6 lelaki 6 perempuan.  Ada sebahagian daripada ahli kumpulan kami ni memang kawan-kawan aku, ada jugak antara mereka ni yang merupakan kawan kepada kawan aku yang aku baru kenal sebab percutian ni je.  Tapi kami okay je dan sama-sama berseronok mengelilingi Pulau Bali sambil makan-makan dan menikmati keindahan pulau ni.  Kami semua ni sebaya je iaitu di pertengahan usia 20an, jadi bila malam-malam je kitorang akan berseronok di kelab malam pula.

Kejadian ni terjadi pada hari ketiga kami di pulau tu.  Dan penat berdansa di kelab malam tu, kami semua pun nak baliklah ke villa yang kami sewa.  Sebab kami ramai kan, jadi kami semua tak balik serentak.  Ikut kapasiti teksi, satu teksi muat 4-5 orang je.  Aku adalah kumpulan terakhir yang sampai ke villa tu.  Rasanya pukul 2 pagilah jugak aku sampai ke villa tu.  Yang lain terlalu penat agaknya, jadi diorang nak masuk tidur dulu.  Aku pulak nak hisap rokok dulu tapi diorang taknak temankan aku jadi terpaksalah aku merokok sorang-sorang.

Sebelum tu, aku nak korang gambarkan dulu villa kitorang ni camne.  Villa aku ni konsepnya separa terbuka.  Bentuk segiempat, kalau korang masuk dari pintu utama, di sebelah korang dapur luar tempat orang ber-bbq. Pastu adalah sofa tempat orang melepak siap ada TV dan patung Buddha (hiasan je kot).  Depan tu ada kolam renang, pastu bilik-bilik kami ni memang bersebelahan je dengan kolam renang tu jadi kalau korang bukak pintu bilik boleh terus terjun je masuk kolam.

Kat situlah benda tu terjadi.  Untuk pengetahuan korang, aku ni takdelah mabuk atau mengantuk sangat masa tu.  Aku berdiri di luar pintu bilik aku yang menghadap kolam tu sambil menyalakan rokok, tapi badan aku masa tu tengah mengadap kerusi yang depan kolam renang tu.   Aku ternampak ada seorang perempuan tengah duduk di salah sebuah kerusi tu, tapi perempuan tu duduk membelakangi aku jadi aku cuma nampak bahagian belakang dia je.  Mulanya aku sangkakan oh tu agaknya salah sorang geng trip ni jugak kot.  Bila aku amati dok renung-renung tu, aku baru terperasan, wei dalam group ni mana ada perempuan rambut hitam panjang masa tu.  Sejujurnya masa tu tegak jugaklah bulu roma aku, tapi aku buat-buat cool je.  Aku dah boleh agak dah 'dia' tu siapa tapi aku berpendapat aku tak kacau dia buat apa dia nak kacau aku kan? Aku cepat-cepat habiskan rokok aku pastu aku jentik puntung tu ke arah dia, puntung tu mendarat 5 kaki di belakang dia.  Ye memang bodoh perbuatan aku tu.

Aku pun cepat-cepat masuk bilik dan aku nampak semua teman sebilikku dah nenyak tidur.  Aku letak kepala di bantal je aku pun terus zzzzzz......  Entah macam mana malam tu aku kene 'himpit'.  Sebelum ni aku tak pernah kena himpit ni.  Detik pertama aku buka kelopak mata, aku sedar tapi aku tak boleh nak gerakkan seluruh badan aku.  Kedudukan aku masa tu aku tengah tidur meniarap dengan wajahku mengadap ke katil sebelah.  Aku boleh nampak kawan-kawan aku tapi aku tak boleh nak bukak mulut nak panggil diorang.  

Dalam keadaan kaku tu, aku terasa macam ada sesuatu di pipi aku.  Nak gerak tak boleh, aku kerling-kerling mata jelah.  Aku nampak ada juntaian rambut sedang menyentuh pipi aku.  Rambut tu semakin menghampiri aku sampailah aku boleh nampak seraut wajah yang aku tak kenal tengah merapatkan muka dia ke mukaku.  



Jantung aku berdebar-debar, aku tak pernah rasa setakut macam tu seumur hidup aku.  Aku rasa hantu tu pun boleh hidu ketakutan aku.  Yang paling seram aku rasa, aku nampak hantu tu membuka mulutnya selebar-lebarnya betul-betul di sebelah telinga aku, pastu ia pun tertawa dengan suaranya yang nyaring. HAHAHAHAHAHA .  Hatiku tak putus-putus berdoa dan akhirnya aku berjaya kumpul kekuatan dan terus terbangun menjerit-jerit sampai kawan-kawanku yang lain terbangun.  Diorang cakap aku macam kerasukan je malam tu padahal mana  ada apa-apa pun di atas aku masa tu.  Semalaman la jugak aku tak berani nak tutup mata sebab terbayang 'perempuan' tu...

2 hari kemudian, kami pun keluar dari villa tu.  Aku sempat tanya dengan pengawal keselamatan yang jaga kunci villa tu.  Pengawal tu cakap, betul-betul di seberang jalan tu ada 'kuburan'.  Kuburan tu adalah bahasa Indonesia untuk tanah perkuburan untuk orang tempatan di situ.  Eh ye ke?  Kawan-kawan aku cakap, mungkin aku mimpi je malam tu tapi aku boleh rasakan rambut dia yang terkena pipi dia, wajah dia, jeritan ketawa dia... Kalau aku mimpi je kenapa aku masih tak boleh lupakan mimpi tu sampai sekarang?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2022 04:59 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 12-9-2022 05:09 PM

Roux Si Anjing Misteri

Aku seorang anggota polis. Aku bertugas di sebuah jabatan yang agak besar di sebuah negeri di belah Selatan USA.  Nama negeri tu biarlah aku rahsiakan.

Aku sekarang berpangkat koperal tapi semasa aku masih baru dulu, aku banyak ditugaskan sebagai polis patrol yang memerlukan aku bekerja di shift malam.  Mungkin sebab bandar aku ni turut dikenali sebagai bandar kolej, jadi kes-kes yang aku dapat ni selalunya kes-kes berkaitan alkohol, macam memandu sambil mabuk, orang mabuk bergaduh di bar, kemalangan sebab mabuk.  Selalunya kedua-dua suspek dan mangsa pun sama je mabuknya.  Aku sampai jadi tepu dan bosan setiap kali dapat panggilan dari pusat, dah boleh agak dah ah ni mesti kes mabuk ni.  Jauh di sudut hati aku sebenarnya aku pun nak jugak kes yang membolehkan aku benar-benar membantu orang yang memerlukan.

Jadi bila aku dapat satu panggilan dari pusat ni, aku betul-betul teruja.  Ada seorang nenek tua mengadu yang anjing dia lari.  Nama anjing tu Roux, dan ia seekor anjing baka kacukan berwarna coklat.  Kes ni nampak macam kecik kan tapi aku dapat bayangkan mesti nenek tu gembira kalau aku berjaya jumpa anjing kesayangan dia.  Takdelah asyik mengadap muka pemabuk je.  Aku pun bergegas pergi ke lokasi yang diberi tu.  Ronda punya ronda, aku jumpa jugak dengan anjing yang lari tu.  Tapi pertama kali aku tengok si Roux ni, aku rasa pelik.  Sebab Roux ni lebih mirip kepada coyote liar yang selalu aku tembak sebab makan belaan orang ni.



Mula-mula aku pun ragu-ragu eh betul ke ni anjing, tapi aku nampak ada kolar dilehernya, dan ia juga dalam keadaan tenang je, tak macam coyote liar yang aku jumpa.  Si Roux ni jugak kelihatan macam dah biasa dengan manusia, dan ia sempat duduk di hadapan merenung aku.  Cumanya setiap kali aku bergerak mendekati ia, ia akan mula berjalan menjauhkan diri. Aku cuba mengumpan ia dengan hirisan daging Mingua yang aku bawak,tapi ia taknak pulak.  'Roux, sinilah.  Roux anjing baik kan?'.  Sambil mengumpan aku memujuk tapi Roux buat bodoh je dan mula berjalan menjauhi aku.  Seolah-olah macam nak aku ikut ia pulak.

Aku hubungi pusat dan mintak pusat telefon semula nenek tua tu.  Tapi panggilan kami tidak dijawab oleh nenek tua itu.  Kami ni polis, kami ni takde peralatan nak tangkap anjing ni, walaupun anjing tu nampak jinak.  Tapi aku tak berputus asa, aku cuba jugak pujuk Roux ni tapi Roux buat tak layan je.  Sedar tak sedar jauh jugaklah aku mengekori si Roux ni.  Roux berjalan dengan relaks je, kadang-kadang ia akan berpaling seolah-olah nak pastikan aku masih di belakang dia.  Tiba-tiba, semasa aku berjalan ikut Roux tu, Roux memecut pantas meninggalkan aku.

Sesungguhnya aku memang sangat kecewa masa tu.  Niat aku baik, aku nak satukan semula Roux dengan tuannya.  Sekarang peluang tu dah lari di hadapan mata aku.  Malam tu aku balik pejabat selesaikan laporan dan kertas kerja dengan mood yang sangat down.

Aku ingatkan aku tak jumpa dah Roux.  Beberapa minggu kemudian, aku kembali ke tugas rutin aku.  Aku sedang menahan seorang lelaki yang sedang memandu dalam keadaan mabuk apabila aku ternampak Roux berjalan lenggang-lenggok melepasi aku.  Roux berhenti sekejap, kami saling bertentangan mata untuk beberapa ketika sebelum ia berjalan begitu sahaja.  

Beberapa minggu selepas itu, aku selesai bergelut dengan seorang tahanan yang taknak balik penjara.  Pergelutan kami agak kasar sampai tercampak mikrofon dari uniformku.  Penat tu jangan ceritalah, tapi aku terpaksa jugak carik balik mikrofon tu.  Sedang aku tertunduk-tunduk mencari mikrofon di jalan raya, aku ternampak Roux sedang duduk di seberang bahu jalan memerhatikan aku.

Selama beberapa tahun, aku cuba nak tangkap Roux.  Roux ni ikut suka hati dialah bila dia nak munculkan diri, tapi setiap kali dia muncul tu mesti sebab aku tengah sibuk menjalankan tugas aku sebagai polis.  Setiap kali aku terpaksa meleraikan pertelingkahan di bar ke atau melayan perangai dramatik kaki mabuk.....Roux pasti akan muncul.  Ada satu ketika tu, aku berada di bar sebab dapat aduan pemabuk bergaduh dengan bouncer bar tu.  Aku berjaya jugak menggari si pemabuk tu, pastu datang teksi mana entah dan keluarlah sorang lagi geng si pemabuk.  Berlaku sikit pergaduhan di situ, satu tangan aku pegang pemabuk yang aku gari, satu tangan lagi gigih cuba menepis geng pemabuk tu sambil dibantu oleh bouncer tu, masa tulah si Roux ni muncul di seberang jalan.  Roux dengan selamba berjalan melintasi jalan tu menuju ke arah aku, tiba-tiba sebuah kereta datang dari arah jalan tu menghalang si Roux.  Mati-mati aku ingatkan si Roux tu dah kena langgar, tapi apabila kereta tu pergi, Roux dah ghaib.

Sekarang ni dah bertahun-tahun aku tak nampak si Roux ni.  Yang paling aku hairan, sampai sekarang aku masih ada nombor telefon nenek tua tu, bila aku telefon cuma ada nada dering je, tak pernah berangkat.  Dan nenek tu pun tak pernah hubungi aku semula. Siapakah nenek tua tu? Apakah pula si Roux ni? Hanya Tuhan je yang tahu.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 12:12 PM | Show all posts
rindu kat TT... arini baru ada masa nak baca... keep it up tt
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 12-9-2022 04:59 PM
Roux Si Anjing Misteri

Aku seorang anggota polis. Aku bertugas di sebuah jabatan yang agak besar di ...

malaikat penjaga kot si anjing tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2022 05:24 PM | Show all posts
Bermalam di Tundra

Cerita ni aku dapat dari pakcik aku.  Ada seorang lelaki Norway, nama dia Ole, pada suatu hari dia berjalan-jalan di kawasan tundra di Norway ni. Cuaca masa tu elok je dan sangat sesuai untuk memancing.  Si Ole ni memang suka memancing, dan untuk ekspedisi kali ni dia bawak khemah supaya dia dapat bermalam dan memancing di pelbagai tasik di tundra tu.



Suatu hari tu, masa si Ole ni tengah berjalan-jalan di kawasan tundra tu, dia ternampak ada orang bawak ATV.   ATV tu menghampiri dia, oh rupa-rupanya pemandu ATV tu adalah seorang penternak rusa bernama Johann.  Ole dan Johann pun bersembang lah, agak lama jugak diorang bersembang dalam sejam jugaklah.  Ole ni memang dah berhari-hari tak jumpa manusia jadi walaupun dia baru pertama kali jumpa Johann, dia rasa teruja dan terlebih peramahlah pulak.  Johann sempat tanya Ole ni nak memancing kat mana lagi, ok tak memancing kat sini, dan Johann sempat tinggalkan pesan, kalau nampak rusa jangan pergi kacau pulak.  Johann mengaku dia memang tinggal berhampiran sini, orang tempatanlah bukan orang luar macam Ole.  Johann tinggalkan nasihat yang agak pelik untuk Ole. 'Lain kali kalau kau nak dirikan khemah ke, cuba mintak izin dulu.  Roh orang mati kat sini tak suka orang tegak khemah merata-rata, kadang-kadang ganggu laluan deme'.  Tak sempat Ole nak tanya lebih lanjut, Johann dah start enjin kereta dan memandu pergi dari situ.

Walaupun begitu, Ole rasa geli hati pulak dengan nasihat Johann tu. 'Laluan orang mati? Mengarut jelah'.  Ole pun teruskan perjalanan sampailah dia jumpa sebuah tasik yang sangat cantik.  Ole ambil keputusan nak bermalam je tepi tasik tu dan terus memancing.  Punyelah ralit dia memancing sampai tak sedar berjam-jam jugak dia di tasik tu.  Waktu tu dah lewat Ogos, pada waktu macam ni memang kawasan itu akan jadi gelap gelita bila malam. Nak buat apa pun dah tak boleh, jadi selepas makan ikan yang dipancing, Ole pun masuk tidur jelah.

Bersambung

sorry uols nnt i edit balik ye

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2022 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Hurry up ,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2022 11:20 AM | Show all posts
Bermalam Di Tundra Bahagian 2

Sedar tak sedar, dah sejam Ole berkelubung dalam beg tidur dia dalam khemah tu, apabila secara tiba-tiba dia terdengar bunyi klik! di luar khemah dia. Dan bunyi klik klik klik tu makin menghampiri khemah dia.  Ole pun capailah lampu suluh dia dan keluar daripada khemah itu.  Dia pun menyuluh ke arah bunyi klik! tu.  Oh rupa-rupanya ada sekumpulan rusa tengah berkeliaran berhampiran khemah dia.  Tapi rusa-rusa itu lari apabila disuluh oleh Ole.  Ole pun rasa lega dan dia pun sambunglah masuk ke dalam khemah dia.

Ole pun sambung tidur.  Setengah jam kemudian, dia terdengar bunyi pelik di luar khemah dia.  Tapi bukan bunyi klik macam tadi, tapi bunyi macam ais dikikis.  Scrap! Scrap! Sekali lagi dia pun capai lampu suluh, keluar dari khemah, dan oh, rupa-rupanya ada seekor musang tengah mengais-ngais ais di luar khemah.  Musang tu terus lari bila terkena panahan lampu suluh Ole.

Sekali lagi, Ole pun masuk ke dalam khemah dan cuba untuk terlelap semula.  Sejam kemudian, Ole terjaga semula.  Ole terdengar bunyi derapan tapak kaki di luar khemah dia.  Mula-mula Ole fikir, eh ni binatang apa pulak kali ni?  Ole buat bodoh je tapi bunyi tapak kaki tu masih berlegar-legar di luar khemah dia.  Ole rasa geram dia pun capai lampu suluh dan mengintai kejap dari celah pintu khemah tu.  Tapi bila disuluh sana sini tak nampak kelibat sebarang makhluk apa pun di luar khemah dia.  Ole mula rasa pelik tapi dia fikir positif, ah mungkin bunyi tadi tu cuma mainan imaginasi dia je.

Ole pun kembali berbaring dalam beg tidur dia.  Tapi Ole tak dapat nak tidur.  Dia cuma mampu berbaring dalam khemah sempit tu pejamkan mata cuba untuk lena.  Tak sampai 10 minit kemudian, angin dingin menampar-nampar wajah Ole.  Terjaga terus Ole dari tidur, rupa-rupanya pintu khemah dia dah terbuka.  Terpinga-pinga jap Ole sebab dia yakin tadi dia dah zip dah pintu khemah tu.  Tapi memikirkan Ole dah mula rasa rimas dalam khemah sempit tu dia  pun biarkan jelah pintu khemah tu terbuka macam tu.  Masa ni Ole tidur dalam keadaan kaki menghadap pintu khemah tu.

Ole cuma mampu tidur-tidur ayam je, apabila tiba-tiba dia dikejutkan dari tidur.  Terbeliak mata Ole apabila dia nampak ada sepasang tangan putih pucat muncul dari balik pintu khemah tu dan merentap kedua-dua kaki Ole!  Badan Ole ditarik keluar dari khemah tu tapi apabila badan Ole dah berada di luar khemah, tangan tu melepaskan kakinye.  Ole tak sempat nak meronta pun, tapi Ole cepat-cepat berlari masuk ke dalam khemah dan pasang lampu suluh dia.  Ole suluh ke sana ke sini tapi dia tak nampak kelibat orang pun.  Yang dia nampak hanyalah tundra yang diselubungi kegelapan malam sepekat dakwat hitam.



Kali ni, Ole memang betul-betul tak boleh tidur.  Nak baring pun takut, jadi dia cuma duduk bersila dalam khemah tu berkelubung bawah beg tidur dia menunggu pagi tiba.  Berjam-jamlah jugak Ole terjaga, sekali tu dia rasa nak terkucil plak.  Jadi dia pun keluarlah sekejap nak buang air.  Waktu ni dah nak hampir subuh, tapi masih gelap lagi.  Tengah kencing tu, Ole ternampak di atas satu bukit di hadapan dia tu, macam ada bayang-bayang seorang manusia berdiri di sebelah seekor rusa.  Ole gosok-gosok mata dan bayang-bayang tu hilang.

Masuk je hari siang, Ole terus kemaskan khemah dia dan berjalan meninggalkan tempat itu.  Dia dah berjalan dalam 1 km la jugak apabila dia ternampak ada sebuah ATV muncul menghampiri dia.  Eh Johann rupanya.  Diorang pun bersembang la sekejap.
"Ha macam mana malam tadi, Ole? Ok tak tidur kat sini?"
"Bro, malam tadi aku kene kacaulah"
Johann tertawa besar. "Ha tulah aku dah pesan.  Sebelum nak tidur sini mintak izin dulu. Kan dah kene kacau".
"Pastu semalam kan aku macam ternampak ada orang dengan rusa dia tengah sekodeng aku masa aku tengah kencing".
"Wei sini mana ada rusa jinak.  Aku rasa ko ni ternampak roh orang mati kot".

Johann dan Ole pun membawa haluan masing-masing.  Ole masih lagi tak serik-serik nak bermalam dan memancing di tundra tu, tapi setiap kali dia nak bukak khemah dia akan cakap sorang-sorang mintak izin nak tidur di situ.  Syukurlah lepas tu Ole dah tak diganggu lagi.  Di penghujung ekspedisi, Ole ambil keputusan nak balik semula ke tempat dia.  Dia pun memulakan perjalanan jalan kaki dia.  Dah nak sampai tu, dia terserempak lagi dengan seorang orang tempatan ni, naik ATV jugak.  Dia adalah seorang pemuda yang bernama Ovlla.  Diorang ni pun sembang-sembang la dan Ole sempat ungkit pasal Johann.  "Oh Johann tu ke?  Tu sedara saya tu bang.  Dia memang macam pelik sikit, tapi dia tu baik je sebenarnya.  Dia pun antara orang suku Sami yang dah bertahun-tahun duduk kat sini. Dia tau adat resam tempat ni bang".

Johann angguk-angguk jelah.  Barulah dia tau oh ada pantang-larangnya kalau nak bermalam kat tundra ni.  Nasib baiklah dia terserempak dengan Johann tu, kalau tak...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
TQ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2022 11:35 AM | Show all posts
Terima Kasih Sang Lipas

Bertahun-tahun yang lalu, aku rasa 15 tahun lepas camtulah, aku dalam perjalanan menaiki kereta merentas negeri nak menghadiri majlis perjumpaan keluarga.  Aku seorang wanita dan aku merentas secara solo.  Sepatutnya aku cadang nak menumpang di rumah seorang kawan, tapi sebab cuaca buruk masa tu, jadi trafik masa tu memang perlahan.  Ditambah pulak ada kemalangan ngeri sampai jem jadinye jalan tu.  Sedar tak sedar aku dah lari dari jadual dalam 5 jamlah jugak.

Aku dah kepenatan, aku perlu berehat dan mandi, dalam perjalanan tu aku nampak ada motel satu tingkat di tepi jalan tu.  Aku tak ingat apa nama motel tu, "Mountain Top" ke "Mountain Side" camtulah, tapi motel tu terletak di tepi lebuhraya 250 di Virginia. Bangunan tu satu tingkat je, pintu masuk nak check in tu terletak di tengah-tengah bangunan tu, pastu ada kedai makan kecil di seberang jalan.  Itu jelah bangunan yang ada kat tempat tu.



Bilik yang aku dapat ni kecik dan agak kotor, tapi aku pun tak kisahlah sebab aku dah kepenatan sangat ni. Masa nak tempah bilik tu, kerani motel tu pandang aku atas bawah lepas aku kasi ID aku kat dia.  Masa tu aku dalam lingkungan awal 20an, pelajar kolej. Dia tanya aku ni sorang diri je ke? Aku cakap ye. Aku nak bayar pakai kredit kad, tapi kerani tu tak kasi. Dia nak duit tunai je.  Masa ni aku dah rasa tak sedap hati, tapi aku koreklah jugak duit tunai yang aku ada, bayar kat dia pastu dapat kunci.

Bilik aku memang kecik, muat-muat je untuk katil.  Mula-mula aku pegi tandas dulu buang air kecil. Pastu aku nak tarik selimut nak baring dah ni, bila aku perasan yang tilam tu ada kesan kotoran dan pepijat.  Sekali tu muncul pulak lipas merayap keluar dari katil tu. Ah memang takdelah aku nak tidur dalam bilik tu.  Aku ambil keputusan baik aku tidur dalam kereta aku je. Kereta aku ni jenis SUV yang tempat duduk belakang boleh lipat tu.  Aku pun tidurlah kat belakang tu berselimut dan berbantalkan kain baju aku.

Pukul 3 pagi, aku dikejutkan dengan bunyi ada orang tengah bercakap di luar.  Aku intai rupa-rupanya kerani motel tadi. Dia sedang bercakap dengan seseorang di telefon.  Selepas dia meletakkan panggilan, dia berjalan perlahan-lahan ke bilik aku tadi, bukak pintu dan masuk ke bilik aku tu.  Tapi dia tak pasang lampu, dan seminit dua kemudian, dia keluar siap hempas pintu bilik tu dan marah-marah, tapi dia keluar berdua dengan seorang lelaki lain.  Aku tak tau dari mana lelaki lagi sorang tu masuk sebab aku nampak kerani motel tu tadi masuk bilik aku tu sorang-sorang.

Diorang berdua macam bertengkar, pastu kerani motel tu berjalan menuju ke SUV aku.  Aku pun cepat-cepat baring semula dan menyembunyikan diri di sebalik baju-baju aku tu. Dia cuba nak bukak pintu kereta aku tu tapi nasib baiklah kereta aku ni dah berkunci.  Aku perasan dia ada berlegar-legar di sekeliling kereta aku tu tapi sebab cermin kereta aku tinted dia tak perasan aku ada dalam kereta tu.  

Kali ni aku boleh dengar perbualan diorang dengan jelas. Salah sorang tu ajak pegi kedai makan kat seberang jalan tu.  Aku pun tunggulah sampai aku agak diorang agak jauh, perlahan-lahan aku bangkit dan masuk ke tempat duduk pemandu dan hidupkan enjin kereta tu.  Semasa aku nak memandu pergi dari situ kedua-dua lelaki tu terkejut dan cuba mengejar aku tapi mujurlah diorang tak ikut aku naik kereta.

Dalam keadaan terkejut dan ketakutan tu, aku hubungi kawan aku dan ceritakan apa yang terjadi.  Aku tekad malam tu jugak aku nak sampai ke tempat dia.  Aku cuma cerita kat kawan aku tu je, aku memang saja taknak beritau keluarga aku sebab taknak diorang risau.  3 minggu kemudian, percutian aku pun tamat.  Masa nilah baru aku terfikir nak laporkan polis pasal motel.  Dengan bantuan google maps, aku dapat lokasi dan nama motel tu.  Laporan polis pun dibuat, tapi polis cakap kat aku, motel yang aku cakap tu baru je tutup beberapa hari sebelum aku buat laporan polis tu.

Kalau bukan sebab lipas tu apa agaknya terjadi pada aku malam tu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.782687 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list