|
GULONG NG PALAD [MONDAY - FRIDAY 12.30PM TV2]
[Copy link]
|
|
Reply #1102 azazral's post
tadi baru dapat cari kat utube, lepas ni tgk cite rain kat utube ajela..
pasal GNP tu kat utube takde ye? tak dapat den nak menolong hihihihihi lagi2 yang ada sub rasanya susah sikit.. GOOD LUCK!!
p/s: kalau jumpa habaq mai tau...hiihihihihi |
|
|
|
|
|
|
|
tu la btembung ngan citer a love to kill yg sakit kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Tazmania_Lover at 25-1-2007 03:53 PM
tu la btembung ngan citer a love to kill yg sakit kan...
ler..GNP ada ulangan.. love to kill takde..
tgk je GNP kul 2am.. mcm aku kadang2 buat tu...
ye la.. kadang2 9pm pergi mkn, jalan2, shopin, etc..
tido, bangun, tgk GNP la.. |
|
|
|
|
|
|
|
nk tgk kol 2am tu yg tak tahan....... so kena la tukar2 channel....tp aku teruja tgk Rain... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Tazmania_Lover at 25-1-2007 05:42 PM
nk tgk kol 2am tu yg tak tahan....... so kena la tukar2 channel....tp aku teruja tgk Rain...
apsal lak tiba2 rain ni..
off topic.. gi thread lain.. ok..!
ps: apa best rain tu? steps dia je best |
|
|
|
|
|
|
|
we will not like book 2. i don't believe it. carding will be bad? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1108 marissa_jc's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1106 Tazmania_Lover's post
samala kita.. lebih truja ngan rain.... |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi, terasa ate dengan you all punyer Rain. Kesian Luisa dengan Carding kalah degan Rain. |
|
|
|
|
|
|
|
~SINOPIS EPISODE 14~THURSDAY JANUARY 25 2007~
~Recap: Si Menang bukan main lagi berlakon mengalahkan si Nicole Kidman memujuk si Edad maafkan dia pasal kejadian semalam. Si Edad heran dan memula tak mahu maafkan Menang, tapi Tomas kata maafkan saja dia tu.
~ Menang pula berbuat baik dengan Edad dan Tomas lalu mempelawa mereka berdua ke majlis yang dianjurkan Carmen. Tomas dan Edad setuju untuk datang.
~Si Jojo tetiba datang ke tempat kerja Diego dan Totoy dengan berpakaian gaun dan bunga. Ternganga mulut si Totoy melihat perubahan pada Jojo. Diego kata kenapa berpakaian macam ni, dan Jojo bagi tau yang dia kalah main basketball tapi Jojo kantoi engan Diego kerana Diego kata hanya dia seorang saja yang boleh kalahkan Jojo. Tapi si Diego puji Joj maganda. Si Jojo tersengih-sengih kat tepi tu konon terharu.
~Edad dan Tomas dalam perjalanan menuju ke majlis Menang. Hampir sampai di rumah Menang, Edad rasa gelisah dan ajak Tomas supaya pulang saja. Tapi Tomas kata mereka dah sampai elok saja masuk.
~Si Carding menunggu peluang semua orang tak ada lalu memanggil Luisa. Luisa menjenguk ke luar tingkap dan Carding kata dia tak dapat lupakan Luisa dan rindu dengannya. Luisa kata hubungan mereka sampai di situ saja dan dia menyuruh Carding pergi dari situ sebelum semua orang terbangun. Carding ajak Luisa lari saja dari situ, tapi si Peping pulak terdengar lalu bertanya Luisa dengan suara yang kuat apa maksud lari tu.
~Edad dan Tomas di sambut dengan mesra alam oleh Menang. Bukan main lagi tunjuk baik padahal dia beriat ak mengenakan Edad dengan gelang emas Carmen. Sementara si Edad dan Tomas pergi ambil makanan, dia sembunyi-sembunyi letakkan gelang itu dalam beg Edad sambil berkata Edad tak akan sekali-kali dapat kalahkan dia, siap dengan muka ketua mafia lagi.
~ Si Carding yang sedang sembang-sembang dengan Luisa di luar jendela terkejut dengan Totoy yang baru balik ntah dari mana. Si Totoy marahkan Carding dan suruh dia pergi dari situ. Carding kata dia nak bercakap dengan Luisa tapi Totoy marah lalu menumbuk Carding. Keadaan kecoh dan si Nene pun keluar dari rumah. Si Luisa pun suruh Carding pergi dari situ dan Nene kena marah dengan Totoy sebab tak jaga Luisa. Nene pulak marahkan Luisa.
~Edad dan Tomas tak selesa makan di ruang depan berpindah ke dapur. Tiba-tiba Edad terperasan gelang emas berada dalam handbag dia. Masa dia keluarkan dan belek-belek gelang tu, si Mimi gedix datang ke dapur dan denga kasarnya bertanya Edad mana dia dapat gelang Carmen tu. Si Edad yang terkejut terketar-ketar nak jawab dan Mimi tiba-tiba buat kecoh dengan menjerit-jerit memanggil Carmen. Lagak si Mimi yang macam orang giler menuduh Edad mencuri menarik perhatian orang ramai di situ.
~Carding kena belasah dengan Totoy dan dia pun pergi dari situ. Tangan si Totoy luka sebab menumbuk Carding dan dia sempat berleter dengan Luisa pasal tu. Luisa pertahankan diri dia dan Nene pandang semacam kat Luisa.
~Si Edad pula sambil menangis menafikan dia mencuri gelang itu. Tiba-tiba datang si Menang konon tak tahu apa yang berlaku. Menang bersama Mimi menuduh Edad pencuri. Edad sambil menangis beria-ia berkata dia tak curi gelang itu. Polis datang nak tangkap Edad tapi Carmen kata dia yang berikan gelang tu pada dan sekarang Edad hanya pulangkan saja. Mimi dan Menang bengang.
~Bila semua tetamu pulang, Carmen ambil kesempatan tanya pada Edad apa yang berlaku. Edad kata walaupun mereka miskin, mereka tak akan merendahkan maruah mereka dengan mencuri. Tomas pula kata, kalau betul mereka mencuri, buat apa mereka bawa gelang itu semula ke situ. Kan lebih elok sekiranya gelng tu digadaikan saja. Carmen kata dia percaya pad Edad.
~Menang pula kena sindir dengan Carmen. Katanya dia heran macam mana gelang tu boleh ada pad Edad. Carmen kata ini mungkin kerja orang yang nak balas dendam pada Edad. Menang terasa seperti Carmen menuduh dia. Carmen pulak kata hanya Menang saja yang ada motif buat begitu sebab hal yang berkaitan dengan Carding dan Luisa. Menang merajuk dan tak sangka Carmen menuduh dia begitu. Carmen pujuk Menang katanya minggu depan dia akan adakan party lagi. (Kalau aku jadi Carmen, tak kuasa nak memujuk).
~Edad plang ke rumah dan diberitahu yang si Carding datang tadi. Edad kata dia mesti lakukan sesuatu untuk jauhkan Luisa dan Carding.
~Diego pulak perasan yang si Jojo semacam saja. Diego tanya dan dia kata macam mana nak pikat lelaki. Diego kata ni mesti kes Totoy. Diego kata biar lelaki saja yang buat kerja tu. Tetiba si Saling datang dan mengedik-gedik depan Diego. Jojo tanya macam tu ker cara nak mengorat lelaki. Then Totoy datang nak bercakap dengan Diego. Di luar rumah, bola Jojo tersangkut kat celah dahan pokok. Jojo cuba naik tangga untuk turunkan bola tu tapi tangga tu patah dan dia terjatuh lalu menghempap Totoy yang kebetulan keluar. Mereka hampir-hampir bercium dan bila Jojo kata dia suka pada Totoy, si Totoy bengap ni pulak kata dia tak suka Jojo. Kesian Jojo.
~Totoy balik ke rumah dan dia beritahu yang dia sudah bereskan perkara yang disuruh Edad. Si carding tersenyum-senyum menunggu Luisa di tren.
~Saling terkejut dengar Luisa kata Carding ajak dia lari. Rupanya si Saling bawa pesanan dari Carding katanya dia menunggu Luisa di tren lama dan dia akan menunggu Luisa tak kira berapa lama pun.
~Luisa pula gelisah tak senang duduk. Anak beranak tu heran kenapa si Edad pakai baju cantik-cantik dan Luisa katan ibunya akan ke mana-mana ker. Edad kata ya dan dia, Totoy dan Luisa akan ke luar bandar. Dia dah pun mengemas baju-baju Luisa. Luisa terkejut dengan statement Edad itu, tapi dia tak boleh buat apa-apa. Luisa pun memeluk Tomas dan memujuk Peping yang dia kan pulang segera. Hanya si Nene saja yang macam suka bila Luisa tak der situ nanti. Dia tak pedulikan langsung pada Luisa.
~Rupanya si Totoy dan berpakat dengan Diego supaya menyewa kenderaan untuk bawa mereka ke bus-stop. Dalam perjalanan itu, mereka terserempak dengan Saling. Saling terkejut melihat Luisa pergi dari situ dengan beg-beg sekali. Tapi Edad tak bagi peluang pada Luisa ucapkan selamat tinggal pada Saling.
~Saling terus menelefon Carding beritau hal yang berlaku pada Luisa. carding kelam kabut naik keta mengejar Luisa di bus-stop tapi tak sempat. Diego kata dia terlambat dan bus baru jer bertolak. Si carding ada keta mahal tapi tak guna. Dia berlari p kejar bus Luisa.
~Carding datang dan menangis-nangis kat Saling. Drama mereka disaksikan dua makcik kepoh dan Saling halau mereka katanya pertujukkan malam tu dah habis, so tunggu malam esok pulak. Saling kata dia memang tak tau Luisa pergi ke mana. carding bagi tau yang bas tu menuju ke Bicol tapi Caling kata bus tu boleh berhenti di mana-mana sementara sampai ke Bicol.
~ Luisa tiba di rumah aling Auring dan Edad kenalkan Totoy dan Luisa. Auring kata dia akan jaga Luisa dan dia pandang Luisa atas bawah.
~Di rumah, Peping tanya bila Luisa dan Edad akan pulang, Tomas kata tak lama lagi. Tomas juga kata Luisa akan tingal dengan Auring.
~Di rumah, Mimi dia sibuk cari Edad. Pembantu yang lain bagi tau yang Edad amik cuti sebab hantar Luisa ke provincial. ula la muka dia rupa ketua mafia dan cepat-cepat dia pergi rumah Menang bagitau yang sekarang Luisa dah tak ada, dia nak habiskan masa dia dengan Carding. Tapi katulog bagi tau yang pagi-pagi lagi si Carding dah keluar.
~Rupanya Carding g cari Tomas nak dapatkan maklumat. Tomas dengan rasionalnya beritau pada Carding supaya lupakan Luisa dan teruskan dengan pelajaran dia. Sekiranya mereka berdua ada jodoh, tak akan ke mana. Carding hanpa lalu keluar dari tempat kerja Tomas dan terserempak dengan Goria. Then dia cepat-cepat tanya Goria......
~Carding sedang berkemas baju konon nak ke Maynila. Edad pula dah uruskan pengajian Luisa di sana (masa bila dia buat pun ntah). Dia buat semua tu semata-mata nak lindungi Luisa dari Carding dan dia sangat-sangat sayangkan Luisa. Malam tu, si Totoy hantar Edad ke bus stesen dan si Auring ni tak habis-habis pandang Luisa dari hujung rambut sampai hujung kaki.
* From my point of view, si Luisa sepatutnya tak termakan dengan pujuk rayu si Carding. Si Carding pulak, macam kacan g luakan kulit dan terlalu obses dengan si Luisa. Fitnah juga yang akan memisahkan mereka nanti*
[ Last edited by HeavenLeigh at 28-1-2007 06:35 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betullah si Mimi anaknya Menang dan si Carding aCarmen, memang sesuai la tu. M & M, C & C. Si Carmen tu lembut sama ngan Carding. Tapi lembut-lembut si Carmen, lebih bijak dari si Carding. Biasa la kot yer, umur si Carding dalam citer ni 18 tahun. Si Menang tu bodoh sombong sama ngan Mimi. And Si Mimi looked old for her age.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1113 HeavenLeigh's post
ape dah jadi ngan episod ari ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
semalam tertidor lagi. sempat bangun, mimi dah tuduh edad curi gelang mak nya. menangis edad. kasihan betul. tomas pun tak tahu apa nak buat. isteri nya merayu rayu to carmen. polis pulak nak tangkap edad siap2 pegang tangan. i betul2 suka carmen. cool jee. protect dan complete percaya kan edad. :clap:
mimi tu memang gila. muka nya garang habis bila nampak mak nya protect edad. macam tak percaya langsung. pn menang pun sama.
i suka part bila carmen tanya soalan to pn menang. terasa pn menang coz carmen tak percaya langsung yg edad akan mencuri. |
|
|
|
|
|
|
|
evil menang :@
evil mimi :@
dua2 jahat tak hingat punya.. |
|
|
|
|
|
|
|
makcik auring tu nampak cam kekwat je..:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by amoy257 at 26-1-2007 11:03 AM
makcik auring tu nampak cam kekwat je..:hmm:
a'ah kan... cam bagus jer makcik tu... dorang baru sampai rumah jer dah perli luisa |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rosabella at 26-1-2007 11:06 AM
a'ah kan... cam bagus jer makcik tu... dorang baru sampai rumah jer dah perli luisa
tu lah..mesti dia akan buat something dgn luisa.. |
|
|
|
|
|
|
|
carding ni le hero yg plg lembik penah daku tgk.... ada ke kejar bas ngan blari..dia kan ada pajero....mangkuk tul! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by juju_amin84 at 26-1-2007 03:00 AM
ape dah jadi ngan episod ari ni??
Hari ni tiada GNP.... Isnin sampai Khamis jer...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|