|
Reply 1092# cmf_blingblings
blingggggg balikkkkkkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1101# wwannurr
kenapa wan??cian bling..nak merayap dah kena marah.... |
|
|
|
|
|
|
|
lamanya takde n3 baru dari smiley.... |
|
|
|
|
|
|
|
alaaa..takde sambungan lagi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
sabar je la......huhuhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
smiley dah sihat??
makan ubat, cepat baik cepat ada n3... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1102# bb_75
tak bolehhh,,,, biar dia kemas rumah dia dulu,,,,,
baru boleh merayap...ishhh |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kak smiley nak hapdet, kena hapdet pepanjang nii, ramai sangat dah rindu dgn akak smiley ni |
|
|
|
|
|
|
|
cikgu amir .... |
|
|
|
|
|
|
|
penantian satu penyiksaan.....hikhikhik....n3 please... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1111# beena
kannns? hikhik semua kene sabar |
|
|
|
|
|
|
|
lamanya takde sambungan cikgu amir... |
|
|
|
|
|
|
|
sis g mne ni??????//
nape x de smbg lg ni........... |
|
|
|
|
|
|
|
sori lama menunggu
smlm line tenet plak sakit |
|
|
|
|
|
|
|
dugaan tak apa, jgn tak jd terus
cmf_blingblings Post at 12-12-2010 23:43
jadi tu jadi.... tp tak tau jadi apa dan bila |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sang_arjuna at 14-12-2010 09:56
harap FC cikgu amir sabar ya
............................................................................................
Karipap yang sudah siap di goreng di atur dengan cermat dalam bekas plastik beralas kertas serap minyak. Dahlia mengelap peluh yang merenik di celah anak rambut. Hampehh punya Cikgu Amir! Konon nak tolong aku tapi batang hidung pun tak nampak. Lenguh jari aku menguli dan mengelim. Sekarang terpaksa pula aku hantar ke rumahnya. Banyak cantik! Tapi kalau dia datang ke rumah mesti airmuka Babah keruh macam air Sungai Perak masa musim hujan. Aduh.. kenapalah bapa aku ni “bias” sangat. Farid seorang saja yang serba sempurna di matanya.
Dia teringat pertaruhan di antara dia dan Cikgu Amir. Dengan ketidakhadiran Cikgu Amir, maka “ bet” kami batal. Aku tak perlu ke Bukit Merah. Seronoklah si Aishah Izzati. Dapat pulun Cikgu Amir sorang. Biarlah, bukan aku kisah pun. Dahlia cuba menidakkan perasaan cemburu yang terbit.
Sambil mengomel sendiri, dia masuk ke bilik untuk mandi ala kadar. Sebaik saja dia siap menyarung jeans dan blaus, pintu depan di ketuk. Dahlia mengintai dari jendela tingkap. Apahal mamat ni datang? Awal benar pula tu. Ah Long kutip hutang pun tak “on time” macam ini.
“ Good morning Lia” Farid menguntum senyum walau hatinya sebal. Ingin saja dia menjerit. Siapa lelaki tuanpunya Porsche Cayenne yang bertandang semalam? Berapa ramai pesaing aku sebenarnya? Kalau setakat Cikgu Amir, tak jadi kudis pun. Hebat lagi aku berpuluh kali. Tapi Mr Porsche Cayenne betul betul menggugat aku. Pasti dia bukan calang calang orang. Aku ingin tahu siapa dia. Tak mungkin dia orang sini.
“ Assalamualaikum. Jemputlah masuk. Farid dari Ipoh ke?” Pintu di buka lebar. Muka Farid nampak mengantuk. Matanya merah. Rasa kasihan mengetuk kamar hati Dahlia. Farid bersusah payah cuba menawan hati aku. Dah beratus ringgit dia belanja untuk beli bunga. Entah kenapalah hati aku degil. Bukankah lebih senang kalau aku terima saja Farid yang sudah sah mendambakan aku.
“ A’ah. I bertolak lepas Subuh tadi “ Farid menahan kuap. Seperti biasa, semalam dia dan kawan kawannya pergi clubbing. Hujung minggu yang indah terencat bila dia mendapat panggilan telefon dari spy nya Mior. Kalau tidak dia pasti masih di ulit mimpi. Tubuh Stacy yang belum puas di jamah terpaksa di tinggal sebelum matahari menjenguk.
“Dah lama tak jumpa Lia dengan Uncle.” Farid bersalaman dan mencium tangan Hj Zul.
Bukan kah minggu lepas dia datang, detik hati Dahlia. Macam baru lagi jumpa. Kalau hati tak rindu, jarak masa seminggu rasa macam sehari dua saja.
“ Farid, saya kena keluar kejap. Jemputlah minum kopi” Macam lipas kudung Dahlia meletak dua set cawan dan piring, satu teko kopi dan sepiring karipap.
” You nak pergi mana Lia?” soal Farid. Wajahnya tegang melihat Dahlia sudah berlari anak dengan bekas berisi makanan ke pintu depan. Nampak macam aku ni terhegeh hegeh sangat. Susah payah aku datang tapi dia terus lesap.
“I nak hantar ni ke rumah Cikgu A… Aishah Izzati. Untuk students dia punya school trip.” Nama itu tiba tiba terletus dari bibirnya. Terpaksa tipu sunat beb. Kalau tidak pasti Babah ikat tangan aku di grill pintu. Fatwa Hj Zulkifli bin Hj Lope Ahmad mengatakan haram menyebut nama lelaki lain depan Farid.
Farid tersedak. Kopi dalam mulut tersembur. O.M.G.!Dahlia kenal Aishah adik Nurul? This is too close for comfort. Rahsia aku bakal bocor tak lama lagi. Nurul ada di sini pula tu. Matilah aku. Otaknya mula merancang bagaimana untuk memboloskan diri dari lubang yang di gali sendiri.
“ Kenapa Farid? Kopi Lia buat pahit kah?” Belakang nya di tepuk Hj Zul. Sungguh prihatin Hj Zul pada bakal menantu pilihan. Farid mengelap mulut sambil menggeleng.
“ Tak.. tak Uncle. Kopi Lia sedap. Manis macam Lia juga. Orang sebut nama saya kot Uncle.” Farid cuba senyum sambil terbatuk. Dia bangun dan terus ke pintu.
“ Drive safely dear. Jangan keluar lama sangat” Laungnya. Doa di pohon agar rahsianya tersimpan kemas hingga Dahlia selamat jadi miliknya. Walaupun Dahlia tak saspek apa apa tapi Aishah sudah kenal aku. Manalah tahu kalau nama aku di sebut dalam perbualan mereka. Aduh… musibah!
Tanpa berpaling Dahlia terus menghidupkan enjin kereta dan memecut ke rumah Cikgu Amir. Reaksi Farid bila nama Aishah Izzati di sebut buat dia tertanya tanya. Kenapa sampai tersedak pakcik tu? Dia ada skandal dengan Aishah kah? Tapi Aishah tengah angau dengan Cikgu Amir. Pelik! Mungkin Farid suka Aishah tapi Aishah suka Cikgu Amir? Kalau Farid tak berskandal dengan Aishah pun, mesti ada sesuatu yang buat dia terkejut bila aku nak jumpa Aishah. Hmmm…. Ini sudah jadi kes CSI.
Khairul sedang mencuci keretanya di depan rumah bila Dahlia sampai. Paip terus di tutup dan hos di lempar ke tepi. Dia mengelap tangan dengan tuala yang di selempang ke bahu.
“ Cikgu Amir ada?” Kereta Amir tidak kelihatan. Aku terlambat kah?
“ Sorry Dahlia. Tiba tiba dia kena balik kampung pukul 4 pagi tadi. Ibunya masuk ICU.” Wajah Dahlia hampa.
“ Oh.. ini karipap yang dia pesan minggu lepas. Untuk budak sekolah yang nak pergi Bukit Merah.” Khairul menyambut bekas dari Dahlia
“ Ya… ya. Dia ada bagi tahu saya. Ini duitnya” Khairul mengeluarkan dompet dari poket seluar trek dan menghulur sekeping RM50.
“ Banyak sangat ni. Saya buat 50 biji saja” Ini sudah harga karipap di bazaar Ramadhan di KL.
“ Tak apalah.Amir dah pesan suruh bagi. Dia minta maaf sebab tak dapat tolong Dahlia tapi satu minggu ini dia tak sihat. Semalam dia dah okay, tapi dia kena balik sebab mak dia pula sakit tenat.” Muka Dahlia macam anak kucing hilang emak. Sedih lah tu , tak dapat jumpa Amir. Dari riak wajah Dahlia, tak syak lagi Dahlia juga ada feeling feeling. Amir bukan jatuh hati saja tapi dah tahap jatuh semua organ penting. Cuma sama sama malu nak berterus terang. Hai.. lembabnya kau Amir! Tak sedar kah masa itu emas. Patutlah lama benar membujang.
“ Er… macam mana dengan pelajar yang nak pergi Bukit Merah tu?” tanya Dahlia. Dalam sedih ada juga terselit rasa gembira. Padan muka Aishah Izzati. Tak dapat bercanda di tepian tasik dengan Cikgu Amir. Ha ! Ha! Ha!
“ Amir sempat bagi tahu guru lain. Ada tiga orang guru yang akan pergi sama, tak jadi masaalah. Dahlia, saya kena pergi hantar karipap ni pada mereka sekarang. Bas dah nak berlepas pukul 8.”
“ Okay. Thanks Khairul. Saya balik dulu” Dahlia mengangguk dan terus ke kereta.
“ Eh… kejap Dahlia” Langkah Dahlia terhenti. Dia menoleh.
“Amir kata dia rindu kat awak. ” teriak Khairul. Kalau tunggu si Amir , sampai Dahlia dah ada cucu dengan Farid baru dia nak luahkan perasaan. Baik aku memanah busur arjuna. Muka Dahlia yang merona dan senyum simpul yang cuba di sembunyikan mengesahkan yang panahan terkena tepat. Bull’s eye!
……………………………………………………………………. |
|
|
|
|
|
|
|
ahaks, nasib baik ada khairul |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh..best..best.. |
|
|
|
|
|
|
|
“ Pagi yang gelap kini sudah terang
La lalala”
Dahlia menyanyi kecil lagu kumpulan Hujan. Cuma lirik baris pertama yang dapat di ingat. Lagipun itu saja yang relevan ketika ini. Hu huuu.!
Muka Dahlia yang manis berseri melegakan Farid. Rahsia aku dan Nurul masih terkunci. Aku kena cepat putuskan hubungan dengan Nurul. Tak jadi hal pun. Dia ada toyboy yang lain. Aku pun masih ada dua tiga lagi stok kekasih separuh masa yang kurang berisiko.
Dahlia meletak tiga bungkus nasi lemak berbalut daun pisang atas meja.
“Lia singgah di warung Makcik Shamsiah tadi. Jemputlah, Babah, Farid. Lia tak sempat nak buat sarapan sebab sibuk buat kuih tadi.” Katanya sambil menarik kerusi sebelah Hj Zul.
“ Lia makanlah dengan Farid. Babah dah kenyang. Babah nak telefon kawan kejap” Hj Zul meninggalkan mereka berdua. Ada banyak yang perlu Farid bincangkan dengan Dahlia. Harapnya Farid dapat memujuk Dahlia. Kenapalah degil benar si Dahlia? Benda yang elok tak sepatutnya di lambatkan.
Taktik Babah ni sudah basi tau. Setiap kali Farid datang , tak ada modal lain. Ada saja kawan atau saudara yang perlu di telefon. Tiba tiba terlebih sporting pula AJK masjid yang seorang ni. Dahlia menuang kopi yang sudah suam ke cawan. Sebungkus nasi lemak di buka. Aroma nasi panas dalam daun pisang mengecur air liur.
“ Lia, I tak suka lah you ambil upah buat kuih. Macamlah you ni orang susah. Apa pula kata orang nanti. Kita kena jaga class. Kalau gaji you tak cukup, I boleh bagi you duit poket tiap bulan.”
Telinga Dahlia berdesing. Mood ceria nya terus lenyap. Nasi dalam mulut di telan.
” Excuse me, saya buat kuih bukan sebab tak cukup duit. Di KL dulu pun saya dah mula ambil tempahan. Its my hobby. Lagipun apa hal yang kita kena jaga class? Kita orang Melayu Islam. Mana ada kasta?” dengusnya. Tak sangka orang yang belajar luar negara pun berfikiran sempit.
Farid cepat menangkap tangannya. Dahlia menarik tangannya dengan jelingan tajam. Tengok lah Babah, apa jadi bila Babah tinggal kami?
“ Sorry.. sorry, sayang. I salah cakap. I tahu you suka masak. Cuma I tak nak you penat, rushing here and there. Enam hari seminggu you sibuk di kedai. Hari minggu pula you sibuk kat dapur. Bila you nak rest?” Suaranya di lembutkan. Matanya redup memandang Dahlia. Kalau perempuan lain sudah pasti cair. Tapi Dahlia … um.. dengan selamba mengunyah nasi lemak. Ilmu kebal apa yang dia pakai.
“ Farid, saya bukan ambil upah masak setiap hari. Cuma sekali sekala saja. Life kat sini sangat boring. Lepas kerja bukannya ada benda nak buat. Tak penat pun kalau saya buat kuih. Babah pun tak pernah marah.”
“ Jadi you pun rasa life kat KK boring ya? Apa kata kita kawin cepat? You boleh ikut I ke Ipoh. Life is a lot more interesting there”
Nafas Dahlia tersekat. Nak tunang pun aku belum setuju , dah cakap pasal kawin. Gelojohnya!
“ Kesian Uncle. Dia nak tengok Dahlia kahwin cepat. Mengahwinkan anak perempuan antara perkara yang wajib di percepatkan dalam Islam” Farid membentangkan hujjah. Nasib baik aku tertengok rancangan di Astro Oasis hari tu masa mencari program yang lebih interesting. Dapat juga ilmu bermanafaat.
Dahlia melipat bungkus nasi lemak walaupun masih separuh bersisa. Betul kata Farid. Niat dia baik dan tulus. Kenapa hati aku masih berpihak pada Cikgu Amir sedangkan niat dia masih samar. Cuma kata Khairul yang Amir rindukan aku sudah buat aku terawang awang di alam fantasi macam budak sekolah belasan tahun. Boleh percaya kah kata si Khairul tu? Si empunya badan entah ke mana perginya. Entah entah bila balik kampung mak dia yang sakit paksa dia kahwin dengan calon pilihan seperti yang pernah aku baca dalam novel. Macam bodoh saja aku mengharap.
“ Kenapa Lia tak percayakan I? I sincerely want to marry you. I promise I will make you happy. I akan jaga Babah Lia juga. Kalau kita pindah ke Ipoh pun, dua tiga kali seminggu kita boleh balik jenguk dia di sini.”
Dahlia mengetuk jari di meja. Pandangannya di tala ke pokok mangga di depan rumah. Farid… Cikgu Amir… Farid… Cikgu Amir. Solat istikharah tak membuahkan jawapan yang munasabah. Dalam semua manusia di dunia ini, aku boleh mimpi Puan Sri Sabihah datang meminang. Horror! Takkanlah jodoh aku dengan Datuk Azmi kot…. No way, Jose. Minta selisih aku jadi isteri kedua. Terbongkang Babah kalau aku bagi tahu apa mimpi aku. Harus di perambatnya Datuk Azmi dengan penyapu semalam.
“ Susah sangatkah nak say yes? I faham kalau you tak sayangkan I. Bagi orang perempuan, it takes time to let your feelings develop. Tapi orang kata lebih baik kawin dengan orang yang sayangkan kita. You memang tahu kan, I sayang sangat kat you, Lia. I perlukan you dalam hidup I. ”
Dahlia masih membatu. Hatinya berbelah bagi. Mungkin bisikan syaitan yang menghalang aku dari menerima lamaran Farid. Bukankan syaitan akan menangis bila anak Adam menikah. Pertunangan adalah langkah permulaan menuju ke alam perkahwinan, walaupun bukan wajib. Mesti syaitan dan iblis tengah standby untuk berpompom kalau aku menolak.
“ Okay Farid. Saya setuju. Kita bertunang bila saja you nak.” Dahlia separa berbisik. Senyuman manis terukir di bibirnya. Masa pertama kali aku jumpa dengan Farid berbulan lalu, sejujurnya aku tertarik padanya. Tiada yang kurang pada Farid. Cuma bila di bandingkan dengan Cikgu Amir, Farid jadi pudar macam fotokopi kehabisan dakwat. Kini aku kena cuba kembalikan rasa yang pernah ada.
“ YESSSSS! Alhamdulillah. Lia, you’ve made me the happiest man on earth.” Farid meraup wajahnya. Syukur pada Mu, Ya Allah. Ingin saja dia solat sunat cuma dia teringat dia masih dalam keadaan berjunub. Astaghfirullah!
Tepat pada waktunya, Hj Zul menamatkan perbualan telefon. Keriangan pada wajah Farid memberitahu yang Dahlia sudah memberi jawapan yang ingin di dengar.
“ Macam mana, Lia, Farid?” tanya Hj Zul. Dahlia senyum lesu. Kepalanya terasa pening. Mungkin sebab bangun awal pagi tadi.
“ Alhamdulillah Uncle. Lia setuju. My God, susahnya nak pujuk anak Uncle ni” Farid mengusik pipi Dahlia dengan sudu. Kalau cuit dengan tangan , takut Hj Zul piat jari aku.
“ Eh.. apa ni?” Dahlia menepis. Sekarang aku kasi chan. Lain kali aku balas dengan garfu.
“ Kalau macam tu, kita buat majlis dua minggu lagi pada pagi Sabtu, macam mak dan abah Farid cadang. Tak payah lah buat besar besar, ni majlis tunang saja. Nanti Uncle bincang dengan mereka.” Hj Zul tersenyum lebar sambil menggosokkan kedua telapak tangan. Malam ni aku nak sedekah pisang ke masjid.
“ Seronoknya Babah. Macam dia yang nak kahwin” usik Dahlia. Sekurangnya aku dapat buat Babah gembira. Tak larat dah aku nak tengok muka Babah macam orang kalah judi.
“ Kalau Uncle ada calon, apa salahnya kita buat double wedding nanti” tambah Farid.
“ Merepeklah kamu Farid. Uncle tak terfikir pun nak kahwin lagi. Lia, kamu kena siapkan baju untuk majlis nanti. Macam mana? Lia nak pergi KL? Tadi Babah dah cerita kat Farid pasal boss Lia yang pelawa kita duduk kondo dia di KL.” Hj Zul menepuk bahu Farid. Bukan main cuak lagi muka bakal menantu nya bila terdengar cerita yang ada lelaki berkereta mewah datang ke rumah mereka semalam. Cemburu tanda sayang.
“ Apa apa sajalah. Lia tak kisah.” Dahlia menjungkit bahu. Kenapalah aku tak teruja sikit pun? Takpe…. Masih banyak masa untuk pupuk perasaan aku pada Farid.
“ Uncle dengan Lia sajalah yang pergi KL. Lia, I bagi you supplementary credit card untuk beli apa apa you nak. I kena simpan cuti untuk majlis kahwin dengan honeymoon nanti. Mana tahu kalau ada rezeki lebih, kita boleh pergi honeymoon tempat jauh sikit. Farid teringin nak bawa Lia ke New Zealand, tempat Farid belajar dulu” Dia menjeling pada Dahlia yang melarikan anak mata. Gatal! Tak sabar sabar lagi nak fikir pasal honeymoon. Tanggungjawab suami di segi agama dah belajar kah?
Boleh aku enjoy hari hari terakhir sebelum aku bertaubat, bisik Farid dalam hati. Lepas ini aku kena puasa hampir enam bulan sebelum hari perkahwinan. Aduh… lamanya… |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|