CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: albronzzo

[Tempatan] Versi 9: Pengganas Sulu Letak Senjata Tanpa Syarat! – Tegas PM

 Close [Copy link]
Post time 8-3-2013 08:59 AM | Show all posts
annehuda posted on 7-3-2013 06:02 PM
sape ke yg like smpi 3 org tuh?

suami, anak 1st dia, anak 2nd dia (anak of course baru 4 n 2 tahun tapi dia buatkan fb utk tukar2 hadiah dlm cityVille)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2013 09:00 AM | Show all posts
lkick2113 posted on 8-3-2013 08:49 AM
maksud ko cluster bom????

tak silap lah cluster bomb ni hantar pakai astross pun boleh kan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 09:03 AM | Show all posts
lkick2113 posted on 8-3-2013 08:49 AM
maksud ko cluster bom????

Sori bukan bom, sebenarnya "koocout gas".
asa kaedah tu terbaik sebab kat russia dibuat dalam panggung memang risiko tinggi ....ini ladang kelapa sawit rasanya lebih berkesan dan mengelirukan musuh.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 09:05 AM | Show all posts
awangbok posted on 8-3-2013 12:49 AM
ada satu berita yg agak menakutkan. memang ada yang salurkan dana kepada kiram. memang sangat mengej ...

thank you...

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 09:05 AM | Show all posts
bulat posted on 8-3-2013 09:00 AM
tak silap lah cluster bomb ni hantar pakai astross pun boleh kan?

tak pasti....

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 09:07 AM | Show all posts
danielly posted on 8-3-2013 08:33 AM
janganlah ckp mcm tu.  me 50% kadazan, 50% cina.  so far, di sabah, regardless of what religion ...

jgn sedih2x kita hidup bermasyarakat.. bersatu teguh bercerai roboh

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2013 09:08 AM | Show all posts
artcrime posted on 8-3-2013 08:55 AM
abaikan manusia begitu.. mungkin sesetengah org tak faham konsep bermasyarakat.. ;) jgn sedih2.. i ...

i'm ok bah.

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 09:10 AM | Show all posts
awangbok posted on 8-3-2013 12:49 AM
ada satu berita yg agak menakutkan. memang ada yang salurkan dana kepada kiram. memang sangat mengej ...

betulkah??
agak mendebarkan berita itu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2013 09:11 AM | Show all posts
okay jom start meratib ni semua konspirasi spekulasi dokumentari..........
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 09:11 AM | Show all posts
danielly posted on 8-3-2013 09:08 AM
i'm ok bah.

ok nice.. so apa kabar berita disana?

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 09:12 AM | Show all posts
Walning!

Hibutang Sanjata Sumurindil Kamu!!!

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 09:12 AM | Show all posts
zjen posted on 8-3-2013 08:42 AM
fulamak, Najib tiba jer sulu mengalah,   hebat la ko Najib

Kan??? Terus declare gencatan senjata! Mcm ada DAULAT gitu .. Front paper ri ni siap tulis besaq2 'KEAMANAN AKAN KEMBALI DI SABAH'... Dah boleh bubar parlimen dah nampaknya .. Rating kepit sure dah melambung2 skang ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 09:13 AM | Show all posts
Maaf kalau ini siaran ulangan..sekadar berkongsi..


OPS DAULAT : SUDAH TERHANTUK BARU TERGADAH

SYABAS ATM DAN POLIS

1. Saya tahu agensi perisikan Singapura, Indonesia, Filiphina dan Amerika Syarikat (AS) telah menarik nafas panjang apabila melihat kejayaan Malaysia khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam mengerakkan operasi bersama (Joint operation) sehingga berjaya melumpuhkan pengganas-pengganas Sulu yang telah menceroboh kedaulatan negara.

2. Malaysia sudah memberikan peluang yang sebaiknya kepada pengganas ini yang jumlahnya lebih kurang 150 ke 200 orang selama tiga minggu dan dunia telah menyaksikan pengganas-pengganas ini menganiaya anggota pasukan keselamatan kita.

3. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (Syahid) terbunuh apabila pengganas Sulu melakukan sikap keji apabila berpura-pura mengibarkan bendera putih sebagai isyarat mahu menyerah diri.

4. Zulkifli yang merupakan ketua pasukan, menyangka musuh berniat baik lantas bangun dari posisi bertahan dan serentak itu, peluru dari penembak tepat dilepaskan dan menembusi kepala Allahyarham.

5. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (Syahid) yang bangun membantu turut terkena peluru dari penempak tepat, maka gugurlah kedua perwira bangsa.

6. Rupanya pasukan peninjau polis yang menjalankan tugas recce dalam ladang kelapa sawit disitu telah dikepung oleh ratusan pengganas Sulu.

7. Tanpa ketiadaan ketua pasukan, anggota lain terus membalas tembakan dan bertahan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum tiba pasukan bantuan dan hasil dari kecekalan mereka yang terkepung ini, lebih kurang 12 pengganas Sulu ditembak mati.

8. Pengganas juga menganianya wira-wira polis kita yang gugur di Jaya Simunul, Kampung Seri Semporna.

9. Wira-wira polis ini yang berpakaian biasa merupakan unit Cawangan Khas (SB) bergerak ke kampung tersebut untuk melakukan tinjauan risik tetapi kedatangan mereka seperti sudah dapat dihidu.

10.Pengganas yang bersenjatakan raifel automatik M16 menghamburkan peluru sehingga mereka gugur sebagai bunga bangsa, darah pekat mengalir dari celah-celah jeti kampung tersebut.

11.Yang tinggal hidup, hanya nyawa-nyawa ikan.

12.Ketika ini, musuh menerpa dan mengerat-gerat serta memotong kepala ketua pasukan polis ini, ada jenazah polis yang dicacatkan, mata si mati dikorek, ada yang dipotong kepala di ditetak berkali-kali dengan parang, ada yang masih hidup dipotong kedua-dua tangannya.

13.Yang sialnya, akhbar Filiphina yang menyokong pengganas ini meletakkan mereka yang mati dikalangan penyokong Kiram sebagai imam-iman tempatan dari kaum Sulu yang syahid.

di mana ada yang dipenggal kepalanya, dikorek mata, dirodok perut sehingga terburai, dipotong tangan kiri dan kanan dan ada yang dicincang kepalanya (Senarainya kecederaan dan penganiayaan pada mereka yang mati ini saya ada tetapi demi menjaga maruah mereka yang gugur, tidak perlulah saya siarkan, saya jamin, kalau anda membaca…anda akan berdendam).

6. Saya sendiri tidak tahu, tonik apa yang mereka makan atau jin mana yang mereka damping sebelum pergi berperang sehingga memaksa mereka itu bertindak diluar batas kemanusiaan.

7. Yang anehnya, ada juga penyokong pengganas-pengganas ini dari negara jiran dan komen mereka terpaksa saya buang untuk mengelakkan nama negara mereka yang besar itu tercemar dan kotor di atas komentar rakyat mereka ini.

OPERASI DAULAT

8. Saya memohon maaf kerana tidak dapat update.

9. Ingin saya melahirkan rasa kesal kepada sebahagian besar pembaca saya yang tidak sabar dan terlalu banyak mempertikaikan operasi ATM dan PDRM ini seolah-olah mereka ini lebih tahu.

10. Mereka beranggapan perang seperti yang mereka lihat dari kaca TV atau permainan video game.

11.Saya pula memilih jalan selamat untuk menantikan satu tindakan konkrit yang saya tahu pasti akan berlaku sedangkan setiap hari maklumat dari medan tempur masuk ke dalam talian saya setiap jam, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para kontek saya dan juga kepada Anak Sabah yang menjadi mata dan telinga saya di negeri itu.

12.Maklumat-maklumat ini pula tidak dapat saya siarkan kecuali kerana tidak ada siapa yang boleh mengesahkan data yang saya terima, dan saya pula tidak mahu menganggu operasi yang sedang dijalankan termasuk menyebarkan khabar yang tidak benar.

MALAYSIA BUKTIKAN KEUPAYAAN MELAKSANAKAN JOINT OPERATION

13.Operasi Daulat dimulakan dengan serangan jet-jet F/A 18 Hornet dan Hawk Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).

14.Bagi saya, oleh kerana serangan jet-jet ini lebih kepada “Power Projection” oleh Malaysia kepada agensi-agensi perisikan negara jiran untuk menunjukkan kemampuan aset pertahanan kita.

15.Ia juga adalah bukti kemampuan negara untuk melaksanakan Joint atau Combined Force Operation yang menggabungkan tentera laut, udara, komando, tentera darat, polis serta agensi kerajaan lain.

16.Negara-negara jiran lain secara teorinya mungkin ada kemampuan untuk membuat “Combined Force Operation” ini tetapi belum pernah dibuktikan secara nyata kecuali dalam latihan.

52 PENGGANAS SULU TERBUNUH SEHINGGA ARTIKEL INI DITULIS PADA 8 MAC

17.Apabila kita hilang sabar, inilah akibatnya, 52 pengganas Sulu terbunuh sejak dari kali pertama pertempuran bermula.

18.Pengganas ini menyangka mereka sedang berperang dengan askar-askar Filiphina, mereka lupa, mereka sedang berhadapan dengan ANGKATAN TENTERA MALAYSIA dan POLIS DI RAJA.

19.Saya sendiri menyaksikan gambar-gambar kematian pengganas ini (gambar baru dan bukan gambar dalam lubang), tetapi saya gagal memperolehi kebenaran untuk menyiarkan gambar ini, ia akan disiarkan dalam sebuah blog lain.

SERANGAN PENGGANAS TIDAK ADA KOORDINASI

20.Maklumat tidak rasmi yang saya terima, pengganas-pengganas ini mempunyai kekuatan seramai 1,000 orang di mana sekitar 200 dari mereka berada di Lahad Datu.

21.Bakinya dipecahkan ke enam daerah yang lain termasuk Semporna.

22.Ramai yang mempertikaikan keberkesanan sistem jammer atau kenderaan Electronik Warfare yang kita ada iaitu CommJam Fuch 6×6 hanya kerana ketua pengganas berjaya membuat panggilan telefon ke Manila.

23.Bagaimana kejayaan sistem ini terbukti kerana rancangan awal pengganas berjaya digagalkan, pelan untuk menimbulkan huru hara di tempat-tempat lain gagal kerana masalah komunikasi.

24.Sejak awal rakyat dibawa menumpukan perhatian ke Lahad Datu sedangkan pada masa yang sama pasukan tentera di atur gerak ke tempat lain.

25.Kegagalan rakyat dan pembaca memahami bagaimana operasi tentera dijalankan memang saya sudah jangka kerana rata-rata, banyak forum pertahanan hanya suka membicarakan kecanggihan sesuatu aset tetapi kurang menyentuh dari sudut operasi ketenteraan.

PENGGANAS MERAYU MINTA GENCATAN SENJATA

26.Kelmarin media-media di Filiphina dan Indonesia meletakkan harapan yang tinggi kepada pengganas Sulu ini untuk mendatangkan kerosakkan yang besar kepada pasukan keselamatan negara kita.

26.Tajuk-tajuk seperti “Experience versus Fire Power” (klik sini) disiarkan, dan mengangkat pengganas Sulu ini seperti pahlawan yang tidak terkalah.

27.Bongkaknya elemen dengki dan cemburu di negara-negara dunia ketiga ini dihancurkan dengan rayuan ketua pengganas sendiri yang memohon ehsan dan belas dari pasukan keselamatan Malaysia.

26.Kalau kelmarin mereka bongkak, hari ini ketua pengganas iaitu Sultan Kiram merayu meminta gencatan senjata dari Malaysia.

28.Perdana Menteri Datuk Seri Najib semalam menegaskan, serah senjata tanpa syarat. Anda (pengganas) sedang berhadapan dengan negara berdaulat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 09:13 AM | Show all posts
bulat posted on 8-3-2013 09:00 AM
tak silap lah cluster bomb ni hantar pakai astross pun boleh kan?

Roket Astross tu memang mengandungi bomblets (bom kecil) dimana bila roket dilancarkan, beberapa meter dr permukaan bumi, ianya akan berpecah dan menaburkan bomblets tu ke permukaan. Lagi besar roket tu (SS80) lagi banyak bomblets yg boleh dibawa, kalau kecil roket tu, kurang la bombletsnya (SS60 dan SS30). Tapi untuk roket yg kecil, satu pelancar tu boleh tembak jumlah roket yg lebih besar (kalau  roket jenis SS80 hanya boleh dimuatkan 4 unit utk satu pelancar).

Effect bomblets ni, let say 1 bomblest jatuh ke air strip (landasan kapal terbang, iaitu konkrit yg sangat keras), ianya boleh menyebabkan kawah sedalam setengah meter..so, satu pelancar yg mengandungi 4 unit roket kalau ditembak ke air strip musuh, ianya dah cukup utk menafikan hak pesawat pejuang musuh utk berlepas..

Lebih kurang mcm tu la info utk astross ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 09:13 AM | Show all posts
lkick2113 posted on 8-3-2013 08:28 AM
Ulasan untuk kefahaman rakyat Malaysia.

Di hari pertama serangan udara pihak TUDM lancarkan, saya ...

kalau guna MOAB, jadi kawah dah kat situ ehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 09:14 AM | Show all posts
RedClip posted on 8-3-2013 09:07 AM
jgn sedih2x  kita hidup bermasyarakat.. bersatu teguh bercerai roboh

betul..inilah masa kita kena bersatu untuk hapuskan penceroboh tu semua.  

Kami dah bosan hidup dalam ketakutan. Org awam mcm kami di sabah ni hanya mampu berdoa.  kerajaan asyik bagi nasihat jangan dengar khabar angin, bla bla dan akhirnya the so called khabar angin tu rupanya memang betul.  My daughter, baru 9 tahun.  Dia tanya saya....Mummy, is God going to save us?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2013 09:18 AM | Show all posts
26.Kelmarin media-media di Filiphina dan Indonesia meletakkan harapan yang tinggi kepada pengganas Sulu ini untuk mendatangkan kerosakkan yang besar kepada pasukan keselamatan negara kita.


betul ke?? kalo betul mmg kurang hajor dua negara bangkai ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 09:19 AM | Show all posts
artcrime posted on 8-3-2013 09:11 AM
ok nice.. so apa kabar berita disana?

Area kota kinabalu so far memang ok.  Ada beberapa sekolah dah cancel semua aktiviti petang minggu ini demi keselamatan murid2.  jalanraya area luyang dua hari yang lepas a bit lenggang but semalam jem dah back to normal hehe.


Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 09:21 AM | Show all posts
danielly posted on 8-3-2013 09:14 AM
betul..inilah masa kita kena bersatu untuk hapuskan penceroboh tu semua.  

Kami dah bosan hi ...

so you should answer those question vividly :
"depend on which kind of god you worshipped"
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 09:21 AM | Show all posts
Bell posted on 8-3-2013 01:01 AM
Sabah tak hingin join filipina. Rakyat filipina 100 juta hidup dlm kemiskinan. Hari ini sabah join ...

Ramai jugak penduduk Filipina ini nyek?

Negara itu lebih kurang besar Malaysia aje tetapi rakyatnya melebihi 90 juta orang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.068832 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list