CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bianglala

Borak BRP - Edisi 8 - Patah Sayap Bertongkat Paruh

 Close [Copy link]
Post time 6-5-2014 04:31 PM | Show all posts
Ipo posted on 6-5-2014 04:23 PM
tul tu..adik ipo sama gak..ari tu dia ada ajar lagi stail2 tuh..huih..fening..

rimas kan ipo
iols ku pki cmtu mesti lama2 serabut gak jdk nyer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2014 04:31 PM | Show all posts
Ipo posted on 6-5-2014 04:24 PM
betul3..setuju sangat

Ipo dah habis baca, Ipo reply.

    Lelaki Yang Menebus Janji

    (Rosie Haslinda Nasir).
     
     
    “Kamal balik!” Suaranya girang sekali, dan Tuhan, wajahnya sungguh bercahaya. Saya tidak tahu bagaimana sebermulanya kisah mereka, tetapi yang saya tahu, saya sudah menemui apa yang mahu saya ceritakan kepada anda semua.
     
    “Kali terakhir kami berjumpa adalah enam belas tahun yang lalu, dan dia terus menghilang selepas itu, dan aku pun tidak mencarinya lagi.”
     
    Apabila kita berada sungguh selesa dalam satu fasa kehidupan, kita tiada tekanan untuk mencapai apa yang pernah kita mahukan sebelum ini. Dan yang paling lazim kita lakukan, kita menjadi manusia yang lupa, dan kurang menghargai. Hanya apabila dia sudah pergi, barulah kita merasai kehilangannya, dan kita pun menyesali kebodohan kita kerana tidak mempedulikannya selama ini, tidak memberitahu apa sebenarnya yang kita rasa, kerana kita malu, kerana tidak ada keyakinan, kerana kita dihantui fear of rejection.
     
     
    Beberapa belas tahun dahulu, Kamal dan Zaida saling berkenal-kenalan. Kamal pria muda nan tidak kurang kacak dan Zaida juga boleh saya umpamakan seperti gula yang sentiasa dikejar dan dipusu-pusu oleh semut. Tetapi kerana masing-masing berasakan yang masing-masing sudah ada beberapa pilihan, dan diyakini pula pilihan yang lebih baik – Maka kedua-duanya saling kurang mempedulikan.
     
     
    Tetapi itu bukan isu utamanya, beritahu Zaida kepada saya. Kamal sebenarnya antara opsyen paling baik. Dia antara lelaki paling paling baik yang pernah dikenali, dan masa depan untuk hidup bersama-samanya sudah terlukis cantik dalam fikiran, tambah Zaida. Jadi apa masalahnya, tanya saya. Soalnya dahulu, katanya, Kamal tidak memulakan. Kamal jelas menyukai, tetapi Kamal tidak juga berkata apa-apa dan aku dari sehari ke sehari tertanya-tanya, kemanakah perhubungan kami ini akan pergi? Dan kata Zaida lagi, dia sebenarnya juga sudah mula menyayangi, tetapi tidak mahu menyebutnya terlebih dahulu. Kerana bimbang ditolak, dia lebih rela berlakon seperti semuanya baik-baik sahaja.



Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 04:32 PM | Show all posts
intan_smsb posted on 6-5-2014 04:31 PM
rimas kan ipo
iols ku pki cmtu mesti lama2 serabut gak jdk nyer

hahaha..tahu tak pa..suka pakai yg simple jek..tak der rasa terbelit leher tuh
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 04:37 PM | Show all posts
bianglala posted on 6-5-2014 04:31 PM
Ipo dah habis baca, Ipo reply.

wah! Ni dah macam falsafah kehidupan..mana dapat ni? petikan novel ek?...

ok, based on yg ipo baca...zaida n Kamal saling berkenan tpi dipendam..tunggu siapa yg mulakan dulu. Kamal, as a not very good looking guy, dia rasa rendah diri, akhirnya rasa cinta pada Zaida tu disimpan. Zaida, as a 'gula dihurung semut', suka pada Kamal tapi tidak berani jadi perigi cari timba..so, masing2 diam..sehingga terpisah..

But, kata2 dlm petikan ni rasa menyerap di dlm hati...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2014 04:38 PM | Show all posts
Ipo posted on 6-5-2014 04:37 PM
wah! Ni dah macam falsafah kehidupan..mana dapat ni? petikan novel ek?...

ok, based on yg ipo b ...

hehe.. sambung lagi...
Saya fikir ada pengajaran yang dapat kita pungut daripada kisah Kamal-Zaida. Kerana cinta yang tak pernah dilepaskan, seorang lelaki fikir dia perlu menemui dirinya sendiri di bau tanah dan rumput yang baru. Dia fikir dunia Tuhan yang maha luas yang letaknya beribu-ribu batu daripada manusia yang pernah disayangi, akan membuatnya terlupa kisah-kisah lama, kerana hidup, semuanya perlu baik-baik saja dan perlu juga diteruskan sebagaimana yang sudah direncana. Tetapi dia terlupa, walaupun dia sudah pergi jauh, rupa-rupanya hati sudah tertutup dan nurani sudah terkatup. Dan kerana itulah 16 tahun dia menjadi pemaustatin di Australia, dia sebenarnya mengusung rasa bersalah yang amat besar. Jiwanya berpusar menggusar dan merusuh. Hatinya perlu ditenteramkan. Dan apabila tidak tertahankan beban itu, dia mengambil keputusan untuk terbang semula ke Kuala Lumpur dan mencari Zaida. Kerana Kamal tahu cuma satu yang perlu dia lakukan – Dia perlu kembali kepada wanita yang memegang kunci itu, mendapatkannya dengan takzim dan penuh hormat, sebagaimana yang pernah dia lakukan dulu, menyerahkan kuncinya kepada wanita itu, sebelum mengambil keputusan kurang matang – Menghilang.
  
“Dia tidak ada di sini lagi,” beritahu seseorang, apakala Kamal memulakan pencariannya di Kuala Lumpur. "Sudah lebih sembilan tahun dia meninggalkan syarikat ini. Dia sudah dilamar syarikat lain dan hari ini sudah menjadi orang besar dalam dunia penerbitan buku.”
   
Dia mesti juga kutemui, fikir Kamal, dan jalan yang dia tahu cumalah satu – menyelongkar khutub khanah Negara dan nah- Nama yang dicari-cari sudah ditemui. Oh dia sekarang memang nama besar dalam dunia penerbitan buku dan novel, dan daripada situlah Zaida dijejaki, dan hellonya yang manis di corong telefon pejabat sungguh mengejutkan Zaida.
  
Kamal sudah kembali, bisik Zaida berkali-kali-kali, seperti tidak percaya. Jadi apa yang terjadi selepas itu, tanya saya. Oh aku pergi menemui Kamal di Dome KLCC. Enam belas tahun bukanlah sekejap, tetapi kerana cinta pernah bergelulur dalam pembuluh darah sewaktu kami muda remaja, jangankan kata raut wajah dan susuk tubuhnya, baunya yang melintasi bersama-sama angin juga sungguh kukenal, kata Zaida. Dia sudah gemuk, cerita Zaida ketawa-ketawa. Ya sedikit gemuk, tetapi dia masih kacak dan putih seperti dahulu. Kamal mengahwini seorang wanita Arab sewaktu di benua seberang, dikurniakan dua anak, tetapi katanya. kerana seorang wanita lain sudah memegang kunci hatinya, maka dia gagal menemui erti bahagia. Perkahwinannya tidak dapat diselamatkan, kerana kecewa, dan kenangan terhadap orang yang disayangi di Kuala Lumpur, masih berkocak-kocak dalam ingatan.



Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 04:39 PM | Show all posts
bianglala posted on 6-5-2014 02:44 PM
garu kepala pulak kita. betul tu, takkan seminggu je. nanti dengan nak jaga anak dia, dia pun tak  ...

x sure emak dia ada lg ke x? sbb dia pun dah ada anak dara....kakak2 dia pun dah bercucu dah...

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-5-2014 04:43 PM | Show all posts
novelloverzz posted on 6-5-2014 04:39 PM
x sure emak dia ada lg ke x? sbb dia pun dah ada anak dara....kakak2 dia pun dah bercucu dah...

...

gitu. kita ingatkan dia macam baru pregnant kali kedua ke, atau ketiga. hehe.

mungkin nanti anak dara dia tolonglah jagakan anak-anak nov masa dia dalam pantang minggu kedua dan seterusnya?

tak berpantang sangat kot.

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 04:43 PM | Show all posts
bianglala posted on 6-5-2014 03:12 PM
gelak aku kat sini.

cakap la.. lala dan kata-kata puitis tak dapat dipisahkan, sedap sikit mem ...

Memula aku nak jugak letak ayat tu
Tapi rasa nak tukau plak kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2014 04:44 PM | Show all posts
intan_smsb posted on 6-5-2014 03:51 PM
x seram ke weh bca kisah2 misteri tu
aku lak mmg tingin nk baca tp x menyempat

Aku siang jek berani
Malam?
Jangan harap
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 04:44 PM | Show all posts
bianglala posted on 6-5-2014 04:38 PM
hehe.. sambung lagi...

ni kisah dalam kisah..bahasa dan kosa kata sangt menarik..menggelulur..(melincir..)..penyampaian ni memang rare tpi boleh difahami jln citer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2014 04:45 PM | Show all posts
honey_d7881 posted on 6-5-2014 04:43 PM
Memula aku nak jugak letak ayat tu
Tapi rasa nak tukau plak kan

ekeke.. ala, takpelah. saja je nak manja-manja dengan ko.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2014 04:48 PM | Show all posts
Ipo posted on 6-5-2014 04:44 PM
ni kisah dalam kisah..bahasa dan kosa kata sangt menarik..menggelulur..(melincir..)..penyampaian n ...

best kan penceritaannya.

sambung lagi.

Alangkah ironinya hidup ini, fikir saya, alangkah menakutkan jika lelaki yang anda kahwini, yang anda harapkan menjadi bahu dan sangga tempat berpaut kala susah dan senang, yang anda tiduri, dan yang anda gauli sepanjang masa usia perkahwinan anda, akhirnya tersedar dan mengakui bahawa dia sebenarnya tidak mencintai. Dan katanya, hatinya tersimpan pada tangan seorang wanita lain. Inilah mimpi buruk semua wanita yang bergelar isteri.
  
Tetapi aku tidak minta dia merobohkan rumahtangganya sendiri, kata Zaida, ya dan saya bersetuju, tetapi soalnya sekarang, Kamal sendiri yang mahu memperjelaskan perasaannya. Barangkali juga dia yang terbeban oleh sikapnya 16 tahun dahulu – Bermain asmara dan kemudian melarikan diri tanpa meninggalkan sebarang pesan. Seolah-olah tiada apa yang berlaku selama itu, seolah-olah semuanya satu kesilapan, seolah-olah semuanya satu permainan, seperti disengajakan, dan masing-masing patut melenyapkannya daripada fikiran.

Tetapi hari ini, merenung mata Zaida, saya tahu Kamal mahu kembali menemui wanita yang sudah mencuri hatinya 16 tahun yang lalu, memegang tangannya dan memberitahu, yang dia sebenarnya mencintai.
  
Itulah yang sebenarnya Kamal lakukan pada hari kami bertemu di Dome, cerita Zaida, antara sedih, ketawa dan tergeleng kurang percaya. Aku kini sudah berkahwin, dan aku juga sudah terlalu bahagia dengan zuriat sendiri. Dan tiba-tiba apakala kekasih rahsia lama datang semula, memegang tangan dan mengatakan bahawa dia sebenarnya dahulu terlalu mencintai, dan masih sehingga ke hari ini, beritahulah kepadaku, apa yang harus aku lakukan? Cinta lama bernyala semula, tetapi tanganku terlalu sakit untuk memadamkan apinya.
  
Sebelum kami berpisah, dia mencium aku sekilas di pipi, cerita Zaida sebak, sehingga kita berjumpa lagi, kata Kamal, dan aku tahu selepas ini dia akan menjadi manusia yang lebih gembira, kerana penjaranya sudah dibuka. Apakah engkau sedih, tanya saya, kerana bukankah kehidupan hari ini bersama-sama famili tidak kurang bahagia? Aku sedih kerana ini kesudahannya, katanya, cinta rupa-rupanya berbalas, aku tidak silap perhitungan tentang perasaannya, katanya lagi.


ada lagi sikit sambungannya.

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 04:48 PM | Show all posts
bianglala posted on 6-5-2014 04:43 PM
gitu. kita ingatkan dia macam baru pregnant kali kedua ke, atau ketiga. hehe.

mungkin nanti ana ...

sekarang anak dara dia duk rmh sbb keje sblm ni x sesuai ngan dia kot..hopefully dia jagakan mak dia masa dalam pantang nnt...so nov x la rasa bersalah x bg cuti pjg...sbb nov pun cuti tggl sikit...nnt hbs cuti potong gj lak...dia duk ambik cuti nov x pernah bayar kurang...bayar lebih ada la...

sbb dia jaga anak2 nov elok tu yg nov x cari pengasuh lain...

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
bianglala posted on 6-5-2014 08:01 AM
selamat pagi Nay.

cepat-cepat pergi klinik tau. masa nay jumpa tan hari tu, mata nay dah sakit ...

Huhu nak pegi tp asben suh tunggu huhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 04:51 PM | Show all posts
bianglala posted on 6-5-2014 04:45 PM
ekeke.. ala, takpelah. saja je nak manja-manja dengan ko.

Dah tau ko mmg mcm tu
So, aku layankan jek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2014 04:53 PM | Show all posts
novelloverzz posted on 6-5-2014 04:48 PM
sekarang anak dara dia duk rmh sbb keje sblm ni x sesuai ngan dia kot..hopefully dia jagakan mak d ...

dah berapa lama dia jaga anak nov? dia takde jaga anak orang lain eh? memang susah kan nak cari yang serasi.. yang jaga elok-elok.

teringat kawan kita dok pening kepala cari pengasuh, dia kata...bila jumpa yang sesuai... jauh dari rumah pulak. yang ada dekat dengan rumah dia.. semua macam tak pandai sangat jaga.. hal-hal pengasuh memeningkan kepala berhari-hari, katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2014 04:53 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 6-5-2014 04:51 PM
Huhu nak pegi tp asben suh tunggu huhu

kalau nay pergi sendiri? errr..

semakin hari semakin merah ke.. semakin sakit? semakin pedih?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2014 04:54 PM | Show all posts
honey_d7881 posted on 6-5-2014 04:51 PM
Dah tau ko mmg mcm tu
So, aku layankan jek

bila nak amik gambar gobok buku.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 05:02 PM | Show all posts
bianglala posted on 6-5-2014 03:01 PM
dah kawin? kalau dah kahwin, kita doa yang baik-baik je la.

yup...rasanya xde kot ex yang single lagi...

masing2 dah jumpa jodoh dan jalan masing2...

semoga bahagia diorang bersama keluarga...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 05:07 PM | Show all posts
bianglala posted on 6-5-2014 04:54 PM
bila nak amik gambar gobok buku.

Hahahaha....
Tak abis2 ngan gambar gobok aku kan

Lama tak borak ngan Lepat
T kim salam dia eh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.280329 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list