CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Games] BINA AYAT BERDASARKAN KEYWORD. New Keyword PG4

[Copy link]
 Author| Post time 23-6-2022 04:14 PM | Show all posts
holaaaa

keyword hari ni

1) biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma

2) orang lapar diberi nasi, orang haus di beri air

3) seperti harimau menyorokkan kuku

4) anak kera di hutan disusui, anak sendiri dirumah kebuluran

5) berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat

** 1 keyword  1 ayat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2022 05:01 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 23-6-2022 04:03 PM


1) Beringatlah umpama biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma.

2) Sebaiknya biar orang lapar diberi nasi, orang haus di beri air.

3) Bagus orang alim itu seperti harimau menyorokkan kuku.

4) Kasihan Mazni yang dibiar ibunya sibuk berjual bak anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran.

5) Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat supaya tiada gaduh di masa hadapan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 05:42 PM | Show all posts
1) biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma
Selepas mendapat kesedaran Aziz cuba memujuk kawan-kawannya meninggalkan aktiviti tidak sihat supaya kawan-kawannya tidak menjadi seperti biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma.

2) orang lapar diberi nasi, orang haus di beri air
Kamal berasa lega diterima bekerja bagaikan orang lapar diberi nasi, orang haus diberi air.

3) seperti harimau menyorokkan kuku
Zailan seperti harimau menyorokkan kuku padahal dia seorang pemain bola yang hebat.

4) anak kera di hutan disusui, anak sendiri dirumah kebuluran
Puan Maria lebih mengutamakan keperluan anak angkatnya dari anaknya sendiri bagaikan anak kera di hutan disusui, anak sendiri dirumah kebuluran.

5) berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat
Ibu selalu menasihati adik agar berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat bagi setiap tindak tanduk yang dilakukannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 10:10 PM | Show all posts
Semua muslim mendambakan husnol khotimah biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma

Usaha sungguh-sungguh membuahkan hasil seperti orang lapar diberi nasi, orang haus di beri air

Zaman sekarang tidak ramai seperti harimau menyorokkan kuku

Bila terlalu sibuk menjaga tepi kain orang jadilah anak kera di hutan disusui, anak sendiri dirumah kebuluran

Sebelum membuat keputusan perlulah berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 10:03 AM | Show all posts
1) Kita hendaklah selalu membuat kebaikan dan jangan pernah sekali melakukan kejahatan di mana sahaja berada bagaikan biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma.

2) Aminah berkerja keras demi membeli rumah idamannya seperti orang lapar diberi nasi, orang haus di beri air.

3) Tok Aki adakalanya bersikap seperti harimau menyorokkan kuku, kerana tidak mahu berbangga dengan ilmu yang dia ada dan baginya ilmu Allah itu masih luas untuk dipelajari.

4) Mak Jemah suka mengambil tahu perihal rumah tangga orang lain sedangkan rumah tangganya sendiri tidak dipeduli, bagaikan anak kera di hutan disusui, anak sendiri dirumah kebuluran.

5) Amran sangat teliti dalam membuat keputusan seperti berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat bagi elakkan perkara-perkara yang tidak  diingini di kemudian hari.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 12:16 PM | Show all posts
1) biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma
Pak Kahar sangat dihormati di kampungnya kerana hidup bak pepatah biar mati seperti kutu, jangan mati seperti yuma.

2) orang lapar diberi nasi, orang haus di beri air
Kak Dora sangat gembira mendapat gelang tangan emas bak orang lapar diberi nasi, orang haus diberi air.

3) seperti harimau menyorokkan kuku
Seluruh kampung tidak mengetahui tentang kepintaran Daud kera beliau seperti harimau menyorokkan kuku.

4) anak kera di hutan disusui, anak sendiri dirumah kebuluran
Dilla sangat terasa hati dengan keluarganya kerana mereka bersikap seperti anak kera di hutan disusukan, anak sendiri dirumah kelaparan.

5) berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat
Supaya tidak menyesal di kemudian hari, kita sepatutnya berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.067583 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list