|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: THE SOUL THAT SEES BEAUTY MAY SOMETIMES WALK ALONE
[Copy link]
|
|
Top 3 org kita tapau
Berbaik la |
|
|
|
|
|
|
|
Buk hetty ok ke mlm td ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Morning mek
Tgh bersantai
|
|
|
|
|
|
|
|
Mlm td x tgk gv
Pg ni baca news ja
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat pagi ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
tari replied at 10-2-2025 07:56 AM
Selamat pagi
Camat pagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Ditahan kerana cabul wanita di RnR
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/tahan_1739169886.jpg)
[size=14.399999618530273px]Gambar hiasan
[size=14.399999618530273px]
SEREMBAN: Seorang lelaki tersilap memilih mangsa apabila mencabul seorang wanita yang juga atlet sebelum rakan-rakannya mengejar dan menahan suspek dalam kejadian di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Seremban arah Selatan, di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam tadi itu, suspek dikatakan lalu di belakang mangsa yang berusia 20-an sebelum dikatakan menyentuh punggung wanita terbabit.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, kira-kira jam 12.15 tengah malam, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu. "Kami mendapat laporan mengenai tangkapan seorang lelaki warga tempatan di kawasan RnR Seremban kerana disyaki melakukan kesalahan cabul ke atas seorang wanita warga tempatan. "Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari IPD Nilai tiba di lokasi dan membuat tangkapan terhadap suspek," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Ujarnya, siasatan awal mendapati suspek menyentuh punggung mangsa sebelum beberapa rakan wanita itu ternampak perbuatan suspek lalu mengejarnya yang cuba melarikan diri dan berjaya ditahan. Jelasnya, suspek yang ditangkap berusia lingkungan 20-an dan mempunyai dua rekod membabitkan kesalahan jenayah. "Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban dan dibenarkan reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bermula hari ini hingga 13 Februari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. "Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Nilai di talian 06-7904222," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/02/1359636/ditahan-kerana-cabul-wanita-di-rnr
|
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia antara 5 negara dengan pencemaran plastik tertinggi dunia
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/KAPAL_PENGUMPULAN_SISA_MOBULA_kapai_1739166982.jpg)
[size=14.399999618530273px]Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad (tiga, kiri) diiringi Pengasas dan Pengarah Eksekutif Marine Research Foundation (MRF), Dr Nicolas J Pilcher (kiri) serta Duta Besar Switzerland ke Malaysia, Chantal Moser (kanan) melihat demonstrasi kapal pengumpulan sisa Mobula ketika pelancaran di Penisular Sailing Club Selangor, Pulau Indah, Pelabuhan Klang. - Foto NSTP/Faiz Anuar
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]
PELABUHAN KLANG: Kerajaan merancang penggubalan kerangka dasar dan perundangan menyeluruh peringkat nasional untuk mengatasi pencemaran plastik di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13). Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata langkah tersebut adalah antara usaha kerajaan dalam menangani pencemaran sisa plastik dan menguruskannya dengan lebih lestari. Isu pencemaran plastik sebelum ini banyak bergantung kepada inisiatif di peringkat kerajaan negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bukan satu dasar yang menyeluruh.
"Di bawah RMK13 kita sedang melihat sama ada boleh diadakan satu perundangan di peringkat nasional untuk mengatasi pencemaran plastik.
"Sekarang kita banyak bergantung kepada undang-undang atau peraturan di peringkat PBT. Itu sahaja tidak cukup. Kita perlu ada perundangan bersifat nasional (menyeluruh)," katanya selepas merasmikan Kapal Pengumpulan Sisa 'Mobula 8' anjuran Marine Research Foundation (MRF) di Pulau Indah, hari ini. Nik Nazmi berkata masalah pencemaran plastik adalah serius yang mana Malaysia menjadi antara lima negara dengan pencemaran plastik tertinggi di dunia yang mana ia turut menyumbang kepada masalah kesihatan dan banjir kilat. Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata isu pencemaran plastik akan turut dibincangkan sempena Kepengerusian ASEAN 2025. "Sejak China mengetatkan peraturan (menghentikan pembelian hampir semua sisa plastik pada Januari 2018), Malaysia, Indonesia dan Filipina pula berdepan dengan masalah (kemasukan sisa plastik luar) ini. "Jadi, kita akan bincang di peringkat ASEAN juga kerana masalah (pencemaran sisa plastik) bukan hanya masalah Malaysia sahaja," katanya. Terdahulu, beliau mengalu-alukan sumbangan kapal pengumpul sisa plastik, Mobula 8 oleh The SeaCleaners iaitu badan bukan kerajaan (NGO) dari Switzerland kepada MRF sebagai inisiatif mengurangkan impak terhadap pencemaran plastik. Nik Nazmi berkata, Mobula 8 akan ditempatkan di Kota Kinabalu, Sabah dan beliau berharap lebih banyak syarikat korporat atau NGO menghulurkan sumbangan membantu inisiatif penyelesaian pencemaran sisa plastik.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1359620/malaysia-antara-5-negara-dengan-pencemaran-plastik-tertinggi-dunia
|
|
|
|
|
|
|
|
Tukang cuci mengaku rogol remaja dipenjara 5 tahun, 2 sebat
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/BH10CUCI_1739165099.jpg)
[size=14.399999618530273px]Mohammad Syed Kamarul Akhmal Amran (kiri) dipenjara lima tahun dan dua sebatan selepas mengaku bersalah merogol remaja perempuan baru dikenali. - Foto NSTP/ ALIAS ABD RANI.
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]
MUAR: "Saya merayu hukuman diringankan, ayah saya tak sihat sekarang," demikian rayuan pekerja kedai cuci kenderaan yang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan baru dikenali, minggu lalu. Tertuduh, Mohammad Syed Kamarul Akhmal Amran, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dikemukakan terhadapnya sebelum Hakim Sayani menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan. Mengikut pertuduhan, dia yang masih bujang didakwa merogol remaja berusia 13 tahun di sebuah rumah di Batu Pahat, antara jam 4.30 hingga 5 pagi, 2 Februari lalu. Berdasarkan fakta kes, pada 3 Februari lalu, polis menerima laporan daripada pihak Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) berhubung seorang pesakit yang juga mangsa, dirogol kenalan lelaki. Siasatan polis mendapati, sehari sebelum kejadian, tertuduh didakwa mengenali mangsa di sebuah kedai makan pada jam 1.30 pagi lalu mengajaknya ke rumah lelaki terbabit. Perbuatan itu dilakukan oleh tertuduh ketika ahli keluarganya sedang tidur dan siasatan juga mendapati mangsa adalah individu yang dilaporkan hilang sebelum ini.
Kejadian itu terbongkar apabila ahli keluarganya membawa mangsa ke HSNI untuk menjalani pemeriksaan sebelum mendapati dia telah dirogol. Susulan itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan di Balai Polis Yong Peng pada 3 Februari lalu dengan tertuduh ditahan keesokan hari. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Othman Affan manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Selain menjatuhkan hukuman itu, mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling ketika di penjara serta pengawasan polis setahun sebaik selesai tahanan.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/02/1359602/tukang-cuci-mengaku-rogol-remaja-dipenjara-5-tahun-2-sebat
|
|
|
|
|
|
|
|
337,000 pengguna di Pulau Pinang bakal alami gangguan bekalan air akhir April
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo_6147971180435457953_y_1739165047.jpg)
[size=14.399999618530273px]Status kerja penyambungan bahagian Saluran Paip Menyeberangi Sungai Perai (SP-RCP) yang bernilai RM8.7 juta mencapai 70 peratus sebelum gangguan bekalan air berjadual (SWSI) dilaksanakan pada akhir April ini bagi proses penyiapan projek berkenaan. = Foto ihsan PBAPP
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]
BUTTERWORTH: Kira-kira 337,000 pengguna di semua daerah di Pulau Pinang dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) antara tempoh 24 hingga 48 jam pada April depan susulan kerja akhir penyambungan bahagian Saluran Paip Menyeberangi Sungai Perai (SP-RCP) yang bernilai RM8.7 juta. Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk K Pathmanathan, berkata pihaknya merancang untuk melaksanakan kerja itu pada 25 April ini, dalam usaha pengepaman air terawat melalui saluran paip dasar laut berkembar yang lebih selamat dan efisien untuk memenuhi permintaan air pada masa hadapan Katanya, pelaksanaan kerja terbabit dilakukan selepas sambutan Aidilfitri seperti mana arahan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.
"Apabila siap, ia akan menyokong kapasiti pengepaman air terawat maksimum 247 juta liter sehari (JLH). "Pada 1 Februari lalu, status kerja projek SP-RCP berjalan mengikut jadual dan mencapai 70 peratus. Notis awal gangguan bekalan air berjadual ini membabitkan komponen saluran paip bekalan air utama yang meliputi dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua (LRA terpenting Pulau Pinang) di Seberang Perai Utara (SPU) ke Sungai Perai di Seberang Perai Tengah (SPT)," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, PBAPP memberi notis awal mengenai kerja penyambungan akhir berjadual projek SP-RCP kerana ia akan menjejaskan bekalan air kepada kira-kira 337,000 pengguna air di semua daerah di negeri ini, termasuk majoriti pengguna air industri di Bayan Lepas, Perai, Bukit Minyak dan Batu Kawan.
"PBAPP perlu menghenti tugas sementara bahagian saluran paip SPU-SPT pada 25 April ini untuk membolehkan kerja-kerja penyambungan akhir, serta kerja ujian dan pengoperasian. "Ketika tempoh henti bekalan air, PBAPP juga akan menjalankan kerja pembaikan segera untuk membaiki saluran paip berdiameter 1.2meter yang bocor di lokasi lain di pinggir sungai (Jalan Pengkalan Tambang) di SPU, berhampiran LRA Sungai Dua. "Notis awal SWSI yang dirancang ini dijadualkan selepas Aidilfitri. Walaubagaimanapun tarikh dan masa sebenar SWSI adalah tertakluk kepada penyiapan semua kerja persediaan yang diperlukan seperti yang dijadualkan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1359600/337000-pengguna-di-pulau-pinang-bakal-alami-gangguan-bekalan-air
|
|
|
|
|
|
|
|
Zehra Zambri nafi rumah tangga bergolak
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2025-02-10_at_11.01.17_1739156914.jpg)
[size=14.399999618530273px]Zehra hormati pilihan suami yang meletakkan gambar dalam arkib kerana enggan jadi perhatian. - Foto IG Zehra Zambri
[size=14.399999618530273px]
SHAH ALAM: Penyanyi Zehra Zambri menyangkal dakwaan rumah tangganya sedang bergolak susulan suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin bertindak memadam foto mereka dalam Instagram (IG). Mengulas lanjut, Zehra, 38, menjelaskan suaminya tidak memadam foto, sebaliknya hanya diletakkan dalam 'mode' arkib kerana tidak gemar menjadi perhatian umum. "Suami letak dalam arkib semua gambar-gambar dalam Instagram sebab tak suka ditanya kawan-kawan tentang dunia artis sebab tidak meminati bidang seni. "Saya hormati pilihan suami. Sebelum ini, kami memang hidup dengan penuh privasi.
"Perkahwinan kami tak mudah sebab ada juga konflik kekeluargaan," katanya ditemui pada pentas akhir program realiti, Gegar Vaganzan Musim Ke-11 (GV11) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam tadi. Dalam perkembangan berkaitan, penyanyi lagu Semalakama itu turut memaklumkan sepanjang pembabitan dalam GV11, suaminya menolak menonjolkan diri kerana dia bukan anak seni.
Pun begitu, kata Zehra tindakan suaminya itu bukan bermakna tidak menyokong karier seninya, sebaliknya tidak selesa menjadi perhatian. "Sepanjang pertandingan, suami memang tidak suka diberi perhatian. Dia bukan anak seni dan tidak faham dunia glamor. "Suami memang menolak untuk menonjolkan diri kerana risau kehidupan keluarga tidak ada lagi privasi. Katanya, biar saya seorang ke hadapan. "Kalau boleh dia tak mahu orang tahu siapa suami Zehra atau cari gambar sebab tidak bersedia untuk diberi perhatian," ujarnya. Zehra mendirikan rumah tangga dengan Nur Mohd Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun. Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, namun bercerai pada April 2018.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/02/1359521/zehra-zambri-nafi-rumah-tangga-bergolak
|
|
|
|
|
|
|
|
Tomok, Nana rai persahabatan 2 dekad
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhtomok101_1739164213.jpg)
[size=14.399999618530273px]Selepas dua jam beraksi, Tomok dan Siti Nordiana mengakhiri persembahan dengan lagu Paling Comel sambil menghadiahkan penonton bertuah dengan patung beruang. Foto NSTP Aziah Azmee
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Persahabatan terjalin ketika masing-masing berusia belasan tahun dan rancak mengatur langkah dalam kerjaya seni diperkukuhkan apabila dua teman ini berpadu suara dalam single Memori Mungkin Berulang, tahun lalu. Melihat sambutan hangat peminat, akhirnya timbul idea untuk Tomok dan Siti Nordiana bekerjasama dalam konsert menggunakan judul sama dengan lagu duet mereka, iaitu Konsert Memori Mungkin Berulang di Zepp Kuala Lumpur, baru-baru ini. Nyata keputusan mementaskan konsert itu sangat tepat kerana acara anjuran syarikat Tomok, iaitu Popsicle Records dibanjiri kira-kira 1,500 peminat tempatan dan luar negara. Siapa sangka selepas lebih dua dekad bersahabat, baru sekarang Tomok dan Siti Nordiana dapat bekerjasama dan digandingkan dalam konsert sarat nostalgia. Membuka tirai persembahan pada jam 8.20 malam, Tomok dan Siti Nordiana atau lebih akrab disapa Nana muncul di pentas menyampaikan lagu Benang Emas yang dipopularkan Nana bersama Allahyarham Achik Spin. Aksi duet diteruskan dengan dendangan Demi Cinta Ini yang pernah dinyanyikan Tomok bersama pelakon Fatin Afeefa serta Cinta Tak Pergi hasil paduan suara Tomok bersama Yana Samsudin.
Kehebatan kedua-dua penyanyi yang kini berusia 40 tahun itu terserlah menerusi persembahan lagu popular mereka. Buktinya penonton turut menyanyi seolah-olah penyanyi latar untuk konsert tersebut. Ingatan penonton kembali ke era 2000 apabila Tomok dan Siti Nordiana mendendangkan lagu seperti Cinta Hanya Sandaran, Seribu Setia, Hanya Tinggal Sejarah, Meraung, Sejarah Mungkin Berulang, Hiasan Di Laman Rindu serta lagu duet Gurauan Berkasih dan Memori Berkasih. Adrenalin penonton mengalir deras apabila pasangan itu memilih untuk menyampaikan lagu Kill This Love yang dipopularkan kumpulan Blackpink serta dua lagu Hindi popular berjudul Kuch Kuch Hota Hai dan Koi Mil Gaya dilengkapi penari lantas mencipta kemeriahan. Sebelum memulakan persembahan, Tomok memberitahu peminat lagu berkenaan mengembalikan nostalgia ketika mereka menyertai program realiti, All Stars Gegar Vaganza, dua tahun lalu. "Persembahan akan diteruskan dengan lagu Korea diikuti dengan lagu Hindustan. Lagu ini dinyanyikan ketika kami menyertai program All Stars Gegar Vaganza pada 2023," kata Tomok sambil disambut sorakan penonton. Lagu lain yang turut dinyanyikan adalah Tata Suria, Hatiku Milikmu, Terus Mencintaimu, Berlari, Aku Datang, Kasihmu Seakan Berubah, Perlukan Mu, Janji Kita serta lagu yang Tomok sifatkan sebagai karya bernilai RM1 juta berjudul Rindu Terhenti, iaitu ganjaran yang diterima sebagai pemenang program One In Million musim ketiga.
Tidak hanya berkongsi kisah persahabatan mereka serta kenangan yang pernah dilalui ketika zaman remaja, Tomok atau nama sebenar, Shah Indrawan Ismail dan Siti Nordiana turut bercerita mengenai perjalanan kerjaya seni mereka. Biarpun ia adalah konsert duet, namun, Tomok tidak melupakan kumpulan New Boyz apabila turut merakam penghargaan kepada ahlinya yang turut hadir menyaksikan konsert itu. "Walaupun saya bergerak solo, saya tetap akan bergerak seiring dengan nama New Boyz. Siapa tahu mungkin lepas ini ada konsert Tomok, New Boyz dan Siti Nordiana pula di Singapura? Kita tengok macam mana," kata Tomok seakan memberi bayangan akan ada lagi konsert menggabungkan mereka selepas ini. Tidak perlu gimik, sebaliknya, keserasian yang wujud antara mereka termasuk daripada segi gabungan vokal serta pemilihan lagu yang cukup dekat di hati peminat, membuatkan rata-rata penonton terhibur dengan persembahan yang disajikan. Selepas dua jam beraksi, Tomok dan Siti Nordiana mengakhiri persembahan dengan lagu Paling Comel sambil menghadiahkan penonton bertuah dengan patung beruang.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/02/1359539/tomok-nana-rai-persahabatan-2-dekad
|
|
|
|
|
|
|
|
'Lupa diri, dituduh gila beri kesan emosi'
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2025-02-10_at_12.36.57_1739166650.jpg)
[size=14.399999618530273px]Mat Over dan Zaiton pada sesi rakaman Podcast Borak Harini: Artis Pun Insan Biasa, Bukan Semua Hidup Senang di studio BH, baru-baru ini. - NSTP/Rohanis Shukri
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Di sebalik populariti diraih, dua bintang yang pernah menjadi pujaan ramai, Mat Over dan Zaiton Sameon menempuh onak duri sejak mula bertapak dalam dunia hiburan pada era 1980-an. Pada zahirnya, hanya sisi manis dipertontonkan. Tiada sedikit pun kesengsaraan dan episod hitam didedahkan demi menjaga maruah sebagai insan popular. Lupa diri akibat buta wang dan dihina dengan kata menghiris hati masih terpahat dalam ingatan dua bintang veteran ini sepanjang bergelar pejuang seni. Bagi Mat Over atau nama sebenar, Sulaiman Yassin, 73, detik paling diingati ketika berdepan kejutan budaya sebaik mendaki puncak populariti sehingga lupa tanggungjawab sebagai suami.
Dikenali menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada era 1980-an, Mat Over gagal menahan air mata ketika berkongsi apa yang didakwanya dosa silam yang dilakukan terhadap isteri. "Sisi gelap bergelar artis ada pelbagai. Antaranya, kejutan budaya dan itulah yang berlaku kepada saya. Perkara ini berlaku selepas populariti memuncak ketika menjayakan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Saya mula dikenali selepas agak lama berjuang. "Jujurnya, banyak kejutan budaya berlaku kepada saya. Selepas popular, saya lupa tanggungjawab sebagai suami. "Bagaimanapun, saya bukan berkasar (dengan isteri) sebab bapa saya ajar jangan pernah berkasar dengan perempuan," katanya pada sesi rakaman Podcast Borak Harini: Artis Pun Insan Biasa, Bukan Semua Hidup Senang anjuran Berita Harian (BH) di Studio Digital NSTP di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini.
Mat Over mengaku pernah melupakan isteri ketika menempa populariti, namun, kembali sedar selepas dibimbing dan dinasihati sahabatnya.
"Saya lupa tanggungjawab walaupun kami baik. Di belakangnya, saya jadi lain. Maksudnya, saya lupakan isteri. "Namun, keadaan berubah apabila sudah tua. Ke mana saya pergi, pasti akan bawa isteri. Ketika kami muda, langsung tidak pernah bawa. "Saya banyak hidup bersendirian ketika zaman muda. Selepas itu, saya jumpa seseorang yang sedarkan saya. "Kemudiannya, saya ambil keputusan menunaikan ibadat haji pada 1996 dan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin," katanya. Pelakon dan pelawak berasal dari Kuala Berang, Hulu Terengganu itu tidak menafikan kejutan budaya banyak berlaku kepada artis selepas popular dan meraih banyak pendapatan. "Kejutan budaya ini dilalui kebanyakan artis. Kalau artis sudah biasa hidup senang, tiada masalah. "Macam saya orang susah yang datang dari kampung. Selepas jadi artis sudah tentu berdepan kejutan budaya sebab makin banyak duit. "Kadang-kadang ada dua hingga tiga persembahan dibuat, setiap bulan. Jadi, apabila duit banyak, saya lupa tanggungjawab," katanya.
Pelantun lagu Menaruh Harapan, Zaiton, 69, mengaku pelbagai cercaan diterima sejak menjadi penyanyi kelab malam terutama membabitkan paras rupa, malah, lebih menghiris, dia dituduh gila. "Kemunculan saya dahulu sering mengundang kontroversi. Macam-macam kata sinis dilemparkan terutama mengenai rupa dan kulit gelap. "Selepas berdepan kemalangan ngeri pada 1990 yang membuatkan saya koma, ada orang tuduh saya gila. Bagaimanapun, saya tak pernah putus harap dan semangat untuk menjadi penyanyi sampai mati. "Ramai cakap saya tidak boleh menyanyi atau bawa lagu bernada tinggi. Ini membuatkan saya lebih sakit hati, lebih-lebih lagi, timbul pula tuduhan gila selepas kemalangan. "Kalau gila, saya tak menyanyi sampai sekarang. Saya memang sedih, tetapi apa sahaja hinaan orang ramai, saya tidak akan mengalah. Saya mahu terus menyanyi," katanya. Biarpun menerima pelbagai ujian dalam hidup, penyandang trofi Juara Lagu, Anugerah Juara Lagu (AJL) 1987 itu tidak mengenal erti putus asa dan teguh mempertaruhkan bakat. "Untuk teruskan hidup, saya fikir masih perlu terus menyanyi. Itulah perkara yang saya pandai lakukan untuk meneruskan kelangsungan hidup. "Jadi, saya sentiasa jaga supaya dapat berpijak di bumi nyata dan tidak lupa diri. Kalau orang pandang buruk, saya ketepikan tanpa mahu bebankan fikiran," katanya. Terdahulu, menerusi Majlis Dialog Transformasi 2050 Bersama Segmen Penggiat Seni, nama Mat Over gempar susulan insiden menampar penerbit filem, David Teo yang sedang berucap pada acara dihadiri Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak pada 2017. Sementara itu, Zaiton pernah mengalami kemalangan ngeri di Batang Kali, Selangor yang mengorbankan anak tunggal, Allahyarham Azirwan Abu Bakar pada 21 Februari 1990.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/02/1359606/lupa-diri-dituduh-gila-beri-kesan-emosi
|
|
|
|
|
|
|
|
Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhkorbannahas_1739155608.jpg)
[size=14.399999618530273px]Tujuh korban tayar terbang... Tayar lori tangki yang tercabut menjadi punca tragedi di KM204 Lebuhraya Utara Selatan dekat Alor Gajah pada 23 Disember lalu, meragut tujuh nyawa termasuk lima sekeluarga dalam perjalanan pulang selepas menghadiri hari keluarga di Melaka.
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]
MELAKA: Syarikat lori yang disyaki menjadi punca kemalangan menyebabkan tujuh maut membabitkan lima kenderaan di Kilometer (KM) 204 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara pada 23 Disember lalu, akan dihadapkan ke mahkamah pada 4 Mac. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata sebutan kes di bawah pertuduhan Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 akan dibuat di Mahkamah Majistret Alor Gajah. Selain itu, JPJ juga memohon untuk melucut hak treler semi tangki yang membawa muatan serbuk simen di bawah Seksyen 80(4) APAD 2010.
"Kita telah menyerahkan saman bagi tindakan mahkamah kepada pemilik syarikat lori dari Johor pada 7 Februari dan tarikh sebutan kes berkenaan ditetapkan pada 4 Mac. "Pertuduhan dibuat atas kesalahan lebih muatan iaitu lebihan 16,250 kilogram atau 31 peratus had muatan yang dibenarkan," katanya selepas Operasi Khas sempena Tahun Baharu Cina 2025 di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (Lebuh AMJ) berhampiran Melaka Sentral, malam tadi. Media sebelum ini melaporkan tujuh maut manakala 33 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran membawa 27 penumpang, dua lori, sebuah kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM204 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara. Siasatan awal mendapati bas persiaran tersebut terlanggar tayar lori yang tercabut di lorong tengah yang menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan tiga kenderaan lain. Kejadian itu menyebabkan lima penumpang Toyota Estima dan pemandu bas serta seorang penumpangnya meninggal dunia.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1359485/nahas-km204-syarikat-lori-disyaki-punca-kemalangan-didakwa-4-mac
|
|
|
|
|
|
|
|
Kepengerusian ASEAN: Persiapan Malaysia antara yang terbaik - Anwar
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhnuar101_1739158175.jpg)
Anwar ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini. - Foto NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
PUTRAJAYA: Persiapan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini dalam mengurus ratusan program secara efektif dilaksanakan dengan baik oleh penjawat awam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, pengurusan ASEAN bukan sekadar soal kedudukan atau kebanggaan, tetapi mencerminkan kemampuan penjawat awam memastikan pentadbiran negara berjalan lancar. "Ini tentunya memerlukan penugasan yang lebih daripada biasa. "Saya lihat umpamanya saya pun ke berpuluh-puluh negara...Tahap persiapan kita, acara-acara kita itu antara yang terbaik yang saya dapat saksikan.
"Walaupun tidak semewah beberapa negara, tetapi tahap kecekapan, disiplin dan kerapian itu sangat membanggakan," katanya pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Anwar turut mengambil kesempatan menyampaikan penghargaan kepada penjawat awam yang sangat berdedikasi dan bertungkus-lumus memastikan kelancaran urusan pentadbiran negara, terutama dalam persiapan acara rasmi melibatkan pemimpin antarabangsa.
"Saya memilih untuk menyebut perkara ini kerana ratusan ribu (penjawat awam) di semua peringkat (terlibat membuat persiapan), dan kadang-kadang hal yang baik begini tidak pernah mendapat liputan di media atau media sosial. "Yang ada ialah akan dipilih beberapa kes keterlanjuran atau kesalahan. Tidak ada salah untuk besarkan beberapa kesalahan, tetapi tidak adil untuk tidak melaporkan kegiatan tahap kecekapan," katanya. Perdana Menteri turut berkongsi pengalamannya ketika mencuba kenderaan elektrik (EV) yang dihadiahkan oleh Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan baru-baru ini.
"Semalam, saya kebetulan cuba mobil EV yang dihadiahkan oleh Presiden Turkiye.. beliau hadiahkan kepada Perdana Menteri tapi bagi saya ia kepada negara, ia bukan hak saya. Saya boleh pakai selagi saya jadi Perdana Menteri, tetapi selepas itu kena serah balik kepada negara," katanya.
Anwar berkata ketika dalam perjalanan ke Kompleks Sri Perdana pada hari Ahad sekitar jam 1.30 tengah hari, beliau melihat puluhan penjawat awam dari pelbagai agensi termasuk Kementerian Luar, Jabatan Perdana Menteri, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Pendidikan sedang bertugas mempersiapkan lawatan rasmi Presiden Turkiye. "Saya lihat ramai yang masih bertugas dan dengan senyum rapi untuk mempersiapkan acara esok (hari ini) untuk Presiden Turkiye.. jadi saya salute kepada semua saudara-saudara yang bertugas dengan begitu baik," katanya.
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula hari ini atas jemputan Perdana Menteri. Lawatan ini bertujuan mengukuhkan hubungan rapat antara kedua-dua negara yang terus berkembang berasaskan hubungan yang lama terjalin, terutamanya selepas ia dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) pada Julai 2022. Pada 2024, Türkiye merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia, destinasi eksport terbesar dan destinasi import keempat terbesar dari rantau Asia Barat. Jumlah dagangan Malaysia dengan Türkiye meningkat sebanyak 18.7 peratus kepada RM24.13 bilion (AS$5.28 bilion) dari tahun sebelumnya.
[size=14.399999618530273px]
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1359516/kepengerusian-asean-persiapan-malaysia-antara-yang-terbaik-anwar
|
|
|
|
|
|
|
|
Segerakan pelaksanaan projek, jangan biar rakyat tunggu lama - PM![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/NUAT_jumpa_1739157765.jpg)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya. Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua projek berkepentingan rakyat termasuk membasmi kemiskinan tegar dan tebatan banjir disegerakan. Perdana Menteri berkata, beliau sendiri sudah meminta supaya perbendaharaan negara dan Kementerian Ekonomi memberi kelonggaran mempercepatkan peruntukan yang diperlukan. "Dua malam lalu saya sempat menelefon Ketua Pengarah ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) untuk memastikan kita pantau umpamanya projek kemiskinan tegar, saya periksa umpamanya (di) Parlimen Tambun, ada dalam 15 (keluarga miskin tegar), (angka) itu boleh cari dan selesaikan dua hari, supaya kemiskinan tegar itu dapat dibereskan. "Begitu juga pelaksanaan projek (tebatan banjir), saya selalu tanya Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Fadillah Yusof) terutama soal tebatan banjir, saya ada minta kalau boleh perbendaharaan beri kelonggaran supaya dapat dipercepatkan melalui peruntukan segera," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri, hari ini. Mengulas lanjut Anwar berkata, beliau sudah memaklumkan kepada Dr Zaliha supaya usaha kerajaan membasmi miskin tegar khususnya di Wilayah Persekutuan, dilipat gandakan.
"Saya sempat hubungi Dr Zaliha untuk pastikan jumlah (miskin tegar) itu diselesaikan sama ada oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, badan zakat dan majlis agama …ini maksud saya supaya pantau. "Walaupun kecil bagi saya soal kemiskinan tegar itu, besar bagi keluarga itu, yang lain (mengenai) kemiskinan relatif itu, kita perlu ambil masa untuk selesaikan," katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kaedah tender terbuka akan terus digunakan kerajaan bagi memastikan tiada keterlanjuran dan ketirisan. "Mengapa kita tekankan soal tender (terbuka) ini, kerana saya tengok kalau kita gunakan kaedah rundingan (terus) ini, banyak nanti ketelanjurannya dan ketirisannya. "Jadi sebaiknya kita gunakan tender (terbuka), tapi tender itu kalau dalam proses biasa, TPM (Timbalan Perdana Menteri, Fadillah) tahu akan mengambil masa terlalu panjang dan orang yang terkesan dengan banjir ini tidak mampu menunggu," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1359480/segerakan-pelaksanaan-projek-jangan-biar-rakyat-tunggu-lama-pm
|
|
|
|
|
|
|
|
KPN dapat kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Papagomo
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/papakpn_1739170707.jpg)
[size=14.399999618530273px]Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi memulakan prosiding komital terhadap blogger Papagomo. Foto NSTP.
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk memulakan prosiding komital terhadap blogger Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, kerana tidak mematuhi perintah mahkamah. Pesuruhjaya Kehakiman, Gan Techiong membuat keputusan itu selepas pendengaran permohonan secara sebelah pihak (ex-parte) oleh peguam Raam Kumar dan Norleena Jamal, yang mewakili Razarudin. "Tarikh pendengaran permohonan komital inter-parte (kedua-dua pihak) akan ditetapkan kemudian," kata Gan. Prosiding komital adalah satu prosiding untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap seseorang yang dikatakan menghina mahkamah dengan melanggar perintah yang telah dikeluarkan. Razarudin memfailkan permohonan komital terhadap Wan Muhammad Azri pada 24 Januari lalu memohon agar defendan dipenjara atau didenda kerana menghina mahkamah berikutan tidak mematuhi perintah injunksi pada 10 Januari lalu dengan membuat hantaran terhadap Razarudin di aplikasi YouTube, TikTok, X serta akaun Telegram.
Pada 10 Januari lalu, mahkamah mengeluarkan perintah injunksi melarang dan menghalang Wan Muhammad Azri atau wakilnya daripada menerbit atau menyiarkan kenyataan fitnah di semua platform media sosial yang ditujukan kepada Razarudin, sehingga perbicaraan kes saman itu diputuskan oleh mahkamah.
Selain itu, mahkamah turut mengeluarkan perintah injunksi yang melarang dan menghalang defendan atau wakilnya daripada menerbit atau menyebabkan penerbitan semula kenyataan, video dan status serta komen atau sebarang bentuk rujukan kepada plaintif. Kenyataan, video status serta komen itu berkenaan kedudukan Razarudin sebagai Ketua Polis Negara dan secara peribadi sama ada secara bertulis, lisan atau dalam talian di platform media sosial dan melalui aplikasi pesanan ringkas, seperti Telegram dan WhatsApp. Wan Muhammad Azri juga diperintahkan menarik balik, menurunkan dan memadamkan penerbitan siaran video di YouTube, TikTok, Facebook, Telegram dan X miliknya bertarikh 14, 15, 20 dan 22 Disember tahun lalu yang mengandungi kenyataan fitnah terhadap Razarudin. Pada 26 Disember tahun lalu, Razarudin memfailkan saman RM3 juta terhadap Wan Muhammad Azri atas dakwaan memfitnah yang turut membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/02/1359643/kpn-dapat-kebenaran-mulakan-prosiding-komital-terhadap-papagomo
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|