“Aku yakin dengan apa yang aku buat. Aku dah terlalu lama dalam dunia ini. Aku dah penat. Aku perlukan sesuatu yang baru. Aku perlukan ketenangan”
Perbualan mereka mati di situ. Suasana mula beransur-ansur senja. Tiada sesiapa di sini kecuali mereka berdua.
“Jadi, ini pertemuan kita yang terakhir?”
“Mungkin” Dia menjawab.
“Atau mungkin kita akan berjumpa lagi kalau TUHAN mengizinkan” Lelaki di sebelahnya tersenyum.
“Kau banyak berubah. Dulu kau tak pernah mahu pun menyebut nama TUHAN”
“Aku telah lama mengakui kewujudan TUHAN. Cuma aku tidak pernah mahu mencarinya”
“Macam mana dengan Shark?”
“Shark?” Dia menarik nafas. Shark, orang kepercayaannya, anak didiknya. Antara yang terbaik tetapi Shark telah melanggar peraturan. Dia telah lalai. Jika mengikut hukum, Shark sepatutnya sudah mati sekarang tetapi dia tidak membenarkan. Shark masih diberikan peluang.
“Beri dia peluang terakhir. Jika dia gagal lagi, kau boleh selesaikan dia dengan cara kau” Lelaki di sebelahnya mengangguk.
“Ke mana kau nak pergi?”
“Jauh”
“Dengan perempuan tu?”
“Ya” Terdengar keluhan lelaki di sebelahnya.
“Kenapa kau mahu rampas dia dari Shark?”
“Perempuan itu bukan sesiapa pada Shark. Dia hanyalah barang dagangan. Aku cuma mahu selamatkan dia”
“Kau cintakan dia?” Dia tersenyum, tidak menjawab. Terasa bahunya di tepuk perlahan.
“Permintaan terakhir aku. Aku nak kau jaga keluarga dia. Jangan biarkan sesiapa pun ganggu keluarga dia, termasuk Shark”
“Itu kau jangan risau”
Kawasan perkuburan ini kembali sunyi.
“Aku harap yang kita akan jumpa lagi”
“Aku harap, kau akan jumpa ketenangan yang kau cari” Dia menoleh, tersenyum lagi. Tangannya di hulurkan lalu mereka berjabat salam. Erat. Mereka berpelukan sebagai satu tanda persaudaraan.
“Selamat tinggal sahabat”
“Selamat tinggal, Loong” Dia ketawa.
“Loong sudah tiada”
“Kau tetap darah keturunan Loong” Sony mengulang kata-katanya. Dia hanya menepuk bahu Sony beberapa kali. Kemudian, dia berpaling semula mengadap kubur itu. Memandang lama.
“Sonia tak akan salahkan kau atas kematian dia. Sebagai abang Sonia, aku dah maafkan kau. Keluarga kami dah lama maafkan kau” Sony berkata, turut mengadap kubur itu.
“Dan kau tetap akan menjadi sebahagian dari keluarga kami” Dia tidak menjawab. Tiada apa lagi yang perlu diluahkan.
Selamat tinggal sayang…
Dia terus melangkah, meninggalkan kubur Sonia. Membiarkan saja Sony bersendirian di situ. Langkahnya terhenti di hadapan satu lagi kubur.
Kenneth Ronald Gipang
Dia membaca sekali lalu nama yang tertulis di atas batu kubur, lalu mengingatkannya pada seseorang. Kemudian, dia terus melangkah dan tidak menoleh lagi.
“Yeah right” Hanya ketawa kecil kedengaran dari lelaki di sebelahnya.
Bella tidak berkata apa-apa lagi. Malas untuk bertanya. Memang dia sudah di bayar untuk menurut saja permintaan lelaki itu. Dan setakat ini, rasanya dia telah melakukan kerjanya dengan baik.
Kadangkala, timbul rasa hairan di hati Bella. Biarpun Eddie membayarnya dengan bayaran yang mahal, lelaki itu tidak pernah membuat permintaan untuk tidur dengannya. Paling tidak pun, hanya berpegangan tangan. . Kebanyakan masa mereka di habiskan dengan berbicara. Eddie berkata bahawa dia kesunyian dan perlukan teman berbual. Bella tidak pernah persoalkan tentang itu.
“Are you gay?”
Pernah juga Bella bertanyakan Eddie soalan cepumas tersebut namun Eddie hanya membalas dengan ketawa. Tidak, Eddie bukan meminati kaum sejenis. Dia kesunyian setelah kematian isterinya dalam kemalangan jalanraya hampir enam tahun lepas. Sejak itu, dia hidup membujang. Hendak mencari teman wanita, tiada pula yang berkenan di hati. Pernah juga di tanya kenapa Eddie sanggup membayarnya sebagai teman, tetapi Eddie tidak pernah memberikan jawapan yang pasti.
“Someday, you will know” Itu jawapan yang di berikan.
Sesekali Bella mengerling Eddie yang fokus pada pemanduan di sebelahnya. Eddie yang di kenali cukup kuota sebagai seorang lelaki idaman. Sangat ‘gentleman’. Bonus pada rupa, gaya dan harta.Menurut Eddie, dia mempunyai rangkaian perniagaannya sendiri. Berniaga apa? Eddie tidak pernah memberitahu.
Dalam diam, dia juga menyenangi sikap Eddie. Layanan Eddie padanya di rasakan cukup istimewa. Eddie melayannya sebagaimana layaknya seorang wanita. Eddie tidak pernah memandang rendah padanya. Bukan seperti lelaki-lelaki lain yang pernah melanggannya sebelum ini. Sebagai seorang wanita, tidak banyak sedikit pasti hatinya bergetar dengan layanan yang diberikan. Namun, Bella sentiasa berhati-hati agar tidak hanyut dengan perasaannya sendiri. Orang seperti dia tidak patut masuk ke dalam jerat cinta. Dia tidak patut bermain api, bimbang kelak akan membakar dirinya sendiri.
“Hey beautiful”
“Yes?”
“Thinking of something?”
“Yes”
“About?”
“You”
“Me?”
“Yes” Eddie ketawa, menampakan barisan giginya yang tersusun. Bella turut tersenyum. Memang dia sukakan senyuman itu.
Stop it, Bella!
“Dah sampai” Bella mengangkat kening. Kereta BMW X6 milik Eddie sudah di parkirkan di kotak parkir khas. Bella terpinga-pinga. Dia mengelamun hingga tidak sedar di mana destinasi yang di bawa Eddie.
“Where are we?”
“My so-called home” Sekali lagi kening Bella terangkat.
“Tak pernah pun you bawa I datang rumah?”
“There is always the first time for everything, right?” Bella senyum, tidak menjawab.
Eddie keluar dari kereta. Pintu di bahagian sebelah pemandu di buka untuk Bella lalu menghulurkan tangan. Bella menyambut, menghadiahkan senyuman.
“Welcome to my house” Eddie berkata setelah pintu rumah di buka. Bella tersenyum. Mereka melangkah masuk.
“You tinggal seorang?”
“Since my wife passed away, yes”
“She’s so lucky. Still remembered until now” Bella menuturkan kata itu, perlahan. Kenapa dia kata begitu, dia pun tak tahu. Ayat itu keluar laju dari mulutnya secara tiba-tiba. Eddie mendiamkan diri.
“Cantik rumah ni”
“Thanks”
“Kenapa you bawa I datang rumah you?”
“Saja” Bella diam, memerhatikan saja hiasan dalaman kondominium mewah ini. Cukup ringkas tetapi menarik.
“Bella” Tangannya di pimpin hingga ke ruang beranda.
“Wow” Bella menutup mulut. Di beranda, telah tersedia sebuah meja makan untuk dua orang, di hiasi dengan sebatang lilin. Sebuah kerusi di tarik untuknya.
“Have a seat” Sambil tersenyum, Bella menurut. Kemudian, dia menebarkan pandangan ke sekeliling. Pemandangan dari tempat tinggi ini memang cantik. Tapi, ianya mengingatkan Bella kepada seseorang.
“Shark” Hatinya memetik nama itu. Shark juga sukakan tempat tinggi seperti ini.
“Today madam, I will be at your service” Eddie berkata sambil menyalakan lilin di meja.
“What’s so special about today?”
“Well, you will know soon” Eddie berkata sebelum berlalu ke dalam. Sekali lagi Bella termangu-mangu.
Beberapa minit kemudian, Eddie kembali dengan troli yang berisi makanan barat dan minuman. Kemudian, satu persatu di hidangkan di atas meja. Bella hanya ketawa kecil.
“Alright madam. The food is served. Let’s enjoy our dinner” Eddie berkata sambil mengangkat gelas yang berisi minuman.
“And this special dinner is for?”
“Can be anything. For life, for love, for freedom. Just pick anything that you want” Bella hanya tersenyum mendengar jawapan Eddie.
“Whatever” Eddie ketawa kecil.
“Sedap?”
“Sedap. You masak sendiri?”
“Yup”
“Really?”
“Tak, I tipu. I dah order siap-siap from my favourite restaurant. When you arrived, I just heat it up and tadaaa, food is served” Bella memutarkan matanya ke atas. Eddie ketawa lagi. Makanan di nikmati sambil berbual.
Eddie mengukir senyum. Secara tiba-tiba dia bangun dari kerusi lalu menghampiri Bella. Tangannya di hulurkan. Bella teragak-agak.
“Come” Eddie berkata lembut. Akhirnya Bella menurut. Tangan Eddie di sambut lalu mereka kembali ke dalam. Eddie membawa Bella ke ruang tamu, menghampiri cabinet televisyen. Sekeping CD di ambil lalu di masukkan kedalam pemain cakera.
“Dance with me…” Eddie berbisik lembut di telinga Bella.
“But Eddie, I tak…”
“Just follow the rhythm and you will find your step…” Bella memandang Eddie, lama. Kenapa berlainan benar sikap Eddie malam ini? Tidak, bukan dia mempertikaikan Eddie yang telah membayarnya. Bella sedar siapa dirinya. Dia wanita pelayan dan Eddie berhak untuk memperlakukan dia mengikut kemahuan. Tapi, sikap Eddie membuatkan hatinya berdegup kencang. Ianya tidak sepatutnya begini. Dia tidak boleh jatuh cinta. Dia tidak mahu jatuh cinta.
“No Eddie, I…”
“Trust me…” Bella terpaku lagi. Eddie tersenyum. Bella membiarkan saja Eddie meraih tubuhnya erat dalam pelukan. Mereka tenggelam di dalam alunan keasyikan irama yang mengiringi langkah mereka satu persatu. Dalam diam, Bella terbuai dengan perasaan. Dia juga mengeratkan pelukannya.
“Hey beautiful”
“Yes”
“Look at me” Bella mengangkat muka.
“Feel my heartbeat” Tangan Bella Eddie letakkan di dadanya.
“Listen to it” Nafas Bella seolah-olah terhenti.
“Eddie...”
“It beats for you” Mereka bertentangan mata. Pelukan Eddie semakin erat. Perlahan-lahan, wajahnya semakin mendekat.
“I love you Bella” Bella terpana. Last edited by Nicki_Meow on 27-9-2012 08:11 PM
“NO. STOP. Jangan dekat dengan I” Bella berundur ke belakang, menjauhkan diri.
“Bella..why? What’s wrong?”
“Please Eddie. Don’t do this to me. I tak kisah kalau you nak bayar I untuk tidur dengan you. I tak kisah kalau you nak berbual. But please, don’t make me fall in love with you. I… I… tak boleh” Bella berkata, tertahan-tahan. Matanya berkaca.
“But Bella… I really..”
“Stop. Don’t take anymore step near me!”
“Okay…okay. Calm down, will you?” Bella hanya memandang Eddie.
“Take a deep breath”
“Please…” Bella menarik nafas panjang.
“Have a seat”
“Seat Bella” Bella patuh. Eddie mengambil tempat duduk di hadapannya.
“Bella… I know this will sounds crazy. But, I love you” Bella bungkam.
“Say something” Bella tunduk. Tatkala ini, otaknya menjadi bercelaru. Kenapa perlu begini? Bukankah lebih mudah sekiranya hubungannya dengan Eddie berlangsung tanpa sebarang ikatan perasaan?
“Don’t tell me you didn’t feel anything” Bella menarik nafas. Ada, bukan tidak ada. Tapi dia tidak mahu mengambil risiko itu. Hidupnya tidak seperti orang lain. Dia tidak bebas dalam erti kata sebenar. Dan jika dia mahukan kebebasan, harga yang perlu di bayar cukup mahal.
“Eddie, I tak boleh. I cannot let myself fall in love”
“But why?”
“Sebab…” Bella terdiam.
“Why Bella?”
“I pelacur Eddie, that’s why!” Suara Bella kedengaran kuat, seolah menghamburkan isi hatinya. Nafasnya di tarik dalam beberapa kali.
“So what? I don’t care. Pada I, you sama je dengan perempuan lain” Bella diam.
“If you afraid of people judgement towards you, fine. Kita pergi jauh dari sini. Kita pergi tempat yang tak ada orang kenal you. Kita tinggalkan Malaysia. And I swear, I will take care of you till my last breath”
“You tak faham” Bella menjawab bersama satu keluhan berat. Perlukah dia memberitahu yang hidupnya di bawah cengkaman samseng? Yang dia tidak boleh melarikan diri selagi hutangnya tidak di habisi? Yang dia takut untuk mencari kehidupan baru?
“Tell me, apa yang I tak faham?”
“You don’t know me”
“I know who you are Bella. I cari siapa sebenarnya you baru I datang pada you. I bayar you bukan untuk suka-suka” Bella diam.
“Ingat tak, you pernah kata yang you macam pernah nampak I?” Bella angguk.
“Memang kita pernah berjumpa”
“Where?”
“Kubur”
“Kubur?” Bella menarik nafas.
“I know the reason why you jadi macam ni. I tahu kenapa you berhutang dengan Along. I tahu kenapa you taknak balik pada keluarga you. I know every single thing about you” Bella mengangkat muka.
“But…how?” Eddie diam.
“I tahu, you takut pada Shark” Mata Bella membulat.
“Macam mana you kenal Shark?” Bella menyoal pantas. Eddie sekadar mengukir senyuman. Soalan Bella terbiar tanpa jawapan.
“Eddie…”
“You are not the only person who have secret”
“Don’t fool me!”
“I will show you the real me, if only you promise to keep your mouth shut. Kalau tak, I tak akan teragak-agak untuk bunuh you” Kata-kata Eddie, walaupun mendatar, berbaur amaran keras.
“Will you promise that?” Bella menghela nafas. Agak gerun mendengar kata-kata Eddie.
Apa kaitan Shark dengan Eddie? Rahsia? Rahsia apa? Keningnya berkerut, terfikir-fikir.
Shark… Eddie…
Tak mungkin! Nafasnya terhenti.
“Eddie… you...are…” Bella tidak meneruskan kata-kata. Dia menutup mulut. Eddie merenungnya tajam.