CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
 Author| Post time 16-4-2014 09:49 AM | Show all posts
pooh83 posted on 14-4-2014 04:45 PM
ntah2 cikgu lina is awek vios putih tu x?

Cuba tanya Cikgu Lina @lina21    , dia pakai kete apa? Vios putih ke?











Sudeeeeeh! Tak payah speku. Iols tak larat nak tambah watak.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2014 09:50 AM | Show all posts
Ipo posted on 15-4-2014 10:10 AM
adeh....bila la si Zack ni nak pilih calon yg sesuai...or..memang seperti tajuk tu ke..Forever Alone ...

Endingnya, Zack kawen dengan pilihan keluarga....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2014 09:56 AM | Show all posts
Episode 46

Yeah Zack, I miss you too. You tahu tak, everytime I nampak Chupa Chups, I ketawa. My sister cakap I gila but who cares?

Anyway…

Sampai sekarang, I tak kerja lagi. I rasa malas nak cari kerja. Hari-hari, I tolong my Dad in his Café – better than not doing anything…kan? My Dad nampaknya macam tak kisah. So that’s consider my job for now. It’s quite interesting though. I’ve learned how to make coffee…

Don’t laugh!

Bukannya I tak tahu buat kopi sebelum ini. But making coffee in the café is a little bit complicated. You know, you kena pastikan sukatan susu, kopi, gula semua betul. Kalau tidak, rasa kopi tak sedap. Iya, I tahu apa you nak cakap. Buat Nescafe 3 in 1 lagi senang…

What else to tell you? *tapping fingers and thinking….*

Oh ya….

There is one Tabby Cat, always pop-up in front of the café’s door. I don’t know why…but this cat reminds me of you. Hahaha…don’t get offended, okay? He’s so cute and sweet like you.  I’ve decided to named him Zack until Chad told me that Zack is not male cat. It’s female. I asked him, how do you know?

Chad rolled his eyes and then, he showed me how to differentiate male and female Cat. Oh My God! Pandainya Kate. Kucing jantan and kucing betina pun tak tahu beza.

Now I know. LOLOLOL…..

Jadi sekarang, I namakan kucing itu Kiki.

I pernah cuba ajar Chad cakap Bahasa Melayu but he sounds retarded. Kelakar….

I dah tengok gambar Sarah. You’re right, Sarah is so cute. It’s pity that she has to stay away from her family. Don’t mean to be cruel but I think, lebih baik Sarah tinggal di situ instead of tinggal dengan nenek dia. Don’t you think so?

About Zareen….hhmmmm. You cakap she’s hiding something. Well, everybody has his or her own secret, Zack. She’s probably, don’t really trust you yet. My advise is, keep on trying to get close to her. Kalau dia nampak yang you betul-betul sincere, I’m sure, she will open up herself. Don’t give up.

By the way loser, how much longer do you want to wait before you confess your feeling to Zareen?

It’s almost 10pm now in UK. We’ll ‘talk’ again later soon, alright?

Till then. Bye sayang.

------------------------------------------------------



Background muzik masa Zack baca email Kate...


Last edited by Nicki_Meow on 16-4-2014 10:08 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 10:02 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 16-4-2014 09:56 AM
Episode 46

Yeah Zack, I miss you too. You tahu tak, everytime I nampak Chupa Chups, I ketawa. My  ...

owh..comelnya la wei! At last..pilihan keluarga? huhuhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2014 10:03 AM | Show all posts
Email dari Kate habis dibaca. Perkataan terakhir dalam email Kate, mengundang senyum. Zack hela nafas. Dengan Kate, kata sayang dan rindu mudah terucap tanpa sempadan. Entahkan bermakna, entah tidak, dia tak pasti. Namun jauh di sudut hati, tak dapat dinafi, ada rindu buat sahabat bernama Kate.

Gambar-gambar yang dikirim oleh Kate melalui email dilihat satu persatu.


Say hello to Kiki!

“Kurang asam. Kau samakan aku dengan kucing?”

Zack geleng kepala. Walaupun si Kiki itu memang comel tapi, entah mana yang serupa dengan rupanya pun, tak tahulah.

“Zack.”

Namanya dipanggil. Lembut saja suara itu menusuk telinga lantas dia menoleh. Seperti biasa, Zareen dengan senyumannya yang mampu mencairkan hati.

“Ya…Cik Reen?”

“Awak dah shortlisted gambar masa activity MSC Club hari tu?”

“Bel…dah.” Jawapan sebenar adalah belum tapi tak tersebut dibibir. Biasalah, jaga imej depan boss kononnya. Puik!

Zareen angkat kening. Zack senyum sumbing.

“Tolong emailkan pada saya, dalam masa satu jam.” Arah Zareen, tegas. Sengaja beri masa satu jam pada Zack. Dari gaya Zack, mudah saja dia meneka, Zack belum lagi menyudahkan kerjanya walaupun sudah hampir seminggu aktiviti itu tamat. Meninggikan suara pada pekerja, bukan cara Zareen. Lebih suka menggunakan pendekatan lain untuk memastikan kerja yang ditugaskan siap. Tak mahu mencipta konflik dengan orang bawahan. Apa alasan Zack tidak menyiapkan tugas, dia tak tahu. Mungkin Zack ada tugasan lain yang perlu disiapkan terlebih dahulu atau mungkin juga, Zack sengaja melengahkan kerja.

Zack angguk, tidak membantah. Zareen senyum.

“Thanks.” Zareen berlalu. Sehingga langkah Zareen meghilang dari pandangan, barulah Zack kembali menghadap komputer.

Satu jam. Jari mengetuk meja. Last edited by Nicki_Meow on 16-4-2014 10:17 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 11:13 AM | Show all posts
so sweet email kate....next...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-4-2014 11:49 AM | Show all posts
Jarinya menulis sesuatu diatas buku nota. Tugasan yang sudah disiapkan, dipangkah dan digaris. Walaupun zaman ini, teknologi sudah semakin maju, Zareen lebih suka membuat senarai tugasan secara manual – menulis dalam diari daripada menggunakan telefon bimbit, Ipad atau apa saja yang seumpama dengannya. Old skool.   

Temujanji dengan client diteliti waktu dan ketikanya. Hari ini tiada. Email pula diperiksa satu demi satu. Ada email dari Encik Khalid, dari Jessy dan beberapa lagi diterima.

Email dari Zack adalah yang terbaru masuk dalam inbox-nya.

Cik Reen,

Photos as requested.

Regards,
Zack


Bagus. Tak sampai sejam sudah dapat gambar.

Gambar dari email diteliti satu persatu. Mudah bekerja dengan orang seperti Zack kerana, Zack sudah tahu kehendak dan spesifikasi gambar-gambar yang dia mahu tanpa perlu diterangkan panjang lebar.

Otaknya mula merangka ayat untuk Newsletter.

Okay ke gambar-gambar tu?

Satu lagi email diterima dari Zack. Kening Zareen berkerut. Kemudian, jarinya menekan papan kekunci.

Okay. Not bad.

Jarinya menekan tetikus. Email berdesup keluar dari outbox. Kepala diangkat memandang ke depan. Zack bersembunyi dibalik kubikel. Zareen kembali memandang diari.

Sebenarnya, ada banyak lagi gambar yang cantik.

Balasan email diterima 10 saat kemudian.

Iya, gambar apa? Kenapa tak hantar sekali tadi?

Gambar ni…

Jari Zareen kembali menekan tetikus. Gambar-gambar terbaru yang diterima dari Zack membuatkan keningnya berkerut. Itu adalah gambar-gambarnya bersama kanak-kanak di Rumah Amal Seri Cahaya. Baru teringat, Zack ada mengambil gambarnya secara curi.

Cantik...kan?

Satu lagi email diterima.

Kenapa awak suka ambil gambar saya curi-curi?

Oh…curi ke? Sorrylah. Tak sengaja. Kan saya dah cakap, saya suka ambil gambar yang memikat hati saya.

Zareen geleng perlahan. Suara dari hati dan suara dalam kepala mula bertingkah perang. Satu suara menghalang dari melayan kerenah Zack manakala satu suara lagi mengatakan ‘teruskan kehidupan’.

Awak marah ke, saya curi-curi ambil gambar awak?

Zareen tarik nafas.

Saya tak suka orang curi-curi ambil gambar saya.

Sorry?

Okay.

Kalau lepas ni, saya nak curi hati…boleh?

Zareen gamam. Email dari Zack tidak dibalas kali ini.

Zack tak kenal siapa dia. Zack tak tahu masa silamnya. Andainya Zack tahu bahawa dia ibu tunggal beranak satu dan hampir-hampir sakit jiwa pada satu masa dulu, mahukah Zack menerima dia seadanya?

Zareen melepaskan keluhan. Kepalanya disandarkan kebelakang. Matanya dipejamkan.

Wajah Asyraf muncul, bersilih ganti dengan wajah Akmal.

***
Last edited by Nicki_Meow on 17-4-2014 08:23 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 12:14 PM | Show all posts
hai..kalo zareen hati berbelah bagi..bior le single sampai tuo....
toksah la ngan zack...



.....zack ngan kate..   

upss...baru persan post tt...zack ikut pilihan family...







Last edited by Jetty on 16-4-2014 12:16 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2014 12:26 PM | Show all posts
sambunglah lag TT... can't wait
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 01:14 PM | Show all posts
Biar pun tak kisah Zack dengan Zareen tapi lagi suka Zareen bersama Akmal...
Biarlah Zareen bersama Akmal .. kesian Akmal...anak Zareen pun sayang sgt kat Akmal kan....
Zack dengan Kate atau Cikgu Lina hehhehe....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 01:20 PM | Show all posts
MsIda posted on 16-4-2014 01:14 PM
Biar pun tak kisah Zack dengan Zareen tapi lagi suka Zareen bersama Akmal...
Biarlah Zareen bersama ...


zack ngan cikgu lina?

takmolah...

zack akhirnya dengan amy ke? pilihan keluarga???

apapun ai suka kalo zack dengan kate...nmpk sweet ajer derang ni..





Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 02:03 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 16-4-2014 09:48 AM
Ooo...uols lah Cikgu Lina rupanya....

ye saya,...nama penuh saya lina luna binti ahmad vios, cikgu kepada sa-grah

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 02:05 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 16-4-2014 09:49 AM
Cuba tanya Cikgu Lina @lina21    , dia pakai kete apa? Vios putih ke?

betul lah tu, iols pakai vios putih
tapi iols tak nak menempel dlm carta cinta zack, x koser nak tarik2 raMbut berebut zack
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 03:35 PM | Show all posts
lina21 posted on 16-4-2014 02:05 PM
betul lah tu, iols pakai vios putih
tapi iols tak nak menempel dlm carta cinta zack, x koser na ...

sila bagi gmbr vios putih anda sebagai bukti andalah awek vios putih tersebut

ok..tgh boring wat keje nie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2014 04:02 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 16-4-2014 12:26 PM
sambunglah lag TT... can't wait

Slowly lah yek. Idea datang mcm beskut chipsmore gitu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2014 04:06 PM | Show all posts
lina21 posted on 16-4-2014 02:05 PM
betul lah tu, iols pakai vios putih
tapi iols tak nak menempel dlm carta cinta zack, x koser na ...

Di sebabkan uols dah tarik diri, maka dengan ini iols mengumumkan secara rasminya, Cikgu Lina a.k.a awek vios putih digugurkan dari senarai carta.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2014 04:08 PM | Show all posts
Jetty posted on 16-4-2014 01:20 PM
zack ngan cikgu lina?

takmolah...

Pilihan keluarga tu idoklah. Saja nak usik si @Ipo  

Thanks for reading
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2014 04:09 PM | Show all posts
MsIda posted on 16-4-2014 01:14 PM
Biar pun tak kisah Zack dengan Zareen tapi lagi suka Zareen bersama Akmal...
Biarlah Zareen bersama ...

Okay...iols masukkan Kate dalam undi masuk.

Thanks for reading
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2014 04:13 PM | Show all posts
The Nicky’s



And all the roads we have to walk are winding
And all the lights that lead us there are blinding
There are many things that I would
Like to say to you
But I don't know how

Because maybe
You're gonna be the one that saves me
And after all
You're my wonderwall




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2014 04:16 PM | Show all posts
Pandangan mata Amy terarah di tengah pentas. Tidak sedar, ada sepasang mata memerhatikan dia.

“Amy...” Tegur Hanif. Amy menoleh ke arah Hanif sekilas lalu senyum.

“Awak first time ke datang sini?” Soal Hanif. Amy angguk.

“Sebelum ni, awak tak pernah tengok Zack buat show?”

“Hhmm…kalau kat kampung dulu, selalu jugak. Kat kampung dulu pun, Zack ada band sendiri. Ala… yang jadi ahli pun sepupu sedara kitorang jugak. Sedara ramai...kan? Kadang-kadang, orang jemput buat majlis kat kenduri kahwin.” Terang Amy panjang lebar.

“Ohh…” Hanif terangguk-angguk.

“Tapi, sejak masing-masing duduk KL ni, tak pernah pulak terniat nak datang tengok Zack buat show. Yelah, takut Zack kata, saya buang tebiat. Kita orang kan selalu gaduh. Tiba-tiba nak datang tengok dia buat show, apahal pulak kan?”

Hanif ketawa.

“Awak selalu datang sini?” Amy menyoal kembali.

“Dulu, banyak kali jugak. Sekarang taklah. Busy kerja.” Jawab Hanif. Amy senyum, matanya kembali ke arah pentas.

“Memang dari dulu lagi, Zack suka melalak.” Sambung Amy lalu tergelak sendiri. Hanif angkat kening dan senyum kecil.

“Dulu masa sekolah, saya selalu kutuk dia…perasan nak jadi artis konon. Tapi, kalau ada talent-time ke apa ke kat sekolah, tak pernah pulak dia nak masuk. Dia cepat nervous.”

“Ada sekali tu, cikgu kita orang paksa dia masuk pertandingan Azan masa tingkatan dua. Beriya-iya dia tolak. Nervous punya pasal. Tapi cikgu paksa jugak. Last-last dia masuk. Menang nombor satu pulak tu…”

Amy bercerita kisah dan kenangan lama, satu demi satu. Kadang-kadang, tergelak sendiri. Hanif mendengar dengan hati terbuka. Ada sesuatu yang bermain di kepala tetapi, dibiarkan saja. Belum masanya untuk bertanya.

“Kenapa…dulu awak tak pernah baik dengan Zack?” Soal Hanif apabila Amy habis celoteh.

“Sebab Zack…poyo.” Amy tergelak lagi. “Macam bagus je. Kalau bercakap dengan dia, tak pernah nak mengalah. Asyik dia aje betul…”

Hanif senyum.

“Tapi sebenarnya, Zack taklah macam tu. Nampak aje macam poyo, tapi dia…baik hati.” Amy menyambung kata. Hanif tidak menyahut. Matanya kekal merenung Amy yang kini memandang ke pentas. Masih lagi tidak menyedari yang Hanif sedang merenungnya.

“Macam mana awak boleh kenal Farid?” Hari ini, Hanif terasa ingin mengetahui lebih banyak tentang Amy lalu mengambil kesempatan untuk bertanya…lagi dan lagi.

“Oh… Farid.” Amy senyum kelat. “Ala awak, kenal-kenal…macam biasalah. Tapi adalah sikit…unsur-unsur drama klise…” Amy gelak.

“Awak ni, suka gelak kan?” Hanif memotong ayat. Amy menutup mulut, masih gelak membuatkan Hanif turut tergelak sama. Cara Amy gelak, agak pelik tapi comel. Suka pula Hanif melihat Amy gelak.

“Masa tu, tayar kereta saya pancit. Saya ni…awak, bukanlah tak tahu nak tukar tayar kereta. Tapi, nak angkat tayar kereta tu yang saya tak larat.”

“Alasan.” Pintas Hanif. Amy sambut dengan gelak buat kesekian kali.  

“So, saya pun tercongoklah tepi jalan, tunggu kawan saya datang. Nak dijadikan drama…datanglah mamat ni. Konon-konon herolah, tolong saya tukar tayar segala. Nak dijadikan cerita jugak, kita orang pun tukar-tukarlah nombor telefon. Dari situlah….kenal. Lepas tu…bercinta. Lepas tu...bergaduh. Lepas tu…putus. Habis cerita.”

Hanif senyum penuh makna. “Iya ke..dah habis cerita? Kalau dah habis cerita, tak adalah awak suruh saya berlakon jadi boyfriend awak…kan?”

Amy mengemam bibir, sembunyi senyum segan. “Awak tak kisah ke?”

“Tak kisah apa?”  

“Jadi boyfriend saya?”

“Kecik tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Kalau awak pun sudi jadi girlfriend saya, apa salahnya?”

Amy gigit bibir. Sedar tersalah cakap. Perkataan berlakon tertinggal. Hanif ketawa melihat Amy.
Last edited by Nicki_Meow on 17-4-2014 10:52 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.084096 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list