|
[Tempatan]
banjir di pantai timur, melaka dan johor : Vol 2
[Copy link]
|
|
0100hrs awan mendung dari arah laut cina selatan bergerak menuju pantai arah pantai Pahang
|
|
|
|
|
|
|
|
org taman tas perlukan makanan
Info.:
Bantuan diperlukan di SK Fakeh Abd Samad (ex-SK Batu Lapan)
Taman Tas, Batu Lapan
Kuantan Pahang
.. Makanan sgt diperlukan.... Please Help...
Pengendali :
0145041544 Kak Nor
PrayForPantaiTimur. |
|
|
|
|
|
|
|
sabar menunggu berita...semoga mangsa2 banjir dilindungiNya... |
|
|
|
|
|
|
|
novlin posted on 8-12-2013 01:21 AM
Kannn... reramai buat solat hajat...
yup itulah yg terbaik, solatlah sebelum kita disolatkan...
|
|
|
|
|
|
|
|
bluemenx posted on 8-12-2013 01:09 AM
air pasang kita tk boleh agak. untuk pengetahuan anda, radar cuaca ini update setiap 20 minit.
...
mungkinkah air pasang ni boleh jadi pasang lebih tinggi dari biasa tak??? selain faktor gempa bumi etc..
|
|
|
|
|
|
|
|
cimiau posted on 8-12-2013 01:29 AM
mungkinkah air pasang ni boleh jadi pasang lebih tinggi dari biasa tak??? selain faktor gempa bumi ...
Tsunami kecil??? |
|
|
|
|
|
|
|
sapa2 yg berada di pantai teluk cempedak, dah boleh nampak kilat dari arah laut. ada sapa2 kat pantai ? |
|
|
|
|
|
|
|
novlin posted on 8-12-2013 01:30 AM
Tsunami kecil???
tak...maksud aku, selain gempa bumi, apa lagi faktor lain yg boleh sebabkan air laut pasang akan jadi lebih besar dari biasa...kot ada yg tau..
|
|
|
|
|
|
|
|
Aras air Sg Belat 8/12/13, 1am -4.30m, semakin meningkat.
kawasan2 dijangka terlibat akibat limpahan sg belat- Taman Guru, taman sepakat, western part of kg permatang badak, kg chendering, kg pandan 2, kg razali, kg teluk mahang & kg bunut rendang..
.Hmmm dah kemuncak ni....ya Rahim,, |
|
|
|
|
|
|
|
bluemenx posted on 8-12-2013 01:30 AM
sapa2 yg berada di pantai teluk cempedak, dah boleh nampak kilat dari arah laut. ada sapa2 kat pant ...
Ujan nk turun erk,,,hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
cimiau posted on 8-12-2013 01:29 AM
mungkinkah air pasang ni boleh jadi pasang lebih tinggi dari biasa tak??? selain faktor gempa bumi ...
musim tengkujuh.. angin monsum timur laut yg membawa hujan lebat ribut petir dan selalunya laut bergelora berbahaya untuk perahu2 kecil.
maka terjadilahhh....
'air pasang dalam
surut pukul 5
nyonya bangun pagi
siram pokok bunga,,,
|
|
|
|
|
|
|
|
bluemenx posted on 8-12-2013 01:38 AM
musim tengkujuh.. angin monsum timur laut yg membawa hujan lebat ribut petir dan selalunya laut be ...
Org jaman dulu tak belajar tinggi tp byk ilmu melibatkan alam...mcm lagu tanya sama pokok tu jgk... |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_blingblings posted on 8-12-2013 01:15 AM
Ramai sungguh org masuk Langkawi weekend ni, dari bahasa bercakap ramai juga dari luar kws utara, ag ...
betul tu,,bagi sesiapa yg suka post gambar makanan kat FB, hentikanlah dulu....sbb mmg ada terbaca mangsa banjir yg cakap,,,wah sedapnya makanan, kami kat sini...kesian betul. Klu tak hulur bantuan pun cukuplah sekadar kita hormati perasaan mereka sekarang.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah dekat jam 2,,,penat dah aku...nampaknya keadaan terkawal..Alhamdulillah... |
|
|
|
|
|
|
|
cimiau posted on 8-12-2013 01:33 AM
tak...maksud aku, selain gempa bumi, apa lagi faktor lain yg boleh sebabkan air laut pasang akan j ...
ARKIB : 25/12/1999
Bulan hampiri bumi punca air pasang besar
KUALA LUMPUR 24 Dis. - Kedudukan bulan yang terlalu hampir dengan bumi adalah faktor yang menyebabkan berlaku air pasang besar yang dianggap terburuk melanda beberapa buah negeri, semalam.Menurut ahli falak syarie, Abdul Ghani Salleh, fenomena itu mewujudkan daya tarikan graviti bulan yang kuat daripada biasa sehingga menyebabkan air laut naik mendadak melebihi paras biasa.Menurut beliau, berdasarkan anggarannya, bulan ketika itu berada pada jarak 356,334 kilometer dari bumi iaitu jarak yang paling dekat dalam perkiraannya berbanding kedudukan terjauhnya 406,610 kilometer.Keadaan air pasang itu menjadi lebih buruk terutamanya di sekitar perairan pantai timur Semenanjung Malaysia apabila ia bertembung dengan musim tengkujuh yang menyebabkan berlakunya limpahan air diiringi ombak besar.''Biasanya bulan purnama penuh berlaku pada 14 hingga 16 hari bulan Hijrah dan pada penghujung bulan antara 29 hingga 1 hari bulan berikutnya.''Ketinggian air pasang besar pula bergantung kepada jarak antara bulan dan bumi yang mempengaruhi daya tarikan graviti bulan terhadap air laut,'' katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu, petang ini.Utusanhari ini melaporkan fenomena bulan mengambang paling besar yang berlaku dalam tempoh 100 tahun menyebabkan beberapa kawasan pantai di Johor, Kelantan dan Terengganu dilanda air pasang terburuk dan hakisan teruk akibat ombak ganas.Paras air laut di Selat Tebrau misalnya mencatatkan paras tertinggi 3.7 meter yang menyebabkan daerah Pontian, Muar, Batu Pahat, Kota Tinggi dan Johor Bahru ditenggelami air masin sedalam 0.3 meter.Sementara itu, di Pantai Sabak, Kota Bharu dan Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu, kawasan ini dilanda angin kencang dan ombak besar menyebabkan kediaman penduduk berhampiran pantai musnah.Kejadian bulan mengambang malam semalam juga dikatakan yang paling terang dalam tempoh 130 tahun.Mengulas lanjut, Abdul Ghani menambah, terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk, khususnya di Kelantan dan Terengganu.Katanya, bentuk muka bumi bawah laut turut mempengaruhi gelombang yang melanda kawasan pesisiran pantai di Pantai Timur.Pada masa yang sama pula, jelas beliau, musim tengkujuh memburukkan keadaan berikutan kejadian angin kencang dan hujan lebat.''Kejadian itu mungkin boleh berulang lagi sebab sekarang masih 16 hari bulan (Ramadan) selain daripada faktor kedudukan bulan dan jaraknya dengan bumi sekarang ini,'' ujar beliau lagi.Di Kota Bharu, Pensyarah Geografi dan Pengurusan Persekitaran dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Jamaluddin Jahi berpendapat, kejadian air laut pasang semalam disebabkan oleh pancaran cahaya matahari yang jatuh tepat pada permukaan bulan tanpa dilindungi oleh bumi.Berdasarkan pengamatan, menurut beliau, keadaan itu wujud ekoran bulan, matahari dan bumi berada pada satu barisan yang sama.Katanya, hal ini mengakibatkan tarikan graviti bulan dan matahari lebih kuat menarik permukaan air laut untuk mewujudkan air pasang yang lebih tinggi.Beliau juga bersependapat dengan Abdul Ghani bahawa fenomena sebegini kerap berlaku sekali dalam tempoh 18 tahun setengah dan fenomena bulan mengambang bukanlah merupakan suatu keganjilan.''Cuma apa yang berlaku sekarang terdapat kelainan di mana wujud angin kencang manakala ombak pula lebih besar melanda pantai seperti yang berlaku di beberapa negeri,'' katanya.Jamaluddin menerangkan, dalam kes biasa, fenomena bulan mengambang berlaku pada setiap pertengahan bulan mengikut perkiraan hijrah iaitu 14, 15 dan 16 haribulan setiap bulan.Menurut beliau, ia berlaku pada bulan hijrah Islam dan kalendar Cina kerana kalendar hijrah dibuat berdasarkan peredaran bulan mengelilingi bumi.Ditanya apa kaitan ombak besar dengan fenomena bulan mengambang seperti yang berlaku semalam, beliau berkata, ia sememangnya mempunyai kaitan antara satu dengan yang lain.Katanya, gejala bulan mengambang yang besar berlaku sehari dua lalu akibat kedudukan bulan, bumi dan matahari yang mungkin terdapat pada kedudukan 90 darjah atau berada pada kedudukan yang sebaris.Katanya, dalam erti kata lain bulan, matahari dan bumi terdapat pada barisan yang sama.''Bila ini berlaku, tarikan graviti bulan dan matahari lebih kuat menarik permukaan air laut untuk mewujudkan air pasang yang lebih tinggi,'' katanya.Jamaluddin memberitahu dalam keadaan sedemikian, dengan wujudnya angin kencang, ombak akan lebih besar dan kejadian inilah yang melanda di beberapa kawasan di Johor dan Kelantan sekarang.Ditanya sampai bila keadaan itu akan berterusan, beliau berkata, angin kencang dan ombak besar akan reda dan seterusnya berhenti apabila fenomena bulan mengambang tidak ada.Katanya, jangka masa kewujudannya fenomena ini hanya beberapa hari dan paling lama empat atau lima hari sahaja.Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/ ... =hive#ixzz2moPu0lbQ Utusan Melayu (M) BhdHasil gugel:
|
|
|
|
|
|
|
|
Allah sedang tunjukkan kebesaran kuasanya... air naik, banjir, tsunami.. itu baru sikit.. kiamat ntah macamana lah..
kalau kita yg lemah ni masih tak sedar diri dok buat zalim jugak, tak tau lah! |
|
|
|
|
|
|
|
ok sekian untuk malam ini.. kita akan bersiaran di masa yg sama besok. miawpink tidak ada besok untuk bersiaran dari bilik gerakan angkasapuri. Tapi kita kan cuba dapatkn maklumat2 semasa banjir.
jumpa dalam rancangan PrayforPantaitimur .. byeee |
|
|
|
|
|
|
|
bluemenx posted on 8-12-2013 01:50 AM
ok sekian untuk malam ini.. kita akan bersiaran di masa yg sama besok. miawpink tidak ada besok untu ...
TQ,tq jasa anda dikenang, tunggu miawpink antor repot isnin,klu ada dia lg puas hati dpt tgk air banjir betul.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|