aritu sape tah ckp bang bil nice sesgt kt luar cerita..dia pon tau jgk sentap taww..iols baca ni dh bayang karakter dia dlm bencinta
Sebagai pendatang baru, Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah bin Mohd Amin, 24, tidak terkecuali daripada menjadi subjek untuk dikritik daripada segi lakonan mahupun personalitinya sebagai seorang selebriti. Juara salah satu siri pencarian Hero Remaja beberapa tahun lalu, permulaan Fattah menceburi dunia glamor sebagai anak seni dilihat mencabar kebolehannya berlakon apabila mendapat kritikan pedas dari umum tentang mutu lakonannya. Dia yang ditemui baru-baru ini merasa kurang senang dan tidak bersetuju apabila isu tersebut dibangkitkan semula dan mendakwa prestasi mutu lakonan bertambah baik. Perkara ini disebabkan pelakon Cinta Ibadah ini banyak belajar daripada pelakon senior dan terbuka menerima kritikan membina. “Semua dakwaan mengenai lakonan saya kayu adalah cerita lama dan sebenarnya saya tak boleh nak komen apa-apa. Itu semua berasaskan pendapat individu. Kalau lihat feedback di media sosial banyak umum dah bagi komen positif tentang lakonan saya. “Saya bukan kata saya dah fed-up kerana sering ditegur tetapi pada saya dah sampai masanya untuk saya pertahankan nama saya. Kalau masa Playboy Itu Suamiku memang betul saya agak tertekan mendengar kritikan tentang lakonan saya. “Tapi sekarang selepas beberapa projek drama yang dijayakan, saya yakin mesti ada peningkatan. Oleh itu saya ingin isu lakonan kayu tidak lagi disebut dan anda mungkin boleh menilainya dengan menonton Cinta Ibadah,”bidas Fattah Amin mempertahankan kredibilitinya sebagai seorang pelakon. Selain itu, pelakon yang juga model ini dilaporkan sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan aktres Sherry Ibrahim yang juga rakan pelakon bagi drama bersiri Cinta Ibadah. Namun dia menganggap keakraban dia dan Sherry masih diperingkat awal perkenalan dan belum ke tahap serius. “Memang sebelum ini saya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana artis wanita,tetapi Sherry yang saya kenal memiliki personaliti yang membuatkan saya selesa berkawan dengannya. “Saya menyenangi kematangan dan sifat Sherry yang tidak sombong dan mesra dengan semua orang. Tetapi masih terlalu awal untuk bercakap soal cinta walhal kami pun baru sahaja berkawan," jelasnya lagi.
|