|
Paparan koleksi Omega
Oleh Rahayu Mohd Salleh
[email protected]
KOLEKSI Constellation Iris yang diketengahkan Omega mencuri perhatian ramai, seiring dengan pembukaan kedai dalam kedai di The Hour Glass, 1 Utama, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bayangkan jam tangan yang membawakan keindahan warna pelangi menerusi kilauan deretan batu permata. Begitulah paparan koleksi berkenaan yang direka hasil inspirasi nama Iris - tuhan daripada mitos purba yang bertugas melindungi pelangi.
Pengurus The Swatch Group SEA Pte Ltd, David Ponzo, menyifatkan penampilan tiga saiz jam berkenaan membawakan warna menyerlah daripada batu permata yang tidak ternilai harganya, deretan berlian serta kilauan muka jam yang menghasilkan kesan warna pelangi yang begitu menawan.
Kedai di dalam kedai Omega di butik The Hour Glass itu dilengkapi hiasan dalaman serba moden dan canggih.
Kaunter pameran jamnya menempatkan koleksi menyeluruh jam tangan Omega, daripada koleksi Constellation, Seamaster, Speedmaster, De Ville sehinggalah deretan koleksi Specialities.
揔ami mahu menyediakan pengalaman membeli-belah eksklusif kepada pelanggan. Justeru, ruang peruncitan eksklusif di The Hour Glass, ini memberi kesempatan memaparkan koleksi Omega yang lebih menarik kepada pelanggan, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|