CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

   Close [Copy link]
Post time 15-12-2010 08:14 AM | Show all posts
nurul ooo nurul...
x mau pasang PI ker track kemana FB ni pegi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2010 09:10 AM | Show all posts
fazss selalu fikir...
lelaki sibuk nak cari bini ada dara..tapi dia entah dah tak teruna lgi pun org tak kisah pun sgt. byk bercinta pun..sibuk nak menggatal kan, kesian bdk2 perempuan yang naif sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 10:13 AM | Show all posts
juna...................
nape lak kasi lia kt farid.........
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 10:21 AM | Show all posts
akak smileyy...sambung la lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 12:42 PM | Show all posts
lamanya takde n3 lagi....ke dahlia dah sampai KL dah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 02:29 PM | Show all posts
dahlia dh setuju nk tunabg ngan FB
hbs la peluang c.amir....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2010 02:32 PM | Show all posts
bila la tembelang si FB 2 nk pecah....
biar padan muka dia...
perasan baik konon..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2010 05:11 PM | Show all posts
cikgu amir ni memang lembablah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2010 05:11 PM | Show all posts
Reply 1146# ADRIANAQISTINA

relaks ... belum tunang pun lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2010 05:14 PM | Show all posts
Reply 1134# anieaina

ya betul

cikgu zul yg dah pencen dia boleh lah tipu sekejap
tp bangkai dinosaur mesti terkeluar juga
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 05:16 PM | Show all posts
Reply 1149# sang_arjuna


    mmg la blm tp dh setuju kn.......
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 05:18 PM | Show all posts
Hero tu dtg last2 minute kot
utk selamatkan heroin.
mcm tengok crite hindustran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2010 05:38 PM | Show all posts
Amir mengusap lembut tangan ibunya dengan berhati hati agar jarum IV tidak terusik.  Puan Sri Sabihah terlantar di ICU sejak awal pagi tadi. Wajahnya nampak jauh lebih tua berbanding kali terakhir Amir melihatnya. Mukanya cengkung dan pucat tanpa secalit mekap dan gincu merah yang menjadi trademark nya. Rambut yang biasa menerima sentuhan pewarna dari salun terkemuka sekarang berselirat dengan uban. Tiada lagi pakaian yang di tempah khas dari butik ternama, cuma gaun hospital putih berbintik kelabu tersarung di tubuh lesu. Puan Sri Sabihah  kini kelihatan macam nenek tua di mana mana, bukan tokoh perniagaan yang di geruni. Amir lupa segala sengsara yang di alami akibat perbuatan ibunya. Betul kata abang, apapun dia tetap ibu ku.

“Mummy, I’m here. I’m sorry. Maafkan Mir. ” bisiknya di telinga Puan Sri Sabihah. Hujung bibir ibunya bergerak tapi tiada kata yang keluar.

“ She is heavily sedated. Dia tak boleh cakap.” kata jururawat yang sentiasa memerhati pesakit. Amir mengangguk tanda mengerti.

Mesin dan wayar berselirat di tubuhnya, membantu pernafasannya yang lemah. Matanya cuba di buka tapi tak sampai sesaat, dia lelap semula. Sejak sampai sebelum Subuh, Amir dan abangnya tidak bergerak dari sisi ibu mereka. Berita tentang keadaan ibu mereka belum lagi sampai pada orang luar, maupun rakan terdekat. Kalau orang lain tahu, pasti ramai yang datang melawat. Keadaan Puan Sri Sabihah terlalu lemah dan perlukan privasi.

Menjelang pagi, doktor peribadi Puan Sri Sabihah, Dr Andrew Chan memberi isyarat supaya Amir dan Datuk Azmi ke sisinya.

“ Is it the cancer that caused this?” tanya Amir dan Datuk Azmi serentak

“ No.  Well, not directly. Her cancer is still in situ. It hasn’t spread yet. But we cannot operate until she gets better. Her blood pressure is very high and she has a lung infection. My main concern is that she doesn’t slip into a coma. I think she must be highly stressed lately when she found out she has cancer.  She was very fit and healthy when she did her medical check up last year. I really did not expect her to get cancer or have high BP. ”

Amir di landa rasa bersalah. Aku kah yang menyebabkan Mummy stress? Mungkin juga, tapi segala yang datang adalah dugaan Allah. Datuk Azmi mengeluh panjang. Kesihatan Mummy akan menjadi isu besar di kalangan pemegang saham dan lembaga pengarah Perkasa Holdings. Puan Sri Sabihah di perlukan untuk meluluskan pelbagai usul.

“ She is responding positively to the antibiotics but recovery is slow because of her age.  There is nothing much we can do now but wait. I have to go and see other patients now but I’ll come by every hour” Doktor  itu terus melangkah ke lif.

Amir melabuh duduk di sofa kulit di ruang pelawat dan memanggung kepala. Matanya berat. Dia cuma tidur empat jam sebelum di kejutkan dengan panggilan telefon dari abangnya.. Kereta yang di pandu melelong di lebuhraya tapi nasib baik tak ada kecelakaan menimpa. Syukur, Allah masih sayang aku. Kalau tak mati kempunan lah tak dapat Cik Pai Ayam.

“ Mir, kamu balik dan rehat dulu. Nanti abang call kalau Mummy bangun. Kalau Mir tak larat nak drive balik rumah kita, Mir boleh pergi kondo abang di Jalan Conlay. Its only 10 minutes away.” Datuk Azmi memberi arahan. Amir terus mengambil kunci dan access card tanpa bantahan. Dah tiga tahun aku tak pijak tanah KL. Jalanraya sudah pasti ada yang berubah. Silap haribulan aku sampai Seremban  pula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2010 05:39 PM | Show all posts
Lelap tidurnya di ganggu oleh deringan yang tak berhenti. Amir mengerdip mata dalam gelap. Buat sesaat dua , dia tertanya di mana keberadaannya. Sejak bila katil bujang aku jadi katil king size dengan bedsheet Egyptian cotton. Aku di hotel mana ni? Matanya di gosok berkali kali sebelum dia mula peka. Dia mencari handphone yang terselit di antara bantal empuk. Nama Ivan tertera di skrin.

“ Pang yeow… lu mana?”

“ Saya  kat KL. My mother sakit. “

“ Gua tau lah you pigi KL. Gua spy mah..Where in KL?”  Laa.. aku pun di spy nya juga.  Agen dia kerja di toll PLUS kah? Hebat betul

“ At my brother’s condo. Sri Conlay.  Lu sudah dapat info kah? Apa macam?”

Ivan ketawa besar” My men ikut dia tiga hari. Dari ofis, balik rumah, pergi angkat perempuan, pergi nite club. Ini jantan banyak hum sup. Three days , three different women.?”

Amir senyum sinis. Aku dah agak dah. Instinct aku selalunya betul. Jantan keparat itu pandai berlakun. Sekarang aku kena fikirkan langkah seterusnya. Harap harap aku belum terlambat.

“ You ada gambar?”

“ Of course lah. This is Ivan , friend. Gambar baik punya gua kasi lu. Very clear. Lu boleh tengok kalau dia sudah kacau sama lu punya amoi.”

Ciss.. aku tak main lah perempuan murahan. Lebih lagi kalau bekas Farid. Jijik!

“ Mana adalah Ivan. I don’t mess around. ”

“ So, apa mau buat sekarang? Lu mau gua pukul dia? Atau lu mau gua panggil gua punya kawan itu Tuan Haji  masjid suruh tangkap basah dia sama amoi dalam rumah?”

“ Tunggu dulu. Lu hantar gambar sama gua. Gua kasi address. Pakai poslaju tau”

“ Poslaju not laju like Ivan lah. Gua suruh gua punya boy hantar by hand. Lu transfer duit , kasi  lu punya address. Lepas satu jam lu dapat.”

“ Ok. Thanks Ivan”

“ Welcome, welcome. Kalau mau kasi pukul lu cakap sama gua tau” pesan Ivan sebelum talian di matikan.

Apa tindakan aku seterusnya? Takkan aku nak hantar gambar Farid dengan amoi amoinya pada Hj Zul? Sakit jantung pakcik itu nanti. Tapi aku akan pastikan Dahlia tidak akan berkahwin dengan Farid. Over my dead body! Lelaki yang jijik itu tak patut dekat dengan gadis macam Dahlia, apa lagi berkahwin dengannya. Amir menjeling ke waktu yang di pamerkan di skrin telefon bimbit. Alamak! Sudah hampir tiga petang. Dah lebih enam jam aku tidur. Dia menarik jendela. Matahari masih terik di luar. Dia mengambil tuala dari almari dan terus ke bilik mandi.

Panggilan telefon menghentikan langkahnya. Abang. Apa jadi pada Mummy?  

“ Mummy dah sedar. She wants to see you. Datang cepat” desak Datuk Azmi.

“ How is she?”

“ Doktor kata dia dah out of danger. Tapi masih kena monitor”

Amir menghembus nafas lega. Syukur Alhamdulillah. Selesai mandi ala kadar dan menunaikan solat, dia bekejar ke hospital. Mummy lebih penting. Aku kena jumpa Mummy dulu. Duit Ivan dan gambar Farid boleh tunggu.
…………………………………………………………………………
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2010 05:44 PM | Show all posts
Amir menyuap sup ayam pada ibunya. Puan Sri Sabihah memandang anak bungsunya dengan mata bertakung. Sudah dua hari dia di temani Amir. Datuk Azmi sibuk dengan urusan pejabat. Banyak yang mereka bualkan. Rindu yang di pendam selama tiga tahun terlerai sudah. Masing masing sudah saling bermaafan. Syukur pada Allah kerana memberi aku peluang ini. Aku tidak mahu terus menderhaka pada ibu.

“ Cukup lah , Mir. Mummy dah kenyang” Keadaan Puan Sri Sabihah nampak lebih baik hari ini. Semalam dia masih mamai dengan ubat ubatan yang di injek ke badan.

“ Makanlah sikit lagi. Mummy kena sembuh cepat.” Pujuk Amir. Sudu di dekatkan pada mulut ibunya.

“ Last one, ya. Sejak kena kanser ni , selera Mummy memang dah hilang. Tambah pula kena makan banyak ubat. Mir tak makan? Nanti Mir pula sakit sebab jaga Mummy.”

“ Takkanlah sebab jaga Mummy Mir boleh jatuh sakit.  Tak macholah. Anyway, Mir dah turun makan kat café masa Mummy tidur tadi” Tukas Amir. “Mummy nak apa apa dari café? Hospital food ni tak sedap”

Puan Sri Sabihah menggeleng.” Mummy ada special diet. Kalau blood pressure dah stabil, doctor nak buat operation untuk buangkan tumor di colon. Tapi sebelum operation Mummy teringin nak makan satu benda”

“ Apa dia? I’ll get it for you.” Janganlah Mummy minta makanan pelik dari luar negara. Jenuh aku nak mencari kalau dia minta ayam golek dari Mekah atau macaroons dari Paris.

“ Tak apalah. Pai ayam yang Mummy nak makan tu bukan boleh beli di kedai”

Mummy belum rasa pai ayam Dahlia lagi. Paling best in the world. Bila teringatkan Dahlia hatinya libang libur. Apalah cerita Dahlia sekarang? Gambar gambar dari Ivan sudah dalam tangan. Mesti meletup satu KK kalau Hj Zul dapat tengok aksi aksi 18SX bakal menantu nya. Kalau Hj Zul masih nak bermenantukan Farid, sah orang tua tu dah kena mandrem.

“ Jauh Amir mengelamun. Ingatkan girlfriend kah? Jangan tunggu lama sangat. Mir dah 30 plus. Bila Mummy sihat, Mir bawalah dia jumpa Mummy.”

Amir menelan airliur. Kenangan lama bila pertama kali membawa Sarah berjumpa Mummy masih terasa pahit.

“Bapa awak kerja apa? Mak awak kerja apa?”

“ Bapa saya juruteknik dengan TNB. Mak saya tak kerja” FAIL

“ Keluarga tinggal di mana? Berapa adik beradik?”

“Di flat PKNS Keramat. 6 orang, saya sulung” FAIL

Puan Sri Sabiha menepuk tangan Amir. Dia tahu apa yang berlegar di minda anaknya.
“ Don’t worry, history will not be repeated. Siapa saja perempuan itu, Mummy terima dengan hati terbuka. Mummy nak tengok Amir bahagia dengan pilihan Amir. Sumpah! Mummy tak akan masuk campur”

Amir mengeluh sambil meregang tubuh. “ Its tough lah, Mummy. Mir suka dia tapi bapa dia tak suka Mir. Bapa dia dah ada calon pilihan. I don’t know if I still have a chance “

“ Mir kena banyak berdoa. Insyaallah , kalau Allah kata dia jodoh Mir. Mir akan tetap kahwin dengan dia. “

Amir mengaminkan dalam hati. Tiba tiba dia sangat rindu pada Dahlia. Tapi apa boleh buat, aku kena temankan Mummy sampai dia sihat.

“ Mir masih tinggal di kondo abang lagi? Tak nak balik rumah kita?”

“ Biarlah Mir tinggal di kondo tu. Dekat dengan Mummy. Kalau nak ulang alik dari Jalan Duta lambat nak sampai. Kenapa? Mummy tak suka Mir tinggal di sana? Atau ada kawan abang nak pakai kondo tu?” Tinggal di kondo lebih privasi. Aku malas nak layan kakak ipar aku yang sibuk nak kenalkan aku dengan adik kawan kawannya. Mummy dah taubat, dia makin menjadi.

“ Tak. Tak apalah. Its up to you where you want to stay.”
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 05:48 PM | Show all posts
Amir menyuap sup ayam pada ibunya. Puan Sri Sabihah memandang anak bungsunya dengan mata bertakung.  ...
sang_arjuna Post at 15-12-2010 17:44



Sedih bila cerita mak yg sakit2 ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2010 06:21 PM | Show all posts
thanks inc for d entry....huhuhuhuhu tak cukup ni...hehehhehe
nak lagi.....

ot....bila kita nak geder-geder n makan2 lagi ni....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 06:55 PM | Show all posts
amir, ko ugut FB dgn gambar tu...cakap kt FB kalu tak nak gambar tu tersebar satu ipoh dgn KK jauhkan diri daripada cik pai ayam...amacam cantek tak idea den

lepas tu, amir suh cik pai ayam buatkan pai tuk datin, then bila datin rasa mesti di akan tanya sapa yg buat, masu tu amir terus teranglah pasal cik pai ayam...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 07:25 PM | Show all posts
tak sabar nak tgk Fb terkantoi ni...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 09:23 PM | Show all posts
Yeay dah ada sambung tq smiley
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.300717 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list