CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
 Author| Post time 16-4-2014 04:23 PM | Show all posts
Zack datang menyertai mereka. Botol air mineral dibuka lalu dituangkan ke dalam gelas. Kalau dulu, ada yang tolong tuang, sekarang kena tuang sendiri. Zack sengih, teringatkan Kate tiba-tiba. Hanif dan Amy duduk di tempat yang sama dengan Kate dahulu.

Zack angkat muka. Amy sedang memandang ke arahnya.

“Kau apsal?” Soal Zack.

“Apsal apa?” Amy menjawab dengan soalan.

“Apsal kau tengok aku macam tu?”

“Mata aku, suka akulah.Yang kau tiba-tiba senyum sorang-sorang, kenapa?”

“Mulut aku, suka akulah.”

Amy memutarkan biji mata. “Poyo!”

Zack buka mulut mahu membalas kata tetapi, apabila terpandangkan Hanif, dia segera mematikan niat lalu tergelak sendiri.

“Sorrylah Nep. Dah jadi habit. Kalau tak gaduh dengan Amy, tak bolehlah. Tak lengkap rasanya…” Ujar Zack lalu meneguk lagi air mineral.

Amy geleng kepala. Dalam diam, dia tersenyum sendiri. Dalam diam, dia memandang Zack lama tanpa Zack sedari.

Dalam diam juga, Hanif memerhatikan Amy lagi tanpa Amy sedari. Membuat tafsiran sendiri dalam hati. Hanif perasan satu perkara. Cara Amy memandang Zack, sepertinya ada sesuatu...sesuatu yang tak akan terungkap dengan kata-kata. Pandangan yang sama ketika di McDonald dulu. Pandangan yang sama ketika melihat Zack menyanyi di atas pentas tadi. Entah berapa lama, Amy sudah memandang Zack dengan cara yang begitu, Hanif tak tahu. Tapi Hanif yakin, semestinya sudah lama. Bukan hari ini, bukan semalam. Bukan juga beberapa minggu lepas.

Mungkin sudah bertahun dulu.

Hanif pandang Zack. Zack kelihatan selamba seperti biasa. Tidak sedar akan cara Amy memandangnya. Zack tidak sedar…ada seseorang yang sedang memendam rasa.

Hanif tarik nafas. Rasa dalam hatinya turut bercampur-baur. Setelah setahun membiarkan taman dalam hatinya kosong, baru kini terfikir untuk kembali menyemai bunga. Namun, antara perasaan sendiri dan perasaan sahabat, yang mana satu perlu diutama?

“Wey, apahal korang senyap aje ni?” Tegur Zack. Pelik melihat Amy dan Hanif mendiamkan diri.

Amy angkat bahu. Hanif senyum saja. Zack geleng kepala.

“So, apa plan kita pasal Farid?” Zack angkat kening pada Amy dan Hanif. Last edited by Nicki_Meow on 17-4-2014 08:53 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2014 04:38 PM | Show all posts
menarik & tertarik... Zack & Amy... Heheheheh... Nice couple... I must say...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 11:23 PM | Show all posts
pooh83 posted on 16-4-2014 03:35 PM
sila bagi gmbr vios putih anda sebagai bukti andalah awek vios putih tersebut

ok..tgh boring ...


bagi gambar bontot aje sukup ok!
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 11:28 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 16-4-2014 04:06 PM
Di sebabkan uols dah tarik diri, maka dengan ini iols mengumumkan secara rasminya, Cikgu Lina a.k. ...

alhamdulillah,
ckgu lina mungkin boleh bertemu jodoh ngan hanif(rupa dia mcm remy ishak kan?)
iols mendoakan zack dan amy dikuatkan jodohnya
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 03:57 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 16-4-2014 04:13 PM
The Nicky’s

Nicky... tq sbb insertkan sekali video ni...
Best sgt lagu jake coco ni...
Berulang kali dok dgr....

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 10:13 AM | Show all posts

wahhh.....

meriah rumah zack ni...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2014 10:16 AM | Show all posts

nicki..sementara tunggu update


usu nak pi rumah apik muiz jap..  



Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 01:39 PM | Show all posts
bila nak sambung ni... tak sabar menanti ni TT...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2014 11:42 PM | Show all posts
bila lah si zach n kate ni sedar perasaan masing2? yg dorang ni more than best friend?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2014 08:57 PM | Show all posts
lina21 posted on 16-4-2014 11:28 PM
alhamdulillah,
ckgu lina mungkin boleh bertemu jodoh ngan hanif(rupa dia mcm remy ishak kan?): ...

Amboi. Mentang2 Hanif rupa remy ishak, terus letak cop yek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2014 08:59 PM | Show all posts
MsIda posted on 17-4-2014 03:57 PM
Nicky... tq sbb insertkan sekali video ni...
Best sgt lagu jake coco ni...
Berulang kali dok dgr ...

Ekceli tu lagu lama. Masa iols zaman rock muda-muda dulu...famous lah lagu ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2014 09:02 PM | Show all posts
UsuFie posted on 18-4-2014 10:13 AM
wahhh.....

meriah rumah zack ni...

Lama tak nampak, Usu?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2014 09:03 PM | Show all posts
kekbuah posted on 18-4-2014 11:42 PM
bila lah si zach n kate ni sedar perasaan masing2? yg dorang ni more than best friend?

Meningkat nampaknya undi Kate....



Thanks for reading
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2014 09:07 PM | Show all posts
Episode 47

Kereta yang dipandu Zack akhirnya sampai di Vista Tasik. Jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 12 malam. Begitulah selalunya bila mereka keluar bertiga. Amy akan dihantar pulang dulu hingga ke pintu rumah.

“Kak…Farid tak adalah.” Zack bersuara. Tempat yang sering Farid jadikan tempat parkir keretanya kosong. “Dia dah give up kot?”

“Selama aku kenal Farid, tak adanya dia senang sangat nak give up macam tu aje.” Jawab Amy. Matanya meliar memandang ke sekeliling. Entah kenapa hatinya merasakan, Farid ada berdekatan. Dan entah kenapa dia merasakan, sesuatu yang buruk bakal berlaku. Farid tak pernah lagi bertindak diluar jangkaan. Tapi, itu tak bermakna Farid tak boleh bertindak di luar jangkaan.

“Zack…aku rasa macam tak sedap hatilah.” Amy menyuarakan kebimbangan. Zack menoleh Amy ditempat duduk belakang, tak bersuara. Kemudian, Zack pandang pula Hanif di sebelah tempat duduk pemandu, seolah-olah meminta pendapat.

“Izah ada kat rumah ke?” Soal Hanif.

Amy geleng. “Dia fly pergi Sydney.”

Hanif dan Zack berpandangan semula. Mungkin, Amy hanya terlalu bimbang maka dia berfikir seperti itu. Namun, kebimbangan Amy tak boleh dipandang ringan.

“Macam nilah. Kita naik dulu. Lepas tu, awak periksa satu rumah. Kita orang tunggu. At least, kalau ada apa-apa. Kita orang ada.” Cadang Hanif. “Kalau tak ada apa-apa, kita orang baliklah.”

Amy angguk perlahan. Hanif membuka pintu kereta dituruti Amy di tempat duduk belakang. Zack masih tinggal didalam kereta sementelah telefon bimbitnya berbunyi tiba-tiba. Sementara menantikan Zack menjawab panggilan, Amy dan Hanif berdiri di bahu jalan.

“Amy…” Tegur Hanif. Wajah risau Amy ditenung. Amy angkat bahu. Nafas dilepas. Cuba halau risau dalam hati namun tak berjaya. Bukan sehari dua dia kenal Farid.

“Tak ada apa-apa kot…” Sambung Hanif. Amy senyum kelat. Kemudian, keningnya berkerut. Teringatkan sesuatu. Telefon bimbit digagau dari dalam tas tangan. Tidak seperti biasa, hari ini tiada langsung panggilan mahupun mesej dari Farid sepanjang hari membawa ke malam. Bukanlah dia mengharapkan panggilan ataupun mesej dari Farid cuma perkara itu benar-benar mengundang bimbang.

“Sepanjang hari ni, Farid tak call saya. Mesej pun tak ada…”

Hanif angkat kening. “Itu perkara baik ke…petanda tak baik? Mungkin dia dah nampak awak keluar dengan saya, so dia pun fahamlah agaknya…yang awak dah ada boyfriend baru… ”

Amy angkat bahu lagi. Pada Amy, lebih mudah menaakul kesimpulan seandainya Farid menghantar mesej, contohnya seperti ‘Saya harap awak bahagia’ atau ‘Betul ke awak dah ada boyfriend baru?’. Hatta mesej berbunyi ‘Boleh blahlah. Sekali aku petik jari, sepuluh yang datang tawww… ’ sekalipun, dia sanggup terima. Bukan senyap seperti ini.

Bila Farid senyap, maknanya Farid merancang sesuatu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2014 09:09 PM | Show all posts
Ah, mungkin saja dia yang terlebih fikir. Mungkin dia yang terlalu risau. Mungkin juga Farid telah berputus asa apabila melihat kekerapannya keluar dengan lelaki lain.  

“Mungkin…saya yang risau bukan-bukan kot…” Ujar Amy. Hanif senyum.

“Selama awak bercinta dengan Farid, takkan awak tak perasan perangai Farid macam tu?”

“Perasan awak.” Akui Amy. “Farid memang jenis kuat cemburu. Saya cuba tolak-ansur. Ialah, dah sayang…”Amy senyum sumbing. “Sampai satu tahap tu, saya rasa cemburu Farid makin teruk. Dah macam penyakit. Saya tak dapat terima bila dia maki-hamun saya tak tentu pasal. Sebab itu, saya nekad. Saya mesti putuskan hubungan. Sampai bila saya nak makan hati dengan sikap dia…” Amy meluahkan rasa.

“Masalahnya…” Amy mengeluh. “Farid tak faham bahasa. Saya tak faham kenapa dia tak boleh terima yang saya dah taknak ada apa-apa lagi dengan dia. Saya ingatkan, bila dah putus…hidup saya makin tenang. Tapi tak. Farid macam orang gila talak. Saya….eeeee… rimas.”

“Entah-entah, betul cakap kawan saya.” Sambung Amy.

“Apa kawan awak cakap?”

“Farid sebenarnya sakit jiwa.”

Hanif ketawa mendengar kata-kata Amy. “Awak pernah dengar penyakit ROCD?”

Amy angkat kening.

“Relationship Obsessive-Compulsive Disorder. Penyakit psikologi.” Terang Hanif. “Orang yang ada ROCD  ni selalu rasa insecure dalam hubungan. Suka cari silap pasangan. Suka bersangka buruk dengan pasangan. Selalu terasa yang pasangan dia curang dengan orang lain. Sebab itu, orang yang ada ROCD ni cemburu dia melampau.”

“Oh…” Amy terangguk-angguk. “Awak rasa, Farid ada penyakit ni ke?”

Hanif senyum lagi. “Saya cakap secara general. Sama ada Farid ada penyakit ni ke tidak, saya tak tau. Saya bukan pakar psikologi.”

Amy ketawa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2014 09:12 PM | Show all posts
Panggilan ditamatkan. Telefon bimbit dimasukkan kembali dalam poket sebelah kiri. Zack mematikan enjin Myvinya. Baru saja dia hendak membuka pintu, terlihat kelibat seseorang berjalan laju melalui cermin pandang belakang. Semakin lama, semakin hampir.

“Farid!” Zack merengsa apabila menyedari siapa yang datang. Tambah bulat biji matanya apabila tangan Farid memegang sesuatu.
Amy dan Hanif pula langsung tidak menyedari kehadiran Farid.  Zack pantas keluar dari kereta.

“Oi! Farid!” Zack bersuara kuat. Jaraknya dengan Farid lebih kurang semeter. Suaranya menarik perhatian Amy dan Hanif lantas mereka berpaling. Niat Farid untuk menghampiri Amy terhenti.

Zack bersedia dengan segala kemungkinan. Tak akan teragak-agak bertindak sekiranya Farid cuba mencederakan Amy atau Hanif.

“Apa kau nak buat?” Zack menyoal garang. Farid diam. Tangannya menggenggam kuat kunci stereng. Matanya mencerun tajam. Amy, Zack Hanif dan kemudian, kembali pada Amy. Amy cuak. Tanpa sedar, lengan Hanif dicengkam. Farid semakin berang. Pertimbangannya semakin hilang. Sukar untuk  menerima kenyataan bahawa Amy memang sudah mempunyai teman lelaki baru.  

“Kau memang dasar perempuan tak guna, Amy!” Maki-hamun terbit dari mulut Farid. Amy tak membalas. Sikap diam Amy menambahkan rasa sakit hati pada Farid. Pelbagai kata kesat dilontarkan pada Amy.

Zack panas hati apabila semakin banyak cacian keluar dari mulut Farid. Pantang bagi Zack apabila keluarganya dihina begitu

“Kau jangan kurang ajar, Farid!”

Tanpa amaran, kunci stereng dilibas. Farid pukul curi. Zack tak sempat mengelak. Terasa otaknya bergegar. Mata berpinar. Rasa sakit mencucuk kepala sebelah kiri. Zack jatuh terduduk. Tangan tekup kepala.

“WOI!” Terdengar satu jeritan. Itu suara Hanif, Zack tahu.

Ayat berbalas kata. Tumbuk berbalas tendang. Dalam menahan sakit, dalam pandangan terang kabur, Zack dapat melihat Hanif dan Farid beradu siapa handal.

Terdengar suara mengerang kuat. Zack yakin, bukan suara Hanif. Hanif pemegang tali pinggang hitam dalam karate-do atau taekwando? Zack terlupa pula namun itu tak penting. Setakat Farid, Zack yakin Hanif boleh selesaikan dengan mudah. Betapa dia harap, Hanif belasah Farid cukup-cukup bagi pihaknya.

Amy...mana Amy?

Teringatkan Amy, Zack dipagut risau. Tak mahu Amy pula yang dicederakan. Dia cuba bangun tapi terduduk semula. “Kak…” Zack memanggil tetapi terasa suaranya tidak cukup kuat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2014 09:20 PM | Show all posts
Farid bangkit dari mencium tar. Terasa bibirnya lebih tebal dari biasa. Hati tambah menggelegak apabila serangannya langsung tidak memberi kesan pada Hanif.

Hanif tetap dalam keadaan bersedia. Langsung tidak goyah. Serangan yang dilancarkan Farid hanya terkena sipi-sipi.     

Secara melulu, satu tumbukan cuba disasarkan pada muka namun dengan mudah dielak Hanif. Tangan Farid ditangkap lalu perut Farid pula menjadi sasaran ganti. Satu, dua, tiga. Farid mengucup tar buat kali kedua.

Farid bangun, merengus sebal. Tidak melawan kali ini. Mula sedar, dia bukan tandingan Hanif. Datang bagai jagoan tapi kini, dia hanya budak belasahan.

“Sialan.” Farid melontar kata kesat. Tak tahu pada siapa sebenarnya ditujukan. Pada Hanif, atau pada dirinya yang malu menanggung kalah.

“Hoi! Kau dengar sini baik-baik!. Amy sekarang hak aku. Dia dah tak ada kena-mengena dengan kau.” Bagai hero, Hanif memberi amaran. “Jadi, kau jangan cuba-cuba nak dekat dengan Amy, call Amy atau cari Amy lagi.”

“Kalau aku dapat tahu datang sini lagi, nahas kau aku kerjakan!”

“Berambus!” Tengking Hanif.

Farid tidak membalas kata-kata Hanif walau satu ayat. Dia berpaling dan terus meninggalkan kawasan itu.

Dua orang pengawal keselamatan yang mengawal Vista Tasik meluru keluar. Hanif geleng kepala. Klise. Show dah habis, baru terhegeh-hegeh tunjuk muka.

“Zack! Zack!” Suara Amy kedengaran dekat dengan telinga. Zack angkat muka. Pandangan kian berbalam. Satu tangan Amy dibahu manakala satu tangan Amy menarik tangannya yang ditekup di kepala. Zack pandang tapak tangan.

Allahhuakbar…

Darah.

Perkataan terakhir yang Zack dengar adalah Amy menjerit namanya.

***
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 07:42 AM | Show all posts
kesiannya zack... harap dia ok...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2014 08:40 AM | Show all posts
“Awak jangan risaulah.”

“Saya rasa bersalah, awak. Pasal Farid, tak pasal-pasal Zack masuk hospital.”

“Tak payah risau sangat. Doktor pun cakap, tak serius sangat.”

Terdiam beberapa saat.

“Tapi…itulah.”

“Itulah apa?”

“Saya macam pelik sikit. Doktor cakap tak serius. Tapi, apsal teruk sangat pengsannya?”

“Oh…awak tak tahu ke?” Gelak kecil.

“Tahu apa?”

“Zack tak boleh tengok darah. Kalau nampak darah…dia pitam.”

“La..iya ke?”

Ketawa bersahutan.

Kurang asam betul. Sempat lagi tu ngumpat aku…  

Mata dibuka perlahan-lahan. Suara-suara itu menyedarkan dia dari tidur. Cahaya terang membuatkan pandangannya berpinar. Sedikit masa diperlukan sebelum pandangannya jelas. Di tepi katil, Amy dan Hanif berbual mesra.

“Ehemm…ngumpat nampak?”

Amy dan Hanif berpaling. Mata saling berpandangan sebelum masing-masing mengukir senyum lega.

“Bila kau sedar, Zack?” Soal Hanif. Zack kerut kening. Awal pagi rasanya sudah sedar cuma masa yang tepat, Zack kurang pasti pukul berapa. Sempatlah juga makan dan bermesej di telefon bimbit sebelum kembali tidur.

Panik juga tatkala sedar, dia tak tahu di mana sebenarnya dia berada. Mujurlah, walaupun kepala dihentak dengan kunci stereng, otaknya masih boleh berfungsi secara normal. Dibuatnya benar-benar hilang ingatan?

Belakang kepalanya di raba, sebelah telinga kiri. Ada tampalan dimana dibawahnya, terdapat kesan bengkak namun, pendarahan tidaklah banyak. Tak perlu jahitan. Kata-kata jururawat yang bertugas pagi tadi, terulang dalam minda.

Jururawat cun yang bernama Anisah. Mana pulak nurse tu? Selepas kepalanya diperiksa dan diberi makan beberapa biji pil, terus kelibatnya hilang. Kalau tak, boleh juga diajak berkenalan lebih lanjut.

Ceh! Sempat lagi…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2014 08:47 AM | Show all posts
“Zack…kau okay tak ni?” Hanif risau melihat Zack masih mendiamkan diri.

“Okay sangat! Cubalah try hentak kepala dengan kunci stereng, barulah kau tahu, okay tak okay…”

Hanif ketawa. Dah boleh bawak gurau, okaylah maknanya tu…

Zack bangun perlahan-lahan untuk duduk, segera dibantu oleh Hanif. Bantal disandarkan di belakang badan supaya Zack lebih selesa. Zack cuba mencapai laci sebelah katil, mahu mengambil telefon bimbit. Sekali lagi, Hanif membantu. Telefon bimbit diserahkan pada Zack.

Seronok pula jadi orang sakit. Serba-serbi dibantu. Walhal, boleh saja dia melakukannya sendiri. Walaupun kepalanya sakit dihentak, kecederaannya tidaklah seserius mana. Mungkin hari ini atau esok pagi sudah boleh didaftar keluar.

“Apa jadi pada Farid?” Zack bertanya. Nada bengang terluah. Amy dan Hanif berpandangan sebelum Hanif menjawab.

“Lepas hantar kau pergi hospital, kita orang buat police report malam tadi. So, tunggu ajelah, apa jadi lepas ni…” Hanif menerangkan secara ringkas. Amy pula, lebih banyak mendiamkan diri. Membiarkan saja bicara Hanif.

Zack meraba kepalanya lagi. Rasa sakit mencucuk. Mungkin, kesan ubat penahan sakit mula hilang.

“Zack…” Amy memanggil perlahan. Zack memandang Amy.

“Aku…mintak maaf.”

“Huh! Senangnya kau mintak maafkan? Kau punya pasallah aku masuk spital.” Balas Zack.

“Aku tahu, salah aku. Patutnya, kau tak perlu masuk campur hal aku dengan Farid.” Balas Amy pula. Nafas dilepaskan perlahan. Jelas wajah Amy menunjukkan rasa bersalah, berbaur bimbang.  

“Aku betul-betul mintak maaf…” Kata maaf diulang lagi lalu Amy tunduk.

Zack terdiam. Tidak menjangka reaksi Amy begitu. Tidak sedikit pun terdetik dalam hati untuk menyalahkan Amy dalam hal ini. Apa yang dia ucap tadi, hanyalah gurauan.

“Amylea…” Panggil Zack. Amy angkat muka. Mata bertentangan.

“Kau jangan ambik hati pulak apa aku cakap tadi. Aku gurau aje…”

Amy masih diam.

“Aku…tak ada niat pun nak salahkan kau. Kitakan satu keluarga. Masalah kau, masalah aku. Kalau kau sakit, aku pun sakit.”

Amy senyum. “Sekarang, kau dah sakit. Aku pun rasa sakit hati. Aku rasa macam nak belasah aje Farid tu lagi…”      

Zack ketawa tapi itu menyebabkan sakit di kepalanya datang lagi. Tangan kembali menekup belakang kepala.

“Sakit ke, Zack?” Soal Amy, lantas mendekati katil. Rasa risau kembali menerjah.

“Sakitlah. Apa punya soalan…” Balas Zack. Amy ketawa.

Hanif menarik nafas panjang. Melihat kemesraan itu, menyelinap sedikit rasa kecewa dalam hati namun tidak dibiarkan lama. Rasa itu tak perlu dilayan. Kebahagian sahabat jauh lebih utama dari rasa kecewanya.

Dan rasanya, lebih elok kalau dia memberikan dua beradik ini masa untuk berbual sendirian - Kalau masih boleh dipanggil dua ‘beradik’.

“Zack, aku keluar kejap.” Hanif minta diri.

“Kau nak pergi mana?” Soal Zack.

“Toilet.” Hanif beri alasan. “Awak lepaklah sini dulu. Nanti saya datang balik.” Ujar Hanif pada Amy pula. Amy angguk dan senyum. Hanif terus berlalu. Last edited by Nicki_Meow on 21-4-2014 08:52 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.181912 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list