CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AdsMsia

[Tempatan] Prof Muhaya: Solusi keluar dari bebanan hidup

 Close [Copy link]
Post time 28-12-2013 02:36 AM | Show all posts
miss_kikilala posted on 27-12-2013 09:01 PM
tokoh-tokoh yang hanya berani mengkritik rakyat yang daif tapi mendiamkan diri atas kesalahan pemeri ...

perghhh...likes 10000 kali gituh


tokoh-tokoh yang hanya berani mengkritik rakyat yang daif tapi mendiamkan diri atas kesalahan pemerintah yang mempunyai kuasa, merupakan tokoh yang mendahulukan kepentingan dirinya dari kemaslahatan awam..tokoh-tokoh yang hanya berani menyuruh rakyat bawahan bersabar, bersyukur dan berjimat semasa keadaan kehidupan rakyat mendesak tapi tiada keberanian mengkritik pembaziran, salah urus, tidak menepati janji yang berlaku di pihak yang berkuasa tidak layak untuk diangkat sebagai tokoh yang dihormati rakyat kerana mereka berjuang untuk kepentingan dan kesenangan sendiri bukan untuk kepentingan awam...

DrMAZA.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2013 02:39 AM | Show all posts
Babai posted on 28-12-2013 02:33 AM
Penyanjung2 hidung kembang dongak boleh la start dengan mengamalkan "not as I did" didalam mendidi ...

Bab tumpah susu ke? hehe

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 02:41 AM | Show all posts
Babai posted on 28-12-2013 02:35 AM
Yang ko pegi renung lubang idong tercangap besar lebar tu buatpe? Memang la muntah.

Haha....marah bebenor ko kat dia ye?


Takde maknanya nak renung lobang idong dia...aura pd wajahnya yg positif tu cukup utk membuatkan cas2 positif dlm diri aku bertembung dgn cas2 negatif lalu meransang otak aku utk tumbuk sesape yg dekat dgn aku time tu...hehe

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 02:43 AM | Show all posts
PitMie posted on 28-12-2013 02:39 AM
Bab tumpah susu ke? hehe

Tumpah susu? Ce cerita sket bro.

BTW, yang aku maksudkan "not as I did" tu ialah dalam semua hal => Do as I say, not as I did (ini geng2 motivashit banyak mengamalkan benda2 ni).
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 02:44 AM | Show all posts
PitMie posted on 28-12-2013 02:41 AM
Haha....marah bebenor ko kat dia ye?

Idok ler maghoh, saje suka2.

Berapa orang dah makan penumbuk ko arini?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 02:48 AM | Show all posts
hzln posted on 28-12-2013 02:36 AM
perghhh...likes 10000 kali gituh

Termasuk aku.

Cuma dalam ramai2 tu aku ada terperasan sorang mamat (bunyi cam pantai timur) bertanya lebih kurang camni: "Kalau ngan TGNA ngan DSAI berani tak Dr MAZA tegur?"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2013 02:52 AM | Show all posts
Babai posted on 28-12-2013 02:48 AM
Termasuk aku.

Cuma dalam ramai2 tu aku ada terperasan sorang mamat (bunyi cam pantai timur) ber ...

aku tak penah lagi dgr dia kutuk dua org tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 02:55 AM | Show all posts
fenomena ni merupakan bukti bahawa rakyat marhein memang rasa keperitan akibat kenaikan macam benda yang gomen hadiahkan kat rakyat. siapa2 yang bagi statement yang contradict dengan realiti rakyat pasti akan dilahar dan dihentam, dikecam hebat termasuk prof muahaya sendiri.

tapi menteri kita boleh plak buat lawak bagi statement bahawa kenaikan barang disokong oleh rakyat sebab tak banyak aduan yang masuk. holy shit sangat statement. sampai dah takde rasa nak marah dah pada menteri2 kita. betul2 duduk bawah tempurung diorang semua nih. mungkin dalam sejarah negara malaysia, menteri2 kabinet sekarang ni agaknye yang paling bodoh antara semua kot. mungkin yang cerdik ade dua tiga ketul je. memang awesome giler jadi rakyat msia sebab menteri semua pandai buat lawak.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-12-2013 08:30 AM | Show all posts
unhas posted on 28-12-2013 02:55 AM
fenomena ni merupakan bukti bahawa rakyat marhein memang rasa keperitan akibat kenaikan macam benda  ...

menteri maharaja lawak mega kah ?

hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
PitMie posted on 28-12-2013 02:35 AM
Tu ko gi melawat area yg dikunjungi org2 kaya duit berkepuk....mmg ko tak jumpa la set2 kais pg ma ...

Ahahah...bhaii.aku tau ler set2 yg dok melawat alamanda saban waktu begini..semua rakyat marhaen middle class saja..org kaya duit berkepok soping kat pavillion saja where all d hi end boutiques are...
Anyway..toksah citer la pasal org ulu kampung..mmg aku tetiap bulan masuk ke kws pedalaman menghantar bantuan
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
aku xmau komen sampai aku habis baca dan fahamkan apa yang pakar motivasi ni sampaikan.

memang kita kena redha di atas apa yang dah berlaku. bersyukur dengan apa yang kita miliki.

tapi persoalannya di sini, kenapa kita sebagai rakyat disuruh berjimat, audit balik cara berbelanja, kerja lebih kuat untuk apa yang telah dibazirkan oleh kerajaan??

Puihhh!! Bullshit namanya konsep ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 09:42 AM | Show all posts
ANNDHIA85 posted on 28-12-2013 09:33 AM
aku xmau komen sampai aku habis baca dan fahamkan apa yang pakar motivasi ni sampaikan.

memang k ...

Tapi geng2 idong kembang dongak kata itu adalah cara terbaik.....Cara yang positif.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 09:59 AM | Show all posts
solusi pemimpin pulak cemana...nak keluarkan rakyat dari bebanan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2013 10:02 AM | Show all posts
Didakwa tak prihatin, Prof Muhaya tampil jawab

27 Disember 2013



SHAH ALAM – Gara-gara mengeluarkan kenyataan pada artikel Prof Muhaya : Solusi Keluar Dari Bebanan Hidup yang disiarkan Sinar Harian Online, Selasa lalu, penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad dikritik pembaca kerana disifatkan tidak prihatin nasib rakyat.

Melalui sebuah video yang dimuat naik ke laman sosial Youtube, Prof Muhaya menjelaskan mengenai perkara tersebut.

“Saya bukan ustazah, bukan ahli politik dan bukan ahli ekonomi. Saya cuma pencetus inspirasi yang semua orang sudah tahu, gaya saya bercakap...Kita mesti faham bahawa ada benda yang kita boleh kawal dan tidak boleh kawal.

“Apabila ditanya bagaimana nak tangani beban orang yang tengah serabut...memang banyak pihak yang nak saya buat kenyataan memarahi pihak yang menaikkan harga dan sebagainya. Tapi, pada saya, itu semua banyak dah orang yang cakap.

"Jadi, peranan saya sebagai seorang yang berusia 50-an, ada pengalaman, saya memang sangat yakin bahawa cara kita melihat sesuatu akan mengubah tindakan, persepsi atau interpretasi kita terhadap perkara itu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan soal 80 peratus dalam kehidupan adalah untuk mencari solusi sementara bakinya untuk melihat masalah.

“Katakanlah, minyak atau susu tumpah. Adakah kita nak lap susu itu atau nak bergaduh siapa yang tumpahkan susu itu?

“Saya nak katakan di sini bahawa kita mesti melihat kehidupan dengan 80 peratus mencari solusi dan 20 peratus untuk melihat masalah,” katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyebut kenyataannya dalam artikel tersebut menunjukkan bahawa dirinya tidak prihatin terhadap kesusahan rakyat.

“Saya bukan ahli politik dan prinsip saya adalah tidak membuat kenyataan berbaur politik. Untuk situasi ini, bukan tidak prihatin. Siapa yang tidak prihatin...memang kasihan.

“Tetapi kalau kita kasihan, ramai orang yang susah, takkanlah kita nak ambil duit beri kepada semua orang susah itu? Kalau kita beri pun, ia dipanggil langkah sekejap.

“Tetapi bagaimana kita nak ‘empower’ seseorang? Ataupun beri kuasa atau membuat seseorang itu melakukan apa yang boleh pada situasi terdesak ini untuk menghadapi suasana tersebut?,” katanya.

Tambahnya, “saya seru kepada yang membuat dasar, kalau boleh kita prihatin dan janganlah kita melakukan sesuatu yang membebankan orang. Kerana kalau kita melepaskan beban orang, insya-ALLAH, ALLAH akan melepaskan beban kita,” katanya.

Jelasnya, “saya nak jelaskan, saya buat video ini pun bukan untuk justifikasi...takut orang tak suka, takut orang marah. Sebenarnya, saya dah maafkan semua orang yang mengata tak elok tentang saya. Saya tak rasa marah langsung. Saya faham dan rasa kasihan.”
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 10:03 AM | Show all posts
mrsamz posted on 27-12-2013 11:24 PM
Tadi g alamanda..ramai gila org soping parkson sale ..restoran mahal2 pun penuh jugak..mcm xda masal ...

itu golongan yg mampu.. mungkin jumlah nya cuma 1 juta rakyat..
berbanding berjuta2 yg nak belanja beli keperluan (kita nampak diorg mcm shopping) - sedangkan mereka terpaksa berbelanja utk itu.

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 10:09 AM | Show all posts
after watching the video, saya paham maksud Prof. Dr. Muhaya.
Bukan semua orang mahu di pancing untuk buat komen politik. Maka dia hanya buat komen yang dia ada kepakaran sahaja iaitu motivational. Orang marah sebab dia tak mau komen yang lebih political. Fair enough, I respect that.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2013 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
PitMie posted on 28-12-2013 02:29 AM
Itulah...easier said than done. Mmg mudah utk bg kata2 hikmah kata2 motivasi pg etc sbb utk buat s ...

Betoi..cara dia cakap tu..buat orang fikir.... Kalu hidup susah tu, adalah musibah dan  Allah benci..pahal ujian susah ni juga untuk uji keimananan kita..senang pon ujian jugak..ujian kesenangan hidup ni yang banyak orang failed

Betul mcm pitmie ckp... Nabi dan rasul pon diuji..
Kalu nak kata kita sakit teruk..mommy rs xterlawan sakit nabi ayub...sampai kuar ulat dari badan..
Kalu nak kata kita miskin dan berlapar... Nabi kita pon pernah ikat batu kat perut sebab lapar tapi xnak meminta2....
Takkan dorg tu berdosa banyak sampai Allah uji mcm tu? Nanti ada plak yg kata jgn nak bezakan dgn nabi...dari nabilah kita amik petunjuk..Allah nak tunjuk..yang ujian dtg dalam bentuk kesenanagan dan juga kesushan...para rasul yang dapat ujian paling hebat yg xde manusia lain diuji lebih dr tu...kalu kaya dan berharta pon mana ada manusia bleh lawan nabi sulaiman..dia bukan setakat kaya..siap boleh perintahkan jin untuk dengar cakap dia....

Kalu nak kat hidup senang tu Allah redha... Ingatlah firaun  yang kaya raya...dan tak pernah sakit sakit....dengan qarun yang hartanya kalu g tengok tasik qarun tu..seluas mata memandang... Betapa banyaknya harta dia tp Allah redha ke?

Mungkin dr muhya pon lupa..kesenangan hidup juga 1 ujian..
Kalu kita bersyukur Alhamdulillah tp itu bukan tiket untuk kita boleh nilai dosa pahala orang lain...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
AdsMsia posted on 28-12-2013 10:02 AM
Didakwa tak prihatin, Prof Muhaya tampil jawab

27 Disember 2013


Dia boleh komen rakyat marhaen yang nak bertindak sbb harga barang naik...sbb konon dia pakar motivasi..

Tapi xnak komen pasal orang yg naikkan brg konon sbb dia bukan ahli politik...

Oklah prof....i got it

Motivasi hanya untuk rakyat marhaen yang hidup susah.. Pemimpin xperlukan motivasi
Last edited by mommymonster82 on 28-12-2013 10:47 AM

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
hzln posted on 28-12-2013 02:36 AM
perghhh...likes 10000 kali gituh



Motivasi prof muhaya hanya untuk rakyat marhaen....

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 11:04 AM | Show all posts
mommymonster82 posted on 28-12-2013 10:45 AM
Dia boleh komen rakyat marhaen yang nak bertindak sbb harga barang naik...sbb konon dia pakar mo ...

melebih2 betul la mommy ni kalau kasi komen. sebab muhaya motivasi utk rakyat gitu blh pulak u putar balik apesal dia xmotivasi pemimpin, pemimpin xperlu motivasi. serius kalau jumpa org gini dalam real life aku xlayan. merepek sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.317136 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list