|
Neelofa OFFICIALLY berhijab?#pg15 / KISAH HIJRAH LOFA #pg34
[Copy link]
|
|
Lofa cantekk manis jahh masa meletop td. Xpayah nak pakai shawl kalerful pn. Pakai shawl hitam jahh xde pn nak kena lilit sampai tercekik leher bagai. Tetap anggun bgaya. Baju yg sheols pakai td pn cantekk. |
|
|
|
|
|
|
|
kakasotong posted on 23-7-2014 12:44 AM
Lofa cantekk manis jahh masa meletop td. Xpayah nak pakai shawl kalerful pn. Pakai shawl hitam jahh ...
Iol speku jubah yg Lofa pakai tu koleksi terkini dari Naelofar Abaya
Selalunya dia pakai awal sebelum dikeluarkan utk dijual. |
|
|
|
|
|
|
|
She-eh posted on 23-7-2014 01:01 AM
Iol speku jubah yg Lofa pakai tu koleksi terkini dari Naelofar Abaya
Selalunya dia pakai awa ...
Iols pn speku cmtuh. Sbb nmpk pattern jubah yg sheols sama je dgn collection dr naelofar abaya tuh. Dah boleh agak sbb tgk design baju jubah yg sheols sblum ni pn lebih kurang sama je.
Harusla lofa pakai baju dr naelofar tu. Marketing strategy. Nak tarik perhatian org utk beli. |
|
|
|
|
|
|
|
Dabel posting
--edited-- Last edited by kakasotong on 23-7-2014 01:17 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Lion11 posted on 22-7-2014 05:01 AM
Lor iols x riak..Just ckp lopak bese2 je kot..Dah kena torture oo lupe ini thread karats lopak..Tapi ...
Bertabah la,iolls pon xde masalah dgn ur opinion |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya dia subhanallah.
aku jeles dgn dia. dah berubah pakai tudung. banyak langkah dia ambik untuk dunia akhirat. T.T
aku yg mmg bertudung pun rasa mcm masih di takuk lama je.
dah lama rasa majalah remaja tak relevant. tapi rasa mcm nak rembat plak satu yg covernya ada lofa |
|
|
|
|
|
|
|
Dik lion..ni ahkak Lion nak komen...
Aku respek pandangan ko bila ko kata lofa ni x lah lawa mana..
tapi aku geli bila ko kata sister ko tu memang lawa..
ko takyah bangga sangat lah bila boipren adik ko wat dunno jah kat lopa...lain laki lain taste dia..
even laki aku pun kata si lisa surihani tu tak lawa...
she looks weird katanya..aku balas balik.."u must be crazy yang...she's so pretty."
tapi takde pulak aku bajet yg diri aku ni cantik persis retis just because suami aku kata lisa S kureng lawa. gila hape nak perasan2.
banyakkan pergaulan.luaskan pandangan. pendapat orang terapat dengan kita bukan penanda ukur apa2 pun.
okkay dik lion. Last edited by lionsleepin on 23-7-2014 08:41 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Sapa2 gadis melayu yg nak join bole larr
x de swim suit round
Dan kali ni yg bertudung pon bole
So dah x seksi dah
Non malay lagi di alu2kan
Setakat ni baru sorang pemenang non malay
Dewi Remaja 90/91 Jasmeen Dhillon
Felixia Yap pon join jaman Scha, tapi x menang
Jadi finalis sajork
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha..masuk bakul angkat sendiri..level nelofa tu tinggi la..mau bandingkan diri dgn nelofa,aku pula malu baca.. |
|
|
|
|
|
|
|
kakak lopa si nabila tu kdg2 nampak lagi kertu drpd kakak sulungnya si Saradinna tu
saradinna nmpk fresh dan lebih muda w/pun chubby sket |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus tudung neelofa sbb labuh tutup dada
Baru nampak mahal tuan punya badan |
|
|
|
|
|
|
|
rayna_raynes posted on 20-7-2014 09:27 PM
Nona tadi recording ke? Sbb tgk lofa xpakai tudung
Selalunya nona mmg record..rasanya sebelum lofa pakai tdg kot |
|
|
|
|
|
|
|
outcast posted on 23-7-2014 07:38 PM
Selalunya nona mmg record..rasanya sebelum lofa pakai tdg kot
Iol tengok di Tonton, Nona minggu depan beraya di rumah Fara Fauzana. Masa rakaman ni, Lofa masih belum berhijab.
Agaknya lepas Raya kot baru boleh lihat Lofa berhijab dlm Nona. |
|
|
|
|
|
|
|
Bertambah murah rezeki lofa |
|
|
|
|
|
|
|
Simple je lofa pakai shawl..tp tetap nmpk elegant |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama rasanya xtepek news lofa..
Neelofa Tak Bimbang Dikritik Peminat
Pelakon dan pengacara, Neelofa tidak bimbang dua filemnya yang bakal ditayangkan sekitar hujung tahun ini mendapat kritikan kerana ketika membintangi filem-filem terbabit, dia masih belum mengenakan hijab.
Jelas Lofa, perkara tersebut melibatkan ramai pihak dan pastinya akan menyusahkan jika dia enggan penampilan lamanya menjadi tontonan umum.
“Saya tak ada masalah dua filem saya iaitu ‘Pilot Cafe’ dan ‘Dolah Superstar’ menampilkan gaya lama saya. Bagi saya perkara itu dah lama dan ia sudah selesai. Saya harap peminat faham dan beri sokongan pada dua filem tersebut,” katanya.
Lofa turut mengulas tentang kritikan sesetengah pihak yang berpendapat dia tidak lagi sesuai mengacarakan rancangan hiburan 'Meletop' setelah berhijrah. Kata Lofa, pihak produksi lebih menyokong tindakannya untuk berhijrah.
“Alhamdulillah, krew Meletop memberi sepenuh sokongan kepada saya untuk bertudung. Pada awalnya saya risau juga dengan penerimaan penonton. Tapi menurut produksi, ‘rating’ semakin tinggi sejak saya bertudung. Saya rasa hal itu tak perlu diperbesarkan. Walaupun kini berhijab, saya akan sesuaikan fesyen dan konsep rancangan itu sendiri supaya lebih segar,” kata Lofa ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama kelab peminatnya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Berbicara tentang majlis berbuka puasa tersebut, kata Lofa, dia sudah berhajat untuk meraikan kelab peminatnya sejak dinobatkan sebagai Pengacara Paling Popular Wanita, ABPBH baru-baru ini. Namun oleh kerana kekangan masa, majlis tersebut dianjak sehingga bulan puasa.
“Pada awalnya memang saya nak buat majlis makan-makan untuk peminat. Tapi jarak waktu agak singkat. Lagipun satu kelebihan bila dapat adakan majlis berbuka di sini kerana kami dapat mendirikan solat Tarawih dan mendengar ceramah daripada pendakwah Mufti Ismail Menk bersama,” katanya menjelaskan pendakwah tersebut merupakan salah satu penyebab Lofa membuat keputusan untuk berhijab.
“Saya mengagumi Mufti Menk dan dia antara sebab saya mula terbuka hati untuk bertudung. Pelakon Natasha Hudson menghadiahkan saya cekera padat ceramah beliau, dan sejak itu saya sentiasa mendengar ceramah beliau setiap kali menaiki kereta,” kongsi Lofa.
kredit : gua.com.my
*** tetibe terpikir plak filem pilot cafe.. Aduhh, manusia biasa.. Nk tgok jugak..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|