CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shamsadis

Anwar dan Sahabatnya - Bahagian 2

 Close [Copy link]
Post time 12-6-2009 03:35 PM | Show all posts
Originally posted by shamsadis at 12-6-2009 08:17


anda sendri menyatakannya...

http://1.bp.blogspot.com/_5eu-_HoLnNg/SYm2_ezsVAI/AAAAAAAADLM/Bj9vPdnCNDw/s320/pahala_undi_pas.jpg
http://4.bp.blogspot.com/_XtEymjGQYts/Sa_X8nbYekI/AAAAAAAAC ...


heran giler aku nengok kamu ni Sadiss....


Yg galak sangat ler menempek menda alah tu napo???

Kamu ingat Penyokong Pembangkang mcm Badut BN ker?? Mendewa-dewakan sangat Pembesar-Pembesar??/
Apo kono mengono plak dongan si Akhil, tu segalo??? Apo kono mengono plak dengan segalo-galo gossip dunio tu?

Ada termasuk dalam agenda aku tidak menyokong kerajaan?? Idoknya.... sebosar Zarah pun takdok...

ke hulu ke hilir membawa sepanduk "Undi PAS masuk Syorga" Ado ko ekau memahamkan kek Otak bobal mu
itu apo yg tersirat dari tajuk tu? Idoknya... Spesis kamu-kamu ni, kalau Org kata A ... maka A... lahhhh
Haraaaammmmm nak pikir sampai ke Z....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-6-2009 03:58 PM | Show all posts

Balas #1161 ilya\ catat

orang PAS pikir camni ker...???

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2009 04:03 PM | Show all posts

Balas #1160 alhaj72\ catat

orang PAS mmg camtue...tak heran...kan...pergi bagitau semua orang...orang PAS camni peragainya...biar depa tau perkara yang benar...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2009 04:59 PM | Show all posts
Originally posted by shamsadis at 12-6-2009 15:58
orang PAS pikir camni ker...???



PAS ke hulu PAS ke hilir.....

Dah malu buka pekung di dada ker....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2009 10:21 PM | Show all posts
Originally posted by shamsadis at 12-6-2009 15:58
orang PAS pikir camni ker...???



sian si shamsadis ni.. takde ilmu agama.. dahhh pulakk dia kata nik aziz takde ilmu agama... lawak..lawak.. die ngt pr bodoh mcm umno ka.... hehehe....kalau kata yusuf qardawi sokong nik aziz kang pulak die kata yusuf qardawi takde ilmu agama.... siap tempek muke yusuf qardawi ambik gambo dgn laki kot aku rase... haiii... ape nak jadi la org cetek agama sorang ni... kaki fitnah pastu nk ckp pasal agama... nk suruh terjemah alfatihah pon blum tentu boleh aku rase..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2009 08:09 AM | Show all posts

Balas #1165 nurulll\ catat

sebab takder la aku join pas...tapi rupa rupanya pas lagi haram...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-6-2009 10:03 AM | Show all posts
Kes Liwat : Azizan Abu Bakar minta nasihat Karpal Singh

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Azizan Abu Bakar memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau membuat pengakuan bersumpah secara bertulis dengan nama Tuhan kerana merasa bersalah membiarkan dirinya diliwat beberapa kali oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Azizan, 38, yang merupakan bekas pemandu peribadi isteri Anwar menyatakan demikian dalam keterangannya dalam perbicaraan bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang masuk hari ke-35 hari ini.

Anwar, 51, dituduh meliwat Azizan. Dia dibicarakan bersama-sama adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja yang menghadapi dua tuduhan bersubahat dengannya dan meliwat Azizan.

Azizan sebagai saksi pendakwa yang keenam menyatakan bahawa Ummi Hafilda Ali yang menulis pengakuannya dan beliau menandatangan dokumen tersebut.

Selepas itu, menurut Azizan, beliau bersama Ummi dan Dr. Ristina Majid telah pergi bertemu peguam Karpal Singh untuk mendapatkan nasihat perundangan.

Azizan memberitahu demikian ketika menjawab soalan Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah, yang mengendalikan pemeriksaan utama pihak pendakwa.

Sebelum menyoal Azizan, Mohtar menyingkap sedikit soalan yang dijawab oleh Azizan semasa perbicaraan tertutup. Akhbar dilarang menyiarkan keterangan tersebut apabila peguam bela Anwar, Christopher Fernando membantah.

Mohtar berkata, beliau tidak bercadang untuk menyoal saksi itu secara mendalam tentang dakwaan kejadian.

Bagaimanapun sebelum Peguam Negara meneruskan soalan, Hakim Datuk Ariffin Jaka menegur seorang peguam bela Anwar, Zulkifli Noordin, yang dilihat menghulurkan sesuatu nota kepada Fernando.

Hakim Ariffin dengan nada keras: ''Apabila saya sedang bercakap jangan mengganggu (ditujukan kepada Zulkifli). Fernando, kamu sebagai peguam bela. Tadi buat sekali, saya hanya pejamkan mata.

Zulkifli cuba bangun untuk menjawab dan sempat berkata: ''Saya nak cakap, Yang Arif tidak bagi.''

Hakim Ariffin: ''Kamu duduk. Mestilah hormat apabila orang lain dalam sidang sedang bercakap. Tolong perhatikan.''

Mohtar kemudian memberitahu bahawa soalannya yang belum dijawab itu oleh Azizan ditangguhkan pada satu sidang yang tertutup.

Fernando: ''Akhbar tidak patut menyiarkannya.''

Mohtar lalu meneruskan soalan: ''Saya merujuk kepada saksi satu salinan dokumen pengakuan bertarikh 5 Ogos 1997. Dokumen asalnya telah dikemukakan pada perbicaraan yang terdahulu. Tetapi kami tunjukkan salinan yang disahkan. Adakah dokumen ini ditandatangan oleh Azizan?''

Azizan: ''Ya, benar.''

Mohtar yang merujuk muka surat dua pengakuan bersumpah itu dan menyoal: ''Tandatangan siapakah ini?''

Azizan: ''Ini adalah tandatangan saya.''

Mohtar: ''Bilakah awak tandatangani pengakuan ini?''

Azizan: ''Pada 5 Ogos 1997.''

Mohtar: ''Dan butir-butir pengakuan, nombor kad pengenalan, alamat rumah, siapakah yang punya?''

Azizan: ''Nombor kad pengenalan saya dan alamat tersebut adalah alamat rumah saya.''

Mohtar: ''Yang Arif, saya mohon pengakuan ini diterima menjadi bahan bukti dan ditanda P5.''

Fernando: ''Tiada bantahan.''

Mohtar kemudian meminta Azizan membaca pengakuan itu sepintas lalu sebelum beliau menyoal.

Mohtar: ''Adakah kandungan pengakuan ini, maaf, (beliau mengubah soalan) mengapakah Azizan membuat pengakuan ini. Apakah tujuan buat pengakuan bersumpah ini? Ini hanya pengakuan dengan nama Tuhan.''

Azizan: ''Saya rasa bersalah kerana membiarkan diri saya diliwat beberapa kali.''

Mohtar: ''Adakah Azizan menyerahkan pengakuan ini kepada sesiapa?''

Azizan: ''Ada, saya serahkan pengakuan ini kepada Ummi Hafilda yang membuat pengakuan ini.''

Di peringkat ini, Jagdeep Singh Deo selaku peguam bela Sukma membantah sambil berkata: ''Tadi keterangannya menyatakan serah pengakuan kepada Ummi yang membuat pengakuan ini. Jika inilah sebabnya mahkamah tidak boleh menerimanya sebagai bahan bukti untuk ditanda P5.''

Hakim Ariffin: ''Alahai! kenapa tadi tidak bantah.''

Jagdeep: ''Beliau buat jawapan begini.''

Hakim Ariffin meminta Azizan menjelaskan jawapannya.

Azizan: ''Ummi Hafilda yang menulis surat ini dengan persetujuan saya dan saya yang menandatangani.''

Jagdeep masih membantah dengan andaian bahawa jawapan itu dipimpin oleh Peguam Negara.

Hakim Ariffin sambil menulis jawapan Azizan berbunyi: ''Ada, saya serah kepada Ummi yang menulis surat ini.'' Dan beliau bertanya: ''Betul?''

Azizan: ''Betul.''

Hakim Ariffin mengingatkan peguam bela jika terdapat soalan yang dipimpin buatlah bantahan.

Mohtar menerangkan bahawa beliau menyoal perkara itu kerana Azizan yang menandatanganinya.

Hakim Ariffin bersetuju sambil memberi pandangan bahawa ia seperti penulis petiysen yang menaip surat dan ditandatangan oleh orang yang membuatnya.


Mohtar: ''Selain serah kepada Ummi, adakah Azizan menyerahkan pengakuan ini kepada sesiapa lagi?''

Azizan memberitahu bahawa selain itu, beliau menyerahkan salinan pengakuannya kepada Perdana Menteri, Peguam Karpal Singh dan kepada pegawai polis yang merakamkan percakapannya.

Mohtar: ''Saya ingin bertanya mengenai pengakuan yang diberikan kepada Karpal. Adakah Azizan bertemu dengan Karpal berkaitan surat pengakuan atau ada hubungan dengan pengakuan ini?''

Selepas itu, Azizan menceritakan beliau bersama Ummi dan Dr. Ristina pergi ke pejabat Karpal di Lorong Pudu di sini.

Karpal yang kini merupakan seorang daripada peguam bela Anwar tidak berada di dalam mahkamah untuk dicamkan oleh Azizan.

Peguam bela itu telah memohon untuk mengundurkan diri sejak hari pertama Azizan memberi keterangan pada Rabu lalu.

Menurut Mohtar, beliau akan memanggil Karpal untuk dicamkan oleh Azizan.

Bagaimanapun, Azizan menyatakan beliau tidak berjumpa dengan Gobind Singh Deo dan Jagdeep (kedua-duanya anak Karpal) ketika berada di pejabat peguam bela itu pada bulan Ogos 1997.

Azizan memberitahu beliau bertemu dengan Karpal untuk mendapatkan nasihat perundangan kerana mengesyaki dirinya sentiasa diekori oleh polis dan juga ingin Karpal mewakilinya sekiranya beliau disaman berkaitan pengakuan tersebut.

Mohtar: ''Adakah awak menceritakan secara mendalam kepada Karpal kejadian liwat yang pertama dan di Tivoli Villa.''

Azizan: 'Ya, saya menceritakan secara mendalam.''

Mohtar: ''Adakah hal ini diceritakan kepada Karpal selepas perkara ini dimaklumkan kepada Perdana Menteri?''

Azizan: ''Saya menceritakan perkara tersebut selepas surat ini dihantar kepada Perdana Menteri.''

Mohtar: ''Setelah Karpal mendengar cerita itu apakah tindakan yang diambil oleh beliau?''

Azizan: ''Beliau cuma berkata oleh kerana surat ini telah sampai kepada Perdana Menteri dan biarlah Perdana Menteri yang menyelesaikan.''

Mohtar: ''Ada apa-apa lagi yang dikatakannya?''

Azizan: ''Dan beliau juga akan bawa perkara ini ke Parlimen apabila Parlimen bersidang.

Mohtar: ''Berapa lamakah Azizan bertiga dengan Karpal?''

Azizan: ''Lebih kurang 45 minit atau sejam.''

sumber - Utusan Malaysia, 3 Ogos 1999
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2009 10:08 AM | Show all posts
Asal usul, misi dan agenda Islam Liberal

Oleh Abu Hamzah Agus Hasan Bashari


Liberalisme adalah satu faham yang berkembang di Barat. Dalam tesis Ahmad Suhelani, MA yang berjudul 揚emikiran Politik Barat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2009 10:09 AM | Show all posts
Misi Firqah Liberal

Misi Firqah Liberal adalah untuk menghalang (tepatnya: menghancurkan) gerakan Islam fundamentalis (www.islamlib.com). mereka menulis: 搒udah tentu, jika tidak ada usaha-usaha untuk mencegah dominannya pandangan keagamaan yang militan (fundamentalis) itu, dalam waktu yang panjang, pandangan-pandangan kelompok keagamaan yang militan ini boleh menjadi dominan. Hal ini jika terjadi, akan mempunyai akibat buruk buat usaha memantapkan demokrasi di Indonesia. Sebab pandangan keagamaan yang militan biasanya menimbulkan ketegangan antara kelompok -kelompok agama yang ada. Sebut saja antara Islam dan Kristian. Pandangan-pandangan kegamaan yang terbuka (inklusif) plural, dan humanis adalah salah satu nilai-nilai pokok yang mendasari suatu kehidupan yang demokratis.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 04:07 AM | Show all posts
kasi up......
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 04:22 AM | Show all posts
kasi up......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2009 09:28 AM | Show all posts
Seks luar tabii & taktik Anwar Ibrahim

Oleh Dr Novandri Hasan Basri




Penulis ingin merujuk kepada satu artikel di dalam MalaysiaKini mengenai satu kes jenayah persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii. Di antara lain :-

Jenayah seksual luar tabii dipecahkan kepada beberapa seksyen dengan hukuman yang berbeza :-

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377 Kanun keseksaan, iaitu persetubuhan luar tabii dengan haiwan, hukumannya ialah penjara sehingga 20 tahun penjara dan denda atau sebatan
.



Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377A iaitu persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii sama ada melalui mulut dan dubur, hukuman ialah penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Seksyen 377C merujuk kepada persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan manakala Seksyen 377CA iaitu perhubungan seks dengan objek sama ada melalui dubur atau kemaluan, hukuman yang boleh dikenakan ialah penjara sehingga 20 tahun dan sebat.


Dan setahu penulis, pesalah boleh dikecualikan daripada hukuman sebatan jika seseorang pesalah itu mempunyai penyakit yang memudaratkan seperti sakit belakang atau sakit leher.

Rakyat biasa mungkin tidak menghadapi masaalah dengan sistem perundangan negara dan menerima segala keputusan mahkamah dengan rela hati tanpa menuduh mahkamah berat sebelah atau pun menipu.

Tetapi, pastinya ada segelintir rakyat yang tidak akan berbuat demikian. Sebelum kes mereka didengar di mahkamah, mereka akan melaung-laungkan kononnya berlaku ketidakadilan pihak mahkamah dan menuduh sistem tersebut tidak bebas.

Mereka juga akan mengatakan bahawa mahkamah telah menghukum mereka sebelum kes tersebut dijalankan lagi.

Modus operandi ini sangat diminati oleh DS Anwar Ibrahim, orang yang didakwa meliwat Saiful Bukhari. Beliau akan menekan sistem mahkamah sehingga mampu mewujudkan rasa ketidakyakinan pihak mahkamah terhadap diri sendiri dan juga lawan Anwar Ibrahim.

Mungkin bukan tidak percaya tetapi persepsi 'ketidakadilan mahkamah' yang dihujahkan oleh Anwar Ibrahim sebelum kes beliau bermula, terasa begitu menyengat dan boleh menjatuhkan kredibiliti pihak mahkamah!

2 finale yang bakal terjadi tentang kes liwat Anwar Ibrahim dan 2 respons yang berbeza akan diutarakan oleh beliau :-

1. Beliau didapati bersalah - Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang berita besar-besaran yang terdiri daripada pelbagai agensi media termasuk luar negeri. Di antara lain, beliau pasti akan menghina serta menuduh pihak mahkamah tidak adil, berat sebelah dan mengikut telunjuk kerajaan BN.

Beliau akan mengemukakan rayuan di mahkamah rayuan dan kes tersebut akan ditangguh dari masa ke semasa seperti yang berlaku hari ini. Tentunya, proses penangguhan itu akan berlarutan panjang sehinggalah jika tiba satu masa apabila Anwar Ibrahim diberi kuasa di dalam kerajaan dan menyalahkuasakan kuasa eksekutif untuk over ride sistem mahkamah yang satu ketika dahulu beliau tuduh di bawah telunjuk kerajaan BN. Tapi kita semua pun tahu bahawa masa itu tidak akan muncul tiba.

Janganlah kita terperanjat dengan kebolehan salahgunakuasa tersebut kerana Anwar Ibrahim pernah dipenjara bertahun-tahun lamanya kerana di dapati bersalah menyalahguna kuasa semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Penyokong-penyokong Anwar Ibrahim akan mengadakan protes dan berarak di tengah jalan serta merosakkan harta awam.

DS Mohd Nizar Jamaluddin berkemungkinan akan mengulangi 'aksi sarkas' beliau di dalam parlimen dengan melaungkan 'Hidup Anwar' dan kemudiannya melilitkan kain bertulis 'Anwar Bukan Peliwat' di kepala beliau bersama-sama rakan pembangkang dan kemudiannya akan dihalau keluar dari dewan tersebut!

2.Beliau didapati tidak bersalah - Beliau akan memuji sistem mahkamah kerana transparens, berani dan telah mendengar suara rakyat.

Beliau akan melaung-laungkan bahawa kemenangan beliau tersebut adalah kemenangan rakyat pada hal beliau seorang sahaja yang meliwat dan bukannya kita, rakyat Malaysia!

Orang yang lupa daratan dan tidak mengenang budi seperti Zaid Ibrahim akan turut tampil ke depan memuji hakim-hakim tersebut dan mengatakan telah berlaku transformasi sistem perundangan yang lebih liberal dan cekap.

Karpal Singh yang satu ketika dahulu musuh politik Anwar Ibrahim dan pernah mendakwa mempunyai bukti kukuh tentang aktiviti luar tabii Anwar Ibrahim, akan senyum lebar kerana undang-undang negara dapat dimanipulasikan sekali lagi dengan jayanya.

Penyokong fanatik Anwar Ibrahim akan bersorak euphoria kerana pemimpin mereka itu berjaya 'dibersihkan' oleh sistem undang-undang yang dicipta oleh manusia yang terkenal dengan kelemahannya.

Mereka sudah lupa bahawa Anwar Ibrahim telah memperlekehkan Islam dengan tidak mengangkat sumpah seperti Saiful Bukhari. Beliau tahu bahawa sistem ciptaan manusia banyak loop holes nya dan tidak berdosa seteruk menggunakan sistem agama Islam.

Mereka juga sudah lupa bahawa Anwar Ibrahim pernah berbohong kepada dunia bahawa doktor di Hospital Pusrawi telah mengesahkan bahawa Saiful tidak diliwat padahal doktor tersebut tidak pernah langsung menulis diagnosis tersebut. Ramai yang tertipu sehinggalah ke hari ini. (klik di sini...)

Dan beliau juga tahu bahawa beliau mempunyai ramai pengikut fanatik yang tidak akan berubah hati walau pun Anwar Ibrahim bersalah di depan mata mereka. Pengikut-pengikut itu sudah tidak mahu lagi dibawa berbincang atau pun membuka minda mereka untuk menilai karakter sebenar Anwar Ibrahim dan kehadiran pembantu-pembantu beliau yang 'jambu-jambu'.

Pokoknya, Anwar Ibrahim akan terus wujud di dalam senario politik negara untuk lama lagi. Dan jika rakyat sudah mula melupai beliau, beliau akan mengeluarkan topik-topik kontroversi supaya rakyat kembali bercerita dan mengingati beliau.

Yang terbaru ialah kenyataan murahan beliau tentang Chin Peng.

Canggih tektik beliau itu tapi sudah mula mudah dibaca oleh rakyat Malaysia yang boleh berfikir.

sumber - minda intelek melayu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2009 09:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2009 09:42 AM | Show all posts
Kelompok liberal iktiraf gay ?

Oleh PochongMenulis, AIDCclub



Salah satu kejayaan kelompok masyarakat Kristian Liberal Amerika Syarikat adalah kejayaan mereka menjadikan lelaki gay yang bernama Gene Robinson sebagai seorang Paderi Besar di New Hampshire Amerika Syarikat pada tahun 2003. Perlantikan paderi ini telah diberi liputan luas oleh seluruh media Amerika pada waktu tersebut.

Perlantikan ini merupakan yang pertama dalam sejarah Kristian, dan ia terjadi di dalam lingkungan kelompok Gereja Anglican. Archbishop (Paderi Besar) of Canterbury, Reverend Rowan William, mengatakan pelantikan Robinson itu akan membawa persoalan dan perdebatan yang serius di kalangan penganut komuniti Gereja Anglikan.

Setelah terpilihnya Robinson, melalui satu pengutan suara, William membuat jangkaan wujudnya cabaran besar bagi Gereja Anglikan yang memiliki penganut sekitar 70 juta orang di 160 buah negara. Malah, ada mengadaikan akan wujudnya perpecahan besar di kalangan gereja Anglican, gara-gara perlantikan Robinson.

Pelantikan ini juga telah mewujudkan pro-kontra secara meluas di kalangan penganut Anglikan di Amerika. Namun, Robinson bertegas menyatakan, gerejanya akan menjadi semakin kuat, dengan adanya kekecohan tersebut.

Posisi yang dipegang Robinson merupakan jawatan tertinggi yang pernah dicapai oleh seorang gay di lingkungan gereja. Semasa pelantikannya, dengan diiringi tangisan keharuan, Robinson menyatakan, bahawa dirinya merasakan menperolehi kehormatan yang amat tinggi.


揧ou cannot imagine what an honor it is for you to have called me
,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2009 09:42 AM | Show all posts
Sebenarnya, jika dilihat dari sejarah Gereja Anglikan sendiri, kes-kes seksual semacam ini tidak lah terlalu mengejutkan. Ini kerana Gereja Anglikan sendiri terbentuk sebagai sebahagian daripada gerakan 'Reformasi' yang berlaku pada Gereja Khatolik, khususnya di England.

Kes tersebut bermula dari kes seksual, gara-gara Paus tidak merestui perceraiannya dengan isterinya, Catharine of Aragon, dan keinginannya untuk mengawini Anne Boleyn iaitu Raja Henry VIII (1491-1547), pada masa itu Henry nekad membuat keputusan dengan memisahkan Gereja England dari pengaruh Khatolik Rom.

Thomas More, salah seorang penasihat Kerajaan, telah dipenggal kepalanya, kerana menentang sikap Henry VIII.

Kes Henry VIII ini selanjutnya menyebabkan konflik berdarah yang sangat menggerikan di antara penganut Protestan dan Khatolik dalam merebut tahta dan pengaruh kepada kerajaan England.

Kebijaksanaan Elizabeth I (memerintah 1558-1603) dalam memimpin Inggeris, akhirnya telah mengukuhkan institusi Gereja England yang selanjutnya dikenali sebagai Gereja Anglikan (Anglicanism).

'Encyclopaedia of Religion' mengatakan, bahawa salah satu karakter Anglicanism adalah usahanya untuk memegang elemen - elemen yang ada pada Khatolik dan Protestan dalam satu jalan tengah.

Tahun 1960-an, mulai dilakukan upaya-upaya serius untuk menyatukan kembali antara Gereja Anglikan dengan Khatolik Roman. Ketika Paus Johanes Paulus II berkunjung ke Inggeris, pada tahun 1982, beliau dan Uskup Agung Canterbury, Runcie, menandatangani satu 揅ommon Declaration
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2009 09:46 AM | Show all posts
Jika saya jadi PM - email Anwar Ibrahim kepada Universiti Georgetown, Amerika Syarikat

Oleh : Eric Pilch

Anwar Ibrahim, lelaki yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri baru Malaysia, ditemubual oleh Today Voice [blog universiti Georgetown, Amerika Syarikat]. Teks penuh temubual melalui email ini diterbitkan semula seperti berikut:

Sebagai memulakan bicara, mengapa anda berusaha untuk menjatuhkan kerajaan sekarang (BN) daripada kekuasaan?

Dalam mencapai sebuah negara demokrasi, tidak akan sempurna walaupun di Malaysia, kecuali menepati dua aspek etika pentadbiran : etika moral dan politik.

Cabang-cabang etika moral termasuklah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-6-2009 09:54 AM | Show all posts
Moderate Muslim : Gay is Okay

Prof. Dr. Siti Musdah Mulia (kanan) Pengarah UIN, Jakarta 'memfatwakan' Islam tidak mengharamkan homoseksual. Pendapatnya bersandarkan pendapat majoriti sarjana Muslim Moderat. Foto di atas Dr Siti Musdah bersama Paula Dobriansky, Penolong Setiausaha Jabatan Negara Amerika Syarikat setelah beliau menerima Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa (International Women of Courage Award) 2007 di Washington DC. Siti Musdah juga merupakan Ketua Muslimat Nahdlatul Ulama (NU) yang dipimpin oleh Abdurrahman Wahid (Gus Dur)

Oleh PochongMenulis, AIDCclub

Apa sebenarnya yang diinginkan oleh puak Muslim Moderate apabila mereka mengiktiraf golongan gay dan menyatakan kelompok itu diakui oleh agama Islam. Di Indonesia apabila ada desakan perbincangan oleh Arus Pelangi ( sebuah pertubuhan bagi golongan Gay dan pengamal hubungan sejenis di Indonesia mengenai isu homokseksual), kelompok yang menggelarkan diri mereka sebagai Islam sederhana (Islam moderate ) ini mengatakan homoseksual adalah lumrah dan sebahagian ciptaan Tuhan.


Kelompok Islam moderat ini juga menurut laman ini seolah-olah ingin mengatakan Islam sebenarnya menerima perilaku homoseksual dan orang yang menolak homoseks adalah golongan yang berfikiran sempit dalam agama Islam.

Bagi mengukuhkan lagi kenyataan golongan Islam Moderat ini, Siti Musdah Mulia merujuk Surah al-Hujurat (49) ayat ke 3, beliau menyatakan, salah satu berkat Tuhan adalah semua manusia, baik lelaki ataupun wanita, adalah sedarjat, tanpa mengira etnik, kekayaan, kedudukan sosial ataupun orientasi seksual.

Kerana itu, aktivis Liberal dan kebebasan beragama dari ICRP (Indonesia Conference of Religions and Peace) ini berkata, 揟idak ada perbezaan antara lesbian dengan non-lesbian. Dalam pandangan Tuhan, manusia dihargai hanya berdasarkan ketaatannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2009 10:56 AM | Show all posts
9 KOMPILASI KLIP VIDEO PENGAKUAN MANGSA LIWAT DAN FITNAH ANWAR
Apa yang anda harus lakukan setelah menonton klip video ini ? copy paste artikel ini dan sebarkan kepada seluruh rangkaian email anda. SAIFUL BUKHARI harus dibantu oleh seluruh rakyat terutamanya umat islam. dia mangsa liwat, dan anwar ibrahim hari ini semakin desperate untuk meminta mahkamah membatalkan prosiding liwat !

KLIP VIDEO PERTAMA :
PENGAKUAN MANGSA LIWAT DI DEPAN BEKAS IMAM MASJID NEGARA YANG KINI AHLI PARLIMEN PAS.
http://www.youtube.com/watch?v=r6ZpksOQUWQ&feature=related


KLIP VIDEO KEDUA :
PENGAKUAN MANGSA LIWAT BERNAMA HAIRANY PENSYARAH UNIVERSITI
http://www.youtube.com/watch?v=PozcrbltfJw&feature=related


KLIP VIDEO KE TIGA :
PENGAKUAN MANGSA LIWAT ISMAIL HARUN, SEORANG PENGANGGUR
http://www.youtube.com/watch?v=3AjwjzgdQOM&feature=related


KLIP VIDEO KE EMPAT :
SUMPAH SAIFUL BUKHARI DI MASJID
http://www.youtube.com/watch?v=IU4NaGfOv7Q&feature=related


KLIP VIDEO KE LIMA :
SUMPAH SAIFUL -uncut-
http://www.youtube.com/watch?v=aNy7H9070LM


KLIP VIDEO KE ENAM :
ANWAR CAKAP DIA SEDIA BERSUMPAH,,BILA TAK TAHU ? PASAL APA ? PASAL DIA TAHU DIA MELIWAT !
http://www.youtube.com/watch?v=b2Jkl0W1gUc&feature=related


KLIP VIDEO KE TUJUH:
NAJIB BERSUMPAH DI MASJID MENAFIKAN FITNAH ANWAR.
http://www.youtube.com/watch?v=0vdfnp5IVIc&eurl=http%3A%2F%2Fanalisisringan%2Eblogspot%2Ecom%2F&feature=player_embedded


KLIP VIDEO KE LAPAN:
TUN MAHATHIR JUGAK MENCABAR ANWAR BERSUMPAH
http://www.youtube.com/watch?v=BGPSqb5xmKI&feature=related


MAKA SECARA KONKLUSINYA ANWAR SEMEMANGNYA PENAKUT,PEMBOHONG DAN MUNAFIK. KITA SAKSIKAN LAGI PEMBOHONGAN MEGA ANWAR KEPADA PENYOKONGNYA.


http://www.youtube.com/watch?v=yPHZhbWr6ZQ&eurl=http%3A%2F%2Ftaipingmali%2Eblogspot%2Ecom%2F&feature=player_embedded
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 03:25 PM | Show all posts
Berita dari sumber malaysiakini

http://www.malaysiakini.com/news/106734

Peguam Anwar: Tiada bukti Saiful diliwat
S Pathmawathy | Jun 18, 09 3:29pm
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting - yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat - tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.

Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.

Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.

Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut.

Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).

Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad.

Dan ia tidak ada dalam kes ini, tambahnya.

Tunggu jelah... dah dekat nak bicara pun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2009 04:38 PM | Show all posts
Originally posted by alhaj72 at 19-6-2009 15:25
Berita dari sumber malaysiakini

http://www.malaysiakini.com/news/106734

Peguam Anwar: Tiada bukti Saiful diliwat
S Pathmawathy | Jun 18, 09 3:29pm
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ...


Kata takder bukti tapi takut masuk mahkamah...aneh deh... orang masuk mahkamah bila cukup bukti...

Masuk mahkamah dulu tengok bukti ada ker takder...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.078644 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list