|
khurafat - guna garam untuk halau hantu dalam bangunan .
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by salikin at 10-11-2010 01:48
Reply kupia
Abu Ja’far At-Thobari dalam tafsir nya menyatakan pendapat ulama’ tafsir akan makna ayat ini:
Daripada As-Suddiy: "Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah dan carilah Yang boleh menyampaikan kepadanya": ia adalah do’a dan amalan soleh."
Dalam kamus “Al Munjid” dikatakan, Artinya : “Wasilah adalah sesuatu yang mendekatkan kepada yang lain”.
Ibnu Abbas menegaskan, Artinya : “Wasilah adalah suatu pendekatan”.
Berkata pula Ibn Kathir:
“Berkata Sufyan As-Saury, Mengkhabarkan kami bapaku,dari Thalhah dari ‘Atha’ dari Ibn ‘Abbas: Iaitulah Qurbah (amalan soleh) dan demikian pula perkataan Mujahid, Atha’, Abu Wail, Al-Hasan, Qatadah, Abdullah bin Kathir, As-Suddi dan Ibn Zaid”. - Rujuk Tafsir Ibn Katsir.
Lebih lanjuta sila baca (download): www.4shared.com/file/46614021/970ab65b
Dalam tafsir Ibnu Katsir II : 52-53 pada waktu menafsirkan Surah Al Maidah 35 menyatakan: Artinya : “wasilah itu ialah sesuatu yang menyampaikan kepada maksud”.
Syeikh Sulaiman Zuhdi pada waktu menafsirkan S. Al Maidah :35 menyatakan,
Artinya : “Pengertian umum dari wasilah adalah segala sesuatu yang dapat menyampaikan kita kepada suatu maksud atau tujuan. Nabi Muhammad SAW adalah wasilah yang paling dekat untuk sampai kepada Allah SWT, kemudian kepada penerus-penerusnya yang Kamil Mukammil yang telah sampai kepada Allah SWT yang ada pada tiap-tiap abad atau tiap-tiap masa.” (Sulaiman Zuhdi,1288 H : 3).
Dalam Ilmu Balaghah dikenal istilah “Majaz Mursal” artinya menyebut wadah, sedangkan sebenarnya yang dimaksud adalah isinya. Disebutkan pula Nabi Muhammad sebagai Wasilah, tetapi yang dimaksud sebenarnya adalah nuurun ala nuurin yang ada pada rohaniah Rasulullah SAW.
Ibnu Taimiyyah disalah satu kitabnya Qa’idah Jalilah Fit-Tawassul Wal-Washilah dalam pembicaraannya mengenai tafsir ayat Al-Qur’an Al-Maidah: 35 menulis: ‘Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kalian bertakwa kepada Allah dan carilah washilah….’ antara lain mengatakan:
“Mencari wasilah atau bertawassul untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. hanya dapat dilakukan oleh orang yang beriman kepada Muhammad Rasulallah saw. dan mengikuti tuntunan agamanya. Tawassul dengan beriman dan taat kepada beliau saw. adalah wajib bagi setiap orang, lahir dan batin, baik dikala beliau masih hidup maupun setelah wafat, baik langsung dihadapan beliau sendiri atau pun tidak. Bagi setiap muslim, tawassul dengan iman dan taat kepada Rasulallah saw. adalah suatu hal yang tidak mungkin dapat ditinggalkan. Untuk memperoleh keridhoan Allah dan keselamatan dari murka-Nya tidak ada jalan lain kecuali tawassul dengan beriman dan taat kepada Rasul-Nya. Sebab, beliaulah penolong (Syafi’) ummat manusia.
Beliau saw. adalah makhluk Allah termulia yang dihormati dan diagungkan oleh manusia-manusia terdahulu maupun generasi-generasi berikutnya hingga hari kiamat kelak. Diantara para Nabi dan Rasul yang menjadi penolong ummatnya masing-masing. Muhammad Rasulallah saw. adalah penolong (Syafi’) yang paling besar dan tinggi nilainya dan paling mulia dalam pandangan Allah swt. Mengenai Nabi Musa as. Allah swt. berfirman, bahwa Ia mulia disisi Allah. Mengenai Nabi Isa a.s. Allah swt. juga berfirman bahwa Ia mulia didunia dan diakhirat, namun dalam firman-firman-Nya yang lain menegaskan bahwa Muhammad Rasulallah saw. lebih mulia dari semua Nabi dan Rasul. Syafa’at dan do’a beliau pada hari kiamat hanya bermanfaat bagi orang yang bertawassul dengan iman dan taat kepada beliau saw. Demikianlah pandangan Ibnu Taimiyyah mengenai tawassul.
Antara amalan mereka yang utama yang bertentangan dengan syari'at Islam ialah Rabithah.
Sabda Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam :
"Tidak akan masuk neraka seorang muslim yang telah melihat dia akan daku. Dan tiada pula masuk neraka, mereka yang melihat ia akan orang yang melihat ia akan daku sehingga 70 lapisan wasitah sekalipun. Maka sesungguhnya mereka itulah khalifah- khalifahku (pewarisku) pada menyampaikan syariatku dan memimpin Ummatku pada jalan ketuhanan dan ubudiyyah yang sebenar. Dengan syarat mereka tetap pada syari'atku." (Riwayat Khatib daripada Abdur-Rahman bin Uqbah)
dan sabda Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam lagi:
"Hairan oleh Allah daripada satu-satu kaum yang masuk syurga bertali-tali (ya'ni bergantung satu kepada satu beberapa banyak Shaikh kepada Shaikh yang lain) (Riwayat Bukhari)
Dan hadis nih teman nak titipkan untuk incik kopiah dan sekutu2nya....baca baik2 ye sayang....
Rasulullah bersabda, “Nanti akan ada orang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sebenarnya orang yang berkata itulah, yang paling rosak.” (Riwayat Muslim). |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 10-11-2010 11:07
Macam mana kau boleh qiyaskan merawat luka dengan menghalau jinsyaitan kerana dari segi makna , perkataan , dan situasi keduanya tak sama langsung .
Lagipun, mana boleh guna kaedah 'qiyas' apabila telah ada perintah yang di sebut Allah dan RasulNya dalam Quran Sunnah mengenai cara nak memelihara diri dari syaitan merupa dan syaitan ghaib .... kena follow exactly seperti yang tertera dalam Quran Sunnah lah tanpa boleh berqiyas
Perkara yang boleh qiyas hanya apabila tidak terdapat langsung dalam Quran Sunnah aje , tapi apabila dah ada cara yang di terangkan dalam Quran Sunnah terpampang maka tak boleh pakai kaedah qiyas dah lah jawabnya .
So jelas sekali kau menyalahgunakan kaedah qiyas untuk menghalalkan bidaah sesat . Bila masanya sesuai dan dibenarkan Allah untuk manusia guna qiyas dan bila masanya yang tak boleh pun kau tak tau kah lalu kau main radong aje ?
blastoff Post at 9-11-2010 15:59
Encik blastoff, engkau ni sampuk perbincangan saya dengan kupia TANPA memahami konteks. Kalau kau kata saya qiyas untuk menghalalkan bidaah sesat, maka kau PATUT kata kupia juga menghalalkan bidaah sesat. Kau tak faham kah yang daun bidara digunakan oleh Bin Baaz untuk merawat Jin/Sihir? Susah betul nak faham kah?
Kalau korang masukkan ilmu rawatan Jin itu sebagai ilmu ghaib, maka ilmu rawatan sihir juga termasuk dalam ilmu ghaib lah. Sihir diturunkan kepada malaikat dan Jin/Syaitan yang belajar dari malaikat dan mengajarkan manusia. Dari mana manusia belajar sihir? Dari Jin/Syaitan.
MANA DIA RIWAYAT SUNNAH YANG KATA NABI GUNA DAUN BIDARA UNTUK RAWATAN JIN/SIHIR?
Yang ada adalah rawatan luka atau bahan untuk mandi janabah wanita, bukan rawatan Jin/Sihir. Tapi kupia mempertahankan Daun Bidara. TAK FAHAM LAGI? YANG KAU NI SIBUK NAK BIDAAH SESAT ORANG LAIN AJA, SESATKAN SI KUPIA TU SEKALI! Tapi tentu sekali TIDAK sebab kau perlukan sokongan dia untuk syirikkan dan sesatkan orang lain. KAU NI PUN DOUBLE STANDARD JUGA!
JAKIM takkan sebut nama pengikut ajaran sesat kerana para pengikut kan ramai jenuh laa nak sebut kesemua nama kan , yang JAKIM fokuskan adalah pada nama pengasas ajaran sesat aje , so di sebabkan harun din cuma pengikut ajaran sesat tu aje maka sebab itu namanya tak di sebut oleh JAKIM , hanya nama Nazim Haqqani aje lah yang tertera di laman web JAKIM tu, para pengamal ajaran tu semua hanya di suruh bertaubat , itu termasuk harun din lah tu walau tak sebut nama sekali pun kerana dia pengamal zikir ajaran tu kan .
blastoff Post at 9-11-2010 15:29
Kau ni cakap bagi pihak JAKIM kah? Siapa kau ni? Orang JAKIM kah? Saya ada kenalan orang JAKIM. Buktikan dulu apa yang sesat yang diamalkan oleh Harun Din kalau nak tuduh dia tu pengikut Tariqat yang sesat. Selama ni tuduhan kau ni hanya berdasarkan kaedah hukum yang mirip-mirip ALIRAN ZAHIRI, tak bersandarkan kepada fatwa Ulama dan Salaf. Fatwa JAKIM sesatkan Tariqat Nazim Haqqani kau kaitkan dengan Harun Din. Disebabkan tiada fatwa JAKIM sesatkan Harun Din terpaksalah kau reka HUKUM SYIRIK dari Asma Al-Husna. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 10-11-2010 10:33
jika aqidah sudah disahkan sesat tak ada bahagian-bahagian lagi, the whole lock stock and barel tidak diterima....
kupia Post at 9-11-2010 22:30
BAGUS!!
Ustaz Zaharuddin pun kau patut sesatkan juga sebab dia ambil ilmu dari Harun Din. Dan kau pun tersesat sama sebab ambil ilmu dari Ustaz Zaharuddin
harun din hanya pengamal tariqat naqsyabandi, bukan pengasasnya... tidak ada keperluan majlis fatwa menyebut nama beliau.
Ini alasan paling lemah. Ustaz Harun tu pengasas Darul Syifa. Kalau Darul Syifa terang-terang ikut ajaran sesat, maka wajar Majis Fatwa Kebangsaan keluarkan fatwa. Pentingnya AQIDAH sampai ajaran dari luar NEGARA majlis fatwa boleh selidik, takkan yang dalam negeri depa tak mampu nak selidik. Lebih ramai orang dok ambil rawatan dari Darul Syifa tu....
Yang korang sesatkan zikir-zikir tu, MANA FATWA yang kata SESAT?
jika ada diantara zikir-zikir yang tidak sesat yang tidak meyimpang dari petunjuk alQuran dan Sunnah, itu bukan zikir tariqat naqsyabandi... itu zikir yang diajar oleh Muhammad saw.
Kalau tariqat naqsyabandi juga mengamalkan zikir Sunnah, adakah saudara nak kata yang Sunnah tu Zikir Tarekat yang sesat?
Biar betul cara korang ni! Semakin jelas orang yang menyesatkan tu semacam ada ego kesesatan dalam diri mereka sendiri tanpa mereka sedari. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau jelas bin baz tersilap, dan daun bidara tidak dikira sebagai rawatan spiritual,
maka, anggaplah kesilapan dari manusia yg tidak maksum.
kita yg dah tau ia tidak ada kaitan, maka jangan pulak amalkan. jauhkan dari perselisihan.
sebab bidaah mmg tidak boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1152# kupia
Maksudnya: “dan berjaga-jagalah engkau dari berkata bahawa Tariqat Sufi tiada dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Sesungguhnya (perkataan) itu adalah Kufur”.
Mereka dengan tanpa segannya berkata orang yang tidak mengambil Tariqat adalah kafir. Sedangkan sudah terbukti yang tariqat sememangnya tidak ada dalam al-Quran dan Sunnah. Sila lihat artikel saya Hakikat Sufi Yang Perlu Diketahui, dan Wahabi bukanlah Sufi dan Hakikat Tasawwuf.
1}adakah mike maksudkan tarikat itu semuanya sesat?
2}adakah maksud mike tidak perlu mempelajari tasauf?
cube beri alasan yg kukuh dengan dalil2 sekali....yek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 10-11-2010 11:24
kalau jelas bin baz tersilap, dan daun bidara tidak dikira sebagai rawatan spiritual,
maka, anggaplah kesilapan dari manusia yg tidak maksum.
kita yg dah tau ia tidak ada kaitan, maka jangan pulak amalkan. jauhkan dari perselisihan.
sebab bidaah mmg tidak boleh.
ussopp Post at 10-11-2010 11:05
Bin Baaz ni antara Ulama Salafi moden yang SANGAT STRICT dengan amalan bida'ah. Mustahil beliau tidak tahu, bahkan diterangkan mengikut pengalaman perawat berkesan guna daun bidara.
Saya respect kat ussopp kerana tak terlibat secara langsung dengan isu sesat-menyesatkan, walaupun saudara strict dengan istilah bida'ah yang saudara faham.
Saya nak lihat betapa adilnya mereka keluarkan HUKUM sesatkan orang. Namun, dilihat ada yang DOUBLE STANDARD. Kepada yang tariqat atau dituduh pengikut tariqat, CEPAT saja disesatkan. Kalau SALAFI buat apa-apa yang mirip-mirip sama, langsung diam atau tak berani nak kata sesat. DOUBLE STANDARD!
Dalam ilmu rawatan Jin/Sihir, masih ada ruang ijtihad dalam beberapa isu. Ia bukannya termasuk dalam ibadah khusus yang sememangnya kena ada dalil/nas yang JELAS dari Al-Quran dan Sunnah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1168# mnm77
Bin Baaz ni antara Ulama Salafi moden yang SANGAT STRICT dengan amalan bida'ah. Mustahil beliau tidak tahu, bahkan diterangkan mengikut pengalaman perawat berkesan guna daun bidara.
ya, sy tertanya2 jugak. bin baz nie strict sampai dia kata matahari kelilingi bumi. tetapi pendapat2 beliau yg kurang tepat tidak akan melenyapkan pendapat2 beliau yg betul. begitu jugak org lain.
sy tertanya2, apa kaedahnya sehingga beliau boleh membenarkan daun bidara tu. sy akan check.
saudara mnm jgnlah ambil hati akan perperangan ini. sy sungguh2 memahami isi hati kedua2 belah pihak. kerana sy tahu apa yg difikirkan kedua2nya. di pihak yg mengaku salaf, jika mereka nanmpaknya menyesatkan, sebenarnya, mereka memandang keperluan utk memberitahu sesetengah pihak itu adalah sesat adalah sgt2 perlu! supaya ia tidak tersebar lagi. itu yg mereka risaukan yakni terusnya tersebar perkara yg mereka nampak tidak tepat.
dan bagi pihak khalaf jugak, sy cukup2 faham betapa teruknya wahabi menyesatkan org lain, padahal khalaf jugak berusaha berdalil dan berkaedah ahlussunnah. mana boleh tuduh sesat aja. sy amat memahami hal ini.
bab bidaah, sy sememangnya takut dgn sesangat2nya, sebab sy pernah dulu beberapa bulan stress bab ini sebelum sy jumpa kaedah pennyelesaiannya. ia jugak menyebabkan sy cukup takut jikalau satu bidaah itu terbukti halal.
kalau halal, maka sy tidak ada apa2 rumus lagi tentang dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 10-11-2010 11:54
Reply 1169# ussopp
Salam...
Saya tidak mengambil hati. Tetapi saya tidak dapat terima HUKUM yang double standard. Boleh pula berlaku kepada orang Islam anggap diri mereka mahir dalam HKUM sesatkan orang Islam lain.
Dan satu lagi, saya tidak berapa setuju dengan istilah geng salaf dan khalaf. Semua kita ni hidup di zaman khalaf. Zaman Salaf dah berlalu....
Kalau nak kata pendokong salaf atau salafi, ok tu saya boleh terima.
Kepada yang tak terima pandangan/hujjah Ulama atau Salaf tu TAK PATUT dikira geng salafi. Mereka tu condong aliran Zahiri yang guna akal semata-mata dari bacaan mushaf Al-Quran dan matan Hadith.
ya, sy tertanya2 jugak. bin baz nie strict sampai dia kata matahari kelilingi bumi. tetapi pendapat2 beliau yg kurang tepat tidak akan melenyapkan pendapat2 beliau yg betul. begitu jugak org lain.
Saya ada juga pernah terbaca, tapi apa yang saya faham dia bukan kata matahari keliling bumi. Ntah kat mana saya terbaca pun dah tak ingat
Take care.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1146# kupia
kemudian dengan bangganya mereka mendabik dada bahawa orang2 tariqat sufi memiliki karamah yang hebat2 belaka, orang2 tariqat/sufi kasyaf dan terbuka hijab boleh melihat perkara yang ghaib, boleh berkomunikasi dengan malaikat, malah boleh mengarahkan malaikat buat kerja untuk dia.... orang-orang tariqat sufi itu ada laduni mendapat ilmu secara langsung dari Allah... maqam makrifat mereka tinggi tidak perlu kepada syariat yang dibawa oleh Muhammad saw..
cube mike buktikan tarikat mana yg mengaku berkata mcm ni...???jgn main serkap jarang mengatakan semua tarikat declair mcm ni...kalu setakat satu tarikat yg mike maksudkan tu tak cukup utk mengatakan tarikat adalah sesat,sedangkan tarikat itu bermaksud jalan...jadi mike maksudkan semua jln adalah sesat?
Tercatat dalam Kitab Ilmu Tahqiq Manhalus Shofi Fi Bayaani Ahli-Ssufi peringatan yang sangat penting bagi mereka yang ingin memasuki dunia Tasauf sebagaimana berikut;
Setengah daripada yang tidak dapat tidak(yakni WAJIB) bagi orang yang murid yang hendak berjalan kepada Allah Subhanahuwa Taala, jalan Ahlullah, iaitu bahawa hendaklah melazimkan diri dengan "Adab Syariat" Nabi kita Muhammad SAW. Yakni dengan memelihara segala perkara yang disuruh dan yang ditegah. Kemudian masuk ia pada "Thoriqat Nabi kita SAW" yakni mengikut akan jalan yang dikerjakan oleh Nabi yang terdiri dari amal atas sekuasa-kuasanya. Tiadalah maqam yang terlebih(afdhal) daripada mengikut Nabi SAW pada perbuatannya, tegahnya, kelakuannya dan perangainya. Tiada dapat sampai kepada Allah melainkan dengan mengikut Nabi kita SAW kerana dialah Ariffin yang mengetahui dengan sesuatu yang menghampirkan dirinya kepada Allah dan kepada redhoNya. Sesungguhnya telah berjalan Ia(Rasulullah SAW) dengan Dia bagi dirinya dengan demikian jalan.
Barangsiapa yang mengikut akan dia(Rasulullah SAW) padanya, maka tiada maqam yang terlebih afdhal daripada maqamnya. Setengah daripadanya dapat kasih Allah Taala seperti firman Allah Taala;
"Katakanlah olehmu ya Muhammad! Jika ada kamu kasih akan Allah, maka ikut oleh kamu sekalian akan daku nescaya dikasih akan kamu oleh Allah Taala"
Wali Qutub Sheikh Abi Madyan r.a ada membuat peringatan ini dalam Kitab Hikamnya;
"Diharamkan mereka itu sampai kepada Allah kerana meninggalkan mengikut"Thoriqat Muhammadiyah" (yakni Sunnah Rasulullah SAW) dan berjalan mereka itu dengan keinginan mereka".
Demikianlah dasar yang menjadi intipati sandaran para pendokong Ilmu Sufiah, tidak sama sekali berenggang jauh dengan petua dan amalan-amalan yang telah dilalui oleh Rasulullah SAW. Sejarah telah membuktikan akan keluhuran dan ketinggian peribadi Rasulullah SAW, para sahabat-sahabat yang keistimewaan dan kekuatan jiwa dan ruh Islam yang hakiki mengalahkan tamadun-tamadun yang sebelum itu, semasa itu dan selepas itu dan "isme-isme" yang ada sekarang ini.
"Dan apa-apa yang telah mendatang ia akan kamu oleh Rasulullah itu maka ambil oleh kamu dan apa-apa yang menegah ia akan kamu, maka berhentilah oleh kamu jangan dikerjakan". (Al-Hasyr: 09)
Tulisan ini adalah sebagai lanjutan dari bicara mengenai Tasuaf dan maksud bertasauf. Di samping itu juga ia adalah merupakan usaha untuk mengheningkan kebingungan golongan yang mendakwa diri mereka pengamal tasauf sedangkan mereka telah tertipu dan terpedaya oleh syaitan laknatullah kerana meremeh-remehkan syariat malah ada yang sampai ke tahap membuang terus kemuliaan syariat ini semata-mata beralasan bila sudah berada dipuncak, segala hukum dan tuntutan syariat tidak boleh dipakai. Mereka bukan sahaja tergelincir dari "jalan yang benar" malah boleh menyebabkan orang awam(kebanyakan orang ramai) akan menjadi keliru dan turut terjebak dalam golongan yang suka saya gelarkan "Tasauf Pinggiranr".
Marilah sama-sama kita perhatikan bagaimana Tasauf membayangi kehidupan Rasulullah.
Mula hidupnya dengan mempelajari rahsia dan hikmah alam dengan bersunyikan diri diri Gua Hira' sehingga menjadi Rasul. Rasulullah sangat kuat bertahajud, beristigfar, berzikir, sembahyang hingga bengkak kakinya kerana lama berdiri Qiyam. Rasulullah menangis kerana takutkan TuhanNya. Rasulullah menunjukkan kepada Abu Hurairah rupa dunia yang kotor ini dengan contoh satu lopak yang bertimbun-timbun bangkai manusia dan binatang dan barang buruk buangan. Semua ini terang dalam hadis yang shohih.
Rasululah mengibaratkan dunia ini tidak pun bernilai timbangannya seberat sayap nyamuk.
Dalam satu hadis Qudsi Allah berfirman; "Aku di sisi orang-orang yang pecah remuk redam hatinya"
Rasulullah tidur di atas tikar yang kasar. Badannya berlarik bekas tikar itu di kedua lambungnya hingga menangis Sayyidina Omar Al-Khattab dengan keadaan Nabi itu.
Asas pembinaan peribadi yang luhur dengan ketaatan yang tinggi terhadap Allah Taala ini telah diwarisi oleh sahabat-sahabat baginda. Tiap-tiap seorang muslim pada zaman Rasulullah jadi Abid dengan hidup cara tasauf dalam kecergasan tabie semulajadi.
Sahabat-sahabat Nabi itu memandang dunia sebagai Rasulullah memandang dunia dengan rendahnya dan bersedia menghadap akhirat semata-mata kerana Allah. Kerana ringan dan murahnya nilai dunia ini, maka mudah sahaja dijijak dan diperhambakan hingga mereka menguasai dunia ini dan dengan dunia yang diperhambakan itu mereka membeli dan berjaya memenangi akhirat. Maka menguasai dunia untuk dijadikan tunggangan ke akhirat. Sekali-kali tidak ada peluang diberikan kepada dunia itu menakluki mereka atau mengatasi mereka. Kerana itu mereka berjaya di dunia dan di akhirat iaitu terus menang dlam jihad mereka.
kesimpulanya tarikat yg wajib kite ikuti adalah jalan yg tidak terpesong dari syariat Rasullullah |
|
|
|
|
|
|
|
Sah kah sembahyang kalau di sebut " AllahAkbar" instead of "AllahuAkbar" ketika mengangkat takbir ? ...
blastoff Post at 3-11-2010 13:13
bagaimana plak kalau mualaf (saudara islam baru)yg sebutannya compom pelat..maklumlah baru belajar ...adakah sah sembahyang nya..cik blassoff??ha.aa.ha..ha..bagitaule apa hukumnya...sah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ussopp at 10-11-2010 12:57
Reply 1170# mnm77
wsalam wbt...
bismillah,
benar saudara, sikap double standard tidak patut ada apatah lagi jika kita inginkan kebenaran. kita patut jauh dr sikap itu.
mungkin boleh tunggu saudara kupia respon, mungkin belum habis lagi kaedahnya....kita tunggu.
ah, tentang bim baz maafkan sy, silap bukan kes itu tp kes dia kata bumi ini rata. silap2....
point di sini ialah, walaupun pendapat mana2 imam ada yg kurang tepat, tetapi pendukung salaf masih memakai pendapat2nya yg lain yg benar. termasuk bim baz.
pada masa yg sama, sedar bahawa bukan semuanya wajib betul 100%, walau siapa pun dia.
apa2 pun sy akan check jugak pasai daun bidara itu...
dan saudara mnm,
sy cuba menimbangkan pendapat saudara tentang rawatan sihir ini bahawa ia bukanlah masuk dlm ibadat khusus.
namun, setelah mempertimbang,
sy tidak ada idea bagaimana utk membolehkan kita pergi lebih advance dlm bab rawatam sihir ini.
ini adalah kerana,
pertama,
sy faham bahawa yg selalu disebut bahawa bab yg tidak boleh ditokok-tambah itu adalah dlm bab ibadat khusus. itu yg selalu disebut, namun bab kefahaman dlm agama adalah termasuk juga. dan termasuk dalamnya adalah bab ghaib.
kedua,
berbanding dengan bab ibadat khusus, bab ghaib adalah yg lebih ditakuti malahan yg paling2 ditakuti jika ada yg pergi advance di dalamnya.
sebab, kalau boleh buat chain reaction dlm bab bahaya perkara bidaah, yg mula2 dlm chain reaction itu adalah bab2 tokok-tambah dlm ibadat khusus, tetapi destinasi terakhir dlm chain reaction itu ialah bab ghaib lah. yg nie paling bahaya, yg terakhir, dan kemuncaknya yg paling ditakuti.
ia tidak akan pergi lebih buruk dari bab ghaib.
sebab , ia akan masuk bab metafizik, kemudian akan sentuh falsafah, akan sentuh kefahaman , dan tentu saja akidah.
sy faham, manusia mungkin saja boleh meneroka alam ghaib ini, tetapi, secara peribadi, inilah yg paling2 sy takut.
sy pernah pergi advance dlm bab ini,
kesemuanya nampak harmoni antara sains dan alam ghaib, kesimpulannya amatlah menarik namun kefahaman yg sy dapati jugak amat extreme.
secara hujah, sy tidak nampak apa salahnya meneroka alam ini, namun yg menyelamatkan sy hanyalah perasaan kurang senang.
akhirnya sy jumpa kembali hadis yg sy selalu abaikan dulu yakni hadis bidaah yg terkenal itu.
pendek kata, secara hujahnya, sy takkan nampak apa salahnya meneroka alam ghaib melalui apa cara sekalipun,
tetapi yg menyelamatkan sy adalah hadis yg sy tidak faham kenapa ia dikeluarkan oleh nabi.
dan hadis itulah yg menenangkan sy kembali.
p.s; sy akui testimoni sy tidak boleh dijadikan hujah. |
|
|
|
|
|
|
|
BAGUS!!
BAGUS!!
Ustaz Zaharuddin pun kau patut sesatkan juga sebab dia ambil ilmu dari Harun Din. Dan kau pun tersesat sama sebab ambil ilmu dari Ustaz Zaharuddin
mnm77 Post at 10-11-2010 10:28
Sila fahami betul-betul Sheikh!
maksudnya jika aqidahnya disahkan sesat, ulang sekali lagi "jika aqidahnya disahkan sesat" semua amalannya yang lain tertolak... samada amalan yang lain itu betul apalagi amalan yang tidak betul...
jika ada orang lain yang mengambil ilmu dari dia bergantung kepada ilmu yang diambil, ilmu yang betul tetap betul ilmu yang salah tetap salah. Seorang TIDAK bertanggung jawab memikul beban kesalahan amalan yang dibuat oleh seorang yang lain.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sila fahami betul-betul Sheikh!
maksudnya jika aqidahnya disahkan sesat, ulang sekali lagi "jika aqidahnya disahkan sesat" semua amalannya yang lain tertolak... samada amalan yang lain itu betul apalagi amalan yang tidak betul...
jika ada orang lain yang mengambil ilmu dari dia bergantung kepada ilmu yang diambil, ilmu yang betul tetap betul ilmu yang salah tetap salah. Seorang TIDAK bertanggung jawab memikul beban kesalahan amalan yang dibuat oleh seorang yang lain....
kupia Post at 10-11-2010 13:19
Anda sila faham betul-betul.
Kenapa nak buat tuduhan sesatkan Harun Din tu? Siapa yang SAHKAN AQIDAHNYA sesat? Kan dah ditepek Fatwa JAKIM bahagian mana yang sesat. TIADA PENGESAHAN pun berkaitan Harun Din. Yang ada TUDUHAN dan HUKUM SYIRIK berdasarkan zikir rekaan Asma Al-Husna. Mana Fatwa pasal HUKUM SYIRIK tu?
Bertaubatlah....sebelum terlambat...... pasal daun bidara tu pun belum selesai lagi.
Menurut DarusSyifa,
Sungguhpun telah lama berkecimpung dalam bidang perubatan Islam, namun Ustaz Haron Din masih lagi mencari ilmu baru dalam merawat pesakit. Beliau sentiasa bertanya mereka yang arif dalam bidang ini di samping membaca pelbagai buku untuk menambahkan pengetahuan. Tidak semua kaedah yang dipelajari itu dipratikkan, hanya yang bertepatan dengan syariat sahaja akan diamalkan.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 10-11-2010 14:08
benar saudara, sikap double standard tidak patut ada apatah lagi jika kita inginkan kebenaran. kita patut jauh dr sikap itu.
mungkin boleh tunggu saudara kupia respon, mungkin belum habis lagi kaedahnya....kita tunggu.
ussopp Post at 10-11-2010 12:44
Salam....
Ya saya menunggu dan ingin melihat adakah sikap double standard itu atas dasar menyebelahi/membenci pihak tertentu ataupun atas dasar kebenaran.
ah, tentang bim baz maafkan sy, silap bukan kes itu tp kes dia kata bumi ini rata. silap2....
point di sini ialah, walaupun pendapat mana2 imam ada yg kurang tepat, tetapi pendukung salaf masih memakai pendapat2nya yg lain yg benar. termasuk bim baz.
pada masa yg sama, sedar bahawa bukan semuanya wajib betul 100%, walau siapa pun dia.
apa2 pun sy akan check jugak pasai daun bidara itu...
Pasal bumi rata pun, saya tiada masalah untuk terima penjelasan Bin Baaz. Dia kata rata merujuk kepada keadaan bumi yang memudahkan kita bergerak. Memang benar, dan saya pun faham macam tu. Rata tak bermaksud macam sekeping kertas. Walaupun bumi bulat, apabila bumi ini sangat luas, maka permukaannya jadi rata. Kalau semua pemukaan bumi macam botol, maka susah lah manusia nak bergerak.
Pasal daun bidara, ini rujukannya ( الفتاوی الذھبیۃ في الرقی الشرعیۃ ) berkaitan rawatan Sihir:
It is recommended that AI-Ikhlaas, AI-Falaq and An-Nas Suras be recited three times. Then, the Raqi should pray for the patient with these words: "O Allah, Lord of mankind! I beg You to remove the suffering. I beg You, as You are the Healer, and there is no healing but Yours, to bring about a healing that leaves behind no ailment." He should also say this Ruqya three times: "In the name of Allah I am performing this Ruqya unto you to get rid of what is harming you, of the evil of all souls and the effects of evil eyes. May Allah bring about healing. In the name of Allah I am performing this Ruqya unto." It is also recommended, while praying for the patient's healing, to say these prayers, preferably three times: "I seek refuge for you in Allah's perfect Words from the evil of what He has created."
The Ruqya described above is a useful treatment. It can also be performed onto water from which the bewitched patient drinks and washes his body. It can -by Allah's permission -remove the effects of witchcraft. Adding to the water ground green Sidr leaves can have a healing effect, for this has been tried a lot, and we have found it useful -by Allah's permission – in several cases. This Ruqya has proved effective in the treatment not only of bewitchment cases, but also of Rabt cases.
Such treatment with Ruqya is a means to cure; but it is only Allah Who brings about cure, and He is over everything competent; with Him are both the disease and the cure, and nothing occurs without His Decree or Destiny. The Prophet صلى الله عليه وسلم said, "Allah has not created a disease without a cure, which becomes known to some while denied the others." This is a blessing from Allah, and He is the One Who guides to the straight path.
(Ibne-Baz’s Collection of Fatwas, Vol. 2, p. 688)
Hadith yang saya warnakan di atas adalah sebagai dalil perubatan itu diketahui oleh sebahagian orang, dan sebahagian lagi menafikannya.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 10-11-2010 14:39
dan saudara mnm,
sy cuba menimbangkan pendapat saudara tentang rawatan sihir ini bahawa ia bukanlah masuk dlm ibadat khusus.
namun, setelah mempertimbang,
sy tidak ada idea bagaimana utk membolehkan kita pergi lebih advance dlm bab rawatam sihir ini.
ini adalah kerana,
pertama,
sy faham bahawa yg selalu disebut bahawa bab yg tidak boleh ditokok-tambah itu adalah dlm bab ibadat khusus. itu yg selalu disebut, namun bab kefahaman dlm agama adalah termasuk juga. dan termasuk dalamnya adalah bab ghaib.ussopp Post at 10-11-2010 12:44
Saya setuju sesiapa yang mahu beramal 'strict' dengan Al-Quran dan Sunnah. Ini adalah sifat terpuji dalam amalan dan ibadah. Namun dalam ilmu perubatan, Sunnah dan Hadith ada kelonggaran....
Bila masuk bab ghaib, timbul percanggahan pendapat yang mana dalam percanggahan ini tidak wajar menyesatkan selagi tiada NAS yang kukuh untuk berbuat demikian. Sedangkan Nabi sendiri membenarkan jampi yg tiada unsur syirik. Juga menyuruh ikhtiar berubat dengan benda yang bukan haram. Saya pernah terbaca Nabi sendiri pernah perintah seseorang untuk berubat dengan seseorang yang mahir dalam ilmu perubatan.
Gangguan Jin/Syaitan telah banyak kali disebut, ia boleh jadi gangguan ghaib ataupun boleh juga gangguan fizikal. Yang kita bahaskan adalah gangguan fizikal. Kalau gangguan ghaib semata dari Jin/Syaitan, maka tiada guna lagi rawatan fizikal. Yang ini saya setuju.
Bila Jin buat gangguan fizikal, maka terdapat masalah fizikal pada tempat-tempat gangguan tersebut. Untuk pengetahuan saudara, orang yang dirasuk Jin pun boleh ditenangkan dengan ubatan Saintifik. Adakah ini termasuk dalam BIDAAH SESAT?
Saya mendapati, kenyataan (statement) Jin merasuk manusia menerusi otak, adalah logik. Otak manusia ada fungsi kewarasan, yang mana bahan kimia seperti dadah dan alkohol pun boleh mempengaruhi kewarasan manusia. Sebab itu ubatan seperti sedative/tranquilizer juga boleh mempengaruhi kewarasan manusia, dan meneneangkan orang yang dirasuk Jin.
kedua,
berbanding dengan bab ibadat khusus, bab ghaib adalah yg lebih ditakuti malahan yg paling2 ditakuti jika ada yg pergi advance di dalamnya.
sebab, kalau boleh buat chain reaction dlm bab bahaya perkara bidaah, yg mula2 dlm chain reaction itu adalah bab2 tokok-tambah dlm ibadat khusus, tetapi destinasi terakhir dlm chain reaction itu ialah bab ghaib lah. yg nie paling bahaya, yg terakhir, dan kemuncaknya yg paling ditakuti.
ia tidak akan pergi lebih buruk dari bab ghaib.
sebab , ia akan masuk bab metafizik, kemudian akan sentuh falsafah, akan sentuh kefahaman , dan tentu saja akidah.
sy faham, manusia mungkin saja boleh meneroka alam ghaib ini, tetapi, secara peribadi, inilah yg paling2 sy takut.
sy pernah pergi advance dlm bab ini,
kesemuanya nampak harmoni antara sains dan alam ghaib, kesimpulannya amatlah menarik namun kefahaman yg sy dapati jugak amat extreme.
secara hujah, sy tidak nampak apa salahnya meneroka alam ini, namun yg menyelamatkan sy hanyalah perasaan kurang senang.
akhirnya sy jumpa kembali hadis yg sy selalu abaikan dulu yakni hadis bidaah yg terkenal itu.
pendek kata, secara hujahnya, sy takkan nampak apa salahnya meneroka alam ghaib melalui apa cara sekalipun,
tetapi yg menyelamatkan sy adalah hadis yg sy tidak faham kenapa ia dikeluarkan oleh nabi.
dan hadis itulah yg menenangkan sy kembali.
Boleh jelaskan hadith yg menenangkan tu? Yang itu saya kurang faham.
Umumnya saya faham maksud saudara secara keseluruhan. Saya sebenarnya setuju supaya menjauhi teroka Alam Ghaib kerana macam-macam perkara yang kita tidak tahu kesahihannya. Namun itu tidak bermakna bagi yang telah meneroka (cuba/research) kaedah rawatan yang berkesan yang selaras dengan Syarak, kaedah mereka itu semuanya BATIL dan dilarang.
Ibn Taymiyyah dengan rotan (bukan satu-satunya rawatan). Ibn Baaz dengan daun bidara (bukan satu-satunya rawatan). Yang lain-lain dengan garam (bukan satu-satunya rawatan). Semua ini medium yang harus dalam rawatan. Dan yang utamanya adalah yang JELAS doa dan ruqyah adalah dari Al-Quran dan Sunnah. Bukannya mestipun guna medium tu, selagi i'tiqad adalah mohon keampunan dari Allah. Lainlah kalau rawatan tu macam koyak Al-Quran dan guna darah, yang ini jelas bercanggah dengan Syarak.
The Prophet صلى الله عليه وسلم said, "Allah has not created a disease without a cure, which becomes known to some while denied the others." This is a blessing from Allah, and He is the One Who guides to the straight path.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 10-11-2010 15:41
Asas-asas tuduhan:
1. bukti telah dibawa bagi kami menyakini bahawa harun din adalah pengamal tariqat naqsyabandi.... you try very hard to deny that... ok allright!
2. telah dibuktikan melalui peristiharan majlis fatwa kebangsaan bahawa aqidah yang diimani dalam tariqat naqsyabandi adalah wahdatulwujud, martabat tujuh dan nur muhammad
3. aqidah wahdatulwujud, martabat tujuh dan nur muhammad telah diistiharkan oleh majlis fatwa kebangsaan sebagai sesat.
4. dengan itu kami mempunyai asas yang kukuh untuk memepercayai bahawa harun din juga mengimani aqidah yang dibawah oleh tariqat naqsyabandi.
kupia Post at 10-11-2010 15:10
1. Bukti cukup lemah. HANYA SEKADAR TUDUHAN dari kalimat zikir yang TIADA FATWA SYIRIK pun!
2. Fatwa tu pasal Tariqat. Bukan pasal Harun Din, TETAPI disebabkan punyala bersusah payah nak sesatkan Harun Din, korang TUDUH dia Pengikut Tariqat tu
3. Buktikan aqidah wahdatulwujud, martabat tujuh dan nur muhammad diamalkan oleh Harun Din. BARU ADIL
4. Asas yang kukuh itu hanya SANGKAAN para penuduh, sebaliknya sangat lemah untuk menyesatkan. Tuduhan sesat itu dikhuatiri berbalik kepada yang menuduh.
Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (An-Nahl, 125)
saya harap penjelasan ini tidak diminta untuk diulang-ulang semula lepas ni... letih... anda punya kebebasan penuh untuk membantah
Masih BELUM TERBUKTI untuk kaitkan Harun Din beramal dengan kesesatan wahdatulwujud, martabat tujuh dan nur muhammad yang diwartakan sesat oleh JAKIM.
Korang TAK LETIH nak teruskan sesatkan, tapi letih nak bagi bukti kukuh. Saya berlepas diri. Apa yang saya buat adalah TIDAK MAHU MENYESATKAN orang TANPA BUKTI KUKUH. Sebab tu saya minta bukti. TAPI korang buat TUDUHAN di sebalik fatwa JAKIM yang belum dibuktikan lagi bahawa Harun Din beramal dengan amalan sesat tu.
Ada forumer sorang tu suka borong sekali dengan membuat tempias kepada orang yang tidak mahu menyesatkan harun Din, dikatanya mengubah ayat Allah, sampai macam tu sekali sekali nak suruh ikut dia sesatkan Harun Din.
Insyaallah kami akan sentiasa bertaubat didalam solat pagi dan petang.... solat sunat taubat pun juga biasa jadi amalan.... sebagai manusia biasa kami tidak sunyi dari melakukan kesalahan-kesalahan... semoga taubat kami diperkenankan Allah... terima kasih atas nasihat ni...
Alhamdulillah.... kesalahan dengan Allah kita pohon keampunan dari Allah. Kesalahan kepada manusia, macamana pula?
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
| |
|