Reply 1156# iris8581
BEIJING: AirAsia Bhd (AirAsia) melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh anak syarikat penerbangan jarak jauhnya, AirAsia X Sdn Bhd (AirAsia X), terus melebarkan sayap ke China dengan melancarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Beijing bermula 22 Jun ini.Sempena pengenalan baru itu, AirAsia X menawarkan promosi laluan Kuala Lumpur ke Beijing pada harga bermula RM249 sehala kelas ekonomi dan RM1,129 sehala untuk tempat duduk premium.
Orang ramai boleh menempah tiket promosi secara online bermula 17 hingga 20 Mei ini untuk penerbangan dari 6 Ogoshingga 22 Mei 2013.
Ketua Kumpulan Komersial Serantaunya, Katleen Tan berkata, AirAsia X menawarkan penerbangan empat kali seminggu iaitu Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Manakala penerbangan dari Beijing ke Kuala Lumpur setiap Isnin, Khamis, Sabtu dan Ahad. |