CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
 Author| Post time 21-4-2014 08:57 AM | Show all posts
Amy pandang Zack. Senyum dipamer pada bibir, sekadar mahu menutup resah hati.

“Kau..okay?”

“Hhmmm? Kenapa kau tanya aku okay ke tak?” Amy kehairanan.

“Entahlah. Sebab aku risaukan kau agaknya. Aku takut kalau Farid apa-apakan kau. Malam tadi, nasib ada Hanif…kalau tak ada, tak taulah apa bakal jadi..”

Amy senyum simpul. “Sayang jugak kau kat aku…kan?”

“Kita satu keluarga.” Zack balas senyum. Tangan ditekup pada belakang kepala. Rasa sakit datang dan pergi. Terasa seperti mahu meminta ubat penahan sakit lagi. Manalah nurse yang nama Anisah tu?

“Assalamualaikum…” Lembut suara memberi salam.

“Waalaikumussalam.” Amy dan Zack menjawab serentak.

“Cik Reen…” Zack bersuara perlahan. Serta-merta, sakit di kepalanya hilang.

“Maaf, saya mengganggu ke?” Zareen bertanya. Langkah diatur anggun mendekati katil Zack.

“Eh..tak adalah.” Jawab Zack, terkejut campur teruja melihat kehadiran Zareen. “Macam mana, Cik Reen tahu saya kat sini?”

“Joe yang beritahu.”

“Ah…okay.” Zack angguk perlahan.

“Oh..lupa pulak. Ini Amy, kakak tiri saya.” Zack memperkenalkan Amy kepada Zareen. “Kak…Zareen. Ehmm…Cik Reen.”

Tangan dihulur untuk bersalam lalu disambut. Amy senyum.

“Tak sangka pulak, Cik Reen sudi datang melawat saya….” Tutur Zack.

“Kenapa…tak boleh ke?”

“Eh…boleh sangat.”

Zareen senyum sambil geleng kepala. Zareen dan Zack bertukar bicara, mesra.

Amy mengeluh perlahan. Rasa terpinggir.

“Zack. Aku pergi toilet jap.” Amy meminjam alasan Hanif untuk beredar dari situ.

“Okay.” Pendek saja balasan Zack.

Beberapa langkah meninggalkan katil, Amy toleh semula. Zack nampak lebih ceria dengan kehadiran Zareen.

Amy terus berjalan pergi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 09:54 AM | Show all posts


sambung lagi nicki...


Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 10:11 AM | Show all posts
Alah Amy...Hanif pun ok je...black belt lg!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 01:04 PM | Show all posts
xkan amy nak kat zack kot...
anep tu free n easy tu...

zack ----->> kate?? cik reen??

malas la konon nk speku... tp mn boleh kan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 01:27 PM | Show all posts
“Cik Reen…” Zack bersuara perlahan. Serta-merta, sakit di kepalanya hilang.


huhhhh.. gateiii dan2 hilang sakit..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2014 01:28 PM | Show all posts
sarizu posted on 21-4-2014 10:11 AM
Alah Amy...Hanif pun ok je...black belt lg!

Bukan uols pengundi Zack + Amy?

Adakah sebab Hanif ada black belt maka uols pun berpaling tadah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-4-2014 01:30 PM | Show all posts
merahsilver2U posted on 21-4-2014 01:04 PM
xkan amy nak kat zack kot...
anep tu free n easy tu...

Old flames kak....

Dengan sapa Zack akhirnya, tunggulah sampai citer abes.




Haihh...bila nak abes?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2014 01:31 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 21-4-2014 01:27 PM
huhhhh.. gateiii  dan2 hilang sakit..



Memang gateeiii. Gateii nak berbini....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2014 01:31 PM | Show all posts
UsuFie posted on 21-4-2014 09:54 AM
sambung lagi nicki...

Disebabkan hari ni rajin...iols sambung sikit mana yang sempat.....

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 01:31 PM | Show all posts
Zack, nasihat iols.... Kalau nak perbaharui keturunan, pilih Kate... Jawa akan naik taraf mcm jerman
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2014 01:34 PM | Show all posts
Episode 48

Amy melabuh duduk di bangku, bersebelahan dengan mesin menjual minuman. Nafas di hela satu demi satu. Cuba untuk tidak terlalu memikirkan Zack namun itu adalah mustahil.

Kakak tiri…

Patutnya, dia sedia maklum bahawa Zack tidak pernah menganggap dia lebih dari itu. Tak mungkin Zack akan merasai apa yang dia rasa. Cuma kadang-kadang, hatinya berdegil mahu menyimpan sedikit harapan.

Hhmmm…

Rasa itu sepatutnya dibiar mati. Amy meraup wajah.

“Amy…”

Amy angkat muka. Hanif sedang memandangnya dengan kening berkerut.

“Awak buat apa kat sini? Kenapa awak tak teman Zack?”

Amy senyum sumbing. “Kawan Zack datang.”

“Kawan? Siapa?”

“Zareen.”

“Oh…Zareen.” Hanif terangguk-angguk. Memahami.

Hanif menggagau dompet dari poket jeans sebelah belakang. Matanya memandang pilihan minuman yang terdapat di dalam mesin belian automatic. Duit dimasukkan dan kemudian, Hanif memilih sebotol Hundred Plus. Setelah selesai urusan jual beli dengan mesin, Hanif mengambil tempat duduk di sebelah Amy.

Penutup Hundred Plus dipusing buka.

“Nah.” Botol dihulur pada Amy.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2014 01:35 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 21-4-2014 01:31 PM
Zack, nasihat iols.... Kalau nak perbaharui keturunan, pilih Kate... Jawa akan naik taraf mcm jerman

Perbaiki keturunan katanyeeee....terus dapat genetik kokesyen....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2014 01:38 PM | Show all posts
Amy senyum. “Terima kasih.” Tekaknya dibasahkan.

Terdiam beberapa ketika.

“Saya nak tanya awak satu soalan, boleh?” Hanif memecah sunyi.

“Tanyalah.”

“Dah berapa lama awak sukakan Zack?”

Amy terkedu. Soalan dari Hanif langsung tak dijangka. Kenapa mudah benar Hanif menyelam dasar hatinya? Amy melepas nafas. Mungkin saja, sikapnya itu mudah dibaca.

“Sorry. Direct sangat kot soalan saya tu…”

Amy senyum. Dan kemudian, tertawa kecil.

“Dari darjah satu…” Amy menjawab.

Kening Hanif terangkat.“Awak sukakan Zack… dari darjah satu?”

Amy terus tergelak, menyebabkan Hanif tergelak sama dalam teka-teki.

“Taklah awak.” Amy berkata setelah tawa reda. “Saya teringat lagu Mark Adam.” Menyebabkan Hanif ketawa lagi.

“Saya…” Amy membuang pandang ke depan. “Saya pun tak tahu sejak bila. Dah lama…” Akui Amy. “Walaupun kami kerap bergaduh, tapi entah macam mana, saya boleh…jatuh hati pada dia.” Amy meluahkan rasa pada Hanif. Rasa segannya hilang entah ke mana.

“Saya tahu, Zack tak mungkin akan anggap saya lebih dari saudara. Bila saya tahu Zack bercinta dengan Liana, saya lupakan Zack. Saya bercinta dengan Farid. Lepas tu, saya putus dengan Farid. Dalam masa yang sama jugak, saya mula berbaik dengan Zack. Tak tahulah kenapa saya boleh terfikir yang mungkin…saya ada harapan…”

“Awak tak pernah cuba luahkan perasaan awak pada Zack?”

Amy geleng. “Kerja gila namanya tu…” Hanif ketawa.

“Lagipun, saya tak yakin…Zack akan suka pada saya.”

“Kenapa?”

“Awak tengoklah awek-awek Zack.” Amy tergelak sendiri. “Semuanya cun gila. Nak dibandingkan dengan saya ni, apalah sangat.”

Hanif kerut kening. “Kenapa, awak tak rasa awak cantik?”

Amy senyum  lagi. “Saya ni biasa-biasa je.” Nafas dilepaskan. Ada sedikit rasa rendah diri. Senarai gadis yang pernah Zack minati muncul.

Farizah. Umum sudah tahu yang Farizah memang cantik. Satu kampung tahu.

Liana. Wajahnya persis pelakon Hindustan. Maklumlah, anak mami.

Zareen, yang baru dia jumpa sebentar tadi. Keanggunan Zareen tak dapat dinafi. Air mukanya lembut dan tenang.

Farizah. Liana. Zareen. Jika dibuat perbandingan, tak mungkin namanya masuk dalam senarai gadis pilihan Zack.

“Amy. Cantik tu…subjektif. Cantik pada orang lain, belum tentu cantik pada kita.” Hanif berkata. “Itu semua terpulang pada yang melihat.”

Amy senyum sumbing.

“Saya ambil contohlah…Remy Ishak. Semua orang cakap Remy Ishak tu macho. Tall, dark and handsome bak kata orang putih. Tapi, pada saya, Remy Ishak tu biasa-biasa je. Macam bangla jual karpet pun ada.”

“Awak samakan Remy Ishak dengan bangla jual karpet?” Tawa Amy meletus.

“Jangan salah faham. Maksud saya, bangla jual karpet tu pun, ada yang handsome macam Remy Ishak.”

Amy ketawa…lama. Tangan menutup mulut. Hanif senyum melihat telatah Amy.

“Jadi…Cik Amylea. Tak perlulah awak nak rasa rendah diri. Beauty is in the eyes of the beholder. And…to me, you are beautiful.”

Amy terdiam. Rasa segan sendiri bila dipuji begitu. Tak tahu apa yang hendak dibalas pada Hanif melainkan dengan senyuman. Last edited by Nicki_Meow on 21-4-2014 01:40 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 01:51 PM | Show all posts
alaaaa..tak nakla bercinta dgn kakak tiri pulak.....nextttt...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 02:08 PM | Show all posts
Harap2 hati amy terbuka untuk hanif....
Suka dia orang as a couple......
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 02:18 PM | Show all posts
Remy ptut bc crita ni
Baru dia thu jual carpet tu lg Molia dr songkran la sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 02:22 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 21-4-2014 01:28 PM
Bukan uols pengundi Zack + Amy?

Adakah sebab Hanif ada black belt maka uols pun berpal ...

I ambik moral of d story: pompuan Jgn nk thegeh2







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2014 02:40 PM | Show all posts
“Awak pun, pernah kecewa dulu. Betul tak?” Lama terdiam, Amy melontar soalan.

“Maksud awak?”

“Zack ada cakap, awak pernah bertunang dulu. Tapi…tunang awak…” Amy tak sampai hati untuk menghabiskan ayat.

Hanif senyum saja. Kecewa bukanlah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasannya. Tunangnya dijemput Ilahi dalam keadaan tenang, perlukah dia kecewa?

Kehilangan adalah perkataan yang lebih sesuai namun dia redha. Siapalah dia untuk mempertikai qada’ dan qadar Tuhan?

“Nama dia Laila.” Hanif membuka cerita. “Kami bercinta sejak dari Form 4. Tapi masa tu, cinta monyet ajelah.”

“Bila habis SPM, Laila sambung belajar ke USM. Saya pulak, stay lagi kat kampung, ambik STPM. Bila dah duduk jauh ni, biasalah. Nak contact pun, harapkan public phone je. Masa tu, nak pakai Nokia 3310 pun tak mampu.”

Amy tergelak.

“Lepas habis STPM, saya sambung belajar ke UTM, Jalan Semarak. Kami cuba jugak nak kekalkan hubungan, tapi susahlah. Masing-masing sibuk dengan study. At last, kami lost contact macam tu aje.”

“Tiga tahun lepas, kami terjumpa balik masa raya. Biasalah kan, time-time raya nilah jumpa kawan-kawan lama…kawan-kawan satu sekolah dulu. Tak sangka pulak, boleh terjumpa Laila lagi…”

“Cinta pun berputik kembali…gitu?” Amy menyampuk. Hanif ketawa dan mengangguk.

“Dia single lagi. Saya pulak, bolehlah dikatakan single…”

“Boleh dikatakan single? Macam mana tu?”

“On-off relationship. Anyway….tak penting bab tu…” Jawab Hanif. “So, kami pun sambung balik hubungan yang terputus dulu. Jenuh jugaklah saya nak mengurat balik si Laila. Bukan main lagi jual mahal. Nasib sempat berjodoh.”

Amy ketawa lagi.

“Atau mungkin dah takdir…jodoh saya dengan Laila tak akan ada.”

Tawa Amy pudar….terus hilang. Last edited by Nicki_Meow on 21-4-2014 03:19 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2014 02:57 PM | Show all posts
“Dalam setahun, lepas kami bercinta balik...Laila dapat tahu yang dia ada penyakit leukemia. Masa dapat tahu tu, dah tahap dua. Dalam keluarga Laila, memang ada sejarah penyakit barah. Tak mustahil Laila pun boleh kena penyakit ni sebab keturunan.”

“Penyakit barah, awak tahulah. Nak sembuh bukan senang. Saya sendiri jadi tak sampai hati tengok keadaan Laila lepas dia buat treatment.”

“Makin lama, sakit Laila makin kritikal. Doktor pun tak bagi banyak harapan….” Hanif menarik nafas panjang.

“Laila mintak putuskan hubungan. Laila cakap, dia rasa bersalah pada saya sebab dia banyak menyusahkan saya. Tak guna saya tunggu dia kalau jawapannya…tak pasti.”

“Tapi, saya berdegil jugak. Sebab, saya betul-betul sayangkan dia. Jadi, saya ambik keputusan untuk bertunang dengan Laila sebagai bukti yang saya sayangkan dia. Ikutkan hati, nak aje saya nikah terus tapi, Laila pulak yang taknak.” Ketawa kecil terlepas dari mulut Hanif.

“Kami bertunang. Hampir-hampir nak bernikah dah pun. Tapi Allah lebih sayangkan Laila. Laila meninggal dalam tidur.”

"Oh..." Hanya itu yang keluar dari mulut Amy.

“Awak tanya, sama ada saya kecewa atau tidak? Jawapan dia, tidak. Saya tak kecewa. Saya dah lama bersedia kalau satu masa nanti, Laila tinggalkan saya. Itu qada' dan Qadar Allah, saya redha. Saya rasa bersyukur sebab sekurang-kurangnya, saya pernah jadi orang yang membahagiakan Laila sebelum dia pergi.”

Mereka terdiam beberapa ketika.

“Saya minta maaf.” Ucap Amy.

“Kenapa awak nak mintak maaf pulak?”

“Rasa macam tak patut pulak tanya soalan pasal Laila.”

“Jangan risau. Saya okay…” Hanif senyum.

“Saya mengaku, saya rasa kehilangan sebab Laila dah tak ada. Sebab itu, saya sibukkan diri dengan kerja dalam masa setahun ni. Malas nak fikir pasal jodoh. Sampailah saya terjumpa aw…” Hanif mematikan ayat.

“Terjumpa siapa?” Soal Amy.

“Tak ada apa-apalah.” Hanif senyum penuh makna. Amy angkat kening dan Hanif hanya ketawa.

“Sedih pulak saya dengar cerita awak.” Balas Amy, perlahan.

“It’s part of life. Pengalaman hidup. Yang penting, kita kena bersyukur selalu dengan apa yang ada. Selalulah berdoa. Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Setiap yang berlaku, mesti ada hikmah.”

Amy angguk, membenarkan kata-kata Hanif.

“Dan mungkin jugak, ada hikmah kenapa kita boleh berkenalan…”

Amy menoleh ke arah Hanif. Pandangan saling berbalas. Senyum terukir di bibir.

***
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 03:08 PM | Show all posts

oklah..onkanlah si amy & hanif ni...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.084590 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list