|
HARTINI- dah terbit dengan Penerbit Dear Novels
[Copy link]
|
|
macik sambung sikit lagi ya..sebelum tido
hari ni macik tengok citer Jumanji , kelakar wehbest citernya
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 21-12-2017 11:38 PM
MINAH jenguk dari jendela kayu di ruang tamu. Bunyi deruman enjin motorsikal menujah telinganya. Dia melangkah ke anjung sebaik sahaja melihat Kahar yang menunggang motorsikal. Pelik pula melihat Kahar datang ke rumahnya waktu begini. Selalunya, waktu macam ni, Kahar sibuk di kedai barangan krafnya.
"Hah, Kahar, apa hal kau datang ni?" tegur Minah.
Kahar yang baru mematikan enjin motorsikal mula mendongak pada Minah yang berdiri di tepi tangga. Matanya dialih pada mengkuang yang direndam dalam air warna dan sebahagiannya pula sedang dijemur. Cuaca hari ini agak panas setelah beberapa hari asyik hujan.
"Ni, aku datang ni bagi tahu kau. Tadi pelanggan aku datang. Dia nak beli terus dengan kau, katanya." jawab Kahar yang masih tidak berganjak dari motorsikalnya.
"Beli terus dengan aku? Kenapa pulak? Kau dah tak nak jual tikar aku ke Kahar?" Minah sudah bertaut keningnya. Pelik pula dengan Kahar kali ini. Apa, dia sudah jemu ke menjual hasil kraf mengkuang?
"Bukan macam tu Minah. Dato tu nak buka kedai kraftangan kat KL sana nun. Jadi dia nak tempah terus dengan kau la. Aku yang cadang kat Dato tu." balas Kahar semula.
"Eh, pakcik? Dah tutup kedai ke?" Tini yang muncul dari belakang rumah menyapa Kahar.
"Bukan, pakcik datang sekejap je ni. Nak bagi tahu pasal tempahan. Dato tadi yang nak tempah terus. Rezeki tu!" jawab Kahar sambil tersenyum lebar.
"Kot ya pun, masuklah dulu. Kita cerita panjang sambil makan. Kebetulan Tini ada masak bubur durian ni ha." Minah mempelawa Kahar.
Kahar semakin lebar senyumannya. Apa saja yang dimasak Hartini, dia tak akan tolak. Masakan Hartini memang kena dengan selera tekaknya. Kaki diatur ke rumah Minah. Dia duduk di anjung sambil menikmati angin petang yang berhembus lembut. Pokok-pokok bunga ros merah meliuk lentuk daunnya ditiup angin sepoi.
"Aku duduk sini je, Minah. Kat sini ada angin. Sejuk la sikit."
Hartini kembali ke belakang rumah semula bersama beberapa kuntum bunga ros yang baru dipetik tadi. Seketika kemudian, dia ke anjung rumah bersama dua mangkuk bubur durian bersama jus roselle sejuk.
"Wah! Langkah kanan pakcik hari ni. Air roselle pun ada ni." Senyuman Kahar semakin lebar. Gelas jus roselle dicapai lalu meneguk rakus.
"Haus sangat kau ni, Kahar. Minumlah. Ada satu jag lagi tu hah." Minah sengih. Dia tahu, Kahar sering memuji apa jua masakan dan minuman yang dibuat oleh Hartini.
Hartini turut duduk di sebelah Mak Minah sambil menikmati jus roselle yang dibancuh satu jag tadi. Mangkuk bubur dihulur kepada Mak Minah dan Pak Kahar.
"Kau tak makan, Tini?" tanya Kahar.
"Dah makan tadi, pakcik. " Balas Hartini berbahasa.
Kahar terus saja ceduk satu sudu ke mulutnya. Aroma durian cukup membangkitkan seleranya. Dari ruang dapur tadi lagi, dia sudah bau aroma durian yang enak.
"Hah, pasal tadi tu. Cuba cerita betul-betul. Siapa yang nak beli terus tu? Dia nak borong ke apa?" Minah kembali kepada topik tadi.
"Ha,a pakcik. Kenapa tak beli dari pakcik je?" Celah Hartini.
"Orang tu pelanggan tetap aku. Dia selalu la singgah beli barangan kraf tu. Tikar, tudung saji dan kipas yang kau dan Tini buat tu, dia paling suka beli. Dulu, dia hanya guna sendiri dan ada yang dia beri hadiah kat kawan-kawan bisnes dia yang lain. Sekarang ni pulak, dia nak buka kedai kraftangan kat KL tu. Jadi, dia nak tempah teruslah." balas Kahar.
Hartini dan Mak Minah saling berpandangan. Mereka kemudian pandang Kahar yang menyambung makan bubur durian sampai licin kali ini. Jus roselle dah bertambah satu gelas lagi.
"Siapa yang nak beli tu, pakcik?" tanya Hartini.
"Ala, Tini kenal. Dato yang datang tadi dengan bini dan anak perempuan dia."
Hartini terdiam. Bermakna ayah dan mak Hani yang nak buka kedai kraftangan dan beli terus dari Mak Minah.
"Dato?" Minah pula berkerut kening.
Kahar mengangguk.
"Orang kaya, mak. Anak perempuan Dato tu, pernah datang ke cafe tempat saya kerja. Dengarnya, ayah dia berkawan rapat dengan ayah Zenot. Sama-sama Dato." jelas Hartini pada Mak Minah yang nampak bingung.
"Oh gitu kesahnya." Minah mengangguk-angguk.
"Pakcik, saya tak kisah kalau dia nak beli terus dari kami tapi kalau dalam jumlah yang banyak, mana sempat kami nak siapkan. Saya dan mak saja yang buat kerja ni. Kalau saya habis cuti nanti, tinggal mak sorang. Kalau dah macam tu, saya takut, bekalan tak dapat dipenuhi." ujar Hartini yang mula merasa tidak masuk akal jika nak memborong.
"Hmm..betul jugak tu. Tak apa, nanti pakcik tanya Dato tu. Aku nak kena cepat ni. Kedai aku tu nak kena tengok jugak. Tak boleh harap kat Hamid je. Aku minta diri dulu." Kahar segera menyarung selipar dan melangkah ke motorsikalnya semula.
"Oh ya,lupa!" Kahar kembali ke anjung dan menghulurkan sekeping kad kepada Hartini.
"Apa ni pakcik?"
"Kad bisnes Dato tu. Kalau ada apa-apa. call nombor tu. "
Hartini pandang kad yang sudah bertukar tangan. Dia baca sekilas apa yang tertera di atas kad sebelum mengalih pandang pada Pak Kahar yang sudah menghidupkan enjin dan mula meninggalkan halaman rumah.
"Kad apa?" tanya Minah pula.
"Kad Dato yang nak beli terus dari kita tu, mak." Hartini hulur pula kepada Mak Minah.
Minah mula menatap sekeping kad bersaiz kecil itu. Wajahnya berubah rona. Nazim??
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 22-12-2017 09:41 PM
BAB 9
MINAH mundar-mandir di dalam bilik. Kad bisnes di tangannya, sesekali ditatap. Nama yang tertera di atas sekeping kad itulah yang membuatnya merasa tak keruan sejak dua hari yang lalu. Nazim Ahmad. Satu nama yang pernah singgah dalam hidupnya satu ketika dulu. Malah sebelum dia bekerja sebagai pengasuh kepada anak kembar Hamdan dan Kasimah lagi. Sudah dua malam tidurnya tidak lena.
Penat mundar-mandir, Minah duduk di birai katil. Sekali lagi kad bisnes putih itu ditatap. Alamat yang tertera jelas yang Nazim sekarang menetap di Kuala Lumpur.
"Mak, tak tidur lagi?"
Minah sedikit kaget. Hartini muncul di muka pintu. Kad bisnes di tangannya cepat-cepat disorokkan di bawah bantal. Hartini sudah melangkah menghampirinya dan turut melabuhkan punggung di birai katil.
"Tak mengantuk lagi. Tini pun tak tidur lagi? Dah mandi bunga?" tanya Minah pada rutin setiap malam yang perlu Hartini lakukan.
"Dah mak. Saya tengok bunga ros kat depan rumah tu makin subur. Lebat pula bunganya. Pandai mak jaga." puji Hartini seraya merangkul pinggang Mak Minah. Dagunya diletakkan di bahu kiri perempuan itu.
Minah membalas dengan senyuman dan elusan lembut pada rambut ikal Hartini. Wajah Hartini ditatap dalam. Nampak perubahan ketara. Manis dan berseri.
"Mak, jadi ke kita nak bekalkan kepada Dato Nazim tu? Lusa saya dah nak balik kampus. Siapa yang nak buat semua tu?" Hartini teringat pesanan Pak Kahar tentang hal itu.
"Entahlah. Nampaknya mak kena cari pekerja la. Upah anak Odah tu ke. Wati dan Zura tu pun pandai juga menganyam ni." balas Minah. Dia juga risau sebenarnya. Dia bukannya ada kilang yang mempunyai ramai pekerja. Selama ini, dia buat dari rumah saja. Itupun hanya untuk cari makan diri sendiri saja di samping menampung kehidupan dan persekolahan Hartini.
Hartini mengangguk-angguk.
"Emm..mak kenal ke Dato Nazim?" Hartini perasan sejak dua hari lepas lagi sewaktu pertama kali Mak Minah melihat nama yang tertera di atas kad itu, wajah Mak Minah berubah riak.
"Kenapa?"
"Tak adalah. Mak macam terkejut. Satu lagi, ayah Zenot pun nampak lain macam masa saya beritahu nama kampung ni. Macam pelik je." ujar Hartini.
"Kenapa pulak dengan ayah Zenot?" Minah sudah bertaut kedua keningnya. Kalau Nazim, dia faham kenapa Hartini bertanya macam itu tetapi kalau ayah Zenot, dia langsung tak boleh fikir, apa kaitannya dengan kampung Belalang ini.
"Sekejap." Hartini bingkas bangun dan keluar dari bilik Mak Minah.
Minah hanya melihat Hartini yang sudah melangkah keluar dan tidak lama kemudian, Hartini kembali ke biliknya dengan sesuatu di tangannya.
"Apa ni?"
"Lukisan. Lukisan ni hadiah dari ayah Zenot." Hartini menunjukkan lukisan itu kepada Mak Minah.
Sebaik terpandang potret perempuan di kanvas itu, wajah Minah terus berubah. Pantas dia berpaling pada Hartini semula yang masih tersenyum manis di sebelahnya. Matanya dialih pada lukisan sekali lagi. Seorang perempuan muda mendongak ke langit dalam pakaian baju kurung dengan kain batik sarung itu cukup menarik dilihat. Suasana kampung di sekitar perempuan itu kelihatan nyaman dan tenang.
"Cantik, kan?"puji Hartini sambil mengusap lukisan itu.
"Si..siapa nama ayah Zenot?" Minah cuba mengawal nada suaranya.
"Dato Zainuddin. Kenapa? Mak kenal jugak ke?" berkerut kening Hartini kali ini.
Minah mengangguk perlahan. Lukisan itu direnung lama. Wajah perempuan itu benar-benar mengimbau semula kejadian dulu. Bermakna Zainuddin masih menyimpan lukisan itu. Sayang benar Zainuddin pada Kasimah. Sayang mereka berdua tidak berjodohan. Kasimah memilih Hamdan sebagai teman hidup. Mungkin sebab itu juga Zainuddin membawa diri ke Kuala Lumpur.
"Mak, siapa perempuan ni?" Hartini perasan perubahan rona wajah Mak Minah. Helaan nafas jelas kedengaran di telinga.
"Betul Tini tak kenal?" soal Minah balik.
Hartini menggeleng.
Minah menghela nafas. Mungkin arwah Kasimah tak pernah menunjukkan foto zaman mudanya kepada Hartini sampaikan Hartini langsung tak mengenali wajah ibu kandungnya sendiri.
"Sebenarnya ni potret mak Tini masa muda. Masa ni rasanya, baru habis sekolah." balas Minah.
"Jadi..ayah Zenot kenallah arwah mak?"
Minah menoleh pada Hartini. Nampak riak terkejut Hartini tatkala mendengar kata-katanya sebentar tadi. Tak sangka, Hartini bekerja di cafe milik Zainuddin dan paling tak sangka, Zainuddin sama dengan Nazim, masing-masing sudah bergelar Dato. Namun, tak mustahil kerana dulunya Zainuddin dan Nazim sama-sama rajin belajar dan mempunyai minat yang sama dalam bidang perniagaan. Hanya Hamdan saja yang tidak bernasib baik dan masih tinggal di kampung.
|
|
|
|
|
|
|
|
bestnya citer ni
smbung cpt... |
|
|
|
|
|
|
|
Hari ni jenguk forum, banyak update dah
Makin misteri
|
|
|
|
|
|
|
|
MALAM itu Hartini tidak dapat tidur. Selepas mandi bunga, selalunya dia cepat saja rasa mengantuk tetapi malam itu matanya sukar diulit. Masih terkebil-kebil memandang kipas berpusing di atas siling. Potret. ya, potret itu yang mengganggu fikirannya sekarang ini. Kata Mak Minah, potret itu adalah potret arwah mak ketika muda dulu.
"Jadi, Dato Zainuddin tu sekampung dengan aku?" Bertaut kening Hartini memikirkan asal usul ayah Zenot.
Kalau betul Dato Zainuddin yang melukis potret itu, bermakna Dato Zainuddin kenal arwah mak dan kemungkinan ianya diabadikan di kawasan kampung ini juga. Puas menelentang, Hartini mengiring pula posisinya. Mindanya masih berputar kepada potret tadi. Kata-kata Mak Minah masih berlegar di ruang fikiran. Tiba-tiba hidungnya menghidu bau wangi. Hartini bingkas bangun. Dia pandang sekitar bilik. Tiada apa-apa tetapi bau wangi masih melekat kuat. Selimut ditolak kasar. Hartini duduk di birai katil sambil memerhati ke segenap ruang yang ada.
"Hartini.........."
Hartini pantas mengalih mata ke arah suara yang memanggil. Perempuan itu kembali lagi dengan wajah manis dengan senyuman merekah di bibir merah delima miliknya. Air liur kelat yang ditelan terasa tersekat. Untuk ke sekian kali, dia berdepan dengan jelmaan perempuan itu yang entah datang dari mana. Datangnya tidak berjemput dan perginya tidak dihantar.
"Kau nak apa sebenarnya dengan aku?" Rengus Hartini seraya mengangkat punggungnya perlahan. Cuba berdiri tegak.
Perempuan itu melangkah perlahan ke arah Hartini yang berdiri kaku di sebelah katil. Seperti biasa, Hartini ditenung tajam sambil mengelilingi tubuh tinggi lampai gadis itu.
"Kau harus aku jaga. Kau telah dititipkan kepada aku. Ke mana saja kau pergi, aku akan sentiasa ada." ujarnya.
Hartini sekali lagi menelan liur. Kali ini terasa pahit, tersekat di tenggorok. Jadah apanya jaga aku! Hatinya menggetus marah. Dia hanya melihat tingkah perempuan itu yang semakin rapat dengannya. Bau wangi semakin menusuk hidung.
"Aku datang dari dunia lain."ujarnya lagi.
Memanglah dunia lain! Dah kau macam halimunan! Ingat aku tak tahu ke beza hantu dengan manusia? Bodoh perempuan ni! Gumam Hartini dengan riak jengkel. Sekarang ini, peduli apa dia dengan jelmaan perempuan itu.
"Kenapa kau kena jaga aku? Apa kaitan kau dengan aku?" Kali ini suara Hartini agak keras.
Perempuan hanya senyum nipis.
"Perjanjian aku dengan ayah kau."
Kening Hartini terjongket. Perjanjian??
"Tapi sayang..."
Mata Hartini memandang tajam. Tidak sabar dia hendak mendengar kata-kata perempuan itu yang sudah terasa ada sesuatu rahsia. Gila kadang-kadang terasa bila bercakap dengan jelmaan. Keberanian yang entah dari mana dia dapat. Seperti dia berbicara dengan manusia biasa.
"Perjanjian itu dilanggar dan dia harus terima akibatnya."
Hartini terdiam. Terkejut mendengar bicara tajam dari mulut perempuan itu. "Jadi, kau yang punya angkara? Rumah aku dulu terbakar?"
Perempuan itu ketawa berdekah-dekah. Ketawanya tiba-tiba terhenti dengan satu pandangan tajam menembusi mata Hartini. Hartini hanya melihat mata tajam bersinar milik perempuan itu tanpa rasa takut sedikitpun! Dia harus berani bertentang mata walau apa pun berlaku. Tidak perlu takut dengan jelmaan yang sudah sah sah itu adalah jin!
"Mana kakak aku?" teringat pada Harlina, Hartini tidak membuang masa bertanya.
Senyap. Tiada sebarang jawapan dari mulut perempuan itu. Hanya mata yang masih bertentang. Saling memandang tanpa sedikitpun berganjak.
"Kau siapa hah?!" Hartini sudah geram.
Perempuan itu ketawa dan hilang sekelip mata. Hartini meraup muka yang sudah berpeluh. Dalam menahan rasa takut, dia tetap berpeluh. Walau cuba bertindak berani, perasaan gementar tetap ada.
"Tini, cakap dengan siapa?"
Pantas Hartini menoleh ke arah muka pintu. Mak Minah sudah terpacak dengan riak berkerut. Langkahnya mula mendekati Hartini.
"Mak, siapa perempuan tu?" kali ini Hartini perlu mendapatkan penjelasan dari Mak Minah.
"Perempuan mana?"
"Saya rasa mak tahu tapi mak saja buat-buat tak tahu. Saya nampak perempuan tu pernah berada dekat pokok-pokok bunga ros mak dan hilang sekelip mata. Cakap mak! Dia belaan mak ke?" Hartini mengetap bibir.
"Astaghfirullah! Mengucap Tini! Kamu cakap apa ni?" Minah merenung tajam wajah merah Hartini.
"Habis tu, kenapa dia selalu ganggu saya? Ikut saya?" Nada Hartini beroktaf tinggi.
Minah duduk di birai katil dengan wajah lesu. Menunduk. Keluhan panjang dilepaskan. Helaan nafasnya seakan sukar dilepaskan. Terasa berat. Sesak nafas. Nafasnya ditarik dalam-dalam lalu dihembus perlahan. Cuba mencari kekuatan. Minah mengalih pandang ke arah Hartini yang sudah duduk di sebelahnya dengan menagih jawapan darinya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 25-12-2017 10:35 PM
"Mak, arwah ayah saya ada buat perjanjian ke dengan perempuan tu?" desak Hartini melihatkan Mak Minah hanya diam membisu.
Minah mendongak. Wajah mengharap Hartini jelas terpancar dari sinar matanya yang redup. Tak tahu bagaimana harus dia beritahu kepada Hartini. Apakah nanti tanggapan gadis itu akan tergugah jika dia mengetahui perkara yang sebenar?
"Mak.." tangan Mak Minah digenggam kemas, mata Hartini masih menatap lama wajah mak angkatnya.
"Tini, sebenarnya mak tak tahu pasal perempuan tu tapi arwah ayah kamu pernah hilang sebulan tanpa jejak. Sudah jenuh orang kampung cari sampai dah jadi kes polis. Satu malam, dia tiba-tiba muncul di rumah dengan wajah keliru." Minah mulakan bicara.
Hartini setia mendengar. Tidak dianjak matanya dari menatap wajah separuh abad Mak Minah yang seperti tidak dimamah usia.
"Ayah ada cerita apa-apa tak?" Hartini tidak sabar. Didesak Mak Minah.
"Tak ada..dia teruskan kehidupan macam biasa, seolah tak ada apa yang berlaku. Masa tu, kamu tak ada lagi. Dan sebenarnya, orang tua kamu berusaha mendapatkan zuriat. Dua bulan selepas ayah kamu pulang, mak kamu mengandung. Anak kembar." balas Minah.
"Apa..ayah ada perjanjian dengan jin? Perempuan tu, jin, kan?" Bibir diketap kuat. Kalau benar apa yang dikatakan oleh perempuan itu, tak mustahil apa yang dituduh oleh penduduk kampung itu adalah benar belaka. Kalau benar, betapa malunya dia pada penduduk kampung. Deraman tentu tersenyum puas kalau perkara itu benar.
Minah menggeleng.
"Habis apa? Apa ayah dah tersesat ke dunia bunian?" Hartini menelan liur kelat saat dia menutur semua itu.
"Mak tak tahu sebab ayah kamu tak pernah beritahu mak tapi mak agak, mungkin dia dah buat perjanjian dengan bunian..mungkin perempuan tulah.." balas Minah dengan menundukkan wajah sugul.
Hartini bingung. Benar-benar bingung. Adakah dia 'hasil' dari perjanjian tu?
"Mak, rumah tu terbakar, angkara perempuan tu jugak? Dia ada cakap, ayah dah langgar perjanjian." Sekali lagi Hartrini mendesak. Dia sudah penat dengan teka-teki dan cemuhan penduduk kampung terutama Deraman, si tua kutuk tu!
Sekali lagi Minah menggeleng. "Mak tak tahu..mak jadi pengasuh bila kamu dan Lina dilahirkan. Mak ni siapalah, hanya pengasuh je. Mak tak berani nak cakap banyak."
|
|
|
|
|
|
|
|
okeh, next! |
|
|
|
|
|
|
|
Next jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Ipo,bila nak sambung
Misteri tak habis lagi ni
|
|
|
|
|
|
|
|
DI DALAM PEJABAT Dato Zainuddin, seorang lelaki sedang menikmati Neslo panas dengan dua potong kek Butterscotch. Zainuddin masih menanti kata dari lelaki itu yang dari tadi hanya diam. Nampak berselera hidangan itu dijamah. Dia capai cawan yang berisi teh panas lalu dihirup perlahan. Mata masih menghala pada Dato Nazim.
"So, hal penting apa yang kau nak bagi tahu aku?" soal Zainuddin sebaik saja kawan baiknya itu mengangkat muka seraya menyapu sisa kekdi mulut dengan tisu.
Semalam lagi Dato Nazim memberitahunya tentang temujanji itu. Huh, sekarang ini, nak bertemu kawan sendiri pun, perlu bertemu janji bagai. Masing-masing sibuk dengan hal bisnes. Dan hasilnya, pejabat di cafe inilah yang menjadi tempat bertemu.
"Kau ada balik kampung?" tanya Nazim seraya menyandarkan tubuhnya di sofa.
Kening Zainuddin terangkat. Kenapa tiba-tiba hal kampung ditanya? Wajah Nazim tampak bersahaja. Tak mungkin lelaki itu sekadar bertanya kalau tidak ada apa-apa yang menarik minatnya. Faham benar sikap Nazim yang satu itu. Jika tidak memberi manafaat padanya, dia akan buat tidak pedulikan saja.
"Buat apa aku nak balik kalau hanya menambah luka saja." balas Zainuddin, terimbau wajah-wajah yang pernah disayangi dan dibenci.
"Jadi kau masih ingat Kasimah?" Soal Nazim semula dengan senyuman sinis.
Zainuddin hanya membalas dengan senyuman tawar. Lirikan mata Nazim sudah dapat diteka jawapannya. Jawapan yang sudah diketahui tetapi masih mahu ditanya lagi.
"Aku rasa bukan hal tu yang kau nak sangat beritahu aku."
Kali ini Nazim mula ketawa kecil sambil menggeleng. Neslo panas dalam cawan dicapai lalu diteguk sebelum diletakkan kembali ke atas meja sofa. Tubuhnya kembali disandar pada sofa.
"Well, sebenarnya aku selalu ke sana atas urusan bisnes. Aku jumpa Kahar. Dia dah buka kedai barangan kraf. Masa aku dapat tahu barangan tu dari orang kampung sendiri, aku tergerak hati nak tolong. So, aku rasa, aku akan buka satu kedai kat KL ni untuk barangan kraf nanti."
Zainuddin sekadar mengangguk. Dalam hati memuji tindakan Nazim yang ingin menolong penduduk kampung dan dia sendiri kagum dengan usaha Nazim membantu memajukan ekonomi orang kampung. Walaupun jauh di sudut hatinya masih sangsi dengan sikap Nazim kali ini. Tidak seperti dulu ketika di kampung dulu, Nazim lebih banyak memberontak dan kerap kali bergaduh dengan Hamdan walaupun atas perkara remeh.
" Congrats! So, bila kau nak buka kedai tu?"
"Next month. Aku cadang nak tempah terus dari orang kampung. Maksud aku, tak melalui kedai Kahar. Aku dah suruh Kahar beritahu orang tu. Mungkin minggu depan aku jumpa dia." Nazim membalas dengan senyuman lebar.
"Kau nak ikut tak?" tanya Nazim setelah melihat Zainuddin hanya diam.
"Aku ada hal. Next week aku kena pergi China. Anyway, apa khabar Kahar sekarang?" Dari tadi Zainuddin ingin bertanya soal itu. Rindunya pada Kampung Belalang tidak pernah padam. Hanya kerana kejadian itu dulu, dia sudah berjanji tak akan menjejakkan lagi kakinya ke sana. Tambah lagi, kedua orang tuanya pun sudah tak ada dan rumah pusaka pun sudah dijual. Adik beradik lain semuanya sudah merantau jauh dari kampung.
"Macam tulah. Kagum aku dengan Kahar tu. Tak ada duduk goyang kaki saja tapi...." Kata-katanya terhenti. Nazim mengerutkan kening.
"Tapi apa?"
"Kau masih ingat kejadian rumah Hamdan terbakar dulu?" Soal Nazim.
Zainuddin mengangguk. Masih segar dalam ruang fikirannya keadaan kelam kabut ketika itu. Kahar, jiran paling dekat dengan rumah Hamdan bersungguh cuba memadamkan api yang marak menjulang. Api menjulang tinggi itu sukar dikawal tambah lagi dengan dentuman kuat mungkin dari tong gas yang meletup menambahkan lagi kemaraan api menjilat rumah separa batu dan kayu itu. Dan ya, pada malam itu, seperti penduduk kampung yang lain, dia hanya menolong mana yang terdaya saja. Sampailah pasukan bomba datang memadamkan keseluruhan api yang marak. Tanpa sedar, menitis juga air matanya ke pipi saat melihat mayat rentung Hamdan dan Kasimah. Kebetulan ketika itu, dia pulang ke kampung atas urusan penjualan rumah pusaka peninggalan orang tuanya.
"Sampai sekarang aku tak percaya. Sekelip mata rumah tu ranap. Sekelip mata Hamdan dan Kasimah tak ada." Zainuddin menunduk dengan helaan nafas berat.
"Yang aku pelik, kenapa tiba-tiba terbakar? Polis pun tak jumpa punca kebakaran."
Zainuddin melakar senyuman sinis. Setahunya, sejak Nazim berkahwin, Nazim tak pernah balik ke kampung. Dengan orang tua sekali diangkutnya ke Kuala Lumpur. Apa yang paling kelakar, bukankah itu yang Nazim mahukan? Melihat Hamdan mati. Tak kira dengan apa cara sekalipun. Bukan dia tak tahu dendam kesumat Nazim pada Hamdan yang dituduh menjampi Melati. Gadis polos yang mati dengan cara misteri. Melati yang juga kekasih Nazim ketika itu. Mengenangkan itu, dia juga sebenarnya tidak suka pada Hamdan. Kasimah tidak pernah mencintai Hamdan. Entah kenapa, Kasimah tiba-tiba menerima lamaran Hamdan dan lupa pada kasihnya yang disemai selama ini.
"Kenapa kau tengok aku macam tu?" Nazim menjeling sekilas pada Zainuddin yang tersenyum nipis di depan.
"Aku tak faham. Bukan kau ke yang nak sangat Hamdan tu mati?"
"Kau bukan tak tahu perangai aku. Mulut saja macam tu tapi aku tak sekejam tu nak orang mati. Kau ingat aku ke yang bakar rumah Hamdan? Look, I was not even there."
"Aku tak tuduh kau tapi aku tahu sangat sikap kau. Melati...kau dendam dengan Hamdan pasal Melati kan?" soal Zainuddin. Matanya tepat pada wajah cuak Nazim.
"Jadi, disebabkan Melati, kau tuduh aku yang punya angkara? Bagaimana dengan kau? Kasimah, dia kekasih kau tapi Hamdan yang dapat. Kau?" Nazim pulangkan paku buah keras.
"Aku tak pernah berdendam dengan Hamdan. Dah tak ada jodoh aku dengan Kasimah." Zainuddin turut pertahankan dirinya. Padanya, Nazim lebih mempunyai sebab yang kukuh untuk membenci dan berdendam dengan Hamdan atas kematian Melati.
"Aku dah lama lupakan hal tu. Aku dah bahagia dengan Afifah. Dah ada anak sorang. Sama umur dengan Zenot, anak kau tu. Anyway, masa aku ke kedai Kahar, aku perasan ada seorang budak perempuan. Aku rasa sama baya dengan Hani. Wajahnya ada iras wajah Hamdan. Hamdan ada anak ke?"
Zainuddin menatap wajah Nazim dalam dalam. Dia tahu, selepas Nazim keluar dari kampung, dia tak pernah ambil tahu lagi soal kehidupan Hamdan. Bagi Nazim, dia nak kuburkan kenangannya dengan Hamdan. Jadi, tak mustahil Nazim tak ambil tahu hal Hamdan lagi sehinggalah berlakunya kejadian kebakaran itu.
"Hamdan ada anak kembar. Hartini selamat dalam kebakaran tapi Harlina..." Zainuddin terhenti kata.
Nazim mengjongket kening.
"Anyway, aku rasa mungkin yang kau tengok tu, Tini. Dia kawan baik anak aku." Kali ini Zainuddin mengukir senyum.
Nazim terdiam. Patutlah dia seperti dejavu melihat wajah budak perempuan yang selalu ada di kedai Kahar.
"Jadi, budak tu anak Hamdan?"
Zainuddin mengangguk.
"Harlina?"
Zainuddin diam. Tiada jawapan untuk soalan Nazim. Dia juga sampai sekarang masih bingung dengan kehilangan Harlina. Sudah lebih 10 tahun berlalu. Namun, dia perasan wajah Hani ada iras Harlina.
"Hani tu..anak kandung kau?"
Nazim yang bersandar di sofa hanya melepaskan helaan panjang.
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh je nak macam mana...sedih, romantik, seram..misteri..
|
|
|
|
|
|
|
|
dah sambung.......
|
|
|
|
|
|
|
|
dah sambung..selamat tahun baru awanjingga
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha..kalu gini rupa deraman, mungkin tini boleh pertimbangkan..nak extend masjid katanya
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha...terima kasih ya baca
biasalah ipo ni..kalau tak misteri tak sah..gitu
walaupun misterinya ke laut
|
|
|
|
|
|
|
|
salah teka
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|