Drama Red Velvet sedang rancak ditayangkan di Astro Ria. Gandingan Neelofa bersama Alif Satar menjadi bualan ramai.
Bukan sahaja gandingan mereka berdua yang menjadi bualan, malah lakonan neelofa turut dipertikai.
Neelofa sewaktu ditemui di majlis pelancaran tudung terbaru Naelofar iaitu Helena yang diambil sempena nama wataknya dalam Red Velvet berkata dia tidak kisah dengan kecaman serta kritikan netizen.
“Saya sebenarnya tak kisah, saya tahu macam mana nak tapis komen negatif. Tak kira apa pun, mereka ini tidak memberi apa-apa kesan kepada hidup saya.
Saya dan pengarah mengambil pendekatan tidak bertindak balas terhadap kritikan sebegini. Kami ada banyak lagi untuk dilakukan. Banyak lagi episod yang belum ditayangkan.
Satu yang saya nak nasihatkan kepada orang-orang sebegini supaya memberi masa. Biar cerita itu berkembang dulu”, jelas jelitawan ini.
Neelofa turut diajukan soalan apakah dia tidak risau melakonkan watak sebagai pemusnah rumah tangga orang dalam drama ini.
“Watak Helena ini adalah anak yang dimanjakan dan orang kaya serta kurang kasih sayang, untuk episod pertama memang dia menunjukkan diri dia nak kat lelaki yang bergelar suami orang.
“Pada mulanya saya sedikit risau, tetapi saya ada berbincang dengan pihak Astro supaya tidak tekankan perkara itu dengan lebih mendalam. Kami buatkan babak itu kelihatan lebih ringan”, ujarnya.
Apa-apa pun kita tunggu sampai episod terakhir drama Red Velvet okay?
- 67%[url=]Sangat Setuju[/url]
- 33%[url=]Neutral[/url]
- 0%[url=]Tidak Bersetuju[/url]