CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: himun_hino

[Idea] Tazkirah kompak

[Copy link]
 Author| Post time 16-5-2019 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by himun_hino at 16-5-2019 07:14 AM

KENIKMATAN YANG SEBENAR

Allah ta'ala berfirman :

“Dan Aku telah sempurnakan ni'matKu untuk kalian.”
(QS al Maidah: 3)


Allah menyempurnakan nikmatNya dengan agama (Islam) ini, dan ini adalah nikmat yang terbesar yang Allah anugerahkan kepada manusia.

Dan nikmat islam itu mencakupi seluruh nikmat Agama dan nikmat Dunia.

Nikmat Agama

Islam yang bersumber dari Alkitab dan Assunnah didalamnya terdapat perkara yang diperlukan manusia didalam urusan Agama mereka, tidak dinafikan bagi siapa yang menginginkan kebenaran.

Nikmat Duniawi

Sesungguhnya Allah subhanahu wata'ala telah berjanji bagi siapa saja yang berpegang teguh dengan Al Quran dan Assunnah pasti akan mendapat kehidupan yang baik,

Allah ta'ala berfirman:
(yang artinya)

“Barangsiapa yang mengerjakan amalan soleh baik laki-laki mahupun perempuan, pasti kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik...” (QS An Nahl:  97)

Dan kehidupan yang baik itu mencakupi ketenangan hidup di dunia ini, rasa aman, dan keredaan dan yang seperti itu, tidak akan terwujud kehidupan yang baik kecuali dengan Islam, bagaimana banyaknya harta atau banyaknya kelezatan dunia, maka kehidupan yang baik itu tidak akan diperolehi kecuali dengan ketenangan, keredhaan dan merasa nikmatnya saat beribadah kepada Allah serta rindu kepadaNya.

Sumber: I'laamul Anaam bi syarhi fadhlil islam, 24- 25.

@islamituindah2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2019 08:32 PM | Show all posts
*1 Hari 1 Hadis*

*11 Ramadhan*

1. Makan atau minum dengan sengaja, namun sekiranya terlupa atau tidak sengaja adalah dimaafkan seperti hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA.

2. Memasukan sesuatu ke rongga dalam melalui ruang yang sedia terbuka seperti mulut, telinga, kemaluan dan dubur. Semua perbuatan yang membatalkan puasa itu jika tidak disengajakan sebab terlupa, ia tidak merosakkan puasa dan ini diqiaskan kepada makan dan minum. Begitu juga sekiranya dipaksa untuk makan, ia tidak membatalkan puasa. Ini kerana bukan kemahuan serta kehendak.

Selamat Hari Guru -

Daripada Abi al-Darda’ RA berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:


وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ، وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا، وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham. Akan tetapi mereka mewariskan ilmu, maka barangsiapa yang mengambil warisan tersebut, maka dia telah mengambil bahagian yang banyak”. [Riwayat Abu Daud (3641)]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2019 04:52 PM | Show all posts
1 Hari 1 Hadis

12 Ramadhan

Pengajaran :

1. Disunatkan duduk beramai-ramai di dalam masjid, kemudian membaca al-Qur’an, mengajar dan belajar, dengan berbuat demikian Allah SWT akan memberi ketenangan kepada mereka menjalankan kehidupan di dunia ini.

2. Orang yang sentiasa membaca dan berdamping dengan orang-orang yang suka mengajar dan belajar al-Qur’an nescaya didampingi oleh malaikat yang membawa rahmat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2019 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts

*1 Hari 1 Hadis*

*13 Ramadhan*

Pengajaran :

Berdasarkan nas hadis di atas jelas menunjukkan kelebihan bagi mereka yang memberi makan orang yang berpuasa, apatah lagi mereka yang amat memerlukan seperti anak-anak yatim, fakir miskin dan golongan yang berhajat.

            Dinyatakan di sini sikap dan sifat tokoh ulama dalam memberi makan orang yang berpuasa:

1. Hasan al-Basri memberi makan saudaranya sedangkan dia berpuasa sunat dan duduk melayan mereka ketika mereka makan.
2. Abdullah bin al-Mubarak memberi makan kepada saudaranya ketika bermusafir dengan makanan yang lazat, sedangkan dia berpuasa.
3. Hammad menjamu setiap malam kepada orang ramai pada bulan puasa seramai 500 orang.
4. Abdullah bin Umar R.Anhuma berpuasa dan tidak berbuka kecuali bersama dengan fakir miskin.

Semoga kita sentiasa menjadi hamba Allah yang suka menjamu mereka yang berpuasa.


*1 Hari 1 Hadis*

*14 Ramadhan*

Pengajaran :

1. Umat Islam digalakkan memberi sedekah kepada orang yang memerlukannya.
Orang-orang Islam janganlah merasa sayang kepada harta bendanya untuk membelanjakannya kepada perkara-perkara kebaikan kerana setiap pemberian akan diganti oleh Allah SWT.

2. Sifat merendah diri tidak akan menjatuhkan martabat seseorang kerana Allah SWT memberi jaminan akan mengangkatkan darjat orang yang bersifat demikian.

3. Sedekah tidak mengurangkan harta kerana Allah SWT sentiasa menambah keberkatannya yang menambah suburnya harta ini, atau ganjaran yang dijanjikan Allah SWT di akhirat nanti akan menggantikan harta yang disedekahkan dengan berlipat ganda.

4. Orang yang bersifat pemaaf dan berbudi bicara akan disanjung dan dihormati di dunia dan dijanjikan ganjaran yang besar di akhirat, begitu juga orang yang bertawaduk kerana Allah SWT akan mendapat kedudukan di hati manusia  dan ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 03:55 PM | Show all posts
Bismillah...
Assalamu alaikum

Puasa dan Al-Quran Menjadi Pemberi Syafaat

إِنَّ هَٰذَا ٱلْقُرْءَانَ يَهْدِى لِلَّتِى هِىَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ ٱلْمُؤْمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعْمَلُونَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا ﴿٩﴾

"Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu'min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar,"
(QS. al isra' : 9)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ الصِّيَامُ أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ قَالَ فَيُشَفَّعَانِ (رواه احمد )

Daripada Abdullah bin Amru RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : "Puasa dan al-Quran itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat nanti. Puasa akan berkata : "Wahai Rabb ku, saya telah menahannya dari makan dan nafsu syahwatnya, kerananya perkenanankan aku untuk memberi syafaat kepadanya (kepada orang yang berpuasa)." Dan al-Quran berkata : "Saya telah melarangnya dari tidur pada malam hari, kerananya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya." Baginda bersabda : "Maka syafaat keduanya diperkenankan."
(HR Ahmad : 6338)

Saudaraku,

✍ Alquran adalah petunjuk ke jalan yang lurus menuju destinasi terakhir iaitu syurga yang Allah janjikan kepada kita. Sesiapa yang menginginkan jalan yang benar lagi lurus ikutilah petunjuk quran. Alquran pada setiap ayatnya mengandungi hidayah, oleh itu bacalah, tadabburilah dan amalkanlah.

✍ Al-Quran & Puasa akan menjadi penolong dan pemberi syafaat kepada pencinta dan pengamalnya pada hari Kiamat.

✍ Orang yang berpuasa semasa di dunia, Puasa akan  menolongnya dan memberi syafaat kerana semasa di dunia dahulu, orang yang berpuasa telah menahan diri dari makan dan minum di siang hari serta mengekang nafsunya. Orang yang menyibukkan diri dengan Al-Quran  (membaca hingga terpaksa menyengkang mata di malam hari), Al-Quran akan menjadi syafaat serta penolong di hari kiamat.

✍ Sempena hari dan bulan diturunkan Alquran (nuzul alquran), ambilah kesempatan melaksanakan ibadat puasa dengan iman dan ikhlas serta membaca Al-Quran sebanyaknya.

Rasulullah SAW menyebut :

حَدَّثَنِي أَبُو أُمَامَةَ الْبَاهِلِيُّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِقْرَءُوالْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ (رواه مسلم )

“Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang kepada kamu pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada ahlinya” (HR Muslim : 1337)

✍ Jom bertadarus sepanjang Ramadan yang berbaki ini dan membanyakkan membaca al-Quran.  
Berusahalah menjadikan al-Quran sebagai hidayah dan panduan hidup agar selamat dunia akhirat.
=====================
Ya Allah, jadikan alquran penerang hidup kmi

c&p

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2019 04:12 PM | Show all posts
Sempena bulan Ramadhan ni nak gak la kongsi hadis sahih untuk tatapan semua.. semoga apa yg kita share kat sini menjadi asbab mengalir pahala selagi mana ianya dibaca..

HADIS TENTANG SOLAT WITIR

Mengikut Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim, daripada Ibn Umar RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Jadikanlah sembahyang witir sebagai sembahyang terakhir bagi kamu pada waktu malam”.


Kesimpulan daripada hadis di atas:

1) Sembahyang witir paling afdhal ialah sebelas rakaat, oleh itu hendaklah dilakukan dengan mendahulukan sembahyang-sembahyang sunat lain seperti sunat tahajud, hajat dan lainnya.

2) Paling kurang rakat sembahyang witir ialah satu rakaat sahaja, walau bagaimanapun digalakkan tiga rakaat dua salam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2019 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
1 Hari 1 Hadis

15 Ramadhan

Pengajaran :

1. Allah SWT Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Rahmat Allah SWT akan sentiasa bersama-sama hamba-Nya ketika dalam ketaatan, manakala keampunan Allah SWT pula akan sentiasa bersama-sama seseorang hamba yang bertaubat ke atas kekhilafan atau kesilapan yang dilakukan.

2. Seseorang Muslim hendaklah sentiasa sedar bahawa setiap kejadian yang berlaku dalam kehidupan ada hikmah yang tersendiri. Allah SWT mendatangkan ujian berupa musibah, kesakitan, keletihan, kegusaran, sehingga duri yang menyucuk sekalipun dan sesuatu yang menganggu kehidupan adalah sebagai kifarah (penghapus dosa) agar hamba-Nya sentiasa dalam rahmat-Nya.

3. Rahmat Allah SWT Maha Luas. Seseorang hamba yang bersabar dengan musibah maka akan diampuni dosanya, apatah lagi dosa seseorang hamba yang memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Pengampun.

1 Hari 1 Hadis

16 Ramadhan

Pengajaran :

1. Para ulama melihat sunat bagi orang yang berpuasa untuk memperbanyakkan berdoa bermula daripada awal hari (bermula puasa) sehingga ke akhirnya.

2. Puasa merupakan salah satu ibadah yang istimewa kerana banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada orang yang berpuasa ini.

3. Di samping itu juga, bulan Ramadhan merupakan bulan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh mereka cinta kepada ibadah.

Oleh itu, marilah kita jadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan untuk kita mengumpul sebanyak mungkin kebaikan dan amal soleh untuk kita jadikan bekalan ketika bertemu dengan Allah SWT.

Nuzul Al-Quran

Mustafa al-Sibaei menyebut beberapa ungkapan antaranya:

1. Kesan al-Quran pada jiwa orang yang beriman pada maknanya dan bukan pada lagunya. Membaca dengan beramal dan bukan yang mengelokkan bacaan tetapi tidak beramal.

2. Bacaan al-Quran dalam radio dengan hati yang khusyuk yang dapat didengar oleh orang Islam sehingga dibuka hati dan akal mereka satu ketika jauh lebih baik dari seribu rancangan yang lain.

3. Orang zaman dahulu belajar al-Quran untuk beramal dengannya. Justeru, bagaimana tiada perbezaan antara generasi kita dan generasi mereka yang agung.

4. Al-Quran di tangan-tangan orang Islam ibarat senjata di tangan orang-orang jahil.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2019 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
1 Hari 1 Hadis

17 Ramadhan

1. Baginda tidak meninggalkan harta benda yang menjadi pusaka kepada waris-warisnya.

2. Sebagai seorang Rasul,  Baginda diberi mukjizat-mukjizat yang membuktikan kerasulannya dan mukjizat-mukjizat itu habis apabila lalu masanya, tidak dapat disaksikan oleh orang-orang kemudian, kecuali satu mukjizat yang kekal hingga ke hari kiamat,  yang lebih berguna dari harta benda, bukan sahaja untuk waris-warisnya bahkan untuk umat manusia seluruhnya dalam segala tempat dan segala zaman.

3. Peninggalannya itu ialah "Kitab Allah Al-Qur'an" yang diwahyukan kepadanya dan "Sunnah"nya yang meliputi, perkataannya, perbuatannya dan taqrirnya (ketiadaan larangannya).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2019 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
1 Hari 1 Hadis

18 Ramadhan

Pengajaran :

1. Antara perkara utama yang wajar kita lakukan sepanjang Ramadhan ialah memohon keampunan daripada ALLAH sebanyak-banyaknya.  

2. Panjatkanlah harapan dan permintaan agar ALLAH ampunkan segala dosa kita samada yang diketahui atau pun yang kita tidak sedar.  

3. Bahkan dalam beberapa hadith ada disebut tentang ganjaran pengampunan dosa bagi sesiapa yang beribadah sungguh-sungguh pada bulan Ramadhan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts


*AJAR ANAK2 CARA RINGKAS KAEDAH BERWIRID DAN BERDOA SELEPAS SOLAT*

Ajar anak2 kita cara2 berwirid selepas solat, mudah2an ianya akan mengamalkannya hingga dewasa.

Selepas istifar dan menyapu muka selepas memberi salam maka ajarkan tatacara yg mudah bagi mereka mengamalkannya:

Pertama ucapkanlah, Allahumma ajirni minannar 3x
(Ya Allah, jauhkanlah kami daripada azab neraka) kemudian sambung

                     
Allahumma antas-salam wa minkas-salam wa ilaika ya’udus-salam fa hayyina rabbana bis-salam wa adkhilnal-jannata daras-salam tabarakta rabbana wa ta’alaita ya dzal-jalali wal-ikram.
Dan sambung dgn ini.

                  
La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul-mulku wa lahul-hamdu yuhyi wayumitu w huwa ala kulli syai’in qadir (10x)

Kemudian sambung lagi

Membaca Kalimat Hauqalah

      
La haula wala quwwata illa billahil-‘aliyyil-‘azhim (3x)
“Tidak ada daya dan kekuatan kecuali beserta Allah Yang Maha Tinggi, Mulia, lagi Maha Agung.”

Kemudian mula bertasbih, bertahmid dan bertakbir.
membaca...

     ....
Ilahi ya rabbi anta maulana ....
"Wahai Tuhan kami, Engkaulah penolongku ...."
Membaca Kalimat Tasbih
  (x/)
Subhanallah (10/33x)
"Maha Suci Allah"
Membaca Hamdalah
(x/)
Alhamdulillah (10/33x)
"Segala puji bagi Allah."
Membaca Kalimat Takbir
  (x/)
Allahu akbar (10/33x)
"Allah Maha Besar."


Membaca Kalimat Takbir dan Hauqalah
       .        ,            (       )
Allahu akbar kabira walhamdu lillahi katsira wa subhanallahi bukrataw-wa-ashila. La ilaha illallahu wahdahu la syarika lah. Lahul-mulku wa lahul-hamdu yuhyi wa yumitu wa huwa ‘ala kulli syai’in qadir. (Wa la haula wa la quwwata illa billahil-aliyyil-azhim).

Barulah Membaca Doa:
Doalah ikut masing2.

Mudah mudahan anak2 kita menjadi anak2 yg solih& solihah.

Aamiiin.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2019 01:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2019 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
*LAILAT UL-QADAR*

Saidina  'Ubadah bin Somit r.a. telah bertanya kpd Nabi SAW tentang Lailat ul-Qadar.
Lalu Baginda SAW bersabda:
"Lailat ul-Qadar berlaku pd malam bulan Ramadan pd sepuluh malam yg akhir. Sesungguhnya Lailat ul-Qadar berlaku pd malam-malam yg ganjil, pd malam ke 21, 23, 25, 27 atau 29 ataupun pd malam terakhir Ramadan.
Sesiapa yg bangun beribadat pd malam-malam itu dgn iman dan harapan utk mendapat ganjaran, semua dosanya yg terdahulu akan diampunkan.
Antara tanda-tanda Lailat ul-Qadar ialah keadaan terang dgn langit yg bersih, tenang dan sunyi, tidaklah terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk.
Seolah-olah bulan sedang memancar (kerana banyak nur kerohanian).
Bintang-bintang tidak digunakan utk melontar syaitan pd malam itu sehingga ke pagi.
Antara tanda-tanda Lailat ul-Qadar  lagi ialah sesungguhnya matahari akan terbit keesokan harinya tanpa cahaya yg bersinar kuat.
Matahari terbit dlm bentuk satu bulatan yg rata spt bulan purnama.
Allah SWT telah mengharamkan syaitan keluar bersama matahari pd hari itu
(sebaliknya pd hari-hari lain syaitan akan muncul di tempat matahari terbit).

HR Ahmad dan Baihaqi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 02:02 PM | Show all posts
1 Hari 1 Hadis

19 Ramadhan

Pengajaran:

1. Seseorang akan ditempatkan kedalam syurga atau neraka bukan hanya bergantung banyaknya amal fardhu dan sunat atau tidak.

2. Ada orang yang rajin solat sunat malam, rajin berpuasa , banyak melakukan kebaikan dan bersedekah, tetapi masuk neraka kerana mengganggu para tetangganya dengan lisannya (merosakkan pahala kebaikannya).

3. Ada orang yang hanya mengerjakan yang fardhu seperti solat fardhu dan puasa fardhu, sedekahnya sedikit namun masuk syurga kerana tidak pernah menganggu dan menyakiti orang lain.

4. Pada hari ini dosa lisan banyak digantikan dalam bentuk tulisan yang kadang kala lebih kesat, buruk, penuh dengan adu domba, umpatan, kejian dan fitnah termasuk yang ditularkan di FB, Twitter, Whatsapp, Telegram walaupun berada di bulan Ramadhan.

5. Ingatlah amaran Allah kepada pengumpat, pemfitnah dan pencela dalam surah al-Humazah

وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ

Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela.

Jagalah lisan daripada berkata perkara yang menyakiti hati orang lain sama ada melalui kata-kata atau tulisan kerana ia akan menjadikan amal kebajikannya tidak memberi sebarang manfaat kepadanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
PENGHAPUS PAHALA -

Sesungguhnya orang yang pertama kali berbuat dengki di langit ialah iblis terkutuk, maka berlanjutanlah sifat dengki itu seperti yang ada. Dan orang yang pertama kali melakukan dengki di dunia ialah Qabil pada saat dia berhasad dengki terhadap saudara kandungnya yakni Habil, maka berlanjutanlah sifat dengki seperti yang ada. Maka cukuplah perbuatan keduanya itu sebagai nasihat dan pengajaran bagi mereka yang berfikir.

1 Hari 1 Hadis

20 Ramadhan

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW menyuruh beriktikaf pada 10 malam terakhir dari Ramadan untuk memburu lailatul Qadr.

2. Bersungguh beramal pada 10 malam terakhir Ramadan untuk memperoleh lailatul Qadar yang ganjaran amalan pada malam tersebut melebihi 1000 bulan iaitu 83 tahun 4 bulan.

3. Sepatutnya kita tidak hanya memilih malam-malam tertentu untuk memburu lailatul Qadar kerana tidak ada satu tarikh yang tepat dan ia dirahsiakan untuk menjadi pendorong kepada kita mencarinya pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.

4. Bangunkan ahli keluarga kita untuk bersama merebut peluang bertemu lailatul Qadar.

5. Perbanyakkan iktikaf, pelihara solat fardhu berjemaah di masjid, tingkatkan tilawah al-Quran, perbanyakkan doa dan permohonan ampun kepada Allah.

6. Bayangkan seolah-olah inilah Ramadan terakhir kita dan mungkin ini peluang terakhir untuk bertemu Lailatul Qadar.

1 Hari 1 Hadis

21 Ramadhan

Pengajaran :

1. Hadis ini menunjukkan bahawa di antara adab makan adalah disunnahkan menjilat jari jika ada sisa makanan yang melekat sebelum diusap dengan sapu tangan atau sebelum dicuci dengan air.

2. Sunnah ini dilakukan untuk menjaga keberkahan makanan dan kebersihan makanan tersebut dibanding langsung dicuci, akhirnya terbuang begitu saja.

3. Hukum menjilat tangan setelah makan ini adalah sunnah, bukan wajib. Demikian pendapat jumhur ulama. Ajaran ini termasuk sunnah qauliyyah dan ‘amaliyah (ucapan dan perbuatan).

4. Hadis ini mengajarkan sifat tawadhu’.

1 Hari 1 Hadis

22 Ramadhan

Pengajaran:

1. Bangun di waktu malam untuk qiamullail menunaikan solat malam antara amalan yang perlu dicontohi daripada Rasulullah.

2. Rasulullah mengejutkan ahli keluarganya untuk menunaikan solat sunat malam.

3. Hubungan antara ahli keluarga mestilah berpaksikan ketaatan kepada Allah swt.

4. Keluarga yang dirahmati adalah keluarga yang saling mencintai Allah swt.

Ayuh bangunkan ahli keluarga kita untuk menunaikan solat sunat malam, walaupun satu rakaat. Semoga solat sunat malam membina jati diri kita.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
*ASSALAMU'ALAIKUM WBT*

& SELAMAT PAGI

* YA ALLAH, kami Memohon kapada Mu Ya Allah*

* Berilah Kami. Iman yang sempurna*
* Ilmu yang bermanfa'at.*
* Rezeki yang halal.*
* Rakan2 yang terbaik.*
* Rumah tangga yg bahagia.*
* Usia yang berkat.*
* Do'a yang mustajab.*
* Hajat kami yang tertunai.*
* Kesihatan yang berterusan.*
* Hutang yang terbayar.*
* Dengan jiwa yg tenang beribadah untuk keselamatan dan kesejahteraan. kami di dunia dan akhirat*

*...   *

RENUNGAN

*MERUBAH TAKDIR*

SUATU HARI, MALAIKAT MAUT MENDATANGI NABI IBRAHIM A.S, LALU BERTANYA :

*MALAIKAT :*
“SIAPA ANAK MUDA YANG TADI MENDATANGIMU WAHAI IBRAHIM ?

*NABI IBRAHIM :*

ITU TADI SAHABATKU & SEKALIGUS MURIDKU.

*MALAIKAT :*

ADA APA DIA DATANG MENEMUIMU..?

*NABI IBRAHIM :*

DIA INGIN MENYAMPAIKAN AKAN MENIKAH BESOK PAGI.

*MALAIKAT:*

WAHAI IBRAHIM, SAYANG SEKALI, UMUR ANAK ITU TIDAK AKAN SAMPAI BESOK PAGI.

HABIS BERKATA SEPERTI ITU, MALAIKAT MAUT PUN PERGI MENINGGALKAN NABI IBRAHIM.

HAMPIR SAJA NABI IBRAHIM A.S TERGERAK UNTUK MEMBERITAHU ANAK MUDA TERSEBUT, GUNA MENYEGERAKAN PERNIKAHANNYA MALAM ITU JUGA, DAN MEMBERITAHU TENTANG KEMATIANNYA.

TETAPI LANGKAHNYA TERHENTI.

NABI IBRAHIM A.S MEMILIH KEMATIAN TETAP MENJADI RAHSIA ALLAH..

ESOK PAGINYA, NABI IBRAHIM A.S TERNYATA MELIHAT & MENYAKSIKAN ANAK MUDA TERSEBUT MELANGSUNGKAN PERNIKAHANNYA.

HARIPUN BERGANTI, MINGGU BERGANTI, BULAN BERGANTI, & TAHUN PUN BERGANTI TAHUN,

NABI IBRAHIM A.S MALAH MELIHAT ANAK MUDA INI PANJANG UMURNYA SEHINGGA USIANYA 70 TAHUN..

NABI IBRAHIM A.S PUN BERTANYA KEPADA MALAIKAT MAUT,

KENAPA MALAIKAT BERBOHONG TEMPOH HARI,

MENYAMPAIKAN JIKA ANAK MUDA ITU AKAN MATI BESOK PAGI,

TERNYATA TIDAK MATI, BAHKAN UMURNYA PANJANG..

*MALAIKAT MAUT :*

DIRINYA MEMANG AKAN MENCABUT NYAWA ANAK MUDA TERSEBUT, KERANA ALLAH MENAHANNYA,

DAN KENAPA ALLAH SWT MENAHAN TANGANKU UNTUK TIDAK MENCABUT NYAWA ANAK MUDA ITU (DAHULU)...?

KETAHUILAH WAHAI IBRAHIM,

BAHAWA DI MALAM MENJELANG PERNIKAHANNYA,

ANAK MUDA TERSEBUT MENYEDEKAHKAN 7 DIRHAM UNTUK ANAK2 YATIM, LALU ANAK2 YATIM MENDOAKAN NYA.

ALLAH MENGGANTI SETIAP DIRHAM  10 TH
DAN AKU DI PERINTAH KAN OLEH ALLAH. UNTUK TDK MENCABUT NYAWA ANAK MUDA TERSEBUT SBLM USIA NYA 70 TH.

DAN INILAH YANG MEMBUAT ALLAH MEMUTUSKAN UNTUK MEMANJANGKAN UMUR ANAK MUDA TERSEBUT,

HINGGA ENGKAU MASIH MELIHATNYA HIDUP..

KEMATIAN MEMANG DI TANGAN ALLAH SWT,

JUSTRU ITU, MEMAJUKAN DAN MEMUNDURKAN KEMATIAN ADALAH HAK ALLAH.

DAN ALLAH MEMBERITAHU LEWAT KALAM RASULNYA, MUHAMMAD SAW BAHWA SEDEKAH ITU BISA MEMANJANGKAN UMUR

*SAUDARAKU, MARILAH KITA PERBANYAK BERSEDEKAH*

MARI KITA AWALI SEDEKAH KITA INI, DENGAN MENGIRIMKAN KISAH YG BERMANFAAT INI, BAIK KEPADA KELUARGA, SAUDARA & HANDAI TAULAN KITA...SEMOGA YG BILANG AAMIIN DIBERI REZEKI YG MELIMPAH BESOK PAGI AAMIIN.

SELAMAT BERSEDEKAH DENGAN TULISAN INI,

SEMOGA DICATAT SEBAGAI IBADAH...

AAMIIN...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2019 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
1 Hari 1 Hadis

22 Ramadhan

Pengajaran:

1. Bangun di waktu malam untuk qiamullail menunaikan solat malam antara amalan yang perlu dicontohi daripada Rasulullah.

2. Rasulullah mengejutkan ahli keluarganya untuk menunaikan solat sunat malam.

3. Hubungan antara ahli keluarga mestilah berpaksikan ketaatan kepada Allah swt.

4. Keluarga yang dirahmati adalah keluarga yang saling mencintai Allah swt.

Ayuh bangunkan ahli keluarga kita untuk menunaikan solat sunat malam, walaupun satu rakaat. Semoga solat sunat malam membina jati diri kita.

1 Hari 1 Hadis

23 Ramadhan

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW mempergiatkan amal ibadah pada 10 terakhir daripada bulan Ramadan melebihi daripada waktu lain.

2. Antara ibadat yang boleh dilakukan pada 10 terakhir Ramadan ialah iktikaf di masjid, perbanyakkan ibadat khusus seperti membaca al-Quran, sedekah, berzikir solat sunat seperti duha, solat tahajud, solat tasbih dan lain-lain:

a. Dikatakan Saidina Umar sibuk menunaikan solat sepanjang malam hingga fajar.
b. Qatadah pernah mengkhatam seluruh al-Quran setiap malam pada 10 malam terakhir Ramadan

3. Ada orang yang sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menumpukan ibadat sepanjang 10 hari terkahir Ramadan. Anda bagaimana?

4. Mari kita lipat gandakan amalan di sepuluh hari terakhir daripada Ramadan ini.

a. Menjaga solat terawih dan pergi awal ke masjid, bersungguh untuk berada di saf paling hadapan dan tidak beredar sehinggalah imam meninggalkan tempatnya.

b. Iktikaf – usahakan pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan, ajak ahli keluarga, jiran dan kenalan ke Masjid sekurang-kurangnya bermula waktu magrib sehingga tamat solat tarawikh.

c. Perbanyakkan doa "Sesungguhnya doa di waktu sahur adalah anak panah qadar". Doa untuk diri dan keluarga, doa untuk dakwah ini, doa untuk kesejahteraan umat Islam di Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2019 11:40 AM | Show all posts
[28/05, 10:16 a.m.] +60 13-521 7437: 1 Hari 1 Hadis

23 Ramadhan

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW mempergiatkan amal ibadah pada 10 terakhir daripada bulan Ramadan melebihi daripada waktu lain.

2. Antara ibadat yang boleh dilakukan pada 10 terakhir Ramadan ialah iktikaf di masjid, perbanyakkan ibadat khusus seperti membaca al-Quran, sedekah, berzikir solat sunat seperti duha, solat tahajud, solat tasbih dan lain-lain:

a. Dikatakan Saidina Umar sibuk menunaikan solat sepanjang malam hingga fajar.
b. Qatadah pernah mengkhatam seluruh al-Quran setiap malam pada 10 malam terakhir Ramadan

3. Ada orang yang sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menumpukan ibadat sepanjang 10 hari terkahir Ramadan. Anda bagaimana?

4. Mari kita lipat gandakan amalan di sepuluh hari terakhir daripada Ramadan ini.

a. Menjaga solat terawih dan pergi awal ke masjid, bersungguh untuk berada di saf paling hadapan dan tidak beredar sehinggalah imam meninggalkan tempatnya.

b. Iktikaf – usahakan pada sepuluh terakhi1 Hari 1 Hadis

24 Ramadhan

Pengajaran :

1.  Ungkapan tersebut adalah kinayah. Ia menunjukkan bahawa Nabi saw bersungguh-sungguh di dalam Ibadat khususnya pada 10 malam terakhir.

2. Ungkapan tersebut bermakna bahawa Nabi saw pada malam tersebut tidak menggauli isteri-isteri Baginda. Ini adalah pandangan yang dikemukakan oleh sebahagian ulama silam seperti Sufian al-Thauri.

3. Pandangan ini juga mengatakan bahawa Nabi saw secara kebiasaannya akan beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan.

4. Nabi saw sudah dijamin syurga,  namun baginda tetap gigih menjalankan ibadah kepada Allah swt.

5. Kegigihan Nabi saw dalam beribadah seharusnya memberi kesedaran kepada kita yang belum dijamin masuk syurga namun  masih bermalas-malasan dalam beribadah.



#1 Hari 1 Hadis.

25 Ramadhan

Pengajaran:

1. Sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadan menuntut kita memperbanyak amal ibadah termasuklah memperbanyak doa.

2. Rasulullah SAW menganjurkan kita agar perbanyakkan doa memohon ampun di sepuluh malam terakhir dari Ramadhan khususnya apabila menemui lailatul qadar.

3. Kita bertawasul dengan sifat ‘afwu (Maha Pengampun) dengan memohon agar Allah memaafkan dosa yang kita lakukan.
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي "Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun dan sentiasa memberi pengampunan atas kesalahan hambamu, maafkanlah segala kesalahanku”

Ayuh tingkatkan amalan disepuluh terakhir Ramadan ini. Perbanyakkan doa memohon pengampunan dosa.

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2019 07:26 AM | Show all posts
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tazkirah pagi Jumaat:
*26 Ramadhan 1440H:*

Dari Aisyah r.a bahawa:
*"Nabi s.a.w selalu mengerjakan iktikaf pd 10 hari terakhir dr bulan Ramadhan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah Azza Wajalla, kemudian setelah baginda wafat, maka para isteri baginda meneruskan kebiasaan baginda tersebut."*

- HR Muttafaqun 'alaih.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2019 08:09 AM | Show all posts
3 Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi Hari Jumaat Menurut Hadis
Terdapat beberapa hadis yang mengungkapkan tentang manfaat dan keutamaan pada surat ini, diantaranya:
Pertama, manusia yang membaca Al-Kahfi pada Hari Jumaat akan terhindar dari fitnah Dajjal. Nabi Muhammad SAW bersabda bahwa dengan rajin membaca surat ini pada hari Jumaat maka akan terhindar dari fitnah tersebut.

Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ

“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.” (HR. Abu Bakr bin Mardawaih dalam tafsirnya dengan isnad yang tidak apa-apa. Dari kitab at-Targhib wa al- Tarhib: 1/298)

Kedua, membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat  akan memperoleh pengampunan dosa diantara dua Jumat.

Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda,
مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ أَضَآءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ

“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum’at.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249.

Ibnu Hajar merumuskan hadits ini dalam Takhrij al-Adzkar, “Hadis hasan.” Beliau menyatakan bahwa hadis ini adalah hadis paling kuat tentang surat Al-Kahfi. Syaikh Al-Albani menshahihkannya dalam Shahih al-Jami’, no. 6470)

Ketiga, bahwa ganjaran yang disiapkan bagi orang yang membaca surat Al-Kahfi pada malam Jumaat atau pada siang harinya akan diberikan cahaya (disinari). Dan cahaya ini diberikan pada hari kiamat, yang memanjang dari bawah kedua telapak kakinya sampai ke langit.

Dan hal ini menunjukkan panjangnya jarak cahaya yang diberikan kepadanya, sebagaimana firman Allah Ta’ala:
يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ

“Pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka.” (Qs. Al-Hadid: 12)

Dari Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 736)

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2019 08:13 AM | Show all posts
Amalan Jariah Anak-Anak Untuk Ibu Bapa Yang Telah Pergi

Suatu hari ketika Rasulullah SAW sedang duduk dikelilingi oleh para sahabat, datang seorang lelaki dari bani Salmah. Sebaik sahaja masuk ke majlis itu, dia bertanya kepada Baginda dengan penuh hormatnya:

“Ya Rasullah, masih bolehkah aku berbuat baik terhadap ibu bapaku yang telah meninggal dunia. Semasa mereka masih hidup aku telah berbuat baik terhadap mereka mengikut keupayaanku. Aku sentiasa berfikir apakah yang boleh aku lakukan setelah mereka sudah tiada.”

Lalu Rasulullah SAW menjawab;

“Ya, sudah tentu kau dapat lakukan sesuatu. Sembahyangkanlah untuk kedua ibu bapamu, mohon keampunan untuk keduanya, laksanakanlah wasiat mereka dan eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang kedua ibu bapamu lakukan, serta muliakanlah teman kedua ibu bapamu.”

Sebaik sahaja mereka terdengar jawapan dari Rasulullah SAW itu mereka terdiam, tetapi di wajah mereka terbayang kegembiraan. Namun, lelaki yang bertanya tadi masih belum faham akan jawapan Rasulullah SAW, lantas dia meminta Baginda menerangkan sekali lagi.

Rasulullah SAW tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu lantas baginda pun bersabda;

“Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu: Sedekah yang ditinggalkan semasa hidup, ilmu yang di menfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”

Hadis Riwayat Luqman Hakim



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.154798 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list