mcm banjir kat Pantai Timur...
kalau x nak hadapi lagi pindahlah...
same goes to Indonesia...
tsunami gempa mmg dah x leh nak elak...
juz a matter of time je ko akan kena...
nak wat camner muka bumi ko dah sebegitu...
bertabah jelah....
Author|Post time 24-12-2018 09:35 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Gulungan ombak 6 meter selepas letusan Gunung Anak Krakatau - Bupati Pandeglang
Hamzah Hamid, Astro Awani | Published Disember 23, 2018 21:07 MYT
Antara rumah yang masih berdiri utuh tapi turut menerima tempias kerosakan selepas tragedi tsunami di Tanjung Lesung, Pandeglang, Banten. - Antara/Muhammad Bagus Khoirunas/ via REUTERS
KUALA LUMPUR: : Tsunami di Selat Sunda yang melanda pesisiran pantai paling barat Pulau Jawa, iaitu di Banten, datang tanpa amaran awal diberikan, namun penduduk tempatan memberitahu mereka telah melihat tanda-tanda pada Gunung Anak Krakatau.
“Masyarakat kami melihat ada letusan sedikit pada Gunung (Anak) Krakatau. Ada para pelancong yang melihat ‘mulut’ gunung berapi itu berwarna merah.
“Tidak berapa lama kemudian, ada air yang tingginya 2 meter, dan seterusnya disusuli gulungan ombak yang lebih tinggi iaitu kira-kira 5 atau 6 meter,” ujar Bupati atau Ketua Wilayah Pandeglang, Irna Narulita, ketika dihubungi Astro AWANI.
Pandeglang merupakan kawasan yang paling teruk terjejas akibat bencana tsunami tersebut.
Tambahnya, hentaman tsunami itu telah mengakibatkan kemusnahan pada bangunan kediaman, perniagaan dan hotel yang terdapat di sepanjang kawasan pantai, sekali gus mencederakan penduduk tempatan dan juga pelancong.
Irna menjelaskan, pihaknya belum mendapat maklumat mengenai jumlah sebenar mangsa korban dan yang cedera memandangkan kerja-kerja menyelamat dan pemindahan masih dijalankan.
Bagaimanapun, Irna tidak menafikan jumlah korban dan yang cedera terus meningkat.
Author|Post time 24-12-2018 09:55 AMFrom the mobile phone|Show all posts
HANYA selang beberapa minit memisahkan empat rakyat Malaysia ini daripada menjadi mangsa tsunami yang melanda kawasan peranginan berhampiran Dermaga Ketapang, Pesawaran, Lampung, Indonesia.
HANYA selang beberapa minit memisahkan empat rakyat Malaysia ini daripada menjadi mangsa tsunami yang melanda kawasan peranginan berhampiran Dermaga Ketapang, Pesawaran, Lampung, Indonesia.
Marzuki Mustaffa bersama isteri dan dua anak mereka berada di wilayah berkenaan kerana bercuti sejak Selasa lalu.
Menurut Marzuki, ketika tsunami membadai wilayah Lampung dan Banten, mereka sekeluarga berada di Muncak Teropong Laut untuk melihat pemandangan indah Kota Lampung pada waktu malam.
“Kami turun dari situ kira-kira jam 10 malam. Tiba di bawah kira-kira 30 minit daripada lokasi penginapan yang terletak di kawasan tepi pantai, kami terserempak dengan ramai orang yang berlari ke arah kawasan tinggi.
“Keadaan huru hara, kenderaan kami nyaris kemalangan bagi mengelak orang ramai yang berlari dan panik menyelamatkan diri menuju ke puncak.
“Kami yang kebetulan sedang turun berpatah semula naik ke atas selepas menyedari tsunami sedang berlaku di bawah sejurus dimaklumkan penduduk,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, dalam perjalanan ke puncak, kenderaan dinaiki mereka ditahan penduduk yang terdesak mahu menyelamatkan diri daripada malapetaka itu.
“Kami terpaksa memberhentikan kenderaan kerana tidak sampai hati melihat seorang ibu dan anak kecilnya sebelum mempelawa wanita itu naik bersama kami.
“Kami duduk berhimpit-himpit kerana lima orang menumpang kami, menjadikan jumlah keseluruhan berada dalam Toyota Innova mencecah 10 orang termasuk pemandu.
“Ketika itu jalan mula sesak dengan kereta, motosikal dan lori. Mujur kenderaan kami berada di barisan paling hadapan menuju ke puncak,” katanya.
Marzuki berkata, mereka bernasib baik terselamat daripada malapetaka berkenaan.
“Saya bersyukur kami sekeluarga terselamat dan tidak cedera dalam kejadian itu cuma masing-masing terkejut.
“Kami juga menukar rancangan ke Pulau Tegal Mas kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku.
“Esok kami akan menaiki kereta api dari Tanjung Karang menuju ke Palembang sebelum pulang ke Malaysia, Khamis ini,” katanya.
Lagi berita berkaitan Tragedi Tsunami Sunda
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Disember 2018 @ 9:05 PM
Author|Post time 24-12-2018 11:27 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Korban tsunami meningkat kepada 280 orang
Share
Tweet
Share
LABUAN, Indonesia: Angka kematian akibat bencana tsunami di kepulauan Jawa dan Sumatera meningkat kepada 280 orang, selepas pasukan penyelamat menemui lebih banyak mangsa ketika operasi mencari menggunakan jentera berat.
Lebih 3,000 penduduk yang tinggal di pesisiran pantai turut meninggalkan kediaman masing-masing dan mencari perlindungan di kawasan lebih tinggi, apabila amaran ombak besar dikeluarkan hingga esok.
Ratusan lagi penduduk dilaporkan cedera atau hilang, ketika tsunami melanda kawasan di sepanjang Selat Sunda, pada Sabtu lalu.
ADVERTISING
Pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan kini bertumpu di Pandeglang, iaitu kawasan yang paling teruk dilanda tsunami itu.
Pegawai agensi pengurusan bencana di wilayah Banten yang dikenali sebagai Jhony mengesahkan kepada wartawan bahawa jumlah mangsa terkorban meningkat kepada 280 orang dan sebahagian besar adalah pelancong tempatan.
Komander tentera daerah, Dudi Dwiriadi, berkata anggota tentera dan sukarelawan sudah diarah untuk memeriksa kawasan pantai sepanjang 100 kilometer untuk mencari serta menyelamatkan mangsa.
Sementara itu, kebanyakan jalan ke lokasi kejadian masih terputus akibat kesesakan atau ditimbuni serpihan yang dibawa tsunami.
Presiden Indonesia, Joko Widodo yang bertanding dalam pilihan raya umum pada April ini, dijadualkan mengunjungi kawasan bencana, hari ini. - Reuters
Author|Post time 24-12-2018 12:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tanah runtuh di selatan Anak Krakatau punca tsunami
Share
Tweet
Share
WELLINGTON: Saintis berpendapat insiden tsunami di pulau Jawa pada Sabtu lalu, berpunca daripada gelinciran lereng di bahagian selatan Anak Krakatau ke dalam laut, iaitu beberapa minit sebelum bencana yang mengorbankan ratusan penduduk itu berlaku.
Sekurang-kurangnya 280 penduduk maut, ratusan lagi cedera, manakala puluhan bangunan rosak teruk apabila tsunami berlaku tanpa sebarang amaran di Selat Sunda, iaitu antara pulau Jawa dan Sumatera.
Sekumpulan saintis hari ini, mencapai persetujuan, iaitu berdasarkan imej satelit dan pelbagai maklumat yang diperoleh menunjukkan runtuhan pada sebahagian gunung berapi mencetuskan gelombang tsunami terbabit.
Malah, imej yang berjaya dirakam oleh satelit Sentinel-1, milik Agensi Angkasa Eropah menunjukkan terdapat runtuhan besar pada lereng di selatan gunung berapi itu ke dalam laut.
“Tanah runtuh di dalam laut adalah teori utama. Jadi, apabila tanah itu menggelincir masuk ke dalam laut, ia menyebabkan anjakan pada permukaan laut, seterusnya mengakibatkan tsunami,” kata ahli seismologi di GNS Science yang berpangkalan di Wellington, New Zealand, Sam Taylor-Offord.
Bagaimanapun, katanya, kekurangan data dan akses ke lokasi kejadian, menyukarkan usaha untuk mengesahkan teori terbabit.
Gunung berapi Anak Krakatau sudah memuntah debu dan lahar sejak beberapa bulan lalu. Ia juga dilaporkan meletus kira-kira 24 minit sebelum tsunami melanda pulau Jawa. - Reuters
Post time 24-12-2018 01:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
runtuh di selatan Anak Krakatau punca tsunami
MyMetroUtama
Reuters
WELLINGTON: Saintis berpendapat insiden tsunami di pulau Jawa pada Sabtu lalu, berpunca daripada gelinciran lereng di bahagian selatan Anak Krakatau ke dalam laut, iaitu beberapa minit sebelum bencana yang mengorbankan ratusan penduduk itu berlaku.
Sekurang-kurangnya 280 penduduk maut, ratusan lagi cedera, manakala puluhan bangunan rosak teruk apabila tsunami berlaku tanpa sebarang amaran di Selat Sunda, iaitu antara pulau Jawa dan Sumatera.
Sekumpulan saintis hari ini, mencapai persetujuan, iaitu berdasarkan imej satelit dan pelbagai maklumat yang diperoleh menunjukkan runtuhan pada sebahagian gunung berapi mencetuskan gelombang tsunami terbabit.
Malah, imej yang berjaya dirakam oleh satelit Sentinel-1, milik Agensi Angkasa Eropah menunjukkan terdapat runtuhan besar pada lereng di selatan gunung berapi itu ke dalam laut.
“Tanah runtuh di dalam laut adalah teori utama. Jadi, apabila tanah itu menggelincir masuk ke dalam laut, ia menyebabkan anjakan pada permukaan laut, seterusnya mengakibatkan tsunami,” kata ahli seismologi di GNS Science yang berpangkalan di Wellington, New Zealand, Sam Taylor-Offord.
Bagaimanapun, katanya, kekurangan data dan akses ke lokasi kejadian, menyukarkan usaha untuk mengesahkan teori terbabit.
Gunung berapi Anak Krakatau sudah memuntah debu dan lahar sejak beberapa bulan lalu. Ia juga dilaporkan meletus kira-kira 24 minit sebelum tsunami melanda pulau Jawa.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Disember 2018 @ 11:49 AM