CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hafizi

AT TAQWA - SYARAT, RUKUN DAN JALANNYA

[Copy link]
walikutub This user has been deleted
Post time 8-2-2005 10:31 PM | Show all posts

Ehsan dan Insan

Ehsan hanya hadir jika hadirnya Insan. Jika Insan tak nyata maka kelabu ehsan pada jiwa dan hati seseorang itu. Dan Ehsan tidak dengan niat ianya perlu hadir bersekali dengan hati.

Tidak sesekali menjadikan agama itu medan mencari pengaruh politik murahan dan menarik pengikut sama - sana ke lembah kejahilan dengan banyak memperkatakan ilmu mukashafah.

Sekian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


walikutub This user has been deleted
Post time 8-2-2005 10:42 PM | Show all posts

Menghukum Dengan Hukum Allah

Salam Benua

Saya ingin mengingati yang setiap patah perkataan dan perbuatan kita sudah jatuh kewajipan atas setiap muslimin dan muslimat. Jelasnya apakah kita mahu bertanggunggung jawap apa yang kita perkatakan.

Cerita ini adalah cerita lama dan di ubah dalam versi baru.

Saya ingin tekankan hukum dan hukuman adalah dua perkara yang sama sekali berbeza. Dari mana datangnya hukum itu? dan apakah hukum  itu perlu menerima hukuman ?

Fikir dulu. Pandang luas luas.

Sekian
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 10-2-2005 09:07 AM | Show all posts
Pemerintah yang adil, yang dapat melayan rakyatnya dengan baik, yang menjatuhkan hukuman dengan tepat dan yang meletakkan rakyatnya pada posisi yang betul, sehingga rakyatnya mendapat hak dan keperluan yang cukup, adalah pemerintah yang telah menunaikan amanah dan tanggung jawabnya dengan betul. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: "Sehari seorang raja berlaku adil, lebih besar pahalanya daripada (seorang abid) yang beribadah 60 tahun."

Ini kerana ibadah seorang abid hanya menguntungkan dirinya sendiri sahaja. Sedangkan satu keadilan yang dilakukan oleh pemerintah akan melimpah-ruah kebaikannya kepada rakyat. Pemerintah yang adil juga mendapat tempat yang  pertama di sisi Allah di antara tujuh golongan yang Allah lindungi di hari Akhirat.


Pemerintah yang adil pernah wujud dalam sejarah tetapi banyak yang tidak lama pemerintahannya. Namun ia tidak sebanyak pemerintah yang tidak adil atau zalim. Di antara pemerintah yang adil yang pernah muncul dalam sejarah mengikut ukuran dan nilai Islam ialah Rasulullah SAW, Khulafa ur Rasyidin, Sayidina Umar Abdul Aziz, Muhammad Al Fateh dan Salahuddin Al Ayyubi.

Pemerintah yang zalim dan tidak adil ialah pemerintah yang mengaut harta negara untuk dirinya, keluarga dan kroni-kroninya. Yang tidak memberi bantuan kepada rakyat yang tidak menyokong mereka atau yang mereka anggap sebagai musuh. Yang menyalahertikan tugas dan tanggung jawab kepimpinan dengan menjadikannya sebagai satu sumber pendapatan yang lumayan. Yang mengambil kesempatan atas amanah rakyat untuk jadi kaya-raya. Yang bekerja bukan untuk kepentingan rakyat jelata dan negara, jauh sekali untuk agama. Yang menindas, menekan, menganiaya, khianat dan berlaku zalim kepada rakyat. Hukuman bagi pemerintah seperti ini sangat berat di Akhirat nanti.

Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: "Manusia yang paling dahsyat seksaan di hari Qiamat ialah pemimpin yang zalim."


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 13-2-2005 08:39 PM | Show all posts
KENAPA PERLU PEMIMPIN

Dalam Islam, adanya seorang pemimpin atau pemerintah dalam negara adalah wajib. Maknanya, setiap rakyat dalam satu negara wajib ada pemimpin. Kalau tidak, maka berdosalah setiap orang Islam dalam negara tersebut.
Pentingnya pemimpin adalah untuk mengajar, mendidik dan memimpin rakyat kepada jalan kebenaran, keadilan, keselamatan dan kebahagiaan hidup yang hakiki dunia dan akhirat.

Dengan kata yang lain, pemimpin bertanggungjawab untuk membuat rakyat dan negara aman, makmur dan men-dapat keampunan Allah. Untuk itu, pemimpin bukanlah boleh sebarang orang. Bukan terlantik hasil diundi atau hasil merebut-rebut jawatan atau hasil menonjolkan diri. Pemimpin bukan juga dipilih kerana ada kelulusan atau ijazah. Kelulusan dan ijazah dunia tidak relevan dan bukan syarat untuk menjadi pemimpin. Sebab pemimpin bukan bekerja untuk mendapat-kan rezeki dan tidak juga untuk mencari publisiti. Lebih-lebih lagi bukan untuk mengaut harta dan kekayaan.

Tugas pemimpin adalah untuk menyelamatkan rakyat dan umat di dunia dan di Akhirat. Untuk itu, dia hendaklah orang yang betul-betul boleh membuat kerja tersebut. Dia mesti ada karisma kepimpinan yang Tuhan bekalkan kepadanya, ilmu kepimpinan, watak semula jadi, latar belakang kehidupan dan didikan awal yang sesuai untuk melayakkan dia dapat membawa umat kepada keselamatan dunia dan Akhirat. Kalau dia bukan orangnya dan dia tidak layak, akan rosak umat dan rakyat dikerjakannya.

Hadhari atau tidak sesebuah negara banyak bergantung kepada pemimpin. Sebab itu, Islam ada menetapkan syarat-syarat dan sifat-sifat yang wajib ada pada seseorang pemimpin.

SYARAT-SYARAT MENJADI PEMIMPIN

1. Beragama Islam. Orang yang bukan Islam tidak boleh menjadi pemimpin kepada orang Islam.

2. Lelaki. Perempuan tidak boleh jadi pemimpin. Cuma boleh jadi wakil pemimpin.

3- Baligh. Kanak-kanak tidak boleh jadi pemimpin.

4. Akil. Yakni berakal atau cerdik. Orang yang lemah akal atau gila tidak boleh jadi pemimpin.

5. Merdeka. Hamba sahaya tidak layak menjadi pemimpin.

6. Sempurna anggota. Orang cacat atau rosak pancaindera tidak boleh jadi pemimpin. Sebab cacat itu menghalang dia untuk aktif dalam tugasnya.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 15-2-2005 12:15 PM | Show all posts
Untuk makluman semua,

Buku Islam Hadhari yang dipaparkan di sini akan dilancarkan di PWTC dalam sedikit masa lagi.(akhir bulan februari ini).

Buku ini telah dihadiah dan disebarluas di kalangan pegawai-pegawai eksekutif kerajaan dan barisan kepimpinan pentadbiran Malaysia.

Ikutilah perbincangan dan diskusi mengenai kandungan buku ini di PWTC nanti.

(Maklumat lengkap akan saya berikan apabila saya terima maklumat secara rasmi dari pihak rufaqa)
.


[ Last edited by hafizi on 15-2-2005 at 06:14 PM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 15-2-2005 06:13 PM | Show all posts
SIFAT-SIFAT  YANG WAJIB BAGI PEMIMPIN

1. Ada ilmu Islam dan ada minda

Sepatutnya ilmu pemimpin bertaraf mujtahid. Paling tidak dia mesti mempunyai ilmu yang agak luas secara menyeluruh. Yakni pemikirannya dalam semua aspek ilmu didasarkan kepada ilmu wahyu dan sabda Rasul. Kerana sebagai pemimpin, dia mesti tahu untuk menjatuhkan hukum sama ada halal atau haram, wajib atau sunat, makruh atau harus dan lain-lain lagi. Kerana dasar, teknik dan matlamat kerja ke atas sesuatu perkara yang hendak dibangunkan, perlaksanaan, jalan penyelesaian dan jawapannya mesti tepat dengan Al Quran dan Hadis.

Ini termasuklah dalam soal pentadbiran, projek-projek perindustrian, pendidikan, pertanian, kesihatan, ketenteraan dan lain-lain lagi.


Demikian juga terhadap sebarang isu semasa yang selalu berlaku sama ada isu yang kecil atau besar, yang dalam negara atau luar negara atau tentang perkara-perkara yang berubah dan berkembang di dunia, kesemuanya perlu ditentukan hukumnya.

Pemimpin mesti dapat menentukan sikap yang benar menurut Islam, mana yang boleh dan mana yang tidak boleh, mana yang halal dan mana yang haram, mana yang bahaya dan mana yang tidak bahaya dan lain-lain kemungkinan lagi-Hal ini sungguh penting. Kalau pemimpin gagal menentukan sikap yang tepat untuk jangka pendek atau jangka panjang, macam-macam kemungkinan atau perkara yang tidak baik akan berlaku pada negara dan masyarakat. Oleh itu pemimpin perlu sekati ada ilmu Islam, minda serta idea yang kreatif dan stategik.



Rasulullah SAW pernah bertanya kepada Sayidina Muaz ketika melepaskannya untuk menjadi gabenor di Yaman:
Sabda baginda: "Dengan apa nanti engkau menghukum?"
"Dengan Kitabullah," jawab Muaz.
"Kalau tidak ada?"
"Dengan Sunnah Rasulnya."
"Jika tidak ada dalam Sunnahnya?"
Muaz menjawab, "Aku akan berijtihad dengan fikiranku."
Rasulullah berkata, "Segala puji bagi Allah yang menyelaraskan fahaman utusan Rasulullah dengan apa yang diredhai Rasulullah."


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Follow Us
hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 17-2-2005 10:22 AM | Show all posts


Dalam kepimpinan seribu satu hal dan persoalan akan timbul dan berbangkit. Tidak semua perkara itu ada dalam Al Quran dan Hadis. Maka di situlah idea dan minda seorang pemimpin (yang berdasarkan wahyu) sangat penting. Dengan mindanya, dia boleh melakukan ijtihad fikri dalam semua hal dan isu yang berbangkit. Sebaliknya, kalau seorang pemimpin itu tidak tajam akalnya, ilmu tidak cukup, tidak ada minda pula, tidak kreatif dan tidak pandai berstrategi, jiwa negara dan rakyat akan jadi malap dan lesu, hidup segan mati tak mahu. Rakyat akan menjadi liar. Masalah yang timbul akan lebih banyak dari kebaikan yang berlaku. Sekalipun, dari segi peribadinya, pemimpin itu seorang yang baik.


Ilmu kepimpinan yang diajar di Universiti pada hari ini tidak disandarkan kepada ilmu-ilmu wahyu. la disandarkan semata-mata kepada ideologi hasil akal fikiran manusia. Justeru itu, ia telah melahirkan pemimpin dunia yang gagal memimpin manusia dan negara hingga menjadi betul-betul aman makmur dan mendapat keampunan Allah. Bukan sahaja negara tidak boleh maju, bahkan rakyat tidak terdidik dan masalah-masalah dalam negara tidak dapat diselesaikan dan diatasi.

Begitu juga ilmu yang didapati di pengajian-pengajian pondok, pesantren dan sekolah-sekolah agama hari ini. la pasif dan beku. la gagal melahirkan pemimpin yang dapat menyelesaikan pembangunan insaniah dan sekali gus pembangunan material ummah.



Akibatnya di kebanyakan negara-negara umat Islam di dunia, rakyatnya merempat. Sentiasa berhadapan dengan masalah kewangan, krisis sesama sendiri, perpecahan, pergaduhan, pergeseran, tindas-menindas, menyalahgunakan kuasa, tuduh-menuduh dan seribu satu macam masalah yang kebanyakannya tidak dapat dijawab atau diselesaikan oleh pemimpinnya. Bahkan pemimpin sendiri turut membuat masalah. Negara jadi lebih lemah, mundur dan bertambah hancur
.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 17-2-2005 10:27 AM | Show all posts
JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS BEDAH BUKU 慖SLAM HADHARI MENURUT USTAZ ASHAARI MUHAMMAD
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2005 06:41 PM | Show all posts
Terima kasih la pada saudara hafizi kerana telah mempromosikan Islam Hadhari Menurut Pandangan Ustaz Ashaari Muhammad. Walau pun beliau bukan ahli Rufaqa namun pandangan beliau yang dianggap sebagai orang awam telah memperjelaskan pandangan masyarakat Malaysia keatas peranan Abuya Ashaari Muhammad yang dapat dianggap sebagai pandangan yang luar biasa. Bukan calang2 insan apatah lagi ulamak yang dapat menjelaskan pandangan seperti abuya. Syabas dan terima kasih saudara hafizi.
Gua sayang sama lu.... ok. 10 Q


:hug::love::clap::lebai::setuju::setuju::setuju:
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 17-2-2005 06:58 PM | Show all posts
Assalamualaikum saudara,


terima kasih...jemputlah datang hari Ahad nanti ke PWTC...
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 19-2-2005 08:57 AM | Show all posts
2]. Tahu memimpin rakyat

Pemimpin seolah-olah orang yang celik yang membawa orang-orang buta menuju ke matlamatnya. Rakyat yang berjuta-juta dalam sesebuah negara hendak dijaga, dikawal, digerakkan fizikal, mental dan spiritual mereka agar menjadi berguna untuk diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Mereka perlu diletakkan di tempat, kedudukan dan peranan yang tepat supaya setiap orang dapat memberi sumbangan kepada agama, negara dan masyarakat.

Bukan senang hendak pimpin orang. Bukan senang orang hendak ikut cakap kita. Juga bukan senang hendak menjadikan rakyat yang jahil menjadi pandai, yang malas jadi rajin, yang degil jadi taat, yang liar jadi jinak, yang tidak pernah buat kerja hendak disuruh bekerja, yang jahat hendak jadi baik, yang tidak faham syariat hendak diberi faham tentang syariat, yang menentang jadi patuh dan sebagainya. Lebih-lebih lagi bukan senang hendak membina negara dan masyarakat yang maju di atas segala masalah, kelemahan dan kejahilan yang ada. Tetapi itulah tugas pemimpin Islam. Dia mesti tahu cara-cara memimpin, tahu seni silatnya, tahu sepak tendangnya, umpan-umpannya, rahsia-rahsia dan segala-gala yang berkaitan dengannya.



Ilmu-ilmu ini bukan diperolehi dari dewan-dewan kuliah mana-mana universiti. Tidak juga di pondok-pondok, pesantren atau sekolah-sekolah agama. Sumber ilmu ini diperolehi oleh seseorang pemimpin daripada:

i.   Al Quran dan Hadis

ii. Watak dan jiwa pemimpin yang terasuh sejak kecil

iii. Latarbelakang kehidupan dan pengalaman hidup di tengah-tengah masyarakat yang penuh pancaroba

iv. Pengalaman memimpin, cita-cita perjuangan dan hidupnya.

v.   Bantuan Allah sama ada dari segi ilmu-ilmu yang di-ilhamkan atau setidak-tidaknya yang didorongkan.


Kerja pemimpin bukan boleh dibuat dengan rasmi-rasmi, dari atas pentas, dari jauh atau dari pejabat yang berhawa dingin. Hendak jadikan si buta pandai berjalan, mana boleh arah-arah dari jauh. Kita kena pegang tangannya dan dituntun perlahan-lahan. Atau kita kena beri dia tongkat dan ajar dia bagaimana hendak menggunakannya. Ini kena dibuat bersungguh-sungguh dan berkali-kali hingga dia pandai sendiri.

Ertinya pemimpin mesti hidup di tengah-tengah masyarakat, makan bersama, berbincang bersama dan sembahyang berjemaah bersama. Tidak boleh berjumpa rakyat di majlis-majlis rasmi sahaja. Hingga kehidupan lahir dan batin Pemimpin dapat dicontohi, diikuti dan diteladani oleh rakyat. pemimpin jangan sampai mengecilkan hati rakyat.

Pendapatan dan kekayaan pemimpin janganlah sampaj melukakan hati rakyat. Untuk kejayaan dalam memimpin hingga rakyat boleh kasih dan taat setia padanya, pemirnpin mestilah menjadi sebahagian dari rakyat. Pemimpin yang menjauhi rakyat dan tidak ambil tahu tentang masalah rakyat nanti rakyat pun akan buat tidak tahu kepadanya.




bersambung

[ Last edited by hafizi on 21-2-2005 at 11:33 AM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 21-2-2005 11:31 AM | Show all posts


3.  Mendidik

Selain dari ada idea, minda dan ilmu kepimpinan yang tepat, pemimpin mesti mampu mendidik umat. Dia mesti mampu menyampaikan ilmu kepada rakyat sama ada ilmu Al Quran dan Hadis atau mindanya. Pemimpin yang pandai tetapi tidak mendidik rakyat tidak akan dapat menjayakan kepimpinan-nya. Macam-macam arahan dan dasarnya nanti tidak akan terlaksana. Ini kerana apabila pembangunan insan tidak berjaya, pembangunan material juga tidak akan dapat berjalan. Akan berlaku banyak penipuan dan penyelewengan.
Untuk mendidik rakyat, pemimpin mestilah memperbaiki diri. Dia mesti mempunyai lebih banyak sifat mahmudah daripada sifat mazmumah. Para pemimpin perlu ingat bahawa gagalnya kepimpinan yang ada di dunia hari ini umumnya adalah kerana adanya sifat jahat pada diri mereka yang diperturutkan. Terutama sifat ego, pemarah, bakhil, mementingkan diri, tidak ada belas kasihan, riyak dan sebagainya.


Sifat-sifat ini kalau dikekalkan, orang cepat lari dari kita. Orang benci, kecil hati dan marah kepada kita. Mungkin di depan kita mereka tunduk dan patuh kerana takut kepada kita tetapi di dalam hati dan di belakang, mereka mengata, mengutuk dan mengumpat kita. Di waktu itu, segala kepandaian, kehebatan dan jasa kita tidak bernilai lagi. Kita akan tinggal sendirian dan akan dilupakan orang.

Sebab itu Allah melarang sifat-sifat mazmumah ini diperturutkan. la akan membinasakan diri kita sendiri. Sifat riak misalnya akan memusnahkan kebaikan pemimpin kerana dia buat bukan kerana Allah tetapi kerana harapkan pujian manusia agar orang kenang jasanya. Supaya orang beri hati dan undi kepadanya. Dia juga terdorong untuk menyebut-nyebut dan mengungkit-ungkit jasanya. Orang begini sudahlah manusia benci, Allah pun sangat murka kepadanya. Firman Allah SWT:


: "Wahai orang yang beriman, janganlah kamu membatalkan sedekah kamu (segala bentuk kebaikan) dengan menyebut-nyebut meminta dibalas dan menyakiti (perasaan penerima)." (Al Baqarah: 264)

Jadi, pemimpin mesti belajar dan mendidik diri untuk jadi orang ikhlas. Hal ini bukan mudah. Apa lagi kalau tidak ada ilmu agama khususnya ilmu ihsan, akhlak atau tasawuf. Lebih-lebih lagilah bagi pemimpin yang menentang ajaran tasawuf, sufi dan tareqat. Dengan ilmu apa lagi mereka dapat bersihkan hati dan melawan hawa nafsu mereka. Takkanlah dengan ilmu siviks, sains, kesusasteraan, kejuruteraan, kedoktoran dan seumpamanya
.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Asryzal This user has been deleted
Post time 21-2-2005 11:45 AM | Show all posts

Assalamualaikum

:...saudara hafizi nanti boleh tak?..kongsi pengalaman saudara di majlis bedah buku 慖slam Hadhari ? :pray:

[ Last edited by Asryzal on 21-2-2005 at 11:50 AM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 21-2-2005 02:07 PM | Show all posts

Pada hemat saya, majlis tersebut berlaku dengan jayanya. Walaupun masa agak singkat, tetapi alhamdulillah saya rasa berpuashati.

Buku islam hadhari sudah di cetak sebanyak 3 kali di dalam masa sebulan. Pak Lah sudah mengakui bahawa ia merupakan salah satu sumber untuk mengetahui islam hadhari. Selepas ini akan ada susulan buku kedua dari Abuya mengenai Islam Hadhari dengan perincian kepada aspek sosial, ekonomi dan politik mengikut konsep islam hadhari.

Kupasan abuya mengenai perbezaan islam hadhari dan hadharah islamiah sangat cantik. Akan ada satu buku baru akan dikeluarkan mengenai isu tersebut untuk menjelaskan mengenai kekeliruan orang ramai terhadap kedua-dua istilah tersebut. Sebenarnya, secara ringkas yg saya boleh terangkan ialah perbezaan tersebut hanyalah dari segi istilah tetapi ia merujuk kepada benda yang sama.

Ibaratnya benda itu adalah garam.

A melihat garam itu dari segi cirinya, maka ia dapati garam itu sifatnya masin.

B melihat garam itu dari segi fungsinya, maka ia dapati garam itu sifatnya memasinkan.

Bukankah istilah masin dan memasinkan itu merujuk kepada garam itu?.

Cumanya kita apabila beli garam, kita tidak minta dengan berkata
"saya hendak beli garam masin atau garam memasinkan sekilo".
Kita hanya kata minta " saya hendak beli garam sekilo".

Ini bermakna, tanpa menambah islam itu sebagai islam hadhari atau hadharah islamiahpun sudah cukup. Jadi :

1. tak perlulah kita mempertikaikan istilah siapa yg lebih betul.
2. Islam itu memang kita tahu ia bertamadun (islam hadhari) dan mentamadunkan (hadharah islamiah)

Cuma kalau nak digunakan istilah tersebut tidak mengapa, sebab di dunia ini terlalu byk persepsi yang buruk mengenai islam, jadi di dalam strategi memulihkan semula persepsi buruk mengenai ISLAM itu, kita buat sedikit penambahan di depannya dengan istilah Islam Hadhari.

Supaya ibarat MADU,  ada pelbagai jenis madu, sekrg kita panggil madu yg kita guna MADU ASLI. Tentulah membawa persepsi yang lebih menarik kerana ASLI itu memberi persepsi yang lebih menonjol. Padahal MADU tetap MADU. Cuma yg membezakan sumber dan bagaimana proses ia dilakukan hingga menjadi MADU.


Dalam konteks ini kita gunalah istilah ISLAM HADHARI.


wallahu alam...

[ Last edited by hafizi on 21-2-2005 at 02:09 PM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 22-2-2005 09:15 AM | Show all posts


4. Taqwa

Pemimpin Islam mestilah yang memiliki sifat-sifat taqwa. Yakni orang yang sangat patuh dan taat kepada Allah dan Rasul, lahir dan batin. Seorang yang amat takut dengan dosa dan sangat memperjuangkan hukum-hukum Allah dalam diri, keluarga serta masyarakatnya. Orang beginilah yang hampir dengan Allah. Dia redha pada Allah dan Allah pun redha Padanya. Apa yang dia lakukan semuanya dapat restu dari Allah. Dalam sebuah Hadis Qudsi,  Allah SWT berfirman:

Maksudnya: "Takutlah oleh mu firasat orang mukmin kerana dia memandang dengan cahaya Allah."

Maksudnya: "Barangsiapa beramal dengan ilmu yang dia tahu, Allah akan pusakakan kepadanya ilmu yang dia tidak tahu."


5. Dia dilepaskan dari masalah.

Pemimpin sangat memerlukan bantuan Allah di waktu hadapi seribu satu macam masalah negara dan masalah mendatanginya. Tanpa bantuan Allah, umumnya, pemimpin itu tidak akan mampu untuk menyelesaikan masalah. Bahkan makin dicuba, akan timbul lebih banyak masalah lain.

Seperti seorang yang mempunyai kereta yang rosak dan dia mahu memperbaiki keretanya sendiri. Dia tidak tahu apa-a tentang kereta itu kerana bukan dia yang membuatnya. Dia pun tidak mempunyai ilmu tentang kereta tersebut. Kalau |a perbaiki juga, nescaya kereta itu akan jadi lebih rosak lagi. Dia perlukan bantuan mekanik kereta yang tahu selok belok tentang kereta itu.


Contohnya seperti masalah AIDS yang mencabar dunia hari ini. Kerana tidak dirujuk kepada ajaran Allah dan tidak pula meminta pertolongan-Nya, penyelesaian yang dibuat mem-bawa kepada pertumbuhan berbagai masalah lain. Manusia disarankan mengamalkan seks yang selamat (safe sex) dengan memakai kondom. Hasilnya, AIDS tidak dapat dibendung, zina pula berlaku dengan lebih banyak.

Hakikatnya masalah tidak selesai juga kerana zina itu adalah suatu penyakit sosial yang sangat dahsyat. la perbuatan yang berdosa, yang keji dan yang merosakkan keturunan. Masalah zina itu lebih dahsyat dari masalah AIDS itu sendiri kerana AIDS itu hanya buahnya walhal zina itu pokoknya. Kalau orang mengidap AIDS, dia tidak berdosa kerana penyakit itu, dosanya adalah kerana berzina.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Asryzal This user has been deleted
Post time 22-2-2005 11:55 AM | Show all posts

Assalamualaikum

Originally posted by hafizi at 21-2-2005 02:07 PM:

Pada hemat saya, majlis tersebut berlaku dengan jayanya. Walaupun masa agak singkat, tetapi alhamdulillah saya rasa berpuashati.

Buku islam hadhari sudah di cetak sebanyak 3 kali di dalam m ...


Terima Kasih diatas kesudian saudara menyampaikan info terkini. :hug:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 23-2-2005 11:39 AM | Show all posts
3. Dia mendapat rezeki dari sumber yang tidak diduga.
Sebab itu orang bertaqwa boleh selesaikan masalah ekonomi dan masalah-masalah seperti itu kerana bagi mereka, ada jalan-jalan kemasukan rezeki yang luar biasa. Hal ini dapat disaksikan dengan ketara dalam realiti kehidupan orang-orang yang bertaqwa. Allah Taala berfirman:

Maksudnya: "Barangsiapa yang bertaqwa Allah, Allah akan lepaskan dia dari masalah hidup memberi rezeki dari sumber yang tidak diduga."(  Thalaq: 2-3)

Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 24-2-2005 09:15 AM | Show all posts

2. Kuat mental


Kekuatan mental atau kuat akal atau kuat fikiran sangat penting bagi seorang pemimpin. la umpama lampu penyuluh perjalanan hidup rakyat. Tanpa pemimpin yang kuat mental, rakyat seolah-olah berada dalam kegelapan. Bila pemimpin lemah fikiran, dia kekurangan idea yang baik dan tepat untuk bertindak, merancang dan menyelesaikan masalah. Dia tidak kreatif dan tidak strategik. Dia tidak ada minda sendiri, hanya meminjam minda dan idea orang lain. Dia mudah buntu bila berhadapan dengan masalah.
Bila dicabar atau diancam, dia tidak tahu bagaimana hendak melepaskan diri dan bertindak balas.

Kadang-kadang, kerana tidak cerdik, perkara yang tidak baik dikatakannya baik dan begitulah sebaliknya. Keadaan yang berbahaya, dia tidak nampak dan tidak sedar maka dibiarkannya. Dia mudah termakan tipuan dan umpanan musuh.


Pemimpin yang mempunyai akal yang tajam dan mental yang kuat, dia dapat membaca sebab-sebab timbulnya sesuatu asalah dengan tepat dan pandai pula mencari jalan penyelesaian yang konkrit. Dia nampak kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku terhadap sesuatu tindakan yang orang lain tidak nampak.

Hal-hal yang tersirat dan tersembunyi dapat dibaca dan difahaminya. Tipuan musuh dapat dikesan dan dia mempunyai daya untuk bertindak balas dengan bijak dan tajam. Rancangannya tepat, strateginya mengena dan mindanya mampu menjayakan program pembangunan insan dan material dalam masyarakat dan negara
.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 25-2-2005 12:38 PM | Show all posts
3. Kuat perasaan

Kekuatan perasaan penting untuk menimbang-nimbang pe-rasaan, keperluan, kepentingan dan masalah orang lain dan rakyat. Kekuatan perasaan menimbulkan sifat bertimbang 1 rasa, berlemah lembut dan berkasih sayang sesama manusia. Kekuatan perasaan membolehkan kita untuk menangkap dan memahami perasaan dan hal-hal disebalik hati-hati manusia dan tahu bagaimana untuk menenangkan, menyenangkan dan menghiburkan mereka.


Kalau pemimpin tidak ada kekuatan perasaan, dia akan kasar, bengis dan kejam terhadap rakyat. Kalaupun rakyat taat kepadanya, adalah kerana takut dan terpaksa. Lama-kelamaan, rakyat akan jemu dan akan meninggalkannya. Dia kurang berhalus dan tidak sensitif dengan ragam manusia. Dia tidak pandai untuk memujuk, menjaga hati, mengambil| hati dan menghibur untuk menawan hati manusia. Kepimpinannya sentiasa tegang, serius dan formal. Tidak wujud tolak ansur, berlapang dada atau memaafkan rakyat yang bersalah atau lemah. Dia banyak melanggar dan merempuh dan memecahkan ukhwah. Akhirnya, kepimpinannya tidak  membawa apa-apa hasil yang baik.


Pemimpin yang ada kekuatan perasaan akan berhasil dalam membuat pertimbangan dan tindakan terhadap manusia. Dia ditaati dan dikasihi. Dia dipuja kerana pandai melayan dan menghiburkan hati rakyatnya tanpa mengorbankan prinsip dan identiti. Dia lembut, pengasih dan pemaaf tetapi tidak lembab, lemah atau cuai. Dia sabar tetapi tidak membiarkan rakyat. Dia diterima rakyat kerana akhlaknya, bukan sahaja kerana bijak dan beraninya. Pemimpin seperti ini bukan sahaja berada di mata tetapi juga di hati rakyat.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
 Author| Post time 26-2-2005 08:53 AM | Show all posts


4. Kuat fizikal

Pemimpin perlu ada kekuatan fizikal. Kalau pemimpin tidak aktif, tidak sihat, tidak lincah dan selalu tidak hadir program, kepimpinannya akan menjadi jumud dan kaku.


Pemimpin yang sempurna dengan kekuatan jiwa, mental, perasaan dan fizikal yang ditunjangi pula oleh iman dan taqwa, itulah pemimpin yang akan berjaya dalam kepimpinannya, yakni berjaya dalam mentaati Allah dan Rasul. Kalaupun seseorang itu mempunyai keempat-empat kekuatan di atas tetapi tidak ditunjangi oleh iman dan taqwa, maka kekuatan itu tidak akan dapat mencapai kesuburan yang maksimum. Umpama pokok, kalaupun benihnya baik tetapi kurang dapat baja, kesuburan dan hasilnya akan tetap terjejas.
Pemimpin yang tidak beriman dan bertaqwa, jiwanya tidak sampai kepada kemerdekaan yang hakiki kerana dia masih berpaut kepada kepentingan dunia, tidak kepada Allah yang Maha Tinggi. Perasaannya tidak sampai dapat menyingkap rahsia yang tersirat di sebalik hati manusia. llmunya pula tumpul dan cetek, cuma di sekitar hal-hal yang terjangkau 0[eh otak sahaja.



Pemerintah yang lemah

Kalau pemerintah atau pemimpin yang baik itu beriman dan bertaqwa dan mempunyai kekuatan jiwa, mental, perasaan ikal, maka pemerintah atau pemimpin yang lemah pula kerana salah satu atau lebih dari satu kekuatan yang disebut itu tidak ada padanya. Sama ada jiwanya tidak cukup kuat, mentalnya tidak cukup tajam, perasaannya tidakcukup halus atau fizikalnya tidak cukup sihat.

Namun kelemahan pemimpin akan lebih menonjol kalau dia lemah mental atau lemah fikiran, sekalipun dia seorang yang baik dan bertaqwa. Sekalipun dia tidak menindas, tidak menzalim, tidak menyalahgunakan kuasa dan tidak mencari kepentingan diri dalam masa dia berkuasa.



Pemimpin yang lemah mental atau fikiran tidak ada idea atau minda. Dia tidak kreatif dan tidak strategik. Akibatnya, dia tidak tahu bagaimana caranya untuk mencipta kemajuan. Tidak tahu juga bagaimana hendak mengawal dan menjaga kemajuan yang sedia ada. Masalah tidak dapat dilihat sebagai masalah, tidak tahu pula bagaimana hendak menyelesai-kannya. Dia tidak pandai membentuk dan mendidik rakyat yang membuat berbagai-bagai dan bermacam-macam masalah. Pembangunan insan di kalangan rakyat tidak berlaku dengan sempurna. Hasilnya, disebabkan pemimpin lemah fikiran, negara tidak maju, rakyat terbiar dan bila-bila masa sahaja musuh dapat memainkan dan menjatuhkannya.


Namun kalau pemimpin kuat mental tetapi lemah jiwa pula, kekuatan mental tidak ada erti apa-apa. Rancangan hanya tinggal teori dan idea semata-mata tetapi tidak terlaksana. Sebab untuk melaksanakan minda dan perancangan, pemimpin mesti dibantu oleh jiwa yang kuat iaitu bercita-cita, yakin, berani, tahan diuji, sanggup berkorban dan se-bagainya. Mungkin ideanya banyak, tetapi tersimpan dalam fail di pejabat. Dia tidak berani turun gelanggang dan ke tengah masyarakat kerana takut risiko, cemas kepada kemungkinan-kemungkinan tidak baik yang akan timbul, tidak berani memecah tradisi, tidak sanggup melawan arus dan bermacam-macam lagi.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.260943 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list