melakaguy This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
mamakcute This user has been deleted
|
OLD MALACCA PIC
|
|
|
|
|
|
|
mamakcute This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
PUTRI_NUR_ZAHRA This user has been deleted
|
tumpang tanya... kalau dari mahkota prade... jalan kaki leh sampai tak kat tempat2 brsejarah...
and 1 more.. jauh tak dari air keroh |
|
|
|
|
|
|
|
tumpang tanya jugak, ada sesiapa pernah ke kg. morten? kat melaka ni boleh menyusuri sungai ke? |
|
|
|
|
|
|
melakaguy This user has been deleted
|
Originally posted by PUTRI_NUR_ZAHRA at 27-9-2006 11:38 AM
tumpang tanya... kalau dari mahkota prade... jalan kaki leh sampai tak kat tempat2 brsejarah...
and 1 more.. jauh tak dari air keroh
lebih kurang 10km dari tol Air Keroh, Mahkota Parade dekat dengan A Famosa, Red House, boleh sampai dalam masa 10-15 minit. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by melakaguy at 3-10-2006 06:04 AM
lebih kurang 10km dari tol Air Keroh, Mahkota Parade dekat dengan A Famosa, Red House, boleh sampai dalam masa 10-15 minit.
betul tu, semuanya dalam walking distance aje. :hatdown: |
|
|
|
|
|
|
|
Seronok lawat Melaka
SEGALA-galanya ada di Melaka. Bukan setakat dikenali sebagai negeri bersejarah, malah Melaka menjanjikan pelbagai lokasi menarik untuk dilawati
Zoo Melaka
Terletak di Ayer Keroh dan zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Ia memiliki lebih 1,200 spesies haiwan termasuk 200 spesies burung, mamalia, reptilia dan amfibia yang ada di antaranya adalah spesies terancam.
Ia juga terkenal sebagai pusat pembiakan harimau belang terbesar di dunia dan memiliki sejumlah 24 ekor haiwan berkenaan. Zoo Melaka juga menawarkan zoo malam yang dibuka pada setiap hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah.
Taman Buaya Melaka
Terletak berdekatan Zoo Melaka dan taman buaya terbesar di negara ini. Ia memiliki lebih 200 buaya dari enam jenis spesies ditempatkan di sini termasuk buaya Amerika.
Taman Air A扚amosa
Taman Air A扚amosa di Alor Gajah menawarkan keseronokan yang tidak terhingga. Ia dilengkapi koleksi permainan air menarik yang dibina berdasarkan spesifikasi antarabangsa dan pernah memenangi anugerah 慐xecutive Board |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Seronok menyusuri Sungai Melaka
Oleh Riadz Radzi
[email protected]
heading:
SUNGAI Melaka yang mengalir di tengah-tengah bandar raya Melaka menyimpan seribu nostalgia. Muaranya di Bandar Hilir itu mengandungi cerita suka duka termasuk daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka, penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.
Tatkala penulis dibawa menyusuri sungai berkenaan, terbayang peristiwa pertempuran di antara hulubalang Melaka dengan tentera Portugis pada 1511.
Begitu juga dengan kesibukan muara Sungai Melaka sebagai pelabuhan dan pusat perdagangan terpenting di dunia kira-kira 600 tahun lalu.
Ketika itu, Sungai Melaka fokus utama untuk menjalankan aktiviti perdagangan seperti menjual kain, tembikar, rempah ratus dan pelbagai barangan lain yang dijalankan secara tukar barang (sistem barter) selain sebagai laluan pintu masuk penyebaran Islam di rantau ini.
Bagaimanapun, selepas negara mencapai kemerdekaan dan sistem pengangkutan jalan raya serta udara semakin moden, era kegemilangan Sungai Melaka semakin suram.
Kini, sungai yang pernah dikritik berikutan kebersihannya tidak dijaga itu dibangunkan sebagai salah satu destinasi pelancongan menarik di Melaka. Dari Jeti Parameswara di Jalan Quayside, anda boleh menaiki bot persiaran menyusuri Sungai Melaka sepanjang enam kilometer sehingga ke Kampung Morten.
Banyak pemandangan menarik dapat dilihat sepanjang menyusuri sungai bersejarah itu. Antara yang paling menarik ialah Kampung Morten di persisiran sungai itu. Perkampungan Melayu di dalam bandar itu masih mengekalkan rumah tradisional Melayu selain landskap yang cukup menarik.
Selain deretan bangunan tradisional di persisiran sungai, monumen bersejarah seperti bangunan Stadhuys, Gereja Christ, Gereja St Paul dan Gereja St Francis Xavier yang tersergam indah turut dapat dilihat.
Pembangunan di pesisiran sungai berkenaan tidak begitu dimodenkan, sebaliknya lebih kepada pemuliharaan alam semula jadi termasuk menanam lebih banyak pokok bakau di sekitarnya.
Meskipun pada satu ketika Sungai Melaka dikritik berikutan dipenuhi sampah sarap, keadaannya sudah jauh berubah. Kerajaan negeri mewujudkan skuad memantau sampah di permukaan air menggunakan perahu selain perangkap sampah disediakan berhampiran Jambatan Hang Jebat.
Kualiti air juga bertambah baik apabila sistem pengepam melalui saluran pembetungan khas yang dibina sepanjang 4.5 kilometer berhampiran Sungai Melaka bagi mengasingkan air sisa kumbahan sudah pun beroperasi.
Kerajaan Melaka mengambil inisiatif membangun dan menaikkan taraf sungai berkenaan dengan kos bernilai RM230 juta, membabitkan empat fasa bermula dari empangan kawalan pasang surut di Bachang hingga ke muara sungai.
Dua bot disediakan untuk membawa pelancong dengan bayaran RM10 untuk dewasa, RM5 bagi kanak-kanak serta RM8 untuk pelajar.
Waktu perjalanan adalah di antara jam 3 petang hingga 6 petang setiap hari sewaktu air pasang.
Bagaimanapun, sebuah pintu air akan dibina di muara sungai itu bagi memastikan air sentiasa penuh walaupun ketika air surut, selain memastikan bot tidak terkandas apabila menyusuri sungai itu.
Pembangunan di Sungai Melaka adalah ilham Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, selepas beliau melawat Sungai San Antonio di Texas, Amerika Syarikat tidak lama dulu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hotel Puri kekal warisan Peranakan
Oleh Riadz Radzi
BERSESUAIAN dengan lokasinya di tengah bandar raya Melaka Bersejarah, Hotel Puri tampil dengan seni bina dan dekorasi yang dipenuhi elemen sejarah terutama daripada warisan kebudayaan Peranakan.
Hotel Puri paling unik di Melaka. Pertama kali melihat hotel ini, penulis menyangka ia cuma hotel kecil berikutan bahagian depannya hanya terdiri dari satu lot rumah kedai saja.
Sebaliknya, hotel ini cukup luas. Walaupun kelihatan sempit dari luar, ia memanjang sehingga 100 meter ke belakang dan menjadikannya cukup luas. Ia juga diubah suai sehingga boleh menempatkan 48 bilik serta dua bilik suite.
揚emilik asal bangunan ini adalah orang Belanda. Pemerintah Belanda dulu mengenakan cukai berdasarkan lebar rumah. Atas sebab itu bangunan ini dibina memanjang ke belakang dan tidak lebar untuk mengelak dari membayar cukai lebih, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
WCR Resort dikelilingi air
Oleh KHALID YASIN
BERKUNJUNG dan bermalam di Water City Resort (WCR) di Bukit Katil, Melaka bersama keluarga memang menyeronokkan kerana selain dapat berehat, banyak kemudahan riadah yang disediakan mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Resort yang nampak eksklusif itu terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Melaka dan ia menawarkan pakej percutian menarik untuk seisi keluarga.
Pemangku Pengurus Resort dan Pengarah Pembangunan Perniagaannya, Natrah Mohd Karim, berkata resort itu nampak eksklusif, tetapi sebenarnya tidak mahal.
揝elain cantik dan menarik, ia sesuai untuk membawa keluarga bersantai kerana pelbagai kegiatan riadah boleh dilakukan pengunjung.
揑nilah konsep yang dibawa resort ini kerana pengunjung yang datang bersama keluarga boleh melakukan pelbagai aktiviti riadah yang disediakan.
揥CR dilengkapi pelbagai kemudahan riadah, sama ada untuk orang dewasa atau kanak-kanak, seperti aktiviti berkayak, memancing, kart, berenang, mendaki tembok tiruan, gelungsur air, bermain futsal, tenis dan bola tampar pantai, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PUTRI_NUR_ZAHRA at 27-9-2006 11:38 AM
tumpang tanya... kalau dari mahkota prade... jalan kaki leh sampai tak kat tempat2 brsejarah...
and 1 more.. jauh tak dari air keroh
putri, dari mahkota parade dekat sangat gi A Famosa, banda Hilir, Jonker Walk.. area situ2 ajer... dalam 1 km radius..
tapi kalau dari Mahkota parade nak gi air keroh, naik kereta mau 20-30 minit.. |
|
|
|
|
|
|
|
kat depan A Famosa ada mamak jual cendol dan rojak, sedap wooooo, lepas raya ni korang pergilah try .. kedai mamak tu kalo tak silap saya pernah masuk TV . ;) |
|
|
|
|
|
|
mamakcute This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Melaka wujud Muzium al-Quran pertama di Malaysia
MELAKA 11 Okt. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ada plan nak gie melaka - wat group around 80-100 pax in early dec - kat mana sesuai nak duduk eh? as usual budget tak le besar sgt rm150 below kot. it's gonna be families la most probably. so sesapa yg biasa dgn hotel kat melaka ni, sila lah bagi cadangan ... teringat seri costa (easy access) tapi ada terbaca a few bad reviews on this hotel so cam takut ler gak, nanti participants complain panas telinga .. |
|
|
|
|
|
|
|
sape2 familiar dgn melaka, boleh x bgtau katne tempat2 mkn best2..
kat sekitar bandar mlake? appreciate kalo ade gamba skali =) tq |
|
|
|
|
|
|
melakaguy This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
| |
|