maaf mengganggu di sini. Saya tuliskan sajak untuk insan tersayang......tumpang letak di sini:
Terima kasih (sajak untuk dia)
Masa yang berlalu
Setelah aku mengenal erti derita
Setelah aku lupa erti cinta
Harga diri yang semua hilang dari ku
Di rentap dengan kasar.
Aku merasakan kebahagian tidak ada lagi
Di perjalanan hidupku.
Aku tidak mengharap lagi, kerana aku rasakan mati
Sayang....kau hadir pada suatu hari.
Seolah kau dilahirkan untuk ku
Kau bawa kembali aku
Pada bahagia
Pada harga diri
Pada nikmat cinta
Sesungguhnya kau hanyalah satu
Tak mungkin lagi ada sepertimu.
Aku ingin lena didakapanmu.
berbantal lengan berselimut rindu
Aku ingin mengulit rasa denganmu.
Sehingga aku bangun kembali
Dari mimpi ngeri
Dari cinta yang telah padam
Dari harga diri yang telah ku lupai
Aku doakan kau kekal di sisi ku
Kerana aku amat memerlukanmu
Untuk meneruskan hidup yang panjang......
Terima kasih (buat mu)
Kerana hadir di sini.
Buat dia yang amat ku sayangi
Saya ciptakan khas untuk dia yg saya sayang........walau pun saya tak pandai sangat bersajak, di harap sudi terima.
[ Last edited by memories at 11-7-2006 04:02 PM ] |