CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matjan

AHLUL BAIT DAN IMAM SYIAH

[Copy link]
Post time 26-7-2006 06:48 PM | Show all posts
yg pastinya di iran majoritinya syiah dari keturunan ahlulbait itu sendiri. nabi berkata '...keturunanku(itrah) tidak akan berpisah dgn quran'. aqidah ahlulbait samaada dulu atau skrg amat membingungkan ana dan saudara2 juga. kita dipaksa oleh rasulullah supaya mengikut aqidah ahlulbaitnya, tapi yg mana satu..sunni atau syiah?


Salam Selawat Keatas nabi Muhammad dan Ahllbaitnya...

Wah penat sungguh, baru balik dan terus masuk ke MM rindulah dekat antum semua:love:

Wahai saudara Yahya pertama sekali saya ingin mengucapkan agar anda berjaya dalam projek terbaru anda....baik terus sajaha ke perbincangan kita....Saya rasa pasti ada kekeliruan di sini sedikit...pertama SYED dan SHARIFAH yang ada sekarang ini bukanlah AHLULBAIT yang telah disucikan dan bukanlah AHLULBAIT yang dimaksudkan Rasulallah S.A.W.W dalam hadis t-saqalain dan hadis lain-lain yang menerangkan bahawa "Ahlulbait bersama Al-quran", sesungguhnya AHLULBAIT yang dimaksudkan nabi  adalah 14 orang (sudah dibahaskan)...Syed dan Syarifah yang ada sekarang ini hanya KETURURNAN DARI SALAH SATU AHLULBAIT dan mereka bukannya semesti betul dan aqidah yang mereka bawa bukanlah semestinya betul....sebagai contoh nabi nuh...kita percaya bahawa nabi nuh aqidahnya adalah betul dan adakah kita akan mengatakan bahawa aqidah keturunannya (anaknya) juga betul sedangkan anaknya juga telah menolak ajaran nabi Nuh a.s...Jadi natijahnya disini bahawa AQIDAH KETURUNAN AHLULBAIT BUKANLAH SEMESTINYA BETUL....dan saudara yahya ada mengatakan bahawa
yg pastinya di iran majoritinya syiah dari keturunan ahlulbait itu sendiri. nabi berkata '...keturunanku(itrah) tidak akan berpisah dgn quran'. aqidah ahlulbait samaada dulu atau skrg amat membingungkan ana dan saudara2 juga. kita dipaksa oleh rasulullah supaya mengikut aqidah ahlulbaitnya, tapi yg mana satu..sunni atau syiah?
sebenarnya ahlulbait ini bukanlah itrah yang dimaksudkan nabi...mereka ini keturunan ahlulbait...jadi al-quran bukanlah bersama mereka ini....jadi yang kita perlu kaji adalah 14 orang maksum itu...apa aqidah mereka bukannya keturunan ahlulbait kerana mereka ini sekarang begitu banyak dan pelbagai aliran ada...ada yang sunni..ada yang syiah..ada yang wahabi...ada yang Ayah Pin...ada pula yang Kristian...macam2 adakah ita akan mengatakan bahawa mereka betul...

jadi sebenarnya disini kita harus mengkaji kebenaran antara aqidah ASWJ dan SYIAH berdasarkan AL-QURAN...SUNNAH ...AHLULBAIT (kenal dahulu mereka) mana yang benar kerana antara 2 ini pasti ada yang benar...ASWj atau syiah....itu semua terletak kepada kajian anda sendiri janganlah mengikut kebenaran itu pada kuantiti pengikutnya...kalau kita nak kira macam 2 sekarang ini kita lihat pengikut Kristian itu paling ramai adakah kita akan mengatakan ia benar...jadi kuantiti itu bukanlah tolak ukur sesuatu kebenaran tetapi sebaliknya kualitinya.....

Saya harap jangan ada pihak yang berkecil hati jika ada kekerasan dalan post saya ini...kerana saya ingin enjelaskan bahawa bukanlah Keturunan Ahlulbait sekarang ini yang bersama al-quran...tetapi mereka 14 orang maksum yang dimulai oleh Rasulallah, Fatimah, Ali,......hingga al-Qoim al Mahdi....

Wassalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2006 11:37 PM | Show all posts
salam sheikh.

terima kasih..

kita dipaksa mengikut ahlulbait rasul...tetapi kita tidak sezaman dgn mereka, jadi bagaimana kita hendak mengetahui aqidah mereka? sebab itu nabi tinggalkan itrahnya yakni keturunan yg skrg bertebaran diseluruh dunia. kata nabi..'ahlulbaitku penyelamat bagi penghuni bumi', maksudnya jika masih ada keturunannya kiamat tidak akan berlaku.

ana dah hadam ilmu nasab ni..makna itrah sungguh luas maksudnya. sheikh kata ahlulbait ade yg kristian..ini satu fitnah kepada rasulullah. ana pernah dgr cite ni tapi sheikh kena hati2 sebab ini propaganda yahudi. adakah jika si fulan memaki prediket syed atau syarifah dikira ahlulbait? apakah nasab mereka shohih jika mengikut disilpin ilmu nasab dan salasilah. ramai ahwal(non-syed) yg membuat nasab palsu utk agenda tertentu. Cth seperti kesultanan brunei yg mengklaim itrah rasulullah. adakah dgn sewenang2 kita menerima bahwa mereka itu ahlulbait tanpa usul periksa dan dicermati salasilahnya? Salasilah kesultanan brunei memang asalnya ahlulbait tetapi nasabnya terputus dari generasi teratas dan generasi yg ada skrg ini bukan dikira ahlulbait. samalah juga dgn kesultanan terengganu. yg shoheh dan benar nasabnya adalah kesultanan perlis shj(al-Jamalullail). nabi berkata '...ya allah, kurniakan keturunan yg byk dan baik dari ali dan fatimah'. nauzubillah, ana lebih percaya kata2 nabi dari lidah org2 yg hasut.

kheir

p/s: ana dok studi da vinci code..apakah benar keturunan nabi isa as masih wujud hingga skrg? Jika benar maknanya isa as bukan anak tuhan seperti dakwaan penganut kristian..dan jika beliau bukan anak tuhan bermakna agama kristian itu palsu. satu fakta leonardo da vinci yg boleh melemahkan aqidah penganut agama kristian. wallahuallam...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 12:20 AM | Show all posts
Originally posted by yahya at 26-7-2006 11:37 PM
salam sheikh.

terima kasih..

kita dipaksa mengikut ahlulbait rasul...tetapi kita tidak sezaman dgn mereka, jadi bagaimana kita hendak mengetahui aqidah mereka? sebab itu nabi tinggalkan itrah ...


Ni kira guru yahya ker.

Persoalan nya ramai ahlul bait.

Ada yang pro syiah, ada yang pro wahabi dan ada yang pro sunni.

Yang mana satu kita nak ikuti?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 12:39 PM | Show all posts
jadi sebenarnya disini kita harus mengkaji kebenaran antara aqidah ASWJ dan SYIAH berdasarkan AL-QURAN...SUNNAH ...AHLULBAIT (kenal dahulu mereka)


kembali kepada ayat 33 sebelum ini.  definasi siapa ahlul bait itu (mengikut apa yg syaikh nyatakan sini) juga memainkan peranan dlm menentukan aqidah.  kalau saya perhatikan ada beberapa perkara yg hanya masaalah feqah tetapi ada juga perkara yg menyentuh aqidah.

bagaimana kalau kita ikut saranan yahya di thread, supaya menilai ayat quran ini tanpa merujuk kepada hadith.  Siapa ahlul bait merujuk kepada quran sahaja?  Kalau diikut hadith maka akan masih jadi terpecah dua aliran.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 01:21 PM | Show all posts
salam

jika mengikut ayat 33:33, ahlulbait itu dinisbatkan pada mereka yg 5 shj atau lebih tepat ahlulbait alkissa. ahlulbait alkissa berbeza dgn al-zuwaj kerana alkissa boleh mewarisi ahlulbait melalui hubungan nasab tetapi tidak alzuwaj yg hanya melalui pernikahan, dan jika berpisah ianya tidak boleh mewarisi ahlulbait. sheikh berkata, ahlulbait itu adalah hanya utk 14 shj. ini membuktikan bahwa imam ali zainal abidin boleh mewarisi ahlulbait melalui nasab bapanya imam husein dan seterusnya diwarisi keturunannya sampai al-mahdi. tapi kenapa hanya imam musa khazim shj yg mewarisi nasab ahlulbait dari bapanya imam jafar shodiq dan kenapa bukan kesemua anaknya termasuk imam ali al-uraidhi? ini satu kesalahan fakta yg jelas. imam ali al-uraidhi mewarisi nasab ahlulbait juga dari bapanya..dan kerana beliaulah islam itu tersebar ke tanah melayu. sedangkan imam musa al-kazhim bukan anak sulung imam jafar tetapi imam ismail. sebab itulah ada kelompok syiah yg percaya bahwa ana sulung lebih berhak mewarisi kekhalifahan dan imam. atas dasar inilah maka wujudnya syiah ismailiyyah kerana merujuk kepada imam ali ra yg mewariskan kekhalifahan dan imam kepada al-hasan, anak sulungnya bukan al-husein ra.

nasab ahlulbait boleh diwarisi tetapi tidak sifat maksum. yg maksum hanyalah para imam 12 shj, ini pendapat syiah. tetapi ilmu mereka diwarisi oleh keturunannya pada hari ini. sebab itulah dlm hujah ana yg terdahulu byk bersumberkan dari riwayah2 yg diwarisi oleh moyang mereka. nabi tidak menyuruh ummatnya mengikut aqidah itrahnya 100% tapi rasulullah menyuruh ummatnya mencintai itrahnya. ada dikalangan itrahnya yg jelek dan buruk perangai tetapi mereka itu manusia. yg buruk kita tak usah jadikan tauladan dan jgn sesekali mencaci mereka kerana sifat buruknya, sebab nabi dah bagi amaran pada ummat bahwa, apabila ummatnya berhimpun di depan telaga haudh..perkara pertama yg nabi persoalkan adalah bagaimana perlakuan ummat terhadap itrahnya yakni keturunannya. soal ahlulbait ada yg jelek itu akan dihakimi oleh datuknya sendiri iaitu rasulullah bukan kita. tugas kita ialah menghormati dan mencintai mereka tetapi dgn bersyarat. dlm alquran menyuruh kita mencintai keluarga beliau dan ini sesuatu yg amat jelas kerana allah swt memberikan penghormatan kepada rasulullah. begitu juga istri2 beliau. allah mengharamkan ummat mengahwini istri rasul sesudah beliau wafat. ini satu penghormatan kepada rasul shj dan bukanlah penghormatan kepada istri2 beliau kerana ada dikalangan istri beliau yg buruk perangai samalah juga dgn itrahnya.

khier
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 01:50 PM | Show all posts
Originally posted by yahya at 27-7-2006 01:21 PM
salam

jika mengikut ayat 33:33, ahlulbait itu dinisbatkan pada mereka yg 5 shj atau lebih tepat ahlulbait alkissa. ahlulbait alkissa berbeza dgn al-zuwaj kerana alkissa boleh mewarisi ahlulbait  ...



saya tak berapa faham dengan al-zuwaj.  adakah al-zuwaj termasuk dalam ayat tersebut?

sebelum ini kyas ada memberi komen berkenaan ayat ini dan bagaimana ia boleh dinisbatkan kepada al-zuwaj.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2006 03:22 PM | Show all posts
Salam Selawat keatas nabi Muhammad dan Ahlulbait...

Wahai saudaraku yahya...saya pastu saudara lebih berilmu dari saya dan saya pasti saudara lebih mengenal sejarah dari saya dan saya pasti saudara lebih arif mengenai ahlulbait dari saya....

Wahai saudara saya ingin memberikan pendapat saya dan apa yang saya rasa betul pada diri saya...saya harap perbualan kita ini akan diakhiri dengan sihat...ILLAHI!!

Baik lantas langsung kita ke pokoknya...saudara ada menyebut bahawa ahlulbait nabi ada sampai kini....dan dan kiamat tidak akan berlaku sekiranya masih ada syed di bumi (saya tidak pasti mana datangnya hadis ini)....mimang tidak dinafikan bahawa ada nya KETURUNAN AHLULBAIT sampai kini tapi saudara harus lah faham bahawa maksud itrah, keluargaku, ahlulbait itu di dalam hadis-hadis rasuallah dan al-quran bukanlah diisyarahkan kepada syed dan syarifah yang ada kini....memang maksud itrah itu sangat luas bukan lah termaktub kepada 14 sahaja tetapi perlulah kita kaji erti kata itrah yang sebenar...seperti di dalam al-quran ayat al-ahzab 33...yang ada menyebut ahlulbait...mereka mengetakan bahawa ahlulbait itu luas mencakupi isteri-isteri, sanak-saudara dan sebagainya tetapi di situ terdapat satu kalimah 'innama" yang membataskan jadi ia menunjukkan bukannya umum kalau dah masuk isteri anak pinak semua tidak perlu guna "innama" (pembahasana ini sudah dibincangkan di dalam dialog antara shaikh dan sheir'ali sila rujuk kembali untuk lebih detail)....

Baiklah saudara bagi pernyataan saudara bahawa kenapa lepas imam hassan pergi terus ke imam jaafar a.s kenapa tidak ke anak sulungnya...saya tahu bahawa saudara arif tentang nasab-nasab ini...saya mengakui bahawa saya jahil tapi saya juga pasti bahawa saudara mesti pernah jumpa hadis nabi yang mengatakan siapa ahlulbaitnya dari awal hingga akhir zaman yang mana ahlulbait inilah yang dimaksudkan di dalam al-quran dan hadis-hadis beliau...saya tidak tahulah jika saudara terlepas pandang hadis itu kerana di dalam buku nasab pasti ada....Wahai saudaraku yahya saya tahu bahawa saudara mengakui bahawa ashabul kissa seramai 5 orang itu telah disucikan dan saudra beriman dengan mereka dan pastinya saudara tahu ADA BANYAK HADIS DARI MEREKA YANG MENYATAKAN SIAPA PEGANTI SELEPAS MEREKA....TERALALU BANYAK HADIS BEGITU SEMAK BALIK....

Seterusnya saudara mengatakan WAJIB MENCINTAI SYED DAN SYARIFAH YANG ADA SEKARANG....wahai saudara berat sungguh fakta saudara ini, saya menyarankan saudara teliti balik ayat almawaddah ini dan semak akan hadis-hadis yang berkaitan...bukanlah yang dimaksudkan itu syed dan syarifah kini....

Saudara juga ada meyatakan beberapa hadis yang menyatakan nanti di masyar akan ditanya bagaimana sikap kalian terhadap ahlulbaitnya nabi....wahai saudara sekali lagi saya sarankan fahamkan erti kata maksud itrah, ahlulbait yang sebenar...saudara ada kata juga kalau syed dan syarifah buat salah itu perkara fitrah tapi kita harus tetap hormat mereka...ini saya tidak fikir begitu...adakah rasula tetap menyuruh umatnya cintai terhadap keluarga yang berlaku zalim sedang pasti saudara pernah dengan hadis nabi yang mengatakan "...jika fatimah putri ke cintaan ku mencuri akan juga ku potong tangannya, malah lebih berat dari itu" bukankah menunjukkan nabi tidak pernah menyuruh membezakan walaupun dari keturunannya jika berlaku zalim....

Wahai saudara ini adalah pendapat saya sahaja, jika ada silap saya harap saudara yahya dapat perbetulkan dan terangkan yang sebenar kepada saya yang jahil ini....saya harap ini dapat menjadi perbualan ilmiah...

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 05:56 PM | Show all posts
ayat al-ahzab 33...yang ada menyebut ahlulbait...mereka mengetakan bahawa ahlulbait itu luas mencakupi isteri-isteri, sanak-saudara dan sebagainya


saya bersetuju kalau dikatakan sekarang ini hanya terdapat keturunan ahlul bait.

tapi kalau menurut shaikh, definasi tu saya rasa bukanlah apa yg saya pelajari selama ini.  ahlul-bait yg saya fahami ialah isteri-isteri nabi s.a.w. dan s.ali, s.fatimah, s.husin dan s,hasan.  dari mana shaikh mendapat maklumat yg menyatakan sanak saudara tu saya tak pasti.  dan semasa ayat itu turun, rasulullah tiada zuriat selain dari isteri baginda s.khadijah.

apa yg saya faham ialah ada hadith yg menyatakan keinginan s.umar mendekati ahlul-bait, dan dia menyatakan telah pun mempunyai pertalian dgn ahlul bait iaitu anaknya hafshah.  langsung tidak timbul s.umar, s.abu bakar, abu sufian, muawiyah dll adalah ahlulbait.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2006 06:18 PM | Show all posts
Salam Selawat Keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Wahai ibnur...pertama baguslah jika saudara sudah faham akan maksud saya...lantas bagi menjawab pertanyaa saudara ibnur itu sebenarnya saya tidak mengatakan bahawa dari defenisi ASWj yang difahami bahawa sanak-saudara termaksud tetapi saya maksudkan adalah DEFINISI SEBENAR ITRAH itu yang jika diterjemahkan dari bahasa arab akan membawa maksud yang luas sehingga bukan terbatas kepada isteri-isteri...malahan saudara belah bapa dan sebagainya...

Wahai saudara ibnur...saudara mengetakan bahawa surah al-ahzab diturunkan untuk mengisyarahkan PENYUCIAN AHLULBAITkan ???? jika saudara mengatakan bahawa ia adalah untuk menunjukkan kemaksuman ahlulbait maka ini sudah senang sekrang yang menjadi masalah adalah SIAPA AHLULBAIT YANG SEBENAR....adapun saudara ,mengatakan bahawa ia adlah ISTERI-ISTERI RASULLLAH, FATIMAH, ALI, HASSAN, HUSAIN dan Rasulallah sendiri...baiklah jika saudara melihat kepada HADIS DARI AISYA SENDIRI YANG MENGATAKAN "satu hari aku melihat rasullah memakai satu kain yang tidak berjahit, lantas ia memanggil Fatimah dan disuruhnya panggil Ali, dan kedua putranya, lantas bila tibanya mereka semua iaitu fatimah, Ali, hassan dan husain dimasukkan mereka kesemua kedalam kain itu dan sambil mengangkat tangan dan berkata ya allah SESUNGGUHNYA MEREKA INILAH AHLULBAITKU YANG ENGKAU MAHU UNTUK MENSUCIKAN MEREKA DARI SEGALA NISTA, lantas Ummu Salamah mengangkat kain itu dan berkata "masukkan ku sekali wahai rasulallah" lantas rasullah menghalang dan berkata "SESUNGGUHNYA ENGKAU BERADA DI DALAM PIHAK YANG BENAR"....

Hadis ini sangat jelas menunjukkan bahawa ahlulbait itu adalah untuk 5 orang bukan termasuk isteri-isterimereka...saya harap saudara faham dengan betul jika ada kebingunagn sialalah bertanya INSYALLAH saya akan menjawab sekadar yang mampu...jangan saudara membuat fahaman sendiri seperti saudara sheir'ali   

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 06:22 PM | Show all posts
salam

nampaknya shaikh tidak faham lagi maksud ahlulbait yg sebenarnya. yg saudara shaikh sebutkan itu hanya teori dan andain, tiada bukti yg cukup kuat yg boleh dijadikan sandaran. berikut ana bagi fatwa rasmi kerajaan arab saudi:

Berikut adalah fatwa dari seorang ulama besar dan Mufti rasmi kerajaan Saudi Arabia dari kalangan mazhab al-Wahhabiyah, iaitu Allamah Almufti Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, yang dimuat dalam majalah "ALMADINAH", halaman 9, nombor 5692, tanggal 7 Muharram 1402 H/24 Oktober 1982 Masihi sebagai berikut:

Seorang saudara dari Iraq mengajukan pertanyaan, bahawa sementara orang di negeri itu terkenal sebagai golongan "Sayyid" atau sebagai anak cucu keturunan Rasulullah s.a.w. Akan tetapi menurut keyakinan saya, demikian kata Saudara tersebut, mereka memperlakukan orang lain dengan perlakuan yang tidak semestinya mereka lakukan. Saya sendiri tidak tahu, apakah keyakinan saya itu benar ataukah salah. Yang saya anggap penting iaitu bahawa mereka itu memungut wang dari orang lain sebagai imbasan atas tulisan dan doa-doa yang mereka berikan untuk orang sakit卍an lain sebagainya. Mereka juga menerima shadaqah baik berupa ternakan sembelihan mahupun wang dan lain-lain. Dengan perbuatan seperti itu mereka membangkitkan keraguan orang banyak卍an seterusnya.

Jawapan atas pertanyaan tersebut ialah:

"Orang-orang seperti mereka itu terdapat di berbagai tempat dan negeri. Mereka terkenal juga dengan gelaran "syarif". Sebagaimana yang dikatakan oleh orang-orang yang mengetahui, mereka itu berasal dari keturunan ahlulbait Rasulullah s.a.w. Di antara mereka itu ada yang salasilahnya berasal dari al-Hassan r.a dan ada pula yang berasal dari al-Husein r.a; ada yang dikenali dengan gelaran "sayyid" dan ada juga yang dikenali dengan gelaran "syarif". Itu merupakan kenyataan yang diketahui umum di Yaman dan di negeri-negeri lain.

"Mereka itu sesungguhnya wajib bertaqwa kepada Allah dan harus menjaga diri dari hal-hal yang diharamkan Allah bagi mereka. Semestinya mereka itu harus menjadi orang-orang yang paling menjauhi segala macam keburukan. Kemuliaan silsilah mereka wajib dihormati dan tidak boleh disalahgunakan oleh orang-orang yang bersangkutan. Jika mereka diberi sesuatu dari Baitul-Mal itu memang telah menjadi hak yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada mereka. Pemberian halal lainnya yang bukan zakat, tidak ada salahnya kalau mereka itu mahu menerimanya. Akan tetapi kalau silsilah yang mulia itu disalahgunakan, lalu ia beranggapan bahawa orang yang mempunyai silsilah itu dapat mewajibkan orang lain supaya memberi ini dan itu, sungguh itu merupakan perbuatan yang tidak patut. Keturunan Rasulullah s.a.w. adalah keturunan yang termulia dan Bani Hasyim adalah yang paling afdhal di kalangan orang-orang Arab. Kerananya tidak patut kalau mereka melakukan sesuatu yang mencemarkan kemuliaan martabat mereka sendiri, baik berupa perbuatan, ucapan ataupun perilaku yang rendah.

"Adapun soal menghormati mereka, mengakui keutamaan mereka dan memberikan kepada mereka apa yang telah menjadi hak mereka, atau memberi maaf atas kesalahan mereka terhadap orang lain dan tidak mempersoalkan kekeliruan mereka yang tidak menyentuh soal agama, semuanya itu adalah kebajikan. Dalam sebuah Hadith Rasulullah s.a.w. berulang-ulang mewanti-wanti: "Kalian ku ingatkan kepada Allah akan ahlulbaitku卥alian ku ingatkan kepada Allah akan ahlulbaitku". Jadi, berbuat baik terhadap mereka, memaafkan kekeliruan mereka yang bersifat peribadi, menghargai mereka sesuai dengan darjatnya, dan membantu mereka pada saat-saat membutu*kan; semuanya itu merupakan perbuatan baik dan kebajikan kepada mereka
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 06:52 PM | Show all posts
Salam Selawat keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Secara terus-terang saya bukan tidak faham tetapi masih lagi tidak dapat menerima fakta BAHAWA APA YANG TERDAPAT DI DALAM AL-QURAN DAN HADIS RASULALLAH YANG ADA MENYEBUT AHLULBAIT ATAU ITRAH ITU DIMAKSUDKAN KEPADA SYED DAN SYARIFAH KINI.....

Wahai saudara, saya setuju dengan fatwa dari ulama itu yang mengatakan
Mereka itu sesungguhnya wajib bertaqwa kepada Allah dan harus menjaga diri dari hal-hal yang diharamkan Allah bagi mereka. Semestinya mereka itu harus menjadi orang-orang yang paling menjauhi segala macam keburukan. Kemuliaan silsilah mereka wajib dihormati dan tidak boleh disalahgunakan oleh orang-orang yang bersangkutan. Jika mereka diberi sesuatu dari Baitul-Mal itu memang telah menjadi hak yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada mereka. Pemberian halal lainnya yang bukan zakat, tidak ada salahnya kalau mereka itu mahu menerimanya. Akan tetapi kalau silsilah yang mulia itu disalahgunakan, lalu ia beranggapan bahawa orang yang mempunyai silsilah itu dapat mewajibkan orang lain supaya memberi ini dan itu, sungguh itu merupakan perbuatan yang tidak patut. Keturunan Rasulullah s.a.w. adalah keturunan yang termulia dan Bani Hasyim adalah yang paling afdhal di kalangan orang-orang Arab. Kerananya tidak patut kalau mereka melakukan sesuatu yang mencemarkan kemuliaan martabat mereka sendiri, baik berupa perbuatan, ucapan ataupun perilaku yang rendah.


TETAPI SAYA TIDAK DAPAT TERIMA
bukankah dlm solat wajib kita berdoa kepada mereka dan jika ingkar solat tidak diterima oleh allah swt.


Ini yang paling tidak masuk akal....pertama yang dimana diwajibkan bersalawat dan berdoa kepada ahlulbait itu bukanlah dimaksudkan dengan syed dan syarifah kini, ini sangat tidak bersesuaian kerana ada syed dan syarifah yang zalim...ada syed dan syarifah yang syirik...adakah jika ia zalim ia menjadi penentu antara keterimaan solat...sungguh ini diluar dari wahyu allah yang diturunkan bagi membenteras kezaliman tetapi doa kepada orang yang zalim menjadi penentu sah solat....syed dan syarifah ini juga menjadi BINTANG_BINTANG PENYELAMAT...sedangkan mereka zalim.....


Wahai saudara agama ini adalah datang dari allah...Allah itu sedia maklum suci dari segala kejahilan dan kezaliman, maka agama yang diturunkanya itu juga suci dan murni...maka diturunkan oleh Jibrail yang suci dari nafsu dan dosa, paling taat dan paling alim antara malaikat lainnya....dan disebarkan oleh Muhammad bin Abduallah yang suci dimana sejak lahir telah dipelihara oleh allah, diberi ilmunya allah diberinya ahklaknya allah ditarbiyah sendiri oleh Allah S.W.T....beliau juga nabi paling utama antara sekalian NABI, RASUl,dan MALAIKAT......tidak pun di dalam period penurunan ad-din ini dipegang atau disentuh selain mereka yang suci dan TIDAK MELAKUKAN KEZALIMAN...(adakah saudara hendak mempertikaikannya)...

Jadi adakah mereka yang tidak suci dipertanggugjawabkan untuk menetukan sah solat seseorang dan menjadi penyelamat dari penyelewingan agama...ini sangat jelas...

Agama ini secara fitrahnya tidak boleh berkembang, tersebar atau terpelihara dengan sendiri, secara fitrahnya agama perlu sesuatu untuk MEMELIHARA AGAMA ITU SENDIRI...jadi adakah selepas kewafatan rasulallah hanya dibiarkan agama itu begitu sahaja tanpa pewaris untuk memelihara agama itu. Sebagai untuk lebih jelas ketika anda mempunyai satu syarikat...dan tidak MENENTUKAN PEWARIS SYARIKAT ANDA....adakah anda akan membiarkan ORANG LAIN BERMUSYUARAT UNTUK MEMILIH PEGANTINYA...yang pasti syarikat itu anda punya dan pastinya ada akan pilih orang yang lain yang dipilih oleh anda sebagai peganti...BEGITU juga dengan agama ini...yang pasti Allah yang akan memelih siapa yang layak untuk menjaga agama ini...jadi adakah selepas rasullah maka lenyap penjaganya....jadi disnilah peranan para imam ahlulbait...jika tiada penerus penjaganya maka sia-sialah sahaja selama 23 tahun Rasulallah S.A.W.W bersusah-payah menahan perih akhirnya risalah dibiarkan pegitu sahaja tanpa peganti....

disini terdapat 2 point :

1)kepentingan imam itu mesti maksum
2)imam ahlulbait itu sebagai penerus risalah ilahi.

Jadi disini boleh dikaitkan dengan bahawa SYED DAN SYARIFAH KINI BUKANLAH PENYELAMAT DARI KESESATAN DAN BUKANLAH PENENTU SAH SOLAT DAN BUKANLAH YANG DIAMKSUD DI DALAM AL-QURAN DAN SUNNAH KERAN MEREKA BUKAN MAKSUM UNTUK MENJADI PENYELAMAT UMAT MUHAMMAD....

Wassalam....
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 07:16 PM | Show all posts
salam

wahai saudara, ana tidak mahu perbincangan ini meleret menjadi debat.

saudara tidak boleh jumud dgn melihat syed dan syarifah yg buruk amalannya dan terus mengambil kesimpulan bahwa semua itrah nabi buruk amalannya. yg buruk perangainya hanya sekelumit, tetapi majoriti itrah rasulullah yg ada pada hari ini adalah alim, taqwa dan zuhud. jika antum lebih percaya syed byk yg jelek dari baik, maknanya anta sudah menolak hadis nabi: 'kurniakanlah keturunan yg baik2....'. hadis ini cukup popular dari golongan syiah.

bukankah zakat diharamkan utk itrah rasulullah. cuba ante pergi ke baitulmal dan minta sedeqah mesti pengurus menghalangnya dgn alasan keturunan nabi haram menerima sedeqah. begitu juga selawat, muslim diwajibkan berselawat utk keturunan ibrahim dan muhammad dlm solat, kalau ingkar tidak sah solatnya. kaum syiah tidak ada yg menolak pendapat ini kecuali sheikh shj. adakah ante ni syiah ataupun bukan?

khier
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 07:16 PM | Show all posts
Originally posted by shaikh at 27-7-2006 06:18 PM
Salam Selawat Keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Wahai ibnur...pertama baguslah jika saudara sudah faham akan maksud saya...lantas bagi menjawab pertanyaa saudara ibnur itu sebenarnya saya ...



saya mengikut tafsiran-tafsiran yg merujuk kepada al-quran dahulu, kemudiannya hadith.  apa yg saya faham, hujah nya lebih kuat kepada apa yg saya percaya.  spt yg saya katakan dlm post terdahulu, boleh juga rujuk kpd posting kyas sebelum ini.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 08:46 PM | Show all posts
Originally posted by yahya at 27-7-2006 07:16 PM
salam

wahai saudara, ana tidak mahu perbincangan ini meleret menjadi debat.

saudara tidak boleh jumud dgn melihat syed dan syarifah yg buruk amalannya dan terus mengambil kesimpulan bahwa sem ...



Salam Selawat keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya....

Wahai saudaraku yahya saya rasa saudara sudah salah faham akan maksud saya, saya bukan katakan BAHAWA SYED DAN SYARIFAH ITU SEMUA BURUK AMALANNYA DAN TIDAK BAGUS SAYA SEnDIRI SYED, YANG SAYA MAKSUDKAN DENGAN ZALIM ITU BUKANLAH IA MERUJUK KEPADA SIFAT BURUK DAN AMALAN JAHAT TETAPI TIDAK MAKSUM......SAYA AGAK SAUDARA MASIH TIDAK FAHAM DENGAN MAKSUD ZALIM.....SAYA MENGAKUI BAHAWA BANYAK SYED DAN SHARIFAH KINI ITU BANYAK YANG ALIM DAN WARAQ< TAWADUK MEMANG BETUL....SAYA SENDIRI DAH BERCAMPUR DENGAN MEREKA DAN ATUK SAYA SENDIRI SEORANG YANG ALIM DARI YAMAN DAN HAMPIR KESEMUA MOYANG SAYA SEMUANYA ORANG YANG DIPANDANG DALAM AGAMA, TETAPI APA YANG SAYA MAKSUDKAN

APA YANG DISEBUT DI DALAM ALQIURAN DAN HADIS YANG ADA MENGATAKAN PERKATAAN AHLULBAIT DAN ITRAH ITU BUKAN DIISYARAHKAN KEPADa SYED DAN SYARIFAH KINI TETAPI PARA 14 MAKSUM (fahamkan saya dah ulang)

Saya harap saudara faham akan maksud saya yang sebenarnya....

Wahai saudara saya pun tidak mahu perkara ini meleret tetapi saya ingin sekali saudara menjawab persoalan saya yang masih tidak terjawab oleh saudara yahya.....harap saudara semak kembali post sebelum ini.....

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 09:43 PM | Show all posts
Originally posted by shaikh at 27-7-2006 08:46 PM
APA YANG DISEBUT DI DALAM ALQIURAN DAN HADIS YANG ADA MENGATAKAN PERKATAAN AHLULBAIT DAN ITRAH ITU BUKAN DIISYARAHKAN KEPADa SYED DAN SYARIFAH KINI TETAPI PARA 14 MAKSUM (fahamkan saya dah ulang)


ana faham tapi ia bertentangan dgn hadis2 rasulullah dan aqidah syiah itu sendiri. ahlulbait dan itrah bermakna keturunan rasulullah melalui hubungan nasab. ianya bermaksud keturunan pada zaman nabi hingga skrg. jika tidak mana mungkin zakat diharamkan utk ahlulbait nabi skrg, mestilah makna ahlulbait dan itrah itu bermakna keturunannya. jika keturunan nabi masa wahyu(ahzab 33) itu diturunkan ada 100 org, mesti kesemuanya termasuk dlm istilah itrah. ana rasa ante yg tak faham ni. maksud ahlulbait dlm kitab2 syiah hanya semata2 membicarakan tentang imam 12 bukannya menghuraikan maksud ahlulbait dan itrah bersandarkan pada hadis2 nabi yg shoheh. anta ni sudah keliru..cuba check&recheck balik apa maksud ahlulbait dan itrah. hadis nabi jelas menunjukkan itrahnya haram menerima sedekah dan layak menerima doa ummah muslim dlm selawat. ana hairan anta ni belum betul2 menguasai aqidah ahlulbait dan kenyataan anta ni bertentangan dgn ulama syiah itu sendiri.

bawakan dalil dan bukti yg ahlulbait dan itrah bukan keturunannya yg ada skrg bersandarkan surah al-ahzab 33. surah ini ditujukan pada ahlulbait nabi yg bersambung nasab dgn beliau..kan syiah dah setuju. ana ulang sekali lagi HUBUNGAN NASAB shj yg dimaksudkan dgn ahlulbait dan nasab boleh diwarisi. anta sudah keliru ni.

sheikh kata surah 33:33 diturunkan utk 5 og shj. ini anta sudah mengakuinya tapi tiba2 anta berhujah yg ayat ini dikaitkan dgn imam 14 yg maksum. macam mane boleh jadi camtu sedangkan hadis alkissa ditujukan utk 5 shj. ini membuktikan yg ahlulbait boleh diwarisi dari rasulullah hingga al-mahdi dan keturunannya hingga hari ini. kenapa mesti berhenti pada imam mahdi? bukankah keturunan rasulullah ada hingga hari ini dan keturunan ini haram terima sedekah. tidak ada bukti yg mengatakan surah 33 hanya terhad pada imam 14 shj. ayat 33 membicarakan tentang pembersihan dosa ahlulbait dan keturunannya, bukannya membicarakan soal maksum dan ini hanya pendapat syiah. sebab itu keturunan ali ra ini suci dan harus dihormati kerana allah dah bersihkan dosa imam ali. syed dan syarifah yg ada skrg ini haram menerima sedekah dan layak terima selawat apatah lagi syafaat rasulullah. mereka ini ada zat ahlulbait yg tidak dimiliki org lain. mereka inilah yg dimaksudkan oleh allah dlm surah 33:33 yakni ahlulbait dan diperkuatkan lagi dgn hadis2 rasululllah yg menceritakan kelebihan mereka. kemukakan dalil dan fatwa ulama yg membenarkan hujah anta, kalau setakat andaian dan teori dari pemikiran logik anta shj memang tertolak sama sekali, ia tidak dapat diterima.

khier

[ Last edited by  yahya at 27-7-2006 10:07 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 10:25 PM | Show all posts
Originally posted by shaikh at 27-7-2006 08:46 PM
Wahai saudara saya pun tidak mahu perkara ini meleret tetapi saya ingin sekali saudara menjawab persoalan saya yang masih tidak terjawab oleh saudara yahya.....harap saudara semak kembali post sebelum ini.....


soalan mane, boleh ulang..ana malas nak mencari.

Originally posted by shaikh at 27-7-2006 08:46 PM
SAYA SEnDIRI SYED...


ana tidak mengakui ante ni seorg ahlulbait rasulullah sebelum terbukti shoheh nasab ante. kat kampung ana ramai yg mengaku syed kononnya moyang mereka asal dari hadralmaut, yg dtg direct dari mekkah pun ade tapi bila berdepan dgn ana mereka ni tak pulak berani nak mengaku. ana berkata, jika betul nasab antum semua ni shoheh, kemukakan salasilah. jgn nak pepandai mengaku tanpa bukti yg jelas. cth macam jamalulail perak, nasab mereka tidak diketahui puncanya samaada ianya shoheh atau palsu. jamalulail perak bukanlah qabilah atau bangsa, tapi nama org itu yg memakai jamalulail. sebab itu tidak ada satupun jamalulail perak yg boleh bawa salasilahnya yg telah disahkan benar. syed dan syarifah di perak memaki gelaran jamalulail tetapi jamalulail itu sendiri bukannya qabilah. maknanya syed2 di perak skrg tidak diketahui qabilah mereka. ana ada bukti sebab ana sendiri terlibat secara langsung dlm menyelusuri salasilah mereka dan didapati ianya tidak benar.

ana pernah minta salasilah ante, sepatutnya seorg ahlulbait pantas boleh menyebut nasabnya sampai kepada rasulullah tetapi hingga skrg ante belum beri pada ana. sebab itu ana tak terkejut jika anta belum lagi menguasai dlm bab ahlulbait dan itrah. maaf, niat ana hanya meluruskan benda yg tak lurus.

kheir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2006 01:48 AM | Show all posts
Semakin hangat nampak diskusi kita.  Rasanya banyak dah soalan yang terlangkau.  Mungkin nanti saya perlu reverse balik untuk meneliti beberapa perkara yang belum terjawab.

tapi saya nak cerita dahulu sikit dengan yahya berkenaan arwah nenek saya dari keluarga jamalulail perak.  mungkin betul dakwaan yahya kerana saya belum dengar lagi mereka menyimpan salsilah atau nasab.  cuma yg lainnya mereka dari kami yg bukan syed ini ialah mereka (golongan tua-tua dahulu) ada mengamalkan tariqat yang saya pun tak ada pengetahuan tentangnya.  ini pun ibu saya yg menceritakan kepada saya.  rasanya, dengan arus permodenan dan keadaan kg yg semakin sepi, tak dengar aktiviti demikian wujud lagi.  walahhua'lam, mungkin saya tak tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2006 11:06 AM | Show all posts

ahlul bait

Tentang anak-anak lelaki Rasulullah itu, mari saya berikan nas al-Quran sendiri, seperti disurah al-Ahzab: 40

Bukanlah Nabi Muhammad itu menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

Ini adalah penegasan dari Allah sendiri bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bukanlah bapa bagi seseorang anak lelak, walaupun ayat ini berkaitan permasalahan perkahwinan antara Zaid, anak angkat Nabi s.a.w. dengan Zainab yang kemudiannya menjadi isteri Nabi Allah, ayat ini juga menyatakan Nabi Allah bukanlah bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu. Mengapa disini saudara tidak menolak hadith yang menyatakan nasab hassan r.a. dan hussein r.a. kepada Nabi s.a.w. adalah batal kerana Allah sendiri menyatakan Nabi Muhammad bukanlah bapa sebenar bagi seseorang lelaki?

[ Last edited by  ahmadi_bangi at 28-7-2006 11:08 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2006 11:24 AM | Show all posts
salam

mungkin saudara sudah keliru, maksud bukan bapa dlm ayat itu byk tafsiran dan bagi anta ianya umum utk semua anak lelaki. ayat ini khusus dan bukan umum. al-hasan ra dan al-husein ra adalah anak rasulullah saw yg dihubungkan dgn pertalian nasab. imam ali ra hanyalah ayah biologi kepada al-hasan dan husein tetapi nasab mereka diturunkan oleh rasulullah. org2 kafir mengejek rasulullah seorg yg abtar, terputus keturunan kerana semua anak2 lelakinya meninggal waktu kecil macam yg diklaim oleh saudara ahmad. hati2 saudra, bukankah nabi isa tiada bapa tapi nasabnya diturunkan oleh ibunya sendiri, isa bin maryam (maryam:19-34). ini kuasa allah, dan ayat quran jelas mengatakan yg rasulullah tidak terputus keturunannya yakni melalui al-hasan dan al-husein: surah al-kautsar...

108:1. Sesungguhnya Kami memberikan kamu berlimpah-limpah,
108:2. Maka sembahlah Pemelihara kamu, dan berkorbanlah.
108:3. Sesungguhnya orang yang membenci kamu, dialah yang terputus(keturunan).

ini membuktikan yg al-husein dan al-hasan adalah anak rasulullah. malah al-hasan dan husein ra memanggil rasulullah "ayahku.." dan rasulullah memanggil mereka "anakku..". rasulullah sendiri yg menamakan mereka hasan dan husein bin muhammad bukannya bin ali. sesudah baginda wafat barulah mereka meletakkan bin ali pada nama mereka.

anta tidak boleh mengambil sebahagian ayat2 quran shj dan terus dijadikan hujah, ini melanggar disiplin al-quran. byk hadis2 shoheh rasulullah mengenai bukti ini dan saudara pun mengetahuinya. maaf jika off topic, sekadar pemberitahuan kepada mereka yg keliru.

kheir

[ Last edited by  yahya at 28-7-2006 11:54 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2006 12:40 PM | Show all posts
Ayat didalam surah al-kauthar menyatakan terputusnya amalan bagi orang-orang yang membenci Nabi s.a.w. (orang yang tidak beriman pada ajaran islam) dan tidak menyatakan sama sekali bahawa hassan r.a. dan hussein r.a. adalah anak Rasulullah s.a.w.. Manakala ayat didalam surah al- Ahzab:30 menyatakan Nabi s.a.w. bukanlah bapa bagi 'mana-mana lelaki diantara mereka', kedua-dua ayat adalah pernyataan Allah yang wajib diimani, secara asasnya tidak menunjakkan sama sekali nasab antara Nabi s.a.w. dengan Hassan r.a. dan Hussein r.a. sebagai anak-anak beliau, saya pun memang kurang arif dan kajian tentang masalah tersebut, maklumlah saya bukan keturunan syed-syed dan bani alawi....

Rujukan saya pada Tarjamah sunan at-tarmidzi memang terdapat hadis berkaitan hassan r.a. dan hussein r.a. dinamakan sebagai anak-anak Nabi s.a.w. tetapi hadis tersebut berstatus hassan gharib. Sebelum ini saya merujuk hanya pada website ba'alawi dan juga terjamah sunan at-tarmidzi yang saya miliki, tarjamah sahih bukhari dan tarjamah ringkasan shahih muslim masih belum saya telaah secara habis bagi masalah tersebut dan tak berani sy menyandarkan pendapat..

Ada 2 persoalan yang saya memerlukan bantuan saudara Yahya disini,

a) Dari kitab hadis manakah saya perlu merujuk berkenaan masalah nasab Hassan r.a. dan Hussein r.a., saya tidak menolak cuma untuk mendapat lebih kepastian

b) Apakah pandangan saudara Yahya tentang kitab sunan at-tarmidzi? setakat manakah keilmuan beliau dalam hadis dan mengapa dinamakan kitab sunan dan bukan kitab sahih?

[ Last edited by  ahmadi_bangi at 28-7-2006 12:52 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.118772 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list