|
Saya dah mergekan thread ni, sejuknya, sila selak page belakang-belakang. Dah ada perbincangan tentang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by antiQue at 13-9-2006 11:10 AM
Saya dah mergekan thread ni, sejuknya, sila selak page belakang-belakang. Dah ada perbincangan tentang ni.
ok..baru habis baca posting2 yg terdahulu...terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
gennosukesama This user has been deleted
|
Originally posted by antiQue at 13-9-2006 11:10 AM
Saya dah mergekan thread ni, sejuknya, sila selak page belakang-belakang. Dah ada perbincangan tentang ni.
ingatkan mende sejuknya tu. rupanya nick orang.
bestnya..posa datang lagi...tapi sedih nya nanti mula la orang kapir kutuk oran kita.. ya la bila posa tu mula la lembik. walau tak letih tapi saja je tunjuk lebih2. teringat dulu2 masa kat u aku posa pun leh main memacam belah petang sampai kering tekak. rindu plak.
Puasa datang LAgi...Alhamdulillah. |
|
|
|
|
|
|
|
6 perkara cara mendapat kesempurnaan puasa
Oleh Muhammed Yusof
BERPUASA pada Ramadan adalah kefarduan bagi umat Islam yang bergelar mukallaf. Firman Allah surah al-Baqarah ayat 183 bermaksud: 揥ahai orang beriman, difardukan ke atas kamu berpuasa seperti difardhukan ke atas mereka yang sebelum daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa." (Surah al-Baqarah, ayat 183)
Antara budaya kita pada hari ini, ada sebilangan umat Islam apabila hampir kedatangan bulan yang mulia ini, sibuk membeli-belah khususnya bagi mendapatkan pakaian, langsir dan kelengkapan rumah untuk digantikan dengan baru.
Tujuan utama menyambut ialah Syawal iaitu Aidilfitri dan bukan Ramadan al-Mubarak. Begitu pun, budaya ini tidak salah 100 peratus, malah ada kebaikannya. Apa yang menonjol adalah sambutan kemeriahan hari raya lebih mendominasi daripada sambutan Ramadan, sedangkan ia adalah bulan yang sepatutnya menjadi impian bagi orang mukmin untuk menjejakkan kaki mereka ke dalamnya dan bersungguh-sungguh melipatgandakan amalan. Ramadan saja yang menjanjikan pahala berlipat kali gandanya berbanding bulan lain. Malah, bulan ini menjanjikan keampunan daripada Allah seperti hadis Rasulullah SAW bermaksud:
揚ada awal Ramadan adalah rahmah, di pertengahannya keampunan dan di penghujungnya dijauhkan daripada seksaan api neraka."
Budaya ini diwarisi turun temurun menyebabkan keghairahan menyambut Ramadan kurang dirasai. Ia berbeza dengan sikap sahabat yang begitu ternanti-nanti kedatangan bulan mulia ini dan pemergiannya ditangisi.
Bulan mulia ini juga dicemari dengan gambaran negatif seperti bulan yang letih, lapar, dahaga, tidak produktif, kurang proaktif dan sebagainya. Hakikatnya, Ramadan adalah bulan yang sepatutnya menjadikan umat Islam supaya lebih produktif, proaktif, aktif dan bertenaga berusaha menjanakan kekuatan untuk memperbanyakkan ibadah dan mentaqarrubkan diri kepada Allah.
Sejarah awal Islam juga membuktikan banyak kemenangan dicapai pada Ramadan. Antaranya peperangan Badar, beberapa peperangan Tabuk dan pembukaan Kota Makkah. Jika dilihat dari sudut ini, jelas dengan tercatatnya kemenangan ini mencerminkan kekuatan fizikal dan mental umat Islam. Tanggapan negatif terhadap Ramadan wajar dihilangkan dengan memberi pemahaman yang tepat berkaitan bulan ini.
Bagaimanakah menyambut kedatangan Ramadan?
Antara persediaan terbaik ialah:
# Sentiasa berdoa agar diberi peluang bertemu Ramadan tahun ini. Hendaklah dipohon dikurniakan kesihatan supaya dapat melakukan seberapa banyak ibadat.
# Mengulang kaji dan mendalami ilmu berkaitan ibadah puasa sama ada melalui pembacaan, pertanyaan dan kuliah agama. Antaranya ilmu fikah merangkumi persoalan rukun puasa, syarat puasa, syarat sah puasa dan perkara membatalkan puasa.
# Dari segi falsafah puasa termasuk hikmah disyariatkan puasa. Ilmu berkaitan bentuk amalan yang sepatutnya dilipatgandakan dalam bulan yang mulia ini juga patut diketahui untuk dijadikan pengisian utama selaras sunnah Rasulullah SAW.
# Mengetahui tahap orang yang berpuasa seperti dijelaskan Imam al-Ghazali. Imam al-Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumuddin, berkata, tahap puasa diklasifikasi kepada tiga iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khusus yang lebih khusus.
Puasa umum adalah tahap yang paling rendah iaitu menahan daripada makan, minum dan jimak.
Puasa khusus, di samping menahan yang tiga tadi, juga memulihara seluruh anggota tubuh daripada perbuatan maksiat.
Puasa khusus adalah puasa hati daripada segala kehendak hina dan fikiran duniawi serta mencegahnya memikirkan apa-apa selain Allah.
Puasa tahap ketiga ini adalah puasa nabi, shiddiqin dan muqarrabin, sedangkan puasa tahap kedua adalah puasa orang salih
Selanjutnya Imam al-Ghazali menjelaskan enam hal untuk mencapai kesempurnaan puasa tahap kedua.
Pertama, menahan pandangan dari segala hal yang dicela dan makruh dan daripada setiap yang mengganggu dan melalaikan daripada mengingat Allah. Rasulullah SAW bersabda: 揃arang siapa meninggalkan pandangan kerana takut kepada Allah, nescaya Allah menganugerahkan padanya keimanan yang mendatangkan kemanisan dalam hatinya. |
|
|
|
|
|
|
|
QADA PUASA: SEBELUM MUHARRAM OR NEXT RAMADHAN
aku nak tanya la kot korang2 kat sini dah diskusi sori la ekk...
sbb baru2 nih ustazah aku ada cerita, yang kita wajib qada' puasa sebelum muharram, bukannya sebelum next ramadhan.
alasan yang diberikan ialah kita wajib qada dalam tahun hijrah yang sama.
aku survey2, rupanya banyak gak orang yang berpegang pada school of thoughts yang ini, especially yang islamic education back ground la...
ada sesapa arif tentang hal nih ke?
kalo ada dalil lagi baguzzz.... |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
Yg I belajar...
Ganti puasa sebelum next Ramadhan.
Nanti I semak kot2 ada dalil ttg ganti puasa dlm bulan Islam yg sama.
Yg I biasa nampak diamalkan ttg bulan Islam ni... menentukan hari bg majlis perkahwinan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bg saya, dua2 saya boleh pakai. Ganti puasa sblm nex ramadhan sebab sempat la kita nak kaver balik kalo banyak tertinggal. Satu lagi, tempoh nya lama, setahun. Ganti sblm Muharam pun bleh gak sbb dlm tahun yg sama, kalo nak diikutkan memang kene ganti sebelum masuk tahun baru hijrah. walaupun singkat, tapi dari situ ia mengajar kita supaya toksah nak tangguh2 benda yg wajib. |
|
|
|
|
|
|
|
hhmmmm..kita kena bayar fidyah kalau tak ganti puasa sehingga next ramadhan... |
|
|
|
|
|
|
|
utk genap setahun kenalah dari ramdhan ke ramadhan. |
|
|
|
|
|
|
|
Yup, I dah semak...
Qadha Ramadhan tidak wajib dilaksanakan segera, boleh ditakhirkan sehingga bulan Sya'ban.
dari Aisyah, Sabda Nabi saw,
"Atasku ada puasa Ramadhan, maka aku tidak mengqadhanya sehingga datanglah bulan Sya'ban tahun berikutnya"
(Riwayat Bukhari)
wallahua'alam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ini some more hadith-hadith berkaitan tentang kebenaran mengganti puasa sehingga bulan sya'aban berikutnya :
Book 006, Number 2549:
Abu Salama reported: I heard 'A'isha (Allah be pleased with her) as saying: I had to complete some of the fasts of Ramadan, but I could not do it but during the month of Sha'ban due to my duties to the Messenger of Allah (may peace be upon him) or with the Messenger of Allah (may peace be upon him).
Book 006, Number 2550:
This hadith is narrated on the authority of Yahya b. Sa'id with the same chain of transmitters but with this variation that he said that ('A'isha did not observe fast but in Sha'ban) out of regard for the Messenger of Allah (may peace be upon him). (In another version, the words are):" Yahya said: I think it was due to the regard for the Apostle of Allah (may peace be upon him)."
Book 006, Number 2552:
'A'isha reported: If one amongst us had to break fasts (of Ramadan due to natural reasons, i. e. menses) during the life of the Messenger of Allah (may peace be upon him) she could not find it possible to complete them so long she had been in the presence of Allah's Messenger (may peace be upon him) till Sha'ban commenced. |
|
|
|
|
|
|
|
Hal-hal yang dimakruhkan dalam puasa
Orang yang sedang berpuasa dimakruhkan melakukan hal-hal yang boleh merosak puasanya, walaupun hal-hal tersebut sebenarnya tidak merosakkan puasa. Di antara hal-hal tersebut:
1) Berlebih-lebihan dalam berkumur, menghirup air dengan hidung.
2) Suami mencium isteri.
3) Suami terus-menerus melihat isteri dengan syahwat.
4) Memikirkan seks.
5) Menyentuh wanita dengan tangan.
6) Mencuba makanan.
7) Berkumur tidak untuk berwuduk.
8) Bercelak di siang hari.
9) Berbekam atau mengeluarkan darah.
Hal-hal yang membatalkan puasa
1) Masuk cairan ke dalam perut melalui hidung, mata, telinga, atau kemaluan wanita.
2) Air masuk dalam perut akibat berlebihan ketika berkumur dan menghirup air dengan hidung ketika berwuduk.
3) Keluarnya air mani kerana melihat wanita atau berhubungan suami isteri.
4) Muntah dengan sengaja.
5) Dipaksa makan dan minum.
6) Murtad dari Islam.
Hal-hal yang boleh dikerjakan ketika berpuasa
1) menggunakan siwak.
2) Menyejukkan badan dengan air kerana terlalu panas atau menyelam ke dalam air.
3) Makan minum dan melakukan hubungan suami isteri pada malam hari hingga terbitnya fajar.
4) Berubat dengan ubat yang halal tetapi tidak masuk ke dalam perut.
5) Mengunyah makanan untuk anak-anak kecil.
6) Penggunaan wangi-wangian.
7) Keluar jauh perjalanan untuk sesuatu urusan walaupun mengetahui bahawa perjalanannya
akan membuatnya tidak berpuasa.
Hal-hal yang dimaafkan bagi orang yang berpuasa
1) menelan air liur sendiri walaupun banyak
2) muntah tapi tidak masuk lagi ke perut hanya di hujung lidah.
3) Menelan lalat dengan tidak sengaja.
4) Dalam keadan berjunub hingga ke siang hari
5) Mimpi melakukan hubungan suami isteri.
6) Makan minum kerana lupa.
Peristiwa penting bulan Ramadan
1. Penurunan 5 ayat daripada surah al-Quran (Iqra?) kepada baginda pada tahun ke-13 sebelum Hijrah.
2. Khadijah binti Khuwailid isteri Nabi menerima Islam.
3. Kematian Ummul Mu?ini binti Khuwailid pada tahun kesepuluh selepas Nabi dilantik menjadi Rasul.
4. Pada tahun kedua Hijrah difardukan ibadah zakat dan solat dua hari raya.
5. Peperangan badar yang berlaku pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah.
6. Pembukaan kota Mekah pada tahun kelapan Hijrah.
7. Pengislaman rombongan kaum Saqif pada tahun kesembilan Hijrah.
8. Kematian ketua wanita penghuni syurga Fatimah binti Muhammad pada tahun kesebelas Hijrah.
9. Kematian Ali bin Abi Talib pada tahun 40 hijrah.
10. Kematian Nafisah binti Al Husan binti Zaid bin Al Hasan bin ali bin Abi Talib di mesir pada tahun 208 Hijrah.
11. Peperangan Ain Jalut pada tahun 658 hijrah |
|
|
|
|
|
|
| |
|