|
[MergedMisteri laut, sungai, tasik dan lombong~by katak & Jodo
[Copy link]
|
|
annehuda posted on 22-1-2013 12:00 PM
kalau ade gambar pembinaan tu kan best?
memang pun, silapnya kawan saya ni, dia pi tengok je album tu..padahal dia ada je hp canggih2.., boleh je amik gambar....taktau la kalau boatman tu just tunjuk, tapi tak bagi copy..
Last edited by haji_one on 22-1-2013 12:18 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
card_reader posted on 5-2-2012 04:50 PM
Reply 87# zadzamusa
betul ke card? mcm cerita pirate of carrabien tu ke? aku kecik-kecik dulu suka ajak ayah dan mak aku berkelah kat situ. pantai dia cantik sangat. satu lagi kat pantai tu masih boleh kutip kulit-kulit siput yang cantik dan unik. pantai lain kat penang mmg susah nak jumpa dah kulit siput mcm tu. aku bawak balik dulu ok ja skrg dah besar tah mak aku dah buang kot kulit-kulit siput tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 22-1-2013 12:13 PM
memang pun, silapnya kawan saya ni, dia pi tengok je album tu..padahal dia ada je hp canggih2.., b ...
agaknya, kalo aku borak2 ngan boatman tu lepas naik cruise dia, dia bagi tunjuk tak album tu? boatmen tu org cina ke melayu?
|
|
|
|
|
|
|
|
azie_fariza posted on 22-1-2013 12:39 PM
agaknya, kalo aku borak2 ngan boatman tu lepas naik cruise dia, dia bagi tunjuk tak album tu? boat ...
kata kawan sekerja saya ni, orang Melayu, dlm baya 40an..tapi klu ikut citer dia, memang dah lama dia keja dgn The Mines ni..nama dia tak tanya la plak..boleh la try, apa salahnya..nnti ada info dan cerita baru, update kat sini..
Saya pi hari tu, tak jadik nak naik, maklumlah..'rakyat' ramai yg mengikut..pastu boleh bayang la berapa 'RM' yang hilang klu naik bot tu..huhuhu..
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 22-1-2013 12:42 PM
kata kawan sekerja saya ni, orang Melayu, dlm baya 40an..tapi klu ikut citer dia, memang dah lama ...
huhu, nak try naik tu la yg seram....tgk keadaan air tu rasa mcm tak yakin je.
bukan ke penah ade bot terbalik ke kat tasik nie sbb berselisih ngan bot lain.
habis pelancong terjatuh lam air...siap kena saman lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 22-1-2013 12:42 PM
kata kawan sekerja saya ni, orang Melayu, dlm baya 40an..tapi klu ikut citer dia, memang dah lama ...
menariknya cerita pasal the mines tu. tapi shopping complex situ dah sangat sendu. lagi satu ada hotel kat situ nama palace of golden horses. pernah pergi conference kat situ. ada sekali tu tunggu conference dinner so lepak kat tepi kolam renang hotel tu. by the way, kolam renang tu mmg sebahagian dari tasik mines cuma dikepung dan dibuat artificial pantai disitu. masa dok melepak tu ada lah beberapa orang putih dan cina malaysia yg jadi participant conference nak mandi kat kolam tu tup-tup hujan renyai-renyai le pulak.. cepat-cepat guard kolam renang tu suruh naik dan letak papan tanda no entry masuk kolam tu. semua kena halau dan suruh lepak kat dalam hotel. pelik gak sebab hujan renyai tu mmg tak berapa hujan sangat maybe ada kaitan mcm haji_one cerita ni kot..
sorry le cerita ni tak seram langsung cuma masa tu fikir pasal pe tak boleh dok situ/mandi kolam walaupun hujan renyai. kalau hotel lain mcm tak kisah je
|
|
|
|
|
|
|
|
cepheid posted on 22-1-2013 01:03 PM
menariknya cerita pasal the mines tu. tapi shopping complex situ dah sangat sendu. lagi satu ada h ...
hh...tul jugak tu kan. bukannya kat pantai yg dah sah2 bahaya kalau tengah hujan.
|
|
|
|
|
|
|
|
azie_fariza posted on 22-1-2013 12:46 PM
huhu, nak try naik tu la yg seram....tgk keadaan air tu rasa mcm tak yakin je.
bukan ke penah ade ...
cerita bot tebalik tu bukan kat tasik putrajaya ker???
ker kat tasik mines ni pon ader kes bot terbalik gak....
|
|
|
|
|
|
|
|
sheely posted on 22-1-2013 03:22 PM
cerita bot tebalik tu bukan kat tasik putrajaya ker???
ker kat tasik mines ni pon ader kes bot te ...
haaaa..betul la...cruise tasik putrajaya....silap info dehhh
|
|
|
|
|
|
|
|
JodoKast posted on 18-3-2009 03:52 PM
aku penah pegi tasik cini dulu (dah lama dah) kat perkampungan orang asli.
kononnya dorang cakap ...
arwah ayah tiri pun penah cite psl naga tasik chini ni..masa zaman sultan abu bakar memerintah pernah ada satu banjir besar berlaku kt pekan klu x silap..
sultan abu bakar turun tepi sungai n seru naga ni..mcm marahla kot sbb da susahkn rakyat dia..sultan abu bakar pesan kt naga tu jgn keluar selagi dia x seru..
sbb tu smpai sekarng naga tu x keluar..n klu nk naga tu kuar org y dduk tepi sg pahang ni kna keluar..kna kosong kn dlm 100 depa dr tebing sungai sbb klu naga tu muncul banjir besar akan berlaku..
tu cerita y sy dgr dr arwah ayah tiri sy la,,betul ke x wallahuallam..
pasal lubang ,cm longkang tu nama nya lubang ular,,klu naik bot keliling tasik tu dia akan bawa g tmpat tu..
p/s : kwn sy y dduk kt resort tasik tu percaya tasik tu ad naga, hehe..n kt tasik chini juga ad buaya..tp hanya org 'bertuah' je kot boleh jmpe..
|
|
|
|
|
|
|
|
cepheid posted on 22-1-2013 01:03 PM
menariknya cerita pasal the mines tu. tapi shopping complex situ dah sangat sendu. lagi satu ada h ...
Mesti ade ssuatu yg terjadi time ujan kot...apkh ssuatu itu??? Kekal misteri..sesape yg slalu gi mines tu, cer riki2 ngan pkeja tsik tu |
|
|
|
|
|
|
|
ayucoco posted on 22-1-2013 05:49 PM
arwah ayah tiri pun penah cite psl naga tasik chini ni..masa zaman sultan abu bakar memerintah per ...
pasal tasik chini, ni..hmm..best juga, sebab saya memang orangf felda chini..tasik chini ni dulu memang port mancing saya..
ni gambar resort kt tasik chini ni..
Citer bab tasik chini ni..masa saya dok aktif memancing kt situ, air tasik bukanlah berwarna perang (coklat susu) mcm sekarang ni..ianya berwarna hitam, hijau gelap sebab ianya tasik dan air tidak mengalir kemana2..so, memang a little bit scary la jugak bila mancing tu, selalu dok bayang bila la naga nak keluar ni..sekarang ni, air tasik dah berwana perang sebab ada kemasukan air dr sungai pahang (ada mini empangan kt situ..).
Ok..citer bab tasik chini ni, ada la beberapa benda yg boleh saya share..ni kisah dr zaman bapak saya la ni sebagai penduduk chini..dr segi kesahihannya saya pun taktau..tapi boleh la kita berkongsi cerita..
1. Dulu ada seorang peneroka felda chini (tak pasti plak chini berapa..), selain mengusahakan ladang kelapa sawit, dia ni juga menjadi nelayan air tawar..menahan taut (tajur), pukat dan sebagainya kt sungai pahang dan tasik chini. One day, dia tahan pukat kat tasik chini..then, bila dah petang, dia pi tengok pukat dia, ada banyak hasil yg dia dapat..cuma ada sekor ular tersangkut dan dah terbelit kt pukat dia, dan dia pun takut nak 'handle' ular tu, so dia letak kt birai sampan kayu dia..dan zasss..cantas kepala ular..
Bila ular tu mati, barulah dia senang nak keluarkan ular tu dr pukat dia. Bila dia balik, dan start pd malam tu jugak, lengan kanan dia tumbuh sisik, pastu merebak ke badan yg lain. Dia dirujuk di hospital besar kuantan, tapi doktor pun taktau apa punca, jumpa tok bomoh pun tak jalan..last2 jumpa tok batin asli, tok batin asli ni kata ianya ada kaitan dgn ular yg dipotong kepala tu..so, ada la rawatan yg dibuat dan ok..
2. Dulu, kt tasik chini tu ada sorang nenek, dia buat rumah terapung, mcm pondok la kt tengah2 tasik tu, tak pasti which area, tasik gumum ke mempatih..nenek ni, keja dia adalah jual ikan sungai kt pasar tani kt Chini..kehebatan nenek ni adalah, bila hari nak hujan atau nak ribut, ikan toman yg mendiami tasik chini tu akan berpusing2 mcm tawaf kt umah dia..tapi khabarnya, nenek tu dah meninggal dunia awal tahun 90an dahulu..
3. Ada satu peneroka felda ni, dia pi mancing kt tasik chini, berhampiran dgn pintu masuk air sungai pahang..dia mancing ikan lais rasanya..tapi ada satu hari tu dia dapat udang galah, yg uniknya, whole body udang galah ni warna biru. Jadi sebab dia bawak pump oksigen utk ikan umpan, so dia letak la udang tu dlm bekas tu, bawak balik umah dan lepas dlm akuarium. Yg bestnya, keesokan harinya dia jumpa udang tu atas lantai rumah, pelik mcmana boleh udang tu keluar dr tank yg bertutup kemas..so, dia ambil udang tu, letak balik dlm akuarium..tutup dan pastikan akuarium tu tertutup kemas..pastu, esoknya udang tu keluar lagi..ada atas lantai rumah..
Lepas 2-3 hari, barulah keluarga dia start kena kacau, i.e ada jelmaan minta soh udang tu dilepaskan dll..dan terus peneroka felda tu hantar udang tu ke tasik chini semula..then, semua problem settle.
4. Masa naik bot utk lake cruise antara 'laut' kt tasik tu, memang saya ada tengok lubang ular yg dinyatakan. Antara laut2 kt tasik chini tu tu, ada anak sungai yg menyambungkannya..so, kt anak sungai ni la ada lubang ular besar tu..first time saya tengok adalah masa tahun 1998..
* kredit kepada pemilik gambar ni.
Kalau tengok diameter, kena sorang dewasa mendepakan tangan, sebesar itulah diameter lubang tu..masa lalu kt lubang tu, saya minta boatman utk stop kejap. Bila saya amati, lubang tu menganjur jauh ke daratan, sebahagian besar lubang tu dah runtuh. bila difikirkan secara lojik, betul juga, tanah kt tasik tu, adalah campuran tanah gambut dan tanah pamah, ikatan tanah bukanlah struktur yg kuat utk jadi terowong/lubang..tapi boleh ada lubang besar kt situ, saya jugak tak nampak kesan aliran air yg khusus, mcm laluan air anak sungai utk detect kesan semula jadi terhasilnya lubang tu..lagi pulak, saiz lubang tu konsisten jugak rasanya antara depan dan belakangnya..
Saya syak, kalau betul itu lubang ular, bermakna kepala dia akan terjulur atau tersembunyi kt lubang tu, dan apa sahaja yg lalu kt anak sungai tu dia akan sambar (hide and hunt la ni). memang kalau tengok suasana, saiz anak sungai yg jadi penyambung tu mmg sesuai utk 'ambush' mangsa. tapi sekarang ni, lubang tu dah banyak runtuh, dan takdak gaya mcm lubang ular yg saya tengok dulu, boleh jadi dah takdak pihak yg nak maintain benda ni kot..
Ni gambar terbaru lubang ular tu..dah jauh bezanya dengan tahun 90an dulu..ye la, campur hakisan tanah, air tinggi dan lain2..runtuh la lubang tu..
* kredit kepada pemilik asal gambar ni..
Last edited by haji_one on 23-1-2013 09:02 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sambung cerita bab ular kt tasik chini ni.
kalau difikirkan balik, tasik chini dan sedaranya tasik bera adalah antara tasik semulajadi tertua kt malaysia ni, ianya bukan mcm kenyir / banding dll yg terhasil akibat empangan. So, mungkin ada ular sawa yg dah lama hidup kt tasik chini ni, lagipun, pada saya, tasik chini ni dah mcm 'paya besar' dan suasananya pun tak sama mcm tasik2 buatan yg lain.
Semasa tasik chini masih dlm proses utk naiktaraf bagi perlancongan, memang ada beberapa kes dimana orang jumpa 'batang balak' merentangi jalan..time tu, jalan ke tasik masih belum 'tar' lagi, sebaliknya masih bertanah merah. So, pekerja yg buat masuk ke tasik chini, mereka nampak batang balak besar rintang jalan, tapi bila mereka tengok bebetul, rupanya 'batang balak' tu bergerak perlahan, dan bila diamati, ianya adalah ular besar..badan ular tu besar, kehitaman, berlumut dah badannya..bau pun mcm bau air paya..time tu, yg saya dengar, badannya lebih lebar dr tong dram. Pekerja ni pi cari kepala ular tu, tak jumpa sebab panjang..lama mereka tunggu, barulah sampai kt bahagian ekor tu dan mereka pun melintas.
Ada juga beberapa cerita dimana ada orang jumpa nampak kepala ular besar, dan ada jugak orang yg cerita nampak naga, dgn sisik emas berkilau pada waktu petang..
So, bagi saya yg suka fikir pasal logik ni..saya berpendapat..
1. Tasik chini ni, tasik semulajadi..so, mungkin ada ular sawa (saya speculate la ni) yg hidup lama kt tasik tu, dgn sumber makanan yg cukup, so, dia terus membesar. Berbanding tasik kenyir, banding dll..tasik chini dah lama wujud.
2. Lubang ular tu, rasanya memang lubang ular yg betul, dr segi lubang yg saya tengok pada tahn 1998 dulu, mmg nampak bahawa lubang tu terjadi bukan sebab aliran air, atau sebab orang korek ke apa ke.
3. cerita2 orang jumpa ular besar kt tasik tu, i.e yg cross jalan tu..mungkin ular yg mendiami lubang ular tu.
4. Lubang ular yg saya tengok tu, lokasi dia sangat sesuai utk ambush mangsa, kawasan kt tempat tu gelap, lembab dan basah (tak macam sekarang ni), semak samun dan pokok2 besar pun banyak dan padat..somemang habitat ular yg sesuai.
5. Sisik emas naga yg diceritakan oleh saksi yg nampak diwaktu petang nak ke senja tu, mungkin sisik ular besar tu, yg basah dan dibias oleh cahaya matahari yg nak ke senja, so dgn sudut yg betul, pantulan cahaya matahari di sudut yg betul, di permukaan basah dan berkilat (sisik ular tu), so, sisk dia nampak mcm bercahaya dan keemasan.
6. Kisah orang asli yg menetak batang kayu kt kawasan hutan separa paya kt tasik chini tu, rasanya ianya adalah ular tu, mungkin badan ular (kepala dan ekor tersembunyi), thats why ianya berdarah. Lagipun, kalau ikut catatan, lepas orang asli yg menebas utk membuka paya tu melukakan 'pokok yg mengeluarkan darah a.k.a ular besar tu', bumi bergerak dan bergoncang..saya spekulate ular tu bergerak sebab sakit ditetak..so, disebabkan sebahagian besar badan ular tu tersembunyi di tanah gambut (tanah lembut), tak mustahil permukaan tanah bergerak..
7. Setahu saya, pancang yg diletakan kat satu kawasan di laut gumum kt tasik chini tu, adalah kawasan yg paling dalam di tasik tu (tempat ular tu berendam dan boleh coilling dgn selesa..
8. Saya spekulate, 'naga' yg dimaksudkan tu adalah 'ular besar' yg mendiami tasik tu..
Tu je la spekulasi saya..entahkan betul..entahkan tidak.. Last edited by haji_one on 23-1-2013 09:01 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pejol posted on 22-1-2013 11:07 AM
kat the mines ikan keli nye suma gadang2 wooo...yeerrkkk
ikan keli ni suka betui kalau di jamu roti gardenia....tak caya pi la sedekah sebuku...riang gembira ikan ikan tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
annehuda posted on 22-1-2013 12:00 PM
kalau ade gambar pembinaan tu kan best?
amboi!! comey nampak avatar....mau saja di penyetpenyetkan hidung tu!!!!
awat yg dok tercengang tahap gaban tu??? cecitaaaa....
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 23-1-2013 08:58 AM
Sambung cerita bab ular kt tasik chini ni.
kalau difikirkan balik, tasik chini dan sedaranya tasi ...
banyak betul info awk tentang tasik chini tu..
awk org chini brape ek????hehe
tp tasik tu mmg dh x mcm dulu da..
pembangunan punya psl habis alam trcemar..huhu
n ckp psl pokok berdarah tu sy teringt kt kwn sy y kna tebang pokok kt tasik..ada satu pokok tu dia tebang n pokok keluarkan getah mcm darah tu..warna merah..n bau y sgt busuk..
balik rumah lpas tu dia terus jatuh sakit..mmg sgt teruk smpai xleh bgn..lngsung xleh kerja..lama jugakla dia sakit..2-3 kali jugakla sy dtg melawat dia..bnyk tmpt dia g berubat..
mcm2 cerita dgr masa tu,, ada y kata dia dh buat penunggu tasik tu marah n plg mengejutkn mak mertua dia pun ada hantar benda jugak untuk pisahkn dia dgn isteri nya..bila dia keluar dr rumah y dia duduk tu bru la ok..skrngni xtau la ape cerita sbb dh x berhubung..
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 22-1-2013 11:41 AM
Nak tambah skit, ni info yg saya dapat la ni.
Masa gempa bumi yg mengakibatkan tsunami di Aceh, ...
Yup... pasal keli tu memang btol... sume pakat kuar gi ke tebing... melonjak2 nak kuar.... masa tu sume orang pelik gak... tapi sronok mengatasi segalanya... takde la pikir pelik2...
Pasal buih tu aku tak berani komen sebab tak nampak... dengar cerita je...
|
|
|
|
|
|
|
|
Cite kawan aku... dia ni bomba... ada satu ari tu, ada budak lemas... so sesapa yang ada license diver, menyelam la carik mangsa... dalam kawan aku mencarik, tetiba dia ditepuk oleh seorang lelaki tua bertongkat... rilek je dia nerjalan dalam sungai tu... dia bercakap (kawan aku boleh dengar sebutir2 walaupun dalam air) : hentikanlah mencari... tunggu je sampai esok tengahari... nanti keluar la dia (mangsa)... skang ni 'dia' tanak lepas lagi... nak memain lagi... buat penat je anak mencari...
Pastu orang tua tu rilek je berjalan menuju ke akar2 kzyu berselirat bawah tu n tros hilang...
Kawan aku tros naik, tros ajak member yang lain stop cari... marah gak orang kampung tapi bila tengok kawan aku ni pucat je muka, sume diam... dan memang ngam2 tengahari, mayat timbul keatas, btol2 dekat dengan tempat kawan aku jumpa orang tua tu... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ok.. aku sambung kisah adik aku plak..
adik aku ni bukan le berani sangat.. kena baling batu kat pokok buluh by hantu pun dia dah lari lintang pukang... so, bila dia kata nak kena join kelab kat sekolah dia gi camping kat empangan timah tasoh, aku dah nak tergelak... maklum je la, bnyk dgr psl tempat camping yang dikatakan keras ni.. walaupun aku sendiri pun sebenarnya tak pernah le jejak kaki kat situ... kisahnya, toilet/tempat mandi di tapak camping tu terletak agak terasing dari kawasan camping.. pas tu, bebudak ni kena seberang satu parit dalam (takde air pun) untuk ke toilet ni.. tapi ada la batang kayu yang diletakkan untuk memudahkan bebudak ni menyeberang.. masa time siang ok je.. tapi bila dah malam, agak scary la pasal kiri kanan jalan pun ada belukar.. malam akhir camping tu, satu group bebudak pompuan termasuk adik aku ni buat rombongan cik kiah pi ke toilet... katanya, masa dah nak sampai ke kawasan toilet tu mmg rasa seram sejuk pun tapi diorg buat tak tau je... tapi otw balik ke camp site, diorg tengok ada benda yang menunggu di parit tu.. aku tak ingat mcm mana dia describe makhluk ni sebab cerita ni dah hampir berbelas tahun dah pun.. nak tak nak, dalam keadaan yang takut, diorang terpaksa lari melintas makhluk ni sebab dah takde jalan lain untuk ke camp site.. makhluk ni pun takde la kejar bebudak ni.. tapi bila masuk dalam khemah, adik aku perasan kawan dia ni dah lain macam... kawan dia ni dok kat sudut khemah sambil merenung tajam kat adik aku dan budak lagi sorang ni.. mata terbeliak.. bila ditanya dia tak menjawab... adik aku dan kwn dia lagi sorg ni slowly keluar dari khemah dan gi cari cikgu... bila cikgu gi check budak dalam khemah tu, cikgu kata sah la budak ni dah kena... kena rasuk... sebab time cikgu tu pi check, budak tu dah dok merangkak dalam khemah tu!!! nasib baik le empangan ni boleh dikatakan tak jauh dari kangar.. so, diorang call ustaz sekolah untuk datang tengok malam tu jugak.. nasib baik budak tu berjaya dipulihkan.. tapi adik aku kata mmg tak nyenyak tido 1 khemah dengan budak tu... risau kot budak tu kena rasuk lagi dan cekik dia plus dok teringat renungan tajam budak tu time dirasuk tadi..
bila dgr kisah dia tu, aku kata le kat dia, nasib baik le budak tu tak lari terjun dalam empangan ke apa ke.. kalo tak, lagi haru sekolah nak menjawab..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
more more more!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|