|
Rabi'atul-'adawiyyah selalu berdoa
" Tuhanku!,
apa sahaja yang Engkau hendak kurniakan kapada ku berkenaan keduniaan, berikanlah kapada musuhku,
apa sahaja yang Engkau hendak kurniakan kapada ku berkenaan kebaikkan akhirat berikanlah kapada orang-orang beriman
Kerana aku hanya hendakkan Engkau kerana Engkau. Biarpun aku tidak mendapat syurga atau neraka. Aku inginkan pandangan Engkau hanya padaku sahaja "
|
|
|
|
|
|
|
|
Sadis. Sungguh sadis. Suara wanita yang boleh mengegarkan dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ini adalah hamba dan tidak ada kemerdekaan. Aku akan pergi bila Allah menyuruhku pergi,
samaada ke syurga arau ke neraka.
Al Junaid al Baghdadi |
|
|
|
|
|
|
|
Orang yang suka menghentam orang di dalam percakapan atau penulisan, jiwanya tidak tenang
Dia menghentam orang itu seolah-olah mengubat hati untukketenangan
Di sini baru kita faham orang yang suka menghentam orang
sampai hilang pertimbangan, kerana jiwa
tidak
tenang
Biasanya orang yang tidak suka menghentam orang,
jiwanya
tenang
Dia mengata sekadar hendak menyedarkan dan
menginsafkan orang yang dia katakan
Bukan hendak melepaskan geram tapi menasihatkan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rainbows at 10-8-2007 10:07 AM
Orang yang suka menghentam orang di dalam percakapan atau penulisan, jiwanya tidak tenang
Dia menghentam orang itu seolah-olah mengubat hati untukketenangan
Di sini baru kita faham orang yang ...
kata kat diri sendiri ker....? |
|
|
|
|
|
|
|
MADAH DARI ABUYA
1- Orang yang banyak cakap banyaklah salahnya,
Tidak menjawab atau tidak melawan
Akan cepat menghentikan perbalahan.
2- Seorang yang lantang, belum tentu berani
Kalau berlindung di balik kuasanya.
Berani yang sebenarnya ialah
Memperkatakan kebenaran
Sekalipun dia bukan orang yang berkuasa.
3- Orang miskin tidak pernah takut kehilangan harta.
Penyakit gila kuasa tidak menimpa
Melainkan pada orang yang ada kuasa
4- Menegakkan kebenaran adalah tugas setiap orang,
Bukan kepunyaan mereka yang ditugaskan
Secara rasmi saja.
5- Selalunya orang yang tidak gila,
Tidak mengata-ngata pada orang gila.
Hanya orang gila yang menuduh gila
Kepada orang yang tidak gila.
6- Orang yang menuduh dengan melulu,
Biasanya akan menanggung
Beban buruk akibat sikapnya itu.
7- Potongan akhbar tidak pernah dipusakakan
Tapi sebuah buku, sekalipun kecil
Boleh dibaca turun-temurun. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis air mata mutiara
adalah orang-orang yang sedang
bersendiri lalu mengingat akan
kebesaran Tuhan
dan menyesal akan dosa-dosanya
lalu mengalir air matanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri
penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang
menjadikan kehidupan itu
iaitu Allah Rabbul'Aalamin,Tuhan sekelian alam.
Maka bertasbihlah segala apa yang ada di
bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan
manusia yang sombong diri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya
adalah orang yang diberi petunjuk melalui
ayat-ayat Al-Quran, Hadith dan cerita-cerita kebaikan
namun merasa tidak ada
apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|